Pages

Labels

Ceritalah (245) Me (144) diari ibu (137) kucing (69) Amar (62) Pesanan (62) Resipi (62) Rumah Biasa2 (36) Kebun Biasa2 (33) Yg Tersirat/Tersurat (30) cerita lama (21) Jalan-jalan (17) Jodoh (17) 3R (14) Lawak sikit (9) Puasa (8) PETUA (5) Rumah WM (5) Cucu (4) Lukislah anakku (4) Haji (3) Migraine and I (3) Kawan (2) ipoh (2) Nature (1)

31 March 2012

Menoleh kebelakang - 2009

Sesungguhnya 2009 tahun kedukaan dan juga kegembiraan. Mengingatinya ... lelah terasa. Bagaimanalah kami upaya hadapinya ... Maha Suci Allah ... tidak diberi NYA dugaan dan kurniaan melainkan ada hikmah dalamnya ... yg tersurat & tersirat. Syukur juga dengan kurniaan 'mudah lupa' dari NYA, jika tidak pasti kami berterusan lemas dalam kedukaan dan kegembiraan yg berpanjangan. Tahun rentetan peristiwa yg menuntut banyak pengorbanan rasa, masa, harta dan kudrat kami.

Mac - Ayah tercinta meninggal dunia, strok kali ketiga pada usia 71 tahun. Kali ini faktor usia tidak meyebelahinya. Seminggu kami dikampung, ulangalik ke hospital ... adik beradik semua balik, bergilir2 jaga Ayah hinggalah dia menghembuskan nafasnya.

Mei - Anak kedua pula menyusul, pada usia muda, 25 tahun. Hanya demam biasa penyebabnya. Tapi dua minggu sebelum itu dia telefon saya beritahu dia mimpi arwah datuknya datang ziarahi dia. Bagaimana datuknya mengusap dgn penuh kasih sayang kepala dia, yg diletakkan diribaan datuknya. Memang dia rapat dgn datuknya. Dia cakap dia rindu sangat pada datuknya dan dia mahu ikut datuknya ke sana ... Rupanya itu semua petanda. (Sehingga kini saya sedih bila ingati saat2 pemergiannya, apatah lagi utk bercerita ... pasti bergetar & berdebar dada).

Ogos - 2hb. suami tiba2 dapat arahan bertukar ke Kelantan (ianya memang kami idamkan, tp bukanlah secepat itu) walhal dia baru setahun pindah ke pejabat diSeberang Jaya . Maka tinggallah saya dgn anak kelima & keenam di Kepala Batas (anak kelima akan duduki UPSR September nanti). Tuhan saja Maha Mengetahui perasaan dan hati saya ketika itu. Luka dan rindu kehilangan ayah dan anak masih belum reda, kini terpaksa berpisah pula dgn suami. Memang saya 'stress' sangat dalam tempoh 2 bulan pertama perpisahan itu (anak & suami) ... hingga perlu mengambil ubat penenang. Hanya dengan mengingatiNYA saya  dapat bertahan, mengubat lara dan duka dgn ayat2 suci Kalam Allah. Juga kerana memikirkan Muaz dan Amar yg masih anak2. Saya kuat kerana mereka!
3hb.- Dan Allah Maha Pengasih, dapat berita anak keempat, Anas dapat buat praktikum di Seberang Jaya hingga akhir tahun. Alhamdulillah ... Kemudian,
8hb. - Konvo anak ketiga (our only doter). Saya gembira kerana kami sekeluarga dapat berkumpul bersama ... suami, Abe, K.Cik, Anas, & kami bertiga. Terubat segala rindu. Pun begitu ... kami juga sedih kerana Angah tiada bersama berkongsi kegembiraan satu2nya adik perempuan dia.

November - 19hb., Alhamdulillah, Muaz (anak kelima) berjaya cemerlang dlm UPSR. Pemergian dua insan tersayang menyebabkan dia banyak 'bercuti' dari hadiri kelas. Ketika saya berjumpa Guru Kelasnya, beliau  mengatakan Muaz semakin pendiam tetapi tetap ok dalam pembelajaran. Rupa2nya dia lebih cekal dan kuat dari apa yg kami jangkakan. Kami tidak dapat menduga kesedihan dia kerana dia tidak pernah tunjukkannya (atau mungkin saya yg tidak peka kerana terlalu tenggelam dlm kedukaan saya sendiri).
22hb.- kami akhirnya pindah ke Kelantan. Pada hari perpisahan, ramainya jiran2 yg datang ucap selamat tinggal. Mereka kata inilah suasana perpisahan yg paling meriah! (Ya ... saya masih rindukan suasana di sana).

Disember - Bulan kelamkabut ... bulan 'unpack' barang2, daftar anak2 ke sekolah baru, bulan anak sulung, Abe kawin, 19hb. (sebelah perempuan) dan 25hb. (sebelah kami). Memang saya dan suami bagai 'lipas kudung', hilang segala kedukaan dek lelah berkejar ke sana sini. Majlis Kesyukuran perkahwinan Abe diadakan dirumah neneknya dikg kerana rumah sewa kami masih macam 'tongkang pecah!'. Berada di kampong halaman sendiri ada hikmaynya. Kehadiran dan pertolongan saudara maralah penyelamat segala ... kami amat2 menghargainya. Syukur juga kerana hari tersebut cuaca elok hingga ke petang walaupun ketika itu musim tengkujuh.

Begitulah Allah SNW mengatur perjalanan hidup hamba2NYA ... ianya amat jelas jika kita memikirkannya. Tetapi menjadi sempit dan susah jika kita berkeluh kesah dengan sedikit rintangan. Bersedih dan berduka adalah lumrah dan fitrah manusia bila menerima ujian kematian atau kegagalan atau penindasan. Pun begitu usah putus asa dengan DIA ... pasrah dan reda! Pasti ada jalur cahaya dihujungnya ....

Allah SNW berfirman;
... boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(Al-Baqarah:216)

30 March 2012

Orang Baru ... Orang Lama

Petang tadi ziarahi 'orang baru' dalam keluarga anak buah suami. Ini anak ke lima mereka.
"Perempuan lagi ...." keluh suami. Anak lelakinya dikepit 2 orang kakak dan 2 orang adik perempuan!
"Terbalik pula kita. Saya sorang perempuan jer ... juga yg ke 3" kata suami.
Kami sama-sama ketawa. Lelaki, perempuan ... tiada beza. Semuanya anugerah dari NYA.
Amanah buat kita ... ibu bapa mereka. Saya doakan Zara (orang baru) kelak akan jadi Muslimah dan anak yg solehah. Amiinn ...
Otw balik, saya tiba2 terasa nak rai 'orang lama' (ibu mertua yg berusia 93 tahun) yg dah seminggu bersama kami di PM. Kebelakangan ni, Mok tidak berselera makan, lebih2 lagi sebelah malam. Tepat rupanya telahan saya. Sebaik sampai, Mok beritahu malam ni dia rasa nak makan benda2 'kokse' (makanan selain nasi). Bila Muaz hidangkan seketul ayam KFC ... Mok seronok "Lamo doh tok make aye ni* .. feberet Mok ni!" Haha ... Mok 'speaking' lagi ... Walaupun Mok 'orang lama' tapi jgn tak tahu, siaran kegemaran Mok ialah Berita Dunia!! (^_^)
p.s. Mok dah tidur lena .... 
* "Dah lama tak makan ayam ni ..."

28 March 2012

Betullah Tu ...


Saya rasa Mat Salleh ni nak 'short-form'kan  perkataan 'Accurate Checking'
Sudahnya ~ Accu-Chek
Kalu oghe Kelate, 'Accu cek' tu maknanya 'Cuba Uji'!
Betullah tu ... 
Ni dah kira cam promosi 'free' ... hehe

27 March 2012

SOAL HATI ...

Lagu ini suami dedikasikan khas buat saya kerana dia tidak pandai dgn kata2.
Semasa ulangtahun perkahwinan kami yg ke 5 (kini dah 29 tahun).
Jom kita hayati lirik lagu ... (p.s. saya x pandai upload U-Tubenya ... boleh tengoknya, lebih syahdu!)

Headwind - Segalanya Mungkin

Malam siang kulalui dgn debaran dihati
Pengalaman teman2 membuat ku rasa bimbang
Di dalam kehidupan
Segalanya ... berkemungkinan
Hari ini aku tahu kau tak meragui ku
Kerna telah jadi bukti ku setia pada janji
Tetapi esok hari
Tak tahu apa kan terjadi

Ku ingin pertahankan  .. sebuah kejujuran
Inginku bersamamu ke akhir hayatku
Namunku tak berani
Berjanji dengan pasti
Kita hanya merancang
Tuhan yang menentukan

Jangan kau salah mengerti
Dengan pengakuan ini
Usah disalah tafsirkan
Bukan ku tak sayang ...
Ku mahu kau menginsafi
Dalam kehidupan ini
Segala berkemungkinan
Itu terjadi ...

Lalu lirik di atas saya hayati kembali ...
Setiap kali suami berceritakan tentang kawan2 sebaya dia yg berubah hati ..
Terpaut pada wanita jauh lebih muda, ada baya anak sendiri ...
Tanpa mengira isteri orang ... lagilah anak dara sunti!
Suami cuma mengatakan, dia takut untuk mengata ... mengapa itu semua terjadi?
Mungkin ada sebabnya ... hanya yg empunya diri mengerti!
Dia takut terkena dirinya ... siapalah dapat menduga? Ini soal hati ..
Tapi ... dia mahu saya yakin, dia tak mahu itu semua terjadi.
Dia menghargai perkahwinan kami ..
Dia tidak rela kehilangan kasih sayang saya & anak2 di usia senja begini.
InsyaAllah ... dia setia!
InsyaAllah ... jawab saya!

26 March 2012

Status ... seorang perempuan

Sebaik tercipta zat kehidupan dlm rahim ibu
Status seorang hamba Allah tercipta.
Sebaik dilahirkan.
Status anak pun bermula.
Sebaik ibu lahirkan adik2 kita.
Status kakak pula miliknya.
Sebaik kita dikahwinkan.
Status isteri kepada seorang suami tercinta.
Sebaik melahirkan anak.
Status seorang ibu pula, syukur padaNYA.
Sebaik mendapat menantu.
Status ibu mertua, gembira.
Sebaik dianugerahkan cucu.
Status seorang nenek, bahagianya.
Sekiranya kita kehilangan dia, suami tercinta.
Status kini seorang janda.
Sekiranya kita sendiri yg meninggalkan dunia fana ini ...
Statusnya ... allahyarhamah.
Ianya pasti tidak sama dgn gelaran puan sri, datin, hajjah, prof, dr., ir, ceo, cikgu, dsbnya ....

Firman Allah S.W.T. maksudnya;
"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu
pakaian utk menutupi auratmu dan pakaian indah utk perhiasan.
Dan pakaian takwa itulah yg paling baik.
Yg demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah,
mudah-mudahan mereka selalu ingat."
al-A'raf:26

Saidatina Aishah r.a. berkata; 
"Aku pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., 
siapakah manusia yg lebih besar haknya terhadap perempuan?"
Jawab Baginda;" Suaminya."
Tanyaku lagi; "Siapa pula terhadap lelaki?" 
Jawab Rasulullah s.a.w.; "Ibunya."

25 March 2012

Best Buddies

Milo & Kopi - best buddies? 
Seeing is believing ... (^_^)

Sifu & Mentor

Hunting
Playing

Gosipping

Napping
Mama: Oh! So sweet ....

Sup Ekor ... resipi Mak

lupa nak hias ... hehe
Kebetulan Mak bermalam di rumah.
Kebetulan suami bawa balik ekor lembu ...
Kebetulan dah lama tak makan sup yg Mak buat ... ('last',  Raya Korban lalu)
Maka bukan kebetulanlah Sup Ekor jadi menu kami hari Jumaat lepas.
Ni resipi Mak ... Mak spt biasa main campak2 je bahan2nya.
Tapi kali ni saya perhati betul2 ... lebihkurang beginilah resispinya;

Bahan2 A:
1.5 kg ekor lembu/tulang
10 cm halia - ketuk/hiris halus
5 biji buah pelaga
4 keping bunga lawang
1 sudu besar lada hitam - tumbuk sedikit
2 kpg kulit kayu manis (@ 5 cm)
5 cm lengkuas - ketuk/hiris nipis
1 biji bawang besar - mayang
4 ulas bawang putih - dititik
5 biji bawang merah - tumbuk halus
1 ikat rempah sup bunjut (saya guna Adabi)
* jika suka masukkan ubi kentang & lobak merah

Bahan2 tumis - B:
3 ulas bawang putih (jgn buang kulit) - ketuk
3 cm kulit kayu manis
1 keping bunga lawang

Untuk hiasan:
Hirisan daun bawang
Hirisan cili padi
Bawang goreng
Hirisan limau nipis

Cara2nya:
1. Rebus ekor lembu/tulang hingga empuk.
2. Kemudian masukkan semua bahan A. Setelah mendidih, masukkan daun sup dan garam secukup rasa.
3. Tumis bahan2 B hingga kekuningan & masukkan ke dalam sup tadi. Tutup dgn  tudung periuk cepat2 agar bau tumisan sebati dgn sup. Biarkan sebentar.
4. Tabur bahan2 hiasan & semasa menghidang.

(p.s. Jika tidak suka lemak ... rebus sahaja dahulu & biarkan semalaman. Esoknya buang lemak2 yg beku dan masaklah sepeti biasa).
Tapi sekali sekala pekena sup ekor/tulang begini rasa2nya tak ape kot ...!!? (^_^)

23 March 2012

Rumah ... bulan ke 3 minggu 3

17.03.2012
Boss kecik lawat tapak ^_^

22.03.2012
Big Boss senyum lebar - puashati progres & kualiti kerja
Kami makin teruja bila lihat tiang rumah dan sebahagian dinding dah naik. Kami tak pasti progres kerja ini cepat atau sebaliknya ... tapi Tukang Rumah cakap, anggaran tarikh siap ialah bulan 3 tahun depan! Kami mengharapkan lebih cepat dari tarikh itu ... InsyaAllah.

Kerja2 'survey' dipihak kami juga semakin kerap ... survey barangan2 yg akan dipasang nanti. Tingkap & pintu, jubin, sinki, peralatan tandas dll. Kami (p.s. sebenarnya saya, ^_^) dah mula memikirkan warna cat untuk rumah kami, warna untuk bilik, ruang makan, tamu  .... + 'warnings' dari anak2 warna2 yg mereka 'reject!'. Warna jubin pun mustahak jugak ... nak 'matching' dgn warna dinding, kabinet  ... Wah!! Banyaknye kena fikir!!! Suami 'cool' aje. Dia serahkan semua itu pada saya ... dia cuma sedia $$$$ saja! Dah mula pening ...

Moga Allah permudahkan dan lancarkan urusan pembinaan rumah biasa2 kami ini ... Aminn.

22 March 2012

Kelainan ... Kiki & Kaka

Kebiasaannya - ke mana sahaja kami berpindah, pasti ada saja kucing yg akan 'adopt' kami. Di Kuantan, kami ada Sofy, Bella & Momoi. Di Pasir Puteh, Kapten & Spice. Di Ipoh - Potam, Borem, Fubu, Twinkle & Vanilla (rekod). Sekarang, di Pasir Mas - Milo & Kopi.

Tetapi satu kelainan pula semasa kami menetap di Kepala Batas. Ramai juga kucing2 yg datang 'survey', tapi entah mengapa, mereka tidak mahu 'adopt' kami ... kami pun agak hairan juga. Tapi setiap pagi pasti banyak burung2 pipit singgah di laman kami. Mama terhibur lihat gelagat & celoteh comel mereka. Lalu, Mama lemparkan cebisan2 roti ke laman rumah. Berebut2 mereka makannya. Mama juga sediakan bekas kecil berisi air ...
 
Rutin Mama itu turut menarik perhatian sepasang burung tiung, yg kemudiannya turut jadi pengunjung tetap laman kami setiap pagi. Lama2 Mama berikan mereka nama, Kiki dan Kaka. Bila Mama panggil dgn nama tu, mereka akan mendekati ... tapi masih 'Jinak2 Merpati'. Bila Mama hulur tangan, mereka menjauhi ... Kadang2 Mama akan panggil mereka dari dlm rumah, belakang pintu kaca ... mereka akan mendekati. Sebaik saja Mama buka pintu perlahan2, mereka cepat2 terbang menjauhi ...

Begitulah hubungan Mama dengan Kiki & Kaka. Hanya melalui tabir pintu kaca ...  Biarlah gitu, bisik hati Mama. Kalau kami pindah lagi, Kiki dan Kaka akan tahu cari makan sendiri ... manusia bukan semua boleh dipercayai (perasan .. hehe). Mama tidak tahu samaada Kiki & Kaka mengerti ucapan 'Selamat Tinggal' sehari sebelum kami berpindah ke Kelantan?! Kini, setiap kali terlihat sepasang burung tiung di Pasir mas, Mama pasti rindukan Kiki & Kaka ...

Ianya bermula begini

Kiki dan Kaka - penyeri pagi2 Mama

Hello Mama! Mana roti kami?

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:
"Berbuat ihsan pada setiap roh yg masih hidup terdapat ganjarannya."
(HR al-Bukahri dan Muslim)

21 March 2012

Beautifully Imperfect ...


Nak kongsi satu cerita buat renungan (dah tua2 ni tak ingat pula mana saya baca atau dengarnya & nama2 di bawah bukan nama sebenar ...), lebih kurang begini ...

Isteri Pak Mat adalah seorang yg amat garang. Setiap hari ada saja perbuatan atau kata2 Pak Mat yg menjadi punca Mak Kiah marah. Ada saja yg tak kena, ada saja benda yg membuatkan Mak Kiah berleter dan marah2. Kalau Pak Mat beli ikan, ada saja yg tak kena dgn ikan tu ... kecik la ... sikit la ... Kalau Pat Mat lewat balik, kena soalsiasat mengalahkan FBI. Kalau Pat Mat tak tolong tengokkan anak2 buat kerja sekolah ... pasang telingalah Pak Mat sampai waktu nak tidur pun. Begitulah dari mula2 kawin sampai dah beranak cucu.
Satu hari Pak Mat yg tak pernah sakit, telah ditimpa sakit yg agak berat. Berhari2 Pak Mat tak dapat pergi kerja dan terlantar di tempat tidur. Pak Mat walaupun sakit, gembira sangat. Senyuman sentiasa dibibir setiap kali orang datang berziarah. Anak2 yg tidak lagi tinggal bersama2 pun heran ... "Kalau tahu macam ni, Ayah nak sakit hari2!". Rupa2nya ... sejak Pak Mat sakit, Mak Kiah  telah berubah laku 100%, U-turn gitu.
Pak Mat dilayan ibarat raja. Makan bersuap, apa saja yg Pak Mat rungutkan ... Mak Kiah cepat2 turuti. Mat Kiah sentiasa disisi Pak Mat ... tak lekang. Suara Mak Kiah penuh sopan dan lemah lembut. Memang Pak Mat bahagia ... Tetapi sebaik Pat Mat sihat, Mak Kiah kembali kepada perangai asalnya. Suka marah2 dan membebel ...
Ajal maut jodoh pertemuan ditangan Allah.snw. Tak lama selepas itu Mak Kiah tiba2 jatuh sakit dan meninggal dunia. Pak Mat memuji2 arwah isterinya yg walaupun garang, tak pernah abaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu. Dan apa yg Pak Mat ulang2 beritahu sesiapa yg ziarahinya?
Dia teramat rindu utk mendengar suara bebelan dan marah2 isterinya ....


Lalu mengingatkan saya kepada nukilan oleh Allahyarham Yasmin Ahmad dlm U-Tube 'Funeral'. Antara petikan kata2 yg mengesankan saya ...
" ... In the end (when the one you love passed away), its these small things that you remember, little imperfections (their snoring, their leave everywhere things, their 'earthquake' sneezing ... etc) that make them perfect for you ... "

Daripada Abdullah bin Abbas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Dua nikmat yg ramai manusia terpedaya dengannya;
sihat dan kelapangan."
(HR Al-Bukhari)


Pesanan: 
Selagi ada masa sihat dan masa lapang ..
~ hargailah ibubapa, pasangan, anak2 ... zahirkan 
~ hubungilah, ziarahilah rakan2 lama, sanak saudara yg ingin ditemui
Jgn kita menyesal kelak ... bila mereka telah tiada!

Subhanallah,  Alhamdulillah,  Allahhuakbar
Allah humma solli ala Saiyyidina Muhammad

20 March 2012

Lu Fikirlah Sendiri ...

Inilah cara bawa sampah yg menjadi ikutan agak ramai orang sekarang ... trendy gitu!!
Saya tak tahu apa 'reasons' mereka pilih cara ni, tapi saya agak ianya cara yg,
- Cepat coz tak payah susah2 buka bonet kereta.
- Tak ada odor bucuk dlm kete. (ye lah tu ... org lain keliling awak pula dok nyedutnya!)

Sekiranya mereka merasakan mereka 'think smart work smart' guna cara ini. Mungkin!
Jika sampah tu sampai ke destinasinya ~ yakni tong sampah!!
(p.s. Pun ada jugak yg tidak betul2 masuk ke dalam tong sampah! Main lempar aje ke arah tong sampah ... itu kerja orang yg angkut sampahla!! Ishk ... ishk ...)
DAN ... banyak juga kes sampah tu bergolek jatuh atas jalanraya. Bukannya awak berhenti kutip pun ... Nyudahnya bersepai & berteraburlah segala jenis isi 'sampah' dari rumah awak tu kena langgar kat kenderaan2 dibelakang. Tunggang langgang orang belakang & pengguna2 lain mengelak sampah2 awak tu. Silap haribulan boleh jadi penyebab kemalangan jalanraya pulak. Busuk, geli ... usah cakap. Dapat sumpah seranah lagi "GILA! BODOH! TAK DER OTAK!MENGONG!" ... itu antaranya. Kalau cukup 40 orang? ... Naauzubillah!!!
(p.s.s adakah ini antara penyebab ramai orang 'gila, bodoh, takder otak, mengong' sekarang ini? Kalau guna cara ini, berhati2lah. Jangan biarkan diri sendiri jadi punca sumpah seranah ... Bak kata Nabil dalam movie ~ Lu Fikirlah Sendiri!)

Amal Yang Sama Dgn Sedekah: 
Abu Hurairah ra melapurkan Rasulullah saw bersabda,
"Setiap anggota tubuh manusia wajib bersedekah, setiap hari apabila matahari terbit.
Jika engkau mendamaikan 2 org yg bergaduh, adalah sedekah.
Engkau menolong seseorang berkenderaan, engkau bantu dia utk naik kenderaanya
atau mengangkat barangannya, juga sedekah.
Ucapan yg baik juga sedekah.
Setiap langkah ketika engkau berjalan menuju ke masjid utk solat juga sedekah.
Dan menghilangkan gangguan dari atas jalan juga sedekah."
(HR Bukhari dan Muslim)

19 March 2012

Mana Lebih Baik?


Notis yg diterima semalam ...

Mesin basuh sdg ligat beroperasi ... nasi dah letak.
Sempat lg buat N3 ni ...
Nak tanya ... mana lebih baik -
Takder bekalan elektrik atau takder bekalan air???


p.s. Harap2 hari ni tak panas terik!! InsyaAllah ....

18 March 2012

Ikan singgang utk sarapan pagi?

Dah tak tahu nak sarapan apa ... tekak dah tak lalu (tak teringin) asyik2 sarapan
~ nasi berlauk, nasi dagang, nasi kerabu, nasi lemak
(p.s. oghe Kelate tak lengkap kalau tak pekena nasi pagi2 ... cam wajib!)
Senang jadi budak2. Muaz & Amar ... cornflakes, roti bakar, sosej ~ dah memadai
Cuti sekolah ~ tengahari hingga petang ~ gulai kawah kenduri kawin yg tak putus2
'Oh my cholesterol'!!! (tak per tak per ... appoinment lambat lg!! huhu)
Udahnya ... beginilah pilihan hidangan sarapan pagi kebelakangan ni orang lama cam kami!

Ikan singgang, ulam timun, sambal ikan mangga muda & omelet kerutup
(p.s. lebihan kuah kerutup yg sayang nak buang)
Hidangan yg 'simple', senang, lengkap tapi padahnya ...
Bertambah2 pulak makan nasinya ...
Oh kalori!!!!
(p.s.s. tu belum masuk budu + tempoyak & ulaman lain lagi ... hehe)

16 March 2012

Mimpi Amar ...

Awal pagi ini Amar memberitahu saya, "Semalam Adik mimpi Malaikat tidur sebelah Adik."
Belum sempat saya tanya, dia dah bercerita.
"Malaikat tu pakai uniform cam polis tapi warna putih. Mata dia bulat, comel & warna biru. Dia pegang tongkat. Dia bisik kat Adik, Amar! Bangun solat subuh ... banyak kali! Pastu ada syaitan sebelah kiri Adik bisik, Amar! Tidur ... tidur .... Syaitan tu warna hitam, ada ekor yg tajam kat hujung. Dia pegang tongkat yg cabang tiga kat hujung cam dlm cerita tu. Telinga dia serupa toyol. Mata dia merah sangat. Pastu, malaikat pukul syaitan dengan tongkat dia. Adik pun sedar!"
"Alhamdulillah Adik dapat mimpi macam tu. Sebab baca doa tidurlah tu, jadi malaikat kejutkan Adik supaya solat Subuh!"
"Tapi Mama, sebelum tidur semalam Adik doa nak dapat mimpi indah! Ingat dapat mimpi jadi Super Saiya!!"
Hehe ...Amar Amar ... terpengaruh dengan cerita Dragon Ball lah tu.
"Betul Mama, hari tu Adik doa nak mimpi jadi Gundam ... Adik mimpi betul jadi Gundam. Semalam sebab Adik doa nak dapat mimpi indah aje kot ... malam ni nak doa mimpi jadi Super Saiya!!"

p.s. Mama nak mimpi gi Korea lah ...  hehe

13 March 2012

3 Resipi Marathon semalam

Haa ... inilah hasil 'Marathon Tarikh Luput' semalam (p.s. janji mesti dikota).
Nampak sedapkan? ... memang sedappp. Hehe ... masuk bakul angkat sendiri.
Sekarang nak kongsi resipinya.

Banana & Apple Cinnamon Muffin, Puding Karamel Roti
dan Kek Lapis Keju Marie
KEK LAPIS KEJU MARIE
Resepi asal saya ambil dari http://dzanariah.blogspot.com/ Mac 2011 dan saya (spt biasa) suaikan dgn bahan2 yg saya ada. Ini versi saya ~

Bahan A : 
1 bungkus biskut Marie (perisa ikut suka - saya guna yg biasa & kopi)
1 cawan susu segar - panaskan
(p.s. lebihan susu lepas celup biskut2 saya gunakan utk puding karamel roti .. sayang nak buang)

Bahan B:
250gm cream cheese (saya guna Philadelphia)
3/4 cawan susu pekat manis (resepi asal guna gula + susu segar)

1. Satukan cream cheese & susu pekat manis. Pukul hingga sebati & ketepikan.
2. Panaskan susu segar & padamkan api.
3. Celup biskut ke dalam susu panas (1 saat je tau, nanti lembik lak).
4. Susun dalam bekas (lebih elok yg ada tudung). Buat hingga dasar bekas penuh.
5. Ratakan adunan cream cheese. Kemudian ulangi proses 3 - 5 hingga habis.
6. Pastikan adunan cream cheese jadi lapisan akhir. Tabur atasnya dgn biskut Marie yg dihancurkan.
7. Tutup bekas dan simpan di dalam peti sejuk selama 6 jam sebelum dihidang.

BANANA & APPLE CINNAMON MUFFIN
Resepi ini saya ambil dari http://mokwonik.blogspot.com/ (lupa pula posting bila ..).

Bahan2nya:
3 biji pisang masak ranum - dilenyek
2 biji epal merah - kupas, buang empulur & potong kiub kecil2/cincang
125ml minyak jagung
100gm gula kaster
2 biji telur
250gm tepung gandum*
1 sk baking powder*
1/2 sk bicarbonate of soda*
(* ayak bersama)
1/2 sk garam
1/2 sk cinnamon powder

1. Panaskan oven 200 C. Sediakan cawan mufin secukupnya.
2. Dalam bekas, letakkan bahan2 ayak, gula & serbuk cinnamon.
3. Dalam bekas berlainan, tuang minyak jagung & telur. Pukul sebati.
4. Tuang adunan minyak & telur ke dalam campuran gula & gandum tadi. Kacau sebati.
5. Masukkan pisang lenyek dan cincangan epal tadi. Kaupbalikkan hingga rata.
6. Tuang adunan ke dalam cawan2 mufin (anggaran 3/4 penuh).
7. Bakar selama 20 - 25 minit.
(utk dapatkan mufin yg 'naik merekah', guna suhu 200 C utk 10 minit pertama. Kemudian turunkan suhu kepada 180 C hingga masak)
8. Bila masak, biarkan di dalam dulang pembakar angg. 10 minit. Kemudian alihkan ke redai kek & biarkan sejuk.

~ saya guna 1/2 sukatan bagi semua bahan sbb saya hanya ada 1 biji pisang & 1 biji epal. Serbuk cinnamon saya guna secubit je sbb tak suka baunya (ambil rasa). Gula juga saya kurangkan sedikit.

PUDING KARAMEL ROTI 

Bahan A:
2 sudu besar gula + 1 sudu besar air - masak dgn api perlahan hingga hangus.
(saya masak terus dalam acuan puding yg saya guna untuk kukus)

Bahan B:
4 biji telur
1/2 cawan gula
4 cawan susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
3 - 4 keping roti
1 sudu besar tepung jagung (jika tak guna roti)

1. Rendam roti di dalam susu hingga kembang. Kemudian ramas/blender hingga halus.
2. Pukul gula dan telur hingga sebati. Masukkan tepung jagung (campur sedikir air agar tak berketul) dan esen vanilla. Kacau sebati.
3. Tuang adunan roti & susu ke dalam 3 dan kacau biar sebati.
4. Tuang ke dalam acuan yg telah dimasukkan gula hangus tadi.
5. Kukus hingga masak (45 minit - 1 jam) ~ tutup acuan dgn kertas aluminium agar tidak dimasuki air kukusan.

Panjang pulak N3 kali ni. Al-maklumlah 3 resipi .... apa2pun,
"Belum Cuba Belum Tahu, Dah Cuba ... Sentiasa Mahu"
(^_^)

12 March 2012

Marathon Tarikh Luput ...

Cuti sekolah ... anak2 dah kena 'kidnap' oleh neneknya. Huhu ...
Dah takder benda nak buat sangat ... selongkar segala 'pantry' & peti sejuk.
Jumpa ~ sebiji pisang yg dah terlebih masak, sebiji epal yg entah bila beli & cream-cheese nak 'expire' doh dan 3 keping roti yg rasa2nya dah 'expire' sehari dua!! Hehe ...
Maka bermulalah marathon memasak ...
Mula2 buat 'Kek Lapis Keju Marie'. 'Cream-cheese done!'
Lepas tu ... buat 'Banana & Apple Cinnamon Muffin'. Pisang & epal 'done!'
Roti?! Saya buat Puding Karamel Roti ...
Waduh!! Letih jugak marathon 3 jenis resipi dalam satu pagi.
Sementara tunggu Puding Karamel Roti masak, rehat dan 'blog' kejap.
Oh ya ... Kek Keju Lapis Marie dah berada dalam peti sejuk.
Petang ni 'hi-tea' sakan laa ...
Wokeh ... rasanya Puding Roti saya dah masak.
Jumpa lagi ... nak pecut marathon yg 'last' ni.
(p.s. InsyaAllah saya 'load' gambar & resipinya ... kalau menjadi!)
Whooshh ...

11 March 2012

Dari P.Mas ke Dungun ... Lagi?!

Setiap kali kami ke Dungun ... ke rumah sewa doter tunggal kami,
pastinya jalan pantai menjadi pilihan kami.
Ianya santai ... tidak banyak kenderaan terutama sekali kenderaan berat!
Pantai yg indah, udara yg segar dan bersih.
(p.s. biarkan jendela luas terbuka) 

Jalan  pantai Jerteh - Penarek - K.Terengganu


Tapi AWAS , berhati2 jika melalui jalan pantai ... 
Ini antaranya (^_^)


Kenderaan dari kedua2 arah dipaksa berhenti oleh
sekumpulan lembu yg melintas! Ha ..ha ..

Tidak pasti bila lagi ada peluang begini ...
Kami berhenti melepas lelah di Hutan Lipur Jambu Bongkok 
Kerana sebelum2 ini hanya hayati kenindahannya sambil lalu saja.
(dari KT sebelum Rantau Abang) 

Saya ~ Menikmati keindahan alam ciptaanNYA

Hubby cum driver ~ leka baca berita

Burung jinak yg biarkan saja gambarnya diambil
(agak dekat juga jarak saya dgn dia)
Kali ini kami mengejar masa ... pergi dan balik semula hari yg sama.
Tujuan hanya semata2 mengambil doter + barang2 dari rumah sewanya.
Dia akan meninggalkan Dungun dah berhijrah kerja di KL pula ...
(dari hutan sawit, awasi LPT2 ~ ke hutan batu, awasi bangunan 30 tingkat pula)
Maknanya perjalanan kami melalui pantai2 nan indah akan diganti dgn
perjalanan melalui tanah tinggi dan hutan menghijau pula ....
Entah bila lagi kami akan ke Dungun ... lebih2 lagi Felda Kerteh 2.

SAYONARA Felda Kerteh 2

08 March 2012

Wanita ... Kau Segalanya

Hari ini 08 Mac ~ Hari Wanita Sedunia. Hebatnya diiktiraf dunia.
Teringat pepatah yg mengatakan "Tangan yang mengoncang buaian boleh mengoncang dunia"!
Tangan kitalah tu ... kaum wanita. Tapi harus ingat ya ... kalau baik tangan yg mengoncang, baiklah anak pewaris dunia, amanlah dunia!. Kalau sebaliknya, ... akan porak perandalah dunia, bergegarlah dunia ini dgn kemungkaran.
Wah!! Bukan senang juga menjadi wanita. Kita harus menjadi segala2nya ...

Sebagai anak
~ wajib memelihara hati kedua ibu bapa ibarat menjaga mutiara dihujung jari: mutiara jangan jatuh terhempas walaupun jari mungkin luka terguris.

Sebagai perawan
~ batasilah pergerakanmu, singkatkan perbualan, menjaga gerak gaya jalannya, tidak terlalu memurahkan senyuman, bijak membuat keputusan dalam memilih bidang kerjaya, calon suami, kawan dsbnya.

Sebagai isteri
~ ingatlah, di atas bahumu terletak sebahagian hak suaminya, hak mertuanya dan hak anak2nya tanpa mengurangkan sedikitpun hak ibu bapanya.

Sebagai ibu
~ Sabda Rasulullah s.a.w., bermaksud, "Hendaklah kamu muliakan dan meraikan anak-anakmu dan hendaklah kamu memperbaiki akhlak mereka kerana anak-anak kamu itu adalah hadiah Tuhanmu kepadamu."

Maka jadilah wanita yg berjaya dalam segala2nya ... tak kiralah apa 'tittle' kita,
~ anak, perawan, isteri, ibu, nenek, ibu mertua, guru, doktor, kerani, surirumah, pengasuh, usahawan, polis, ... apa saja gelaran/jawatan yg kita sandang, anggaplah kita sebagai seorang serikandi.
Bukan sebarang serikandi, tetapi serikandi yg solehah ... yg amanah dan bertanggungjawab terhadap apa jua tugas yg dipikulnya.
Maka,
~ perbetulkan niat. Iaitu semata2 kerana Allah s.n.w.
~ perbetulkan perlaksanaan. Iaitu mengikut landasan yg dibenarkan oleh syariat.
~ pastikannya segala perbuatan/perkara yg nyata dibenarkan agama (halallan toyyiba), dan
~ penting sekali, apa yg dilakukan tidak melalaikan kita dari amal ibadah terutamanya yg wajib.

Firman Allah s.n.w. bermaksud;
"Dihiasi dunia itu (pada pandangan manusia) dengan kecintaan kepada perempuan."
(Ali-Imran:14)
~ sesungguhnya Allah anugerahkan wanita dgn kuasa pengaruh yg jika digunakan dgn tepat, lelaki bersedia menurut segala kehendaknya dan memberikan segala haknya. Kalau tidak masakan Napoleon Bonarparte sanggup membatalkan misi peperangannya hanya kerana rayuan Josephine!! Itu antaranya ...

Serta sabda Rasulullah s.a.w., tentang peranan wanita;
"Perempuan itu tiang negara, jika baik kaum perempuan di sesuatu negara itu, maka baiklah negara itu."

Renung-renungkanlah! Selamat Hari Wanita Sedunia ....

06 March 2012

Perang Kolesterol ...

Minggu sudah pergi jumpa doktor sbb kebelakangan ni asyik pening2 je ...
Doktor cakap, " Tekanan darah, cantik. Gula dlm darah, OK. Paru2 & jantung pun tiada masaalah."
Selepas 3 minit ...,
"Hmmm ... kadar kalestrol kolesterol agak tinggi ni. Dlm kategori 'Paras berjaga2 tahap rendah'!"
Aikkk!! Orang kurus macam saya pun kolesterol tinggi?
Cam tahu apa yg saya fikirkan,
"Bila usia kita meningkat, walaupun berat badan kita 'ideal', kita masih perlu 'exercise', kurangkan 'stress' dan jaga pemakanan kita."
"Saya cadangkan Vit.E, atau Omega 3 & Garlic, atau Lesitin. Mana2 satu ... kalau 'overdose' pun tak elok sebab kita dah berumur, lagipun masih dalam tahap rendah."
"Kita jumpa lagi dua bulan dari sekarang ya". Baik doktor ... terima kasih.
Wah ... bahaya ni (+ agak risau juga!!).
Lalu minggu ni sibuklah cari 'online' & buku2, artikel mengenai cara2 nak kurangkan kolesterol.
Banyak!!! Yg masaalahnya nak elak makanan2 feberet yg sah 'out of the list!'.
Bila fikir insan2 tersayang, InsyaAllah.
Yakin Boleh!!(chewahhh ...)

p.s. kepada kawan2 seangkatan atau siapa2 pun, sering2lah jumpa doktor walaupun rasa sihat. Kena fikir ~ demi orang2 yg kita sayangi, diri sendiri agar dapat beramal dgn selesa dan kebajikan, agar terus dapat berbakti/memberi sumbangan yg berguna.

05 March 2012

Amar - tak nak jadi pengawas 2

Wajah pengawas balik dari sekolah!!
Cam 'nak telan orang' ... ^_^
Sebab2 yg. Amar beri mengapa 'tak nak jadi pengawas' :
a) Panas pakai baju lengan panjang. Cikgu kata kena beli 'kot pengawas', lagilah panas!
b) Susah nak buka kancing lengan baju masa nak ambil wuduk!
c) 'Necktie' menyusahkan bila ke tandas!

Itu aje yg dia beritahu. Hmmm ...

"Adik nak jadi pengawas sampai minggu ni je. Adik dah beritahu Cikgu lepas cuti Adik jadi murid biasa!!"

p.s. Mamanya belum mesyuarat dgn Ayahnya. Apapun kehendak Amar adalah keutamaan kami. Biar dia selesa belajar, tanpa tekanan. Kami ada seminggu cuti sekolah untuk bincang & putuskan! Juga kena dapatkan pendapat abang2nya & kakak dia, maklumkan anak bongsu kesayangan semua. 
(Macamlah besar bebenor masaalahnya .. hehe)

04 March 2012

Amar - tak nak jadi pengawas

Khamis lalu, dari jauh saya nampak muka Amar masam mencuka.
Jalan pun macam orang merajuk, moyok & tiada semangat langsung.
Atas kereta diam je ... pandang luar tingkap.
Biasanya riuh dia bercerita pasal hari2nya ...
"Mengapa Dik, sakit ke?"
Diam!
"Ada orang buli Adik lagi?"
Geleng kepala ..
"Cikgu marah Adik?"
Geleng lagi ...
"Nak singgah beli ayam pedas?"
Pun geleng juga ...
Wah!! Ini kes serius kalau ayam pedas feberetnya pun tak hendak!!
"Boleh cerita kat Mama masaalah Adik?"
Masa turun dari kereta, dengan nada marah,
"Adik tak nak jadi Pengawas lagi!! Mama beritahu Cikgu deh!!"
Oppss ... (bersambung)

Rumah ... awal bulan ke 3

Kemajuan rumah kami;

Gambar A - dari sisi belakang**

Gambar B - dari sisi hadapan**
** Gambaran perbezaan  progres kerja pada 23.02.12 ( slot atas) dan 03.03.12 (slot bawah).

Sudah masuk awal bulan ke 3 pembinaan rumah kami.
Tukang rumah beritahu, kami dah boleh buat tempahan untuk pintu/jendela kayu.
Sebabnya tukang kayu perlukan masa (berbulan juga) untuk siapkan seperti yg ditempah.
Kami perlu bawa pelan rumah masa tempahnya dan  pilih jenis kayu dan rekabentuk yg dimahukan.
Sudah tentunya ikut citarasa & yg penting kemampuan $$$$.
Teruja dgn tugasan: cari tukang kayu & buat perbandingan harga.

"Ya Allah, permudahkan dan lancarkanlah urusan berkaitan dgn pembinaan rumah kami ini. Aminn ..."

02 March 2012

Pesanan ... 8 Kalimah Pusaka Para Nabi

Pesanan Luqman Al-Hakim kepada anaknya,
"Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu ;


1) Apabila engkau sedang solat kepada Allah swt, maka jagalah baik-baik fikiranmu.


2) Apabila engkau dirumah orang lain, maka jagalah pandanganmu.


3) Apabila engkau berada ditengah-tengah majlis, maka jagalah lidahmu.


4) Apabila engkau hadir dalam jamuan, maka jagalah perangaimu.


5) Ingat kepada Allah swt.


6) Lupakan budi baikmu kepada orang lain.


7) Lupakan semua kesalahan orang lain kepadamu.


8) Ingat kepada mati. "



01 March 2012

Kenangan Abadi ... Aboh

Allahyarham Mohamed bin Idris (05.06.1938 - 01.03.2009)
(Ya Allah, ampunilah dosa2 ayahku ini & tempatkan rohnya dikalangan org2 yg beriman. Aminn ...)
Gambar ini di ambil pada 1 Oktober 2008.
Gambar Gemuloh Aboh duduk dikerusi kegemarannya ...
Hari ini genap 3 tahun Aboh pergi meninggalkan kami.
Walaupun 3 tahun telah berlalu, perasaan rindu, sedih & hiba masih kuat terasa.
Inilah insan yg begitu rapat dgnku ... dari kecil hingga dewasa.
Setiap kata2 hikmah & nasihat2nya kusimpan kemas dlm hati.
Aboh, pada kacamataku:-
~ seorang suami yg berhemah, bertanggungjawab & sabar
~ seorang bapa yg amat baik, suka mengusik & berjenaka, prihatin, & memahami
~ seorang datuk yg penyayang & suka melayan cucu2nya
~ seorang guru yg dedikasi juga disayangi dan disegani anak2 didiknya & rakan sejawat.
~ seorang insan yg soleh, jujur, amanah, bertanggungjawab, rajin dan pendiam.
Aboh,
Hanya doa dan ayat2 suci Al-Qur'an sajalah yg dapat kami hadiahkan buat Aboh.
Damailah roh Aboh di sana. Kami di sini sentiasa rindukanmu ....
Al-Fatihah.

(Aboh! Maafkan anakmu ini kerana masih menangisi perpisahan ini setiap kali teringat & rindukan Aboh)