Pages

Labels

Ceritalah (238) Me (139) diari ibu (136) kucing (67) Amar (61) Pesanan (61) Resipi (61) Rumah Biasa2 (36) Kebun Biasa2 (31) Yg Tersirat/Tersurat (30) cerita lama (21) Jalan-jalan (17) Jodoh (17) 3R (14) Lawak sikit (9) Puasa (8) PETUA (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Cucu (3) Haji (3) Migraine and I (3) ipoh (2) Nature (1)

23 December 2014

Pemandangan yg tak dapat dilupakan ....

Semalam ....
Usai solat zohor berjemaah di Masjid Besi, Putrajaya
(kali pertama di sini bersama Muaz, Amar dan menantu, Fatin ... )
Ketika bersalaman sesama jemaah wanita ...
Masya Allah ... tak tahu bagaimana nak gambarkan betapa terkesannya hati Mama ... tatkala melihat bayi kecil lelaki yg amat comel dan suci, masih belum pandai meniarap lagi ... bermain kakinya sendiri sambil mata merenung dan bibir menguntum senyuman pada setiap jemaah yg mendekati, melihat dan menegurnya (Mama tak terkecuali ... siap genggam tangan kecil montelnya dan agahnya sekali ... tersengih comel nampak gusi)
Ibunya disebelah hanya diamkan diri ... biarkan kami yg terpesona dengan bayi baik dan comel ini ...
Terpegun Mama dan tertanya2 bagaimanalah si ibu mendidik bayi ini ... diam disisi ibu yg solat ... hingga kami, jemaah lain tidak sedari kehadirannya. ini.
Memang Mama 'fall in love' dengan bayi ini ...
Dari jauh, sambil berlalu pergi ...
(p.s. sebab ada perjumpaan dengan rakan-rakan lama zaman persekolahan di Ayer8, Putrajaya pukul 2 nanti ...)
Mama berteka-teki seorang diri ...
(Mama tak bertanya dek kekangan masa, juga siibu memakai penutup muka yg hanya nampak mata ... jubah serba hitam, itu pakaiannya ... juga pakaian solatnya ... itu sebaiknya, tak perlu pinjam telekung masjid lagi bila masuk waktu solat ... macam Mama ni)
Pasti dari dalam kandungan lagi ...
Si ibu yg bijak ini, telah mendidik anaknya dengan kalam suci ...
Zikrullah, doa dan bacaan ayat2 suci Al-Qur'an berulang-kali ...
Dari saat mengandung hingga melahirkannya ... barangkali
Pada menantu yg bersama menemani ...
(juga doter Mama, K.Cik ... kalau baca ini)
Mama titipkan pesanan ... Amalkan telahan Mama ini ...
Memandangkan Fatin (juga K.Cik) di awal kehamilan kini ...
Moga kelak lahir zuriat sebaik dan secomel begini ...
Sejuk mata memandang ... gembira rasa hati ...
Dari kejauhan ... sambil Mama melangkah pergi
Dia ... bayi comel ini ... bayi lelaki ...masih diam, bermain-main dengan kakinya sendiri ... kejap tergolek ke kanan, kejap ke kiri ... suara sedikit tak berbunyi ...
Saat siibu solat sunat disisi ...
Ia pemandangan yg melekat dihati, mendamaikan sanubari ....
Masih terbayang2 hingga kini ....



18 December 2014

Bila banjir .... nostalgia

Mama sedang bersiaran dari Bangi, Selangor ni  ....
Alhamdulillah petang semalam selamat sampai .... menunaikan janji bawa Muaz dan Amar jalan-jalan sempena cuti sekolah.
Ketika kami turun dari rumah pagi semalam, hujan mencurah turun. Hari ketiga hujan tak celik mata (kata oghe Kelate)
Biasanya kalau 3 hari hujan begini, dalam bulan Disember ni .... bah @ banjir pasti! Musim tengkujuh 'finally' setelah panas terik hampir setiap hari sebelum ni ...
Sepanjang jalan sebelum memasuki jalan utama ke Machang .... mengharung air yg dah mula melintasi jalan. Banyak dari biasa .... takut tak lepas pun ada. Air kiri kanan ... banyaknya!!!
Resmi orang Kelantan, suka main air ... dan itulah yg kami lihat dikawasan2 yg air dah banyak ... kanak2 terutamanya. Jeles pun ada ... Amar dan Muaz lagi la .... beri Sunway Lagoon, yg ni lebih 'real' kata mereka. Hahaha ...
Alhamdulillah ..... dari Gua Musang hingga ke KL, tak hujan ... mendung je.
Sampai KL dapat berita  .... air dah naik merata. "Dah banjir Mama!" ... maklum doter yg tunggu rumah, tak ikut sama.
Bila begini ... banjir, teringat kenangan kecik2, masa Mak dan arwah Abah masih muda ... ia melekat dihati, sampai bila2 ....
Masa kecik dulu, yg diingati bermain air bah yg setakat pinggang Abah.   Duduk dlm besen yg diletakkan ke atas pelampong tiub dan diheret Abah sekitar rumah. Bila air makin naik dan hampir mencecah lantai rumah, bot  askar yg meronda datang rapat ke tangga, tanya, "Abang, Kakak nak pindah". "Sat! Nanti  nak tanya Mak Bidah dan K.Wan sebelah  ..." jawab Mak (kami dan jiran2 tak pindah pun ... tapi ingat Mak dan kawan2 dia pilih bantuan pakaian2 yg dibawa askar2 tu. Baju sejuk warna merah biru  ...). Tidur atas meja makan, Abah cakap takut lipan! Masa tu air dah setakat buku lali dalam rumah (padahal rumah dah tinggi ... 6- 7 anak tangga tak silap Mama). Itu sekitar tahun 60an, ketika menetap di Pasir Puteh, Kelantan.
Bila pindah ke Machang (masa Mama sekolah rendah) tak merasa rumah dinaiki air lagi. Pun, sudah tradisi rakyat Kelantan .. Abah pasti bawa kami pergi main air! Seronok sangat ... baju basah tak apa, ramai orang bagai pesta! Jalanraya yg dinaiki air itu pilihannya! Main air atasnya ... Abah dan Mak, jalan2 je, kami dah 'kuak lentang, kupu2 ... habis gaya mandinya. Menyelam bagai lagi ... hihi. Juga tengok orang naik sampan, menjala, rakit buluh, batang pisang  ... teringin nak naiknya. Tidak fikir pun bahaya  ... yg tahu hanya suka! Pun, Abah dan Mak sentiasa awasi kami, tak lekang depa disisi  ... begitulah setiap tahun, musim tengkujuh dinanti, main air tiada galang ganti ... memori yg melekat dihati (p.s. ... kini Mak masih begitu. Suka main air banjir, mujur ada adik bongsu  ... layan Mak ke sini situ  ... Terima kasih Ecu).
Apapun ... berhati-hati musim banjir ni.  Air ni pun macam api, kecil kawan, besar ... lawan!!!! Moga banjir kali ni yg sinonim @ pakej tetap dengan musim tengkujuh ni tidak memudaratkan ... Aamiinn .....

16 December 2014

Blurr ....

Recently an ad appears out of nowhere in Mama's blog ...



Mama was like .....

whadtheheck @ apokabondanyaniweh!!??


Isn't this pure 'invasion?' .... free advertising without owner's consent?
At least gimme some $$$£££¥¥¥€¢  .... whatever ...
BLURR ... as to how this can happened!
BLURR as to how to discard this 'illegal ad'
Mama just  wants my Islamic Calendar back in its place .... !!!!
To whom do Mama reports this????

HELP .... !!!!

14 December 2014

Akal Pencuri ... dah nama pun mencuri

Awal pagi tadi, balik dari masjid, hubby Mama cerita ... lewat balik sebab lepas solat, tolong hantar kawan dia, Y ke Balai Polis ... buat lapuran keretanya yg kena curi  .....
Yang menariknya ... kereta yg kena curi tu dalam pagar rumah Y, dan mungkin berlaku antara tengah malam - awal pagi, sebab sebelum tidur memang Y pasti kereta ada, masa dia tutup pagar dan kunci grill dan pintu rumah sebelum tidur.
Y hanya sedar keretanya dicuri awal pagi tadi, masa nak ke masjid seperti biasa. Grill rumahnya tak boleh dibuka. Rupanya kena rantai dan kunci dari luar. Lihat porch ... sebuah keretanya dah hilang, dan pintu pagar terbuka luas ...
Terus telepon polis.
Polis dan bomba datang baru Y boleh keluar rumahnya.
Pastu sedar kesemua 4 tayar kereta Y yg satu lagi telah dipancitkan mereka ...
Licik sungguh. Pandai pun ya ...
Hmmm ... mesti banyak tengok citer CSI dan seangkatan dengannya.
Telahan hubby dan Mama mengapa pencuri buat gitu:
.... Kalau tuan rumah sedar masa mereka tengah curi, tak boleh keluar rumah dengan segera. Kalau boleh pun, tak boleh kejar dengan kereta satu lagi sebab semua tayar dah pancit!
Bijak! Bijak! Bijak perkara tak berfaedah dan berdosa!!! Geram sunggoh dengarnya ....
(p.s. pun boleh  membahayakan penghuni rumah jika berlaku kebakaran kan!!! ....)
Tak lama lepas tu, Y dapat panggilan dari bomba. Kereta Y yg dicuri tu dijumpai terbakar di 'round about' bypass berdekatan kawasan perumahan rumah Mama ... (-___-')
Itulah .... kereta dalam pagar rumah pun depa boleh curi! Apatah lagi di tempat terbuka ... panjang sungguh akal mereka. Sepanjang tangan juga .... Naauzubillah!!
Memang rasa tak selamat sangat dah zaman sekarang ni. Hari tu yg rompak dan cubaan rogol siang hari, yg budak comel dan ibunya kena toreh tu ... pun perumahan berdekatan juga. Astagfirullah  ...
Apapun ... walaupun  takut dan risau, serta rasa cam 'helpless' .... Mama ingatkan diri dan semua agar;
- sentiasa berhati2 dan beringat tak kira di mana,
- ambil langkah-langkah keselamatan sewajarnya,
- Simpan nombor polis, bomba, hospital, jiran dan pasukan rukun tetangga (jika ada) ...
- baca ayat-ayat pelindung dan doa setiap masa ...
selebihnya bertawakkal lah pada ALLAH SNW. Moga kita semua dalam perlindungannya sentiasa ... Aminn!

11 December 2014

Whats up with whatsapp picture???



Hmmm ... Mama is wondering what will ones deduce from the above picture of Mama and hubby seemingly engrossed with our phone admist the gathering relatives ... 
(photo credit : Mama's eldest son ... sent through Whatsapp.
Imagine the smiley icon with utter shock and disbelief face, eye-winking face and 'huhu' face  ... yaa, the one smiling with one drop of guilty sweat)
Well ... he did caught us red handed there  ...
And yaa ... its true a picture speaks louder than words ...
p.s. ... Mama knows he is trying to prove we're addicted to wassap, just like them .... cannot live and breathe without phone!!!
But then, a picture also speaks a thousand words!
Really dear son .... we're just saving their phone numbers lah!!!

The massage here is that ... be extra careful with whatever pictures, stories, facts ... circulated, passed on through the many Whatsapp groups one has ... don't just simply and blindly believe what you received. As for Mama, I do not want to add anymore free sin, not at my age .... Astagfirullah 

10 December 2014

KUCING VS PETUA

Ini nukilan rasanya 2 bulan lepas ...
Rasanya relevan utk dikongsi bersama  ... terutamanya 'cat lovers' Mama cuma cuci sikit yg mana berhabuk dan bersarang  ....  'touchup' sikit2 agar nampak kemas ... hihi
Ia cerita 5 anak2 berkaki 4 lasak yg amat ketika itu (sekarang pun ...).
Kebun Biasa2 Mama??? Dah jadi taman aka hutan tempat mereka 'training'  ... huhu!
Dua2 sayang  ... anak2 berkaki 4 dan pokok2 yg Mama tanam sendiri  ... walaupun tahu diri bukan 'green fingers'. Tumbuh elok tu rahmat dariNYA. Alhamdulillah.
Ketika itu ... Kebun Biasa2 Mama 'terancam' (-__-').  Lalu mengadulah Mama pada En. Google yg serbatahu! Tanyakan  "Cara elak kucing ganggu kebun/taman". Banyak jugaklah blog/websites yg dia rekomen. Antara tip yg disaran  ....

a) Tanam pokok herba seperti lavender, pokok ru, lemon, pudina dan serai. Hmmmm  ......


Lihatlah serai Mama yg lunyai dikerjakan mereka ... huhu
Semai lemon ... elok bertunas, alih ke pasu. Pun k.o ... pasu tu jadi tempat 'sparring' depa!
Pudina? Dua pasu pudina pun terima nasib yg sama ... pupus dah mereka!!!!

b) Letak batu kat pangkal pokok! Kalau batu kecik2 ... diorang gali buat main! Bersepah keliling pokok! Batu besar, agak2 diaorang takleh alih ... ok! Jadi petua ni.

c) Letak dawai, pokok2 berduri tajam .... kejam tu. Mama tak sampai hati.

d) Jika nak elak kucing dari berak merata dilaman, taman .... letak bola! Konon macam kepala orang ... dok perhatikan mereka 'melepas'!! Kira macam teori 'orang-orang' yg petani guna disawah ladang. Belum cuba ... dan pastinya akan cuba. Mama kena pergi beli bola ( 2 -3 biji) lepas ni. Lets wait and see ... jadi ke tak jadi pada 5 ekor buah hati yg tak makan saman ni.

p.s. buat masa ni, Kebun Biasa2 Mama terbiar  ... lama dah tak der aktiviti menanam. Cuma sekali sekala buang semak samun yg makin bermaharajalela ... dek cuaca hujan, panas dan Mama yg berat tulang  dua-tiga-menjak ni. (-__-') Salahkan cuaca ... hujan ... beralasan ... tak baikkan!!!

08 December 2014

PYO putus hubungan dgn anak-anaknya

Semenjak PYO putuskan untuk tidak menyusukan anak-anaknya lebihkurang 2 bulan lepas, dia buat pusingan 360 o dalam hungungannya dengan anak-anaknya. PYO memutuskan terus hubungan ibu-anak dengan anak-anaknya
Dulu, KOPI (kucing kami masa di Pasir Mas) walaupun putus susu dengan anak-anaknya, dia masih mesra dan berbaik, bermain dengan mereka.
Tapi PYO .... huhu, 'buang' terus anak-anaknya yg 5 ekor tu.
24 jam di atas rumah, boleh bilang jari dlm seminggu dia turun ke tanah.
Kalau anak-anaknya mendekati ... dia mendengus, marah, dan 'tampar' mereka jika masih tidak hiraukan amaran dia.
Kesian pulak tengok ... anak-anak yg kini 6 bulan usia, masih mahu main-main, mesra dgn PYO ... tapi PYO sebaliknya ...
DINGIN se dingin dinginnya ... langsung lihat anak-anaknya sebagai musuh!!! Tak boleh mereka dekati lansung!!!
Memang Mama rasa PYO kejam sangat! Ya lah, sebelum ni dia seekor ibu yg teramat penyayang .... sampai kurus kering badan asyik menyusukan anak-anaknya. Tak lekang jauh ... makan pun hanya bila lapar sangat ... Sampai habis luruh bulu ekornya yg lebat tu ... tak sempat nak urus diri sendiri. Kalau anak-anaknya yg tengah nakal menjauh sikit ... riuhlah dia mengiaow memanggil, memarahi anak-anaknya. Memang Mama bagi 100% markah, A  +++ pada PYO bab jaga anak-anak nih.
Jadi bila dia 'ignore' terus dan jadi tersangat 'mean' pada anak-anaknya, Mama 'frust' sangat. Banyak kali jugalah Mama marah PYO bila dia 'mengamuk' kat anak-anak dia bila mereka mahu mendekati, mahu bergurau dengan dia.
Lalu Mama google lah ... mencari jawapan. Rupanya beginilah kucing ... cara siibu mengajar anaknya berdikari setelah banyak ilmu kehidupan diajarnya kepada mereka ... (itu Mama perasan ... macam orang jgk, lucu tengok PYO leteri anak-anaknya masa mereka kecik).
Now total cut-off, no more motherly-child bond, the kittens is now 100% on their own at around 10 - 12 weeks old  (p.s. Mama yg takeover now ... huhu)
Kesian kan ... tapi itulah realiti kehidupan haiwan. Tak mustahil PYO dan anak jantannya dapat anak lain kelak!! Tapi 6 is enough ... nak 'kasi' (neutured) kesian pulak .... tapi daripada membiak tanpa jagaan sempurna (sebab ramai sangat) dan ganggu jiran tetangga ... 'kasi' ajalah pilihannya. Dilema ...

02 December 2014

They say opposite attracts ...

Maybe its true  ...
For I found my dad and mom are exactly that!
Whilst dad is quiet, patient, tidy and cool ...
Mom is completly the opposites, very much poles apart!
Looking at hubby and I ...
We are very much like that too  ... north and south, night and day. Whilst he forgives and forget easily ....
Me tends to take quite sometimes to erase the pout! Really!
I've seen a lot around me  .... couples like that too.
I guess ... when you choose to be someone's other half,
Its because there's something about him/her you love!
It erases their imperfections ... at first.
When love is in the air ... duhh!!
It gets on your nerves  .... soon after!
As soon as your 1st day as .... married couple!
Later on ... many many years later ... if your marriage last
You'll finally adapt! Accept! Raise the white flag!
But ... remember this all
Many people that I know
Said of all the thing they missed most
After your loved one is gone forever ...
Are the trademark imperfections ... the snoring, the unpicked scatterred laying around papers and clothes
The unclosed door, used cotton buds on the floor ....
So ... lets adapt
For those who still have him/her
Little differences and quarrels
Are what we are made for
Time doesn't wait ... we grow older not younger
Lets be wiser ... and cherish whats we have now
Opposite attracts ... don't want regrets
For there is no perfect person in this world
Look at the mirror ... how perfect are you!!!????

01 December 2014

Amar ... berkhatan

Bersunat, berkhatan  ... juga sinonim dgn musim cuti sekolah, selain dari kenduri kendara. Dan atas permintaannya, Amar sibongsu Mama akhirnya selamat disunatkan 24/11 lalu ... Alhamdulillah!
(Ayahnya sepatut balik ke P malam tu. Tapi memutuskan utk sambung cuti sehari lagi memandangkan Amar beriya2 sangat mahu bersunat awal cuti sekolah kerana dia beralasan, bulan Disember nanti mahu ke KL  ... mahu ke sana sini sebelum sekolah buka semula ... mahu warwarkan pada teman2 baiknya yg dia sudah bersunat juga, macam mereka!  .... Gerak hati dan permintaannya itulah yg membolehkan Ayahnya berada disisi ibunya keesokan pagi disaat Allah SNW menjemput ibunya, ibu mertua Mama, nenek Amar ... pergi selama2nya. Allahu Akbar. Al Fatihah!)

Bersunat ni, seperti anak-anak juga ... 5 anak lelaki ... 5 peel, suasana dan cerita yg berbeza. 
Abe - anak pertama
DiKuantan ... beramai2  .... siap dgn kompang, kumpulan silat, kenduri dan bunga manggar ... meriahnya. Waktu balik tu, masing2 pegang setin air bergas sejuk yg dah terbuka .... malam tu, mengangis sakitlah jawabnya ... ubat tahan sakit pun dah tak guna! (>_<)
Angah (arwah) ... cuti sekolah, dikampung neneknya.
5 minit sebelum Tok Mudin sampai, sepupunya yg nakal bisikkan sesuatu ditelinganya. Apalagi .... sebaik nampak Tok Mudin sampai, dia berpaut dikaki datuknya tak lepas2 sambil menangis tak mahu sunat guna GERGAJI!! Puas dipujuk semua, tak dihiraukan jugak. Songkok, sampin melayang entah ke mana. Sepupunya? ... cabut dikejar ibunya yg ada bersama! Hanya keesokannya baru sunat ... tak maklum siapa2 ... keluarga kami aja! (-__-')
Anas ... no 3, paling manja. Di Pasir Puteh, klinik swasta kawan Ayahnya. Kemain sebelum sunat canang kat kawan2, datanglah ziarah dia nanti bila dia dah jadi LELAKI!! Hihi ... doktor belum pun sentuh pun lagi, dia meraung sakit, beradoi bagai lagi! Yg Mama tunggu diluar dah kecut hati ... proses sunat yg patut sebentar, berjam jadinya .. dek dramatik sangat anak Mama yg satu ni. Doktor dah stress la bila pesakit asyik berADOI tiap kali sentuh!!! ADOI!!!
... p.s. masa suami tanya kawannya nak sunatkan Amar diklinik dia, dia cakap dia tak buat! Tapi kawan Mama cakap anak dia nak sunat kat situ minggu ni???  (O_O)
Muaz ... di Ipoh, hospital swasta. Ramainya ... kena tunggu lama. Tapi, as usual ... Mr Cool Mama ni relax aje. Takder maasalah masa sunatnya ... yg lepas tu aja. Dek tak dapat maklumat tepat, luka tak sembuh2 dan bengkak. Dah kena rujuk balik ke sana. Mujur tak apa ... Dia yg paling lama nak sembuh dan kena pantangnya. (-.-')
Amar ... siap bercakap dan ketawa masa Tok Mudin dok sunat dia. Bila Mama tanya ??? Geli katanya. Dia yg ke 3 malam tu. Mujur yg 2 sebelum dia ok., tak macam abang no 3 dia ... tidak tak tahula ....
Dah masuk hari ke 6 dah. Dah boleh pakai seluar ... Alhamdulillah!
"Ayah! Nanti dimasjid, Adik dah boleh dok depan dengan orang dewasa kan!!" (^___^)