Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

31 October 2013

Berani kerana benar ...

Semasa Mama bergelar siswa tahun akhir  .... pensyarah matapelajaran 'Management - Production' yg kami panggil 'Sir' seorang graduan baru lulus dari 'oversea'. Masih muda, bujang trang tang tang!! Dek usia dia juga bukanlah jauh sangat dgn kami yg dah nak grad ni ... dia pun selalu lepak dgn boys dari kelas kami. Kami juga kurang segan sili dgn dia, sebab lebih kepada 'Big Brother' hubungan kami sekelas sgn dia ... dalam dan luar kelas. Kat pekan kecil Dungun ni ... waktu itu, tentulah sunyi bagi dia yg pernah dok luarnegara, Amerika!!
Suatu hari, semasa kami belajar subjek 'Production',  salah satu contoh yg diberi oleh penulis buku, a Mat Salleh (lupa tajuk buku  ... huhu) ialah 'Rubber - Production'. Bila meneliti turutan yg diberi, kami dapati penulis telah salah mengenai turutannya ... bila kami maklumkan pada Sir kesilapan tu, Sir nafikan alasan kami. Dia berkeras supaya kami ikut aja apa yg penulis buku tu beri ... dia kan penulis buku berkaitan 'Production & Marketing' tersohor! Takkan kami budak hingusan yg belum grad nak pertikaikannya.
Kami sekelas berkeras dgn pemerhatian kami, memang sah penulis tu salah! Maka bertekaklah kami dengan Sir ... yg berakhir dgn Sir masam mencuka dan 'warning' kami kalau tak ikut teori dlm buku tu, dia takkan bertanggungjawab atasnya ... Hubungan kami sekelas dgn Sir, terjejas seketika ...
Kecewanya kami kala tu tidak terkira. Kami anak Malaysia, yg majoritinya asal dari kampung dan desa. Ada ibu ayah yg menyara keluarga dgn menoreh getah, anak2 menolong bila cuti sekolah/semester ... maka logikkah Sir lebih percaya Mat Salleh yg entah pokok getah pun tak pernah tengoknya, apatah lagi proses pengeluarannya ... dari mula toreh, pungut getahnya, proses hingga jadi getah yg kita export pada depa??!!!
Pun kedegilan kami kerana kami yakin 100% kami benar, akhirnya Sir akur ... bawa perkara itu pada pihak atasan, dan syukur ... 'Rubber - Production' sahaja akan di abaikan dari buku rujukan tu atas dasar ... fakta tidak tepat!
Tak tahulah Mama kalau penulis dimaklumkan mengenai hal ini ... hmmm ... ada masa nak cari buku tu, yg salah harus diperbetulkan kalau cukup bukti dan fakta ... lagipun getah adalah salah satu punca utama ekspot negara kita ... kita lebih pakar pasal proses pengeluarannya kan!!??
p.s. on second thoughts,  tak tahulah kalau penulis amik pemerhatian dari negara lain yg beza proses pengeluarannya atau dia ada maklum nama Malaysia dlmnya ... ishhh, lupa ... cerita 30++ lalu nih ... !!?? Tapi motif utama kat sini ialah kita harus 'Berani kerana benar' dan sebagai pelajar, jangan ikut membabi buta. Kena fikir dan faham ... kena ada rasa nak tahu dlm diri ... bukan hafal sbb nak lulus periksa aja.

30 October 2013

Langsir and I ... jadi McGyver lagi

Langsir ni doter beli untuk bilik Mama  ... (gamaknya kesian tengok Mama masih guna yg lama. p.s. masih elok lagi apa!)
Yg 'slack'nya ... bilik Mama guna jenis rel biasa2, tapi doter beli yg pesen laa ni .. yg jenis 'eyelet'ke hapa.
Takleh berayalah bilik Mama dgn langsir baru, raya lalu ....
Nak tukar rel guna yg 'eyelet' tu ... sayang pulak, selain perlu $$$$ ...
Jengg jengg jenggg jenggg jenjenjen  ... (tiba2 terdengar tune lagu McGyver .... p.s. orang muda, McGyver ni citer femes kat tv satu ketika, Amar kata cam Pineas and Ferb, pasal being kreatif bila terdesak!)
Dgn modal tak sampai RM20/, Mama beli 'card rings' kat kedai buku feberet kami di sini, SMO (Sy. Muda Osman).
Dan hasilnya .....
Dlm bilik, bukan orang nampaknya  .... hihi
Cewahhh! Beraya sakan bilik Mama hari ni ... hihi!
... mission accomplished!
p.s. tiba2 perasan jadi MamaGyver  .... haha!
Krukk!krukk! .... camne yek nak download lagu tema McGyver??!! (·__·')


29 October 2013

Mama! Dia lambai tu ....

Beberapa hari  lepas, kawan Mama ada 'post' dlm FBnya begini;

Lalu teringatlah Mama satu peristiwa semasa anak ke 4, Anas berusia 3 tahun. Kejadian berlaku sewaktu kami pulang ke kampung, rumah Mak Mama (kami menetap di Kuantan masa tu).
Biasalah, waktu maghrib, masing2 sibuk dgn persediaan untuk solat Maghrib. Tiba2 Anas datang pada Mama dan cakap,
"Mama! Ada orang lambai kat Adik ... kat jendela!"
Eh! Siapa pulak datang maghrib2 ni? Telah Mama dalam hati, lalu keluar ke ruang tamu dgn Anas mengekor dibelakang. Jendela masih terbuka, intai2 takder sapa2 pun!
"Takder pun Dik!" ujar Mama pada Anas.
"Tu ... ada! Dia dok sengih dan lambai2 kat Adik!" sambil tunjuk ke arah jendela yg masih terbuka.
Tiba2 aje bulu roma Mama meremang sebab bila Mama pandang pada jendela yg dia tunjukkan, memang takder apa2 ... hari makin gelap adalah! Nak gi tutup jendela tu, dah takut semacam ....
"Mama! Dia jelir lidah! Tak baik kan?"
"Rupa dia macamana?" Mama beranikan diri tanya, dah cuak dah! Tapi nak kepastian!!!
"Huduh! Hitam, ada bulu2 disemua badan dia. Mata dan lidah merah! Gigi tajam-tajam  .... kuku pun panjang dan tajam Mama! Dia lambai kat Adik, suruh gi dekat dia ... hihi!" Anas ketawa, lucu agaknya lagak makhluk Allah tu ... huhu
Mama terus tarik tangan Anas, masuk bilik  .... seluruh tubuh gementar tak terkira!! Tak tahu pulak siapa yg tutup jendelanya ... tapi lepas dari hari tu, memang Mama akan tutup semua jendela sebelum Maghrib dan pastikan anak2 dah dalam rumah semua .... serta tak biarkan anak2 yg masih kecil sorang2 kat luar sana (dlm rumah pun) ....
Patutlah orang tua2 pesan, jangan berjalan waktu maghrib, nak2 yg ada anak kecik! berhenti bermain, balik rumah semua! syaitan/hantu banyak melata, nanti kena sampuk, sorok kat dia .... beringatlah ya!!
" ..... Bahawa mereka (makhluk halus) boleh melihat kamu, sedangkan kamu tidak boleh melihat mereka ...." al-A'raf ayat 27.
Betul kita tidak boleh melihat mereka dlm bentuk asal (kerana kejadian mereka dari api), tetapi apabila mereka menjelmakan diri menyerupai rupa yg Allah SNW izinkan, i.e. menyerupai makhluk2 tertentu ... ketika itulah manusia boleh melihat mereka!!
Mereka suka ganggu kita, maka hindarilah gangguan mereka dgn memperbanyakkan ibadah seperti;
1. solat2 sunat
2. bacaan Al-Qur'an terutamanya surah al-Baqarah
3. baca ayat Qursi dan 3 Qul sebelum tidur
4. amalkan baca setiap hari, 3X selepas solat Subuh dan 3X selepas solat Maghrib doa 'hindari bahaya' yg pernah Mama sebut dlm N3 ini.
Ingatlah, makhluk halus ini wujud. Menghindarkan diri dari bahaya seharian tidak hanya cukup dgn akal, kemampuan, ilmu dan kewaspadaan sahaja ... tetapi juga disusuli dgn doa, memohon perlindungan dari Allah SNW ... yg mencipta semua mahluk didunia ini.  Maka hanya pada NYA kita memohon, mengharap dan menyerah segala urusan.
Moga bermanafaat N3 kali ini ... Insya Allah.

27 October 2013

Ulam free ...


Ulam raja, kacang botor, terung pipit dan pucuk ubi keledek .... ulam2an yg Mama petik keliling Rumah Biasa2 kami.
Ulam2 ni sebenarnya tumbuh sendiri ... kecuali keledek jer tanam, 2 ketul jer ... memang dari awal niat utk pucuknya.
Kalau nak makan ubinya, tak logik, tok rok (kata oghe Kelate) i.e. tak memadai wei kalau semai hanya 2 ketul tu kat tanah cenonet tepi rumah. Hihi ... Mama nak biarkan dia melata sesuka hatinya ... asal jgn kacau pokok avocado, nanas, dan bendi Mama udah!! Pun, Alhamdulillah atas rezeki ulam percuma dari NYA.
Dalam slot bawah sekali di pic kanan tu, yg hujung sekali tu ler pokok avocado. Mama rasa dah 6 bulan usianyanya. Pemberian adik Mama, Anum. Dia semai dari biji ... hari tu dia bawa balik bersekali dgn pokok celagi @ asam jawa yg juga disemai dia dari biji ... dan katanya pokok2 ni dlm 4-5 tahun lagi, dapatlah tengok hasilnya. Itu yg paling awallah ... kalau tak 7-8 tahun yg biasanya! Huhu ... lambatnya.
Dan Khamis lepas, mak Mama pula bawa anak pokok kelapa. Katanya jenis rendah tapi lebat buahnya .... itu kata penjual kat pasar minggu yg Mak kunjungi sebelum ke sini. TQ Mak .... (p.s. tak sempat tanam lagi! Harap hari ni Mak tak datang spotcheck .... sah dia bebel sambil cangkul tanah nak tanamnya ... ngeee)

25 October 2013

Edisi membebel ... SERIK!

Kadang2 'dating @ quality time' keluar makan berdua sahaja, Mama dan Ayahnya ... menjadi mimpi ngeri yg buat kami serik seserik-seriknya. Bila begini, maknanya kedai makanan tersebut hilanglah dua pelanggan yg tak akan benarkan anak2nya pula pi makan di sana ...
Kalau makanan tak berapa sedap, tak capai citarasa kami ... takper lagi. Yg buat kami teramat radang, bila kebersihan bukan prioriti dan servisnya buatkan kita rasa cam 'kau-orang-tak-makan-sini-peduli-apa-kami!'. Bila samaada yg order makanan, tukang masak atau taukehnya ... buat2 pekak, buta, tuli!!!
Ini antaranya yg pernah kami alami, buat kami serik ... takkkan pergi lagi ... sorii!
1) Roti canai dan karinya tersohor seentero negeri. Maka sampailah kami .... peminat setia roti canai mamak, pantang dengar ada tempat sedap, sampailah kami. Wah! Ramainya pelanggan, tapi satu seat tu free ... cepat2 kami duduki. Bila order, sampai teh tariknya, barulah perasan lagu2 Bollywoodnya bukan lagi halwa telinga, tapi lebih nak pecahkan gegendangnya. Silap kami juga, amik seat yg dekat stereonya ... Patutlah kosong jer meja satu tu  ... huhu. Tapi, memang kuat depa pasang lagunya ... dah tua2 ni, walaupun pendengaran xseberapa, rasanya boleh pekak kalu hari2 makan kat situ ... huhu
2) Dahlah yg sampai lain dari yg di order, ada rambut lg dalamnya. Bukan se urat, tapi lebih dari 3 ... pendek2, sah tukang masak jejaka.
Bila Mama panggil yg amik order dan suruh dia buat yg lain ikut order asal minus rambut2nya ... selamba amik tanpa perkataan maaf ke hapa!! Dekat 1/2 jam baru sampai gantinya  ... hantar dgn muka mencuka ... ingat tukang masak datang minta maaf, nampak kelibat tapi makedono jer ... agaknya tengok mamat manalah yg komplennya. Sebaik nak makan, terus hilang selera coz masih ada lagi rambut sehelai dua dlm nasi gorengnya. Minum air aje, tu pun intai luar dlm .. dah cuak kat depa!!  Yg gilanya, yg di ganti tu, depa caj kat kita juga ... maknanya kena bayar utk 4 pinggan ... malas nak bertekak, hubby bayar tp SUMPAH! Thats the 1st and the last gi sana ...
3) Kononnya nak merasa restoren seafood yg terkini di sini. Pergilah sebelah petangnya ... orang tak ramai, hanya kami dan one-young-couple. Tunggu depa amik order, cam tak kisah jer ... last2 bila lambai2 ... baru datangnya. Order 2 jenis masakan, just utk minum petang, ringan2. Sementara tunggu, sembang2 dgn hubby hal semasa, anak2, bayangkan hari tua ... 1/2 jam jugak la dok gebang2, baru sampai airnya (tehbeng dan kopi o jer ... bukan cappucino maupun teh 3-layers). Air hampir habis, kita pun buatlah isyarat body-langguage ... resah2 sbb yg diorder tak datang2nya ... Bak kata Amar, kalau kena tunggu lama ... "se jam kemudian" ... baru sampai order pertama .. sotong goreng celup tepung! Hampir habis yg tu, baru sampai order kedua ... mee ladna!! Camnerlah business, customer 2 meja aje, pekerja punyalah ramai ... tapi berzaman nak masaknya. Kalau penuh tempat yg agak besar tu ... tak taulah Mama. Ada yg tertidur, siap mengigau dikejar sotong gamaknya ... huhu
Banyak lagi perihal kerenah peniaga2 yg hanya tahu nak duit jer, nak cepat kaya ... kalau begini ... cepat lingkup ada! Ye lah, zaman langit terbuka  .... semua yg berlaku, cepat bebenor tersebarnya ... cam Mama ni setakat diri, hubby dan famili jer (sebab takder pun HP canggih nak wassup, instagram, fb, twitter ... whatsoever! So selamatlah business depa ... but better watchout ya, young ones won't hesitate to reveal all ... )
p.s. padahal tengah gedebar sbb dah mula perlawanan antara TRW dan ATM  ... ginilah sokmo. Takut yg Mama sokong kalah sebenarnya  ... (~___~')
Nak nyorok kat mana ye!!??

24 October 2013

Noreen Noor dalam ingatan ... nostalgia

Inna lillahi wa inna ilahi raji'un  ... saat menerima berita kematian Noreen Noor dari anak dan adik Mama diKL.
Bila dapat berita sedih tu, kenangan2 bersamanya semasa sama2 menyewa rumah No. 11, Jln Terasek 5, Bangsar tahun 1982 dulu datang menerpa. Bagaimana Mama temani dia ke pejabat LLN (now TNB) utk amik barang2 selepas dia berhenti kerja, menonton video bersama2, menjamu selera masakan2 lazatnya bila hujung minggu ... (dia memang pandai masak), 1st and last mischief together, pergi menonton wayang lewat mlm di Sg.Wang, terpaksa persuade dan bayar duit minyak pd K.Ani (maa tu PTD di Wisma Putra dan hanya dia ada kereta .. sebenarnya lebih kpd drebar kami .. haha), menjadi pengkritik utama dia bila dia semakin femes .... bab tarian, pakaian, penampilan ... dan tukang jawab telefon, juga tukang tipu kata dia takder rumah pada pelawat2 (biasanya peminat) yg datang rumah tanpa diundang!
Dia yg Mama kenali adalah seorang yg manja esp dgn Opahnya yg tinggal bersama kami bila dia mula femes. Dia seorang yg berprinsip ... no man allowed in the house, except fiancee  and limited to ruang tamu aja ..., tak terima pemberian2 mahal dari peminat (pernah dia pulangkan beberapa helai baju yg mahal2 dr oversea kpd seorang Dato' yg minat giler kat dia), dia suka cuba resipi2 baru ... teringat dia belajar masak nasi dagang Kelantan (bukan dr Mama, dr Wati roomate Mama, member sekolej dan senegeri), dia suka kanak2 (kalau ke pasar malam Bangsar dgnnya, pasti berhenti beberapa kali kalu jumpa bayi2 atau kanak2 yg cute comel ... siap dokong lg slps minta kebenaran ibu budak tu yg memang total strangers ...), dan dia paling tak suka orang yg mungkir janji ... itu antaranya.
Dari Opahnya yg panggil dia 'Ana', dia memang anak yg baik dan manja dgn ibubapa dan keluarga. Anak yg bertanggungjawab.
Hubby pun terkejut juga bila baca berita pemergian dia, coz dia pun pernah kenal Noreen dan bagaimana Noreen pernah  'pinjam' tunangan @hubby Mama di sini.
Setiap yg hidup pasti mati, begitulah lumrah alam ini. Buat Noreen, Al-Fatihah. Moga rohnya ditempatkan bersama2 orang2 yg soleh dan Allah ampunkan dosa2nya dan bersemadilah dgn aman di sana. Terima kasih atas kenangan2 indah belaka semasa kita pernah bersama ....

p.s. Kami terus putus hubungan bila Mama kawin, dan dia semakin femes. Masing2 sibuk dgn dunia masing2 ... itulah. Yg ralatnya ... Mama tidak cuba hubungi dia semula melalui FBnya ... (-_-)'

22 October 2013

Bila anak nak periksa, hujan dan kasut sekolah basah

Musim periksa akhir tahun dah bermula ...
Seperti biasa, Mama yg lebih sudu dari kuahnya  ... huhu
Si hero dua orang tu ... as usual ...
Esok nak periksa, malam baru serius sikit  ... sikit jer
Cam semalam, Mr. Cool studi ntah sampai jam berapa
Masa Mama nak masuk tidur jam 12 tu, dia masih di meja ...
Dan Amar, jam 5 pagi ni dah bangun ... unusual!!
Bila intai, rupanya dok mentalaah .... buku penuh meja!!
Hihi  ... nak tergelak ada, nak membebel pun ya
.... tu lah, suruh studi awal2 tak mau, pandai pula bangun pagi2 tu ...
Sebaik masuk subuh, solatlah dia dan fuhh! Lamanya doa ... (^__^')
Itulah gelagat hero2 Mama  ... musim periksa. Script sama!!
Dek dah penghujung tahun ... Amar beritahu tak payahlah Mama beli kasut satu lagi ganti yg koyak tu ... Adik cukup satu!
Memandang hujan selalu kat sini, dan Amar suka tinggalkan kasut sekolah yg satu tu di bawah ...
Probabiliti basah dek tempias bila hujan ribut ... 100%
Puas diingatkan oleh Muaz, yg angkat kasut dia naik ke atas (Mr. Cool yg teliti dan organize) ... Amar adalah yg sebaliknya!
Tapi Mama taklah risau sangat ... sebab memang ada caranya utk cepatkan proses keringkan kasut bila lambat kering dimusim hujan. Nak tahu, jenguklah N3 Mama kat sini.

Btw ini antara amalan Mama sebelum/semasa anak2 periksa. Agar dapat jawab soalan dgn tenang dan mudah;

Sebelum:
- Dapatkan salinan jadual peperiksaan

Semasa:
1. Doakan agar anak2 diberi ketenangan hati dan kefasihan ketika menjawab soalan2.
2. Buat solat hajat dan baca Yaasin ketika anak2 sedang hadapi peperiksaan.
3. Baca Syahadah 3X, Al-Fatihah 10X, 3 Qul 1X, Al-Insyirah 1X dan Selawat 10X dan niatlah dalam hati agar Allah SNW permudahkan anak2 jawab soalan dgn tenang, yakin, lancar dan tepat.
4. Doakan anak2 agar berjaya, maafkan dan redha pada mereka dan halalkan makan minum mereka.

p.s peluk dan cium mereka + kata2 semangat sebelum mereka ke sekolah. "Doa ibu bapa bagi anak2nya ibarat doa seorang nabi bagi umatnya." (HR: ad-Dailami)

21 October 2013

Ramalan cuaca .... tengkujuh nak mai dah!


Beginilah ramalan cuaca semenjak dua menjak ni  ... Minggu lepas, minggu sebelumnya, dan minggu2 yg akan datang  ... lebih kurang sama. Hmmm ... kiranya aura musim tengkujuh sudah menyapa.
Kalau siapa2 nak tahu keadaan cuaca kat tempat dia, ye lah  ... manalah tahu kot2 nak buat kenduri besar ke ... nak gi jalan2 makan angin ke, nak ke pantai ke, apa2 je lah  ... kalau rasa cuaca akan pengaruhinya ... elok2 jengok web Jabatan Kajicuaca Malaysia MMD (Malaysian Meteorological Department) ni. Nak jenguk ikut negeri atau daerah  ... boleh aja. Nak lihat cuaca kat tempat2 peranginan utama pun ada! Tapi kalau yg jenis tak kisah tu  ... asal nak pergi, cuaca panas terik ka, ribut petir melanda ka, ... hangpa tak kisah, redah belaka  ... jenguklah juga, untuk makluman aja ... suka2 (^_^)
Ini pula ramalan minggu ini untuk KB ... ibu negeri Mama. Wah! Hampir sama dgn ramalan Mama  ... hihi. Bila musim begini, menjemur pakaian dikawasan lapang, dengan harapan cepat kering  ... adalah satu 'gamble!'.
Majoriti jiran Mama merupakan keluarga 'muda' dan pasangan berkerjaya. Anak2 masih kecil ... 3 -5 orang tu kira biasalah ... nak2 yg ada baby kecik ... ampaian kain mereka ... full-house sokmo! Kalau awal pagi sebelum gi kerja tak hujan ... mereka jemur dihalaman, dgn harapan balik kerja nanti ... dah kering semua. Pun, dgn keadaan sekaran, petang biasanya hujan ... tu yg Mama cakap : perjudian!
Cam Mama yg dok rumah ni xper lah .... rintik hujan jer, tarik ampaian ke bawah 'porch' ... kalau hujan lebat + ribut petir, tak selamat juga kain2 tu ... lencun kalau tak angkat nanti. Bila begini, dalam rumah jadi macam ada pesta ... bergantungan penuh warna ... cam 'sports day' zaman sekolah pun ya ... kihkih!

Senario kebiasaan jemur kain bagi jiran belakang rumah Mama. Kalau hujan tak dapat nak tolong
angkatnya ... jauh bebenor pintu pagar depa ... berkunci pula. Basah semualah alamatnya!
Mama dulu pun gitu juga, masa muda masih kerja  ... huhu
Been there and its parts and parcel of working mum.

20 October 2013

Bila anak demam ...

Pasal raya korban lagi  ...
Sebelum raya, anak sulung beritahu tak balik! Tak dapat cuti  ...
Sehari sebelum raya, dia call ... "Abe deme Mama!"
Si Adik dah beritahu, hari nak bertolak balik .... lewat bertolak pulang sebab uruskan bekalan ubat dan makanan buat Si Abang yg berselimut kesejukkan ...
Hari raya dan hari2 selepasnya ... Mama, Ayahnya dan adik2 ... asyik duk call dia, tanya khabarnya ...
Hati ibu mana yg tak gundah gulana ... anak (walau pun dah besar panjang, berjanggut beruban ... tetap anak dihatinya) demam sorang2 kat KL nuh!
Hampir saja Ayahnya dan Si Adik ke sana malam raya, bawa dia pulang ke kampung ...
Risaunya kami semua toksah cakap.
Jasad aja di sini, fikiran di sana memikirkan si anak  ... bagaimana dia? dah makan ke ..., makan ubat ikut waktu ke ... panas kah? sejukkah? nak rasanya terbang saat itu juga ...
Sebenarnya phobia anak demam ni semenjak Angah meninggal .... mulanya demam biasa2 ... tak sangka kami itu penyebabnya dia tinggalkan kami semua selama2nya.
Walaupun kami redha dgn ketentuanNya .... kini kami sangat2 phobia kalau anak demam!
Naauzubillah! Doa tak putus2 agar Allah sembuhkan, agar hanya demam yg tidak memudharatkan .... hanya deman biasa2, penghapus dosa2 ... tanda kasih Allah pada hambaNya.
Alhamdulillah ... raya ke 3, dah ok dia ... cuma selera belum pulih sepenuhnya ... badan pun masih letih!
Bapa saudara dan mak saudara yg juga tak dapat balik raya ad tenguk2kan dia ... pun cuaknya Mama tetap ada.
Dan semalam, Si Adik call ...
"Mama! Anas deme ..."
Pulak dah!
Yang mujurnya, Si Abe ada bersama ... lega sedikit!
Dan Si Kakak baru singgah ... hantar bubur katannya
Cepatlah sembuh anak ... rehat cukup2 ...
Kuat sangat me'momen' (baikpulih motorsikal dia sendiri) agaknya ... 
Baru sampai dari kampung, dah mula kerja  ... kata Si Abe!
Anak2 ... jagalah kesihatan diri
Mama dan Ayah jauh ni  ... risau kami
Memikirkan kalau dekat ... boleh Mama masak bubur nasi ...
Lap dan demah dahi ...
Kan senang kalau ada bini!!
opps! ke situ pulak Mama ni  ... 

19 October 2013

BBQ and I ...

Daging yg banyak dlm freezer tuh  ... best kan kalau buat BBQ
Kumpul ramai2  ... kalau ada kambing sekor ... lagi ngam!!!
Dlm imaginasi pun dah seronok  ... realiti mesti lagi seronok kan!!?
Pun ... bila tiap kali teringatkan Raya Korban dan BBQ ...
Mama pasti teringat arwah Angah. Dialah yg paling sibuk ...
Setiapkali musim begini ... dia yg urus semua!!
Dari mula sediakan bahan2 perapan, daging2 dan ayam ...
Dari proses perap hingga menggrilnya ... dia pakarnya ...
Belajar masa kerja direstoren di Ipoh dulu ...
Dan dia sentiasa ada yg daging BBQ yg special utk Mama dan Ayahnya!!!
.... sos pencicah pun dia sedia
.... nak yg manis, pedas, black pepper ...
Ia memori luka ... parut yg kadang2 berdarah semula ... cam hari ni!
Sudah 5 tahun Mama rindui BBQ Angah ... yg lain takkan pernah serupa dgn yg dia sediakan utk Mama ...
"Sedap tak Mama?"
I miss that question!!
And that is why ... Mama can't bring myself to hold BBQ feast here ... at our own Rumah Biasa2 ... not before, not now!
Allah Ya Allah! I miss him sooo much (-_-) and his BBQ secret recipe that I never bother to ask ...
... taking for granted that my young son will always be there for me  ... to treats me and his dad, comes Eiduladha ...
Never again Mama able to taste ... BBQs thats full of love as his!
Ya Allah! Do grants my son, Wan Mohd Munzir, Jannah. Amiinn  ...

17 October 2013

Bila Raya Korban berlalu ...

Tak nampak kelibat lembu2 ...
Yg biasanya melata makan rumput2 ditanah kosong depan dan tepi rumah
Sudah hilang kelibat anak2 yg sudah dewasa ...
Rumah yg 2-3 hari lepas riuh rendahnya ...
(sms anak jam 3 pagi: Mama! Ayoh! Dah selamat sampai ... Alhamdulillah! Jem jugak yer ... bertolak jam 5 ptg pun)

Siapalah yg nak habiskan daging tulang yg penuh dlm peti ais nuh! ...
(walaupun tahun ni kami tak korban)
Kita beri orang, alih2 sapalah letak daging se plastik atas tangga tuh???
Dah dua hari tak yah masak, makan free  ...
Pun menunya tak lain .... daging, daging, daging
Samaada goreng, gulai, bakar, rebus buat air asam, singgang, rendang
Dan ...
Doktor dihospital tak menang tangan
Doktor klinik2 persendirian senyum girang

Lalu ...
Pagi tadi, sblm gi kerja ... hubby Mama berpesanlah dia!
... Dinda, petiklah kacang botol, kacang panjang dan ulam raja
Keluarkan ikan yg kanda beli belum raya
Malam ni menu kita berdua ... cukuplah ikan bakar cicah kicap, ulam2an cicah sambal, dan ikan singgang utk kuahnya
Budak dua orang tu  ... buatlah speghetti utk mereka!!???

09 October 2013

PYO ... hi!

HI! I'm PYO (that's what my human family called me) ... =^.^=
Am paying a heavy priwe for my curiousity  .... got sepawrated from me mum and sibblings ... huhu
Hid inside carw engine one day and got caught  ... lucikly alls end well ... and was adopted by this lovely fawmily
- The two handsome guys ... purr purr, Muaz and Amar, loving Mama and big guy, Ayoh!
Am happy here  ... purrr! They feed me well too ... fiswh, chickum ... daily!  =^.^=
PYO likes Mama. Mama is my souwlmate ... purrr meoww
But me think Mama spends too much time on that book-like thing  ... and not playing with PYO much when she's playing with it. PYO hates that gadget ... grrrr!

p.s. .... overheard Mama planning to go on vocation soon.
Asked Amar to take pawsport photos of PYO ... just in case.
Wonder which one is nicer ... meowww




08 October 2013

Saranghaeyo ....

Amar  ... cita2 dia sebelum ni ... askar
... semenjak drama Korea 'Good Doctor' ( pasal seorang pemuda austistik yg jadi 'pediatic surgeon') ...
"Mama! Adik nak jadi doktorlah!" (^_^)

'Master of Study' (pasal misi ex-student sebuah sekolah yg terkenal dgn budak2 nakal dan bodoh utk pastikan 5 pelajar berjaya masuki Universiti yg paling berprestij bg elak sekolah tu ditutup) ... buatkan Muaz dan Amar tahu pentingnya latihtubi dan peta minda  ... serta benarnya pepatah 'Belakang parang diasah lagikan tajam'!

Mama suka 'The Human Condition' ... ia bagai terkena hidung sendiri kerana misi2 yg mereka perlu hadapi ... seperti hidup seminggu tanpa hp/internet/tv ... boleh ke?! Misi hidup tanpa sampah, air, duit, elektrik, kereta ... wah! Ia buat Mama berfikir, betapa kita ambil benda2 gini 'for granted' ... bersyukurkah kita dgn nikmat yg ada??!!

Itulah  ... ada pengaruh tv ni. Negatif atau positif, terletak pada kita utk tentukannya. Ya! ... takleh nak elak dari nonton tv ... tengok, tengok juga ... tapi yg penting bimbing diri dan anak2 agar yg baik jadikan teladan, yg buruk jadikan sempadan ... Ketahui rancangan yg mereka suka, tengok sama2  ... sambil2 tu tanya pendapat Amar dan Muaz pada akhirnya  ... kadang2 suprised dgn sinopsis mereka ... tambahlah rempah ratus garam gulanya ... buat pedoman (cam nak masak jer Mama nih ... hihi)

p.s. bila tang babak cam kiss2 dlm drama tu, cepat2 Mama tutup mata Amar dan perintah Muaz tutup mata  ... haha! Itu masa Mama ada, InsyaAllah ... bila belakang kita pun, hendaknya spontan mereka tutup mata bila ada adengan2 yg patut disensor tp tv sekarang main borong tayang semua ... huhu
p.s.s. tarian2 yg provokatif, dn pakaian2 seksi @seksa mata (xkira Korea, Hindi, omputeh  ...) pun sama ... Mama larang mereka saksikannya. Terpaksa didik mereka mana yg elok dan mana yg tidak  ... itu jer yg dapat dibuat dlm zaman langit terbuka nih! Mereka kena belajar tapis sendiri  ... menakutkan!!

03 October 2013

Bukan salah ubi kentang ...

"Dik! Kentang sekilo!", amik bungkusan terus masuk kereta!
Balik rumah ... Alahai! Kentang2 tu semuanya bersaiz cam telur gred C ...!! Kiut miut comel lote gitu  ... huhu
Marahkan nyamuk bakar kelambu, marahkan diri sendiri beli kentang tanpa tengok dulu, semalam operasi KENTANG!! Kupas kentang cenonek sampai berpinar mata  ... haha! Dan minum petang semalam adalah ... Karipap kentang, Wedges kentang cheesy ala McD, Donut kentang ... lebihan kentang 3 - 4 biji lagi, ... InsyaAllah, hari ni jadi kari.
Dek ubi kentang kiut, donut pun kiut jugak2 ... guna acuan donut sebesar 50 sen  ... comel sangat + sesuai utk sekali ngap ... ngap2, tak sedar habis semangkuk besar! Haha  ... Penghuni Rumah Biasa2 ni sekarang lebih suka donut keledek/kentang dari donut biasa. Resipinya ada kat sini
Utk cheesy wedges, Mama guna chesy sauce ready-made yg doter Mama beli hari tu. Kal KL agaknya  ... kentang tu Mama potong wedges, rendam dlm air dan letak dlm petiais dlm sejam, toskan airnya, gaul garam sikit, goreng deep-fry. Pastu letak cheese, mayonis dan sos cili (jika suka).
Manakala karipap pula, resipinya intinya ikut gerak hati, main agak2 bahan2nya ... orang lama gitulah stylenya.

Intinya ... ikut suka nak ayam atau daging (Mama ikut apa yg ada dlm petiais). Tumis bwg putih, merah dan halia tumbuk hingga wangi. Masukkan pes kari daging dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan ayam/daging yg telah dipotong kecik2 + 2 sudu makan air. Bila pecah minyak lg, masukkan kentang dan air secukupnya. Bila mendidih, + garam, gula dan sos tomato secukup rasa. Masak hingga empuk dan kering kuahnya. Ketepikan.
Kulitnya:
200 gm tepung gandum, 50 gm majerin dan air suam secukupnya.
... Rub-in majerin dan gandum dgn hujung jari hingga berderai cam bread-crumbs. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga doh lembut dan elastik. Bulatkan, lumur sedikit majerin pada doh dan bekas, tutup dgn plastic-wrap dan rehatkan pd suhu bilik +/- 30 minit.
Canai ikut saiz yg diingini, letak inti, klim dan ulang proses hingga selesai.
p.s. utk tujuan simpan karipap ala dingin-beku, karipap yg sudah diklim tu terus sejukkan sebentar dgn dulang2nya sekali dlm freezer petiais (5 - 10 minit). Bila agak mengeras, boleh simpan dlm bekas kedap udara dan pasti karipap tidak melekat antara satu sama lain.

01 October 2013

Beri Amar ruang ...

"Mama! Bila Adik nak ada bilik sendiri?" .... persoalan yg xjemu Amar ulangsiaran pd kami!
Bila dia tanya gini ... kami (Mama dan Ayahnya) sangat rasa guilty.
Sebab masa Rumah Biasa2 kami belum siap, memang janji Amar kan punya bilik sendiri  ... xperlu share dgn Bebe lagi.
Pun ... harapan palsu lagi. Bilik Amar jadi stor sementara .... masa duk sibuk nak kenduri kakaknya dulu  ... campak segala benda dlmnya sbb bulan 2 masuk rumah sendiri, bulan 3 nak kenduri  ... bilik tu aje space yg free ...
Amar! Kami really2 sori  .... coz sampai hari ni tk settle2 lagi  ...
Mama masih xtahu mana nak letak/buang ke barang2 dlm tu
Ada dari zaman Mama, Ayahnya bujang ... nostalgia!
Buku sekolah anak2 dari Djh 1 hingga U  ... huhu
Pakaian anak2 masa kecik2 dulu  ... pun masih simpan jugak!
Periuk belanga, pinggan mangkuk ... berkenan, beli, simpan  .... ntah bila nak gunanya  .... masih elok dlm kotak masing2, pun dlm tu juga ...
Dan! Kotak2 yg xbertanda, misteri isinya ... banyak juga
Menunggu Mama organize  ... semua!!
Mama tahu  ... kalau Adik baca, mesti dia marah ni ...
Cerita pasal dia lagi!
Masa cepatnya berlalu ...
Dia kian membesar .... Muaz pula semakin remaja ...
Dua2 sering masam muka (yg kecik especially ...) sebab masing2 kadang2 perlu privacy .... perlu menyendiri dlm bilik sendiri ...
Bila hari xseperti yg diingini ...
Dunia persekolahan dan alam remaja lani,  bukan cam time Mama dulu .... its complicated!!
So Mama, Ayoh! Bila nak clearing bilik Adik tu!!!???
(~__~')