Pages

Labels

Ceritalah (243) Me (144) diari ibu (137) kucing (69) Amar (62) Resipi (62) Pesanan (61) Rumah Biasa2 (36) Kebun Biasa2 (31) Yg Tersirat/Tersurat (30) cerita lama (21) Jalan-jalan (17) Jodoh (17) 3R (14) Lawak sikit (9) Puasa (8) PETUA (5) Rumah WM (5) Cucu (4) Lukislah anakku (4) Haji (3) Migraine and I (3) Kawan (2) ipoh (2) Nature (1)

17 June 2017

Biskut raya Amar ...

Raya tanpa biskut raya macam tak raya kan ... bukan makan sangat pun masa raya tuh. Rendang, lemang, nasi beriani, sate, roti jala, ketupat lebih diminati. Kalau makan pon ... sebiji dua ... yg pelik tak pernah jumpa ... lebih ke arah 'curious', nak tahu rasanya. Kudapan kerepek, kacang dan maruku lebih laku lagi rasanya ... sambil borak sambil ngunyah. Siap botol atas ribaan lagi ... hahaha. Biskut raya rasanya lebih pada penghias meja ... macam lampu lip lap lip lap dan pelita2 tu juga. Macam tak sah kalu tak ada. Lepas raya lain cerita ... habuk serdak biskut raya pun berebut ... haha.
Tahun ni ... mood raya tak berapa ada. Sebabnya tahun ni anak menantu giliran belah sana pula ... terkelip2 kami berempat lah raya pertama dan kedua. Raya ketiga baru depa tiba ... itulah. Jadi Mama tak rasa nak buat itu ini macam biasa ...
Semalam si bongsu bertanya ... "Mama! Kita tak buat biskut raya ke tahun ni? Nak biskut yang Mama selalu buat tu ..."
Ayahnya pun mencelah juga ... "Buatlah biskut semperit kegemaran kanda ..." gurau nya. Mr Cool angguk setuju ... "Kami tolong. Boleh Mama?". Kesian pulak ...
Pagi tadi dapat 3 botol ... cornflakes madu, yg paling senang sekali dulu. Mama bancuh dan jaga oven jerr ... selebihnya Amar yg sudahkanya. Senyum simpul dia ... air tangan sendiri. Bangga!! 


 

13 June 2017

Nanar ...

Awal pagi tadi nanar ...
Tak boleh talipon sapa2 ...
Whatsapp sunyi sepi ...
Facebook tiada berita semasa ...
Camner ni ... panik seketika
Apa tidaknya ... anak cucu menantu lepas subuh bertolak pulang ke seberang Banjaran Titiwangsa
Suami pun lepas mereka berlepas, menyusul ... ada 'outstation' jauh la juga
Biasa ... mereka akan 'update' dah sampai mana ... hinggalah selamat sampai tempat tujuannya
Ini ... menyepi semua. Mulalah Mama risau, tak keruan jadinya.
Cuba talipon mereka ... tapi asyik 'reject' jer. Tiada dalam langganan keluar mesejnya.
Henpon buat hal gamaknya.
Siap buka henpon, keluar masuk 'simcard' ... siap 'on off' ... 'restart' ... habih daya. Masih tiada hubungan ... masuk atau keluar ... semua k.o.
Akhirnya pasrah ... tapi kejap2 tengok henpon ... tertunggu2 berita mereka.
Alhamdulillah tengahari talian pulih semula. Whatsapp bertali arus kukuknya ...
Baru lega bila baca berita dari mereka.
Rupanya bukan Mama sorang jer ... seluruh negara yang guna talian C****m nanar dibuatnya ... dalam Facebook keluar cerita.
Baru sekerat hari tuh ... tak dapat bayang kalau semua talian yang ada terganggu???
Hmmm ....
Keesokan harinya baru kluar ni ...

p.s. sebab gambar kucing, kurang sikit rasa nak marah. Comelnya kucing tu ... 😻

10 June 2017

Pyo dan Bambam

 
Tinggal 2 beranak ni jer sekarang ... si emak, Pyo dan si anak, Bambam.
Kerja ... makan tidor makan tidor ... ternak body. 😆
Pun ... terhibur dengan kehadiran dan kelitah mereka. 

Waktu tidor;
Antara yg dapat dirakam. Pyo ... terbungkang. Sopan mopan ... janji zzzzz

Jadi mainan;
Gaya korporat ... nektie dari daun kelapa ciptaan Mr Cool Mama .... 
p.s. nampak sangat muka tak redha Bambam. Haha!!

... kadang2 teringat dan rindu pada anak cucu Pyo yg samaada diserahkan pada rakan taulan, hilang atau mati. Mereka sebahagian dari bulus2 kesayangan yg pernah singgah dalam hidup kami.

07 June 2017

Terima kasih semua ....

Sebelum ini Mama jadi penziarah jika ada sedara mara, rakan kenalan atau jiran tetangga yg diduga dengan musibah sakit.
Bertanyakan khabar sakit dan rawatan yg dihadapi, cuba ceriakan dan santuni mereka agar lebih bersemangat dan redha. Berhati2 agar tiada kata2 dan perbuatan yg mengguris hati, mendoakan mereka agar cepat pulih dan membantu mana yg boleh.
Dan bila Mama pula diuji dengan sakit yg serius ... barulah tahu betapa teruknya tekanan emosi yg dihadapi walaupun Mama tahu ini ujian dari NYA, ajal maut ditangan NYA dan hanya DIA Yang Maha Menyembuhka. Walaupun Mama tahu kita perlu usaha berubat, tawakkal dan pohon doa untuk kesembuhan dari NYA.
Tapi perasaan takut, stress, keliru, risau, moody, murung, rasa bersalah susahkan orang2 tersayang, bimbang, tak boleh tidur, tak bersemangat dll ... tetap melanda hingga suami sukar percaya Mama yg sentiasa kuat dan tabah dengan dugaan macam kecundang kali ini. Setiap masa dia memujuk dan beri kata semangat buat Mama ...
Ya Allah, sungguh ... minggu2 pertama dan kedua Mama 'down' sangat. Puas pujuk diri sendiri ... baca macam2 buku dan artikel ... tapi bila sendirian ... perasaan takut dan bimbang tetap datang.
- takut mati, takut suami benci dan berubah hati, takut tak sembuh, macamana anak2 bujang 2 orang tu kalu Mama tak ada nanti, rasa bersalah susahkan suami dan anak2, ... dan macam2 lagi. Allahhuakbar!
Tapi mujurlah kunjungan tidak henti dari kaum keluarga, sanak saudara, jiran2, rakan sahabat (terutama zaman sekolah) ... benar2 bantu menceriakan Mama. Sunggoh. Berkongsi perasaan, cerita, berita dan gurau senda rasanya yg paling banyak membantu Mama pulihkan keyakinan diri ... rasa dihargai ... rasa disayangi. Doa dan kata2 semangat menerusi panggilan talipon, whatsapp, facebook bagi yg berjauhan juga dihargai. Sunggoh ... bersendirian itu musuh ketika sakit. Kini Mama cuba sibukkan diri ... tak mahu layan emosi ... Insya Allah.
Buat semua ... terima kasih banyak2 atas doa, sokongan dan dorongan.
Buat keluarga Mama ... hanya Allah yg mengetahui dan membalas pengorbanan dan kasih sayang kalian. ❤❤❤
p.s. bila sakit gini amalan wajib dan sunat mmg 'top priority'. Moga jangan hanya ketika sakit baru ingat Allah ... Mama lah. Moga peringatan dari NYA ini dimanafaatkan dlm menjalani sisa2 hidup yg berbaki sebaik mungkin.

04 June 2017

Terkejut, pantang dan mengidam ....

Kejutan diagnos doktor yg Mama kena 'mild heart attack' baru2 ini benar2 menekan Mama. Sebaik dibenarkan balik ke rumah ... Mama pantang kalah masa pantang bersalin. Ubat yg sebelum ni kalau demam selsema doktor suruh makan 2 biji, Mama telan sebiji jer ... tapi kali ni ikut arahan 100%. Tiada kompromi. Lauk rebus bakar jer ... air suam, manis masin memang kurang sungguh. Biskut kering, oat, roti mil tiba2 masuk dalam menu Mama. Gitulah Mama pantang sampai suami tegur ... takut sangat!!!
Udahnya ... dalam tempoh sebulan, tekanan darah turun dan berat badan turun mendadak. Terus diberi temujanji dengan pakar pemakanan. Itulah pentingnya ilmu ... ini main hentam sendiri pantang. Hihi .... Lega bila tahu apa yg boleh dan tak boleh makan ... terutama bulan puasa ni.
Dan semalam melepas rindu dendam dok mengidam nak makan pie ayam (entahlah ... tiba2 itu yg teringin). Mana nak cari kat pekan kecil ni. Jadi ... kenalah buat sendiri. Carian internet, olahan sendiri agar tepati saranan doktor dan pakar pemakanan (derhaka resipi la tu ... ), hasilnya.


Alhamdulillah ....

01 June 2017

Bila roti luput tarikh ...

Hari ini roti butterscoth yg dibeli sebelum puasa luput tarikh. Dari berkulat, terbuang ... sepagi Mama dok fikir bagaimana nak 'selamatkan'nya ... tak mau membazir terutama bulan mulia ni ...
Hanya dua opsyen jer yg Mama pasti warga Rumah Biasa2 ni suka ... lalu terhasillah:
Puding gula hangus roti butterscoth.
* Dlm acuan bulat letak 4 sudu gula dan panaskan dgn api kecil hingga gula cair n hangus sedikit. Angkat acuan, ratakan gula biar sekata. Ketepikan.
3 biji telur, 11/2 cwn susu cair, 1 cwn air, 1 sudu teh esen vanilla, 3 sudu susu pekat, 4 kpg roti butterscoth. Blender semua bahan dan tuang ke dalam acuan bergula hangus di atas. Kukus 35 - 45 minit. Angkat.


dan roti kering butterscoth.
* Potong ikut suka, bakar dalam oven 180°C, 15 - 20 minit. Lps 10 minit, terbalikkan roti ... bakar sampai kekuningan. Angkat dan sejukkan sebelum simpan dalam bekas kedap udara. Cicah kopi O sedap nih ...