Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

20 December 2013

Betik dah berbuah ...

Musim hujan, aktiviti tanam menanam terhenti  ... yg ada pun banyak yg mati. Tomato, bendi, cili ... sejuk dan overdose air barangkali!
Menyiram pun tak perlu lagi  ... air hujan free ... hihi
Pun yg ditanam dalam pasu, masih berdiri ...
Yg baru disemai pun, dah bercambah kini ...
Mama jenguk setiap pagi dan petang hari, terapi minda lah kira ni
Memang cuti akhir tahun 2013 kali ni agak 'sejuk' ... tak ad destinasi pelancongan luar negeri kali ni ... Ayahnya 'busy'!
Anak2 ajak juga pergi, naik bas tanpa hubby ... tp Mama kesian pulak nak tinggalkan PYO sendiri dgn Ayahnya ...
Alasan jer tu ... (cinta orang tua, ginilah ...)
Opps! Dah lari tajuk  ... hahaha
Sebenarnya nak cerita perihal betik yg ditanam,kalau tak silap 5 bulan lalu sudah, dah berbuah! Seronok sungguh bila apa yg ditanam mengeluarkan hasil kan? Hasil titik peluh (berpeluhlah sangat ...) sendiri tu. Teruja! Tiap2 hari jenguk  ... Tapi dlm masa yg sama, Mama juga dok musykil ... dapatkah pokok2 yg kecik dan renek ni menampung buah2 yg makin bertambah dan membesar tu?
Apakah Mama perlu bantu dgn kurangkan jumlah buahnya? Buntu  .. sebab Mama dah lihat pokok betik jiran sebelah yg sarat dgn buah, lagi besar dan tinggi dari pokok2 Mama ni tumbang ke tanah!!
Satu lagi  ... rasanya betik ni kalau jenis yg berbuah panjang  yg saudara kami beri hari tu... (lupa pulak betik mana yg Mama semai dulu) ... ada dlm 2 kaki panjangnya, woh! mau rapat ke tanah buah tu!. Nampak gaya kena tunggu dan lihat lah baru tahu  ... Moga dapat merasa hasil betik pertama Mama tanam sendiri  ... sabar! sabar! (^__^) 

Semalam ... rindu

Semalam  ... hari lahir anak sulung Mama
Dan sebagaimana hari lahir anak2 Mama semua
Ia sentiasa mengundang nostalgia, ulangtayang semula
Sambutan2an hari lahir yg meriah dan ceria ...
Setiap tahun, bergilir tarikhnya!
Cepatnya masa berlalu  ... dah 3 dekad usia mu
Lalu  .. Mama selak helaian album gambar masa kecil dulu
Meriahkan setiap sambutan hari lahir  itu?
November, Disember, Januari ... bulan2 kelahiran mu dan adik2mu
Sambutan hari lahir dirangkum menjadi satu  ...
Lagi meriah begitu.
3-dlm-1, menjadi 4-dlm-1 dgn hanya satu kek besar
Pastinya tertulis indah nama Mizi, Munzir, Anas dan Aqmar!
Rindunya hari2 semalam yg berlalu ...
Tidak perlu berkalau, mahu undurkan waktu  ..
Mama kan simpan semua ingatan itu kemas dikalbu
Yg diharapkan, moga seiring peningkatan usia itu
Mama doakan ketawa gembira yg terpancar diwajahmu
Adalah seriang, segembira zaman kanak2 mu dulu ...
Gambar2 kaku yg tidak menipu ... keriangan yg terpancar jelas itu!
Selamat Hari Lahir Abe  ... moga Allah SNW merahmati dan  memberkatimu ... Aamiinn!

p.s. kini sambutan hanya 2-dlm-1, Muaz dan Amar je  ... Mei atau Jun  ... gilirannya pun gitu

14 December 2013

In the making .... toast em, blend em

Last week Mama dry-out a loaf of nearly expired bread taken from mum's house (of coz after mum comfirmed that she and my sis unable to consume them by their expiry date). Mama took the bread home with the intention of making them into 'roti kering' (dried crispy bread?? hihi)  ... as usual!
2 days ago, my sis brought another loaf of nearly expired bread (again), but this time its not plain sandwich bread, but the 'toast em' edition ... butter raisin! The bread was left alone, untouched  ... and fearing them turning mouldy in present wet weather  ... Mama had no choice but to turn them into .... 'roti kering' too!! Its Mama 1st time making 'roti kering' out of 'Toast em Gardenia bread' ... so, we have to wait another 4 - 5 days to see how the experiment turns out! Suspen lo  ...
However, Mama spared the 2 end-slices of the bread. Now they're being soaked in 1 cup evaporated milk + 1/2 cup water. Later, Mama will blender it with 4 eggs, another 1/2 cup water, 1/2 cup sugar, 1 tbsp custard/corflour and 1 tsp vanilla essence. Then Mama will add another 2 cups of evaporated milk, stirring them to combine. In a 20 cm round mould, Mama will sprinkle evently 5 tbsp sugar all over the mould base and heat them over small flame  ... making caramelised sugar i.e. Finally, Mama will pour the blended items into the mould with already set caramelised sugar and steam it for 45 - 60 minutes. Last but not least, Mama is also hoping the puding to materialise and Mama's  'Gardenia Toast Em Butter Raisin Bread Caramel Pudding' (longest name ever for Mama's recipe  ... huhu) turns out OK and tasteworthy too  ... Meanwhile, Mama am busy toasting the last week bread that has been left to dry naturally 5 days ago (click here for detailed recipe). Alhamduliilah! Mama is very happy now, for her 'roti kering' container is going to be full again.

p.s. .... its raining heavily outside (2nd wave?), after sunny and all-out-heavy-items-washing-day yesterday).

08 December 2013

Jom jeruk sendiri telur itik ...

Chewahh! N3 cam pakar jeruk menjeruk! Haha  ... Disebalik tajuk N3 tu sebenarnya cerita Mama yg 'clueless' @ tidak tahu nak buat apa dgn 15 biji telur itik yg diberi kenalan 2 minggu lepas ...
(p.s. tahu boleh buat macam2 kueh dgnnya, masak lomak telur itik pon sodap! Tp ....... xreti + malas +  hubby jer yg minat masak lemak tu + faktor usia, kolesterol ... kena hati2 sikit ... sikit jer ... huhu)
Mama pun 'google' (spt biasa .. hihi) dan resipi yg paling senang skali nak buat ialah  .... telur asin @ jeruk!!   .... (*__*).
Semalam genap 10 hari jeruk telur itik tu, dan dek tak sabor2 nak meneriai hasil jeruk sendiri (sepatutnya 2 - 3 minggu), rebuslah 2 biji. Alhamdulillah! Menjadi tau  ... pun masih kurang asinnya, tak ummphh! sangat. Pun seronok dan teruja nak menjeruk lagi. Zaman sekarang, dgn harga barangan naik sokmo  ... elok juga buat/tanam sendiri ... mana yg upaya.  Dapat jimatkan skupang dua pun jadilah kan dibandingkan dgn yg dibeli.
Atas keprihatinan tersebut (ehemm  ...), eloklah Mama kongsi car nak jeruk @ asinkan telur itik! Begini jer ....

15 biji telur itik - basuh cuci dan keringkan.
230 gm garam kasar direbus hingga larut dgn 1.5 liter air.Biar betul2 sejuk dan tapis dgn kain putih (utk keluarkan kotoran)
- Masukkan telur ke dalam botol, tuang air garam tadi dan simpan 2 - 3 minggu (elok tanda tarikh mula jeruk pd botol)

p.s. sedak nih make nga nasi kerabu! (^__^)

04 December 2013

Sejuk ...

Sejuk  ... blog Mama sejuk semenjak dua menjak ni.
Sebab utama  ... line tenet yg teramat lembab (frust ...)
Satu N3 saja akan perlukan Mama sepagi menghadapnya ...
Dari mula mengarang  .... hinggalah nak 'publish'nya (-__-) ... a lot of precious time being wasted here!!
Kalau hanya Mama betul2 free dan tahap kesabaran baik jer ... cam hari ni, barulah ada N3 ... (p.s. kadang2 fikir nak 'give-up' jer  ... tp sayang juga sebab ini je lah cara nak hiburkan hati sendiri, hobi yg tak perlu modal ... kepuasan diri)
Sebab2 lain  .... cuti sekolah, biasalah .. kenduri kendara sini sana. Pastu, la ni namanya musim hujan ... bila banyaknya dok terperap dlm rumah ... ngap ajalah agenda utama! Mama memanjang kat dapurlah jawabnya ... ikut selera warga Rumah Biasa2  ... penat tak per, seronok lihat mereka berselera  ... juga peluang Mama cuba resipi2 yg berkenan masa 'google' blog2 masakan yg ada (^_^) ...
Dan awal cuti sekolah lalu ... gembira bila doter beritahu mungkin dia berbadan dua, sebab dah sebulan tak datang ...nya. Dlm otak dok berkira2, nanti apalah gelaran cucu nak panggil pa Mama dan Ayahnya nanti ...
Boleh join member2 seangkatan yg dah ramai bergelar 'granny' ... tayang gambar cucu kat FB!
Pun ... seminggu lepas, berkecai harapan semua ... tak der rezeki lagi rupanya. Doter keguguran! Kami tahu, sedih kami, dia dan menantu lagi sedih! Redha dengan ketentuanNYA ... itu pujuk kami. Ada hikmah disebalik semua yg terjadi ... itu pasti.
Seisi rumah berpantang ... Rebus dan bakar ajalah seminggu ni ... pun sedap juga sejuk2 musim hujan begini ... makan panas2, bertambah juga nasi ... hihi. (Walaupun keguguran pada usia janin 6 minggu, kena pantang juga seminggu dua .... janin dah terbentuk sebesar ibu jari, bila gugur ... rahim tu teluka juga! Kena jaga agar rahim betul2 pulih dan kuat semula. Kata orang tua2, keguguran ini ibarat buah yg belum masak gugur ... kelahiran ibarat buah masak yg gugur ... beza tu!)

Nota:
Bagi warga Kelantan yg ingin tahu perkembangan banjir diKelantan, boleh dapatkan maklumatnya di sini, Portal Rasmi ebanjir Negeri Kelantan.

01 December 2013

Amar ... tuntut janji

Awal 2013 Ecu janji kalau Amar dapat no. 1 dlm setiap ujian penggal, Ecu akan belikan apa saja yg Amar nak!
Oppss ... kesilapan besar kerana beri Amar ruang yg luas begitu!!
Rupanya dalam diam Amar mengambil serius janji tu  ...
Patutlah waktu ujian akhir tahun lalu, sanggup bangun pukul 5 pg setiap hari, ulangkaji ... bersungguh2 sekali dia kali ni  ... setelah 2 penggal no. 1 dlm kelas sudah digenggam! Nekad dia ... menyahut cabaran! Lagipun benda yg satu ni sudah lama diidam  ... yg dia tahu kami tak akan belikan ... jadi inilah saja peluang!
Ecu dah buka ruang!! PSP itulah yg Amar impikan!!
(sudah lama dia minta, tiap kali cemerlang dlm peperiksaan ... tapi kami, Mama dan Ayahnya beralasan ... PSP akan melekakan bila berpergian,  akan meragut pemerhatian mereka dari menikmati alam sekeliling sepanjang perjalanan, sbb itulah juga alasan Amar nak PSP ... baru tak boring duduk dlm kereta, kalau gi jalan lama2 ...)
Walaupun semput Ecu ketika dapat berita Amar berjaya sebagaimana yg Ecu tak duga (hihi ..)
Janji tetap janji, asal jumpa, Amar tak lupa tuntutnya.
Maka makin sibuklah Ecu bermula awal cuti sekolah lalu, usaha tingkatkan jualan keropok lekor ... gara2  janji dgn anak sedara ... (-_-')
Dan mujurlah dek kemaruk 'toys' dan hobi barunya, Amar tiba2 buat pusingan U  ... mahu tukar hadiah dari PSP kepada TAMIYA!!!
Dan legalah semput Ecu (yg tak mau lagi berjanji begitu dgn Amar .. haha), lebih rela beli walaupun Amar minta 2 TAMIYA dan treknya ...
Apa tidaknya  ... masih 50% untung dari rega PSP kalau belinya ... haha
Kira 'win-win situation' lah ni ye!!
Buat Ecu  .... berhati2 kalau berjanji dgn anak2 sedara ya!!
p.s. jgn lupa, yg diKuantan dok Q nak tuntut hadiah juga ... (^___^)

Fasa 1 - memilih kereta
Fasa 2 - Ecu nampak tak kotak trek kat belakang tu??!!

28 November 2013

Amar ... gembira dapat hadiah dan hobi baru

Resah Amar kerana cuti sekolah kali ni tidak nampak ura2 nak gi jalan mana2  ... banyak sangat ini dan itu kali ni, tak dapat kami nak janji lagi. Lalu Ahad lepas kami ke KB (itu je the best we can do for him for the time being  ... sori dik), makan dan ronda2. Kami ke Parkson yg terletak bersebelahan stesyen bas KB, sebab tak pernah lagi ke sini.
Amarlah paling suka sebab tak duga akan jumpa hadiah yg dia mahu, yg Mama janji kalau dia cemerlang periksa akhir lalu. Gembira kerana ia sesuatu yg baru dan pernah jadi hobi abang2nya juga suatu ketika dulu .... kereta TAMIYA!

TAMIYA pertama Amar yg siap dipasang
Dan ini pula trek 3R TAMIYA Amar  ... hihi ... kitarsemula kotak2 tisu dan cornflakes. Nak beli yg ori, hmmm  ... faham2 ajelah reganya. Walaupun kedai tu sedia trek 3 lorong secara percuma, takkan nak ke KB setiap kali nak mainnya? Pun trek ni kira oklah prestasinya .. dah masuk hari ke 4 Amar main kereta TAMIYA tu atasnya ... still standing albeit minor repairs here and there. Kotak nipis, mudahlah kopaknya  ... dilekat dan sambung guna stappler dan cellotape jer ... kira oklah tu!
(p.s. ada abangnya janji nak beli trek  .... jgn lupa ya!!)


Test-drive pertama  ...
Amar beritahu tak pergi KL pun takper dah, asal dapat pergi lagi kedai kat tingkat 2 tu ... Ehh! Macam ada agenda jer!!??

23 November 2013

Kamunting Cina ... ada rahsia

Sukanya Mama melihat bunga2 kamunting cina  ... putih dan unggu  ... makin merimbun ditepi Rumah Biasa2 kami. Mama semainya dari benih2 pokok kamunting cina dari rumah sewa kami di Pasir Mas dulu. Mama mahu ia merimbun sebanyak mungkin ....
Ada sebabnya Mama mahu pokok2 kamunting cina ni merimbun sebanyak2nya ... Ia memori semasa menetap di Pasir Mas. Alkisahnya, hanya dibulan2 terakhir di sana baru Mama sedar kewujudan mereka. Subhanallah, Masyaallah  ... makhluk Allah yg pada mulanya Mama ingat sang lebah yg menghisap madu2 bunga kamunting cina ... tapi bila diperhati 'lebah2' tu, rupa2nya burung2 kecil, teramat kecil  ... hampir tak percaya Mama ada burung2 sekecil itu dinegara kita.
(p.s. dah cuba berkali2 nak masukkan video yg Mama ambil guna hp Mama tu dlm blog ni, tapi tak dapat. Mungkin ilmu tak cukup lagi, mungkin sebab 'line tenet' yg ala2 biskut Chipsmore gitu ... ibarat menunggu buah tak jatuh Mama, tercongok depan PC, pastu cuba dgn Tab pulak, pun 2 X 5, kecewa sungguh. Dah lama Mama pasang hasrat nak 'share' video yg satu ni ... InsyaAllah akan usahakan) ... dan satu lagi, kalaulah boleh 'slowmo' video tu, pasti nampak jelas nampak burung2 tu .. yg memang teramat kecil tapi laju pergerakkannya.
Dan puaslah Mama 'google', nak tahu jenis burung cenonet tu .... yg dapat Mama telah, mungkin spesis 'Flowerpecker'. Tapi yg ni memang kecil sangat  ... agak Mama dlm 5 - 6 cm je panjangnya. Tu yg tanam bunga kamunting cina banyak2 ni  ... mengharap agar ianya dapat 'menarik' burung2 kecil ni ... seronok lihat makhluk ciptaan Allah SNW yg tak kisahkan kita dok ambil video mereka ... Dan setiap awal pagi dan senja, Mama pasti tak kecewa ... waktu itulah mereka datangnya. 
Oh ya  ... bunga kamunting cina rupanya berguna untuk merawat kencing manis dan leukemia!! Untuk maklumat lanjut, boleh singgah sini. Sebenar semasa nak buat N3 ni, puaslah Mama dok cuba ingat nama bunga yg satu ni, tapi memori Mama dah crash agaknya, tak mau ingat dia ... lalu 'google' lagi dan akhirnya dapat juga nama bunga ni  ... (-_-')  ... Kamunting Cina,  dan juga blog Dedaun Alam ni.

20 November 2013

Bersenam ... jangan tak bersenam

Memang tahu bersenam tu bagus untuk kesihatan  ...
Tahu banyak manafaat bersenam  ... lebih2 lagi bagi warga seangkatan dgn Mama ni ... orang lama cam kete lama, kenalah jaga, sevis sokmo ... baru tiptopnya
Tapi bila pilihannya ..
- baring atas sofa lembut tengok tv atau jogging keliling taman perumahan?!
- roti telur, nasi lemak, teh tarik, kopi putih atau oat, roti berserat tinggi, jus buah, susu kambing?!
Pun tak perlu jadi doktor utk jawapan mana yg lebih baik kan?
Juga tak perlu beralasan kena pakaian dan kasut sukan khas kalau nak bersenam.
Mitos 'no pain no gain' kalau nak slim melim, sihat walafiat sebenarnya   tak perlu kalau cara hidup dan pemakanan kita ikut Sunnah Nabi
Muhammad saw  ... banyak dah kat kedai2 buku yg sentuh hal itu.
Mau dgn tak mau aja  ... tepuk dada tanya selera pun ya!
Dan beberapa hari lepas (lupa hari apa) dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O, Imam Muda Asyraff cakap, kalau kita 'berjalan 10,000 langkah sehari' ... ibaratnya sama seperti berjogging 6 - 8 km, atau main futsal (full game), atau berenang selama 60 minit.
Nah! Tak mau lagi ke senam cara senang yg amat ni ... percuma, tak banyak songeh  ... tak perlu pakaian sukan khas, tempat khas  ... di mana jua anda berada, setiap masa dan ketika  ... jom amalkannya.
Agak2 camner nak dapatkan 10,000 langkah sehari ... nk usahakan utk berjalan sebanyak mungkin??
Yang paling senang ialah  ...
- bila ke kedai, kedai makan, pasar tu, parkinglah kereta jauh sikit! Jalan pergi dan balik bagus tu!
- kat sekolah, pejabat, rumah  .... nak apa2 tu, jalanlah dapatkan sendiri benda tu ... kurangkan suruh anak murid, anak cucu atau office boy  ... yg berpatutanlah!
Itu antaranya ...

p.s. selain dari cuba berjalan sebanyak mungkin (sebab malas nak senam cara lain  ... huhu), Mama juga cuba (masa rasa rajin  ... huhu lg) keluarkan peluh dgn berkebun sedikit sebanyak ditanah 1/100 saiz padang bola (^_^') keliling Rumah Biasa2 kami dan  cabut rumput rampai 'manually' ... bak kata Lou Erickson "Gardening requires lots of water, most of it in form of perspiration"
dan ...
Alhamdulillah dgn kedatangan PYO ... bukan saja sebagai peneman dipagi2 yg sunyi, penghilang stress, juga sebagai teman bersenam, main kejar2 ... semput jugalah Mama berlari dikejar PYO yg tengah lasak tu . Kadang2  terpaksalah Mama jadi 'sparring partner' dia waktu Muaz dan Amar takder  ....  haha!!

16 November 2013

Just like mom ....

After I got married, each time we went back to Kelantan ... my mom would go extra miles to cook dishes that my hubby loves. We, her own flesh and blood, not forgetting my daddy, the very person that made her left her family in Penang and became true-blue Kelantanese from day one marrying my dad ... was no longer her numero-uno concern when cooking ... be it breakfast, lunch, tea and dinner! She'd be asking my hubby what he would like to eat. She wouldn't mind toiling over hot charcoal stove to prepare 'singgang tulang' or ' sup kaki lembu' ... my mom's specialty which hubby loves so much. Making or ordering hubby's favourite 'kueh' Yup! I really 'cemburu' back then  ... 
I remember thinking to myself that I would not becomes like my mom in certain things  ... and I think I did succeed not becoming like her. Until today  ...
Yup! Early morning saw me toiling in the kitchen, cooking heavy breakfast for my family. The reason being, my son-in-law who prefer rice for breakfast!!! To this, my children mockingly jest me for cooking special breakfast fit for the king just because my son-in-law is here. They jokingly said usually I will prepare simple breakfast like pancakes, jemput2, sandwiches or at the most, fried meehoon. But rice, with chicken khorma, sambal tomato and cucumber salad for breakfast!!! 
Haha! The very thing that I dread about my mom, is now the very thing that I enjoy doing. What can I say!!! I've become her carbon-copy in many ways without realising them .... and I bet, when I becomes Gradma (InsyaAllah soon  ...), hubby and I will swoon over them just like my parents ... and my friends ... who's facebook name has either GM or Granny infront, and forever posting pictures of their adorable and cute 'cucu's' ... SIGH!!! (envy, envy  ....)

08 November 2013

Abang Din Komando dan Bola ... Ko guano?

Demam Piala Malaysia dah berakhir ... ramai jugalah demam tak kebah2 dek pasukan kesayangan kalah. Masih marah2, masih kecewa  ... pun dah adat perlawanan. Ada menang, ada kalah ... Kalau seri pun, penalti pulak yg bakal tentukannya. Lagi mendebarkan  .... kan!!! Mama tak tengok sangat, takut kalah ... kalah pun!
Pun Pahang juga dekat dihati, 9 tahun di sana ... kerja, beli rumah, anak2 sekolah rendah di sana, yg ke 4 lahir di sana, Mama putuskan berhenti kerja pun di sana. Memang banyak memorinya ...
Apapun Tahniah Pahang!! Cuba lagi TRW!!!
Ni nak cerita, ketika rata2 orang Kelate rancak bincang pasal bola ... sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Pahang lalu ... Mama dan Ayahnya pun turut merasa bahang dan tempiasnya, ketika bersarapan pagi pada hari perlawanan di Warung KD.
Kebetulan bersebelahan meja kami, Abang Din Komando (bekas komando yg tak berapa sihat jiwanya) juga sedang bersarapan sambil borak2 dgn KD, pemilik warung. Kadang2 KD mengusik dia  ... nak tangkap gambar dia sebab unik sangat penyamarannya hari ni ... dia mengkekek ketawa ... suka. Kami dan yg lain yg diwarung tu pun turut tersenyum melihat gelagat dan  pakaian komando Abang Din hari tu (maaf tak amik gambar! Takutt!!!) ...'daun pisang kering yg dililit disekeliling kepalanya, melindungi muka yg berjambang, dgn topi askar dikepala dan bercermin mata hitam ... '. Sekali tengok,cam gaya orang Arab berserban  ... hihi.
Ketika orang berteka-teki berapa gol nanti  ... ada 3 - 1, 2 - 1, 1 - 0, 3 - 2 ... tiba2 Abang Din Komando menyampuk lantang, "Hoh! Tak keno tuh ... tok logik wei. Keno guna akal. Kalu bola gak, nyo ada 2 gol jah! So lek dia, so lek kito. Ingat tu, 2 gol jah! Ko guano?"
Semua senyap seketika ... bila Abang Din ketawa besar, baru kami berani join dia ... hahaha.  Itulah ...
p.s. lepas makan, Abang Din beritahu KD nak balik dah, puji nasi dan air (semestinya percuma) KD sedap sangat hari ni. Esok dia nak datang lagi (^__^') ... dengan senyum meleret, angkat tangan dan berlalu pergi dgn motorsikalnya  sambil potpet, potpet dn kuat, sorang diri ....

03 November 2013

PYO ... mana ada magik!


Bila tengok PYO sekarang, cam tak percaya itulah PYO yg kami 'fall-in-love' 2 bulan lalu  ..
Amar kata  ... "PYO dah tipu kita Mama. Buat magik comel masa kecik, suruh kita suka kat dia  .... amik dia!!"
Hihi  ... bolehke begitu dik?
Doter Mama yg balik baru2 ni pun terkejut tengok PYO  ... memang pusingan U terus kata dia ... dah jadi 'Ugly Duckling'!!!
Pun Mama yakin, Si PYO Ugly Duckling kan jadi angsa putih yg comel juga akhirnya ... kan PYO!!??


31 October 2013

Berani kerana benar ...

Semasa Mama bergelar siswa tahun akhir  .... pensyarah matapelajaran 'Management - Production' yg kami panggil 'Sir' seorang graduan baru lulus dari 'oversea'. Masih muda, bujang trang tang tang!! Dek usia dia juga bukanlah jauh sangat dgn kami yg dah nak grad ni ... dia pun selalu lepak dgn boys dari kelas kami. Kami juga kurang segan sili dgn dia, sebab lebih kepada 'Big Brother' hubungan kami sekelas sgn dia ... dalam dan luar kelas. Kat pekan kecil Dungun ni ... waktu itu, tentulah sunyi bagi dia yg pernah dok luarnegara, Amerika!!
Suatu hari, semasa kami belajar subjek 'Production',  salah satu contoh yg diberi oleh penulis buku, a Mat Salleh (lupa tajuk buku  ... huhu) ialah 'Rubber - Production'. Bila meneliti turutan yg diberi, kami dapati penulis telah salah mengenai turutannya ... bila kami maklumkan pada Sir kesilapan tu, Sir nafikan alasan kami. Dia berkeras supaya kami ikut aja apa yg penulis buku tu beri ... dia kan penulis buku berkaitan 'Production & Marketing' tersohor! Takkan kami budak hingusan yg belum grad nak pertikaikannya.
Kami sekelas berkeras dgn pemerhatian kami, memang sah penulis tu salah! Maka bertekaklah kami dengan Sir ... yg berakhir dgn Sir masam mencuka dan 'warning' kami kalau tak ikut teori dlm buku tu, dia takkan bertanggungjawab atasnya ... Hubungan kami sekelas dgn Sir, terjejas seketika ...
Kecewanya kami kala tu tidak terkira. Kami anak Malaysia, yg majoritinya asal dari kampung dan desa. Ada ibu ayah yg menyara keluarga dgn menoreh getah, anak2 menolong bila cuti sekolah/semester ... maka logikkah Sir lebih percaya Mat Salleh yg entah pokok getah pun tak pernah tengoknya, apatah lagi proses pengeluarannya ... dari mula toreh, pungut getahnya, proses hingga jadi getah yg kita export pada depa??!!!
Pun kedegilan kami kerana kami yakin 100% kami benar, akhirnya Sir akur ... bawa perkara itu pada pihak atasan, dan syukur ... 'Rubber - Production' sahaja akan di abaikan dari buku rujukan tu atas dasar ... fakta tidak tepat!
Tak tahulah Mama kalau penulis dimaklumkan mengenai hal ini ... hmmm ... ada masa nak cari buku tu, yg salah harus diperbetulkan kalau cukup bukti dan fakta ... lagipun getah adalah salah satu punca utama ekspot negara kita ... kita lebih pakar pasal proses pengeluarannya kan!!??
p.s. on second thoughts,  tak tahulah kalau penulis amik pemerhatian dari negara lain yg beza proses pengeluarannya atau dia ada maklum nama Malaysia dlmnya ... ishhh, lupa ... cerita 30++ lalu nih ... !!?? Tapi motif utama kat sini ialah kita harus 'Berani kerana benar' dan sebagai pelajar, jangan ikut membabi buta. Kena fikir dan faham ... kena ada rasa nak tahu dlm diri ... bukan hafal sbb nak lulus periksa aja.

30 October 2013

Langsir and I ... jadi McGyver lagi

Langsir ni doter beli untuk bilik Mama  ... (gamaknya kesian tengok Mama masih guna yg lama. p.s. masih elok lagi apa!)
Yg 'slack'nya ... bilik Mama guna jenis rel biasa2, tapi doter beli yg pesen laa ni .. yg jenis 'eyelet'ke hapa.
Takleh berayalah bilik Mama dgn langsir baru, raya lalu ....
Nak tukar rel guna yg 'eyelet' tu ... sayang pulak, selain perlu $$$$ ...
Jengg jengg jenggg jenggg jenjenjen  ... (tiba2 terdengar tune lagu McGyver .... p.s. orang muda, McGyver ni citer femes kat tv satu ketika, Amar kata cam Pineas and Ferb, pasal being kreatif bila terdesak!)
Dgn modal tak sampai RM20/, Mama beli 'card rings' kat kedai buku feberet kami di sini, SMO (Sy. Muda Osman).
Dan hasilnya .....
Dlm bilik, bukan orang nampaknya  .... hihi
Cewahhh! Beraya sakan bilik Mama hari ni ... hihi!
... mission accomplished!
p.s. tiba2 perasan jadi MamaGyver  .... haha!
Krukk!krukk! .... camne yek nak download lagu tema McGyver??!! (·__·')


29 October 2013

Mama! Dia lambai tu ....

Beberapa hari  lepas, kawan Mama ada 'post' dlm FBnya begini;

Lalu teringatlah Mama satu peristiwa semasa anak ke 4, Anas berusia 3 tahun. Kejadian berlaku sewaktu kami pulang ke kampung, rumah Mak Mama (kami menetap di Kuantan masa tu).
Biasalah, waktu maghrib, masing2 sibuk dgn persediaan untuk solat Maghrib. Tiba2 Anas datang pada Mama dan cakap,
"Mama! Ada orang lambai kat Adik ... kat jendela!"
Eh! Siapa pulak datang maghrib2 ni? Telah Mama dalam hati, lalu keluar ke ruang tamu dgn Anas mengekor dibelakang. Jendela masih terbuka, intai2 takder sapa2 pun!
"Takder pun Dik!" ujar Mama pada Anas.
"Tu ... ada! Dia dok sengih dan lambai2 kat Adik!" sambil tunjuk ke arah jendela yg masih terbuka.
Tiba2 aje bulu roma Mama meremang sebab bila Mama pandang pada jendela yg dia tunjukkan, memang takder apa2 ... hari makin gelap adalah! Nak gi tutup jendela tu, dah takut semacam ....
"Mama! Dia jelir lidah! Tak baik kan?"
"Rupa dia macamana?" Mama beranikan diri tanya, dah cuak dah! Tapi nak kepastian!!!
"Huduh! Hitam, ada bulu2 disemua badan dia. Mata dan lidah merah! Gigi tajam-tajam  .... kuku pun panjang dan tajam Mama! Dia lambai kat Adik, suruh gi dekat dia ... hihi!" Anas ketawa, lucu agaknya lagak makhluk Allah tu ... huhu
Mama terus tarik tangan Anas, masuk bilik  .... seluruh tubuh gementar tak terkira!! Tak tahu pulak siapa yg tutup jendelanya ... tapi lepas dari hari tu, memang Mama akan tutup semua jendela sebelum Maghrib dan pastikan anak2 dah dalam rumah semua .... serta tak biarkan anak2 yg masih kecil sorang2 kat luar sana (dlm rumah pun) ....
Patutlah orang tua2 pesan, jangan berjalan waktu maghrib, nak2 yg ada anak kecik! berhenti bermain, balik rumah semua! syaitan/hantu banyak melata, nanti kena sampuk, sorok kat dia .... beringatlah ya!!
" ..... Bahawa mereka (makhluk halus) boleh melihat kamu, sedangkan kamu tidak boleh melihat mereka ...." al-A'raf ayat 27.
Betul kita tidak boleh melihat mereka dlm bentuk asal (kerana kejadian mereka dari api), tetapi apabila mereka menjelmakan diri menyerupai rupa yg Allah SNW izinkan, i.e. menyerupai makhluk2 tertentu ... ketika itulah manusia boleh melihat mereka!!
Mereka suka ganggu kita, maka hindarilah gangguan mereka dgn memperbanyakkan ibadah seperti;
1. solat2 sunat
2. bacaan Al-Qur'an terutamanya surah al-Baqarah
3. baca ayat Qursi dan 3 Qul sebelum tidur
4. amalkan baca setiap hari, 3X selepas solat Subuh dan 3X selepas solat Maghrib doa 'hindari bahaya' yg pernah Mama sebut dlm N3 ini.
Ingatlah, makhluk halus ini wujud. Menghindarkan diri dari bahaya seharian tidak hanya cukup dgn akal, kemampuan, ilmu dan kewaspadaan sahaja ... tetapi juga disusuli dgn doa, memohon perlindungan dari Allah SNW ... yg mencipta semua mahluk didunia ini.  Maka hanya pada NYA kita memohon, mengharap dan menyerah segala urusan.
Moga bermanafaat N3 kali ini ... Insya Allah.

27 October 2013

Ulam free ...


Ulam raja, kacang botor, terung pipit dan pucuk ubi keledek .... ulam2an yg Mama petik keliling Rumah Biasa2 kami.
Ulam2 ni sebenarnya tumbuh sendiri ... kecuali keledek jer tanam, 2 ketul jer ... memang dari awal niat utk pucuknya.
Kalau nak makan ubinya, tak logik, tok rok (kata oghe Kelate) i.e. tak memadai wei kalau semai hanya 2 ketul tu kat tanah cenonet tepi rumah. Hihi ... Mama nak biarkan dia melata sesuka hatinya ... asal jgn kacau pokok avocado, nanas, dan bendi Mama udah!! Pun, Alhamdulillah atas rezeki ulam percuma dari NYA.
Dalam slot bawah sekali di pic kanan tu, yg hujung sekali tu ler pokok avocado. Mama rasa dah 6 bulan usianyanya. Pemberian adik Mama, Anum. Dia semai dari biji ... hari tu dia bawa balik bersekali dgn pokok celagi @ asam jawa yg juga disemai dia dari biji ... dan katanya pokok2 ni dlm 4-5 tahun lagi, dapatlah tengok hasilnya. Itu yg paling awallah ... kalau tak 7-8 tahun yg biasanya! Huhu ... lambatnya.
Dan Khamis lepas, mak Mama pula bawa anak pokok kelapa. Katanya jenis rendah tapi lebat buahnya .... itu kata penjual kat pasar minggu yg Mak kunjungi sebelum ke sini. TQ Mak .... (p.s. tak sempat tanam lagi! Harap hari ni Mak tak datang spotcheck .... sah dia bebel sambil cangkul tanah nak tanamnya ... ngeee)

25 October 2013

Edisi membebel ... SERIK!

Kadang2 'dating @ quality time' keluar makan berdua sahaja, Mama dan Ayahnya ... menjadi mimpi ngeri yg buat kami serik seserik-seriknya. Bila begini, maknanya kedai makanan tersebut hilanglah dua pelanggan yg tak akan benarkan anak2nya pula pi makan di sana ...
Kalau makanan tak berapa sedap, tak capai citarasa kami ... takper lagi. Yg buat kami teramat radang, bila kebersihan bukan prioriti dan servisnya buatkan kita rasa cam 'kau-orang-tak-makan-sini-peduli-apa-kami!'. Bila samaada yg order makanan, tukang masak atau taukehnya ... buat2 pekak, buta, tuli!!!
Ini antaranya yg pernah kami alami, buat kami serik ... takkkan pergi lagi ... sorii!
1) Roti canai dan karinya tersohor seentero negeri. Maka sampailah kami .... peminat setia roti canai mamak, pantang dengar ada tempat sedap, sampailah kami. Wah! Ramainya pelanggan, tapi satu seat tu free ... cepat2 kami duduki. Bila order, sampai teh tariknya, barulah perasan lagu2 Bollywoodnya bukan lagi halwa telinga, tapi lebih nak pecahkan gegendangnya. Silap kami juga, amik seat yg dekat stereonya ... Patutlah kosong jer meja satu tu  ... huhu. Tapi, memang kuat depa pasang lagunya ... dah tua2 ni, walaupun pendengaran xseberapa, rasanya boleh pekak kalu hari2 makan kat situ ... huhu
2) Dahlah yg sampai lain dari yg di order, ada rambut lg dalamnya. Bukan se urat, tapi lebih dari 3 ... pendek2, sah tukang masak jejaka.
Bila Mama panggil yg amik order dan suruh dia buat yg lain ikut order asal minus rambut2nya ... selamba amik tanpa perkataan maaf ke hapa!! Dekat 1/2 jam baru sampai gantinya  ... hantar dgn muka mencuka ... ingat tukang masak datang minta maaf, nampak kelibat tapi makedono jer ... agaknya tengok mamat manalah yg komplennya. Sebaik nak makan, terus hilang selera coz masih ada lagi rambut sehelai dua dlm nasi gorengnya. Minum air aje, tu pun intai luar dlm .. dah cuak kat depa!!  Yg gilanya, yg di ganti tu, depa caj kat kita juga ... maknanya kena bayar utk 4 pinggan ... malas nak bertekak, hubby bayar tp SUMPAH! Thats the 1st and the last gi sana ...
3) Kononnya nak merasa restoren seafood yg terkini di sini. Pergilah sebelah petangnya ... orang tak ramai, hanya kami dan one-young-couple. Tunggu depa amik order, cam tak kisah jer ... last2 bila lambai2 ... baru datangnya. Order 2 jenis masakan, just utk minum petang, ringan2. Sementara tunggu, sembang2 dgn hubby hal semasa, anak2, bayangkan hari tua ... 1/2 jam jugak la dok gebang2, baru sampai airnya (tehbeng dan kopi o jer ... bukan cappucino maupun teh 3-layers). Air hampir habis, kita pun buatlah isyarat body-langguage ... resah2 sbb yg diorder tak datang2nya ... Bak kata Amar, kalau kena tunggu lama ... "se jam kemudian" ... baru sampai order pertama .. sotong goreng celup tepung! Hampir habis yg tu, baru sampai order kedua ... mee ladna!! Camnerlah business, customer 2 meja aje, pekerja punyalah ramai ... tapi berzaman nak masaknya. Kalau penuh tempat yg agak besar tu ... tak taulah Mama. Ada yg tertidur, siap mengigau dikejar sotong gamaknya ... huhu
Banyak lagi perihal kerenah peniaga2 yg hanya tahu nak duit jer, nak cepat kaya ... kalau begini ... cepat lingkup ada! Ye lah, zaman langit terbuka  .... semua yg berlaku, cepat bebenor tersebarnya ... cam Mama ni setakat diri, hubby dan famili jer (sebab takder pun HP canggih nak wassup, instagram, fb, twitter ... whatsoever! So selamatlah business depa ... but better watchout ya, young ones won't hesitate to reveal all ... )
p.s. padahal tengah gedebar sbb dah mula perlawanan antara TRW dan ATM  ... ginilah sokmo. Takut yg Mama sokong kalah sebenarnya  ... (~___~')
Nak nyorok kat mana ye!!??

24 October 2013

Noreen Noor dalam ingatan ... nostalgia

Inna lillahi wa inna ilahi raji'un  ... saat menerima berita kematian Noreen Noor dari anak dan adik Mama diKL.
Bila dapat berita sedih tu, kenangan2 bersamanya semasa sama2 menyewa rumah No. 11, Jln Terasek 5, Bangsar tahun 1982 dulu datang menerpa. Bagaimana Mama temani dia ke pejabat LLN (now TNB) utk amik barang2 selepas dia berhenti kerja, menonton video bersama2, menjamu selera masakan2 lazatnya bila hujung minggu ... (dia memang pandai masak), 1st and last mischief together, pergi menonton wayang lewat mlm di Sg.Wang, terpaksa persuade dan bayar duit minyak pd K.Ani (maa tu PTD di Wisma Putra dan hanya dia ada kereta .. sebenarnya lebih kpd drebar kami .. haha), menjadi pengkritik utama dia bila dia semakin femes .... bab tarian, pakaian, penampilan ... dan tukang jawab telefon, juga tukang tipu kata dia takder rumah pada pelawat2 (biasanya peminat) yg datang rumah tanpa diundang!
Dia yg Mama kenali adalah seorang yg manja esp dgn Opahnya yg tinggal bersama kami bila dia mula femes. Dia seorang yg berprinsip ... no man allowed in the house, except fiancee  and limited to ruang tamu aja ..., tak terima pemberian2 mahal dari peminat (pernah dia pulangkan beberapa helai baju yg mahal2 dr oversea kpd seorang Dato' yg minat giler kat dia), dia suka cuba resipi2 baru ... teringat dia belajar masak nasi dagang Kelantan (bukan dr Mama, dr Wati roomate Mama, member sekolej dan senegeri), dia suka kanak2 (kalau ke pasar malam Bangsar dgnnya, pasti berhenti beberapa kali kalu jumpa bayi2 atau kanak2 yg cute comel ... siap dokong lg slps minta kebenaran ibu budak tu yg memang total strangers ...), dan dia paling tak suka orang yg mungkir janji ... itu antaranya.
Dari Opahnya yg panggil dia 'Ana', dia memang anak yg baik dan manja dgn ibubapa dan keluarga. Anak yg bertanggungjawab.
Hubby pun terkejut juga bila baca berita pemergian dia, coz dia pun pernah kenal Noreen dan bagaimana Noreen pernah  'pinjam' tunangan @hubby Mama di sini.
Setiap yg hidup pasti mati, begitulah lumrah alam ini. Buat Noreen, Al-Fatihah. Moga rohnya ditempatkan bersama2 orang2 yg soleh dan Allah ampunkan dosa2nya dan bersemadilah dgn aman di sana. Terima kasih atas kenangan2 indah belaka semasa kita pernah bersama ....

p.s. Kami terus putus hubungan bila Mama kawin, dan dia semakin femes. Masing2 sibuk dgn dunia masing2 ... itulah. Yg ralatnya ... Mama tidak cuba hubungi dia semula melalui FBnya ... (-_-)'

22 October 2013

Bila anak nak periksa, hujan dan kasut sekolah basah

Musim periksa akhir tahun dah bermula ...
Seperti biasa, Mama yg lebih sudu dari kuahnya  ... huhu
Si hero dua orang tu ... as usual ...
Esok nak periksa, malam baru serius sikit  ... sikit jer
Cam semalam, Mr. Cool studi ntah sampai jam berapa
Masa Mama nak masuk tidur jam 12 tu, dia masih di meja ...
Dan Amar, jam 5 pagi ni dah bangun ... unusual!!
Bila intai, rupanya dok mentalaah .... buku penuh meja!!
Hihi  ... nak tergelak ada, nak membebel pun ya
.... tu lah, suruh studi awal2 tak mau, pandai pula bangun pagi2 tu ...
Sebaik masuk subuh, solatlah dia dan fuhh! Lamanya doa ... (^__^')
Itulah gelagat hero2 Mama  ... musim periksa. Script sama!!
Dek dah penghujung tahun ... Amar beritahu tak payahlah Mama beli kasut satu lagi ganti yg koyak tu ... Adik cukup satu!
Memandang hujan selalu kat sini, dan Amar suka tinggalkan kasut sekolah yg satu tu di bawah ...
Probabiliti basah dek tempias bila hujan ribut ... 100%
Puas diingatkan oleh Muaz, yg angkat kasut dia naik ke atas (Mr. Cool yg teliti dan organize) ... Amar adalah yg sebaliknya!
Tapi Mama taklah risau sangat ... sebab memang ada caranya utk cepatkan proses keringkan kasut bila lambat kering dimusim hujan. Nak tahu, jenguklah N3 Mama kat sini.

Btw ini antara amalan Mama sebelum/semasa anak2 periksa. Agar dapat jawab soalan dgn tenang dan mudah;

Sebelum:
- Dapatkan salinan jadual peperiksaan

Semasa:
1. Doakan agar anak2 diberi ketenangan hati dan kefasihan ketika menjawab soalan2.
2. Buat solat hajat dan baca Yaasin ketika anak2 sedang hadapi peperiksaan.
3. Baca Syahadah 3X, Al-Fatihah 10X, 3 Qul 1X, Al-Insyirah 1X dan Selawat 10X dan niatlah dalam hati agar Allah SNW permudahkan anak2 jawab soalan dgn tenang, yakin, lancar dan tepat.
4. Doakan anak2 agar berjaya, maafkan dan redha pada mereka dan halalkan makan minum mereka.

p.s peluk dan cium mereka + kata2 semangat sebelum mereka ke sekolah. "Doa ibu bapa bagi anak2nya ibarat doa seorang nabi bagi umatnya." (HR: ad-Dailami)

21 October 2013

Ramalan cuaca .... tengkujuh nak mai dah!


Beginilah ramalan cuaca semenjak dua menjak ni  ... Minggu lepas, minggu sebelumnya, dan minggu2 yg akan datang  ... lebih kurang sama. Hmmm ... kiranya aura musim tengkujuh sudah menyapa.
Kalau siapa2 nak tahu keadaan cuaca kat tempat dia, ye lah  ... manalah tahu kot2 nak buat kenduri besar ke ... nak gi jalan2 makan angin ke, nak ke pantai ke, apa2 je lah  ... kalau rasa cuaca akan pengaruhinya ... elok2 jengok web Jabatan Kajicuaca Malaysia MMD (Malaysian Meteorological Department) ni. Nak jenguk ikut negeri atau daerah  ... boleh aja. Nak lihat cuaca kat tempat2 peranginan utama pun ada! Tapi kalau yg jenis tak kisah tu  ... asal nak pergi, cuaca panas terik ka, ribut petir melanda ka, ... hangpa tak kisah, redah belaka  ... jenguklah juga, untuk makluman aja ... suka2 (^_^)
Ini pula ramalan minggu ini untuk KB ... ibu negeri Mama. Wah! Hampir sama dgn ramalan Mama  ... hihi. Bila musim begini, menjemur pakaian dikawasan lapang, dengan harapan cepat kering  ... adalah satu 'gamble!'.
Majoriti jiran Mama merupakan keluarga 'muda' dan pasangan berkerjaya. Anak2 masih kecil ... 3 -5 orang tu kira biasalah ... nak2 yg ada baby kecik ... ampaian kain mereka ... full-house sokmo! Kalau awal pagi sebelum gi kerja tak hujan ... mereka jemur dihalaman, dgn harapan balik kerja nanti ... dah kering semua. Pun, dgn keadaan sekaran, petang biasanya hujan ... tu yg Mama cakap : perjudian!
Cam Mama yg dok rumah ni xper lah .... rintik hujan jer, tarik ampaian ke bawah 'porch' ... kalau hujan lebat + ribut petir, tak selamat juga kain2 tu ... lencun kalau tak angkat nanti. Bila begini, dalam rumah jadi macam ada pesta ... bergantungan penuh warna ... cam 'sports day' zaman sekolah pun ya ... kihkih!

Senario kebiasaan jemur kain bagi jiran belakang rumah Mama. Kalau hujan tak dapat nak tolong
angkatnya ... jauh bebenor pintu pagar depa ... berkunci pula. Basah semualah alamatnya!
Mama dulu pun gitu juga, masa muda masih kerja  ... huhu
Been there and its parts and parcel of working mum.

20 October 2013

Bila anak demam ...

Pasal raya korban lagi  ...
Sebelum raya, anak sulung beritahu tak balik! Tak dapat cuti  ...
Sehari sebelum raya, dia call ... "Abe deme Mama!"
Si Adik dah beritahu, hari nak bertolak balik .... lewat bertolak pulang sebab uruskan bekalan ubat dan makanan buat Si Abang yg berselimut kesejukkan ...
Hari raya dan hari2 selepasnya ... Mama, Ayahnya dan adik2 ... asyik duk call dia, tanya khabarnya ...
Hati ibu mana yg tak gundah gulana ... anak (walau pun dah besar panjang, berjanggut beruban ... tetap anak dihatinya) demam sorang2 kat KL nuh!
Hampir saja Ayahnya dan Si Adik ke sana malam raya, bawa dia pulang ke kampung ...
Risaunya kami semua toksah cakap.
Jasad aja di sini, fikiran di sana memikirkan si anak  ... bagaimana dia? dah makan ke ..., makan ubat ikut waktu ke ... panas kah? sejukkah? nak rasanya terbang saat itu juga ...
Sebenarnya phobia anak demam ni semenjak Angah meninggal .... mulanya demam biasa2 ... tak sangka kami itu penyebabnya dia tinggalkan kami semua selama2nya.
Walaupun kami redha dgn ketentuanNya .... kini kami sangat2 phobia kalau anak demam!
Naauzubillah! Doa tak putus2 agar Allah sembuhkan, agar hanya demam yg tidak memudharatkan .... hanya deman biasa2, penghapus dosa2 ... tanda kasih Allah pada hambaNya.
Alhamdulillah ... raya ke 3, dah ok dia ... cuma selera belum pulih sepenuhnya ... badan pun masih letih!
Bapa saudara dan mak saudara yg juga tak dapat balik raya ad tenguk2kan dia ... pun cuaknya Mama tetap ada.
Dan semalam, Si Adik call ...
"Mama! Anas deme ..."
Pulak dah!
Yang mujurnya, Si Abe ada bersama ... lega sedikit!
Dan Si Kakak baru singgah ... hantar bubur katannya
Cepatlah sembuh anak ... rehat cukup2 ...
Kuat sangat me'momen' (baikpulih motorsikal dia sendiri) agaknya ... 
Baru sampai dari kampung, dah mula kerja  ... kata Si Abe!
Anak2 ... jagalah kesihatan diri
Mama dan Ayah jauh ni  ... risau kami
Memikirkan kalau dekat ... boleh Mama masak bubur nasi ...
Lap dan demah dahi ...
Kan senang kalau ada bini!!
opps! ke situ pulak Mama ni  ... 

19 October 2013

BBQ and I ...

Daging yg banyak dlm freezer tuh  ... best kan kalau buat BBQ
Kumpul ramai2  ... kalau ada kambing sekor ... lagi ngam!!!
Dlm imaginasi pun dah seronok  ... realiti mesti lagi seronok kan!!?
Pun ... bila tiap kali teringatkan Raya Korban dan BBQ ...
Mama pasti teringat arwah Angah. Dialah yg paling sibuk ...
Setiapkali musim begini ... dia yg urus semua!!
Dari mula sediakan bahan2 perapan, daging2 dan ayam ...
Dari proses perap hingga menggrilnya ... dia pakarnya ...
Belajar masa kerja direstoren di Ipoh dulu ...
Dan dia sentiasa ada yg daging BBQ yg special utk Mama dan Ayahnya!!!
.... sos pencicah pun dia sedia
.... nak yg manis, pedas, black pepper ...
Ia memori luka ... parut yg kadang2 berdarah semula ... cam hari ni!
Sudah 5 tahun Mama rindui BBQ Angah ... yg lain takkan pernah serupa dgn yg dia sediakan utk Mama ...
"Sedap tak Mama?"
I miss that question!!
And that is why ... Mama can't bring myself to hold BBQ feast here ... at our own Rumah Biasa2 ... not before, not now!
Allah Ya Allah! I miss him sooo much (-_-) and his BBQ secret recipe that I never bother to ask ...
... taking for granted that my young son will always be there for me  ... to treats me and his dad, comes Eiduladha ...
Never again Mama able to taste ... BBQs thats full of love as his!
Ya Allah! Do grants my son, Wan Mohd Munzir, Jannah. Amiinn  ...

17 October 2013

Bila Raya Korban berlalu ...

Tak nampak kelibat lembu2 ...
Yg biasanya melata makan rumput2 ditanah kosong depan dan tepi rumah
Sudah hilang kelibat anak2 yg sudah dewasa ...
Rumah yg 2-3 hari lepas riuh rendahnya ...
(sms anak jam 3 pagi: Mama! Ayoh! Dah selamat sampai ... Alhamdulillah! Jem jugak yer ... bertolak jam 5 ptg pun)

Siapalah yg nak habiskan daging tulang yg penuh dlm peti ais nuh! ...
(walaupun tahun ni kami tak korban)
Kita beri orang, alih2 sapalah letak daging se plastik atas tangga tuh???
Dah dua hari tak yah masak, makan free  ...
Pun menunya tak lain .... daging, daging, daging
Samaada goreng, gulai, bakar, rebus buat air asam, singgang, rendang
Dan ...
Doktor dihospital tak menang tangan
Doktor klinik2 persendirian senyum girang

Lalu ...
Pagi tadi, sblm gi kerja ... hubby Mama berpesanlah dia!
... Dinda, petiklah kacang botol, kacang panjang dan ulam raja
Keluarkan ikan yg kanda beli belum raya
Malam ni menu kita berdua ... cukuplah ikan bakar cicah kicap, ulam2an cicah sambal, dan ikan singgang utk kuahnya
Budak dua orang tu  ... buatlah speghetti utk mereka!!???

09 October 2013

PYO ... hi!

HI! I'm PYO (that's what my human family called me) ... =^.^=
Am paying a heavy priwe for my curiousity  .... got sepawrated from me mum and sibblings ... huhu
Hid inside carw engine one day and got caught  ... lucikly alls end well ... and was adopted by this lovely fawmily
- The two handsome guys ... purr purr, Muaz and Amar, loving Mama and big guy, Ayoh!
Am happy here  ... purrr! They feed me well too ... fiswh, chickum ... daily!  =^.^=
PYO likes Mama. Mama is my souwlmate ... purrr meoww
But me think Mama spends too much time on that book-like thing  ... and not playing with PYO much when she's playing with it. PYO hates that gadget ... grrrr!

p.s. .... overheard Mama planning to go on vocation soon.
Asked Amar to take pawsport photos of PYO ... just in case.
Wonder which one is nicer ... meowww




08 October 2013

Saranghaeyo ....

Amar  ... cita2 dia sebelum ni ... askar
... semenjak drama Korea 'Good Doctor' ( pasal seorang pemuda austistik yg jadi 'pediatic surgeon') ...
"Mama! Adik nak jadi doktorlah!" (^_^)

'Master of Study' (pasal misi ex-student sebuah sekolah yg terkenal dgn budak2 nakal dan bodoh utk pastikan 5 pelajar berjaya masuki Universiti yg paling berprestij bg elak sekolah tu ditutup) ... buatkan Muaz dan Amar tahu pentingnya latihtubi dan peta minda  ... serta benarnya pepatah 'Belakang parang diasah lagikan tajam'!

Mama suka 'The Human Condition' ... ia bagai terkena hidung sendiri kerana misi2 yg mereka perlu hadapi ... seperti hidup seminggu tanpa hp/internet/tv ... boleh ke?! Misi hidup tanpa sampah, air, duit, elektrik, kereta ... wah! Ia buat Mama berfikir, betapa kita ambil benda2 gini 'for granted' ... bersyukurkah kita dgn nikmat yg ada??!!

Itulah  ... ada pengaruh tv ni. Negatif atau positif, terletak pada kita utk tentukannya. Ya! ... takleh nak elak dari nonton tv ... tengok, tengok juga ... tapi yg penting bimbing diri dan anak2 agar yg baik jadikan teladan, yg buruk jadikan sempadan ... Ketahui rancangan yg mereka suka, tengok sama2  ... sambil2 tu tanya pendapat Amar dan Muaz pada akhirnya  ... kadang2 suprised dgn sinopsis mereka ... tambahlah rempah ratus garam gulanya ... buat pedoman (cam nak masak jer Mama nih ... hihi)

p.s. bila tang babak cam kiss2 dlm drama tu, cepat2 Mama tutup mata Amar dan perintah Muaz tutup mata  ... haha! Itu masa Mama ada, InsyaAllah ... bila belakang kita pun, hendaknya spontan mereka tutup mata bila ada adengan2 yg patut disensor tp tv sekarang main borong tayang semua ... huhu
p.s.s. tarian2 yg provokatif, dn pakaian2 seksi @seksa mata (xkira Korea, Hindi, omputeh  ...) pun sama ... Mama larang mereka saksikannya. Terpaksa didik mereka mana yg elok dan mana yg tidak  ... itu jer yg dapat dibuat dlm zaman langit terbuka nih! Mereka kena belajar tapis sendiri  ... menakutkan!!

03 October 2013

Bukan salah ubi kentang ...

"Dik! Kentang sekilo!", amik bungkusan terus masuk kereta!
Balik rumah ... Alahai! Kentang2 tu semuanya bersaiz cam telur gred C ...!! Kiut miut comel lote gitu  ... huhu
Marahkan nyamuk bakar kelambu, marahkan diri sendiri beli kentang tanpa tengok dulu, semalam operasi KENTANG!! Kupas kentang cenonek sampai berpinar mata  ... haha! Dan minum petang semalam adalah ... Karipap kentang, Wedges kentang cheesy ala McD, Donut kentang ... lebihan kentang 3 - 4 biji lagi, ... InsyaAllah, hari ni jadi kari.
Dek ubi kentang kiut, donut pun kiut jugak2 ... guna acuan donut sebesar 50 sen  ... comel sangat + sesuai utk sekali ngap ... ngap2, tak sedar habis semangkuk besar! Haha  ... Penghuni Rumah Biasa2 ni sekarang lebih suka donut keledek/kentang dari donut biasa. Resipinya ada kat sini
Utk cheesy wedges, Mama guna chesy sauce ready-made yg doter Mama beli hari tu. Kal KL agaknya  ... kentang tu Mama potong wedges, rendam dlm air dan letak dlm petiais dlm sejam, toskan airnya, gaul garam sikit, goreng deep-fry. Pastu letak cheese, mayonis dan sos cili (jika suka).
Manakala karipap pula, resipinya intinya ikut gerak hati, main agak2 bahan2nya ... orang lama gitulah stylenya.

Intinya ... ikut suka nak ayam atau daging (Mama ikut apa yg ada dlm petiais). Tumis bwg putih, merah dan halia tumbuk hingga wangi. Masukkan pes kari daging dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan ayam/daging yg telah dipotong kecik2 + 2 sudu makan air. Bila pecah minyak lg, masukkan kentang dan air secukupnya. Bila mendidih, + garam, gula dan sos tomato secukup rasa. Masak hingga empuk dan kering kuahnya. Ketepikan.
Kulitnya:
200 gm tepung gandum, 50 gm majerin dan air suam secukupnya.
... Rub-in majerin dan gandum dgn hujung jari hingga berderai cam bread-crumbs. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga doh lembut dan elastik. Bulatkan, lumur sedikit majerin pada doh dan bekas, tutup dgn plastic-wrap dan rehatkan pd suhu bilik +/- 30 minit.
Canai ikut saiz yg diingini, letak inti, klim dan ulang proses hingga selesai.
p.s. utk tujuan simpan karipap ala dingin-beku, karipap yg sudah diklim tu terus sejukkan sebentar dgn dulang2nya sekali dlm freezer petiais (5 - 10 minit). Bila agak mengeras, boleh simpan dlm bekas kedap udara dan pasti karipap tidak melekat antara satu sama lain.

01 October 2013

Beri Amar ruang ...

"Mama! Bila Adik nak ada bilik sendiri?" .... persoalan yg xjemu Amar ulangsiaran pd kami!
Bila dia tanya gini ... kami (Mama dan Ayahnya) sangat rasa guilty.
Sebab masa Rumah Biasa2 kami belum siap, memang janji Amar kan punya bilik sendiri  ... xperlu share dgn Bebe lagi.
Pun ... harapan palsu lagi. Bilik Amar jadi stor sementara .... masa duk sibuk nak kenduri kakaknya dulu  ... campak segala benda dlmnya sbb bulan 2 masuk rumah sendiri, bulan 3 nak kenduri  ... bilik tu aje space yg free ...
Amar! Kami really2 sori  .... coz sampai hari ni tk settle2 lagi  ...
Mama masih xtahu mana nak letak/buang ke barang2 dlm tu
Ada dari zaman Mama, Ayahnya bujang ... nostalgia!
Buku sekolah anak2 dari Djh 1 hingga U  ... huhu
Pakaian anak2 masa kecik2 dulu  ... pun masih simpan jugak!
Periuk belanga, pinggan mangkuk ... berkenan, beli, simpan  .... ntah bila nak gunanya  .... masih elok dlm kotak masing2, pun dlm tu juga ...
Dan! Kotak2 yg xbertanda, misteri isinya ... banyak juga
Menunggu Mama organize  ... semua!!
Mama tahu  ... kalau Adik baca, mesti dia marah ni ...
Cerita pasal dia lagi!
Masa cepatnya berlalu ...
Dia kian membesar .... Muaz pula semakin remaja ...
Dua2 sering masam muka (yg kecik especially ...) sebab masing2 kadang2 perlu privacy .... perlu menyendiri dlm bilik sendiri ...
Bila hari xseperti yg diingini ...
Dunia persekolahan dan alam remaja lani,  bukan cam time Mama dulu .... its complicated!!
So Mama, Ayoh! Bila nak clearing bilik Adik tu!!!???
(~__~')

30 September 2013

Geram ...

Itulah  .... orang berkebun, kita pun nak berkebun
Tapi ... ilmu bertani ... nehe! ell'lek, mei you, nada, hampeh!!! zero ... huhu (semua bahasa kluar tu  .... marah nampak!)
Marah kat diri sendiri  .... hihi
Sawi dlm N3 Misi menyelamat lalu, ini je yg selamat!
Mana cukup nak buat mee kari!
Dek geram ... haaa! Ni dia semaian baru  ...
Dulu pun lebihkurang ni jgk semainya.
Tapi kali ni nak tanam dlm pasu ...
Lagipun cam nak masuk musim hujan dah ... boleh alih bila cuaca xmenentu ...
Learn from mistakes pun ya!

Pastu, adalah juga tanam ketumbar .... (fav Mama, suka bau dan rasanya). Haha! hihi! huhu!
Cenonet hidup sorang diri jer .. pastu kena share pulak dgn pokok 'ntah apa (nak buang sayang, ingat pokok tomato mulanya ... tp cam lain jer ... Mama nak biarkan dia tumbuh semahunya  ... kita tengok apa jenis dia ni ha .... )
Dek geram juga .... semalam Mama curah lebihan biji ketumbar yg dibeli dulu atas patch baja kompos yg Mama usaha 3 minggu sudah  .... apa nak jadi, jadi lah!!! Berpatah arang dah ni ...
Speaking of 'apa nak jadi' .... suprise! suprise!
Mama jumpa pokok kesom dan tomato tumbuh atas patch tu ... baru perasan. Mula2 ingat rumput rampai yg melata ... naklah buangnya sblm bermaharajalela.
Yup! Depa tumbuh sendiri  ...agaknya sisa2 sayuran dari dapur yg Mama campak dulu .... dia cambah sendiri dek kesuburan tanah kompos tu  .... Alhamdulillah!
Yg pasti ... Mama am keeping them! Hari2 intai tumbesar mereka ... teruja pulak!
p.s. kesom yg Mama tanam lama dah .... hmm! hidup segan mati xmau .... cer compare!

Maha Suci Allah  ....

27 September 2013

Hajat Mak tertunai sudah ... balik rumah sendiri

Hari ni genap seminggu Mak duduk rumah dia sendiri  ...
'Safe and sound' kata omputeh  ...  dgn kepulangan K.Zah aka KZ.
KZ merangkap misi Mak pun bukannya in good health, maklumlah dah 70+, campur lg kencing manis dan darah tinggi  ...
Tapi itulah  ... KZ insists dia nak jaga Mak selagi dia masih upaya.
Itulah ajalah bakti dia utk Mak  ... selagi dia atau Mak masih ada!
Mak ada 9 anak, 7 lelaki 2 pompuan. KZ no. 4. Kakak sulung dah meninggal  ...
Anak2 lelaki Mak yg masih ada (2 diKL 2 diPP, Kel) sepakat utk upah pembantu rumah uruskan Mak, kemas rumah dan masak lunch. Ringan beban KZ, bolehlah dia 100% tumpu kat Mak  ... sbb Mak kalau tak suap, sikit jer makannya  ... gitulah keadaan Mak sekarang.
Pagi tadi balik kg ... dgn hubby, abang ipar dan wifey dia ... urus terma kerja serta kadar upah dgn Y (jiran sekampung Mak). Alhamdulillah, Jumaat yg berkat  ... semua berjalan lancar dan semua orang berpuashati.
Mak? Mak tak kisah pun .... orang cakap dia senyum ... orang cakap A, dia jawab B ... itulah. Menurun benar kesihatan Mak lepas raya lalu  ..... cam pusingan U terus!
Mak dah tak kisah kenderaan yg lalu lalang ...
Ayam, lembu dok masuk dan berak merata kat laman dia (biasanya Mak cepat2 halau kalau ayam, lembu orang masuk laman dia  ...)
Berapa banyak pelanggan singgah beli keropok lekor Ecu  ...
Berapa bungkus keropok lagi yg berbaki  ...
TV apatah lagi ... siang malam pun Mak dah tak dapat beza!
Mak hanya baring kat kerusi feberet dia ... pejam mata ... sambil jari jemari tuanya membilang buah2 tasbih, kadang2 garu sana sini, raba kerusi ... apalah yg bermain difikiran Mak!??
Bila Mama ajak Mak dok rumah kami, Mak senyum ... geleng kepala ... "Sedak dok rumoh sediri" kata Mak sambil senyum berseri2.

Moga Allah SNW berkati kedua mereka ini, warga emas yg Rasulullah saw pernah bersabda, bahawa sesiapa yg usianya melewati 70 tahun , dia digelar 'Asirullah' (tawanan Allah) ... yg sentiasa dicintai seluruh penduduk langit (para Malaikat). MasyaAllah!!
Benarlah firman Allah SNW dlm Surah Yassin, ayat 68 yg bermaksud,
"Dan barang siapa yg Kami panjangkan umurnya, niscaya Kami kembalikan dia kepada kejadiannya (kembali menjadi lemah dan kurang akal). Maka apakah mereka tidak memikirkannya? "

25 September 2013

Tanyalah Ustazah ... setiap masa setiap ketika

Alhamdulillah dan Assalamualaikaum.
Cam tagline iklan pulak tajuk N3 Mama hari ni  ...  (^_^)
Apapun harap hari ni lebih baik dari semalam  ... ok!
Semasa mencari kepastian permasaalahan mencuci air kencing atas lantai mozek hari tu ... banyak site, blogs dan u-tube Mama lawati.
Sangkut lama jugaklah bila pi u-tube Ustaz Azhar  ... hihi
Pastu Mama stumble blog nih My Islam Media  ...
Wah! Cam jumpa lubuk ilmu (perasaan Mamalah)
Ye lah, kat situ dimuatkan video2 Islamik dari rangkaian2 TV Malaysia yg femes2
Apa lagi, Mama pun pilih Tanyalah Ustazah ... dan pilih episod yg Mama rasa nak dengar ...
Suka ... sebab banyak episod2 yg Mama miss boleh dengar semula
So ... sambil buat kerja, sambil dengar re-run Tanyalah Ustazah ... seronoknya
Nak dengar Prof Dr Muhaya  ... pilih je episod dia yg mana suka
Ustazah Norhafizah Musa? Suka re-run pasal Doa Malaikat!
Ustazah Asni? Ustazah Nik Salida? Ustazah Siti Nor Bahyah?
... dan ramai lg ustazah2 ... pilih aje.
Terima kasih pada yg empunya blog. Moga Allah SNW merahmati dan memberkati usaha anda ...
Jom kita Tanyalah Ustazah sambil urus rumahtangga (pd yg dok rumah cam Mama lah ...)
3-in-1 ... dengar, kerja + makan ... hihi!

p.s. bukan Tanyalah Ustazah aje yg ada, kalu tak tahu nak masak apa hari ni, cuba pilih 5 Rencah 5 Rasa, N3 blog MIM hari ni. Nak tengok Jejak Rasul pun boleh ... cam kempen nampak!! Hehe ... Kongsi ilmu yg bermanafaat takper kan!??

24 September 2013

PYO ... penat

Susah bebenor nak nyebut nama E-P-YO .... udahnya tinggal PYO aje.
Pun dia cam suka nama tu  ... sbb bila panggil PYO
... kalu sdg galak dan leka main, berhenti! angkat kepala cari sapa yg panggil dia
... kalu Mama kat dapur, bila panggil PYO, laju jer ... dia tahu ada habuannya
... balik dr sekolah, xnampak kelibat PYO, Amar pasti panggilnya. Dan PYO akan muncul ... dari bawah kerusi/bawah meja/belakang langsir/bawah katil mereka  ... terpisat2 ... sdg tidur agaknya
Dan PYO jugalah yg Mok dan Ecu cari  ... sebaik sampai rumah ni.
Namanya anak kucing  .... lepas makan, main jelah kerjanya
Berlari, berkejar, melompat, panjat sana sini. Dari ruang tamu, ke ruang makan, ke dapur, ke bilik .... surat khabar, tisu sekotak ... habis dikerjakannya
Mama gelak sorang lihat gelagat dia ... cam entertainment free pun ya ... hihi
PYO PYO ... udahnya ginilah dia, setelah habis kuasa kuda digunakannya ...   (^__^)



22 September 2013

Projek kain sarung ... Nostalgia Mokkedin

Hari ni siap projek suka2 Mama. Ia projek lebih kepada nostalgia ...
Nostalgia @ kenangan bersama nenek sebelah Abah ... Mokkedin!
Panggilan yg agak pelik buat seorang nenek kan?
Sebenarnya kami cucu2 yg dah besar (bersekolah rendah masa tu) sebut 'Mak Abg Din' ... tp yg kecik2 tu, bila acap kali sebut + pelat, jadilah Mokkedin  ...
Mama cucu sulung pompuan dan amat rapat dgn nenek. Kenangan2 ikuti, tolong mana yg boleh ... Mokkedin bila dia;
i. buat tikar mengkuang! Dari mengambil pokok mengkuang, merendamnya dlm kolam kecil belakang rumah nenek, menyiat, jemur, warna hinggalah mengayam
ii. buat atap nipah! Dari ambil batang bembam, batang buluh, nipah hinggalah mencucuk atap nipah
iii. buat tilam kekabu! Dari kutip, buang biji kekabu dan jahit sarung tilam dan akhirnya (ini biasanya bhgn wajib kami), masukkan kekabu ke dlm tilam
iv. jahit baju kurung kedah dan kain sarung,
amat berkesan dihati Mama. Terikat kemas dlm lipatan memori, setiap kenangan indah bersama Mokkedin.
Dan semua ini jugalah antara punca pendapatan nenek, selain berniaga kain, tembakau (yg datuk buat) dan beras (yg mereka usahakan). Datuk Mama , Chek  ... kerjakan sawah padi mereka dan bela kerbau! Bila Mokkedin keluar berniaga (biasanya seminggu) ke kawasan2 pendalaman  ... Chek akan jaga rumah, ayam itik, masak dan urus sendiri makan minum dan pakai dia. Memang kagum dgn cara mereka berdua  ... pun tetap mesra dan bahagia hingga akhir hayat. (Al-Fatihah buat Chek dan Mokkedin).
Bila ada orang kg yg minta nenek jahitkan kain sarung mereka, nenek akan gunting dlm sejengkal kain tersebut sbg upahan. Nenek akan kumpul guntingan2 tu dan lama2 dapatlah sehelai kain sarung (ala2 patchworks) utk nenek buat basahan. Itu Mama ingat sangat ... dan suka lihat kain sarung yg beranika warna yg nenek pakai. Bagi Mama ... cantik sangat! (Hubby cakap Mak pun pernah buat kain sarung cam gitu).
Itu yg Mama cuba 'recreate' kembali kenangan itu. Mama taklah
susunan perca2 kain sarong sblm jahit
amik potongan kain sarong sbg upah ... hihi ... tp setiap kali jahit sarong buat Mak, Mok dan Mama sendiri ... Mama buat seperti nenek pernah buat. Lama jugak nak kumpul potongan2kain sarong tu utk dpt sehelai kain sarong! Maklumlah, zaman sekarang hanya warga emas jer yg minat kain sarong nih! Yg muda lebih selesa berseluar di rumah!
Alhamdulillah! Hari ni selesailah projek nostalgia Mama tuh! Cantik kan?!!! (Hihi  ... sendiri perasan ...)
sisi depan dan belakang
projek kain sarong 'nostalgia Mokkedin'


20 September 2013

Bila Mak rindu ....

Mama tahu Mak (ibu mertua) merindui rumahnya  ...
Memang duduk rumah sendiri lebih selesa ...
Mesti Mak rindu kerusi tempat dia baring diruang tamu  ...
Kerusi diberanda ... tempat Mak berehat setiap pagi dan petang
Rumah Mak tepi jalan besar ... mesti Mak rindu lihat kenderaan lalu lalang  ... bila lori treler lalu  ... bergegar rumah, sound-effect tok sah kira, siang maupun malam
Mesti Mak rindu lihat aktiviti kedai keropok lekor Ecu ... lihat pelanggan dgn pelbagai jenama dan warna kereta, bas, lori pun berhenti juga  ... motorsikal pun ya
Mak rindu pokok rambutan, mangga dan dokong dia .. yg sedang galak berbuah, lebatnya ... Mak tanya hampir setiap hari, "Banyok ko buah?", "Tok gi amik ko?"
Mak rindu jiran2 yg sering datang bertandang ... tanya khabar dia, bawa kuih/lauk kegemaran dia ...
Lihat kambing, lembu, ayam ... bebas merata
Kat sini, rumah kami ... mana ada itu semua!
Senyap sunyi ... dah lah jauh dari jalanraya, jiran keliling semua berkerjaya ... ayam,itik lembu, kambing ... lagilah tak ada!
ASRO adalah  ... temani Mak sepanjang masa (kadang Mak tengok, tp banyaknya dia tengok Mak ... hihi)
Jadi bila Mok (mak Mama) datang ziarah ... sekali sekala,
Mak bisik kat Mok ...
"Nok kelik (balik) rumoh ambo ..." (-__-')

19 September 2013

Menjaga Mak ...

Mak (ibu mertua) seorang yg cekal dan suka berdikari. Dari muda, setelah kematian suami pd usia Mak 40 tahun, Mak sorang diri cari rezeki utk besarkan dan sekolahkan 6 anak lelakinya. 2 anak pompuannya dah kawin (dulu 13 dah kawin) dan sorang, lelaki, meninggal masa kecik. Macam2 kerja Mak buat  ... dari pagi hingga petang. Alhamdulillah ... semua anak2 Mak berjaya.
Kini Mak dah uzur sangat. Memang ketara  ... sudah tidak dapat bezakan siang dan malam. Makannya halnya setelah ditanya ... itupun kadang2 dia cakap dah makan (walhal belum lg). Kadang2 kena pujuk, baru nak makan. Kadang2 kena gertak sikit (hehe  ...), cakap Mail (abang ipar) marah kalau xmakan ... (abang ipar bukannya garang, tp setiap katanya, Mak memang akur  ...). Suami, anak bongsu Mak  ... bahagian memujuk!
Dan, sepadan dgn usianya 94 tahun, Mak dah tak mampu kawal buang air kecil/besarnya. Selepas beberapa kejadian 'accident' otw ke tandas bermula lepas raya lalu, kami pujuk Mak pakai lampin pakai buang. Mujur Mak setuju  ... pun kadang2 'overflow' jgk. Kdg2 'tiris' otw ke tandas dek lampin tu dah penuh, longgar dan terlondeh, lalu tiris dan meleleh atas tikar, karpet, lantai sepanjang laluan Mak ke tandas (Mak akan ke tandas kalau dia rasa nak buang air ...  kena assist sbb dia xpandai nak buka lampin pakai buang tu. Bila dia basuh sendiri, dilondehkan aje dan dituang air atasnya. Gitulah Mak ... masih cekal nak urus diri sendiri).
Memang, Mak sekarang macam anak2 kecil kembali ... tp yg lucunya, Mak cakap, "Hokaloh, bocor lagi ko? Mok ingat de (sempat)". Hihi ... Kesian pulak lepas tu tengok Mak lirih pandang Mama cuci lelehan air kencingnya itu lepas selesai uruskan dia. Macam dia nyesal ... Mama 'make-do-know' aje, buat cam takder apa2, small-matter ... buat muka hepi agar Mak tak terasa terbeban. Sambil cuci, borak2 (dgn volume kuat agar Mak dengar) dgn Mak ... p.s. kadang2 borak sorang2 sbb bila tengok, Mak dah happilly  zzzzZZZZZ!!! Huhu ....

Nota: Cara bersihkan lelehan air kencing atas lantai mozek

1. Mama guna kitchen towel secukupnya dan spray air (yg buat gosok baju tu)
2. Tekap tuala kertas/kain atas air kencing hingga serap (utk hilangkan 'ain/najisnya)
3. Spray/curah air secukupnya. Dgn tuala kertas/kain lain, tekap atas air hingga serap.
4. Ulang proses 3 dua kali lagi. Setiap kali, dgn tuala kertas/kain bersih yg berlainan.
5. Biasanya Mama spray kali ke 4 dan lap kering2.
-- sblm mula, sediakan tong sampah/baldi berdekatan tempat kerja utk letak tuala kertas/kain yg tlh diguna.
Kalau karpet tu, lepas  step 2, angkat karpet, letak besin bawahnya dan lalukan air atasnya 3 X, pastu lap/jemur. Kalau karpet kecik, boleh basuh, bilas dan jemur terus kat luar.
Itu yg Mama buat slps google dan tgk ceramah ustaz2 kat u-tube. Utk kesahihan.

18 September 2013

My Sira Pisang ... suka yg berkaramel


Kebun abang ipar bersebelahan rumah kami. Sebenarnya tanah tu tapak rumah utk anaknya  ... tp abang ipar ni jenis yg tak boleh duduk diam. Semenjak pencen, lagilah banyak aktiviti dia  ... termasuk berkebun. Rasanya tangan dia sejuk cam mak mertua juga  ... tanam apapun, semua menjadi. Jiran2 jauh dan dekat dah merasa pelbagai buah tangan dari kebun dia  ... jagung, bendi, kacang botor, cili padi, keladi, kacang panjang, kangkung, kesom ... dan  of coz kami sentiasa ada supply percuma sayuran2 nih ... boleh petik anytime, dah dapat 'green-light' ... hehe.
Nenas baru berputik, tapi pisang2 yg ditanam dah mula berbuah dan ada yg sudah boleh dituai. Hari tu dapat pisang kebatu (xtaulah orang negeri lain panggil apa  ...). Mama rebus buat sarapan pagi  ... Mak's favourite. Cicah dgn kelapa parut gaul sedikit garam dan gula ... woh! sodap sangat! Sedap juga digoreng. Dua hari lepas, dapat pisang nangka pula ...
Mama kalau pisang nangka, tak buat lain  ... sira atau pengat jer ... menyangkut sangat kata oghe Kelate!


Mama suka sira pisang yg tak berkuah sangat ... suka yg berkaramel dan sesikit hangus pisangnya. Caremalised kata omputeh. Pisang nangka yg masak sangat, xsesuai buat sira nih. Biasanya Mama rendam dulu pisang yg dah dikupas dan potong serong (ikut suka) dlm air kapur ... anggaran 1/2 jam. Tujuannya agar bila disira nanti tak lembik.
Pastu Mama letak gula secukupnya dlm periuk, letak sehelai dua daun pandan, dan 3-4 kuntum bunga cengkih. Baru susun pisang (bilas bersih2 agar xder sisa kapur, nanti pahit) atasnya. Tudung periuk dan masak di atas api sederhana hingga gula buih dan agak hangit (cam buat gula hangus). Masa ni, Mama tambah sedikit air panas agar ada kuah sikit (kalau nak kuah banyak, tambah banyak le ... tp pastikan berpadanan dgn gula tu ..). Mama tak kacau tp goyang2 jer periuk tu (hehe  ... ) agar mesra air yg dituang td dgn gula dan pisang. Biarkan ia mendidih sekejap, angkat!
Haa ... itulah sira pisang versi Mama. (^__^)


17 September 2013

Misi menyelamat ... sawi

Hari ni nak update perihal N3 Kebun Biasa2 Mama  lalu.
Baru Mama tahu bahawa berbudi pd tanah tak seindahdan sesenang yg disangka
Ingat tabur benih, semua ok ... tumbuh, membesar subur cam kat pasar tu ... huhu!
Dari anak sawi yg bercambah galak tu  ... hampir 80% daunnya kena makan entahla apa ... samaada siput ataupun ulat (itu suspek Mama).
Agaknya depa operasi 'attack' mlm, sbb siang hari tak nampak kelibat apa pun sekitarnya ...
Memang rasa agak frust juga  ...
Pun Mama tak putus asa  ... cabut mana yg masih berdaun dan tanamnya dlm pasu pula.
Awalnya nampak ok, tp satu pasu tu dah kene attack daunnya. Wah! Gigihnya depa cari makanan ya  ... pasu pun depa berjaya panjat ... huhu! (lagi)
Tdi dah alih pasu tu ke tempat lain pula ...
Manakala anak2 bendi ok jer ... membesar dgn baik!
Bila Mama maklum pada jiran sebelah rumah, Nor ... dia beritahu memang siput, ulat dan semut suka daun sawi dan cili ... kerana ianya lembut dan manis (binatang pun suka manis  ... hihi).
Bendi depa xminat sebab permukaan batang dan daun ada bulu2 halus  ... cara mereka lindungi diri. Subhanallah!
(p.s. jiran Mama tu cikgu  ... )
Itulah ... harap misi menyelamat sawi berjaya! InsyaAllah ...

15 September 2013

Ada rupa cikgu ka?

Semalam, masa g kedai ... berlaku lagi
Acap kali dah  ...
Dari dulu lagi  ...
Mereka2 yg 'address' Mama sebagai .. "Cikgu!"
Dipasar, kedai buku, klinik, pasaraya, bank, pemandu teksi/bas/beca  ... masa perjumpaan PIBG, sukan sekolah anak, masa amik bantuan awal persekolahan, kenduri, masa belibelah kat pasar ... even at IKEA!!!
Bila cakap Mama bukan cikgu! surirumah jer ... sepenuh masa
... ada xpercaya!
... ada cakap rupa dan gaya cam cikgu jer!
... yg cakap awak/demo/kakak/makcik ... sesuailah jd cikgu  ... banyak!!
Seronok juga ... hmm! Cikgu Mama  ... sedap bunyinya kan!?
Bila begini  ... memang rasa terkilan juga
Sebab arwah Abah ... cikgu
Arwah datuk (sebelah Mok) ... cikgu
Cita2 masa sekolah dulu  ... pun nak jadi CIKGU!
Habis ngapa x jadi cikgu?
Looking back  ... Mama yakin, sudah ketentuan NYA, Yg Maha Esa .. cikgu bukan 'career' tersurat Mama!
??? Seminggu selepas Mama daftar ke Uitm (dulu ITM), surat masuk maktab perguruan sampai  ... zaman dulu, Mok tunggu Abah balik (Abah mengajar kat Ulu Kelantan masa tu) ... baru Abah kirim surat maklumkannya. By that time, dah lepas tempohnya ... utk jawab terima!
??? Lepas dapat diploma, Mama apply utk study oversea. Dah dpt tempatnya (ingat lg .. Uni Iowa, USA), dah lulus TOEFL. Gi exam by MIM utk eligible 4 biasiswa ... pun dpt surat berjaya 1 minggu lewatnya. Xleh rayu sbb competition tinggi & limited place!
??? Then masa mula2 kerja dgn gomen,  Mama mohon lanjutkan pelajaran bawah Uitm Young Lecturer Scheme. Dapat! Tapi  ... baru kerja, xleh mohon cuti belajar ... kena berhenti kerja! Dek sayang sbb baru kerja, dan xmau susahkan Abah lagi ... Mama tolaknya dgn berat hati!
??? Bila dah 'comfirm' kerja, Mama pohon BBA kat UKM ... dapat! Kena cuti tanpa gaji! Anak dah 2, menyewa di Kg. Baru, hubby gaji diploma jer masa tu  .... masaalah $$$ pula. Turun naik tangga mohon biasiswa/pinjaman ... xdapat! Jadi ... byebye UKM!
Itulah  ... Mama dah usaha, sedaya upaya.
Kini pasrah ... gelaran CIKGU bukan milik Mama
... redha dgn rezeki dan ketentuan NYA.
Apapun, Mama gembira ... at least ramai dah yg kata Mama CIKGU, ada rupa CIKGU!
Pastu dapat ucapan ... Selamat Hari Guru Mama ... setiap hari guru, dari anak2 Mama!
Ahhh! Itu sudah memadai, sudah cukup membahagiakan buat Mama ... bila anak2 anggap Mama cikgu mereka ...
Alhamdulillah!

14 September 2013

Bonda ... Mak Mertua

'Seorang ibu dapat menjaga 10 anak, 10 anak belum tentu dapat jaga seorang ibu  ...'
Ia ungkapan yg sering kita dengar  ... dan Insya Allah ianya tidak benar.
Senyuman manis Mak,
raya baru2 ni
Bila kakak ipar yg menjaga Mak jatuh sakit, dia telah dibawa pulang ke Kuantan oleh anaknya, Murni. Maka, suami dan abangnya yg menetap berdekatan Mak mengambilalih tugas menjaga Mak, secara bergilir. Bila sekali sekala perlu menjaga ibu mertua ... seperti sekarang ; ibu mertua yg sudah lanjut usianya ... yg berusia 94 tahun, sering lupa, kurang dengar dan sudah kurang sangat tenaga dan seleranya ... sudah kembali fitrahnya seperti kanak2 semula; maka Mama ingatkan diri ini bahawa  ...

1. Allah SNW sedang menghadiahkan peluang kepada Mama dan suami berbakti kepada ibunya ... ruginya kalau kami sia2kan peluang yg ada
2. Allah SNW ingin memberi bonus pahala menjaga ibu yg sudah tua ... ruginya jika kami tidak redha dan ikhlas berbakti padanya
3. Allah SNW sedang mengingatkan kami  ... suatu hari nanti, kamu juga akan tua begitu ... ruginya jika kami tidak sedar bahawa tua itu pasti
4. Allah SNW sedang menguji kami  ... apa yg kamu buat sekarang, tidak mustahil itulah yg bakal kamu juga terima, bila sampai waktunya  ... ruginya jika kami tidak sedar bahawa anak2 sedang perhatikan kami (Allah SNW lebihlah lagi)  ... kami sedar, kami tuai apa yg kami tanam!
5. Allah SNW sedang memberikan kami ladang ibadah, jalan memperoleh kemuliaan disisi NYA. DIA sedang membuka pintu2 rahmatNYA ... hanya dengan menjaga dan tidak mensia-siakan orang tuanya yg lanjut usia  ... peluang memperoleh keberkatan dlm hidup ... ruginya jika kami tidak mahu semua itu!

Lalu, tika diberi peluang begini  ... Mama sentiasa berdoa agar Allah SNW berikan kami kesihatan yg baik, serta mudahkan dan lancarkan urusan menjaga dan mengurus Mak. Pada semua yg begitu sabar dan redha menjaga ibu bapa yg sudah lanjut usia, tahniah! Anda sebenarnya seorang yg beruntung  ... manafaatkanlah seboleh mungkin peluang yg ada ... kerana sesungguhnya, Nabi Muhammad SAW berkata:

" Keredhaan Allah itu bergantung pada keredhaan kedua orang tua dan
kemurkaan Allah juga bergantung kepada kemurkaan kedua orang tua. "

p.s. Mama juga berdoa agar pahala Mama menjaga Mak mengalir juga kepada Mok dan arwah Abah  ... kerana mengasihi, mendidik dan membesarkan Mama. Amiinn  ...

Finally ... pending no more


Take a look at these pics of E-P-YO  ....


If pictures spoke thousand words  ... then having this cute, adorable kitten around you  ... unspeakable!!
Early dawn, she wakes me up  ... sat quietly nearby while Mama solat
Then she demands her breakfast  ... won't stop meowing (cutely) until Mama fills her bowl
She keeps Mama company  ... when Mama busy with laundry and in the kitchen  ... exploring curiously here and there  ...
She makes Mama smiles and laughs with her endless energies  and cuteness ...
When Amar and Muaz go to school ... Mama lonely no more
So, its final  ... Mama 100% sure now  ...
Thank you Allah for this beautiful bundle of joy  ...
MasyaAllah, Subhanallah  ... no wonder our beloved prohet Muhammad s.a.w. loves  his cat  ... Mueeza
... sometimes Mama think E-P-YO understands when Mama 'talks' to her  ...

p.s. Amar is quite pissed-off when Mama refers to E-P-YO as Mama's  youngest baby (haha  ...) and when Mok and Ecu call and play with E-P-YO 1st when they drop by. Jeles ka?!! (^_^)
** Hihi! Having two loving babies vying for ur undivided attention is refreshing indeed  ... lovely!

11 September 2013

Bila anak balik ... Cinnamon Bread


Cinnamon Bread ... itulah yg akan diminta doter, setiap kali dia nak balik semula ke KL ... buat bekal dan boleh terus buat brekfast esok paginya ...
Ini bekal utk 2 jejaka Mama
- Mizi dan Anas
Dlm banyak2 resipi yg Mama dah cuba, resipi dari blog dZana paling berkenan. Bagi Mama, ia senang nak buatnya, dan hasilnya ... roti yg lembut dan gebu dan of coz ... sedap! Ayahnya suka yg ada campuran buah2an kering, tp anak2 suka yg plain  ... gula perang + cinnammon aje!
Diperturunkan resipinya yg dah x original dek kepandaian Mama (haha ...) mengolah ikut suka hati ni  ... maaflah kat tuan resipi asal ya  ...

CINNAMON BREAD/ROLLS

4 1/2 cwn tepung roti (Mama guna jenama Nona Top Flour)
75 gm mentega/majerin
2 biji telur
1/2 cwn gula kaster (Mama guna 70 gm)
1 cwn susu suam (Mama guna susu full cream)
2 1/2 sudu teh yis segera
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh bread improver/pelembut roti (Mama tambah)

Bahan2 tabur;
75 gm mentega - suhu bilik/dicairkan sedikit
1 cwn gula perang +  2 1/2 sudu teh serbuk cinnamon* (kayu manis)
p.s. * Mama guna 1 1/2 sudu teh aje (atas permintaan ramai  ... huhu)
1 cwn campuran buah2an kering

1. Mama ngelat sikit tang langkah pertama, sepatutnya campurkan yis kering ke dalam susu suam dan biarkan dlm 10 minit/berbuih. Mama campur je semua bahan dlm mangkuk dan terus proses  ... gaul rata guna 'hook' lebih kurang 10 minit.
2. Bentukkan doh bulat, dan rehatkan dlm mangkuk (tutup dgn plastik) +/- 45 - 60 minit atau naik 2X ganda.
3. Tumbuk, bahagi 2 adunan, canai bentuk empatsegi panjang tebal 1.5 cm, sapu mentega dan tabur bahan2 tabur. Gulung kemas2, kerat 1/2, lepas tu 1/2 lg hingga dapat potongan yg sama banyak.
4. Atur atas dulang (yg telah dilengser mentega), jarakkan sedikit utk ruang mengembang dan rehatkan 20 minit.
5. Bakar 180 C selama 15 - 20 minit.

Nota: Ini cinnamon bread yg famili Mama suka. Ada banyak cara n versi cinnamon bread/rolls ni  ... so, just google and pick ur fav. ... bak kata pepatah, 'tepuk dada tanya selera'  ... (^__^)

09 September 2013

Tempat di dalam syurga yg paling Allah SWT sukai ...

Terasa ralat jg bila tak update blog Mama ni  ...
Mama suka menulis (& membaca) . Semenjak mata dah mula kabur dan perlu cari spek baca kalu nak menulis dan membaca, menulis diari bukan lg satu keutamaan/kemestian  ...
Mujur ada blog ... dapatlah catit apa yg ingin dicurahkan. Lagipun, boleh guna 'font' yg sesuai dgn mata orang lama ni, hihi .... Mama 'like!'
Pun 2-3 hari ni masa agak suntuk  ... ada beberapa hal yg agak memakan masa yg ada. So, Mama just publish this 'draft' that has been lying idle in my list of posts.
Moga kita sama2 raih manafaatnya, Insya Allah.

Tajuk N3:

Satu Tempat di dalam Syurga yg Paling ALLAH SWT Sukai

.... dan siapakah pula penghuni2nya?

Dlm sebuah riwayat, dari Wahab bin Mambah r.a.:
"Berkata Musa a.s. kitika dia dipanggil Tuhan ke Gunung Thursina: "Hai Tuhan, manakah di antara tempat-tempat di dalam syurga yg paling Engkau sukai?"
Allah berfirma: "Hai Musa, Hazhiratul Qudsi."
Tanya Musa a.s.: " Hai Tuhan, siapakah yg tinggal di sana."
FirmanNya: "Orang-orang yg mengalami kemalangan (bencana, cobaan)."
"Hai Tuhan, sebutlah sifat-sifat mereka padaku," pinta Musa.
Allah SWT berfirman: "Hai Musa, mereka adalah orang-orang yg apabila mereka Aku beri nikmat maka mereka bersyukur dan apabila mereka ditimpa kemalangan, maka mereka mengatakan:
"Innalillahi wa inna ilaihi raaji'uun" ( Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali.) "
Mereka itulah orang-orang yg tinggal di Hazhiratul Qudsi."
(Demikian 'Ar Raudhah')

Rujukan: "Muhasabah Diri" - Abu Sufi, Jasmin Enterprise, 1994.


05 September 2013

Bonda ... Mok

Alhamdulillah Mama masih ada 2 bonda  ... ibu dan mak mertua.
Mereka berdua  ... ada ciri yg sama  .... hepi sokmo!
Agaknya itu antara rahsia sihat dan panjang umur.
Awet muda pun ya agaknya  ... yelah, bila hati x serabut, muka pun xberkedut  ...

Hari ni nak cerita pasal Mok, ibu Mama.
Semalam, bila Amar tanya umur Mok, Mok berteka teki.
Mok beritahu Amar,  Mok lahirkan Mama pada usia 19 tahun  ... sekarang Mama 50++ (eee! rahsia  ....). Campur kedua angka tu, dapatlah umur Mok!!!
Mok, Mama dan adik2 ~
kenangan masa kenduri doter Mama
"Wah! Umur Mok dah 70++ (xleh beritahu, pecah rahsia  ... haha)!"
Mok kuat lagi  ... baru semalam balik dari Kuantan  ... penuh sebonet kereta dgn durian, dokong, rambutan, manggis, mangga dan 2 balang besar tempoyak!! (dia kait sendiri  ...)
Gitulah Mok! Alasan tu  ... padahal rindu kat cucu2 setelah seminggu lebih berkampung dirumah Mok cuti raya lalu. Tau sangat ... hehe
Esok paginya Mok dah paksa Ecu mai rumah  ... lega dia bila Amar dah bersekolah semula setelah seminggu lebih demam panas, x ke sekolah!
Juga sbb nak amik keratan pokok bunga raya jiran sebelah ... Mok berkenan sebab xpernah jumpa yg jenis ini ... nak tanam kat rumah (ps. Mama awal2 dah minta izin jiran sebelah  ... walaupun pokok bunga raya tu luar pagar rumahnya).
Yg nak tergelaknya, Mok siap suruh Mama amik gambar bunga raya tu ... masuk fesbok! Itu arahannya. (Haha  ... sungguh Mama xsangka. Cayalah Mok!).

p.s. Mama belum upload kat fesbok lg  ... kat instagram dah, kat sini pun ya  ... kejap lagi fesbok pula. Xmau Mok marah kalu dia tahu blum kluar fesbok lg  ... dosa buat ibu terasa hati kan!!!

Nanti akan cerita pasal Mok yg sorang lg pula  ... mak mertua.