Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

26 December 2012

Amar - sekolah baru, semua baru!

2013 InsyaAllah kami pindah ke Rumah Biasa2 kami.
Maka, Muaz dan Amar juga bakal memulakan persekolahan di sekolah baru juga.
Dan dua beradik tu sepakat  ... sekolah baru, baju, kasut dan beg sekolah pun ... BARU  .... huhu

Bukti semua baru  ... hehe
opps ... Adik! Rambut lama lagi tu (^_^)

24 December 2012

Bila tiba musim tengkujuh ...



Putu halba - hanya jumpa
bila musim hujan jer
... dengan hujan yg tak henti2 bermula minggu ini, siang dan malam ... juga gerai2 menjual putu halba tumbuh bak cendawan, sahlah musim tengkujuh @ banjir sudah bermula. Dan nampak gayanya rancangan kami untuk pindah ke Rumah Biasa2 kami sebelum tahun ini berakhir juga ... cam tipis je!! Semalam, tukang letrik telefon hubby, tak dapat kerja ... anak buah @pekerja dia tak dapat datang kerana rumah dia banjir ... Pastu, hari ni, kedai tempat kami tempah grill pintu/jendela beritahu, tak dapat buat kerja2 mengukur pintu/tingkap hari ni. Esok, insyaAllah ... katanya. Jadi, selagi kerja2 letrik tak siap, selagi itulah kami tak boleh pindah ke rumah kami tu. Lalu, kami bersangka baik! Ada hikmahnya setiap yg berlaku. DIA Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hambaNYA. Itu yg. kami pegang ... setiap kali tidak dapat laksanakan apa yg telah dirancang.

Pesta air bermula ...

Dan bila hujan2 begini, malas pun makin menjadi2 ... semangat nak kemas barang2 ke dalam kotak2 yg hubby dah cari sebelum ni pun sejuk, sesejuk dan selembap keadaan diluar sana nun. Tambah pulak cuti yg hubby rancang ambil hari ni untuk tolong Mama kemas barang2, terpaksa dibatalkan saat2 akhir. Puncanya ... air Sg.Golok semakin naik, dan tadi dah melepasi paras bahaya ... Sebagai salah seorang kakitangan kerajaan bagi jabatan yg bertanggungjawab ke atas pengairan dan saliran ... hubby kena buka Bilik Gerakan Banjir. Kena pantau dan lapur paras sungai2 di daerah Pasir Mas dan Rantau Panjang, kena pastikan siren amaran banjir berfungsi. Itu antaranya ...



Muaz dan Amar ... terkurung dalam rumah, takleh main luar rumah lagi setiap petang ... kerja mereka?? ... makan. main 'games', tv, tidur ... "Boringlah Mama ... jom gi jalan2". 

Kerja Mama?? ... masak apa yg di 'order' budak dua orang tu, pening kepala mana nak sidai pakaian? sbb yg dah dibasuh tak kering2, mikir bilalah nak mula mengemas barang2 utk pindah ni, dan ... eee!! malasnya nak kuar beli barang2 dapur hujan2 begini, apalagi gi jalan2. Sori Amar!! 
(... nak2 bila tiba2 aircon kete meragam pulak, habis gas ke??? huhu) 
p.s. line tenet pun meragam jugak ... dah lah slow-mo, kejap ada kejap takdop lak ... (-_-')



20 December 2012

Pizza ... buat sendiri




Sehari sebelum keluar keputusan PMR, Muaz cam takder selera nak makan nasi. Dia minta Mama buatkan pizza jer. Mama pun dah lama juga tak makan pizza, jadi ikut ajalah kehendak dia. Nerbes nak tahu result kot!!!
Gambar di atas ialah 3 jenis pizza yg Mama buat semalam. Dengan satu adunan doh, dapat 3 pizza bersaiz sederhana  dgn 3 jenis perisa (toppings). Dari kiri, pizza kosong, dgn sapuan sos tomato dan sos cili utk rasa pedas (terhagit sikit sbb dok ralit tengok final episod Oh La La Couple! hehe. Atau mungkin suhu oven kena reduce sbb takder topping!??). Pastu tabur keju cheddar dan parmessan, tabur daun oregano kering dan serbuk lada hitam! Tak pernah buat sebelu tapi sedap juga 'plain' camni. Both of us like it n definitely masuk menu lain kali!!

Yg tengah tu, perisa ayam. Kat rumah ni, bahagian ayam yg berdaging cam dada ayam, tak laku. Selain masukkan dlm nasi/mee/mihun/sayur goreng atau sup  .. juga guna sbg inti karipap atau pizza. Potong 1 dad daging ayam kecil2, panaskan minyak zaitun, tumis 1 ulas bawang putih yg dicincang halus hingga wangi, masukkan daging ayam, sedkit air, masak hingga daging empok. Tambah garam dan oregano kering sedkit utk rasa. Masak hingga kering kuahnya.

Yg kanan sekali tu, inti daging, sama spt inti ayam, cuma Mama tambah bawang besar cincang semasa tumis serta daun basil kering. Semalam Mama guna lebihan daging burger sebab daging kisar dah habis. Sedap juga, tapi memandangkan daging burger akan keluarkan minyak dari lemak dlmnya, kena toskan daging yg dah masak hingga cam pecah minyak tu terlebih dahulu. Tos minyak tu lebihkurang 15 minit. Taklah berminyak sangat nanti.
p.s. garam tu pada2 ya, just hawa2 masin jer, sbb sos tomato dan keju pun dah masin.

Untuk 'base' pizza tu, Muaz suka yg 'sponggy dan chewy' bukan 'crusty. Resipinya;

Pizza Sponggy Mudah

230 gm gandum
1 sudu teh yis segera
1 sudu teh gula kastor
150 ml air suam + 1 sudu teh minyak zaitun

1. Ayak gandum dan masukkan semua bahan ke alam mangkuk.
(jgn letak yis bersekali dgn garam, asingkan semasa letak agar yis 'tak mati')
2. Gaul hingga jadi doh yg lemut dan sebati.
3. Bulatkan doh dan 'rehatkan' lebihkurang 45 - 60 minit/hingga doh naik 2X ganda.
(tudung bekas dgn plastic melekat)
4. Tumbuk doh dan bahagi 2 atau 3 bahagian.  Canai bulat nipis +/- 1cm tebal.
Letak atas dulang pembakar (sapu dgn lemak sayuran), cucuk dgn garfu dan
'rehatkan' lagi +/-  - 20 minit.
5. Sapu sos tomato dan tabur inti pilihan, hirisan tomato, bawang besar,
lada kapsikum (merah, kuning, hijau), nanas ... ikut suka.
6. Tabur oregano kering, keju - cheddar/mozarella/parmessan.
7. Bakar dlm oven yg telah dipanaskan 200 - 220 C, 25 - 30 minit,
hingga keju cair, kulit pizza garing.

Sekarang kalau rasa nak makan pizza, Mama buat sendiri jer. Selain jimat, inti/toppings tu, kita boleh pelbagaikan  ... ikut suka. Pedas, masam, manis, kari, rendang, veggie ... apa saja. Tak cuba tak tahu, dah cuba ... lagi mahu!!!

ALHAMDULILLAH ...



Alhamdulillah!! Syukur padaNYA yg tidak terhingga kerana Muaz adalah antara pelajar2 yg  cemerlang keputusan PMRnya. N3 ini bukan bertujuan menunjuk2  .... jauh sekali. Ibu mana tidak gembira jika anaknya berjaya. Anak kawan2 Mama lagi berjaya, ramai yg jadi doktor, engineer, lawyer, CEO  .... kawan2 yg dok berada di Australia, US, UK, Jepun kerana hadiri majlis graduasi anak masing2, pun ramai (pastu enjoy holiday2 gitu ...) Gambar2 kat fb mereka, menceritan semua. Bangga dan gembiranya kedua ibubapa atas kejayaan anak2 mereka. UPSR, PMR  .... walaupun jauh lagi kalau dibandingkan dgn kejayaan mereka2 ni, tapi bagi seorang ibu, ianya satu kebanggaan@kegembiraan yg amat. Dan ia juga titik tolak untuk langkah berikutnya.
Jadi rasa bangga dan bahagia ini ingin Mama abadikannya .... diblog ini. Bolehlah anak2, sanak sedara yg jauh dimata lihatnya juga. Muaz? Walaupun Mr. Cool Mama ini nampak relax jer, cam tak kisahnya (yg mak dia pulak dok berdebar, sakit perut tiba2 bila lihat cikgu2 masuk dewan bawa keputusanya ... sejam dok menunggu tadi ok jer!! Tak puas borak2 dgn ibu2 lain yg ada).
... bila kawan2 pakat kerumun guru masing2, berubahlah sikit air mukanya. Hehe ... cam takut!!! Bila dia senyum meleret, kepal tangan dan buat aksi 'YES! YES!' tu  ... Mama lega! Baru tak semput bernyawa! Boleh senyum  ... seperti dia.
Selepas sessi bergambar, Mama ajak Muaz jumpa guru2 dia yg telah banyak berkorban tenaga dan masa. Kami ucapkan terima kasih yg tidak terhingga kepada mereka. Dan wajah2 gembira guru2 kerana anak didiknya berjaya ... its something to remember. Macam anak kita ni, anak dia juga (^_^) . TERIMA KASIH CIKGU2 dan semua yg terlibat diSMK Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas. Tahniah juga atas peningkatan murid2 dapat semua A .... 33 orang. Alhamdulillah ...

Wajah2 ceria 'semua A' SMK Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas

19 December 2012

Ohlala ... happy ending

Seronok dgn happy ending drama korea 'Oh La La Couple'  ... mengikutinya dari seawal episod 5, banyak yg dapat Mama ambil pengajaran dari jalan cerita yg nampak lucu tapi penuh sindiran itu. Antaranya;
1. Hargailah pasangan anda sebelum anda kehilangannya. Ketika itu, mungkin sudah terlewat buat kita untuk menyesali betapa baik, luhur dan setianya dia selama ini dlm menyayangi kita yg hanya mahu menerima tanpa mahu memberi!
2. Kasih ibu membawa ke syurga ... tidakkan luntur selama2nya. Kerana merekalah, kita hadir ke dunia. Zahirkan kasih sayang kita sewaktu dia/kita masih bernyawa.
3. Untuk menerima, harus terlebih dahulu memberi ... tanpa mengharap balasannya.
4. Pertemuan kadangkala bukan untuk membina sebuah ikatan. Kadangkala, pertemuan adalah untuk merungkai ikatan lama. Bila ikatan lama telah terungkai, barulah boleh ikatan baru dibina  ...
5. Isteri/Suami bukan sahaja setakat isteri/suami anda, tetapi anggaplah dia juga sebagai temanmu, kekasihmu dan juga ibu/ayah kepada anak2 mu. Growing old together ... bercinta sampai ke syurga.
6. Zahirkan keikhlasan, berikan kemaafan, peluang kedua baiki kesilapan.
7. Kasih sebenar ialah mahu melihat pasangan kita bahagia!
Mama suka ending begitu ...
... ia perasaan ' feel good' yg menyentuh jiwa.
... ia menagih perasaan melihat pasangan dari sudut berbeza. Meletakkan diri kita ditempatnya ... barulah dapat melihat pengorbanan dia!
Itulah antara mesej baik yg dapat Mama ambik dari drama tu. Bukan tengok sebab hero/heroin dia hensem dan comel lote aja  ... sambil eye-candy, carilah yg baik yg dapat dikutip dari drama2 mereka.
Yang baik dijadikan teladan, yg buruk jadikanlah sempadan!!!
Annyeonghi gyeseyo!!!

18 December 2012

Bila begini ... seronoknya.

Sakit pinggang yg hampir semboh, berdenyut kembali pagi ni.
Bila fikir balik, patutlah  ... semalam tak sedar, masak non-stop. Sebenarnya lama dah tak rasa seseronok begini ... bila masak, angkat ... habis, licin. Masak lg, hidang ... sapu bersih. Mana2 chef pun akan seronok bila begini!
Ia bermula dengan misi Mama habiskan apa jua yg dapat dimasak sebelum pindah rumah. Nanti, rumah baru stok baru  ... hehe. Pastu, adik call ... otw dgn Mak, si Muaz dan Amar yg hampir 2 minggu dikidnap Mak (kali ke 2), dan 5 beradik, anak2 adik Mama di Kuantan (juga dikidnap Mak ... haha).
p.s. camnerlah mereka semua dtg dlm kete Kelissa cinonet tu  ...!!??
Adik kata dia bawa durian dan ikan. Mama dah boleh teka apa yg dia fikkrkan ...
Bermulalah marathon memasak Mama  ...
1. Buat cupcakes, habiskan mentega dan telur yg beli minggu lepas. Lepas masak 2 batch, minta Syasya dan Huda (anak sedara umur 10 dan 8 tahun); memang Mama sengajakan; sudahkannya. Seronok sunggoh mereka isikan cawan kertas kecik dgn adunan vanilla dan coklat  ... Tunggu yg mereka punya masak, nak makannya, tak mau yg Cik Nor (Mamalah tu) buat!!! Haha ....
2. Tanak pulut, kopek durian, sediakan santan + garam, parut nise (gula melaka) - pulut durian pula.
3. Ikan yg adik bawa, fresh sungguh - goreng ikan celup tepung, pekena pula dgn sos cili Haziq. Yummy! Menjilat jari.
4. Amar pulak nak french fries. Ikut ajelah ... sepinggan, ramai pulak yg kerumunnya. Sekelip mata ... licin. Amar bisik kat Mama, nak lg ... malangnya dah out-of-stock, lain kali ya dik!! Tapi, tentu dah tak sesedap makan berebut2 kan!!!
6. Buat bubur nasi ayam  .... dinner malam ni. Dah letih, ini ajelah menu yg paling senang tp sedap ... campur semua bahan dan biar dia mereneh atas dapur. Senang kerja ...
7. Sayang pulak tengok santan, nise dan durian yg berbaki tu. Campak semua tu ke dalam periuk, tambah santan, nise dan daun pandan. Taraa!!! Siap pengat durian segera Mama. Tanak pulut lagi (yg tadi dah habis ...), sedang elok Hubby balik! Feberet dia ...(^_^)
8. Kul 9.30 mlm., Muaz cakap dia rindu kat Garlic Bread ABC Mama! (ABC sebab mudah, guna roti gardenia jer). Dah rasa tak larat, jadi sediakan garlc spread aje (sambil ajar mereka berdua) ... a mom is always a mom, will try her best to please all .... pastu ajar cara nak masaknya. Habis 3/4 roti yg baru dibeli sekejap tadi ... semua merasa. Mak cakap sedap!!! Tak caya bila Muaz dan Dini beritahu, mereka yg sediakannya. Shhhh  ... biarlah sapi dapat nama, Mama pasti lepas ni mereka teruja nak masak lg ... buat sendiri. Nak resipi, ada kat sini.
Air teh o, air suam ... asyik refill. Haha ... mujurlah ada orang tolong basuh pinggan mangkuk, periuk belanga, kemas meja ... terimakasih ladies. Pagi tadi, sessi bye2, muahh2  ... Mak dan adik akan ke Kuantan jap lagi, hantar mereka. Amarlah yg paling moyok ... sedih berpisah dgn sepupu feberetnya, Asyraff! Setelah hampir dua minggu + seminggu awal cuti lalu, makan, minum, main, tidur bersama2. Sabarlah dek ...

16 December 2012

Hari Ahad Mama Masuk Ofis!

Ya, hari Ahad Mama masuk ofis  .... kerja!
Ehhh! ... anak2 mesti heran. Bila pulak Mama mereka yg dah 20 tahun berhenti kerja, tiba2 kerja. Ada ofis lagi  ... Wah! Loaded lah Mama sekarang ni, takyah ler masukkan duit kat Mama lagi. Yea!!!
Dah! Jangan dok hepi2 ye. Memang Mama dah ada kerja tetap sekarang ni. Tapi hari Ahad jer. Ofis? Ada  ... tu ha, meja makan cenonit kita tu. Sapa majikan? Berapa gaji? Ada bonus ke tahun ni?
Majikan ... Ayahnya
Gaji ... takder
Bonus ... tak mimpikannya!!!!
Hehe  ... sebenarnya, Mama ni cuma penyimpan akaun aje. Akaun perbelanjaan bina Rumah Biasa2 kami tu ha. Mama yg insistnya, bolehlah nampak rega nak buat sebijik rumah ni. So far, dah habis dalam RM180K. Tinggal kerja2 letrik aje, anggaran RM20K semuanya. Grill RM5K ... pagar, biar dulu (huhu ...  tgk ada belen tak fulus tu). Campur kos tanah, adalah dlm RM250 semuanya. Jangan tak tau, dah ada orang mintak beli, sanggup bayar RM400!! Wah! Patutlah kaya pemaju perumahan ya. Beli barang biasa2, secara borong, untung berlipat ganda! Hmmm ... sapa2 ada tanah, binalah rumah sendiri. Untung sangat, kualiti terjamin, hati pun puas.
Sebelum mula kerja, of coz mesti sarapan dulu. Pagi ni, rebus lebihan ubi kayu yg jiran beri + teh panas. Sementara kain dok memusing dlm mesin basuh tu, update blog dulu. Baru masuk ofis. Hehe  ... boss sendiri, ikut suka hatilah kan!!


Gambar fail dan buku akaun yg Mama jaga. Buku nota Angry Birds tu, Amar punya. Dia taknak guna, Mama manafaatkannya. Hehe ... Dan Mama baru dapat kerja baru. Jaga akaun rumah juga. Kali ni, dua biji rumah Abang Ipar, sedang dalam pembinaan. Rumah kami dah nak siap, ganti jaga rumah dia pulak. Taklah boring sangat, otak pun bergerak ... Juga kerja hari Ahad Mama. Mengapa hari Ahad jer? (agak2 aje ini pertanyaan anak2 Mama ... ) Sebab, hari Sabtu kami lawat tapak rumah, bayar upah, tanya tukang barang2 yg perlu order, urus keperluan barang yg tukang suruh order, bayar hutang kedai tempat kami amik barang2 tu minggu sebelumnya, amik gambar (tugas Mama juga) ..... pastu, baru balik ziarahi  kedua2 mak. Petang  .... baru balik PMas.

Jadi ... hari Ahad, Mama pun masuk ofislah. Updte akaun,  rekod dan simpan bil2 tu, kira duit baki ... betulke dgn baki awal dan belanja semalam ... Itu ajelah.  Petang, hubby balik kerja, lapur kat dia (dia tak tanya pun, Mama jer yg buat2 sibuk .. huhu). Simpan dlm beg, hari Sabtu dan Ahad berikutnya pulak baru buka. Walaupun takder gaji, elaun, bonus  ... Mama enjoy buatnya. It makes me feel important, satisfied and I still got a job at my age!! Haha  ...

the project that will keep hubby and Mama
fully occupied till end of next year.
InsyaAllah. Alhamdulillah.

14 December 2012

Ada cerita disebalik ubi kayu ...

Petang tadi jiran sebelah beri ubi kayu. Wah! Hujan2 begini sedap pekena ubi kayu rebus cicah kelapa parut gaul gula dan sedikit garam. Rasanya itulah breakfast kami pagi esok! Secawan kopi o panas  .... fuhhh!
Ubi kayu ni mengingatkan Mama peristiwa 20 tahun lalu. Masa kami menetap di Kuantan. Masa tu Mama kerja, anak baru 4 orang, kecil2 lagi. Kami ada seorang pembantu rumah, warga Thai berusia 40an yg sangat rajin memasak kuih muih tradisional Thai. Setiap petang ada aje kuih muih yg dia sediakan. Orang biasa susah, tanah sekangkang kera belakang rumah teres kami tu dia tanam pelbagai tanaman dan sayuran spt serai, halia, kunyit, pandan, lengkuas, cili, kacang botol, bendi, betik, sawi, ubi keledek dan ubi kayu,
Suatu hari, dlm pukul 4 pagi, Cik Lah (pembantu kami tu), datang tergesa2 ke bilik kami. Hampir heart attack Mama bila terjaga dek terkejut lihat wajahnya yg memutih dgn bedak sejuk, dahlah cahaya samar2 (hihi ... lucu pulak bila teringatnya). Tak sempat menjerit sebab dia dulu yg menjerit beritahu ada orang kat belakang rumah, cuba kopak pintu belakang. Cik Lah tidur bilik belakang dan dia tersedar bila bunyi sesuatu kat tepi jendela biliknya. Terus buka jendela dan nampak orang berselimut kain pelikat dekat depan pintu belakang tu. Spontan dia sergah orang tu ... dan orang tu pulak siap bagi salam kat dia sambil cakap awalnya bangun!! Tu yg buat dia ketakutan dan kejutkan kami!
Hubby terus bangun dan buka pintu belakang (walaupun Mama jerit jangan, takut orang tu bersenjata ...). Sempat lihat kelibat dia sedang panjat pintu pagar larikan diri. Hubby yg tiba2 naik sheikh, marah lalu dgn beraninya ... terus buka grill, nak kejar orang tu. Tapi Mama sempat pegang ... manalah tahu takut ada yg lain lagi dok menunggu. Mama terus jerit "pencuri! pencuri!" dan semua jiran buka lampu dan pintu ... Tapi, orang tu dah lari dulu, tak dapat dikesan walaupun puas kaum2 lelaki kepung dan cari sekitar kejiranan tu!
Esoknya lapur polis. Polis datang periksa grill yg dah dikopak kuncinya, dan daun pintu yg ada kesan cungkil ... Pastu, polis suruh cabut pokok2 ubi kayu yg merendang tu sebab ianya antara punca dapat lindungi aktiviti mencuri. Senang nak menyorok  ... Petang tu juga kami cabut pokok2 ubi tu. Banyak juga hasilnya, beri pada jiran2 ubi dan pucuknya.
Jadi, sapa2 nak tanam ubi kayu tu, tanam kat kebun ajalah. Tepi, belakang rumah ... agak bahaya, takut jadi macam kes Mama tu. Ubi keledek takper, sebab ia menjalar aje. Pokok2 bunga yg rimbunnya tinggi pun, tanam jauh2 sikit dari rumah. Jangan sampai halang pemandangan jendela dan pintu dari jiran sebelah, takut ada nanti yg dok main sorok2 kat situ, tunggu kita tidur lena ... seram bila ingatkan peristiwa tu. Itulah kenangannya berkaitan ubi kayu.

So, beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis ... Jangan sudah terhantuk baru tengadah ... Sudah kalah baru nak berkubu.

13 December 2012

Akhirnya ...

Dah lama Mama simpannya  ... no henpon yg satu ni.
Mama tahu, memang pasti  ... dia tak akan telepon Mama
Sejak hari tu ... lagi, sampai bila2!!! Tak akan, tak mungkin ... sedihnya
Tapi, mengapalah Mama masih simpan no. nya? Kan lebih baik DELETE sahaja!
Ini tidak ... masih simpannya juga! Kalaulah hubby tahu  ...
Pasti dia sedih ...
Mama dah cuba nak DELETE, tapi tangan dan hati ini tak sanggup.
Kalau Mama DELETE, adakah itu menunjukkan Mama sudah lupai dia?
Buang dia dari memori Mama? Segala kenangan suka duka kita bersama ...
Menulis ini pun sudah bercucuran airmata Mama, mana mungkin!!!
Tapi, dia tak akan call, sms, mms Mama lagi ... itu hakikatnya.
Tapi, bila lihat no. dia, antara teratas dlm list nama, di henpon Mama
Mama rasa dia dekat, rasa senang, rasa ingin hubunginya  ...
Lalu, suatu hari ... Mama beranikan diri, call no. dia ... kerja GILA, tak masuk akal ...
Entah apa yg Mama fikirkan dan harapkan hari tu  ... MIRACLE?
Suara yg menjawabnya ... kasar sekali. Bukan suara yg Mama rindukan.
Mama tanya ... "Maaf, boleh tanya siapa ni?"
"Woi! Lu nak cari siapa ha! Aku ..... . Ha, kenal ka?"
"Maaf. No ni pernah  ...... yg punya. Sori ya."
"Buang karan jer. Aku dan beli no ni lama dah tau! Dah mampus agaknya tuan dia," Klikk! Putus talian begitu saja  ...
Menangis, itu yg Mama buat selepas itu ... menangis sepuas2nya.
Walau pedih kata2nya, terutama perkataan MAMPUS, Mama bagai tersedar!
Menerima hakikat bahawa ianya sudah berakhir  .... selama2nya
Yakni, Dia tak akan kembali lagi. Lepaskanlah dia pergi ... redha ketentuan Ilahi
Dia pinjaman buat Mama. Untuk Mama belai, sayangi dlm tempoh yg telah diberi
Dan untuk itu, Ya Allah snw, hambaMu ini amat hargainya ...
Wan Mohd Munzir, hampir 25 tahun bersamamu anakku ...Mama bahagia!
Walaupun hari ini Mama DELETE nama dan no Angah dlm henpon Mama ....
(sukarnya  ....) Angah kekal dihati Mama, sampai Mama menutup mata.
Al-Fatihah buatmu sayang. Moga Angah tenang dan damai disana.
Moga Allah ampunkan dosa2 Angah dan tempatkan roh Angah bersama orang2 yg beriman. Ameenn  ...
Moga kita berjumpa kembali di sana .... disyurga. Kita sekeluarga. InsyaAllah. Ameenn ...
p.s. 25.12.12 ni b'day Angoh ke 28. (-_-)

12 December 2012

Bukan salah durian ...

Adoii  ...  hubby Mama ni, mentang2lah durian sekarang murah, selang sehari dia beli. Walaupun Mama dah warning (cam garang jer bunyi ... hehe) jgn beli banyak, dia dan Mama jer yg dok perabih .... hubby cakap kesian nak beli sebiji jer. Tak reti penjual nak letak rega! Penjual cakap, "Abe (kat Kelate, nilah panggilan utk pembeli lelaki. Nak rasa muda, tercabut kopiah kat kepala  ... mai lah sini. Gerenti hepi, perasan habis, nak2 yg panggil Abe tu mek2 mudo yg come lote ... hehe), amiklah 3  biji, kira RM5.00." Sebab tempat dia selalu singgah beli tu memang elok isi duriannya, hubby tak berkira sangatlah. Hmmm .... sapalah nak habiskan durian, rambutan, manggis dan buah dokong ni!

Beri jiran, sudah. Bawa ke ofis hubby, juga sudah. Yg dok makan sendiri, toksah cakap la. Buah epal, oren, anggur ... lama dah tak beli! Pastu, Muaz dan Amar  ... kena kidnap lagi kat nenek dia. Lama2 kering sendiri buah2 tu. Murahnya rezeki kita kat Malaysia ni. Macam2 buah dan makanan ada. Syukur Alhamdulillah. Semalam, ada 2 biji durian, lebihan dari RM10.00 yg Anas beli masa dia balik tempoh hari. Dah merekah ... nak buat tempoyak, dah berbalang dlm petiais tu ha! Lalu Mama pun google lah, cari resipi guna durian. Dlm banyak2 tu, berkenan kat resipi K.Fida, My Resipi Bingka Durian Tanpa Telur. Berkenan sebab resipi bingka ni,  biasanya dahlah guna santan pekat, pastu susu cair lagi  ... kalau masukkan telur, kurang2 5 biji juga. Ohh! My kolesterol tak berkenan sangat tu .... Santan pekat, susu cair tu pun kira dah buat doktor Mama jegil mata (hihi). Btw, Mama baru tahu yg durian ni banyak khasiatnya. Takder kolesterol pun cam orang kata  ... tapi kalu dan campur santan, gula masa makannya  ... salah durian ker??? Nak tahu khasiat durian? Apakata kita jengok blog  Kevin Zahri ni.
Mama dah cuba resipi tu semalam. Sedap sangat. Dengan sukatan dlm resipi tu, Mama dapat dua bingka durian dgn acuan bulat 8". Bau wangi semerbak satu rumah .. pastinya satu kejiranan kot! Hehe ... Dapatlah beri kat jiran depan, kiri, kanan merasa. Awal pagi tadi, hubby bawa satu tupperware ke ofis dia. Alhamdulillah tak membazir. Kalau nak resipi, kena jengok sendiri kat sini , sebab dah panjang sangat N3 ni. Nak tayang bingka Mama masa dlm oven. Yg dah siap, lupa nak amik gambar, teruja sangat nak agih2kan kat jiran. (^_^).

Akhirnya selepas hampir 2 jam ... huhu

p.s. Mama bakar guna 2 oven. Yg oven lama, cukup sejam, masak elok dan garing permukaannya. Yg oven baru, cukup sejam, permukaan masih tak garing dan masih lembab dlmnya. Mama tambah 1/2 jam lagi, pun sama. Udahnya, tambah lg 1/2 jam baru garing permukaanya. Mungkin sebab oven baru, Mama salah setting oven tu kot!! Rasa bingka ni pun lain sikit. Munkin sebab lama sangat bakarnya, rasa macam lempok!! Yg oven lama tu, tak pun. Yg gambar tu, oven barulah .....

09 December 2012

Rumah - Minggu pertama Disember 2012

Sabtu lalu, buat pertama kalinya kami tinggalkan Rumah Biasa2 kami dlm keadaan semua jendela tertutup rapi, dan pintu ... semuanya berkunci! Ya ... kami semakin menghampiri impian mendiami rumah sendiri, milik kami!!
Hari itu juga, tukang jubin dan kerja2 paip kami menghulurkan kos upahnya yg terperinci  ... bermakna, khidmat dia akan berakhir minggu ini. Ia juga hari kami melangsaikan bayaran upah tukang cat ... yg tinggal hanya touch-up sana sini! Dan minggu ini, tukang terakhir kami, tukang pendawaian dan elektrik pula yang akan dominasi ... setelah segala bilangan, tempat dan jenis lampu, kipas dan suiz dipersetujui. Dan kosnya  .... buat hubby garu kepala yg tak gatal berkali2. Hehe  ... Itu belum masuk kos grill lagi ... railing langsir, sofa kayu jati??? Haha  ... yg tu, tak masuk budget lagi, kata encik hubby.
Dan ... kami cadang pindah ke Rumah Biasa2 kami sebelum tahun 2012 melabuhkan diri. Nak sambut 2013 dirumah sendiri. InsyaAllah  ... moga dimakbulkanNYA impian kami, dipermudahkan dan lancarkan segala urusan berkaitannya. Aameenn  ....

Inilah wajah terkini Rumah Biasa2 kami,


... dan 3 beradik Wan; Anas, Muaz dan Amar; masing2 dah siap booking bilik sorang satu. Rasanya, 2 lagi Wan; Meiji dan Qema ... kena bayar sewa kat diaoranglah nampaknya ... PEACE !!!  (^_^)


07 December 2012

Bukan salah resipi ... huhu


Huhu  ... frust sungguh lihat sweet roll Mama. Inilah juga breakfast kamj pagi ni.  Actually buat petang semalam. Pagi ni panaskan jer. Sebab nilah Mama tak berani buat resipi roti, walaupun pelbagai resipi roti Mama kumpul. Mama takut tak jadi ... tak cam gambar roti diorang yg cantik n mengancam tu. 1st try, n tak jadi!!!!
Frust? Memang frust ... tapi bila kita tak ikut resipi yg suruh guna tepung roti tapi kita guna tepung gandum biasa, haa ... padan muka! Tapi resipi tu cakap, guna tepung gandum biasa pun takper (-_-'). Pastu angin sangat nak buat yg roll2, firstimer, patutnya, buatlah yg bun dulu  .... huhu. Ni kes belajar tak habislah ni, hihi ....
Tapi  .... encik hubby kata sedap!!! boleh buat jualan ... haha. Terima kasih encik hubby, you lift my spirit to bake more roti .... again n again sampai berjaya cam blog2 yg Mama amik resipi mereka. So, to do justice to the owner of the recipe, Mama tak akan warwarkan resipinya. Bila dah berjaya nanti, baru boleh post, baru adilkan! Hehe ....

06 December 2012

Pesanan - Kod dan Etik Orang Beriman

Hari ni nak share 2 perenggan dari Tafsir Al - Azhar, Prof. Dr. Hamka. Tafsir Juzu' ke 18, Surah An - Nur (m.s. 184) untuk renungan bersama.

Orang yg beriman, lidahnya berbicara dgn penuh tanggungjawab. Dia mempunyai kepercayaan bahawa pendengaran, penglihatan, dan hati sanubari, semuanya akan bertanggung jawab di hadapan Tuhan. Semua perbuatan dan percakapannya tercatat oleh kedua Malaikat, Raqib dan Atiq.
Memang berat untuk menegakkan budi dlm dunia ini dan berat beban menjadi orang Islam. Pagar budi, membatasi kita jgn berlaku curang dlm hidup. Jika si munafik, tidak ada yg mengontrol dia membuat hasutan dan fitnah. Namun, kita dijaga dan dipelihara oleh ayat-ayat Tuhan agar jgn berbuat begitu.

Prof. Dr. Hamka seterusnya mengingatkan kita dgn pesan dari Abraham Lincoln, kata hikmat yg dalam maksudnya: "Suatu kedustaan mungkin laku dlm satu masa utk satu golongan. Tetapi satu kebohongan, tidak akan laku utk segala masa dan utk semua golongan."

"Sesungguhnya orang-orang yg suka sekali supaya tersebar berita-berita keji dlm kalangan orang-orang yg beriman, mereka akan mendapat azab yg pedih di dunia dan di akhirat. Allah jua Yang Maha Mengetahui dan kamu semua tidaklah mengetahui." 
(An - Nur : 19)

04 December 2012

Apam Pisang Kukus ... bila lewati 5 siri

Ia hakikat yg pahit ditelan, sinonim dgn warga 5 siri  .... LUPA! Pagi tadi, buka petiais, "Laa .... patutlah rasa cam ada sesuatu nak buat semalam!" Hehe ... semangkuk pisang lecek, yg Mama plan nak buat kek pisang, tu dia tersengih kat Mama. Hmm ... nak buat jemput2, sikit sangat. Teringat resipi apam pisang kukus yg ada dlm koleksi resipi2 yg Mama salin. Dah lupa sumbernya, sbb tak catit masa tu. Apapun, bahan utamanya, 1 cawan pisang lecek .... just nice!!
Maka, Mama pun mulalah campur bahan2nya. Dek hari mendong, malas nak pasang lampu kat daput + mata 5 siri (huhu ... alasan!) ... sedar2 dah tersilap. Sepatutnya 4 sudu makan susu segar, Mama tuang 1 cawan ... Nak buang, sayang. Alang2 gitu, Mama nekad nak teruskan juga, apa nak jadi ... jadilah!! Masa kukus batch yg pertama, Mama doa agar apam ni menjadi!! Alhamdulillah ... cempedak tak jadi nangka, jadi cempedak juga. Suka sangat ...
Errr! Nak resipinya ke? Versi ori ke versi Mama? Bagi dua2lah ... terpulang kat hampa nak try yg mana, OK!

APAM PISANG KUKUS
Bahan2nya:
1 cawan pisang lecek (Mama punya semalam dlm petiais)
1 cawan gula perang (Mama guna 3/4)
2 cawan tepung naik sendiri (Mama 2 1/2 cawan)
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat (Mama 1 3/4 sudu teh)
4 sudu besar susu segar (Mama 1 cawan ... huhu)
* Mama tambah 1/2 sudu teh esen vanilla

Cara buatnya:
1. Pisang lecek, gula dan susu, kacau sebati.
2. Masukkan tepung + soda bikarbonat yg telah di ayak bersekali, 
sedikit demi sedikit, gaul sebati.
3. Masukkan esen vanilla. Kacau dan biarkan sebentar.
4. Panaskan kukusan, acuan/loyang yg telah digris - panaskan dahulu.
(Mama tak panaskan pun, tapi alas acuan dgn cawan kertas)
5. Tuang adunan (3/4 penuh), kukus (api jgn besar, agar apam tak merekah)
(Hehe .. Mama tak ikut pun, nak apam senyum!)
Kukus 15 - 20 minit (ikut besar acuan). Angkat.
p.s. sedap juga makan dgn kelapa parut gaul sedikit garam.

Selamat Mencuba ... (^_^)


03 December 2012

Reunion, Sugho dan Durian

Reunion - Reverse 25 Ladies, ZS'77
Jumaat lalu, Mama ke Pengkalan Chepa, reunion kawan2 zaman sekolah menengah dulu. Awal pagi Mama dan siapkan lunch utk hubby dan anak2. Pukul 11.30 pg, menumpang kawan seangkatan yg menetap di Tanah Merah, kami ke KB. Fetch kawan lama yg duduk KL, kebetulan balik bercuti. Sesampai dilokasi perjumpaan, dah ramai berkumpul rupanya. Maka riuhlah kami, lupa semua dah melewati 5 siri, hehe  .... sessi mengecam dirilah yg lucu sekali. Almaklumlah, berpisah dulu masih anak dara sunti ... jumpa kembali, dah ramai bertittle 'nenek', dah gebu sikit (hihi), takes time to recall!!! Mujurlah Mama bawa majallah sekolah masa kitaorang form 5 dulu  .... ketawa sakanlah bila nengok gambor2 zaman muda tu. Nostalgia sunggoh! Ia satu perjumpaan yg sunggoh bermakna ... ya lah, entah lepas ni ,dapat jumpa lagi, tak siapa tahu. Memang faktor usia tidak sebelahi kami, tapi ketika itu .... direunion itu ... kami rasa muda remaja kembali. Of coz, kami pasti berkumpul lagi, dan lagi, dan lagi  .... silaturrahim yg terjalin ini terlalu mahal untuk disia2kan pada usia begini. Thank you ladies  ....

Sugho @ Bubur Asyura
Muharram bulan Asyura. Sampai hari ni, tak seperti tahun2 sebelumnya, sehiris sugho (sebutan oghe Kelate), pun tak merasa lagi. Biasanya sana sini, kan ada majlis kacau sugho ... tapi tahun ni, kurang nampaknya. Kampung Mama pun tak der desas desus nak buatnya. Doter Mama yg dok KL dah 3X call, pesan suruh simpan utk dia. Kesian lak ... Mama pun teringin jugak nak makannya. Kalau dalam minggu ni takder orang yg hulur sugho, Mama nekad nak kacau sendiri. Dah google resipinya, dah beli rempah sugho  ... so, wait n see ajelah for now. Huhu ...

Durian
Rasa pelik jugak bulan November lihat durian berlambak sini sana. Sepatutnya musim tengkujuh di sebelah pantai timur ni. Tapi ... sebaliknya. Durian, manggis dan dokong .. menjadi2 pula. Dunia kita ni dah tua benar agaknya, dah nyanyuk ... buah2an tak bermusim lagi, cuaca tak menentu .... fikir2kan lah dan buatlah bekal amalan2 banyak2. Mama berpesan kat diri sendiri ni!! Semalam, hubby beli durian. Minggu lepas, 4 biji RM10, semalam 4 biji RM4 ... kesiannya kat penjual durian. Tuan empunya kebun durian, lagilah .... barang2 keperluan naik memanjang! (-_-')

p.s. Masa beli rempah sugho, tuan kedai cakap tahun ni kurang laku. Katanya, kalu nak buat sekawah sugho, perlu modal dlm RM300 - RM400! Patutlah kurang meriah tahun ni ... dahlah kos membuatnya mahal, masa nak masaknya cam kacau dodol, perlu tenaga ramai, kalau tak secara gotong royong, kena upah tukang kacau la tandanya. $$$$ lagi ... remeh buat sugho ni! Kena kacau dalam periuk sendiri nampak gaya ni .... 2kg beras, kata makcik tu, modal perlu dlm RM50 - RM70!! Hmmmm  .....

28 November 2012

Roti Garlic as Mid morning, Pre lunch snack ... whatever

Pagi tadi dgn nasi semalam, goreng nasi utk breakfast. Tok tek tok tek (sound effect is a must when Kelantanese story2  ... hehe) buat itu dan ini, tetiba rasa lapar lagi! Dah plan nasi goreng tu utk lunch juga, dan rasa nak makan sesuatu yg ringan tapi savoury (Mama kalau lapar mesti nak sesuatu yg tak manis, yg savoury gitu, baru rasa full). Dah pukul 10.30 pg., tu la breakfast awal sangat (7.30 pg sbb neman hubby  ... jgn sesekali biarkan hubby makan sorang2, cam beri kucing makan lak  ... kena layan cam baru2 kawin gitu, baru dia ras dihargai lalu menghargai  .... kuikui, berfalsampah pulak makcik yer!!! hehe). Sabor ajelah ...
Roti yg beli 4 hari lepas, yg esoknya date expire ... ada beberapa keping lg. Tetiba teringin nak makan garlic bread  ... lalu Mama pun menggarlickan roti keping tu, improvise my way! Sedap weh!!! Roti garlic versi roti putih ... Sebab Mama diet nak kurangkan kolestrol supaya date dgn doktor bulan 12 ni ada penurunan kadar kolesterol, Mama campurkan olive oil ... hehe, ngelat sikit. Kalau tabur parmessan cheese, fuhh! mesti sedap kan? Tapi  ... huhu, kena ikut nasihat doktor. Kalau Mama tak sayangkan diri Mama dan bodi yg Allah amanahkan ini, sapa yg nak tolong jaga? apa nak jawab kat akhirat nanti ngapa tak jaga bodi baik2 ... makan ikut suka, dapat macam2 penyakit ... pastu susahkan orang lain, kena rawat, bayar bill, jaga kita ... blablabla .... Betullah yg Nabil kata tu ... "sendiri mau ingat la!" (-_-'). Wow ... Mama berceramah lak. Sori yer .. tercarried away,  huhu! Takperlah, Mama share camana Mama buat roti garlic guna roti putih sbg consolation. Gini buatnya;

ROTI PUTIH GARLIC

4 kpg roti putih
2 sudu makan mentega
1 sudu makan olive oil
1 sudu teh oregano
1 ulas bawang putih - ketuk & cincang halus

Cara masaknya:
1. Cairkan mentega dgn api perlahan. Masukkan olive oil. Kacau.
2. Masukkan oregano dan bawang putih, kacau sebati & angkat.
3. Panaskan kuali non-stick, lengser kedua2 belah roti dgn adunan tadi,
dan masak atas kuali hingga garing/keemasan. Balikkan dan angkat bila garing.
Ulang hingga roti habis. Hidang.

Makan roti ni panas2 dgn secawan teh hijau (Boh green tea), memang enak dan puas!
Mama lah .... (^_^)


27 November 2012

Home Alone!

Bila cuti sekolah  ... pasti anak2 kena kidnap kat nenek dia. Bukan anak2 Mama jer, anak2 adik yg kat Kuantan pun  ... habis adik beradik, yg umur 4 bulan pun Mak borong bawa balik ke kampung! Honeymoon lah kami??? Idaknyer  .... adik Mama makin sibuklah dgn aktiviti berbasikalnya, manakala Mrs dia, makin sibuk dgn business kedai makannya! Hubby Mama, of coz kerja ... 8 to 5! Mama jer yg tak ada aktiviti apa2, dah anak2 takder, lagilah malas nak masaknya. Makan apa yg ada, simple2 ...
3 hari lepas hubby outstation KL ... malas nak ngikut, kalau pergi pun dok terperap kat bilik hotel buat apa? Nak kuar dgn anak2 yg dok KL, depa semua kerja. Baik dok rumah, boleh kemas2 rumah, buat kraftangan ke, sapu sarang labah2 yg makin banyak tu, mop lantai, simpan stor dan donate baju2 lama yg bersepah tu  ... pastu cuba resipi2 yg Mama google n bookmark tu!! Banyak yg boleh dilakukan sebenarnya ... Hehehe
Realitinya  ... bila sendirian, mulalah tak tahu nak buat apa  ... jamah itu tak kena, pegang ini pun tak kena ... pendek kata semua tak kena. Akhir2nya, semua perancangan tinggal perancangan ... Mama jadi sunyi, teringat cerita2 lama, masa muda, masa kerja, masa anak2 kecik, masa kami riuh rendah satu keluarga .... cepatnya masa berlalu! (~_~). Mujurlah hubby 2 hari jer outstation ... Bila bagini syukur masih ada suami dan anak2 yg masih bersekolah disisi  ... Cucu? Lambat lagilah nampaknya join kawan2 yg dah berstatus   'granny' ... jelesnya kat diaorang!
Dah merapu melalut tak tentu kalu dah ni ... hehe. OK! Signing out dulu ...

25 November 2012

Cerita pasal Datin dan Rumah Biasa2 kami ...

Datin yg ku kenali
Dia ada segala2nya  .... suami yg kaya, hensem dan loving n caring. Anak2 yg dekat dan cucu2 yg comel2 sangat! Dia anggun, peramah dan pandai bergaul. Sesekali ke KL, Mama pasti bertandang ke rumahnya. Masa turun KL hari tu, Mama temankan doter ke Jakel, survey2 kain utk baju kawin. Datin dapat tahu agenda kami, terus datang dgn doter dia  ... Akhirnya niat survey2 kami jadi shopping terus ... Datin nak tolong kami rupanya, dan sebaik staff nampak dia, kami terus diberi layanan VIP. Hampir 4 jam kami dilayani dgn 1st class treatment. Alhamdulillah, rezeki Mama dapat kenal isteri, adik dan adik ipar pemilik Jakel tu  ... dapat harga diskaun yg berbaloi dgn mutu kain yg dibeli. Harga VIP! Bila dah habis shopping baru terasa lapar ... tak lunch lagi. Datin ajak kami makan kat tempat yg sedap di Jln TAR. Mulanya Mama ingat pasti kat restoren mewah  ... setaraf dgn status Datinnya. MasyaAllah  .... meleset jauh tanggapan Mama. Dgn yakin dan laju, dia bawa kami makan kat salah satu dari gerai2 makanan yg berderet dilorong belakang antara bangunan2 besar tu  ... Kalau dek tak kerana pergi dgn dia, Mama pun tak tahu adanya gerai makanan yg murah dan sedap sungguh tu. Masakan kampung yg cukup rasa dan rempahnya. Doter Mama yg selalu ke Jln TAR pun tak tahu kewujudannya. Yg pasti, dia akan ajak kawan2nya makan disini lepas ni. Hari tu, doter Mama belanja sebagai tanda terima kasih kami yg tak seberapa. Siapa sangka dgn status, gaya dan pakaian mahalnya, dia dan doternya sanggup duduk dan makan digerai kecil ditempat sebegitu! Dan, mungkin juga dia pelanggan tetap gerai tu sebab makcik kedai tu sapa dia dgn namanya, penuh mesra. Siap tanya, kami yg bersamanya ni siapa! Datin yg saya kenali sebagai KJ saja  .... moga bertambah murah rezekinya dan bahagia dunia akhirat.

Rumah - November, minggu ke 3
90% kerja2 memasang jendela dan pintu serta kerja2 memasang kemasan jubin dah siap. Harapan untuk dudukinya bulan Disember ini makin menjadi kenyataan. Tapi dek cuti yg agak kerap bulan ni, kerja2 penilaian oleh pihak yg beri pinjam duit agak lewat. Ini bermakna duit progress pun akan lewat  ... huhu. Kantung Rumah Biasa2 kami dah nak kering pun .... moga dapat top-up lekas agar kurang sikit kedut kat dahi hubby Mama tu. Ye lah, takut tukang lari ke rumah lain  .... naiya!!! InsyaAllah dak ... kena positif. Ingat kita apa yg kita fikirkan !!! Pintu hadapan rumah kami ....

22 November 2012

Maafkan Mama!!!

Tiada lagi penunggu setia depan pintu  ...
Menerjah masuk ke rumah bak kilat!
Tiada lagi geselan manja ...
Kelilingi kaki, lalu rebah menyerah bila dibelai manja
.... dekuran kuat menerjah telinga ... kini tiada!
Hilang sudah sambutan kalian, saat Mama kembali dari berpergian
Berlingkaran dikaki, sampai susah nak menapak ... selagi tidak dimarahi!
Maafkan Mama kerana tiada disisi ...
Saat kalian tenat, perlu perhatian dan ubat!
Bukankah kalian sihat masa kami melangkah pergi ... bercuti!
Aaahh! 5 hari yg mengubah segalanya ...
Mereka semua telah tinggalkan kami ... selamanya kini
Sepinya ... rasa bersalah pun juga ... kosong terasa
Buat masa ini ... tak nak dah bela kucing, sayangi mereka ...
Bila begini ... terkilannya!
Maafkan Mama .... Kopi, Popo dan Mr. !!!

17 November 2012

Bila bercuti ...

Sungguh tak sangka, lama benar rupanya Mama tidak turun KL ... rasanya lebih dari setahun! (rekod tu  ... hehe).Tak tahu lak sebab apa jadi gitu  .... biasanya pantang hubby ada outstation KL, laju jer Mama mengikut. Mungkin faktor usia, tak larat nak travel dgn kereta ... jauh2, lama2  ... Hubby pula lebih selesa dgn flight aje. Bertolak 1st flight pagi, balik flight malam, hari sama! Kalau drive sendiri ke KL, orang muda 7 jam aje, kami  ... 10 jam tu kira ok la .... huhu! Banyak pit-stopnya  ... hehe!
Khamis, cuti Awal Muharram ... kami berolak ke KL, pukul 11 pagi. Sampai rumah anak, pukul 8 mlm! Cepat dah tu ... Sakit habis seluruh badan dek lama tak travel jauh2 begini. Yg paling Mama risau ialah bab makan ... Kami jenis berhenti bila lapar, bukan ikut waktu! Kedai2 pula, ikutlah mana yg kebetulan time lapar tu ... Bila lalu ikut Gua Musang - Lipis - Bentong - Karak, kami suka singgah kedai2 dikampung2 sepanjang jalan yg dilalui. Biasanya mereka masak cam sendiri nak makan, cukup asam garam rempah ratus dan lemak manisnya. Sayuran2 kampung/ulam2nya memang fresh! Pun kena pastikan juga kebersihan kedai sebelum masukinya ... itu kemestian utama. Alhamdulillah, kedai2 yg kami singgahi enak dan menepati citarasa kami 4 beranak.
Ini hari ketiga disini. Hari pertama, ziarahi abang2 suami ... dari Gombak ke Bangi! Malam tu makan kat Gerai Mek Habsah Seafood, area Greenwood. Jika Amar sampai menjilat jari dan licin pinggannya, sedaplah tu!! Hari ini anak2 bawa kami ke Curve pula. Amar dan Muaz, apalagi  ... ke Toy 'R' Us la dan kedai2 yg semacam dgnnya.Pergi dgn abang2 mereka. Mama dan my girl, K.Cik ... apalagi ... IKEA la (^_^). Punyalah ramai orang, sampai padat surau bhgn wanita. Mama lihat2 jer, suka2 ... tapi kalau dah ke sana, cam tak best pula jika tak beli apa2 kan!!! Lalu Mama beli dua mug, satu utk Ayahnya. Dan satu lagi utk Mama  .... chewahhh, cam romantik pula! Hihi  ... Pastu makan steamboat, guna chopstik pula. Banyak yg miss dari yg lekatnya  ... last2 minta sudu garfu, baru puas makannya. Apapun seronok tengok anak2 gembira, makan bersama ... satu keluarga. Amar dan Muazlah yg paling teruja, guna copstik buat kali pertama. Pandai pulak mereka  ...
Besok Mama nak tawaf Jln TAR pula. Dengar cerita SOGO ada sales henbeg dan kasut!! Hubby awal2 tak nak ikut, anak2 lelaki Mama pun! Depa kata nak ice-skating  ... whatever!!! Lagi seronok kami berdua ... Mama and doter only!
Sekali sekala datang KL seronok juga  ... tapi kalau offer dok sini, maafler ... Mama lebih rela dok pekan kecil yg santai dan takder jem serta parking kereta yg cuma bayar RM2/- utk selama-mana-nak-parkingnya! Dah terbiasa begini, rasa selesa .... Biarlah KL dan bandar2 seumpamanya jadi destinasi percutian sahaja ...
Anda pula bercuti ke mana?

14 November 2012

MANA POPO?


Sudah melebihi 48 jam PoPo tak balik rumah ...
Anak jiran sebelah cakap, 2 hari lepas Popo ada kat depan rumah dia.
Muaz dan Amar sudah cari keliling rumah dan kawasan perumahan kami ... tak jumpa!
Dua hari sebelum tu memang Popo tak sihat ... asyik muntah2. Bila dekati ... dia menjauhkan diri. Cam merajuk ...
Memang semenjak cuti sekolah bermula, kami keluar pagi dan balik petang hari, kadang2 malam baru sampai rumah. Cuma tinggalkan makanan ... Jadi tak derlah masa nak main2 dengan mereka.



Mr. jua keresahan! Kehilangan teman bermain. Asyik nak masuk dalam rumah ... aje, nak manja2 ...
Of coz Mama tak benarkan ... sebab Amar baru pulih dari batuk lelahnya, takut kalau berulang lagi.

Kami risau ... ke manalah dia pergi?
Atau adakah POPO sudah ..... ???!!!
(-_-)


13 November 2012

Kenduri kawin ... dari WLC ke Keruak

Ya ... ia lumrah bila cuti sekolah: KENDURI KAWIN!!! 
Sabtu lalu ialah kenduri kawin pertama Mama sempena cuti sekolah akhir tahun 2012, kenduri kawin anak lelaki sepupu Mama yg tinggal di Kg. Wakaf Lichong dgn pasangannya dari Kg.Keruak. Kampung ini terletak di Hulu Besut, Terengganu, kira2 35 km dari pekan Jertih. Walaupun jauh dipendalaman, perjalanan ke sana amatlah selesa kerana dihubungi jalaraya yg elok. Kami ke sana dalam konvoi lebihkurang 20 buah kereta. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan cuaca pun elok walaupun jalan  ke rumah pengantin perempuan agak becak kerana hujan lebat malam sebelumnya. Apapun Mama berasa sungguh tenang berada sini, jauh dari kesibukan dan bunyi bising kenderaan ... suasana yg nyaman serta redup kerana dikelilingi pokok buah2an dan tumbuhan2 yg merimbun disekitarnya. Kehijauan yg menyamankan dan menenangkan minda.  Berikut adalah antara koleksi foto2 yg Mama rasa menarik utk dikongsi bersama .....

Antara suasana perjalanan ke sana ...  
    
rombongan kami ...

So sweet ... pasangan pengantin, Farid & Yanie
Moga kekal bahagia ke akhir hayat

Pinggan Mama ... sayur labu air, rebung goreng pedas dan
kerabu pucuk paku  yg sungguh 'fresh' dan ranggup ...

Pohon2 durian yg sarat dgn buah  ... pokok2 dokong pun!
Kena datang semula nih ...

Otw balik, pokok rambutan tumbang dilaluan kami ...
kalau tak hujan, dah turun dah ...  tolong.
Tolong kutip rambutan2 tu (^_^)

12 November 2012

Rupanya tak sama goreng nasi dgn goreng bihun ...

Sejujurnya semasa Mama baru kawin ... memang tak pandai masak. Masa anak dara sunti bukannya jenis nak masuk ke dapur tolong Mak ... sampai arwah Abah tegur, baru ke dapur. Sebab Mama banyak tanya,  Mak pula jenis buat kerja bak lipas kudung, tak suka diganggu bila buat kerja ... tu yg Mak selalu suruh, "Gi baca buku dah ler. Kejap lagi siap, marilah tolong hidang ..." Skrip yg sama , diulang tayang tiap kali Mama menyibuk di dapur ... hehe. Habis2 Mak suruh kupas bawang halia, tumbuk rempah, kacau gulai di atas dapur ... takpun balikkan ayam/ikan goreng dlm kuali (tu pun asyik dok tanya Mak dah boleh balik ke tidak? ... huhu). Gitulah antara penyebab Mama tak pandai masak (+ malas, tapi sekarang pandai dah!)
.
Mottonya: sabarlah dlm mendidik anak2. Bila mereka banyak bertanya, maknanya mereka mahu tahu, mahu betul2 faham ilmu yg sedang dicurahkan ... 

Ni cerita nasi goreng pertama kali Mama masak selepas kawin:

Suatu hujung minggu suami beritahu, "Masaklah nasi goreng pula pagi ni. Asyik bihun goreng jer tiap minggu. Hari tu B bawa nasi goreng yg isteri dia buat ... sedap sungguh!" Berderau darah Mama! Huh! Rasanya semua isteri akan rasa tercabar bila suami puji masakan orang lain kan!! Begitulah Mama. Lalu dengan penuh semangat, masuk ke dapur goreng nasi buat suami tersayang. Suami siap puji 'sedapnya bau' bila bau tumisan menusuk memenuhi ruang rumah sewa pertama kami yg kecil tu ... Siap hias2 dengan hirisan timun, tomato dan daun bawang lagi ... Masa tengok rupa nasi goreng tu, wajah suami cam ada benda tak kena, tapi dia diam jer. Sebaik suapan pertama ... suami terus komen (dia ni jenis jujur, cakap tak berlapis ...), "Apasal lembik jer nasi goreng ni? Lainlah dgn yg pernah makan ... cuba rasa!" Takyah cerita apa yg berlaku selepasnya ... hahaha. (nak tau jugak? selepas hujan, mendung seharian KL ari tu ... hihi)

Besoknya masa dipejabat, Mama pun mintaklah resipi nasi goreng dari kawan Mama yg memang pakar memasak. Mintak dia ulas step-by-step cara masaknya. Sebab kita baru kawin, taklah malu sangat kan ... Selepas selsesai penerangan barulah Mama sedar di mana silapnya nasi goreng Mama semalam. Patut le, selepas tumis bahan2 tumbuk, masukkan ayam/sotong/udang  ... Mama masukkan air spt nak goreng mihun tu. Dan bila agak2 pekat kuahnya, terus masukkan nasi. Mau tak lembik kawan tu .... harharhar. Itulah ... memasak pun perlukan ilmu, bukan main taruk jer, walaupun ikut resipi. Tak sama rupanya goreng nasi dengan goreng bihun ... huhu!!

p.s. kadang2 kita perlu belajar dari kesilapan dan pengalaman ...

08 November 2012

Semalam ...

Semalam ...
Kami bawa Amar jumpa doktor lain pula, setelah batuk lelahnya tak kebah2 semenjak lepas raya korban lalu. Juga kerana ubat dari doktor ke 2 dah habis dan tiada tanda2 batuk lelahnya semakin baik. Yang risaukan kami ialah bila dia mengadu sakit dada sebelah kiri. Ini doktor yg ke 3. Mengapa tukar2 doktor?  Sebenarnya Amar pernah batuk lelah awal bulan Okt., dan doktor ke 2 adalah doktor yg kami jumpa setelah ubat dari doktor pertama habis dan tiada kesan. Ada keserasian! Tetapi kali ini, tak juga kebah2 ... tu yg kami putuskan jumpa doktor ke 3 pula!! Bukannya memilih doktor, tapi ... kami mencari keserasian ubat, dan kesemua doktor sependapat dia ada tanda2 lelah! Bermakna juga ... dah 9 jenis ubat dia telan (termasuk doktor ke 3 ini), yg semuanya berlainan. Dan batuk lelahnya juga macam statik aje ... bertahan!! Yang peliknya, tidur dia amat nyenyak sekali (... pun Alhamdulillah), tiada lansung gangguan dari batuk lelahnya ... seperti disiang hari. Asyik berdehem2, batuk bunyi macam angsa (kata Muaz) ... sentiasa keletihan. Yg. pasti;
~ Pantang makan minum, sudah! 
~ Aktiviti fizikal ... zero!
~ Rehat ... banyak! 
~ Kucing ... memang no-entry sejak dia sakit!
~ Habuk debu ... lama dah tak menyapu rumah, cuma mop aje!
~ Penyaman udara? Takder pun ...
Kini pasrah ... biarlah batuk lelahnya pergi sendiri. Pun begitu, Mama tak berdiam diri, sedang beri dia makan satu produk multivitamin khas untuk kanak2 yg ada masaalah asma dan bronkitis ... muga berkesan. InsyaAllah! Juga baru mula semalam ....

Antara aktiviti kegemaran dua beradik ni ...


Dan semalam ...
Mama berdonut lagi. Kali ni, selain donut bantal ... tambah donut sosej lak. Kebetulan ada lebihan hari tu, Mama potong dua dan belah dua sosej tu (sebab sosej tu sikit, kan berebut pulak dua beradik tu ... bila belah dua, dapat banyak sikit!) Kalau nak resipi yg Mama guna, silalah ke sini. Saja nak tayang  proses donut yg buat semalam ... hehe.
p.s. lain kali nak bubuh inti sardin atau kacang merah pulak! Doh donut ni amat versatile ... boleh pelbagaikan rupa, dan rasa ... ikut selera tuannya. Kalau ikutkan Amar, semestinya curah sos coklat atasnya dan tabur chocolate rice banyak2 ... yummy!! (^_^)


Semalam juga Hari Lahir adik Mama yg berada nun di Jepun sekarang ni ... yg sedang berkursus hingga Disember ni. Mama pun hantarlah sms Selamat Hari Lahir untuknya ... dari kami disini. Dan budak 2 orang tu pun sibuklah suruh Mama beritahu Mak Langnya yg mereka akan e-mailkan beberapa contoh gambar barangan yg mereka mahu Mak Lang belikan sementelah dia berada di sana. Barangan yg made in Japan  ... specially untuk mereka. One @ ... no share2.  ... p.s. if you're reading this my dear Sis .. hehe!


06 November 2012

Chicken Chop Apa Yg Ada ...

Sebenarnya dah lama Muaz cakap nak makan Chicken Chop. Tapi Mama ni jenis yg skeptikal sikit ... jenis I want my money's worth bila nak beli, sesuatu terutamanya makanan. Sebab banyak kali dah kalau makan kat luar, bila oder makanan ikut menu mereka, contohnya Chicken Chop ... memang hampeh! Cam tak reti nak masaknya tapi masih nak masukkannya juga dalam menu kedai mereka. Baik jual aje yg mereka pakar ... pasti akan tersebar. Ini tidak, dera pelanggan dgn masakan yg tak seberapa, biar kami makan penuh kesalan dan rungutan serta minda yg tentera notis "Sekali ini sajalah aku singgah kedai kau. Nanti nak beritahu kawan2, kenalan, sedaramara ... jgn singgah kedai ini ... TAK SEDAP!!' Kan dah hilang berapa pelanggan tu??? ... Opps!! Terbebel pulak ... hehe
Jumaat lepas, Muaz sebut lagi pasal nak makan Chicken Chop. Kesian pulak. Semenjak pindah ke PM, tak pernah kami makannya ... sebab Chicken Chop ni 1) mahal, dan 2) berbaloikah nanti dgn harga sebegitu? Lalu, Mama pun googlelah resipi2 Chicken Chop ni ... macam2 versi rupanya. Dek bahan2 asas aja yg ada, ... Mama pun amik bahan2 asas dari resipi2 yg ada dan tambah mana yg sesuai, ikut bahan yg ada jugaklah! Ayam tu ... Mama goreng aje ala KFC, tak reti + malas nak debone ... huhu. Inilah rupa Chicken Chop pertama kali Mama ... dan resipinya (kalaulah ada yg mahu mencuba ... manalah tahukan!! )


CHICKEN CHOP APA YG ADA

Bahan-bahannya:

Ayam goreng;
6 ketul ayam
2 ulas bwg putih - tumbuk
1 cm halia - tumbuk
sedikit garam
Tepung gandum + serbuk lada hitam/ tepung ayam goreng 
1 biji telur ayam - pukul

Wedges kentang;
3 biji kentang - potong macam wedges,
basuh dan toskan airnya.
Perap dgn sedikit garam.

Sos black pepper;
1 biji bawang besar - mayang
4 - 5 ulas bawang putih - tumbuk
1 sudu makan lada hitam  - tumbuk (tambah jika suka pedas)
3 sudu makan kicap (utk hitamkan kuah)
3 sudu makan sos tiram
1/2 kiub pati ayam (opt)
1 tin cendawan butang (opt.) - Mama tak guna sbb takder
Tepung jagung bancuh dgn sedikit air (ikut suka pekat kuah)
air secukupnya
garam gula secukup rasa
* sos tiram dan lada hitam boleh ganti dgn sos black pepper

Cara buatnya:
Wedges dan Ayam Goreng
1. Ayam bersihkan, toskan sampai air sejat.
2. Perap ayam dgn bawang putih, halia dan garam (lebihkurang 1/2 jam, lagi lama lagi sedap).
3. Mula2 goreng wedges.Celup wedges ke dalam telur yg dipukul, kemudian celup ke dalam tepung dan goreng gunakan minyak penuh hingga masak. (Mama guna periuk dan tudung masa goreng agar masak sekata, serta guna api sederhana je.). Goreng wedges dlm 3 batches agar sekata masak dan cantik.
* p.s. lepas wedges, Mama goreng french fries sbg tambahan, baru goreng ayam. 
4. Angkat, toskan dan ketepikan.
5. Goreng ayam pun sama juga, celup dalam telur dahulu, baru salut tepung dan goreng. (Mama goreng 3 ketul setiap batch kerana periuk tak besar sgt. Juga supaya ayam sekata masak dan tak berminyak sangat). Angkat dan toskan minyak.

Sos Black Pepper
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi dan sedikit garing.
2. Masukan lada hitam tumbuk dan goreng lg hingga wangi.
3. Masukkan sos tiram, kacau sebentar.
4. Masukkan kicap dan air. Masak hingga mendidih.
5. Masukkan kiub pati ayam, cendawan butang dan garam gula secukup rasa.
6. Masukkan bancuhan tepung jagung (ikut suka pekat) dan masak hingga sekata dan pekat. Angkat.

- Masa hidang, hiaslah ikut suka,  hirisan tomato, timun, daun salad, green peas atau baked beans.
Letak ayam, tuang sos black pepper atasnya. Susun wedges dan hias dgn curahan mayonis dan sos cili.             
French fries biarkan aja begitu ... boleh juga ganti/tambah coleslaw dan kentang putar!
Juga kalau suka tambah roti bun, telur mata kerbau, sosej bakar ... 
Sebenarnya tiada limit utk nikmati Chicken Chop ini. Tepuk dada tanya selera ...

p.s. Muaz kata sedap!! (^_^)  Alhamdulillah.

Fun ... Amar's Style




.... eat ur heart out Psy ... HAR HAR HAR
(Mama yg perasan ... kui kui kui)
~ actually Mama yg takder kojer  (-_-')


05 November 2012

Jaundice, Muaz dan Kismis Doa ...

Membaca blog Ibundo mengenai cucunya yg baru berusia 5 bulan yg habis lebam2 kesan tusukan jarum, teringat Mama peristiwa 15 tahun lalu ... ketika melahirkan anak ke 5 Mama, Muaz. Hari ke 2 kami dipindahkan ke Wad Neonatal kerana 'jaundice' Muaz agak ketara (bacaan 'bilurubin'** agak tinggi)Pada mulanya dia diberikan 'phototherapy' biasa sahaja dibilik kami, tapi keesokan harinya (hari ke 3) doktor pakar datang, lihat bacaan 'bilirubin', nampak amat marah dan arahkan doktor bertugas pindahkan Muaz ke bilik 'intensive phototherapy', berjauhan dari Mama. Mulai dari saat itulah Mama lihat tangan dan kaki Muaz akan ada saja kesan tusukan jarum baru setiap hari. Mula2 tangan kanan, dah takder tempat, beralih ke tangan kiri. Dah penuh kat situ, beralih ke kaki kanan, kemudian kiri. Selama ditahan, hampir setiap pagi dan petang Mama dengar tangisan kesakitan Muaz dibilik rawatan (waktu mereka cucuk nak ambil sampel darah, ukur kadar 'bilirubin'). Memang pilu yg amat bila dengarnya ... hanya luahkan pada Ayahnya bila dia datang ziarahi kami tengahari dan petangnya, dengan cucuran airmata.
Doktor bertugas cuma beritahu Mama bacaan 'jaundice' naik dan perlu rawatan 'intensive'. Dia ingat Mama tak faham apa yg doktor pakar cakap (doktor pakar tu omputeh, jadi dia marahkan dan cakap dgn mereka dlm bahasa omputeh) bahawa bacaan 'bilirubin' Muaz yg telah mencecah 335 mmol/L itu amat bahaya pada bayi baru lahir yg boleh akibatkan kecacatan pada pendengaran dan otak, mungkin kekal .... 
Luruh jantung Mama bila ziarahi Muaz hari tu. Ada 4 lampu biru yg sedang menyuluhnya (atas, bawah, kiri, kanan). Muaz sedang menangis ... dah hampir tiada suaranya. Mungkin kepanasan, kesakitan kena cucuk dan dahaga. Mama terus susukan Muaz sampai dia terlena (walaupun misi larang beri susu badan!) ... sebelum letakkan dia kembali ke katil rawatannya dan pulang ke bilik berendam airmata dan doakan tiada kesan sampingan ke atasnya.
Begitulah Mama, ulangalik ke bilik rawatan, susukan Muaz. Balik ke bilik, menangis. Hari ke 4, bacaan turun 240 mmol/L. Hari ke 5, dah 211 ... dah tinggal 1 lampu je. Alhamdulillah ... berkat rawatan dan doa semua, hari ke 6, bacaan turn ke 100 mmol/L  dan kami dibenarkan pulang hari itu.
Sejujurnya, sejak itu kami risau jika 'jaundice' akut itu telah memberi kesan pada kecerdasan otaknya. Syukurlah tidak!  Kini Muaz dah berusia 15 tahun, sedang menunggu keputusan PMRnya. Alhamdulillah ... dia pelajar yg OK, antara harapan sekolahnya utk 'score' (bukan niat memuji, cuma nak maklum bahawa  otak dia ok ...). Alhamdulillah atas kurniaan NYA. Dan Mama juga berasakan mungkin ada kaitannya juga dengan kegemaran dia makan kismis se awal usia 2 tahun. Masa tu adik ipar dari KL bawakan dua botol kismis doa buat anak2 kami. Muaz amat sukainya ... lalu kami pesan sedozen lagi. Habis! Lalu kami beli sendiri kismis doa untuknya. Entah berapa dozen yg dah dimakan Muaz selepas itu ... kadang2 sebotol, tak sampai 2 hari dia makan. Suka sangat ... Semenjak itu, memang Mama akan stok kismis doa kat rumah. Sekarang Amar pun dah join sama ...(^_^)
Tak salah kalau Mama rumuskan bahawa kesan dia memakan kismis doa inilah yg telah mencambahkan kembali sel2 otak yg mungkin telah rosak masa dia kena 'jaundice' dulu dan mungkin memberi kesan sebagaimana murid2 hafazan yg memang amalkan makan kismis doa ni setiap hari, yg terbukti baik sekali untuk otak (cerdaskan minda, kuatkan daya ingatan/hafalan dan kurangkan penyakit lupa) . Lagipun, amal kismis sebagai kudapan lebih sihat dari makanan2 ringan kan ...

Nota:

** Bacaan normal kadar 'Bilirubin' bagi bayi baru lahir;

Usia bayi                                Bacaan Bilirubin
< 24 jam                                 < 103 mmol/L
< 48 jam                                 < 170 mmol/L
3 - 5 hari                                 < 205 mmol/L
7 hari                                       < 170 mmol/L

sumber: http://www.webmd.com/digestive-disorders/bilirubin-15434?page=3

04 November 2012

Rumah ... Awal November


Setelah sejuk sebentar kerana raya ... momentum kerja2 ke atas Rumah Biasa2 kami rancak kembali. Dari foto2 di atas, jelas kelihatan jubin ruang tamu dan ruang famili telah siap dipasang, jendela dan pintu telah dihantar dan ketika Mama menaip N3 ni, mungkin kerja2 memasangnya sedang rancak dibuat. (p.s. Semalam, kami ke KB ... beli jubin ruang makan, beranda dan tangga. Kami masih belum putuskan samaada nak pasang jubin atau tidak pada 'porch' ... tengok kewangan dulu (huhu ...) sebab yg tu boleh pasang kedian hari. ) 'Septic tank' dan yg berkaitannya juga sudah siap, tinggal kemasan saja. Lega ... bolehlah uruskan tuntutan progress 85% pinjaman perumahan. Dek index fulus sedang menurun pantas, tu yg fikir 3, 4 X nak pasang jubin kat 'porch' buat masa sekarang ... 
Pagi tadi, kedai tempat Mama 'order' kabinet dapur call ... dah siap dan akan pergi pasang Rabu ni. Cepatnya!! Kata 3 bulan baru siap, dalam bulan 12 ni baru boleh pasang! Fulus lagi, dan Big Boss tak tahu lagi tu ... hehe!! Jendela, pintu bila siap dipasang, kena bayar ler ... adalaa dlm 6K gak! Dan bila dah siap pasang, kerja2 mengecat/shellec pintu/jendela tu perlukan $$$ juga + upahnya. Lepas tu, pasang cermin lak .
... OH MY BANK ACCOUNT!!! agaknya itulah yg bermain diminda Hubby Mama sekarang ni .. ciannya ... huhu. Yg bermain diminda Mama? Membayangkan betapa cantiknya (perasan .. ) Rumah Biasa2 kami bila siap semuanya. Membayangkan langsir serba baru ... sofa dan meja makan baru ... ikut hati, semua nak baru. Pun akur, realitinya ... mungkin bukan begitu ... huhu!! Lambatnya besday ke 55 ... 



01 November 2012

Kenangan Ipoh ...Amar, Auntie Ammar dan Beauty

Auntie Ammar

Auntie Ammar ialah jiran kami semasa kami menetap diIpoh tahun 2006 - 2008. Dia berusia 80an dan tinggal bersendirian (suaminya dah lama meninggal). Anak perempuannya, Manjit setiap pagi & petang (semasa pergi & balik dari kerja) akan singgah ziarahi ibunya. Hujung minggu Manjit akan datang bersama anak perempuan tunggalnya, Navin. Biasanya mereka akan seharian di sini. Kadang2, Sarjit (anak lelaki bongsu Auntie Ammar, seorang peguam & duda) akan datang & bermalam 2 - 3 hari, selebihnya dia di Taiping. Cuti sekolah/umum menyaksikan anakcucu Auntie Ammar dari Johor, Selangor juga Australia balik ziarahi dia. Dan pastinya Auntie Ammar akan sentiasa senyum & ceria diwaktu2 begini. Dihari2 biasa,  Beauty (anjing yg Manjit jumpa ditempat kerjanya), kucing2 kami Borem & Potam serta sikecil Amarlah yg akan jadi peneman & penghibur Auntie.

Auntie Ammar dan Amar (ketika itu berusia 4 tahun) memang klik dari awal pertemuan. Auntie seronok sebab nama dia sama dgn nama Amar. Katanya 'Amar' bermakna 'kekal abadi' dlm bahasa Sikh. Setiap pagi, Auntie akan keluar ke laman depan rumahnya. Baca suratkhabar sambil lihat Amar main dan layan Beauty, Borem & Potam. Kadang2 Auntie datang rumah, bawa mainan & buku2 lama anakcucunya utk diberi pada Amar. Selalu nasihati Amar dan Muaz supaya hormat orang tua, ibubapa. Ingat Tuhan Allah, katanya. Setiap kali Mama tolong bawa dia ke bank/klinik, pasti ada coklat/biskut dibelikan untuk Amar. Kalau Amar tak sihat, dia pun turut risau. Ketika anakcucunya mula2 datang ziarahinya, Amarlah yg diperkenalkan pada mereka. Mereka pun teruja nak kenal Amar sebab Auntie selalu berceritakan perihal Amar pada mereka. Dan setiapkali mereka datang ziarah selepas tu, Amar pun turut tempias dapat buahtangan dari mereka.

Beauty

Beauty ialah anjing jalanan yg amat penakut, sedang sarat mengandung dan selalu dipukul orang kerana mencuri makanan. Kerana kesiankannya dan tidak tahan melihat Beauty diperlakukan sedemikian rupa, Manjit (yg memang sukakan binatang) telah membawa Beauty pulang, buat peneman ibunya yg tinggal sorang. Semasa dirumah Auntie, Beauty tlh melahirkan 12 ekor anak, semua hitam macam dia kecuali seekor berwarna coklat tua. Comel sungguh anak2 dia, tetapi manalah larat Auntie yg sudah berumur jaga Beauty + 12 ekor anak2 nya. Maka, demi masa depan mereka, Manjit hantar mereka untuk 'adoption'. Beauty yg kehilangan anak2 mula kerinduan. Dalam masa yg sama, Borem & Potam, 2 ekor anak kucing yg ditinggalkan ibu mereka didepan pintu rumah kami, yg tengah lasak asyik masuki rumah Auntie melalui jaringan pagar. Mengingati pepatah Ibarat anjing dgn kucing, kami tentulah risau kalau2 Beauty akan gigit anak2 kucing 2 ekor tu bila mereka asyik tersasar (tanpa disedari kami) ke dalam kawasan rumah Auntie. Rupanya, naluri kasih ibu & rasa rindu pada anak2nya menyaksikan Beauty tidak mengapakan2 Borem & Potam, tetapi hanya memerhatikan mereka berkeliaran & bermain keliling dia, sambil sekali sekali memarahi mereka dgn manja (jika mereka dah 'over' sangat! kacau ekor dan gigit2 dia ... hehe).

Manakala Amar pula, setiap pagi, pasti akan keluar ke laman dgn sarapan paginya (roti, sosej, biskut ... apa saja). Jika Auntie seronok melayan Amar pagi & petang. Beauty pula seronok dapat 'treats' dari Amar pagi dan petang (biasanya apa saja yg Amar makan, Beauty pasti akan merasa sama). Sayangnya Beauty pada Amar dizahirkan dgn melompat2 gembira, dan lari berpusing2 saat melihat Amar muncul. Jika Amar lambat keluar, Beauty akan panggil dgn salakan manja atau macam menangis. Kalau Amar dibuli Muaz atau Anas (sengaja hendak buat Beauty marah), Beauty akan menyalak2 garang, seakan2 mahu melompat pagar pemisah menyelamatkan Amarnya. Begitulah akrabnya Beauty dan Amar ... Bila Auntie Ammar meninggal dunia kerana sakit tua (Apr. 2008), Beautylah yg menjaga rumah tu ... Setiap pagi dan petang, Manjit akan singgah beri makanan pada Beauty, sambil lihat keadaan rumah yg ditinggalkan, juga mengambil bil/surat2. Suatu pagi, Manjit terserempak Amar sedang memberi separuh sosejnya pada Beauty. Sambil ketawa, Manjit kata, "Patutlah Beauty buat tak tahu jer setiap pagi dia hantar makanan, rupanya breakfast yg Amar beri lagi sedap! Kat belakang rumah tu kdg2 ada makanan tak bersentuh, dia simpan jer .." Kami sama2 tertawa dan Mama baru perasan Beauty akan ambil makanan yg Manjit bawa, gonggong dan bawanya ke belakang. Kemudian terus datang semula ke depan dgn lidah terjelir2, lari berpusing2 dan melompat2 girang depan Amar ... samaada mintak makanan lagi atau ucap terimakasih, Wallahhualam. 

p.s. rumah Auntie tu dah dijual dan Beauty sekarang tinggal dgn Manjit bersama2 dgn 2 ekor anjing dan 2 ekor kucing Manjit!! Potam dan Borem kami tinggalkan atas permintaan Manjit dan Makcik Dah sebelah rumah yg juga tinggal sendirian. Buat peneman dia, katanya. Potam dan mati tahun lepas, dilanggar kereta ... manakala Borem sekarang menetap dgn keluarga Cikgu Aziz (bersara) dan isteri, jiran sebelah rumah Auntie,  setelah Makcik Dah pindah tinggal dgn anaknya.
  

THE GENES ... my late Milo's family story


Tis's my late MILO (miss ya hensem boy!) and partner, petite Missy KOPI.


 His son, MR. takes after him, definately. And missy POPO, after mummy.


So were their late brother, CHI and sister, SRI ... 
guys tiger-like stripes like daddy, gurls true-blue tuxies like mummy



But, one thing is for sure ...
They all have long, beautiful tails ... 


Can you guess who they took it from?
 =(^'-'^)=