Bila usia perkahwinan dah menjejaki 30+ ....
Dari 'berdua' menjadi 'bertiga','berempat' ... dan seterusnya
Dari KL berhijrah ke KT, Kuantan ... dll tempat hinggalah balik semula ke negeri sendiri ... Kelate (entah pindah lg sbb hari tu Che Abe tt 60 ... huhu ... larat ke kerja lg masa tu dear?? Entah2 asyik lupa, sakit sini sana ... MC sokmo ... tak pun asyik nak zzzZzz jer!!)
p.s. haha ... Mama terbabas dari tajuk asal lagi (^___^)
Dalam dok beringat tak mau beli itu dan ini ... tunggu nanti dok rumah sendiri, setiap kali pindah ... penuh satu lori! Lori yg banyak tan tau ... bukan lori biasa2 ... hihi. Lori kecik dan kereta yg sumbat serba serbi ... usah cakap ler! Sampai kena dok bersila ...
Dan satu penyakit yg susah nak sembuh! Suka simpan nostalgia anak2 ... buku, baju, mainan, kasut ... dari kecik sampai depa kluar, belajar ... pastu kerja. Masing2 ada 'kotak harta karun'nya ...
Satu lg ... barang2 rumah cam katil, almari, rak kasut, rak buku ... dah senget kawan tu, yg kaki dah hampir hancur pun ... simpan lg, guna lg ... walaupun dah layak hapuskira!!
Gara2 'yg ini beli masa A lahir, tu masa B lahir, yg ni sama baya C ... kan Sayang??' ... hihi. Setiap benda tu ingatkan kami, Mama dan Ayahnya pada anak2 ketika mereka masih kecil ... memori yg dicipta kami, tanda kasih kami ... kalau buang, cam buang memori2 tu sekali ...
"Isshh! Susah lah nak kemas rumah camni! Nak 'clear' kotak2 dlm bilik Amar tu Mama! Ayoh! Kesian Amar ... cam pelarian dirumah sendiri. Ada bilik jadi stor ... " bebel doter kami, yg memang terkenal suka 'cuci2'.
Mama dan Ayahnya, dengan berat hati ... setuju lupus barang2 lama tu ... 'barang2 purba' kata mereka ... huhu! Hari tu janji nak buat tahun 2014 nanti ... dah 2014 pun!!!
"K.Cik! Rak kasut tu sama umur dgn Muaz! Kerusi rotan ni ... baya Anas! ..."
"MAMAAA ....!!!!"
OK! OK! .....
Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
Ceritalah
(295)
Me
(192)
diari ibu
(165)
Amar
(77)
Pesanan
(74)
Resipi
(74)
kucing
(73)
Kebun Biasa2
(55)
Rumah Biasa2
(46)
Yg Tersirat/Tersurat
(38)
cerita lama
(21)
Jalan-jalan
(20)
Jodoh
(18)
Cucu
(15)
3R
(14)
Puasa
(11)
Hawa TDS
(10)
Lawak sikit
(9)
PETUA
(7)
Kawan
(6)
Musing
(6)
Raya
(5)
Rumah WM
(5)
Lukislah anakku
(4)
Nature
(4)
ipoh
(4)
Haji
(3)
Migraine and I
(3)
07 January 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
brg nostalgia mmg rasa payah bila nak lupuskan..
tapi bila lupus barang yang dah terover melepasi tahap boleh guna..lega pula.Ni ada sebilik lagi nak attack.rasanya mau ada selori kena angkut pi kedai kelingbotoi..
Itulah ... Susahnya spring cleaning ni, bila lihat balik brg2 yg terperap lama, mulalah yg tu sayang, yg ni sayang. Walhal benda2 tu bukan nak guna lg pun ... Hehe
Bila sudah ada beberapa cucu yang sedang membesar perasaan'nostalgia' munkin berubah - bukan lagi barang barang lama. Kepada kami bahan bahan penulisan, surat, kad yang bertulis tangan anak anak, gambar gambar dalam album yang sudah lusuh, dan sebagainya, lebih membawa erti dengan gelak ketawa bila dikeluarkan dan ditunjuk kepada anak anak mereka - cucu kita.
Beberapa keping ggambar lama dalam album akan membawa ingatan yang silam.
Hmm ... Belum terfikir ke arah itu kerana masih takder rezeki dapat cucu. Terima kasih kongsi pengalaman ini ... Mungkin buat buku scrap setiap anak sbg momento dan tatapan anak2 mereka kelak. Mungkin boleh jgk ...
Post a Comment