Pages

Labels

Ceritalah (250) Me (147) diari ibu (137) kucing (69) Resipi (64) Pesanan (63) Amar (62) Rumah Biasa2 (36) Kebun Biasa2 (34) Yg Tersirat/Tersurat (30) cerita lama (21) Jalan-jalan (17) Jodoh (17) 3R (14) Lawak sikit (9) Puasa (8) PETUA (5) Rumah WM (5) Cucu (4) Lukislah anakku (4) Haji (3) Migraine and I (3) Kawan (2) Nature (2) ipoh (2)

30 March 2014

Betik .... bulan ke lapan


Pejam celik, pejam celik  ... dah masuk 8 bulan pokok2 betik Mama ... 
Jom prebiu tumbesar mereka  ... chewahh!!
Gambar2 yg sebelah atas tu, yg diambil bulan Jan '14 lalu ...
Dan yg sebelah bawah tu ... bulan ni.
Ketara sungguh perbezaannya kan?!!  ... makin lebat dan makin besar buah2nya  ....


Semestinya Mama teruja  ...
Setiap hari jenguk mereka  ... intai kot2 ada yg dah menguning dimana2  ... tak sabar sungguh nak merasa betik pertama hasil tanam sendiri  ... really!
Bukan Mama sorang yg 'excited'nya  ... Mak Mama pun 2 X 5 ... hehe
Tiapkali datang, pokok2 betik nilah yg dia jenguk dulu ... (^___^)
Nampak tak batang2 kayu kat pokok2 betik tu??
Tu inisiatif Mak lah  ... katanya takut pokok tumbang dulu
Ye tak ye jugak! pokok2 tu masih renek, cam tak padan pulak dengan buah2 yg melambak dan besar2 tu  ... tu yg Mak sendal dgn batang2 kayu yg dia jumpa ...
"Depa ni kan gheti apaa ... " rungut Mak (p.s. Mak Mama anak Mami sejati ... Balik Pulau mari. Marahlah tu kalau 'speaking' Penang  ... hihi)

26 March 2014

Mama .... Speechless on WW

:'(
.... for the illfated MH370, everyone onboard and their families ... Al Fatihah, Subhanallah

... also for our future generation ... (-__-')



Ridiculous eh!!?? Read more here  .... huhu


24 March 2014

Cuti sekolah special ... lama tak jumpa

Cuti sekolah  .... agenda Mama dan Ayahnya,
... kenduri, kenduri, kenduri (^__^)
Rancangan asal nak ke utara ... tergendala, kena 'postpone'!
Sebabnya;
... wajib pergi, kenduri2 sanak saudara/rakan terdekat di sana sini
... Muaz, 'fully-booked' dgn tusyen di sekolahnya (tahun ni SPM dia)
... Ayahnya tak dapat cuti (penyebab utama  ... huhu)
Pun, kenduri merapatkan semula ikatan perhubungan lama  ...

Sungguh, Mama memang tak boleh 'recall' bila dapat jemputan dan 'call' dari rakan sekolah/sepermainan Mama ... katanya kita sekelas dan sekampung masa darjah 1 dulu.
Bila ke rumahnya, kenduri kesyukuran perkahwinan anaknya  ... pun gitu juga. Puas dia bercerita, peristiwa2 kami bersama  ... pun bank memori Mama tetap tak boleh 'recall'!!! Minta maaf kawan, ingatan Mama tentang dia ZERO terus! takder lansung walau sedikit walaupun puas Mama cuba 'flashback' ... huhu.  Semuga pertemuan semula ini harapnya mengikat kembali satu persahabatan yg terputus dahulu dek Mama yg sering berpindah-randah  ... lalu meninggalkan teman merata2!! Itu realitinya  ...

YAN!! Dia bagai anak angkat kami. Teringat bagaimana kami mengambil dia di Perhentian Bas Medan Gopeng. Kemudian menghantar dia ke Uitm Sri Iskandar, Perak. Dia anak orang susah! Kami rasa bertuah dan bangga menolong mereka  ... walaupun susah, anak2 mereka berjaya belaka  ... selepas siayah ditimpa musibah penyakit bertimpa2, gigihnya siibu menggalas semua perkara  ... ketabahan mereka sekeluarga buat kami terharu dan kagum. Dan itulah yg buat kami rasa rapat sangat dengan Yan dan keluarganya. Kecekalan dan tidak pernah berkeluh kesah itulah yg buat Mama dan Ayahnya mahu tautan persahabatan kekal selamanya. Gembira sungguh bila mendapat jemputan ke majlis perkahwinan kakak Yan. Kami dilayan istimewa sekali ... bagai saudara sendiri  ... dan hiba hati melihat siayah lelah sekali  ... sekejap duduk, sekejap berdiri ... lantaran kedua kaki yg terpaksa dipotong dulu ... badan yg tua tak kuat lagi. Yan  .... jangan lupa jemput kami bila makan nasi minyak nanti ya  ....!!!

Dan, KJ yg sorang ni  .... lama tak jumpa tapi sifatnya tak pernah berbeza. Walaupun sudah kaya raya, bergelar Datin pula  ... bila sekali sekala balik kampung, singgah Rumah Biasa2 kami  ... she has the knack to make you feel very special person next to her  ... really!
Siapa2 yg pernah kenal KJ, pasti kata perkara yg sama  ... ceria, selesa bila bersamanya  ... tak diva lansung datin yg sorang ni.

SILA AMBIL PERHATIAN YA!
p.s. tengok tarikh, alamat dan nama elok2 tau. Jangan tersalah tarikh dan rumah udah!! Hihi  ... yg ni kami dah kena banyak kali. Jangan sampai jadi cam kami, dek tempat yg pergi ada 2 kenduri sebelah menyebelah. En. Hubby dgn yakin, terus jamu selera walaupun Mama curiga, terhendap2 cari muka yg 'familiar' dan bila tanya, rupanya rumah yg satu lagi daa  ... Haha! Untung hubby 2 X kali pekena nasi kenduri  ... rumah yg 1st, walaupun dpt makan free dgn izin tuan rumah, dek termalu, hubby terpaksa minta maaf berkali2 kat tuan rumah sebab silap 'landing' ... hihi.

** sentiasa memikirkan di manakah MH370, penumpang dan krew, sanak saudara yg menunggu  .... Ya Allah! Hanya Engkau Yg Maha Mengetahui. Leraikanlah penantian kami ini  .... Amiinnn.

17 March 2014

Amar ... kerana nasyid

Semalam:
Dari pagi hingga petang  ... Mama dan krew sibuk dgn urusan memindahkan barang2 dari bilik Amar ke kabin.
Operasi banyak tertangguh hari sebelumnya dek setiap kali buka kotak2 yg tak bertanda ... ohhh! ahhh! berselang seli tawa lucu bila jumpa momento2 lama yg mengundang nostalgia. Lalu banyak yg disimpan semula dari buangnya  ... sayanglah! nak tunjuk Abe, Anas lah! ... itu antaranya.
Dan semalam pulak operasi memunggah sebelah pagi tertunda dek hujan (pun ALHAMDULILLAH sangat2 ... setelah hampir dua bulan kemarau). Jadi lepas dzohor tu operasi non-stop hinggalah Amar pulang dari sekolah (4.30 ptg) dan maklumkan utk pertandingan nasyid esok Ustaz suruh pakai songkok dan sampin hitam!!!!
Songkok  ... Sampin hitam ... dua2 tiada dimiliki Amar  .... Maka, sebaik  lepas Asyar, Mama dan Ayahnya serta Amar berkejar ke pekan. Puas masuk keluar banyak kedai (yg rata2 sedang dlm proses tutup kedai utk hari tu) ... berkejar ke sana sini cam Amazing Race pulak rasanya  ... huhu. Songkok no problem, kain sampin kanak2 warna hitam + corak (pinta Amar) memang takder. Dekat raya baru banyak Kak!!
Amar dah cam sedih! Ayahnya kata beri ajalah dia pakai sampin songkek hitam tu  ... (yg bunga penuh beli Trg dulu2 tu??!! mahal bang oii! Hilang ... tau ajelah budak2 .... menangis tak berlagu, tak mampu beli dah hak lagu tu zaman lani  .... ) Mama tak 'give-up', selagi ada kedai yg buka, kita singgah! Itu azamnya dan ...
Alhamdulillah kedai kain yg kami singgah (dah 6.15 pm masa tu), walaupun tiada sampin kanak2 warna hitam, Mama tergerak hati tanya kain pelikat warna hitam (niat potong saiz Amar nanti ...).
Semalam, walaupun penat yg amat ... dek operasi memunggah dan Amazing Race tu  .... tapi kerana anak yg teruja terpilih wakili sekolah dlm pertandingan nasyid zon P.Puteh pagi ni (mama dia pun teruja jgk sebenarnya, hihi) .... melihat senyuman dan pelukan serta ucapan terima kasih dari Amar kerana dah dapat songkok dan kain sampin hitam  .... hilang penat menjahit dan semua penat yg lain!!

Amar  ... pagi tadi sebelum ke sekolah.
p.s. sila fokus pada kain sampin tu ... lawa kan!?
Kain pelikat yg ala2 corak songket  ... sampin raya pun ya!

Amar, songkok dan sampin hitam
... moga berjaya dik

13 March 2014

Jika sayang ....


If you love something, set it free ...
If it comes back, it is yours ...
If it doesn't, it never was ...

Antara ungkapan kegemaran Mama. Tak berapa ingat dari mana dapat ungkapan ini, tapi kalau tak silap dari salah sebuah buku Mills & Boon, siri buku2 cinta selain Barbara Cartlands yg 'mesti baca' masa zaman remaja Mama, sekolah menengah dulu (70 an). Kalau zaman sekarang ... yg macam siri novel2 Twilight, siri novel2 Shopaholic (Sophie Kinsella) ... dan tak lupa novel2 cinta Alaf Baru tu!!

... meredah lautan rumahtangga tidak semudah yg disangka ... laut tidak selalunya tenang, bahtera tidak selalunya tip-top, nahkoda adalah insan yg punya perasaan dan kelemahan, begitu juga jeragan dan anak buahnya  ... sama saja, 2 X 5, kalau bahtera tak dikawal selia dan servis sokmo, kalau nahkoda tiada penambahan ilmu didada mengharungi lautan yg tak menentu perubahan iklim dan cuaca, jeragan dan anak buah pun dok statik jer ilmu yg ada  .... kuatkah menongkah dan  meredah badai gelora nanti, jitukah persefahaman nahkoda dan anak kapalnya ... itu antara kisahnya.

Pun ... jika putus sblm belayar, jika karam dilautan bergelora ... sabar .... dan syukur. Sesungguhnya Allah SNW lebih mengetahui apa yg terbaik buat kita ... jgn bersedih!!

... Penampilan yg selalu ceria, tuturkata yg lembut, dan akhlak yg baik akan melahirkan simpati orang lain. Atas dasar inilah Rasulullah SAW bersabda, maksudnya;" Segala sesuatu yg diringi dgn kelemah-lembutan, maka akan menjadi baik. Dan segala sesuatu yg tanpa kelemah-lembutan, maka akan menjadi buruk." Lebih kurang sama dengan, jika kita mahu orang sayangi kita, kita hendaklah terlebih dahulu menyayangi ... jika mahu orang hormat kita, kita perlu hormati mereka terlebih dahulu  .... etc. Jangan harap balasan, ikhlas dalam memberi, bersyukur dalam menerima. Hanya harapkan balasan dan ganjaran dari Allah Yg Maha Esa.

p.s. berfalsampah pulak Mama setelah seminggu menyepi dan lupa pulak sumber rujukan Mama  ... N3 ini lama dah bersawang dlm 'Draft' sebenarnya  ... dekat 2 tahun ada. Moga boleh dijadikan halwa minda  ... dan,

SAMA2LAH KITA DOAKAN AGAR ALLAH BERI PETUNJUKNYA DALAM USAHA PENCARIAN MH370  .... moga cepatlah terungkai misteri kehilangannya, agar terjawab segala persoalan, lalu terlerai siksanya sebuah penantian  .... YA ALLLAH YA RAHIM YA KARIM ... PERMUDAHKANLAH! Amiinn  ....

05 March 2014

Kabin aka Stor Barang ... akhirnya



Senyum meleret Amar bila lihat kabin yg hampir siap kini.
Kabin yg ditempah  ... untuk simpan 'barang2 purba' yg mendiami bilik yg sepatutnya milik dia sekian lama ...
(p.s. genap setahun sudah rupanya Rumah Biasa2 kami)
Rancangan asal kononnya nak bina 'porch' muat 2 buah kereta bersekali dengan sebuah stor ...
Bila dengar 'quotation' dari kontraktor  ... +/- RM20K, anguk2 ... garu kepala!!!
Memikirkan dah janji  sekian lama dgn Amar ... bilik dia akan jadi milik dia tahun ni juga ...
Lalu, inilah 'option' kami ... 1/5 dari kos buat 'porch' + stor. Jaminan 10 tahun 'still standing' kabin ini  .... oklah tu drpd dok tunggu nak kumpul RM20K yg asyik turun naik simpanannya (hihi  ...)
InsyaAllah Amar ... minggu depan Adik ada bilik sendiri.

p.s. Amar dok runsing pula sebab bilik tu tak pernah orang solat dalamnya  .... takut 'keras' katanya. Adoii! ke situ pulak difikirnya. Bila dijelaskan rumah yg sentiasa ada orang solat, baca Qur'an dan zikir dalamnya, InsyaAllah 'depa' takut nak kacau kita, beri salam sebelum maauk rumah, baca doa, 3 Qul sebelum tidur ... bla!bla!bla! cam Ustazah pula Mama dok ceramah kat dia  .... ceria dia. Mama pun teruja juga nak lihat Amar dan biliknya. Sekemas dan 'organise' cam Bebe dia  kah atau  .... Well! 6 anak, 6 peel dan citarasa. Itulah indahnya kurniaan DIA Yg Esa  ... tugasan pada ibubapa, amanah dariNYA  ... Apalah penilaian anak2 terhadap kita ya? Tak pernah dan takut nak tanya ... hanya doa mereka kelak jadi ibubapa yg lebih baik dari kami!

04 March 2014

Jangan cemburu buta ....

Semalam terima sms 'entah dari siapa' ...
Sms yg buat Mama tak terkejut tapi gelak sakan!

mesej yg kontroversi  ... haha
Bila tunjuk pada anak dan menantu, ini respon mereka  ...
"Hoho! Ayoh outstation, Mama nak jumpa gewe ya!!!"
Haha! Ye lah tu  ... dah tua kerepot ni, dunia kata pergi, kubur kata mari ... 'don't worry', Mama pegang " Syurga isteri pada suami ...."
Bukan kali pertama terima mesej begini, dah banyak kali  ... ada nak komfimkan masa dan tarikh temuduga, ada yg nak order ubatan entah apa, nak tukar tempat jumpa ... pendek kata macam2 la mesejnya ... hehe!! Yg "Tahniah! No. anda menang cabutan bertuah  ...." toksah dok cerita  ... ejaan pun salah, kat situ dah boleh ditelah  ... cam CSI pulak. Itu cerita lain  ... tipu menipu yg beranika jenis!
Dan bila tunjuk kat hubby, mesej2 yg seumpamanya  ... dia 'make-dunno' jer  ... hanya kata, "Dia silap nombor tu!" Thats all  .... !!???
Aik! Tak jeles ke?
(p.s. harap kerana dia percaya 100% Mama setia ke hujung nyawa yg tersemat dihatinya, bukan kerana Mama dah tua! Takder siapa nak berkenan lagi dah ... huhu)
Dan bila baca dlm suratkhabar hari ni, gara2 suami cemburu buta, dakwa isteri ada hubungan dengan lelaki lain ... lalu isteri disimbah petrol, dibakar, serta dipukul dan ditampar lagi ... tak tahu nak kata apa.
Yang terlintas dihati Mama  .... bila tiada kefahaman dlm beragama, bila tujuan berkahwin tidak jelas arahnya, serta faktor2 semasa yg semakin menyesakkan kita ... mudahnya membuat hukuman sendiri.
Moga isteri yg berada diICU kini semboh dan sihat kembali.
Moga polis jumpa dulu suaminya, dan jauhkan dari amarah adik beradik lelaki si isteri  ...
Moga Allah snw lindungi kita dari tragedi2 yg seumpamanya yg makin bertambah saban hari.
"Manusia ini, dia menjadi musuh dengan apa yang dia jahil" - Pepatah Arab.
.... jika jahil ilmu berumahtangga, mungkin jadi musuh pada pasangannya kelak  ... ada benarnya.