Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

31 May 2018

Pokok nangka dan manggis .... lagi

10 pagi ... sebaik balik dari kelas mengaji Qur'an, suami dengan bangga tunjuk 2 batang anak pokok nangka yg diberi oleh Tok Guru mengaji dia (setelah dia cerita kisah anak pokok cempedak nangka diRumah Biasa2  yg dah hampir k.o. setelah beberapa kali daun dan pucuknya dimakan anak2 lembu yg dibiarkan berkeliaran oleh tuanya yg tidak bertanggungjawab ... huhu).
"Mengapa 2 pokok?" tanya Mama.
"Tok Guru kata kena tanam dekat2, jarak 2.5 kaki ... itu petua tanam nangka!" jawapan suami.
Ikut sajalah.
Suami gali lubang ... selebihnya Mama uruskan. Berkumat kamit baca doa dan zikir 'Ya Hayyum Ya Qayyum"  agar pokok nangka tumbuh subur.
Dalam pukul 12 tengahari ... suami dgn girang tunjuk sebatang anak pokok manggis yg dia beli di pasar minggu sekejap tadi (ini anak pokok ke 4. Cubaan 3 kali sebelum ni gagal ... tak mau hidup dia. Begitulah semangatnya suami mahu Rumah Biasa2 kami ada sekurang2nya sepohon manggis untuk anak cucu nanti!!)
Rancangan untuk tanam petang tadi ditunda besok kerana hujan agak lebat selepas asar tadi. Bagus juga ... lembut sedikit tanah. Mudah untuk dicangkul. Pagi tadi Mama terpaksa jirus dulu tanah tempat yg hendak digali kerana keras sangat dek dah hampir 3 minggu tak hujan, panas terik!!
Moga penanaman pokok nangka dan manggis kali ini berjaya. Aamiin. InsyaAllah.
p.s. nampak gaya pintu pagar kena dipastikan tertutup sokmo agar 3 ekor anak lembu tu tak dapat menceroboh lagi. Selain pokok cempedak nangka, pucuk anak2 pisang pun depa suka balun!! Kesian anak pisang tanduk dan berangan yg kami tanam. Dah la makan tanpa diundang, siap tinggal na...s merata2!! Geram sungguh la .... Jiran sebelah rumah kami pun merungut juga kerana anak2 pokok rumah dia pun turut jadi mangsa anak lembu 3 ekor tu.

28 May 2018

Muaz dan Amar ... cerita mereka 2018

Budak dua beradik ni bila dok jauh ...
Saling bertanya. Kongsi cerita, berita!!
Bila dok dekat lama sikit ...
Mulalah bagai anjing dgn kucing!
Tapi tak lama lepas tu ...
Sok sek sok sek!! macam2 cerita keluar, gelak ketawa sama2 ...
Bagai isi dgn kuku pula!
Itulah ... kelahi, berbaik, bertegang urat, bertepuk tampar, berebut, kongsi ...
Mama dah masak dgn semua tu ...
Banyak kali Mama jadi penonton jer ...
Kadang2 jadi pengadil, tok hakim ...
Jarang2 'join' sekali. Haha ...
Abang2, kakak dia orang dulu (sekarang dah jadi ayah/mak budak pun) gitu jugak.
p.s. yg paling pening bila atas kereta, perjalanan jauh. Ada saja isu nya ... Gertak nak berhenti letak/tinggal mereka tgh2 hutan perkara biasa ... rasa ibu bapa lain pun pernah laluinya. 😅😅
Tapi selalunya hubungan adik beradik ni ...
Ibarat 'Air' ... dicincang tak akan putus.
Kita ibu bapa perlu peka ...
Jangan pernah ada pilih kasih/beza membeza. Lain anak, lain peelnya ... dari dalam perut lagi dah beza ... dari masa mengandung setiap mereka 6 beradik, waktu lahir, masa kecik hingga dewasa .. tak sama. Itu fitrah ... ketentuan dariNYA.
Yang penting adil dan sayangi mereka. Kita ibubapa pun bukan 'perfect' ... bagaimana acuan, begitulah kuehnya.
Doa ibubapa buat anak2 tiada hijabnya. Jadi, sentiasalah doakan yg terbaik buat mereka dunia dan akhirat.
.
.
.
"Bertuah budak dua orang ni! Sapa yg tak basuh pinggan dalam sink haa ...!!!"

24 May 2018

Puasa 2018 ... minggu pertama

Bulan Ramadhan kali ini kami disapa berita sedih 3 hari berturut2.
Maksu Saodah meninggal dunia (sakit tua) malam Jumaat selepas azan maghrib. Kini hanya tinggal beberapa orang saja lagi 'orang lama' dikampung kami. Mereka antara yg sempat merasa kedatangan tentera Jepun yg berjalan kaki melalui kampung kami untuk ke Singapura. Waktu itu mereka dalam usia 1 - 6 tahun.
Malam tu ... selepas isya' dapat berita suami rakan ZS'77 (rakan blogger juga) meninggal petang Jumaat, beberapa minit sebelum berbuka. Allahuakbar ... terkejut sangat. Hingga hari ini hati asyik terkenangkan rakan Mama tu. Berdoa agar dia tabah dah redha. Semasa kami pergi ziarah keesokan paginya, ramai rakan2 ZS'77 turut ziarah. Kuatnya dugaan buat rakan Mama ni. Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikulnya.
Pagi esoknya, Ahad, ketika bangun sahur ... dapat berita isteri jiran se taman meninggal dunia awal pagi tadi. Kanser rahim.
Innalillahiwainnailaihirojiun ... Al Fatihah buat arwah bertiga. Moga Allah ampunkan dosa2 mereka dan tempatkan roh mereka dikalangan orang2 yg beriman. Moga roh2 mereka tenang dan damai di sana. Aamiin ....
Jumaat petang anak #4 sekeluarga tiba2 tersembul depan pintu ketika Mama sibuk sediakan juadah berbuka. Anak yg sorang ni suka sangat buat 'surprise' ... bukan sekali dua dia begitu. Dari waktu belajar kolej, kerja dan kini dah anak dua ... begitulah. Suka buat kejutan. Dan Mama sokmo 'caught off guard' ... Mama 'of coz' marah (sebab ada lauk biasa2 je untuk kami berbuka bertiga) tapi gembira sangat sebab anak menantu cucu pulang berpuasa diRumah Biasa2 kami. Besoknya masak 'special' sikit dan buat sira pisang nangka kegemaran dia 😍. Puashati dapat lepas rindu dendam pada cucu2. Ahad pagi mereka bertolak pulang ke Perak. Alhamdulillah ... baru lega hati Mama bila dapat 'call' kata dah selamat sampai.  Selagi anak2 tak selamat sampai, risau + doa tak putus2. (Gitulah hati ibu ... )
Amar sibongsu pula ... sibuk dengan Kerja Kursus Sejarah (KKS). Bulan puasa balik pukul 3.00 ptg (biasa pukul 5.00 ptg). Dirumah tumpuan hanya pada KKS ... kerja sekolah dah 'settle' dgn kawan2 disekolah waktu rehat maklumnya. Sessi temuramah terakhir dgn warga2 taman kami serta ber'selfie' dgn yg ditemuramah sebagai bukti. Semalam sepetang di 'cc' (cyber cafe) ... semak dan kemaskini KKS serta 'print'. Kesian!! Balik dalam hujan .... nampak keletihan sangat, tambah2 berpuasa. Mama masak 'special' untuk naikkan semangat dia. Ayam percik!!!
Ayam percik kuah putih
(versi kuali)
 😙 Bertambah2 makan nasi lepas solat maghrib. Balik terawih susun KKS yg dicetak tadi dan tulis kesimpulan, rujukan dan catit mukasurat pada helaian 'Isi Kandungan'. Pukul 12.00 Mama masuk tidur (dah ngantuk sangat nak temankan dia ... huhu), dia masih dengan KKS dia. Pun Mama dah bancuh segelas besar Kopiko sebelum ni (dia minta sebab nak elak mengantuk katanya). Hari ni dah serah KKS pada guru. Lega katanya. Bulan 7 ... Kerja Kursus Geografi (KKG) pulak!!
Itu antara cerita Rumah Biasa2 minggu pertama puasa.
Jom kita naiktaraf ibadah bulan Ramadhan tahun ni berbanding tahun lepas.

p.s. Besok Mr. Cool Mama (Muaz, anak #5) balik ... cuti seminggu. Sukanya ... 😊😊

13 May 2018

Post PRU14 ....

Honestly ... I was shock with the result. Its akin to earthquake ... tsunamis ... after shocks and storms!!! Its still brewing ... but lets us pray that all these will pass and calm down soon. We need to move on ... its our chances now ... lets learnt from the past and build a better futures ...
For Malaysia is our 'tanah air ku' ... 'tanah tumpah darah ku' ... its ours. As Malaysian, lets by gone be by gone. Regardless of our race, religions and status, lets strive for a much much needed better tomorrows and live together in peace and harmony.
To this ... a pactriotic song and lyrics that said it all and still relevant today!!


p.s. I remember we, goverment staffs, were asked to sing this SETIA song during our weekly gathering. That was in 1981 ... my 1st posting at MOE after graduating. It remains one of my favourite pactriotic songs until today!!

07 May 2018

GE14 .... the final sprint


2 days before polling day ...

loves this ... right on the dot
Captured this yesterday while taking my usual evening stroll.
Even the sky is reminding us ...

a reminder to go and vote ... wisely i.e.
Whatever our choices are ... just think about our 'anak cucu' futures as we cast our polls. We are choosing their future (and ours too ... 'InsyaAllah jika panjang umur') for the next 5 years.
Selamat mengundi!!!


04 May 2018

Gembiranya bila jumpa kawan2 lama ...

28 April 2018 ... hari gembira bg yg terpilih Penamaan Calun PRU14. Pun ... penentuan yg terpilih tu siapakah pilihan pengundi?? Rabu depan penentuannya. Dekat dah ...
Dan bagi para ibu seperti Mama, gembira jugak. Sebab2 anak2 balik mengundi ... cuti lama, sampai Ahad. Macam raya dah suasana ... for sure!! Kena stock barang dapur awal ... malas nak redah jam ... anak2 dah berkira2 stok untuk puasa yg nak dibawa. Nise, sambal daging, ike kering, budu ... itu antaranya. Panjang pulak intro ... hehe
Berbalik cerita hari 28/4/18 ... Mama hadiri 2 majlis Walimatulurus kawan zaman sekolah menengah dulu. Dah janji dlm Whatsapp grup, jumpa pukul 12 di majlis pertama, dan berarak dari situ ke majlis ke 2. Bertolak dari Rumah Biasa2 se awal 10.30 pagi dan dgn bantuan 'Google Maps' 100% (bukan kempen deh), kami berjaya elak jalan2 yg ditutup dan yg sesak (kerana hari Penamaan Calun PRU 14 tu) dan sampai di destinasi pertama sebagaimana yg dijanjikan. Seronoknya kami dapat jumpa kawan2 lama zaman sekolah. Diusia begini persahabatan terasa lebih erat dan bermakna. Bila berjumpa, Dato', Datin Sri, Datin, Tengku, Dr., Prof., YB., ... status nenek lagi ... hilang, lupa, tiada beza. Macam 'back to year 1977 ... happy, carefree, sporting and full of laughter' ... itu gambarannya kami ZSClass'77 bila jumpa ... setiap kali ... skrip yg sama. Dan setiap kali berjumpa, pasti ada buahtangan dari kawan2 yg baru balik dari makan angin, ziarah, umrah. Hari tu Mama dapat 4 ... seronoknya.
Ini antara gambar2 kenangan kami hari tu ...
Kenduri pertama, puteri Roslina;



Kenduri ke 2. Majlis sambut menantu putera Azizah;


Mama pula bawa anak2 lada/terung ... yg Mama cerita dlm N3 lepas.


Wajah gembira rakan2 dapat anak lada/terung yg Mama bawa ... 'sold-out' sekelip mata. Hadoi!! ... tak makan saman dah nenek2 ni. Majlis kenduri kawan pun boleh jadi pesta agih mengagih .... haha.
p.s. dah minta maaf dgn tuan tanah banyak2 sebelum bersurai 😅😅😅


Till next time dear friends.
InsyaAllah ....