Sms yg buat Mama tak terkejut tapi gelak sakan!
mesej yg kontroversi ... haha |
"Hoho! Ayoh outstation, Mama nak jumpa gewe ya!!!"
Haha! Ye lah tu ... dah tua kerepot ni, dunia kata pergi, kubur kata mari ... 'don't worry', Mama pegang " Syurga isteri pada suami ...."
Bukan kali pertama terima mesej begini, dah banyak kali ... ada nak komfimkan masa dan tarikh temuduga, ada yg nak order ubatan entah apa, nak tukar tempat jumpa ... pendek kata macam2 la mesejnya ... hehe!! Yg "Tahniah! No. anda menang cabutan bertuah ...." toksah dok cerita ... ejaan pun salah, kat situ dah boleh ditelah ... cam CSI pulak. Itu cerita lain ... tipu menipu yg beranika jenis!
Dan bila tunjuk kat hubby, mesej2 yg seumpamanya ... dia 'make-dunno' jer ... hanya kata, "Dia silap nombor tu!" Thats all .... !!???
Aik! Tak jeles ke?
(p.s. harap kerana dia percaya 100% Mama setia ke hujung nyawa yg tersemat dihatinya, bukan kerana Mama dah tua! Takder siapa nak berkenan lagi dah ... huhu)
Dan bila baca dlm suratkhabar hari ni, gara2 suami cemburu buta, dakwa isteri ada hubungan dengan lelaki lain ... lalu isteri disimbah petrol, dibakar, serta dipukul dan ditampar lagi ... tak tahu nak kata apa.
Yang terlintas dihati Mama .... bila tiada kefahaman dlm beragama, bila tujuan berkahwin tidak jelas arahnya, serta faktor2 semasa yg semakin menyesakkan kita ... mudahnya membuat hukuman sendiri.
Moga isteri yg berada diICU kini semboh dan sihat kembali.
Moga polis jumpa dulu suaminya, dan jauhkan dari amarah adik beradik lelaki si isteri ...
Moga Allah snw lindungi kita dari tragedi2 yg seumpamanya yg makin bertambah saban hari.
"Manusia ini, dia menjadi musuh dengan apa yang dia jahil" - Pepatah Arab.
.... jika jahil ilmu berumahtangga, mungkin jadi musuh pada pasangannya kelak ... ada benarnya.
No comments:
Post a Comment