Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

25 February 2014

Don't judge a book by its cover?

Don' t know about you, but I bet you can judge my thoughts
... by the books I've been buying lately  ....


... and the books that I found my daughter bought recently ... (^__^)



20 February 2014

Ingat ikan, ingat Ipoh ...

Semalam hubby cuti rehat (tak rehat mana pun, ke hulu ke hilir urus itu dan ini  ... huhu), pagi2 pesan hubby beli ikan sementelah dia nak ke pekan beli suratkhabar.
Walaupun dah pesan jangan beli banyak (he has the knack of buying fresh fishes in bulks  ... geram tengok segar katanya)  .... dia balik dengan 3 kilo ikan pelbagai jenis (sikit tu  ... kalau ikut nak beli semua, katanya bila Mama komen beli banyak sangat untuk 4 beranak jer di rumah nih! .... huhu)
Bukan apa  ... Mama tak tahan bab menyiang dan membersih ikan jer ... sakit belakang, pinggang kalau dok berdiri lama2, statik tak ke mana2  ... kalau jalan2, shopping  ... ok jer (^__^)
Bila begini, rindu masa2 dok Ipoh dulu. Belilah ikan banyak mana pun, Mama tak kisah ... SEBABNYA: PENJUAL IKAN DI SANA SIAP SIANGKAN SEMUA IKAN YG DIBELI! TAK KIRA KECIK BESAR  ... oh! rindunya. Kat sini, sah semua orang pandang semacam (esp. penjual ikan) kalau Mama minta mereka siap siangkan ikan selayang (sardin), kembong, selar tuh ... ikan tenggiri, siakap, merah ... takper! Toksah nak mengada2 ... huhu. Masa dok Kepala Batas pun mereka tak tolong siangkannya ... hanya di Ipoh Mali!!!
Tu yg pertama kali Mama beli ikan kat sana, dok la tunggu, kenapa la lama sangat nak serah ikan yg Mama beli tu. Bila tanya, tunggu siang yg akak tu dulu kata mereka! Bila Mama lihat kiri kanan, semua penjual2 ikan dok menyiang ikan yg dibeli pelanggan  ... kecik besar, berderet dlm mangkuk plastik ... Q tunggu giliran ... hihi! Gitulah .. lain padang lain belalang ... kadang2 Mama cakap tak payah siangkan, 2 -3 kali mereka tanya, nak 'comfirm' betul ke makcik pelik ni tak moh ikan dia disiangkan mereka ... haha. Yup! Mama jadi makcik yg pelik  ...
Missing that and more (esp foods) when thinking about Ipoh.
Berbalik pada ikan yg dibeli hubby tu  ... ikan selayang aka sardin yg banyak sekali. Rebus utk PYO dah pasti, pastu rebus asam garam, nak goreng makan dengan pulut dan kelapa parut  ... feberet ni.
Haha  ... hanya ini yg tersisa, yg sempat diambil gambarnya. Pulut, kelapa  ... semuanya dah jadi sejarah. Walaupun nampak cam biasa2, tak lawa lalu ikan rebus asam goreng nih! Janganlah dipandang pada rupa ... sedapnya tidak terkata, pembuka selera bagi orang lama cam Mama nih  ... simple yet licking good kata omputeh!
Nak resepinya ke? Senang jer  ... 5 - 6 ekor ikan selayang (kembong, aya buleh jer), 2 - 3 kpg asam gelugor, garam, gula (nisan lg sedapnya) secukup rasa, sedikit air (jgn banyak, hilang manis ikan tu) ... dlm 1/4 cawan jer dan 1/2 sudu teh cuka makan (petua utk lebih sedapkan yg baru dapat dr besan Mama) ... Masukkan semua dlm periuk, tudung dan rebus dgn api sederhana hingga air kering (jgn kering sangat ya). Siap! Makan gitu saja pun sedap juga  ...

18 February 2014

This is us ...

Our Birthdays, Anniversaries  ...
Do we celebrate?
Fuss over it and wreck a havoc ...  least its forgotten?
I doubt much about my other half ...
Who'd even forgotten his own birthday ... time after time
Much more mine!! Sigh  ...
He, dear hubby  ... Who have to be hinted
About that special 'date' that is looming near ...
Year after year
Of no avail  ... that I give up, that one particular day!
I raised the white flag  ... goodbye anniversaries, birthdays  ...
Who cares
When out of the blue ... he whizzed out a gift or two
Take me out  ... without the children knowledge (hihi)
Breakfast, lunch, tea ... for two
(p.s. dinner is always a family affair here .. ^_^)
As he wishes, when he pleases ...
I'm like ... 'I LIKE'
Its been like that for years  ... that it bother us (me especially  ...) no more
With ageing years ... way past 50's, fast approching 60's
Let it be  ... qay sera sera ...
The birthdays, anniversaries  ... his, mine, ours
As long as we are always together ...
Thro' sadness, sickness and pains
I wouldn't change him for this world
Much more spoiled our limited days together
(we're growing old dear ... )
Fussing ang sulking days over stupid forgotten birthdays and anniversaries
No more ... no more (hehe  ...)
I just want to be with you as long as possible
Growing old gracefully, lovingly, contently together ...
... btw,

HAPPY BELATED 31st ANNIVERSARY (11 FEB) TO US DEAR !

p.s. this year, both of us were laughing at our forgotten anniversary  ... (^__<)

Cara Menangani Remaja Bermasaalah ... dari tv Siam

Masa kami mula2 pindah Kelantan (circa 1995/6), masa tu takder ASTRO lagi ... tv rumah kami selalu berebut 'channels' dgn tv siam. Kadang2 yg mereka punya lebih jelas dari tv 1, 2, 3 ... kita.
Tv mereka pun lebihkurang sama jer cam tv kita ... bersiaran pasal senaman pagi, motivasi, berita, ceramah agama dan cam yg selamat pagi malaysia ... dari 2 - 3 stesyen berbeza. Tak faham apa pun  ... dah bahasanya Siam!
Pun satu pagi tu ... terjumpa satu stesyen yg guna bahasa melayu (dialek campur siam, kelantan) ... Tv 9 Siam, Rancangan Klinik Tauhid oleh Dr. Nik Abdul Razak, dari Hospital Yala, yg menyentuh cara2 menangani remaja bermasaalah  ...
Pun dek Mama terserempak 'channel' tu secara kebetulan, dah separuh jalan pun siarannya  ... hanya sempat lihat dan dapat ilmu sebanyak 6 cara ini sahaja. Walaupun sikit, Mama rasa perlu kongsi sebab ada relevennya apa yg diperkatan oleh Dr. tu  ... jom semak!

Bila berhadapan dengan remaja2 bermasaalah  ....
1) Jangan menegur mereka ditempat awam tetapi secara 'one-to-one' .... remaja maupun kanak2, mereka ada maruah dan harga diri. Hormati mereka untuk dihormati oleh mereka kembali.
2) Puji kelakuan baik mereka (ditempat awam tak per) masa mereka buatnya dan puji dgn ikhlas bukan menyindir/memperlekehkan perlakuan baik mereka.
3) Tegur kelakuan mereka yg tak elok tu, bukannya serang diri remaja tu  ... kelakuannya bukan dirinya. Contoh: "Mu ni degil!" ... salah. Sepatutnya, "Perangai suka ponteng sekolah tu tak elok!"
4) Beri panduan/nasihat apa yg harus dilakukan bukan tegor sahaja sebab remaja ni ibarat duduk atas jambatan (tengah2 antara kanak2 - dewasa). Mereka masih perlukan panduan kepada apa yg telah berlaku (lepas), sedang berlaku (sekarang) dan yang bakal berlaku, akibat (akan datang). Impak dan implikasi kepada perbuatan mereka  ..
5) Tanya pendapat dan bincang kalau dia buat salah, apa hukuman yg sepatutnya dia terima.
6) Puji sebelum/selepas beri nasihat  ... sebelum, kerana dia datang. Selepas, kerana dia mendengar.

Semuga bermanafaat. InsyaAllah  ....

17 February 2014

Kerana lembu .....

Tiba2 Si PYO meluru masuk dalam rumah  ...
Mesti ada sesuatu yg takutkan dia  ... tidak memanjang dia di luar sana. Lapar dahaga baru ke dapur dia ...
Ohh! Lembu rupanya  .... dua tiga ekor, dok meragut luar pagar (p.s. Mama memang tutup pagar setiap pagi semenjak terserempak 2 - 3 tompok tahi lembu dalam laman  ... huhu)
Bila cerita pasal lembu ni, teringat satu peristiwa bulan Sep., 2002 (wah! precisenya  ... hehe nilah advantage ada diari).
Ketika itu kami sekeluarga dlm perjalanan pulang ke kampung bila tiba2 suami brek mengejut! Sekumpulan lembu melintas jalan rupanya  ... dek hari semakin gelap, memang mustahil nampak lembu2 tu dari jauh. Bila dekat baru perasan. Ketika kami berhenti utk beri jalan lembu2 tu melintaslah tiba2 Anas (12 tahun masa tu) bersuara,
"Woo!!! Bahaya nih! Tuan dia patut pakaikan gelang cam  'pemantul cahaya' pada kaki lembu tu. Baru orang nampak dari jauh bila hari gelap ..."
Mama baru saja nak bersetuju dgn idea dia bila si kakak, KCik berkata,
"Tapi kalau lembu2 tu duduk atas jalan malam2 macamana? Ada nampak!!"
Hughh! Betul jugak  ...
"Tampal je kat dahi tu  ... "celah si Abe yg memang suka menyakat si adik. Wekkk! juih adiknya  ... haha
"Pakai kat telinga cam subang!" celah Angah.
Berbahaslah mereka adik beradik tempat mana paling stategik nak letak pemantul cahaya tu  ... sambil Mama dan Ayahnya tercari2 masjid/surau untuk berhenti solat.
Usai solat dan makan malam, kami meneruskan perjalanan. Ketika itulah terdetik hati Mama meneruskan sesi 'brainstorming' bagaimana nak elakkan masaalah lembu berkeliaran dijalanraya dan membahayakan penggunanya. Alhamdulillah  ... mereka anak2 yg peka dengan persekitaran keliling mereka  ... + drebar pun taklah mengantuk dek riuh anak2 berebut melontar idea dan pendapat mereka  ...
"Tuan lembu tu berdosa sebab tak jaga lembu dia dan membahayakan orang lain serta membiarkan lembu mereka meragut sesuka hari  ... kalau makan rumput tanah orang dan tuan tanah tu marah dan tak halal  ... tuan lembu tu berdosa juga. Kalau jual/makan daging lembu tu  ... duit hasil jualan dan daging yg tumbuh dari sumber yg haram, i.e. rumput/tanaman tanah orang lain  ... adalah haram!" sempat Ayahnya beri tazkirah tuh  ...  hihi.
"Kata doh tuan dia berdosa!!" ..... p.s. tak ingat sapa yg kata (^__^)

Gitulah  ... dengan anak2, proses pembelajaran boleh berlaku dimana2 saja, setiap ketika  ... ajar mereka 'its ok to differ', berbahas cara sihat  ... siapa betul, siapa salah bukan tujuannya ... tapi mengambil pengajaran dan iktibar darinya lebih utama  ...

13 February 2014

Amar - Sakit Perut

Amar juara cuti  ... itu pasti
Dari Darjah 1 lagi  ... kejap sakit itu, kejap sakit ini
Walaupun dah Darjah 5 kini ...
Tak hadir ke sekolah kerana sakit, demam .. cam sudah serasi
Dalam sebulan ... cam wajib ada cuti!!
Tahun Baru Cina lalu  ... sekolah dia dah beri cuti seminggu
Elok, sihat  ... hinggalah sehari sebelum sekolah bermula
Sakit perut tiba2  ...
Mama mulanya curiga  ... betul sakit ke pura2!!??
Tapi Amar anak yg jujur  ... berdosa berbohong katanya
Mana mungkin buat2 sakit dengan sengaja  ...
Bila sakit dia tak reda2 ... setelah dua hari sekolah dibuka
Risau Mama  ... pi klinik  juga penyudahnya
Doktor kata  ... GASTRIK!! satu plastik penuh ubat dia
Seram nengoknya  ...
Lelah dah tiada, gastrik pula  ...
Takpelah Dik  ... dugaan Allah kerana DIA sayangkan kita
Mama dan Adik kena usaha  ... cari ubat dan penawarnya
InsyaAllah  ... sihat semula, lebih kuat dari sebelumnya!

p.s. kini Mama faham mengapa Mak Mertua, suatu ketika ketika suami masih belajar dan sering keluar masuk hospital kerana migrain yg teruk melanda setiap masa, "Balik duduk dgn Mak lah, takpayah belajar  tinggi2 lagi ... biar Mak jaga. Harta yg ada cukup utk kita berdua .."
Itulah juga yg Mama rasa, setiap kali anak2 sakit terutama Amar  ... 'tak yah ke sekolah/kerja jauh, biar Mama jaga aja' ... tapi Mama juga sedar, itu bukan jawapan dan penyelesaiannya  ... usaha, tawakkal  ... serah pada NYA  ... yakin DIA Maha Mengetahui perjalanan dan kesudahan hidup kita!!! Tubuh kita, amanah dari DIA  ... nak sihat, tanggungjawab kita utk menjaganya sebaik mungkin  ... ingat tu Amar ... juga abang2 dan kakak dia ya!!!

p.s.s. Amar kata dia mungkin letak jawatan sbg Ketua Darjah sebab sakit sokmo  .... (-__-)

09 February 2014

Patah ... tumbuh. Hilang ... berganti.

Bila memandang laman tepi Rumah Biasa2 kami  .... terdetik juga rasa menyesal membuang kesemua rumpun keledek. Dengan musim tengkujuh yg berlalu, panas memanjang kini, kehijauan rumpun keledek amat dirindui. Selain sejuk mata memandang, sejukkan persekitaran   ... boleh juga depa contribute bekalan oksijen sesedut dua!
Semalam  .... penemuan dua putik keledek yg Mama yakin offspring keledek induk yg dulu  ... amat mengembirakan hati Mama. Rupanya ubi yg ditanam dulu telah meng'ubi'kan (haha  ... maaflah DBP kalau perkataan ni tiada dlm kamus ya!) zuriatnya. Wah! Kalau Mama tak buang keledek yg merimbun tu, tentu dlm sebulan dua ni dapat tuai hasilnya.


Pun  ... sesal dulu pendapatan, sesal kemudian, tiada gunakan!!
Apapun, Mama akan biarkan dua putik keledek ni tumbuh  .... melata cam sebelum ni. Kalau dulu tanam sebab nak tuai pucuknya, kali ni  ... InsyaAllah, nak merasa hasil ubinya pula  .... tengoklah. Ada rezeki, menjadi ia  .... yg perlu Mama pastikan ... siram setiap hari aja.

Ini Si Meow Stray  .... gambar amik bln Ogos '12. Tempat kesukaan dia  .... alas kaki tangga utama.
Dah seminggu tidak kelihatan kelibat dia. Sebelum hilang, dia sakit  ... tak mau makan dan minum walaupun disuap! Bernafas pun, dalam dan semput helaannya  ... Masa cuti Raya Cina dia 'last seen here'  ... 'Last contribution' , seekor tikus mati atas tangga belakang buat Mama (p.s. takyah nak imaginasi bagaimana reaksi Mama masa jumpa ya ...)
Telahan Mama, Meow dah tiada  ... entah di mana tempatnya, puas cari kawasan sekitar  ... tak jumpa. Sebelum ni, Meowlah gangster dan 'pemegang' kawasan kami. Mana2 kucing jantan lain yg menghampiri atau mencerobohi  ... dikejarnya dia, tak cukup tanah kucing2 jantan tu lari  .... Mama pernah lihat dengan mata kepala sendiri  .... kesian sungguh kucing yg dikejar tu!! Macam cheetah kejar rusa lagak nya. Hihi  ... Macho dan cool, kata Amar.
Kini, setakat hari ni  ... Mama lihat dah 4 ekor kucing jantan ronda kawasan kami kini. Si Hitam, Si Tompok, Si Debab dan Si Oren  ... Kadang2 dengar dan lihat mereka kelahi  .... masing2 nak jadi hero nih!! Dari sini, sahlah Si Meow dah mati  ... kalau tidak, masakan kucing2 jantan lain begiti berani!!!
Risau juga  ... kan rumah kami ada kucing sunti, Si PYO yg asyik memerhati  ... siapa Si Jagoan nanti!!
Dilema   .... Nak kasi ke tidak Si PYO ni???

03 February 2014

Bila cuti .... kenduri, reunion

Cuti Tahun Baru Cina  .... kali ni anak2 bujang diibukota tak balik
Alasan mereka  ... dah la dok KL makan jem hari2, balik time la ni  ... makan jem memanjanglah lagi  .... dari time bertolak pulang, kat kampong, apatah lagi nak hi jalan2 .... dengan penamat very heavy jem ... time pulang semula ke ibukota!!!
Kami nak enjoy .... nak merasa KL lengang .... nak main badminton ataih jalan (haha  ... itu Mama yg tambah). Nanti hari2 biasa, kami balik ok Mama!!
Pun ... Mama dan Ayahnya sibuk dengan jemputan kenduri kendara. Makan free!!?? Tak juga  ... kena 'ngele' (hadiah duit pd tuan rumah) ... paling kurang RM10/-  .... dua orang X bilangan rumah dijemput  .... sehari paling kurang 3 jemputan  ... Ehh! Bukan mengungkit maupun merungut  .... itu adat kat sini walaupun tak disebut. Kalau bawa hadiah, 'ngele' tak payah dah  ... Tapi adat ini makin tiada, kecuali yg kenduri tu saudara mara ... kami hulur mana terdaya  ... kos kenduri sekarang bukannya murah! Semua benda dah naik harga  .... bukan maskahwin dan duit hantaran jer ....
Yang paling seronok kali ni, Ayahnya  .... setelah berpisah hampir 37 tahun ... reunion kelas 75 - 76, Sekolah Menengah Sains Kelantan (sekarang Sek. Men. Sains Faris Petra) gamat tak terkira. Yg jauh dan dekat, Alhamdulillah dapat bersama  ... sempena cuti panjang Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah. Masing2 bawa pasangan belaka  .... ada juga yg bawa famili  ... amik kesempatan balik kampong. Yg pasti, majoriti dah tinggal berdua kini  .... bila sembang2 dgn mrs yg lain, rata2 cakap hubby takleh berenggang kini  .... nak berteman sana sini. Syukurlah  ... growing old together  ... itu impian semua isteri, yours truly pun tak berkecuali (^__^)
Banyaklah cerita lama di'flashback'kan kembali  ... terutama kenakalan dan gelaran yg diberi. Kalau dulu gelaran diberi kerana kenakalan, fizikal, tempat dan kepakaran  (itu antaranya), sekarang tak kurang juga gelaran yg diraih  ... Dato Seri, Dato, Datin, YB, CEO, Prof., Dr., Ir, usahawan berjaya  ... memang tidak sia2 Sekolah Menengah Sains ditubuhkan  ... mereka semua, batch ini, berjaya merialisasikan impian pendidikan negara waktu itu!! Mama tak kisah hubby tak peduli lagi pada bininya kat dewan reunion tu (lupa bini/suami semua time tu  ... hihi) sebab Mama pun tumpang reunion juga  ... wifey/hubby batch suami rupanya ada yg teman sekolah rendah,menengah Mama  .... hoh! Apa lagi  ... sibuklah Mama updates status terkini, bertukar no tel dan bergambar  ... reunion within reunion  ... what a splendid 2014 chinese new year holiday ... tautan silaturrahim kembali bersemi  ... itulah indahnya reunion ... kenduri  ...