Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

17 January 2013

Mok ...

Dua hari hubby outstation luar daerah, dua hari Mama balik rumah mak Mama. Buka takut dok sorang2 rumah (uhuk, uhuk ... batuk pulak!)! tapi sunyilah  .... kalau balik rumah Mok, ada budak dua orang tu ... Muaz dan Amar, ada Mok, kucing 2 ekor yg manja .. meriah. Kira saling membahagiakan  ...
- Mok bahagia Mama balik, makan tidur rumah dia!
- Muaz dan Amar gembira Mama ada bersama!
- Mama? Suka sangat2 duduk kampung, disisi orang2 tersayang  ... (^_^)
Dua hari yg amat padat buat Mama, urus Muaz dan Amar (ps. Ecu, adik bongsu Mama terus amik peluang cuti2 M'sia ke KL sebaik tahu Mama nak balik kg ... hehe)
Rutin yg bermula se awal 6.50 pg, hantar anak2 ke sekolah, tghahari ... hantar bekal kat Amar dan amik Muaz, kul 2 ke sekolah Amar ... amik Bantuan Awal Persekolahan + dengar ceramah sblm nak dapat RM100, pastu terus tunggu amik Amar dari kelas Fardhu 'Ainnya yg habis kul 4.30 ptg.
Hari pertama, lepas hantar mereka, terus singgah pasar borong. Balik, breakfast n rehat jap .. kul 10 ke pekan lg, urusan Rumah Biasa2 kami pulak. Kul 12 balik, kepenatan (enjin lama ginilah). Konon nak rehat jap ... terus terlelap. Kul 12.30 Mok kejutkan .... rupanya Mok dah siap urus bekalan lunch utk Amar. Terlupa terus pasal hantar bekal Amar sblm kelas Fardu 'Ain dia bermula. Terkocoh2 basuh muka, siap2 nak pergi. Mok suruh makan nasi, isi perut dulu ... Mok dah siap hidang nasi dan bubuh lauk dlm pinggan!!! Air pun Mok dah tuangkan dlm gelas, terletak elok tepi pinggan.
Oh MOK!!! Nak menitis air mata kerana Mok masih layan anaknya yg dah lebih 5 siri ni cam masa Mama belum kawin, dok dgn dia lagi ... Huhu
Begitulah kasih ibu pada anaknya  ... Terima kasih Mok, terima kasih.
Tengahari tu, Mama terasa mcm skipping jer ke sekolah Amar ... hantar bekalan yg Mok sedia ... hati yg berbunga2 ... rasanya cam budak sekolah semula ... hepinya.

"Ucapkanlah wahai anak, 'Ya Tuhanku, kasihilah kedua ibu bapaku sepertimana
mereka berdua mengasihiku sewaktu aku kecil'." (Surah al-Israk, ayat 24)

p.s. Bacakanlah doa ini setiap kali lepas solat, baik ibu bapa masih ada, maupun telah tiada.