Pages

Labels

Ceritalah (245) Me (144) diari ibu (137) kucing (69) Amar (62) Pesanan (62) Resipi (62) Rumah Biasa2 (36) Kebun Biasa2 (33) Yg Tersirat/Tersurat (30) cerita lama (21) Jalan-jalan (17) Jodoh (17) 3R (14) Lawak sikit (9) Puasa (8) PETUA (5) Rumah WM (5) Cucu (4) Lukislah anakku (4) Haji (3) Migraine and I (3) Kawan (2) ipoh (2) Nature (1)

30 April 2012

Misteri ...

11 April lalu ~ awal pagi nan indah.
Teruja dgn keindahan fajar menyinsing pagi tu, dengan kamera Sony Cyber-shot antik Mama (^_^) ... mulalah 'shooting' ...
Apabila Mama 'load' gambar2 tu ke album 'Alam' Mama, Mama perasan ...
Gambar pertama yg diambil jam 6.55 pagi mempunyai 'bulatan putih' sebesar duit 5 sen!
Manakala dalam gambar kedua, 'scene' yg sama, masa yg sama juga, tiada pula 'bulatan putih' tu ... !!
Nak kata ada 'objek' kat lensa kamera, mengapa gambar kedua dan gambar2 lain selepas itu ok je!
Tak ada pun 'bulatan putih' seperti itu lagi ...
Apakah 'bulatan putih' yg misteri tu??
bulatan misteri ...
kedua2 gambar diambil pada jam 6.55 pagi
(maknanya dlm jarak tak sampai sesaat)

p.s. Mama kalau nak undur kereta, akan pastikan tiada apa2 halangan dibelakang kereta. Yg peliknya, kadang2, tiba2 je sensor kereta berbunyi. Seolah2 ada objek menghalangi  ... Bila tengok belakang, 'line clear' je ... tiang/pokok/manusia sah takder. Pastu Mama undurlah jua sebab dah takder apa. OK pulak, sensor pun tak bunyi lagi dah ... Macam kalau ada 'benda' tadi, ianya dah cepat2 berlalu .... Kerap juga alami situasi begini. Hairan bin Ajaib kan!!! 
p.s.s. Pun Allah SNW dah beritahu, bukan kita saja mahluk ciptaanNYA. Kita tak nampak mereka, tapi mereka ada, dan nampak kita ... jadi beringatlah!


"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembahKU. Aku tidak mahu daripada mereka sedikit rezeki dan Aku tidak perlukan mereka memberi makan."
surah adh-Dhariyyat: 56-57

29 April 2012

Jangan marah ....

Suatu petang;
A: "Minggu lepas, aku buat parti hari jadi bini muda aku. Besday dia ke 26!"
B: "Wah! Baiknya mu ..."
A: "Tak buatkan dia merajuk pulak ... Lagipun dia nak 'introduce' aku kat kawan2 dia!"
B: "Kau buat kat mana?"
A: "Of coz kat Golf Club yg aku ada membership tu. Aku nak dia bangga dapat suami macam aku ... tua pun  hensem bergaya dan loaded!!"
B: "Mesti 'happening' sakan hari tu ..."
A: "Happening la sangat ...!!!"
B: "Aikk ... cam tak puas hati jer!"
A: "Ada ke patut masa aku dan bini aku sambut diaorang, ada yg tanya bini aku ... Ayah awak ke?"
B terus ketawa terbahak2 walaupun kesian lihat muka kelat sahabat baiknya apabila A memberitahu lagi,
"Bukan sorang dua! Pastu siap panggil Pakcik lagi ... 'spoil' sungguh!!"

p.s. Moral cerita: Jangan cari bini muda yg terlalu muda ... kira2lah kan. Takut nanti orang kata cam di atas, sensitif pula!!! Hua hua hua (gelak besar + padan muka)  ~ tak baik Mama!!  hehe .. 

Cerita Benar dari sumber yg boleh dipercayai!

26 April 2012

KARI IKAN MAK SAYA ... tanpa santan.

Resipi ni dah lama 'draft' .. hari ni baru nak 'posting', sbb penyakit 'BUNTU' masih ada cikit2 (~_~)
Hari tu tiba2 terasa nak makan kari ikan. Tengok bahan2, bolehlah ... tak lengkap tapi 'basic'nya ada.
Dalam peti ais cuma ada ikan selar ... ikan selar pun ikan selarlah. Ok pe ...
(Tapi kalau kepala ikan tenggiri atau ikan merah atau bawal hitam ... fuhh, lagi sodap!!)
Pastu cuma ada terung je (yg ada), sepatutnya ada tomato & bendi juga, baru lengkap!
Apapun, inilah rupa kari Mama tu ... (sori kalu nampak cam x sedap!)


KARI IKAN MAK SAYA

Bahan2:
2- 3 ketul Ikan tenggiri/merah (kepala lg best)/2 ekor bawal sederhana besar (potong 2) atau 4 ekor kembong
2 paket kecil (25 gm) serbuk kari ikan (saya guna cap Allagapas)
3 ulas bawang merah & 2 ulas bawang putih - tumbuk lumat
2 sudu makan halba campur
2 tangkai daun kari
5 ulas bawang merah & 2 ulas bawang putih - hiris nipis
1 labu bawang besar - mayang
Asam jawa (secukupnya - campur semangkuk air)
minyak masak - secukupnya untuk menumis
2 biji tomato (belah dua)
5 biji bendi
2 biji terung (belah dua & potong )
3 biji cili hijau
daun bawang & daun sup - potong (jika suka)
garam secukup rasa
(p.s. Mak Cik saya potong & lebihkan cili hijau supaya lebih pedas)

Cara Masaknya:
1. Rempah kari, dicampur dgn bahan2 tumbuk & bawang besar mayang serta sedikit air.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang merah & putih hiris, halba campur & daun kari hingga garing.
3. Masukkan bahan (1) dan tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan air asam jawa & biarkan hingga mendidih (tambah sedikit air jika perlu).
5. Masukkan bendi, terung, cili hijau  & tomato.
6. Perlahankan api, masukkan ikan (api sederhana agar isi ikan tak hancur).
7. Masukkan daun bawang, daun sup & rasa garam secukupnya. Renihkan sebentar. Angkat.
(p.s. kari ini akan rasa macam asam pedas jika ditambah/lebihkan air)


Disebabkan Mak Mama orang Penang, maka kari Mak memang 'kaw'. Tapi ... kari Makcik (kakak Mak Mama, mak sedara lah tu) lagi 'kaw kaw' + pedas. Boleh berasap telinga!! Masuk pula sambal belacan ori Makcik tu. Fuhh!!! Sah nak jadi menantunya ... hehe. Kari ikan depa (mereka) tak guna santan. Sebab itu tahan lama & makin sedap keesokkan harinya. Tiada santan ~ tiada kolestrol! Cer tanya doktor ...
Kari ini antara 'feberet' keluarga Mama, nak2 anak yg sulung tu ...
p.s. mungkin darah mami yg mengalir dlm tubuhnya lebih sikit kot... hehe. Mama kalau buat kari ni, mesti ajak Ayahnya ke pekan, pekena roti canai. Of coz Mama bawak kari Mama ni sbb kat p.mas ni Mama tak jumpa lg kuah kari ikan. Kari ayam, kambing dan daging ada laa ... Dan akan ada pelanggan2 lain pandang bila Mama keluarkan kari Mama tu, cam pelik betul Makcik sorang ni ... hehe. Tapi of coz Mama pastikan Mama minta izin dari pembuat roti canai tu ... takut dia terasa hati pulak!!.  Roti canai tanpa kari ikan mamak, bagi Mama cam tak lengkap jer ... 
Teringat kari ikan kat Taqwa (Gombak) dan Aliff serta Taj (Kuantan). Yg kat Penang ... boleh kata semua best!!!


BUNTU tapi sempat lg merapu ... huhu


25 April 2012

Ibu muda ...

Dalam jangkaan Mama, umur Kopi mungkin 5 - 6 bulan (kalau manusia dalam 10 - 12 tahun).
Tapi muda2 Kopi dah bergelar ibu.
Hari Isnin, Mama nampak perut dia cam dah 'jatuh'.
Tanda2 waktu bersalin dah dekat ... Semalam, pagi2 Kopi resah jer
Tak nak makan minum, asyik nak manja2 dan mengiau2 ...
Mama tak sedap hati dah! Bila Kopi mula mengiau2 nyaring ( cam sakit jer ...)
Dan asyik gesel2 kat Mama, Mama gosok2 perut dia, terasa cam dah sampai masa.
Tiba2 Mama nampak macam 'bubble' keluar dari punggung dia ... hampir menjerit Mama!!!
Takkan Kopi nak terberanak kat sini (ruang tamu) kot!!!
Kelamkabut Mama cuba nak angkat dia ke tempat yg Mama dah sediakan.
Tapi Kopi 'reject' dan terus tuju ke bawah sinki dapur ...
Kelamkabut Mama sekali lagi sediakan suratkhabar lama sbg alas.
Lepas tu Mama ke ruang tamu ... berdebar sakan. Rasa cam nak dapat cucu lak (hehehe ...)
Dalam hati doa tak putus2 Kopi dan anak2 yg bakal dilahirkan selamat ...
Tepat pukul 9.15 pagi semalam, Kopi bergelar ibu ... anak pertama keluar.
Tapi masih kritikal kerana kucing biasanya beranak antara 2 - 6 ekor!!!
Jadi antara waktu itu hingga pukul 12.30 tgh, Mama ulangalik jenguk takut ada komplikasi.
Alhamdulillah, setiap kali keluar anak baru, semua ok. Pandai Kopi urus dirinya dan anaknya.
Pukul 1.00, 4 ekor semuanya. Elok sedang menyusu ... so sweet!!
Pukul 2.00 petang ... masih 4 ekor tu lagi. Kopi nyenyak tidur. Keletihan!!
MasyaAllah ... Subhanallah ...
DianugerahNYA naluri keibuan kepada setiap makhluk (tak kira manusia atau haiwan).
Pandainya Kopi menjaga anak2nya ...

Kopi ... Tahniah!
p.s. Milo tak tahu lg dia dah jadi ayah!! Mama tak benarkan dia naik ke rumah, takut kalau2 dia ingat tu 'anak2 tikus' & ngapp!!! Eeee ... meroyan Kopi nanti!!



23 April 2012

Politik dan saya ...

Bahang piliharaya semakin panas. Yg pastinya ... ia semakin hampir. Ia juga topik panas bukan saja dlm media masa tetapi juga di mana2, terutama dikedai2 kopi. Tak sangka pakcik yg kayuh beca tu begitu pakar bila terdengar huraian dia. Terfikir saya, "Mana Pakcik dapat info ni? Hehe ..." Ia juga mengingatkan saya pada seorang pakcik misteri, pesanannya bersabit hal ini. Ceritanya ... 

Suatu hari, awal 80an, ketika saya sedang dalam perjalanan ke tempat latihan praktikal dgn menaiki sebuah teksi (saya berusia 20 tahun waktu itu),
"Kali ni aku nak pangkah pembangkang pulak! Hari tu janji nak bagi aku permit kereta sewa ... sampai hari ni hampeh! Nak jumpa pun susah ... Masa nak ngundi janji macam2 ... Aku nekad doh tak nak undi wakil rakyat tu lagi!!" hambor pakcik pemandu teksi melampiaskan rasa tidak puashati dia kepada penumpang disebelah dia.
"Saya tak setuju ... anak saya dia janji dapat masuk U dapat biasisiwa. Dapat sungguh weh! Dapat subsidi baja dan benih padi lagi. Free! Demo salah isi borang kot" jawab penumpang tersebut.
Ibarat buku bertemu ruas, sepanjang 30 minit perjalanan tu, rancaklah mereka berdua berhujah pasal politik dan  perbezaan pendapat/pengalaman mereka masing2.
Disebelah saya ialah seorang tua yg berseban, wajah dia amat bersih dan tenang. Tiba2 dia bersuara, setelah sekian lama berdiam diri,
"Beginilah! Bagi pakcik, tidak kira siapa yg memerintah, kalau tidak kerana Allah dan berlandaskan agama serta sunnah ... sama saja. Kita rakyat pun serupa juga ... memilih bukan kerana Allah, tetapi kerana nak habuan. Sama2 punah!"
Suasana dalam kereta sewa senyap sepi seketika ... jatuh jarum pun dengar rasanya. Saya kecut hati, kagum pun ada, dengan tazkirah tiba2 pakcik tua tu.
"Betullah kata Pak Aji tu. Saya marah sangat ni sebab mereka tak tunai janji, tu yang nak undi lawan dia pulak. Nak 'testing' tengok macamana pulak! Eh! Pak Aji ni dari mana nak ke mana? Rasanya bukan orang sini" kata pemandu kereta sewa.
"Pakcik ni orang musafir ... baru lepas musafir di Terengganu. Hajat nak lihat dan merasa suasana negeri yg digelar Serambi Mekah pulak. Tolong berhenti di masjid yg pertama kita jumpa lepas ni ya! Anak2 fikirlah apa yg pakcik kata tadi ... "

Itulah 'brush' pertama saya dengan politik ditempat awam. Ianya memberi impak yg besar dalam keputusan saya selepas mencapai umur mengundi. Sebelum ni ada dengar ayah dan kawan2 dia cakap, tapi kita budak2 lagi ... tak kisah benda2 gitu. Tak faham pun mengapa mereka kecoh dan semangat sangat bila tiba musim mengundi. Yang saya seronok, lihat orang berlumba2 naikkan bendera dan poster ... macam2 warna dan ragam. Pokok2lah yg kerap jadi mangsa ... masing2 cuba pacakkan bendera setinggi mungkin. Macam ada peraduan ... pondok2 dan markas2 mereka dihias beranika rupa, penuh kreatif disetiap kampung. Kadang2 meriahnya terasa macam pesta hari Keputeraan Sultan, macam ketika sambutan Hari Merdeka pun ada!!! Dan setiap kali datang musim pilihanraya, pasti saya teringatkan Pakcik misteri dan nasihat beliau yg satu itu. 
Mengundi tetap mengundi ... ia satu kewajipan. Ia satu tanggungjawab yg akan ditanya diakhirat kelak. Tanggungjawab memilih pucuk pimpinan dan kerajaan yg bakal meneraju negara. Pilihan yg bagaimana anda mahu negara kita ditadbir, demi masa depan anakcucu kita juga ... Siapa pilihan? Anda ada kuasa untuk tentukan. Gunakan!!!

p.s. Kali ni nampak gaya kena pergi sendiri ke tempat mengundi. Suami, buat pertama kali,  kena bertugas dipusat mengundi ... huhu. Konfiden tempat mengundi sama mcm yg sebelum2 ni. Tapi, baik semak, tak pasal2 pergi jauh2, nama tiada ... naiya. Jom Semak!! (bukan 'semak' belukar tau, tapi 'semak' periksa!)



22 April 2012

Buntu ...

2, 3 hari ni otak buntu ...
Hati nak update blog ... tapi memori ~ BLANK!!!
Agaknya ini yg dikatakan 'writer's block'!!
Apapun ... minggu lepas memang sibuk sikit.
Dari urusan risik merisik, Amar periksa, ulang alik urusan rumah biasa2 kami dan kunjungan mengejut dari kawan lama dari Ipoh (tak sempat amik gambar kerana seronok sangat ...)
Penat ... mental dan fizikal!! Bergegas ke sana sini, pada usia begini memang memenatkan!


p.s. Alangkah indahnya kalau saat ini dapat berada ditepian pantai ...
Menikmati bayu laut yg segar dan nyaman ...
Deruan ombak, ibarat halwa telinga lembut menerpa   
Indahnya alam ciptaan Yang Maha Esa .... halwa mata dan minda



19 April 2012

How I watch the SEA Games Football Final - MALAYSIA vs INDONESIA 2011

First Half:
The moment Indon scores, I log-in my FB & started playing Baking Life. Occassionally I glanced over my shoulder to peep at the latest outcome. Still 1-0.
My prediction - Malaysia didn't field its best players due to injuries (key players), so I'm not that optimistic.
Break:
Quickly blend the ingredients for 'kuah kacang' coz I'm making Nasi Himpit for breakfast the next day.
2nd Half:
Torn between proceed with cooking 'kuah kacang' and watching football till end. Hehe ... decided on neither. Blog walking instead ... with ocaasional glance of the match. Suddenly hubby and son jumped with joy ... Malaysia had scored the equalizer!!!! My spirit lifted.
My verdict: Malaysia has the chance to win.
Till the end of game ... the score 1-1. Meaning ... 30 minutes of dreaded (me lah ..) extra time to decide the winner. Suspense in the air ...
Extra Time - 1st 15 minutes
I was infront of the tv now ... but from quite a distance away. Still jittery & nervous, so decided to watch in blurry images (away with my spectacle) coz afraid that Indon will score. Haha ... (now, back then ...) By the way, in between, I was separating the baked groundnuts skins with my hands ~ sometimes crushing them when the suspense built. My heart is racing now ...
My verdict: Not sure (but hoping M'sia to win .... praying infact!)
Rest Time:
I finished 'airing' the groundnuts to separate the skins & grinding them.
Next 15 minutes:
I chickened-out and went to the kitchen. Can't do anything now ... tho' the ingredients for cooking 'kuah kacang' are all ready! Am now a complete nervous-wreck. Can't watch the game nor starts cooking. Was in the kitchen ... doing nothing. Huhu ...
Till the final whistle, still 1-1. Pheww!!
My verdict: Please win Malaysia ... (I hate penalties!!!)
Penalty Shoots:
I was prancing to and fro ... my heartbeats? Like somebody being chased by dogs!!!
I felt like I was watching a horror film then ... am peeking thro' my fingers most of the time!
When either teams took the penalty shoots ... the fingers gap shut closer. When they replay the taken shoot, only then I can breathe and look. And then ... 'Apek @ Khairul Fahmi' saved a shoot, there's hope. Yess!! Its 4 -4, and M'sia has the final shoot. When M'sian Captain, Badrol scored the winning penalty (albeit with dramatic suspense as the ball rolled away from Indon's goalkeeper's grasp, slowly into the goalmouth ..) ... nothing matters anymore. What a sweet and thrilling victory ... My heart soared. My guess, all Malaysian too on that 21.11.2011 nite. I was cooking with a dancing heart that nite.
We celebrated the next day with the best ever Nasi Himpit + Kuah Kacang ... (when you cook with joy and love, your food definitely taste better!!)
(p.s. found this extract in my 2011 note book ... hehe)

18 April 2012

Ada faham?

Insiden ni berlaku pada bulan Feb. 2010. Muaz (ketika itu 13 tahun) komplen beg sekolah dia macam budak2 ... tak sesuai utk budak sekolah menengah! Muaz dah mula 'concious' tentang penampilan diri. Sedang memasuki alam remaja katakan! Tapi Mama dah ada pengalaman laluinya dgn 3 orang abang2 dia ... jadi boleh dikatakan Mama dah bersedia untuk hadapi fasa mencabar serangan hormon remaja kepada Muaz pula... hehe.
Tugasan membeli beg sekolah Muaz ini, Mama serahkan kepada Ecu (panggilan anak2 pada adik bongsu saya). bertemankan kawan baiknyanya, K.Ngah dan sibongsu saya, Amar (7 tahun). Dalam perjalanan balik, seperti biasa (sampai sekarang pun) dua beradik ni tak reti duduk diam dalam kenderaan. Ada saja benda yg mereka buat. Kali ini mereka tenggelam dengan aksi, 'sound effects' dan khayalan sebagai Ultraman (ikut apa saja yg terlintas difikiran mereka ... apa saja). Tak tahan, Ecu mereka pun siaplah beri syarahan tentang jgn terlalu terikut2 dan percaya dgn cerita2 rekaan begini, jgn asyik dok main, lebih baik baca sifir, belajar rajin2, sentiasa ulangkaji, kurangkan tengok tv dan main 'game', dapat keputusan periksa yg baik, blablabla ...
Kemudian Ecu mereka tanya mereka faham tak apa yg cuba dia sampaikan. Amar jawab, "Adik faham. Tapi kalau Omputeh, Adik rasa mereka tak faham!" Kua Kua Kua ...
Melopong Ecu mereka tak terkata apa2, K.Ngah ketawa terbahak2 dan 'Mr.Cool' Muaz, hanya tersengih!!!

p.s. ini bukan kali pertama Ecu kena 'smash' dgn anak2 sedara dia ... huhu.
Budak2, jawapan mereka ikhlas dari hati, dari pemerhatian. Tanpa berpura2 ...


16 April 2012

Cincin Tanda ...

22 J'Awal 1433 Hijrah
Merisik, 'cincin tanda', bertunang ... ianya satu komitmen.
Pun begitu, ingatlah  ... mendapat 'lesen bertunang' bukan spt mendapat 'lesen memandu'.
Masih tidak sah 'lesen' tu utk bebas berdua2 ... masih 'terhad' batas perilaku!!!
Ianya cuma;
~ tanda setuju & akujanji untuk berkahwin dgn bersaksikan keluarga kedua2 pihak.
~ tanda 'I'm serius with this relationship'
~ tanda pihak perempuan 'not available anymore'
~ tanda kedua2 mereka kena bersedia dgn ilmu berumahtangga
~ tanda sijejaka kena mula memikirkan jaminan kewangan bakal keluarga
~ tanda mak ayah kena bersedia dgn $$$$ utk kenduri kendara (huhu ...)
Itu antaranya ....
Dan yg pentingnya ... ingat pesan Mama ni ~ JANGAN PANDANG BELAKANG!!
???? Ada hantu ke?
Takderlah ... Mama cuma takut kalau asyik dok pandang belakang lagi ...
Nanti ternampak 'options' lain ... ????
Ye lah ... nampak bunga2 dan kumbang2 lain yg lebih cun/hensem. Hehe ...
Almaklumlah dah 'terikat' ... 'darah manis', dugaan sikit pun terasa lebih (p.s. been there dear ...)
Kira cam medan ujian ... ujian mata, telinga, hati dan perasaan.
Salinglah berusaha menjaga/mengawal diri dan perasaan masing2 selama tempoh ikatan janji ini.
Yang pasti ... syaitan itu sentiasa berusaha utk menyesatkan kita.
Terutama pasangan yg dilamun cinta, agar terpalit agenda 'jenayah akhlak' mereka.
~ belum kawin, dibisikkan agar dekat2, rapat2
~ dah kawin, diapi2kan agar jauh2, bercerai-berai
Waspadalah ...

13 April 2012

Hanya Dikau ...

Semalam besday saya. Suasana ... biasa2. Sah! Suami lupa ...
Hati bungkam ... rasa nak merajuk pun ada.
Ye lah ... kita kan dah tua, mana orang ingat! Bisik suara2 jahat ...
Sabarlah ... kan dia sibuk tu. Tentu malam nanti dia ajak gi dinner mana2. Pujuk suara2 baik ...
Tengahari ... suami 'call', "Hepi besday dear! Sori lupa ... malam nanti kita 'celebrate' k!"
Tiba2 hari yg mendung terasa begitu indah dan ceria.
Hati wanita, senang je pujuknya ... Hehe ...
Selepas maghrib ...
(p.s. baju yg nak dipakai dah siap bergosok)
Ringg! Ringg!
"Innalillah .... Kawan masjid meninggal sebelum azan magrib tadi. Kita 'celebrate' esok ye?"
Tiba2 saya tak kisah kalau tak 'celebrate' pun. Tak ada hadiah pun tak apa!
Pada usia begini, adanya dia lagi disisi saya, saat ini, sudah lebih dari memadai.

"Ya Allah, kekalkan kami dalam cinta dan redaMU demi kebahagiaan dunia dan akhirat.
 Jadikan rumah tangga kami sebagai syurga dunia buat kami sekeluarga. Amiinn ..."

12 April 2012

Here comes Bucket List ...

Biasanya setiap kali menyambut tahun baru, pastinya juga ada resolusi tahun baru
Tapi tidak saya ... sebab
Resolusi baru saya akan dibuat pada ... setiap 12 April
Hari saya bertambah usia, semakin matang aka tua ... semakin mantop!!
Itu stail saya ...
Bila imbas kembali ... resolusi2 diri yg terpahat kemas dlm dakapan diari2
Saya gelak sendiri ...
~ Ada yg tercapai (biasaya 10% je ... huhu)
~ Ada yg diulang2 (sebab tak berjaya2 capainya ...)
~ Ada yg saya boleh buat tp asyik dok 'TUNGGU DULU ....'
~ Ada yg kena 'strike-out' terus kerana dah tak sesuai lagi ... (dgn usialah tu!)
~ Ada yg kena 'carry foward' ke tahun depannya (dgn harapan akan buat ...)
Itu antaranya ...
Tahun ini ... dihari ulangtahun kelahiran yg sudah melebihi 5 siri ni,
Tak nak buat resolusi lagi (bukan merajuk) ... tapi nak buat 'bucket list' pula!!!
Usia yg makin 'lama' ni ... masa bukan menunggu kita
Jadi nak usaha buat perkara2 yg saya suka dan idamkan, B4 I expire ...
OK ... I'm off to do 'MY BUCKET LIST'
Happy Birthday To Me .... 
(^_^)

"Ya Allah Yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,
Engkau Jua Yg Maha Mengetahui apa yg tersirat dihati ini ..."

11 April 2012

Amar - Teori Cuti Sakit

Berikut ialah teori cuti sakit Prof. Amar:
"Kalau kita demam 2 hari ... kita kena cuti 3 hari!!"
????
Jelas Prof. Amar lagi, "1 hari lagi tu ialah untuk segarkan diri selepas demam!!!!"
HA HA HA ... (gelak besar ni!)
(>_<)  (O_O)  (^_^)


p.s. kes dia demam 2 hari lepas

09 April 2012

Rumah ... awal bulan ke 4

04.04.2012

07.04.2012
Dah mula nampak bentuk rumah kami ...
Bilik2, ruang dapur, tandas dah nampak rupa ...
Bingkai pintu/jendela (frame) dah pasang separuh ... nampak tak yg bilik depan tu?
Makin seronok dan teruja ...
Sebelum ni, kalau tengok rumah2 dalam pembinaan ... tak der makna! Hehe ...
Sekarang ... siap dok 'compare'2 dgn rumah kami.
"Oh! Dia punya dah naik bumbung ..."
"Eh! Kita nak pasang tiang macam tu ke?"
"Wah! Lawalah daun pintu dan jendela rumah tu ..."
"Warna rumah tu lawa jugak!"
"Pagar camtu pun 'nice' .."
Itu antaranya butir2 bicara kami, p.s. saya terutamanya ...(^_^)
Oh ... harga simen naik lagi. Huhu ...
Memandangkan kami 'novice' lagi dlm beli sendiri barang2, kami;
~ tanya mereka2 yg dah berpengalaman.
~ cari, lawat dan bandingkan kualiti & harga produk seblm pilih.
Contohnya:
Tukang rumah amat berpuas hati dgn kualiti & hasil kerja bingkai pintu & jendela yg kami tempah. Harganya pun murah! Ehem ... hasil usaha 'survey' sayalah tu melalui 'Mudah.my'. Tapi sebelum tu, kami gi tengok dulu 'sample' produk dan 'worksyop' dia (pastikan betul2 wujud). The rest is history ...

"Ya Allah, Kau permudahkan dan lancarkanlah segala urusan pembinaan rumah kami. 
Kau berkatilah niat kami untuk mempunyai rumah yg baik dan selesa. Amiinn ..."

08 April 2012

Main Layang-Layang

Hujung minggu, Sabtu 07 April 2012.
Ecu (adik Mama) bawa Muaz, Amar dan Mok ke PCB (Pantai Cahaya Bulan).
... main layang-layang. 

Dah sampai. Wah! Ramainya orang ...

Wau yg berwarna-warni ... banyaknya!

Amar tgh memikir pilihan hati  (^_^)

Adik cuba dulu ...
Muaz pula ...

Mok pun nak main juga ... hehe

Tinggi jugak wau kami ...

Best!!! (Adik skema tol posing ...)
"Ecu ... nanti kita gi main layang-layang lagi k!"

Nota: 
~ Pantai Cahaya Bulan (dulu dikenali sbg Pantai Cinta Berahi) lebih dikenali sbg PCB
~ terletak lebihkurang 10 km dari Kota Bharu
~ sejarah: tempat pendaratan tentera Jepun pada Perang Dunia II
~ perjalanan ke sana akan melalui kg2 tradisional yg terkenal dgn pembuatan batik, songket dan wau.
~ penginapan: resort, chalet dan homestay
~ makanan: restoren & gerai yg menjual pelbagai makanan & minuman terutamanya colek ikan, sotong, ketam, udang goreng bersalut tepung dan kepok gote (keropok lekor Kelate ~ guna tepung kanji, kepok lekor Ganu ~ guna tepung sagu).


Selain layang-layang, 'main ular' juga antara tarikan di sini:
Orang ramai kat belakang tu sedang berkerumun lihat
'Orang Jual Ubat' main ular sbg pelaris.

07 April 2012

Bersyukur ...

Senario menjelang solat Jumaat ...  
~ Pemandu kereta 'biasa2', 'parking' sebelah kereta 'mewah'',
"Alangkah seronoknya kalau aku dapat memiliki kereta macam tu ..."
~ Penunggang motosikal sewaktu berselisih dengan kereta 'biasa2',
"Bilalah aku dapat beli kereta ... memandu dlm 'ekon' sambil dengar 'radio'!"
~ Yang kayuh basikal, memandang penunggang motosikal yg 'overtake' dia tadi ...,
"Kalau ada motosikal, cepat sampai. Tak lah berpeluh2 cam ni."
~ Seorang pakcik tua, berjalan kaki, antara jemaah yg berpusu2 ke masjid,
"Alhamdulillah aku masih ada kaki, dapat menapak ke masjid ini lagi ...!"

Masjid Zahir, Alor Setar - Masjid tertua di Kedah
Masjid Kg. Laut, Nilam Puri, Kelantan
Masjid kayu tertua di Malaysia
foto kredit: Wan Mohd Tarmizi

Renungkan kata2 William James (ahli psikologi dari A.Syarikat):
"Sungguh kita manusia selalu memikirkan apa yg kita tidak miliki, dan tidak berterima kasih kepada Tuhan atas apa yg telah kita miliki. Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya, dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yg kita miliki, namun kita tidak pernah merasai beruntung atas kelebihan yg kita miliki."

Sedangkan Rasulullah s.a.w. sentiasa berdoa, maksudnya;
"Aku berlindung kepada Allah dari jiwa yang tidak pernah merasa puas."

Allah S.N.W. berfirman;
... jika kamu mahu bersyukur (atas nikmatKu), nescaya akan Ku tambahkan (nikmatKu) kepada kalian ... (Ibrahim:7)

06 April 2012

Lapang sebelum sibuk ...


Semalam dapat sms dari teman anak di Ipoh (p.s. tiba2 rindu suasana di Ipoh ...)
Dia bertanya khabar kami di sini, lalu saya bertanya khabar dia di sana.
Katanya belum kerja lagi. Akur permintaan ibunya agar tunggu lepas konvo nanti (Okt.).
Anak yg baik ... manafaatkanlah masa lapang ini sebelum sibuk pabila bekerja nanti.
Ini hakikat yg benar .... teringat anak2 Mama yg dah kerja.
Masa belum kerja, duduk terperap kat rumah dulu ... 
"Lambatnya dapat kerja", "Boringlah dok rumah saja2", "Best lah kawan2 yg dah kerja .."
Sekarang ... dah kerja,
"Rasa nak berhenti kerja ... sibuk sangat!", "Best lah kalau dapat cuti lama2", "Seronok tengok adik, relax jer kat rumah ..." 
Itu antaranya ... 
Buat N, buat diri Mama juga dan anak2 Mama ;
Hargailah masa lapang sebelum sibuk. Hargailah segala nikmat yg Allah S.N.W. kurniakan.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:
"Lihatlah kepada orang yg lebih bawah daripada kamu,
dan janganlah kamu melihat yg lebih tinggi daripada kamu;
ianya lebih wajar, agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah."
(HR: Muslim)

Semoga Allah S.N.W. kurniakan N rezeki yg halal, luas dan berkat (InsyaAllah kerana patuh pada kemahuan ibubapa ... anak yg solehah). Amiinn ...

05 April 2012

Kopi - Mum-to-be

Lately Kopi not her jovial self.
No 'play2' like before ...
She's always hungry ...
Extra 'manja' and want to 'cuddly2' 
She always resting & nap a lot too ... 


Then we noticed her quite bigger belly ...
(O_O) Is she expecting?

Mama .. see my bloated tummy!
Hmm ... lets do some calculation here;
We found her, a wobbly tuxie in November 2011 ...
Our guess ... that time she's barely a month old.
Now its April 2012, meaning she's 5 months old!
Ho ho ...Milo must had married Kopi secretly (hehe ...)
Poor Kopi ... in human years she's probably 9/10 yrs old & Milo, 17/18 yrs old! 
Teen parents ... and I'm going to be a Grandmeow .... !!!

03 April 2012

Demam ... yg bermusim

Demam pun ada musim?
Demam bukan sebarang demam ni ...
Demam yg berjangkit ... satu rumah, satu sekolah, satu kampung
Ia menjalar ... nak2 zaman sekarang. Lagi cepat berjangkit.
Kalau demam yg satu ni, satu dunia woh!
Demam apa ke bendanya ni yg Mama cakap ...
Hehe ... DEMAM SUKAN daa!!!
Yg satu dunia tu ... demam bola lah! (kaya kau ASTRO...)
Laani ... Muaz dan Amar kena demam AXIATA!!
Tiap2 petang main badminton. Dah jangkit pun pada anak2 jiran depan rumah ...
Semalam siap tayang reket baru mereka ...
Mama pun main juga tiap2 petang ... Ayahnya pun kalau ada masa.
Kira cam 'exercise' dan 'bonding-time' dgn keluarga ...
Oh ya ... Amar cakap, "Adik nak jadi sehebat Lee Chong Wei ...!"

Amar vs Mok
p.s. nenek Amar ni umurnya 70 tahun.
Wakil sekolah masa muda2 dulu ...
Harap2 bakat Mok mengalir ke cucu dia.

02 April 2012

Bila Rasa Susah ...

Bila isteri tak kerja ... hubby pula makan gaji dgn gomen je ...
Bila anak2 berderet ... ada 'baby', sekolah rendah, sekolah menengah dan U ...
Bila bercuti balik kampung tak kira cuti sekolah atau raya ...
Bila pergi bercuti makan angin sekali sekala ...
Bila awal tahun sekolah nak buka atau semester baru ...
Bila kereta tiba2 meragam ... tengah2 bulan pula!
Dan fulus ... ngam2 buat belanja sehari dua ...
Gaji? ... lambat lagi rasanya ...
Baru terasa betapa semputnya ...
Baru teringatkan mereka2 yg miskin dan susah ...
Baru sedar langit tinggi rendah ...
Mujur ada anak2 ... 
"Boleh Ayah pinjam duit raya/tabung haji kamu dulu???"
(p.s. bukan selalu ... sekali sekali je)
  

01 April 2012

Amar ...Jangan Kacau

Memori 2007 - Amar 3 tahun. Suka cakap sorang2.
Mula2 dulu tak berapa jelas perkataan2 yg dia guna. Kemudiannya dengar dia kerap guna perkataan "Alhamdulillah" dan "Buat semula!" bila dia cakap sorang2.
Kadang2 dia macam dalam dunia dia sendiri ... duduk diam aje. Tanpa bercakap.
Kalau kita tanya, "Adik buat apa tu?".
Dia tak jawab. Pastu kalau kita tanya lagi berulangkali, dia marah.
Dia cakap," Adik sedang cakap dgn Adik lah! Jangan kacau ..." Huhu ..
Dan, pastinya 'ladybird','semut', 'meow' yg buat kalau dia yg bersalah!

'Fast foward 2012' - Amar 9 tahun. Dah jadi 'chatter box' pula. Hehe ..
Balik dari sekolah, ada saja cerita ...
Kalau dia senyap, serius je ... masam mencuka, sah ada masaalah!
Pun kalau kita tanya ... pujuk2 sikit, habis keluar segala rahsia. Haha ..
Cam 'murai tercabut ekor' dia bercerita.
Dari masaalah 'tugas pengawas' dia (opps ... Amar masih jadi pengawas lagi ^_^, dah kensel perletakkan jawatan hari tu. Cikgu pujuk!), cerita budak pompuan darjah 5 nak 'ngurat' dia (kahkah ..) hingga ke cerita ustaz kata 'I luv U' kat bini dia dlm telefon & cikgu matematiknya yg makin cantik selepas bersalin!!! (O_O')
(p.s. hinggakan abangnya Muaz kadang2 suruh Amar berhenti cakap ... )

Dan dia amat suka melukis ... dan ianya ber'evolusi'.
Dari Transformers - Ben 10 - Ultramans - Digimons - Gundams & terkini Dragon Balls!!
Saya simpan lukisan2 dia ... satu hari dia pasti ketawa lihat lukisan2 dia dulu.
Dan yg satu ini ... ianya benar2 membuat saya terpegun (bukan bermaksud memuji).
Apakah yg sedang bermain dlm fikiran dia masa melukisnya ... !!?