Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

24 March 2014

Cuti sekolah special ... lama tak jumpa

Cuti sekolah  .... agenda Mama dan Ayahnya,
... kenduri, kenduri, kenduri (^__^)
Rancangan asal nak ke utara ... tergendala, kena 'postpone'!
Sebabnya;
... wajib pergi, kenduri2 sanak saudara/rakan terdekat di sana sini
... Muaz, 'fully-booked' dgn tusyen di sekolahnya (tahun ni SPM dia)
... Ayahnya tak dapat cuti (penyebab utama  ... huhu)
Pun, kenduri merapatkan semula ikatan perhubungan lama  ...

Sungguh, Mama memang tak boleh 'recall' bila dapat jemputan dan 'call' dari rakan sekolah/sepermainan Mama ... katanya kita sekelas dan sekampung masa darjah 1 dulu.
Bila ke rumahnya, kenduri kesyukuran perkahwinan anaknya  ... pun gitu juga. Puas dia bercerita, peristiwa2 kami bersama  ... pun bank memori Mama tetap tak boleh 'recall'!!! Minta maaf kawan, ingatan Mama tentang dia ZERO terus! takder lansung walau sedikit walaupun puas Mama cuba 'flashback' ... huhu.  Semuga pertemuan semula ini harapnya mengikat kembali satu persahabatan yg terputus dahulu dek Mama yg sering berpindah-randah  ... lalu meninggalkan teman merata2!! Itu realitinya  ...

YAN!! Dia bagai anak angkat kami. Teringat bagaimana kami mengambil dia di Perhentian Bas Medan Gopeng. Kemudian menghantar dia ke Uitm Sri Iskandar, Perak. Dia anak orang susah! Kami rasa bertuah dan bangga menolong mereka  ... walaupun susah, anak2 mereka berjaya belaka  ... selepas siayah ditimpa musibah penyakit bertimpa2, gigihnya siibu menggalas semua perkara  ... ketabahan mereka sekeluarga buat kami terharu dan kagum. Dan itulah yg buat kami rasa rapat sangat dengan Yan dan keluarganya. Kecekalan dan tidak pernah berkeluh kesah itulah yg buat Mama dan Ayahnya mahu tautan persahabatan kekal selamanya. Gembira sungguh bila mendapat jemputan ke majlis perkahwinan kakak Yan. Kami dilayan istimewa sekali ... bagai saudara sendiri  ... dan hiba hati melihat siayah lelah sekali  ... sekejap duduk, sekejap berdiri ... lantaran kedua kaki yg terpaksa dipotong dulu ... badan yg tua tak kuat lagi. Yan  .... jangan lupa jemput kami bila makan nasi minyak nanti ya  ....!!!

Dan, KJ yg sorang ni  .... lama tak jumpa tapi sifatnya tak pernah berbeza. Walaupun sudah kaya raya, bergelar Datin pula  ... bila sekali sekala balik kampung, singgah Rumah Biasa2 kami  ... she has the knack to make you feel very special person next to her  ... really!
Siapa2 yg pernah kenal KJ, pasti kata perkara yg sama  ... ceria, selesa bila bersamanya  ... tak diva lansung datin yg sorang ni.

SILA AMBIL PERHATIAN YA!
p.s. tengok tarikh, alamat dan nama elok2 tau. Jangan tersalah tarikh dan rumah udah!! Hihi  ... yg ni kami dah kena banyak kali. Jangan sampai jadi cam kami, dek tempat yg pergi ada 2 kenduri sebelah menyebelah. En. Hubby dgn yakin, terus jamu selera walaupun Mama curiga, terhendap2 cari muka yg 'familiar' dan bila tanya, rupanya rumah yg satu lagi daa  ... Haha! Untung hubby 2 X kali pekena nasi kenduri  ... rumah yg 1st, walaupun dpt makan free dgn izin tuan rumah, dek termalu, hubby terpaksa minta maaf berkali2 kat tuan rumah sebab silap 'landing' ... hihi.

** sentiasa memikirkan di manakah MH370, penumpang dan krew, sanak saudara yg menunggu  .... Ya Allah! Hanya Engkau Yg Maha Mengetahui. Leraikanlah penantian kami ini  .... Amiinnn.

No comments: