Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

06 January 2013

Azam 2013 ... 1. Bersih, cantik dan wangi

N3 lepas Mama cakap nak recycle jer azam tahun baru 2013 ... tibe2 hari ni ada N3 pasal Azam 2013 pulak! Hehe ... jgn salah sangka pulak. Memang azam 2013 recycle azam tahun sudah2 ... recycle dan upgrade!!
Kalau dulu kata nak cukup solat 5 waktu, upgrade pulak ke nak solat awal waktu ... dlm hal ini, kaum lelaki lebih senang nak accomplish ... solat jemaah kat masjid, semua dapat!! (p.s. bini kat rumah pun boleh tumpang semangkuk, hehe ... so pujuklah suami agar solat jemaah kat surau/masjid atau semasa dirumah ...).
Pastu upgrade lagi ... nak istiqomah solat awal waktu dan solat sunat! ... lebih hebat kalau dapat upgrade ke ... nak istiqomah bangun 2/3 malam ... itu maksudnya. Banyak boleh upgrade dalam bab solat ni ... yg penting cari ilmu dulu. Kena faham dalam beramal, baru dapat bonus banyak!!
Tahun ni, Mama nak upgrade solat dalam bab semasa depan Allah. Teringat telekung cantik yg beli kat Bandung dulu ... Mama hanya pakainya masa solat sunat Hari Raya ... cam telekung raya gitu. Rasanya, Mama dah salah konsep ... pakai baju baru, bersih dan cantik serta wangi dan lawa2 bila nak keluar ... kerja, jumpa kawan, datim dgn hubby (hehe), pergi shopping ... itu antaranya. Memang amat pekalah bagi aktiviti keluar rumah ni ... mesti kena matching dgn warna dan function yg Mama nak hadiri. Everything from head to toes!! Tapi, bila nak jumpa Allah (solat), berdua2an dengan NYA ... sambil lewa jer. Telekung tu, yg 20 tahun sudah pun guna lagi. Sampai bertampal dan nipis dah kain tu dek wear n tearnya. Pastu ... penuh jeragat (oghe Kelate kata .. petik sawo) kat dagu, dahi dan anak telekung ... dan naik semacam bau asemnya dek terperap dlm sejadah sebaik sudah solat. Buka tak pun, next solat ... mau tak naik bau!! Pastu dah tak tahan sangat baru nak basuh ... yg baru dan cantik ada ... nun dlm lemari tu. Yg tu pakai masa solat raya, solat terawih dan nak musafir ... kat rumah, telekung dan kainnya tak matching takper ... bukan orang tahu!! MasyaAllah ... Mama lupa bahawa, DIA Maha Mengetahui ... sedang memerhati kita. Mama solat kerana DIA tapi sambil lewa bab penampilan dengan DIA Maha Pencipta ... eee .... malunya.
That is why ... tahun ni, Mama azam nak sentiasa BERSIH, CANTIK DAN WANGI bila mengadap DIA!! Nak dapat A++++ gitu. Nak belajar tajwid semula ... nak betulkan bacaan dan kalau boleh nak belajar Bahasa Al-Quran ... agar lebih fahami apa yg Mama dok kumat kamit masa solat tu ... Nak EXCELLENT .... Itu azam Mama tahun ni. Tolong doakan Mama ya ...

Mama sentiasa doakan agar kita semua diberi kefahaman dalam beragama ... moga redalah segala salah sangka yg kian bermaharajalela sekarang ni. Moga umat Islam kembali dikagumi dan dihormati dan bangkit ke zaman kegemilangan dahulu ... InsyaAllah. Ameen ...

p.s. dgn hubby pun kena bersih, cantik dan wangi juga tau ...

No comments: