Pages

Labels

Ceritalah (250) Me (147) diari ibu (137) kucing (69) Resipi (64) Pesanan (63) Amar (62) Rumah Biasa2 (36) Kebun Biasa2 (34) Yg Tersirat/Tersurat (30) cerita lama (21) Jalan-jalan (17) Jodoh (17) 3R (14) Lawak sikit (9) Puasa (8) PETUA (5) Rumah WM (5) Cucu (4) Lukislah anakku (4) Haji (3) Migraine and I (3) Kawan (2) Nature (2) ipoh (2)

30 October 2014

Kenduri (Bhg. II) - Syukur

Kami dari Kelantan bertolak lepas solat Jumaat (17/10/14) ke Ipoh. Konvoi 2 buah kereta (menantu dan adik). Perjalanan ke Ipoh, penginapan dan urusan semasa di sana,  'smooth sailing'  kata omputeh. Pun, kami diuji dalam perjalanan pulang ke Kelantan.
Kami bertolak dari Ipoh jam 4 ptg, hari Ahad, usai majlis perkahwinan sebelah pengantin perempuan. Terus balik kerana dua anak Mama bersekolah esok harinya. Minta kebenaran tak ke sekolah cuma utk hari Ahad. Lagipun banyak urusan yg perlu dibuat untuk majlis menyambut menantu sebelah kami Sabtu 25/10 nanti  ....
Perjalanan pulang suami ikut sama. Dia bercuti hingga Isnin  .... lega! Kami singgah sebentar di Gerik jam 6 ptg. Isi minyak kereta dan perut. Hujan renyai2 mengiringi perjalanan kami merentasi hutan disepanjang Lebuhraya Timur-Barat. Sebaik melepasi Tasik Banding, dlm kegelapan malam, malang tak berbau. Kedua2 kereta kami tidak dpt mengelak lubang yg agak dalam ditengah2 jalan. Dentuman agak kuat mengiringi sebaik kenderaan kami 'terjun' ke dalamnya. Tayar depan sebelah kiri tiba2 berbunyi semacam  ..... Masakan mahu berhenti ditengah2 hutan tebal, dlm kegelapan malam begini! Takutt!!! .... binatang liar, orang2 yg berniat jahat, dirempoh kenderaan lain kerana gelap dan bahu jalan yg sempit bukanlah kawasan yg sesuai utk berhenti .... BAHAYA!!!
Lalu kami teruskan perjalanan dgn bunyi tayar semakin kuat dan pelik kedengaran dgn setiap km .... dgn kerisauan dan macam2 yg bermain difikiran .... dgn doa2 yg tak henti2 ... dgn harapan cepat2 sampai dikawasan perhentian .... dgn harapan kenderaan menantu (yg baru dibeli, tak sampai seminggu) tiada kerosakkan yg memudaratkan .... dgn pelbagai andaian dan debaran dgn setiap detik perjalanan.
Tidak lama kemudian, kami nampak cahaya yg terang dibahu jalan. Tanpa fikir panjang, kami terus saja berhenti di hadapan mereka. Rupanya van yg membawa 7 orang pengakap terpilih dari sekolah2 seluruh Terengganu dan 2 orang guru + 1 pemandu (mereka dlm perjalanan pulang dari Jambori Pengakap Kebangsaan di Perlis, tak silap Mama), berhenti menolong penumpang sebuah kenderaan yg terjunam ke dalam parit yg agak dalam disebelah kanan jalan. Mereka sedang menunggu ambulan, polis dan 'tow truck' tiba. Alhamdulillah! Lega dan gembira tak terperi kami.

Sungguh tak diduga pertolongan dariNYA. Anak2 pengakap inilah yg bertungkus lumus (dgn bimbingan guru mereka) menolong menukar tayar yg bocor kedua2 kenderaan kami. Bila ambulan, polis dan 'tow truck' sampai, kerja2 tukar tayar dah selesai. (p.s. Syukur juga kerana pemandu kereta hanya cedera ringan dan keluarganya yg lain tidak apa2).
Sebaik selesai semua, guru mereka menolak sedikit upah yg kami hulurkan. Katanya ikhlas menolong, dan akan dicatit sbg aktiviti dan merit kpd anak2 pengakap ini. Juga pengalaman berharga buat mereka. Lalu Mama hulurkan dua bekas kek perkawinan sebagai tanda terima kasih tak terhingga kami. Allah jua yg membalasnya. Tak habis disitu, guru mereka ajak kami konvoi sekali  .... lebih selamat katanya. Bila mereka berhenti di Perhentian Puncak Titiwangsa, kami putuskan utk teruskan perjalanan. Hon pada mereka dan lambai tangan dlm kegelapan dan kedinginan malam  .... terharu seketika.
Alhamdulillah. Kami selamat sampai akhirnya jam 12 mlm. Sebaik memasuki laman Rumah Biasa2 kami, barulah Mama boleh bernafas lega seperti biasa  ....

p.s. Esoknya menantu bawa kereta ke kedai tayar. Alhamdulillah rim ok, tak apa2. Cuma tayar aja yg rosak teruk, kena ganti baru. Dan! Rupanya tayar belakang sebelah kanan pun bocor juga. Terpijak nut, entah bila  .... Memang syukur sangat2 kami tak apa2, kenderaan menantu dan adik pun tak rosak apa2  ....


29 October 2014

Kenduri (Bhg I) .. di Pasir Putih dan Pasir Puteh, nama sama negeri berbeza

Alhamdulillah!
Syukur pada NYA kedua-dua majlis di Ipoh, Perak dan Kelantan berjalan lancar.
Syukur kerana cuaca yg baik, makanan yg sedap dan mencukupi.

Majlis di Pasir Putih, Ipoh
Sebelah pengantin perempuan  ... keluarga kami berposing sakan
SYUKRAN!

Sekali lagi kami DIY gubahan hantaran yg bertemakan 'putih, krim & ringkas'!
Ia idea doter Mama  ... guna bekas sediaada. Tak mau membazir katanya.


Inilah hasil gandingan DIY Mama dan doter.
Rupanya lagi susah nak gubah yg ringkas tapi sedap mata memandang.
Terasa mcm 'too simple' ... pun kami memikirkan faktor jarak jauh ke Ipoh.


Ini pula majlis diRumah Biasa2 kami  ....
Riben2 kertas 'crepe' utk ceriakan suasana putih khemah.
Macam 'pesta sukan' kata hubby  .... hihi


01 October 2014

Cabaran mengecat rumah .... kena lagi

Baru setahun lebih usia Rumah Biasa2 kami  ....
Tapi warna cat diluar dah mula pudar  ....
'Lokos' (lowcost??) kata oghe Kelate.
Sementelah nak kenduri  ... bulan Oktober ni
Kami putuskan cat kembali, dgn warna gelap sidikit dari sebelum ini.
Nak touchup, 1 layer only, cat layang  ... itu niatnya.
Ni Mama nak habaq mai  ... cakap utara sikit  (something wrong letew)
Tok sah dok percaya warna yg berbagai dikatalog tu  ...
Juga warna yg tentera di skrin komputer kedai cat tuu ...
Memang lari  bila cat sebenar dipalit pada dinding rumah!
Teringat banyak kali Mama komen bila lihat/jumpa rumah2 dgn warna yg agak over,  mcm salah pilih kaler  ... perasan tak!?
Rasanya mereka tu macam Mama  ... pilih guna warna di katalog
Masa mula2 nak cat Rumah Biasa2 kami dulu  ...
Pilih warna punyalah cantiknya nampak di mata  ...
Tapi realitinya tak serupa  ... warna sebenar lepas cat dgn katalognya!
Patutnya kali ni dah kami belajar dari pengalaman lalu  ...
Pun tidak juga ... rely 100% lagi dgn warna katalog yg memukau mata
Tak serik2nya  ... Susah wei bila terkena sindrom  'mudah lupa'  ....
Sudahnya   .... tak serupa lagi dgn yg diidam  ... lari jauh benar tema warnanya!!!
Tapi apa nak kata  .... gigit jari, salahkan diri ajalah jawabnya!
Itulah  ....

Atas: Cat asal (abaikan model2 tu  ...)
Bawah: Beza cat lama dan baru  ... huhu

p.s. pada yg nak cat rumah tu, ini pesan Mama. Beli dulu sikit warna yg dipilih, balik dan testing dulu  kat dinding rumah. Dah ok, puashati, baru beli banyak  ... ingat tu. Jangan jadi macam Mama  .... pisang yg berbuah 2X ha! Huhu  ....