Pages

Labels

Ceritalah (250) Me (147) diari ibu (137) kucing (69) Resipi (64) Pesanan (63) Amar (62) Rumah Biasa2 (36) Kebun Biasa2 (34) Yg Tersirat/Tersurat (30) cerita lama (21) Jalan-jalan (17) Jodoh (17) 3R (14) Lawak sikit (9) Puasa (8) PETUA (5) Rumah WM (5) Cucu (4) Lukislah anakku (4) Haji (3) Migraine and I (3) Kawan (2) Nature (2) ipoh (2)

31 January 2013

OK pun tak tengok tv ...

Semalam, bila hubby tanya, "Bila nak call Astro?" ... baru perasan rupanya dah 6 hari kami tak tengok tv! Hahaha  ... cam tak percaya pulak boleh tak herankan si 'idiot box' (omputeh panggil benda yg depa reka) ... Boleh pun takder tv kan! Baru perasan tv yg dok celah kotak2 tu ...
Tapikan, zaman lani ... memang tv tak relevan sangat! Si Amar, tak kisah pun tak tengok Cartoon Networksnya, dia boring, dia main game kat PS, tak pun dia naik basikal round2 kejiranan baru kami. Hubby? Dia nak tgk bolalah tu yg tiba2 tanya ... hehe. Muaz? my Mr. Cool yg meningkat remaja  ... cam biasa ... COOL ... ada, tengok! tak ada, tak kisah! (n_n). Dia boring, join Amar main game ... tak pun baca koleksi komik Dragon Balls kepunyaan Abe (my eldest son) yg dia jumpa dlm stor masa nak pindah tu. Sekali sekali dia duduk atas motosikal Ayahnya (tp dia akur, selagi takder lesen, no way kami biarkan dia bawa motosikal tu ... walaupaun dekat2 jer!) Yours trully pulak ... takder masanya nak fikir pasal tv ... tu ha! Rumah yg macam tongkang pecah ... pening kepala lihatnya. Dah tak tahu nak sentuh/kemas camaner, yg mana dulu  ... buntu! Citer korea ka, hindustan ka, drama ka ... tak kuasa nak layan itu semua lagi. Mujur ada tab ... penat2, layan FB ... update blog Mama. Release lah tension jap!
K! Enough said, nak masuk ofis lak ... ofis? Ofis surirumah lah yong oi!!! Basuh2! Sapu2! Kemas2! Masak2!  ....
Sebelum tu, pasang niat elok2 dan mohon Allah beri ilham, permudahkan dan lancarkan segala urusan ... tak kiralah sekecil manapun tugas, hatta siram pokok bunga pun. Ikhlas = Pahala!!!
p.s. kat ruang mana nak letak tv tu ye??? hmmm ...

29 January 2013

Rumah Biasa2 - Dari P. Mas ke P. Puteh

26 Januari 2013 ... Alhamdulillah hajat menduduki rumah sendiri akhirnya menjadi kenyataan. Penatnya masih terasa hingga ke hari ni. Syukur anak2 Mama yg dok KL pulang utk tolong! Kebetulan cuti Maulidur Rasul & Thaipusam ... lega!! Harapkan Mama, zest utk pindah randah ni, dah padam terus. Memang tak semangat lansung masa sebelum pindah tu, walaupun teruja nak diami Rumah Biasa2 kami ...
Dah 4 hari dirumah sendiri ... seronok! Tapi bila anak2 balik semula ke KL, separuh kegembiraan itu hilang. Missing the pranks they played on each other ... the jokes n laughter ... the makan2 together .... itulah!!! Huhu ... tua2 ginilah, sikit2 emosi ...
Dan yg geramnya ialah ... tak ingat/jumpa kotak yg Mama dah tulis catatan isinya. Tambah pulak bercampur aduk kotak lama n baru. Memori dah tak pick-up cam dulu2. Badan pun dah tak sekuat mana nak angkat kotak2 tu ... Mujurlah rumah sendiri, kalau rumah sewa lagi .... dah tak sanggup dah!! Nak settledown cepat2, nak mula masak2, ajak kawan2, sedara mara dtang rumah!!

rumah sewa di p.mas - lengang sudah


Abe n Ecu - jom makan nasi berlauk

buah hati Mama yg dok KL
Tahun Baru Cina balik ya!??

24 January 2013

Salam Maulidur Rasul 1434H - Azam

Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul semua  ...
Pada hari yg mulia ini, hari Keputeraan Baginda Rasulullah SAW ... marilah kita sama2 azam utk lebih maklum sirah Nabi Muhammad SAW, kata oghe Kelate ... cakna Sirah Nabi akhir zaman ini ... ambil tahu, hayati dan amalkannya. Sama2 perbanyakkan selawat dan salam kepada junjungan Nabi kita, Muhammad SAW, serta keluarga Baginda ... setiap masa, bukan pada Hari Keputeraannya sahaja. InsyaAllah. Ameen ....
Dan inilah juga sebahagian dari azam ke 2 tahun 2013 Mama, ... cari, tahu dan amal ...
Kalau azam pertama, 'recycle' n 'upgrade', maka yg ke duanya pula, 'refesh' n 'renew' ... Nak 'refresh' n 'renew' setiap kedatangan tarikh/bulan mulia Islam;
... Maal Hijrah, berubah ke arah yg lebih baik!
... Maulidur Rasul, hayati dan amal sirah dan sunnah Rasulullah SAW
... Ramadhan 1434H, perbanyak dan gandakan amalan
... itu antaranya.
Ya .... duniawi juga tak ditinggalkan. InsyaAllah, diberi kesihatan dan rezeki ... Mama ingin belajar buat roti dan pastri, rasa teruja dan seronok bila fikirkannya.
Juga ... ingin sudahkan impian menjahit dan menyulam, yg sudah sekian lama ditinggalkan. Kesian kain2 perca dan benang2 sulaman yg terperap sekian lama dlm simpanan!
Ada banyak lagi impian .... Bucket List Mama ... mudah2an segalanya tercapai ... am taking it slow n steady, one step at a time ... dengan izin NYA jua ... InsyaAllah.

"Wahai orang-orang yg beriman, janganlah kamu mengkhianati
Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati
amanat-amanat yg diamanahkan kepada mu, sedang kamu mengetahui" 
- Al-Anfal:27

Antara pesanan Rasulullah SAW dlm khutbah terakhir Baginda;
..... "Wahai manusia! Dengarlah kata-kata saya dgn cermat dan fikirkanlah.
Saya akan meninggalkan kepada kamu sekalian dua hal yg penting,
yg satu adalah Kitab Allah (Al-Qur'an), dan yg keduanya adalah Sunnah saya.
Apabila kamu taat kepada kedua-duanya, maka kamu tidak akan pernah sesat
selama-lamanya." .....

p.s. masaalah utamanya ialah ... cari masa n bukan alasan ... cari keazaman dan kekuatan ... istiqomah lawan kemalasan .... huhu!

21 January 2013

Amar - nak bela rusa pulak



Inilah pemandangan yg sebabkan Amar nak bela rusa ... Mula2 ingatkan anak2 lembu ... Gambar ni Mama amik semasa kami lalui sebuah perkampungan di Pasir Puteh (tak tahu pulak nama kg tu ... kena edisi siasat lain kali!). Gamaknya, anak rusa yg sedang duduk santai tu, kalau boleh cakap, tentu dia cakap, "Ibu, Ayah, Kakak! Tengoklah manusia satu keluarga tu ... cam tak pernah tengok rusa kan!!!"
Eh! Pernah .... banyak kali dah. Tu, kat zoo, kat ladang rusa, kat wetland, dan kat Pej.Haiwan Kota Bharu nun .... tapi, semuanya dlm kurungan! Tapi u ols, bebas sebebas bebasnya ... ha! Tu yg pelik + hairan! Takder kandang, hatta kawat sekalipun. Bebas meragut cam kambing, lembu kat mana2 kampung di sini. Tu yg terasa mcm kat safari pulak. Tu (berapa banyak 'tu' daa ... hehe) yg buat Amar dan Muaz, (Mama dan Ayahnya pun!) teruja nak bela rusa jugak.
"Eloklah ... nanti musim korban, orang korban lembu, kita korban rusa ... hebat, hebat!" - Ayahnya
"Mana boleh! Kesian kat rusa tu." - Amar
"Habis tu, bela buat apa kalau bukan utk makan dagingnya? Sedap buat BBQ nih!" - Mama
"TAK BOLEH!! Adik sayang kat rusa! Adik nak main dgn dia ..." - Amar
"Alaa ... sembelihlah yg bukan Adik punya." - Muaz
"Ayah, Mama ... tak kesian ke kat Mama, Ayah dan adik beradik rusa tu?"
PULAKK!! 
Hahaha ... ni lah orang kata, Angan2 Mat Jenin ... bela belum lagi, dah bertekak entah apa2 ... Hehehe
"Adik nak bela jugak!!!"
Tengoklah dik! Ada rezeki, InsyaAllah  .... best jugak kan!!!??

20 January 2013

Tart telur, Tart keju

Dua hari lepas, Mama marathon tarikh luput lagi  ... kali ni cream cheese, susu cair dan telur! Masa beli, bukan ada perancangan khusus pun ... saja beli kot2 tetiba nak cuba resipi2 yg dikumpul tu ... biasalah ... kononnya 'sediakan payung sebelum hujan'. Kononnya ... Banyak kali dah gini, huhu.
Alhamdulillah, setelah ziarah beberapa blog masakan feberet Mama, jumpa resipi yg sesuai, yg dah lama Mama nak try ... siap dgn step-by-step lagi. Puashati dgn hasilnya  ... not bad utk cubaan pertama Mama. Yang pasti, Mama akan cuba lagi kedua2 resipi Ita, pemilik blog Masam Manis ni ... cuba versi Fruit Tart dan kastad pula ... (^_^).
Maaflah, dek sebab banyak lagi barang2 yg kena pack untuk pindah ke Rumah Biasa2 kami (insyaAllah sebelum akhir bulan ni) ... tak dapatlah Mama nak terperincikan bahan2 dan cara2 buatnya (nak copy paste xreti2 lagi ... huhu). Sori ye sebab kena jengok sendiri ke blog Ita utk resipi Tart Telur kat sini dan untuk Tart Keju, disini kepaa yg ingin mencubanya. Moga kemurahan Ita kongsi resipi dimurahkan lagi rezeki oleh Allah SNW jua. TQ Ita.
Mama buat separuh saja adunan untuk inti kedua-dua tart ni. Manakala dgn adunan asal utk kulit tart tu,  Mama dapat sedozen kulit saiz besar, dan dua dozen saiz kecik. Inti keju, ngam2 jer dgn 6 kulit besar, dan 12 kulit kecil. Tapi, inti telur ... banyak lebihannya ... yg akhirnya jadi puding karamel!! Buat 2 dapat 3 .... hehe. Yg tart keju tu, Mama buat plain jer ... (p.s. ketar tangan masa nak lorek bunga2 atas tart keju tu ... haha). Yg ralatnya cuma Mama rasa kulit tart tu agak tebal sikit. Maklumlah cubaan pertama.
Inilah wajah2 tart telur, tart keju (.. pertama kali) dan puding karamel ...
SEDAPP NYO!!! (sendiri masuk bakul ... huhu)



17 January 2013

Mok ...

Dua hari hubby outstation luar daerah, dua hari Mama balik rumah mak Mama. Buka takut dok sorang2 rumah (uhuk, uhuk ... batuk pulak!)! tapi sunyilah  .... kalau balik rumah Mok, ada budak dua orang tu ... Muaz dan Amar, ada Mok, kucing 2 ekor yg manja .. meriah. Kira saling membahagiakan  ...
- Mok bahagia Mama balik, makan tidur rumah dia!
- Muaz dan Amar gembira Mama ada bersama!
- Mama? Suka sangat2 duduk kampung, disisi orang2 tersayang  ... (^_^)
Dua hari yg amat padat buat Mama, urus Muaz dan Amar (ps. Ecu, adik bongsu Mama terus amik peluang cuti2 M'sia ke KL sebaik tahu Mama nak balik kg ... hehe)
Rutin yg bermula se awal 6.50 pg, hantar anak2 ke sekolah, tghahari ... hantar bekal kat Amar dan amik Muaz, kul 2 ke sekolah Amar ... amik Bantuan Awal Persekolahan + dengar ceramah sblm nak dapat RM100, pastu terus tunggu amik Amar dari kelas Fardhu 'Ainnya yg habis kul 4.30 ptg.
Hari pertama, lepas hantar mereka, terus singgah pasar borong. Balik, breakfast n rehat jap .. kul 10 ke pekan lg, urusan Rumah Biasa2 kami pulak. Kul 12 balik, kepenatan (enjin lama ginilah). Konon nak rehat jap ... terus terlelap. Kul 12.30 Mok kejutkan .... rupanya Mok dah siap urus bekalan lunch utk Amar. Terlupa terus pasal hantar bekal Amar sblm kelas Fardu 'Ain dia bermula. Terkocoh2 basuh muka, siap2 nak pergi. Mok suruh makan nasi, isi perut dulu ... Mok dah siap hidang nasi dan bubuh lauk dlm pinggan!!! Air pun Mok dah tuangkan dlm gelas, terletak elok tepi pinggan.
Oh MOK!!! Nak menitis air mata kerana Mok masih layan anaknya yg dah lebih 5 siri ni cam masa Mama belum kawin, dok dgn dia lagi ... Huhu
Begitulah kasih ibu pada anaknya  ... Terima kasih Mok, terima kasih.
Tengahari tu, Mama terasa mcm skipping jer ke sekolah Amar ... hantar bekalan yg Mok sedia ... hati yg berbunga2 ... rasanya cam budak sekolah semula ... hepinya.

"Ucapkanlah wahai anak, 'Ya Tuhanku, kasihilah kedua ibu bapaku sepertimana
mereka berdua mengasihiku sewaktu aku kecil'." (Surah al-Israk, ayat 24)

p.s. Bacakanlah doa ini setiap kali lepas solat, baik ibu bapa masih ada, maupun telah tiada. 

14 January 2013

Petua - jaga sinki

Rumah lama ni selalunya sinonim dgn sindrom sinki tersumbat! Mama dah acap kali laluinya  ... banjir satu dapur ... huhu. Bila gini, pam dan korek tak pakai dah. Akhir sekali terpaksa panggil plumber ... melayanglah nota merah biru ...
Sinki kita tu, cam jantung manusia jugak, kalau sering dituang sisa makanan dan bahan2 berlemak dan berminyak ke dalamnya, lama2 akan buatkan sinki /saluran sinki ke tangki buangan sisa pepejal, mengeras, melekat dlm saluran tu. Makin lama, makin tebal ... mula2 tersumbat bolehlah rawat dgn jolok dan pam sinki tu ... tapi lama kelamaan ianya akan tersumbat terus!! Masa nilah kalau nak banjir pun dapur tu ... kat luar elok musim kemarau, kita kat dapur ni bermain air sinki pulak ... eeuuww!!
Hehe ... panjang bebenor intro tu ...
OK! Kita terus ke solution dia. Kalau yg dah kronik tu, kenalah panggil plumber, buat apa yg patut. Pastu, lepas treatment, eloklah amalkan setiapkali kita tuang sisa makanan/cairan yg berminyak atau yg berlemak tu ... cam minyak yg tak nak guna lagi, gulai/sup basi ke ... cepat2 lah follow-up dgn sekole air panas ... 2 kole lagi baik,hehe ... tuang terus ke dalam sinki tu. Biar segala lemak dan minyak terus jalan, laju jer keluar ke tempat sepatutnya, tak sangkut/singgah mana2.
Lagi elok sebelum kita letak pinggan, mangkuk, periuk kotor ke dlm sinki, kita 'CLEAR'kan dulu sisa2 makanan tu terlebih dahulu. Cam remehkan? Tapi amat berkesan utk jangka panjang ... elak sinki tersumbat! Kalau malas/tak der masa nak 'CLEAR' dulu, letak penapis sayur kat dlm sinki tu ... rasanya omputeh panggil 'colander'  ... tuang jer segala mak nenek sisa makanan ke dalamnya sambil basuh pingggan mangkuk tu. Selesai kerja2 membilas, birkan sebentar ... agar tos air dlmnya. Pastu tuang sisa ke dalam tong sampah. Senangkan!
Well ... thats what Mama gonna do, at our soon to-be new house ... its gonna be a must-follow rules ... ingat tew anak2!! (^_^)

13 January 2013

Rumah Biasa2 - minggu ke 2 Januari 2013

Rumah Biasa2 kami:

Kipas dan lampu yg dah siap pasang. Cuma kat porch aje lg yg belum ...
InsyaAllah minggu ni TNB pasang meter.




Rumah WM:

Setiap kali lepas ziarah rumah kami, kami akan pergi lihat perkembangan rumah abang ipar pulak. Tanya apa yg perlu dibeli/order, bayar upah tukang dan urusan2 yg berkaitan dengannya. Masa bulan Disember lepas, hampir dua minggu kerja2 tergendala ... kerana hujan yg berterusan. Alhamdulillah ... awal Januari, kerja2 dah bermula kembali. Inilah status terkini, Rumah WM ...


InsyaAllah, dengan pengalaman bina Rumah Biasa2 kami, akan dimanafaatkan pula ke arah amanah urus pembinaan 2 buah Rumah WM pula.
"Ya Allah, kau bantulah hambaMu ini melaksanakan amanah yg diberi. Kau permudahkanlah dan lancarkan urusan2 kami berkaitannya. Amin Ya Rabbal Alamin ..."


Amar - beginilah jadi ibu

Bila Amar dan abangnya Muaz ada dirumah  .... berserilah rumah. Gitulah perasaan hati ibubapa bila anak2 tak kira besar atau kecil ada bersama. Dua hari dirumah, dapatlah menyaksikan balik perhubungan dua beradik yg sorang tengah mengalami fasa2 meninggalkan alam kanak2 dan memasuki alam remaja (oh! the glorious sweet 16/17 ...) ... manakala sikecik bongsu pulak, sedang menuju alam 'budak besar doh!'. Perhubungan yg macam yo-yo ...
- ada masa, cam isi dgn kuku ... semua benda buat bersama, takleh renggang
- tiba2 tukar cam anjing dgn kucing lak, tak leh dekat, semua tak kena
Tapi, tak lama gitu ... bak air yg dicincang, takkan putusnya. Mama dan Ayahnya selalunya biarkan saja mereka settle sendiri bila ada krisis ... hehe. Dan of coz, Amarlah yg pengadu tegarnya ... haha. Tapi, dalam gitu, idola dia tetap si abang sekatil sebantal dia ... MUAZ!! (^_^). Muaz bijak, pandai lukis, hensem, kuat, hebat .... tak caya, cer tanya Amar. Hehe ...
Bila Amar ada dirumah, macam2lah cerita dia ... semua dia lapor. Cerita sekolah baru ... kawan2 baru yg cam bodyguard dia (ps sebab dia share bekal - sosej, nuggets,waffles coklat, roti jem sedap - mentega kacang + jem anggur ...), yg marah pd girls yg pandang2 dia, yg teman dia ke koperasi sekolah dll. Cerita guru  kelas lain (kawan Mama masa gi haji dulu), yg tiba2 masuk kelas dan beritahu semua murid, "Amar ni jiran cikgu. Murid2 semua kawanlah dgn dia, jgn kacau tau ...". Sapapun suka kalau dah gitu ... Hari ni kelas Tasmik dan Fardhu 'Ain bermula, disekolah dia. Apa pulak cerita dari dia ....
Amar beritahu Mama, baju sekolah dia dan Bebe (Muaz), Mok yg gosokkan ... tapi yg lain2 semua Ecu buat. Hantar dan amik diaorang dari sekolah. Singgah kedai beli itu dan ini, yg cikgu suruh beli, makanan utk breakfast/bekal nanti. Sedia bekal pagi2, ingatkan Adik dan Bebe pasal homeworks, solat, mandi, gosok gigi ... kejut pagi2. Amar cakap, Ecu kata ... letihlah kalau kena suruh, ingatkan setiap hari!!
"Mama tau tak apa Adik beritahu Ecu?"
"Tak! Apa Adik beritahu Ecu?"
"Adik beritahu Ecu ... ginilah jadi ibu!!!"
(@_@)  ....

10 January 2013

Rumah Biasa2 - Januari 2013

Alhamdulillah, inilah status terkini Rumah Biasa2 kami ... yg turut kena tempias musim tengkujuh ... akibatnya kerja2 pemasangan berkaitan bekalan elektrik dan aksesorinya tergendala, tidak seperti yg kami harapkan. Cuaca pun dah elok sedikit walaupun hujan masih ada. Musim tengkujuh belum reda tapi syukurlah ribut tropika akibat taufan Sonamu tidak melanda spt yg dijangka. Maka dapatlah kerja2 tu disambung semula.
Hari ni hubby cuti, nak balik tengok progress Rumah Biasa2 kami. Juga amik Muaz dan Amar  ... rindu! Hari Sabtu hantar balik ... cam dok asrama. Hehe ...


nampak tak lampu pada tiang2 tu? (^_^)
p.s. nanti hari Sabtu update gambar dlm rumah lak. Rasanya by that time, kipas, lampu dah dipasang semuanya. InsyaAllah. Tak sabar nak pindah rumah sendiri ...



08 January 2013

Bingka Jagung



Alhamdulillah cubaan pertama Mama buat bingka jagung tidak mengecewakan. Rasa, rupa dan teksturnya juga adalah persis bingka jagung yg sentiasa Mama nanti2kan ... setiap kali pejabat tempat Mama kerja 20 tahun dulu ... adakan jamuan. Ia menu wajib ada. Favourite semua ... Setelah berhenti kerja dan tinggalkan Kuantan, bingka jagung seenak itu, tidak lagi Mama jumpa.
Entah mengapa, tiba2 hari ni teringat kat bingka jagung tu. Rasa ingin nikmatinya cam membuak2. Lalu Mama google cari image bingka jagung yg bermain diminda. Jumpa yg matching dgn yg Mama cari, terus masuk blog tuannya. Terima kasih HaNa dan Liza share resipi bingka idaman Mama ni. Memang berbaloi buatnya ... puashati, sesedap bingka jagung masa kat Kuantan tu. Alhamdulillah. Hubby pun suka ... (^_^)
Btw, Mama buat separuh adunan jer ... dah dua orang jer nak makannya. Tapi yg pasti, lain kali Mama akan buat resipi penuh, nak beri pada jiran2. Mama buat sikit adjustment pada resipi mereka ... suaikan ikut bahan yg ada, ginilah resipi Mama ...

BINGKA JAGUNG

Bahan2nya:
1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastad
3/4 cawan santan pekat/susu cair
1/2 cawan air
3/4 cawan gula
2 biji telur (gred B)
1 sudu mentega/marjerin - cairkan
1/2 tin jagung manis
(Mama tak guna pewarna kuning)

Cara buatnya:
1. Panaskan oven 160C dan gris loyang.
2. Kisar semua bahan gunakan blender.
3. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam
atau hingga atasnya garing.
4. Sejukkan terlebih dahulu sblm potong.

Nota:
- jika suka, simpan 1/2 cawan jagung, jgn kisar dan masukkan kemudian agar bingka nampak tekstur jagung
- jika suka manis, tambah gula. Gitu juga sebaliknya.
- jika suka, tabur bijian goreng tanpa minyak selepas 30 minit pertama, dan bakar hingga masak.
- pastikan betul2 sejuk, lebih elok jika melebihi 4 jam selepas masak.
- utk cairkan mentega, letak dlm senduk dan guna api kecil.
- jgn risau kalau lepas sejam, tgh bingka cam lembut dan bergoyang2 ... dah sejuk, cantik moleklah dia. hehe ...

p.s. next time Mama nak kurangkan sikit gula dan lebihkan santan ... atau ganti air dgn susu cair. Sekali sekala lagi lemak lg sedapkan! Sekali sekala jer doktor .... huhu

07 January 2013

Rindu ... Amar nak pilih bendera yg mana satu?

Dah seminggu tahun 2013 berlalu  ... dan selama itu jugalah Mama rindukan budak 2 orang tu, Muaz dan Amar ... yg bersekolah di PPuteh dan tinggal dgn nenek dan Acu mereka. Terasa cam mereka dok asrama lak ... hujung minggu baru dapat jumpa. Hehe ... huhu ...
Rindu betul keletah mereka berdua ... setiap pagi sblm pergi sekolah dan waktu amik mereka dari sekolah. Rindu dengar cerita2 terutamanya Amar yg pastinya akan melapurkan banyak kisah disekolah ... tanpa diminta. Rindu pokpek pokpeknya ... Muaz! Biasalah orang tgh remaja ... sepatah tanya, sepatah jawab! Memang terasa  yg amat ketiadaan mereka berdua. Missing them both very very much!! Juga rindu nak berleter dan marah2 sayang pun ya ... hehe
Pun, bila call mereka, terubat rindu ... seronok dan senyum sorang dengar cerita Amar yg sudah dapat ramai kawan baru disekolah baru ... bagaimana kawan2 barunya minta dia bawa bekal roti dan nuggets dlm bekas yg besar sikit ... haha. Missnya waktu2 sediakan bekal buat Amar bawa ke sekolah ...
Dan paling rindu, time Mama minta pendapat diaorang tentang sesuatu perkara yg kami tonton, baca, lihat ... seronok kerana kadangkala jawapan mereka diluar jangkaan kita/umur mereka ... kdg2 mengejutkan dan advance sgt! Esp. sikecik Amar ... budak2 zaman sekarang, tak leh nak sorok fakta/bohong ... silap haribulan, dia yg ajar kita pulak. Hmm ...

Hari ni bila Mama terbaca satu hadith, dimana Rasulullah SAW bersabda:

"Siapapun yg keluar rumahnya (untuk suatu tujuan), dipintunya ada dua bendera, iaitu bendera di bawah pimpinan malaikat dan bendera di bawah pimpinan syaitan. Apabila seseorang itu keluar untuk tujuan2 yg diredhai Allah, maka dia berada pada bendera malaikat, demikian seterusnya sampai dia pulang ke rumahnya. Apabila dia keluar untk tujuan atau pekerjaan yg dibenci Allah, maka dia berada di bawah bendera syaitan, demikian juga seterusnya sampai dia pulang ke rumahnya." (HR Ahamad dan Thabrani)

Terus teringatkan dua beradik tu. Hmm ... tentu seronok bincangnya dengan Muaz dan Amar. Tak sabar tunggu hujung minggu ni ... balik kampung, jumpa mereka ... nak dengar pendapat mereka. Pasti menarik!
Paling teruja juga nak dengar cerita2 dari Amar, sibongsu Mama ...
p.s. takkan abang2 dan kakaknya jeles kot .... (^_~)

06 January 2013

Azam 2013 ... 1. Bersih, cantik dan wangi

N3 lepas Mama cakap nak recycle jer azam tahun baru 2013 ... tibe2 hari ni ada N3 pasal Azam 2013 pulak! Hehe ... jgn salah sangka pulak. Memang azam 2013 recycle azam tahun sudah2 ... recycle dan upgrade!!
Kalau dulu kata nak cukup solat 5 waktu, upgrade pulak ke nak solat awal waktu ... dlm hal ini, kaum lelaki lebih senang nak accomplish ... solat jemaah kat masjid, semua dapat!! (p.s. bini kat rumah pun boleh tumpang semangkuk, hehe ... so pujuklah suami agar solat jemaah kat surau/masjid atau semasa dirumah ...).
Pastu upgrade lagi ... nak istiqomah solat awal waktu dan solat sunat! ... lebih hebat kalau dapat upgrade ke ... nak istiqomah bangun 2/3 malam ... itu maksudnya. Banyak boleh upgrade dalam bab solat ni ... yg penting cari ilmu dulu. Kena faham dalam beramal, baru dapat bonus banyak!!
Tahun ni, Mama nak upgrade solat dalam bab semasa depan Allah. Teringat telekung cantik yg beli kat Bandung dulu ... Mama hanya pakainya masa solat sunat Hari Raya ... cam telekung raya gitu. Rasanya, Mama dah salah konsep ... pakai baju baru, bersih dan cantik serta wangi dan lawa2 bila nak keluar ... kerja, jumpa kawan, datim dgn hubby (hehe), pergi shopping ... itu antaranya. Memang amat pekalah bagi aktiviti keluar rumah ni ... mesti kena matching dgn warna dan function yg Mama nak hadiri. Everything from head to toes!! Tapi, bila nak jumpa Allah (solat), berdua2an dengan NYA ... sambil lewa jer. Telekung tu, yg 20 tahun sudah pun guna lagi. Sampai bertampal dan nipis dah kain tu dek wear n tearnya. Pastu ... penuh jeragat (oghe Kelate kata .. petik sawo) kat dagu, dahi dan anak telekung ... dan naik semacam bau asemnya dek terperap dlm sejadah sebaik sudah solat. Buka tak pun, next solat ... mau tak naik bau!! Pastu dah tak tahan sangat baru nak basuh ... yg baru dan cantik ada ... nun dlm lemari tu. Yg tu pakai masa solat raya, solat terawih dan nak musafir ... kat rumah, telekung dan kainnya tak matching takper ... bukan orang tahu!! MasyaAllah ... Mama lupa bahawa, DIA Maha Mengetahui ... sedang memerhati kita. Mama solat kerana DIA tapi sambil lewa bab penampilan dengan DIA Maha Pencipta ... eee .... malunya.
That is why ... tahun ni, Mama azam nak sentiasa BERSIH, CANTIK DAN WANGI bila mengadap DIA!! Nak dapat A++++ gitu. Nak belajar tajwid semula ... nak betulkan bacaan dan kalau boleh nak belajar Bahasa Al-Quran ... agar lebih fahami apa yg Mama dok kumat kamit masa solat tu ... Nak EXCELLENT .... Itu azam Mama tahun ni. Tolong doakan Mama ya ...

Mama sentiasa doakan agar kita semua diberi kefahaman dalam beragama ... moga redalah segala salah sangka yg kian bermaharajalela sekarang ni. Moga umat Islam kembali dikagumi dan dihormati dan bangkit ke zaman kegemilangan dahulu ... InsyaAllah. Ameen ...

p.s. dgn hubby pun kena bersih, cantik dan wangi juga tau ...

05 January 2013

Bila bersedekah ...

Pagi tadi Mama dan Muaz ke kedai buku SMO (Sy. Muda Osman yg femes di Kelate), Pasir Puteh. Mak oii!! Ramai betul orang ... ngalahkan sales kat SOGO ... hehe. Sesaknya macam kat pasar malam Wakaf Che Yeh ... hingar bangarnya pula cam kat pasar ikan. Haha ... bersesak2, berhimpit2, aircon pun tak rasa lagi dah. Layan jelah Muaz menyopping keperluan sekolah dia ... pastu bila time nak bayar, kesemua 4 kaunter bayaran punyalah panjangnya Q ... huhu. Tapi, berbaloilah jugak, sebab beli lebih dari RM50 boleh beli bekas pensil SMO dgn harga 10 sen!! Mama beli 2, ... satu buat Muaz, satu buat Amar ... adill!! Mana nak dapat bekas pensil semurah tu ... 20 sen 2 ...
Setelah selesai, kami pun tunggulah Ayahnya datang amik depan kedai buku tu. Ayahnya cakap lambat sikit, jalan jem!! Tiba2 datanglah 3 orang gadis ke arah kami. Dari raut wajah dan pertuturan, jelas mereka bukan warganegara kita. Agak Mama, mereka dalam lingkungan usia 11 - 18 tahun. Gadis yg paling tua sekali terus menghulurkan sebuah buku Yassin kecil ke arah Mama, tanpa berkata apa2 ... tetapi bila Mama cakap, "Salah ni minta sedekah. Nanti boleh kena tangkap!". Pantas dia menafikan aktivitinya, katanya mereka bukan minta sedekah, tapi jual benda!! Betul juga ...
Kelemahan Mama, susah nak kata NO, nak2 bila lihat wajah mereka penuh mengharap ... kesian pulak! Tapi dlm masa yg sama, kat rumah tu banyak bebenar surat2 Yassin (yg beli, cenderahati perkahwinan, majlis tahlil ....), tak nak dah beli lagi. Tapi kesian dan tidak sampai hati pulak hampakan mereka. Lalu Mama keluarkan RM .... (hehe ... sedekah itu rahsia) dan beri pada dia sambil cakap "sedekah, sedekah" dan tak ambil buku pun Yassin bersaiz buku 555 tu. 
Dalam menunggu Ayahnya datang ... Mama tak lekang perhatikan gelagat 3 gadis tu. Pandai mereka cari lokasi strategik ... memang depan kedai buku tu tempat yg tepat buat aktiviti mereka. Mengejutkan! Rupanya buku Yassin yg kecik comel itu, siapa yg amik ... wajib bayar RM5.00. Ramai yg terkena ... ingat bayar ikut suka. Kalau diberi duit kurang dari RM5, mereka akan minta/ikut, sampai cukup/dapat! Yg dah terambik tu, nak pulang balik,dek kerana banyak mata yg memandang ... malu pulak dikata kedekut. Nak pula yg terambik tu lelaki ... tak macho la, mau saham jatuh menjunam ... takkan 5 hinggit pun nak berkira ... HAHAHA. Muka semacam jer masa kluar RM5, kelat! rela dalam paksa. Yg. menolak pun ramai ... macam2 alasan ... "Dah beli semalam/tadi, dah ada banyak dah, takder duit kecik ... dan yg paling lucu, takder air sembahyang, tak leh sentuh ... huar huar!! Ada juga 2/3 orang yg herdik dan marah mereka ... tapi mereka cam dah lali, tak kisah ... muka selamba jer. Kesian Mama perhatikan mereka bertiga ... rasanya mereka terpaksa buat gitu. Ada yg sedang perhatikan mereka agaknya ... kalau tidak masakan mereka beriya2 berusaha jual buku2 Yassin yg tak sepadan dgn rega RM5 tu ... Entahlah!!
Apapun, Mama tidak nyesal sedekahkan duit pada mereka walau pun tak seberapa. Mama niat kerana Allah ... Mama ikhlas nak sedekah. Memang dah lama Mama pegang 2 perkara ni dlm bab bersedekah ni ...
1) Apa2 yg boleh disedekahkan itu ibarat benih yg kita ada. Rugi tak tanamnya ... Tak tanam benih, mana dapat tuai hasilnya. Sedekah dgn ikhlas ibarat menanam diladang yg pahalanya dapat dituai utk dinikmati dunia lagi, apatah pula diakhirat nanti. Percaya ... bersedekah adalah keberkatan yg berpanjangan.
2) Jgn musykil atau ragu ketika sedekah ... tidak berburuk sangka kalau2peminta tu penipu. Mama ingat pesanan seorang ustaz kat radio suatu masa dahulu. Setiap sedekah yg kita hulur dgn ikhlas itu, sudah dlm pengetahuan dan perkiraan Allah snw. Dah dapat pahala bersedekah .... Apa yg sipeminta itu buat dgn pemberian yg dihulur, itu antara dia dgn Allah snw. ... tidak perlu kita tahu kesudahannya. Urusan kita selesai sebaik sahaja kita hulur sedekah itu. Selesai!! Fullstop!! 


02 January 2013

Tahun Baru .... 2013

Rasanya lama jugak Mama menyepi  ... bukan tak rindu pd blog Mama ni, tapi banyak yg perlu diurus sebelum tahun 2012 melabuhkan tirainya  ... terutamanya urusan persekolahan Amar dan Muaz ke sekolah baru masing2. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dua beradik tu nampaknya ok dan sudah dapat kawan2 baru. Lega ....
Pagi tadi kesemua anak2 yg dah dewasa pulang semula ke KL ... mereka balik kerana nak habiskan cuti tahun 2012 + tolong Mama kemas dan pek barang2 utk pindah ke Rumah Biasa2 kami, insyaAllah bulan ni. Manakala Muaz dan Amar yg kini bersekolah di Pasir Puteh, buat sementara waktu tinggal dgn nenek mereka dikampung. Jadi segala urusan hantar dan ambik budak berdua tu ke/dari sekolah masing2 kini dipikul oleh Acu, mak sedara diaorang (adik bongsu Mama).
Sekarang ni, tinggallah Mama terkulat2 sorang kat rumah ni ... dgn rumah mcm tongkang pecah, kain diampaian yg tak kering2, banyak lg barang nak pek .... rasanya tahun baru 2013 is just a continuation of 2012 unfinished businesses  ... of mine, of course!!
Selamat Tahun Baru semua ... moga tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya.
Tahun ni just recycle azam tahun sudah  ....huhu