Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
Ceritalah
(295)
Me
(192)
diari ibu
(165)
Amar
(77)
Pesanan
(74)
Resipi
(74)
kucing
(73)
Kebun Biasa2
(55)
Rumah Biasa2
(46)
Yg Tersirat/Tersurat
(38)
cerita lama
(21)
Jalan-jalan
(20)
Jodoh
(18)
Cucu
(15)
3R
(14)
Puasa
(11)
Hawa TDS
(10)
Lawak sikit
(9)
PETUA
(7)
Kawan
(6)
Musing
(6)
Raya
(5)
Rumah WM
(5)
Lukislah anakku
(4)
Nature
(4)
ipoh
(4)
Haji
(3)
Migraine and I
(3)
27 January 2014
Roti Ayam Berkeju ala Lasagna pula ....
Tahun lepas (cam lama benor bunyinya ... hihi) guna daging sebagai inti. Kali ni cuba inti ayam pulak! .... memanfaatkan isi2 ayam yg masih berlebihan selepas buat inti karipap tempoh hari. Lagipun roti yg berbaki juga rasanya menghampiri tarikh luput! Elok sangat ....
Sekali sekala minum petang ala western .... p.s. abaikan kerak atas yg terhangit tu ... huhu
Bagi roti ayam berkeju ala lasagna ni, Mama main agak2 jer bahan2 utk inti ayam tu. Lebihkurang nak buat inti karipap .... +/- resipi guna inti daging dulu .... kat sini
Kalau anggaran 500 gm isi ayam, cincang halus2, gunalah
1 labu bawang besar, 2 ulas bawang putih ... mayang halus.
2 biji ubi kentang, potong kiub kecik2
1 sudu makan serbuk kari ayam (Mama guna Adabi)
garam, gula secukup rasa.
Untuk tumis ... 2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih dan 1 cm halia, tumbuk,halus.
- Tumis bahan tumis hingga wangi, masukkan serbuk kari (larut dlm sedikit air), tumis lg hingga pecah minyak, masukkan bahan2 lain dan tambah sedikit air. Masak hingga ayam dan kentang empuk, ketepikan.
Bancuhan telur utk celup roti;
1/2 tin susu sejat
3 biji telur - saiz sederhana
30 gm mentega/marjerin - cairkan
sedikit lada sulah (opt)
- satukan dan pukul sebati, ketepikan
Roti - secukupnya
Keju - Mama guna parmessan dan cheddar keping tu (carik2 aja sblm tabur)
oregano
sosej black pepper secukupnya ... rebus dan hiris nipis (opt)
1. Celup roti dlm bancuhan telur, susun dlm loyang (Mama alas dgn aluminium foil utk senang angkat nanti) dan tekan 2 sedikit.
2. Tabur inti ayam, hirisan sosej dan keju.
3. Ulang proses 1 & 2 hingga habis. Tuang baki bancuhan telur atas lapisan akhir, tabur keju dan tabur sedikit daun oregano kering. Seeloknya biarkan sebentar sblm bakar, agar baki bancuhan telur tu elok meresap kedlm roti .... (Mama tak tunggu pun, terus masuk oven ... tu yg roti masih nampak sekeping ... ermmm)
4. Bakar 160 C lebihkurang 50 minit/masak.
Labels:
Resipi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Sedapnya.. Kerak tu lh yg sedap.. ^_^ Nanti nk cuba resepi ni pula. Tqvm makcik :)
Kerak tu mmg sedap ... Habis yg tu dulu. Nani punya mesti lg umphhh! :-)
Post a Comment