Pages

Labels

Ceritalah (245) Me (144) diari ibu (137) kucing (69) Amar (62) Pesanan (62) Resipi (62) Rumah Biasa2 (36) Kebun Biasa2 (33) Yg Tersirat/Tersurat (30) cerita lama (21) Jalan-jalan (17) Jodoh (17) 3R (14) Lawak sikit (9) Puasa (8) PETUA (5) Rumah WM (5) Cucu (4) Lukislah anakku (4) Haji (3) Migraine and I (3) Kawan (2) ipoh (2) Nature (1)

29 January 2014

PYO ... Selamat Hari Jumpa

Semalam ... genap 5 bulan PYO bersama kami. Hari Jumpa PYO ... 28 hb.!!! Kalau ikut umur manusia, PYO ni dlm usia 9 tahun  .. !!
PYO semakin besar  ... semakin lasak  ... semakin cerewet makan!
Pantang pintu atau jendela terbuka  .... meluru dia keluar  ... MERDEKA!! Haha .....
Yang dituju  .... semak samun ditanah terbiar sebelah rumah.
Kawasan yg sentiasa dperhatikan PYO dari dlm rumah  .... disitu sarang siburung  .... pelbagai jenis burung bertenggek, berterbangan, mencari makan, bergurau senda, bersiulan setiap waktu  .... kucing mana tak tergoda!
Pun, tak pernah nampak PYO berjaya tangkap mereka (syukurlah). Namun Mama faham itu naluri sipemburu kurniaan DIA Yang Esa  ... biarlah PYO bebas memburu  ... penat, dahaga ... balik rumahlah dia. Pun risau dan cuak juga  .... entah ada biawak, ular berbisa  .... PYO, hati2 ya!!!
Selera PYO juga macam yo-yo dah! Dulu hanya makan ikan rebus sahaja  ... akhir2 ni, tak mau dia  .... makanan kucing yg tak bersentuh sebelum ni, asyik licin jer  ... senanglah kerja Mama (^__^). Pun, kalau Mama dok bersiang ikan kat dapur .... tak berganjak dia ke mana2,
Can u do the ironing later Mama?
I need to rest awhile ok!!
duduk tepi kaki Mama sambil pandang kita  .... bila Mama beri sekerat ikan mentah tu .... ngap dengan lahapnya, tak pandang kiri kanan dah! Hari2 mau begitu  .... selagi tak beri, berlengkar dia dikaki. Kena beri ubat cacing lah gini  ....
PYO juga tak banyak mulut  .... sejak dari kecil. Susah nak dengar dia mengiau!!! Kalau megiau pun, sekali sahaja  ... kalau dikacau dia yg sedang lena  .... itu saja. Sekali  .... suara yg mahal.
Dan yg pasti  ... PYO memang penakut. Masa kecil, asyik meyorok kalau kita dekati. Sekarang pun, datang orang yg tak dikenali, terus lari masuk dalam bilik  .... keluar tidak, bila tetamu balik! Kucing sunti gitu ... hihi! Bunyi2 kuat seperti kereta, kapalterbang, lori atau apa saja bunyi bising yg pelik  .... PYO pasti bertempiaran lari menyorok. Kalau diluar rumah, berdesap meluru ke dalam rumah. Kalau dalam rumah, meyorok ditempat selamat  .... dengan kucing lain yg kadang2 datang ziarah pun dia kalah .... terus lari masuk rumah! PYO! PYO! Takut tak sudah2  ....
Tapi itulah  .... PYO dah jadi keluarga kami. Hilang sekejap pun semua tercari2  .... sofa baru yg dah bercalar sana sini  ... pejam mata ajalah kami  .... PYO buah hati everybody  .... peneman Mama setiap pagi yg sunyi. Terima kasih Allah  ... kurniakan kami perasaan kasih pada PYO, sebagaimana Rasulullah saw kasihkan MUEZZA. Moga ini antara cara kami amalkan sunnah Baginda saw  ... antaranya.
Allah humma salle ala Muhammad.

28 January 2014

Betik .... bulan ke 6

Update sikit pasal pokok betik Mama  ...
Baru perasan tak tahu betik jenis apa ni? Nampak sangat 'ignorant' pasal bercucuk tanam, ... tapi bila jiran sebelah rumah tanya ... sebab mereka kata tak pernah tengok betik dgn batang daun warna unggu  ... baru perasan betik jiran, batang daunnya hijau semua! Mama ni hanya tahu betik ada dua jenis  ... yg buahnya bulat dan yg memanjang .... yg pasti ... tahu makan aja!! Hehe ....
Seperti biasa, rujuk dgn 'google'  .... ada gambar batang daun warna gelap, tapi buah depa bulat!! Mama punya walaupun masih ada sebulan dua lg baru masak (spt yg 'google' kata lah) ... panjang!!  dan yg paling besar dah cecah dlm 11 inci panjangnya!!
Entahlah! Tak tahu nak cakap bagaimana teruja dan gembiranya perasaan bila lihat tanaman yg ditanam sendiri (dgn zero ilmu cucuk tanam), membuahkan hasil sebegini. Memang tak sabar nak lihat hasilnya  ... harap2 semua buah2 dan bakal buah (sebab masih ligat berbunga tu  ...) seperti dlm gambar di bawah ni, menjadi seperti yg diimpikan.

Siap beri tag nama lagi  .... ^_^

Dan 'google' kata boleh mula nikmati hasilnya selepas 8 - 9 bulan tanamnya. Dan puncak lebat buah betik ni, antara 9 - 14 bulan usia mereka Mama punya rasanya dah masuk bulan ke 6 .... harap2 bulan besday Mama masaklah sebiji dua  ... hadiah hari lahirrr  .... InsyaAllah.





27 January 2014

Roti Ayam Berkeju ala Lasagna pula ....


Tahun lepas (cam lama benor bunyinya  ... hihi) guna daging sebagai inti. Kali ni cuba inti ayam pulak! .... memanfaatkan isi2 ayam yg masih berlebihan selepas buat inti karipap tempoh hari. Lagipun roti yg berbaki juga rasanya menghampiri tarikh luput! Elok sangat  ....

Sekali sekala minum petang ala western .... p.s. abaikan kerak atas yg terhangit tu  ... huhu

Bagi roti ayam berkeju ala lasagna ni, Mama main agak2 jer bahan2 utk inti ayam tu. Lebihkurang nak buat inti karipap  .... +/- resipi guna inti daging dulu .... kat sini
Kalau anggaran 500 gm isi ayam, cincang halus2, gunalah
1 labu bawang besar, 2 ulas bawang putih  ... mayang halus.
2 biji ubi kentang, potong kiub kecik2
1 sudu makan serbuk kari ayam (Mama guna Adabi)
garam, gula secukup rasa.
Untuk tumis ... 2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih dan 1 cm halia, tumbuk,halus.
- Tumis bahan tumis hingga wangi, masukkan serbuk kari (larut dlm sedikit air), tumis lg hingga pecah minyak, masukkan bahan2 lain dan tambah sedikit air. Masak hingga ayam dan kentang empuk, ketepikan.

Bancuhan telur utk celup roti;
1/2 tin susu sejat
3 biji telur - saiz sederhana
30 gm mentega/marjerin - cairkan
sedikit lada sulah (opt)
- satukan dan pukul sebati, ketepikan

Roti - secukupnya
Keju - Mama guna parmessan dan cheddar keping tu (carik2 aja sblm tabur)
oregano
sosej black pepper secukupnya  ... rebus dan hiris nipis (opt)

1. Celup roti dlm bancuhan telur, susun dlm loyang (Mama alas dgn aluminium foil utk senang angkat nanti) dan tekan 2 sedikit.
2. Tabur inti ayam, hirisan sosej dan keju.
3. Ulang proses 1 & 2 hingga habis. Tuang baki bancuhan telur atas lapisan akhir, tabur keju dan tabur sedikit daun oregano kering. Seeloknya biarkan sebentar sblm bakar, agar baki bancuhan telur tu elok meresap kedlm roti  .... (Mama tak tunggu pun, terus masuk oven   ... tu yg roti masih nampak sekeping  ... ermmm)
4. Bakar 160 C lebihkurang 50 minit/masak.


26 January 2014

Rumah WM Fasa 1 dah siap .... untuk dijual

Alhamdulillah rumah Abang Ipar yg hubby Mama Tok Mandornya dah siap! Fasa 1 ni hanya dua buah banglo saja .... setingkat dan setingkat setengah! Mama adalah cerita pasalnya disini  ...
Hari ni hari Ahad. Maknanya hari Mama update akaun Rumah WM! Sebab lama tak update selepas tutup akaun 2013  ... banyaklah sikit kerja! Bila lihat inbois- inbois berterabur dlm kotak, nak kena susun dulu ikut tarikh dan Fasa Rumah yakni, 1 dan 2 ... kena asingkan akaun depa  ... putuskan update blog Mama dulu ... hihi .... lepas tu bolehlah tumpu akaun2 pulak! (sebenarnya dah lama Fasa 2 mula  ... yg ni 3 buah banglo pula. 2 jenis setingkat, dan sebuah jenis setingkat setengah)
p.s. berkenan pula yg setingkat setengah tu  ... sbb ada bilik bacaan dan SETOR!!!  Kalau tidak disebabkan Rumah Biasa2 kami terikat dgn loan gomen, mau jer jual rumah kami dan beli yg ini  ... huhu. 
Walaupun Fasa 1 dah hampir siap sepenuhnya ... Mama dan Ayahnya busy pula dgn Fasa 2, terutamanya hujung minggu  .... time nilah Ayahnya pi supervise progress rumah, pi beli belah dan tempah keperluan menyiapkan rumah banglo Fasa 2 ni (tang ni lah Mama join ... tang shopping2  ... haha). Semalam ke Tanah Merah, beli ventilators untuk banglo setingkat setengah Fas 1 dan jubin untuk bilik air dan dapur ktiga2 banglo Fasa 2 ... pilih yg berkualiti cam jenama White Horse dan Venus ... . kami beli di Aik Hoe Ceramics sebab selesa, ruang pameran yg sistematik dan senang nak pilih serta banyak pilihan dan layanan yg amat bagus ( sama mcm gi Jakel Jln TAR dgn Datin hari tu  ... layanan one-to-one gitu  ...) Hehe  ... promosi percuma nih!!
Ehh! Akaun tak update lagi  ... kang big boss tanya ( hubby lah tu ... hihi), apa nak jawab??!! Dok rumah jer, bukannya kerja 9 - 5  ... huhu. Mama berundurlah dulu  ... tadi ingat nak buat N3 pasal Si PYO yg makin nakal tp penakut! Juga pasal pokok betik belakang dan tepi rumah tu  .... Insya Allah lain N3.
Sementara tu jom 'preview' Rumah WM Fasa 1, banglo setingkat setengah yg dah hampir siap ... p.s. yg setingkat dah pun ada pembelinya ... manalah tahu kot berkenan ... (^__^)


4 bilik tidur, 4 bilik air, 1 study, stor
ruang tamu, ruang keluarga dan dapur
luas rumah +/- 3,000 + kaki persegi (atas + bawah)
luas tanah +/- 6,000 + kaki persegi

23 January 2014

Rumah Biasa2 .... Bila cuti

Seminggu tak bersiaran  .... Mama busy .... cuti Thaipusam (anak yg jauh nun diibukota balik, anak menantu juga berkampung disini, campur warga sediaada  ... happening la ... hihi) ... busy kat dapor, apa lagi!! (^__<). Yang paling seronok, adik bongsu Mama dan Mok bawa kek harijadi buat si Anas (Mama's no. 4) ... spontan, surprisedkan dia!! Memang havoc time tu  ... entah apalah jiran keliling kami kata ... Rumah Biasa2 yg selalunya sunyi ... tiba2 gegak gempita dgn hilai ketawa (now missing those moments pulak!! ... huhu).

p.s. pengumuman buat anak2 Mama .... kalau nak happening masa hari lahir .... baliklah PP ya! Takderlah makan biskut cicah air suam jer kalau dok sorang2 sana  ... hehe. Btw  ... Abe, Anas, kek marble, kek buah dan karipap yg Mama bekalkan tu dah makan ke belum??? Takut lupa  ... sebab diibukota, life is like in the fastlane, on the go sokmo!

Dan seronok sungguh bila ramai2 operasi cuci2 keliling rumah! Panas, penat ... tak terasa. Mamalah  .... feel like the happiest mum in the world! Sedap mata memandang keliling rumah sekarang ... terima kasih semua! Walaupun terpaksa korbankan pokok keledek yg merimbun dan hampir 'conquer' kawasan tepi rumah, perlu akur bahawa itulah juga sarang nyamuknya. Pun niat masa semai 2 ketul ubi tu utk pucuknya, bukan ubinya  ... dah berkali2 kutipnya. So, sadly for the last time, last harvest  .... Mama kutip segala pucuk ubinya ... dapatlah satu beg plastik besar. Beri jiran dan kedua2 mak dikampong (feberet mereka, celur ciciah budu ... ). Nanti nak tanam lagi  ... jauh sikit dari laman rumah. InsyaAllah.

Seperti biasa, bersilatlah kita kat dapur ... cooking a storm to rewards jobs well done ... takper. Seronok lihat semua berselera, makan dengan gembira! Licin semua!! Sigh!! Dok flashback lagiiiii
OK! OK!
Hmm! Bila fikir balik  .... anak2 pun tak ke mana2 cuti kali ni. Selalunya pasti ke Rantau Panjang dan KB. Mereka hanya ke Tok Bali, pekena pulut ikan bakar dan maggi ketam  ... Mama dan Ayahnya tak join ... lewat malam bukan untuk kami lagi  ...

Haa! Itu cerita aktiviti kami cuti kali ni. Seminggu tak bersiaran, banyak sebenarnya nak 'story'  ...
Itu lain kali ... yg ni pun dah makan 3/4 pagi nak karang, edit dan  publish. Tenet oh tenet  .... dah lah cam iklan biskut chipsmore tu  .... kadang2 rasanya laju lagi siput kat belakang rumah kami tu!! (~__~')

14 January 2014

TOMYAM Bila Kurang Rajin .... resipi


Ini menu kegemaran Mama  ... bila mood 'kurang rajin' (sepupu 'mim alif lam sim'  ... yg makin tua makin kerap pula datangnya  ... hehe). Masakan paling 'versetile', paling mudah buatnya dan 'lengkap' buat Mama ... ada kuah, sayuran, protein (ayam, daging, udang, sotong ... ikut citarasa, nak solo atau campur semua) dan pedas tu  ... penyek sendirilah dlm pinggan masing2 nak sepedas mana! Yg pasti, diRumah Biasa2 kami  .... kuahnya kena 'Xtra' banyak!!! Senang nasi nak berenang dlm pinggan Amar, Muaz, KCik sebagaimana lazimnya ... (^___^)
Jom kita lihat resipi TOMYAM Bila Kurang Rajin aka campak2 jer dlm periuk yg biasa Mama buat .... 

Bahan asas;
Ayam, daging, udang, sotong  .... pilihan ikut rasa
(Ini utk ayam sebelah bahagian)
1 - 2 labu bawang besar saiz sederhana - mayang kasar
2 - 3 biji bawang putih - ketuk
1 - 2 btg serai - ketuk
1 kiub perencah tomyam (Mama guna Knorr)
2 - 3 helai daun limau purut
1 biji tomato masak ranum - belah empat
1 cm lengkuas - ketuk
2 - 3 tangkai daun ketumbar (opt)
1 biji limau nipis - ambil jusnya

Sayuran;
1 btg seleri - potong ikut suka
1 biji tomato - belah empat
brokoli, bunga kobis, karot secukupnya - potong ikut suka
cendawan tiram
cili padi - ikut suka pedas

Cara buatnya;
1. Rebus ayam/daging hingga mendidih. 
2. Masukkan bahan2 asas lain, kecuali jus limau nipis dan daun ketumbar. Tomato, leyekkan sedikit ditepi periuk dgn senduk.
3. Masak hingga ayam/daging empuk, masukkan sotong, udang dan semua sayuran.
4. Bila sayur hampir masak, masukkan garam, gula secukup rasa.
5. Masukkan daun ketumbar dan jus limau nipis, renihkan sebentar dan hidangkan panas2.

13 January 2014

Cerita Pencuri 5AM ....

Itu gelaran Mama pada 2 orang pencuri yg sedang galak beroperasi di kampung Mok semenjak dua menjak ni  ... Jika idols K-Pop 2 PM dan 2 AM Korea kaya dgn titik peluh mereka sendiri  ... yg Pencuri 5AM ni  ... 'enjoy' dgn titik peluh orang lain, mencuri!! (p.s kalau lihat pencuri kena hukum potong tangan, baru takut gamaknya!! Hukum Allah  ... ada pengajaran dan keadilan buat semua)
Dek pukul 5 baru nak operasi mencuri, kelam kabutlah sebab time tu orang dah mula bangun!
Kebas aje apa yg nampak  ... beg, seluar yg tersangkut, hp, laptop!
Tak nyempat dah nak geledah lemari, drawers, bawah tilam bantal maupun bawah tikar!!!
Banyak rumah kat kampung Mok depa terjah!
Kat rumah Mok siap menyamar jadi cucu KZ (kakak ipar yg dah 70+) ... minta duit RM500/- ... dlm mamai2, KZ siap marahkan 'cucu' bertuah yg apekejadah  ... pulang jauh2, malam buta, terus mintak duit! Salam lah dulu dgn nenek ni hah!...
Bila pencuri cakap, cepat! Kete dok tunggu  .. baru KZ perasan, suara lain macam. Sebaik buka mata (tak nampak apa sebab lampu tak buka  ... nampak orang dudukdekat dia jer. Sipencuri, sedar mangsa dah alert, terus ragut rantai kat leher sambil yg sorang lagi ambil beg tangan KZ. Mula2 KZ berkeras juga pegang rantai kesayangan dia, tapi bila pencuri kian aggresif, KZ mengalah  ... fikir nyawa lebih berharga! Dah habuan mereka (takdir ke?? gila!)  ... rantai emas dan RM tak sampai seratusnya + hp biasa2 dan ubat2 darah tinggi, kencing manis dan sakit urat!!! Mujur Mok yg tidur diluar tidak diapa2kan  ... (Mok cakap semalam ada 2 orang datang! Mok fikir bakpo malam2 datang nak baiki paip hok rosak tu!??)
Selain rumah Mok, pagi tu sebuah rumah lg depa sempat masuk  ... dapatlah ratus2 jugak!
Selang beberapa hari, pencuri 'strike' lagi! Juga sekitar 5 pagi  ... Kali ni 4 buah rumah pulak. 2 tak dapat apa2 sebab tak sempat curi, tuan rumah dah jaga. Yg satu tu  ... dapat seluar buruk je, yg buat basahan mesin rumput siang tadi! Kat rumah cikgu, jiran Mak Mama pulak  ... dapat laptop, hp canghih yg dok ruang tamu. Bila si anak mangsa 'call' hp yg kena curi, pencuri tu jawab! dan siap beritahu ... "Ada 3 beg saya tak jadi ambik, saya letak kat tepi tangga  ..." dan terus 'off' hp tu.
Huh! (kat sini Mama ketawa bila dengar ceritanya  ... maafla ya, lucu pulak bila sipencuri 5AM beritahu beg yg dia tinggalkan kat tepi tangga tu  ... memang ya pun! Elok berderet 3 beg kerja dia dan mrs ... dua2 guru! Beg yg penuh dgn kertas dan buku2 ...)
Risau Mama bila fikirkan keselamatan insan2 tersayang dikampung tu setiap malam menjelma. KZ sehingga kini masih trauma. Dok terbayang peristiwa tu  ... dok takut pencuri tu datang lagi. Maklumlah rumah kayu lama  ... mana dok ada grill! Kesian dia  ... hanya hujung minggu hubby dapat temani, tidur kat sana agar tak takut dan ngeri!
Dunia hari ni  ... kalau fikir, memang rasa takut dan tak selamat lagi. Yang mampu hanyalah usaha tingkatkan keselamatan, doa dan tawakkal  ... Moga Allah SNW lindungi kita dari perbuatan khianat, gangguan, fitnah, sihir, hasad dengki dan malapetaka yg disebabkan oleh mahkluk2NYA antara langit dan bumi. Itu doa Mama setiap kali ... buat keluarga, sanak saudara dan sahabat handai  ... jauh dan dekat ... setiap hari!
Moga encik2 polis cepat2 tangkap Pencuri 5AM ni ... berdasarkan laporan2 polis yg dah dibuat.  Agar aman semula kampung Mok!! Insya Allah  ... Amiinn  .....

07 January 2014

Sayang nak buang barang purba ...

Bila usia perkahwinan dah menjejaki 30+  ....
Dari 'berdua' menjadi 'bertiga','berempat'  ... dan seterusnya
Dari  KL berhijrah ke KT, Kuantan ... dll tempat hinggalah balik semula ke negeri sendiri ... Kelate (entah pindah lg sbb hari tu Che Abe tt 60  ... huhu ... larat ke kerja lg masa tu dear?? Entah2 asyik lupa, sakit sini sana  ... MC sokmo ... tak pun asyik nak  zzzZzz jer!!)
p.s. haha  ... Mama terbabas dari tajuk asal lagi (^___^)
Dalam dok beringat tak mau beli itu dan ini  ... tunggu nanti dok rumah sendiri, setiap kali pindah  ... penuh satu lori! Lori yg banyak tan tau  ... bukan lori biasa2  ... hihi. Lori kecik dan kereta yg sumbat serba serbi  ... usah cakap ler! Sampai kena dok bersila  ...
Dan satu penyakit yg susah nak sembuh! Suka simpan nostalgia anak2  ... buku, baju, mainan, kasut ... dari kecik sampai depa kluar, belajar ... pastu kerja. Masing2 ada 'kotak harta karun'nya ...
Satu lg  ... barang2 rumah cam katil, almari, rak kasut, rak buku  ... dah senget kawan tu, yg kaki dah hampir hancur pun ... simpan lg, guna lg ... walaupun dah layak hapuskira!!
Gara2 'yg ini beli masa A lahir, tu masa B lahir, yg ni sama baya C  ... kan Sayang??'  ... hihi. Setiap benda tu ingatkan kami, Mama dan Ayahnya pada anak2 ketika mereka masih kecil ... memori yg dicipta kami, tanda kasih kami  ... kalau buang, cam buang memori2 tu sekali  ...
"Isshh! Susah lah nak kemas rumah camni! Nak 'clear' kotak2 dlm bilik Amar tu Mama! Ayoh! Kesian Amar  ... cam pelarian dirumah sendiri. Ada bilik jadi stor  ... " bebel doter kami, yg memang terkenal suka 'cuci2'.
Mama dan Ayahnya, dengan berat hati ... setuju lupus barang2 lama tu ... 'barang2 purba' kata mereka ... huhu! Hari tu janji nak buat tahun 2014 nanti  ... dah 2014 pun!!!
"K.Cik! Rak kasut tu sama umur dgn Muaz! Kerusi rotan ni  ... baya Anas! ..."
"MAMAAA  ....!!!!"
OK! OK!  .....

06 January 2014

Yellow Morning Glory



Mama often sees a purple morning glory  ... creeping along fences and bushes. However, lately been noticing little  yellow flowes among the unkempt grasses (the unpredictable weather  ... with rain and sunshine trying to outdo each other  ... the grasses,  bushes, lallangs, weeds  ... thrive well and bounty as the mosquitoes!!!) opps! the unnecessary intro again  ... hehe. 


Well   ... upon closer inspection, was Mama surprised! Didn't know and never seen before a Morning Glory so small. Yellow, small and cute ... wow! So, Mama thought of sharing this little flowers with you all. Who knows it might brighten your day  ...  for Mama finds looking at them, and almost all God's given living plants and creatures around us  ... if you care to stop awhile and look around for a minute or two. They're beautiful, they too thrive hard to survive in today's wolrd  ... Maybe learn a thing or two from them if you 'open your eyes and heart!'

Yellow glory  ....

As big as 20¢  coin  .... thats how small this flower is (^__^)


Lockout ... lessons learned

As usual, after sending the kids to school, so-so breakfast  .... Mama will be outside the house, attending our minuscule backyard, 'kebun biasa-biasa', and doing laundry with our 10 yrs old washing machine that has become semi-auto due to frequent 'moving houses'... huhu
An almost daiy routine that Mama has become comfortable with  ... never thinking of 'other' possibilities that might occur  ... until one day!
That 'eye-opener' day, Mama was outside as usual. The only exit @kitchen door, closed as usual ... to prevent Mr. S (Stray) from going into the house and starts marking his territories (urine spraying  i.e. .. urghhh!) ... for Mama has seen him 'markings' his territories outside and around our house  (huhu  ... the doors, tyres, pots, boxes  etc)  ... p.s. panjang pulak cerita pasal Mr. S (hehe  ...) 
OK! OK! Back to the real story  ... the kitchen door was always ok until that fateful day  ... upon closing it, Mama heard a 'not so usual' click sound. But 'make-dunno' and happily doing what Mama does everyday  ... after hanging out the laundry, Mama cannot open the door!! Its locked from the inside  ... and Mama is on the outside  ... haha!! Haha me  ... the truth is, Mama panicked! There' s no way to enter the house because all doors are locked and windows, tho' opened, blocked with solid grills!!
Tried to be 'Mc Gyver'  ... using this and that to pry the door open. It won't budge a bit. To call for help  ... ayoyo, handphone inside the house, and all neighbours both working couples ... at the most, after 2 pm those who are teachers will be back. Now its only 9 am!!! The only option is, to walk almost 1 km outside for help (in Mama's drab morning caftan that mismatch my 'tudung'??  ... hoho, no way  ... got pride maa!! ... but keeping it as an option if nothing else works  ... -_-')
Alhamdulillah! Suddenly saw our neighbour feeding his hens  (he said he came back to fetch something he forgot, and decided to feed the hens whilst at it ... pheww!) . You bet, Mama almost jumped with joy and wasted no time asking (almost begging) for his help! And the rest, they say is ... history! Pheww! Lesson learned in case of 'LOCKOUT' again  ....
- put spare keys in strategic, hidden yet easy to retrieve place ... 
- make sure other family members has their own spare keys ...
(before this only Mama has all the keys ... in the house! Huhu)
- keep handphones near the window, within easy reach!
- know your neighbours and keep their numbers!
p.s. wow! its really easy to pry the door open from the outside ... just using object like unused credit card  ... zip zap zip zap ... the door is unlocked!! He said he used to do this during his 'bujang' days, staying with 'bujang' friends at their rented house  ... when they often forgot their keys! So ... make sure you have extra locks inside the house  ... just for safety!!

02 January 2014

PYO ... dah besar

Semalam cerita pasal Amar 'dah besar'. Hari ni pasal kucing kami pulak  ... PYO! Bulan ni genap dia 5 bulan bersama kami. Usia dia pun, Mama jangka sekitar tu juga  ...
Anggaran usia PYO ikut usia manusia ialah dlm anggaran 6 bulan lebih. Ya! Seperti anak2 seusia itu, PYO semakin lasak dan berani. Jika dulu PYO ialah seekor kucing yg amat penakut  (terutama dgn bunyi bising atau tetamu asing ... berdesup lari menyorok belakang kerusi, bawah meja, bawah katil, dlm bilik  ... mana yg sempat! Hihi  ...), sekarang dia lebih berani! Walaupun masih waspada dgn persekitarannya, dn tetamu asing  ... dia kini sudah berani 'ventures' @ menerokai kawasan  sekitar rumah. Pantang pintu, jendela terbuka  ... lesaplah dia!
Paling suka memerhati ayam jiran sebelah, mengejar rama2 dan kupu2  ... kadang2 sang lebah pun dia terjah! Masih tak dapat beza mana yg 'harmless' dan berbisa. Tapi selalunya tak berjaya  ... selalu kena main oleh mereka. Berpusing2 dia, lompat sini sana  ... Mamalah yg ketawa sorang2 lihat gelagat dia. Kesian pula bila dia pandang Mama macam minta tolong ... haha.
kalau dah dlm posisi begini,
tandanya letih sangatlah tu  ...  hehe
Seminggu ni dia semakin berani meneroka jauh ke dalam semak samun! Yg pasti  ... burung2 yg berkeliaran tu sasaran dia. Mungkin itu projek PYO yg 'too ambitious' bagi Mama, tapi PYO setiap hari tekun sungguh dok praktis teknik serangan hendap dia  ... lucu lihat dia menyorok dlm rumput panjang, konon2 cam dah pakar ... masih perlu banyak latihan intensif PYO!!  (^__^)
Dan disebabkan hobi baru ni, PYO sering 'hilang'  ... kadang2 berjam2. Puas panggil dan cari  ... entah mana lokasi memburu dia. Akhirnya kami pasrah  ... PYO dah besar! Mahu bebas ke sini sana  .... Letih, lapar ... baliklah dia.
Tadi, setelah puas diluar sana (merata jugalah Mama cari dia, risau sebab dah sayang sangat kat dia  ...),  PYO pulang sendiri  ... basah kuyup dia. Hmmm! Tak sempat mengelak hari hujan gamaknya. Tidak pun terbabas 'landing' dlm lopak air yg para2 burung sering berkumpul, ramai2 dok 'bercanda, mandi manda' .... ngeee

01 January 2014

Amar ... Dah besar

Semalam hantar Amar ke sekolah  .... pendaftaran pelajar bg sesi persekolahan 2014. Hari hujan, jalan jem  ... terpaksa berhentikan kereta agak jauh. Lalu Mama kenalah hantar dia, jalan berduaan dgn dia, berpayungan. Dek payung kecil, kenalah Mama peluk bahu dia agar tak basah!
Mula2 ok ... tapi bila menghampiri sekolah, Amar cam resah! Pandang kiri kanan, depan belakang  .... Naluri ibu, cepat tangkap anak yg tak selesa, cam ada masaalah.
"Ngapa Dik?" bisik Mama perlahan. Tahu dia marah kalau panggil dia Adik kat 'public' ...
"Mama jgn marah ya! Mama tak payahlah pegang bahu Adik. Mama hantar sampai pagar sudahlah. Adik jalan sendiri dari situ ..."
Huhu  ... Amar dah besar. Amar dah pandai malu  ... Dah tak mau jadi manja lagi. Dah tak mau Mama 'mollycoddle' dia cam dulu. Sibongsu yg sudah menginjak alam belasan tahun  ... cepatnya masa berlalu.
Pagi tadi, menantu yg hantar dia ke sekolah. Tak sabar tunggu nak ambil dia tengahari nanti. Masihkan Amar suka bercerita perihal hari2 dia disekolaj seperti dulu? Setiap kali atas kereta, sebelum sampai ke rumah? Adik! Waupun Adik dah besar, harapan Mama  ... jangan pernah berhenti bercerita pada Mama ya!! Ceritalah apa saja  ... Mama takkan pernah jemu mendengarnya  .... sampai bila2