Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

06 November 2012

Chicken Chop Apa Yg Ada ...

Sebenarnya dah lama Muaz cakap nak makan Chicken Chop. Tapi Mama ni jenis yg skeptikal sikit ... jenis I want my money's worth bila nak beli, sesuatu terutamanya makanan. Sebab banyak kali dah kalau makan kat luar, bila oder makanan ikut menu mereka, contohnya Chicken Chop ... memang hampeh! Cam tak reti nak masaknya tapi masih nak masukkannya juga dalam menu kedai mereka. Baik jual aje yg mereka pakar ... pasti akan tersebar. Ini tidak, dera pelanggan dgn masakan yg tak seberapa, biar kami makan penuh kesalan dan rungutan serta minda yg tentera notis "Sekali ini sajalah aku singgah kedai kau. Nanti nak beritahu kawan2, kenalan, sedaramara ... jgn singgah kedai ini ... TAK SEDAP!!' Kan dah hilang berapa pelanggan tu??? ... Opps!! Terbebel pulak ... hehe
Jumaat lepas, Muaz sebut lagi pasal nak makan Chicken Chop. Kesian pulak. Semenjak pindah ke PM, tak pernah kami makannya ... sebab Chicken Chop ni 1) mahal, dan 2) berbaloikah nanti dgn harga sebegitu? Lalu, Mama pun googlelah resipi2 Chicken Chop ni ... macam2 versi rupanya. Dek bahan2 asas aja yg ada, ... Mama pun amik bahan2 asas dari resipi2 yg ada dan tambah mana yg sesuai, ikut bahan yg ada jugaklah! Ayam tu ... Mama goreng aje ala KFC, tak reti + malas nak debone ... huhu. Inilah rupa Chicken Chop pertama kali Mama ... dan resipinya (kalaulah ada yg mahu mencuba ... manalah tahukan!! )


CHICKEN CHOP APA YG ADA

Bahan-bahannya:

Ayam goreng;
6 ketul ayam
2 ulas bwg putih - tumbuk
1 cm halia - tumbuk
sedikit garam
Tepung gandum + serbuk lada hitam/ tepung ayam goreng 
1 biji telur ayam - pukul

Wedges kentang;
3 biji kentang - potong macam wedges,
basuh dan toskan airnya.
Perap dgn sedikit garam.

Sos black pepper;
1 biji bawang besar - mayang
4 - 5 ulas bawang putih - tumbuk
1 sudu makan lada hitam  - tumbuk (tambah jika suka pedas)
3 sudu makan kicap (utk hitamkan kuah)
3 sudu makan sos tiram
1/2 kiub pati ayam (opt)
1 tin cendawan butang (opt.) - Mama tak guna sbb takder
Tepung jagung bancuh dgn sedikit air (ikut suka pekat kuah)
air secukupnya
garam gula secukup rasa
* sos tiram dan lada hitam boleh ganti dgn sos black pepper

Cara buatnya:
Wedges dan Ayam Goreng
1. Ayam bersihkan, toskan sampai air sejat.
2. Perap ayam dgn bawang putih, halia dan garam (lebihkurang 1/2 jam, lagi lama lagi sedap).
3. Mula2 goreng wedges.Celup wedges ke dalam telur yg dipukul, kemudian celup ke dalam tepung dan goreng gunakan minyak penuh hingga masak. (Mama guna periuk dan tudung masa goreng agar masak sekata, serta guna api sederhana je.). Goreng wedges dlm 3 batches agar sekata masak dan cantik.
* p.s. lepas wedges, Mama goreng french fries sbg tambahan, baru goreng ayam. 
4. Angkat, toskan dan ketepikan.
5. Goreng ayam pun sama juga, celup dalam telur dahulu, baru salut tepung dan goreng. (Mama goreng 3 ketul setiap batch kerana periuk tak besar sgt. Juga supaya ayam sekata masak dan tak berminyak sangat). Angkat dan toskan minyak.

Sos Black Pepper
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi dan sedikit garing.
2. Masukan lada hitam tumbuk dan goreng lg hingga wangi.
3. Masukkan sos tiram, kacau sebentar.
4. Masukkan kicap dan air. Masak hingga mendidih.
5. Masukkan kiub pati ayam, cendawan butang dan garam gula secukup rasa.
6. Masukkan bancuhan tepung jagung (ikut suka pekat) dan masak hingga sekata dan pekat. Angkat.

- Masa hidang, hiaslah ikut suka,  hirisan tomato, timun, daun salad, green peas atau baked beans.
Letak ayam, tuang sos black pepper atasnya. Susun wedges dan hias dgn curahan mayonis dan sos cili.             
French fries biarkan aja begitu ... boleh juga ganti/tambah coleslaw dan kentang putar!
Juga kalau suka tambah roti bun, telur mata kerbau, sosej bakar ... 
Sebenarnya tiada limit utk nikmati Chicken Chop ini. Tepuk dada tanya selera ...

p.s. Muaz kata sedap!! (^_^)  Alhamdulillah.

No comments: