Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

08 January 2013

Bingka Jagung



Alhamdulillah cubaan pertama Mama buat bingka jagung tidak mengecewakan. Rasa, rupa dan teksturnya juga adalah persis bingka jagung yg sentiasa Mama nanti2kan ... setiap kali pejabat tempat Mama kerja 20 tahun dulu ... adakan jamuan. Ia menu wajib ada. Favourite semua ... Setelah berhenti kerja dan tinggalkan Kuantan, bingka jagung seenak itu, tidak lagi Mama jumpa.
Entah mengapa, tiba2 hari ni teringat kat bingka jagung tu. Rasa ingin nikmatinya cam membuak2. Lalu Mama google cari image bingka jagung yg bermain diminda. Jumpa yg matching dgn yg Mama cari, terus masuk blog tuannya. Terima kasih HaNa dan Liza share resipi bingka idaman Mama ni. Memang berbaloi buatnya ... puashati, sesedap bingka jagung masa kat Kuantan tu. Alhamdulillah. Hubby pun suka ... (^_^)
Btw, Mama buat separuh adunan jer ... dah dua orang jer nak makannya. Tapi yg pasti, lain kali Mama akan buat resipi penuh, nak beri pada jiran2. Mama buat sikit adjustment pada resipi mereka ... suaikan ikut bahan yg ada, ginilah resipi Mama ...

BINGKA JAGUNG

Bahan2nya:
1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastad
3/4 cawan santan pekat/susu cair
1/2 cawan air
3/4 cawan gula
2 biji telur (gred B)
1 sudu mentega/marjerin - cairkan
1/2 tin jagung manis
(Mama tak guna pewarna kuning)

Cara buatnya:
1. Panaskan oven 160C dan gris loyang.
2. Kisar semua bahan gunakan blender.
3. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam
atau hingga atasnya garing.
4. Sejukkan terlebih dahulu sblm potong.

Nota:
- jika suka, simpan 1/2 cawan jagung, jgn kisar dan masukkan kemudian agar bingka nampak tekstur jagung
- jika suka manis, tambah gula. Gitu juga sebaliknya.
- jika suka, tabur bijian goreng tanpa minyak selepas 30 minit pertama, dan bakar hingga masak.
- pastikan betul2 sejuk, lebih elok jika melebihi 4 jam selepas masak.
- utk cairkan mentega, letak dlm senduk dan guna api kecil.
- jgn risau kalau lepas sejam, tgh bingka cam lembut dan bergoyang2 ... dah sejuk, cantik moleklah dia. hehe ...

p.s. next time Mama nak kurangkan sikit gula dan lebihkan santan ... atau ganti air dgn susu cair. Sekali sekala lagi lemak lg sedapkan! Sekali sekala jer doktor .... huhu

No comments: