Teringat pepatah yg mengatakan "Tangan yang mengoncang buaian boleh mengoncang dunia"!
Tangan kitalah tu ... kaum wanita. Tapi harus ingat ya ... kalau baik tangan yg mengoncang, baiklah anak pewaris dunia, amanlah dunia!. Kalau sebaliknya, ... akan porak perandalah dunia, bergegarlah dunia ini dgn kemungkaran.
Wah!! Bukan senang juga menjadi wanita. Kita harus menjadi segala2nya ...
Sebagai anak
~ wajib memelihara hati kedua ibu bapa ibarat menjaga mutiara dihujung jari: mutiara jangan jatuh terhempas walaupun jari mungkin luka terguris.
Sebagai perawan
~ batasilah pergerakanmu, singkatkan perbualan, menjaga gerak gaya jalannya, tidak terlalu memurahkan senyuman, bijak membuat keputusan dalam memilih bidang kerjaya, calon suami, kawan dsbnya.
Sebagai isteri
~ ingatlah, di atas bahumu terletak sebahagian hak suaminya, hak mertuanya dan hak anak2nya tanpa mengurangkan sedikitpun hak ibu bapanya.
Sebagai ibu
~ Sabda Rasulullah s.a.w., bermaksud, "Hendaklah kamu muliakan dan meraikan anak-anakmu dan hendaklah kamu memperbaiki akhlak mereka kerana anak-anak kamu itu adalah hadiah Tuhanmu kepadamu."
Maka jadilah wanita yg berjaya dalam segala2nya ... tak kiralah apa 'tittle' kita,
~ anak, perawan, isteri, ibu, nenek, ibu mertua, guru, doktor, kerani, surirumah, pengasuh, usahawan, polis, ... apa saja gelaran/jawatan yg kita sandang, anggaplah kita sebagai seorang serikandi.
Bukan sebarang serikandi, tetapi serikandi yg solehah ... yg amanah dan bertanggungjawab terhadap apa jua tugas yg dipikulnya.
Maka,
~ perbetulkan niat. Iaitu semata2 kerana Allah s.n.w.
~ perbetulkan perlaksanaan. Iaitu mengikut landasan yg dibenarkan oleh syariat.
~ pastikannya segala perbuatan/perkara yg nyata dibenarkan agama (halallan toyyiba), dan
~ penting sekali, apa yg dilakukan tidak melalaikan kita dari amal ibadah terutamanya yg wajib.
Firman Allah s.n.w. bermaksud;
"Dihiasi dunia itu (pada pandangan manusia) dengan kecintaan kepada perempuan."
(Ali-Imran:14)
~ sesungguhnya Allah anugerahkan wanita dgn kuasa pengaruh yg jika digunakan dgn tepat, lelaki bersedia menurut segala kehendaknya dan memberikan segala haknya. Kalau tidak masakan Napoleon Bonarparte sanggup membatalkan misi peperangannya hanya kerana rayuan Josephine!! Itu antaranya ...Serta sabda Rasulullah s.a.w., tentang peranan wanita;
"Perempuan itu tiang negara, jika baik kaum perempuan di sesuatu negara itu, maka baiklah negara itu."
Renung-renungkanlah! Selamat Hari Wanita Sedunia ....
No comments:
Post a Comment