Pages

Labels

Ceritalah (238) Me (139) diari ibu (136) kucing (67) Amar (61) Pesanan (61) Resipi (61) Rumah Biasa2 (36) Kebun Biasa2 (31) Yg Tersirat/Tersurat (30) cerita lama (21) Jalan-jalan (17) Jodoh (17) 3R (14) Lawak sikit (9) Puasa (8) PETUA (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Cucu (3) Haji (3) Migraine and I (3) ipoh (2) Nature (1)

27 August 2014

Nak jadi abang seperti dia ....

Hari ni Mama nak kongsi satu cerita pendek yg pernah Mama baca. Buat renungan semua ....

Abang D telah menghadiahkannya sebuah kereta sempena hari lahir D yg baru memulakan kerjayanya. Pada suatu hari, semasa keluar dari tempat kerjanya, D nampak seorang remaja sedang mengamati penuh minat keretanya.
"Ini kereta Abang?" tanya pemuda itu setelah D menghampiri keretanya.
D angguk. "Abang Abang yang belikan. Hadiah hari lahir."
Pemuda itu kelihatan terkejut sebentar. "Maknanya abang Abang beri  dan Abang tak perlu bayar satu sen pun?"
D angguk lagi sambil tersenyum bangga.
"Wow! Kalaulah saya dapat jadi abang seperti dia ....."

Fuhh!! Kalau Mama, sahih Mama impikan ada abang seperi D. Tapi pemuda ini adalah sebaliknya, ingin menjadi seperti abang D pula  .... pihak yg memberi, bukan menerima.
Mulia sungguh hatinya.
Jom kita U-turn  .... lebih memberi dari menerima.
Bila kita memberi, orang yg menerima pasti gembira.
Memberi bukan sahaja dlm bentuk wang ringgit, material  .... tapi juga fizikal dan spiritual  ... pertolongan, senyuman yg ikhlas, kunjungan ziarah, menelefon bertanya khabar, menyanyangi bukan membenci, memaafkan, mengalah, mendoakan, .... itu antara caranya juga.
Senang sebenarnya Nak Jadi Abang Seperti Dia   .... tepuk dada tanya minda, jawapannya ditangan kita jua.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. bermaksud;

"Sebaik-baik manusia ialah yg lebih memberi manafaat kepada manusia." (H.R.: Thabrani)

p.s. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. 

22 August 2014

Kerana Manggis ....

Lucu sungguh hari ni.
Senang rupanya bagi wanita berusia seperti Mak dan Mama nak jadi femes  .....
Hanya disebabkan sepohon anak manggis yg Mama beli,
Sewaktu meneman Mak dipasar minggu ... pagi tadi,
Yang Mama bawa ke hulu ke hilir, ikut Mak, asal dia senang hati  ...
Kami jadi tumpuan, macam selebriti  ...
Setiap langkah, dan tempat disinggah  ...
Ditegur, disapa orang keliling,  yg tak dikenali.
Diekori, disekat  ... disoal siasat!
Kat mana beli? Berapa harganya? Ada banyak lagi?
Hingga terdetik dlm hati  ... mau je ditampal rega didahi ...
Lengoh dok layan soalan sama  .... tak jawab kang, kesian pula.
Yang agak terasa, 'statement' malu muka dari sorang penjual sayur, "Eh! Bukan ke sekejap tadi dah lalu ikut sini? Tak lenguh ka bawa pokok tu ke sini sana?"   .... Sabar ajelah!!! (rasanya kalau tak bawa pokok manggis tu, takderlah ketara, tak siapa nak perasan ... lalulah berapa kali pun. Tak siapa heran ... kan!?)
Sampai dikereta ... baru rasa lega  .... kami berdua sakan ketawa!
"Minggu depan kita nak beli pokok apa pula?"
Tanya Mak  .... selamba.
(dlm hati: Eh! Mak gurau ke serius aaa? Ye lah, tadi rata2 yg menegur, bertanya tu ... jejaka2 senior  ... hahaha!!! Sori Mak! Saja2 usik je  ... hihi)

p.s. penjual kata, manggis ni jenis yg 4 tahun dah berbuah dia. Manggis kampong, biasanya 7 - 8 tahun ambil masa. Testimoni dari pengunjung dan penjaja yg dah beli, yg menyokong dan mengiyakan kenyataan penjual pokok tu  ... pun ramai juga. Insya Allah  ... gitulah hendaknya. (^__^)

21 August 2014

Agar-agar merah ... rahsia sedapkannya

Kini membuat agar-agar sudah semudah A, B, C!!
Jika dulu  ... agar-agar tali perlu direndam dulu (sekurang-kurangnya 3 - 4 jam) sebelum masaknya  ... kena pastikan betul2 larut sebelum masukkan gula  ... baru elok cantik jadinya.
Kini  ... kat pasaran ada pelbagai versi.
Ada agar2 sebuk  ... maupun agar2 segera (instant jelly).
Ada yg putih, tanpa warna, perisa dan gula. Ada juga yg sebaliknya ... pelbagai perisa, warna dan dah ditambah gula.
Tak payah susah-susah nak masaknya, hanya perlu tambah air, ikut jer arahan kat paketnya  ...
Tak lama pun masa nak masaknya  ...
Nak lembut sikit, tambahkan air sekitar 100 - 200 ml, terlampau banyak kan lembik pula!
Agar-agar jenis ni memang elok dan cantik tekturnya.
Pun  ... memasak, apa jua masakan ... pasti ada rahsia, untuk lebih sedapkannya. Hatta agar-agar merah biasa-biasa ini juga.
Mama baru tahu, raya lalu ... dari salah sebuah rumah terbuka yg kami jadi tetamu (biasalah orang perempuan  ... nak tambah ilmu)
Rupanya hanya tambah ... esen pisang  .... beberapa titik, menaikkan aroma agar-agar merah, sedapnya lain sekali dari biasa. Mama dah cuba ... memang ya!!!
Nak makan 'plain' gitu aja, atau tambah koktel buah-buahan, atau tuang susu cair sejuk atasnya, atau susu cair yg telah dimasak + sedikit tepung kastad/jagung utk pekatkannya sedikit (ini kegemaran Mama)  ... boleh belaka.

p.s. cuma nak pesan, ikut sunnah, elok jangan amalkan gandingan  susu dengan buah-buahan ... demi kesihatan.
p.s.s. tak pasti pulak jika rahsia ini terpakai untuk agar-agar lain! Hmmmm!!  ... agar-agar santan, cincau + laici, cermin, pelangi ... sedap ke jika titiskan esen pisang  ni ye???? Nantilah Mama cuba .....

19 August 2014

Jengok Kebun Biasa2 ... biasa je

Betik2 no 1, 2, 3, 4, 5 .... masih gagah berdiri dan berbuah lebat lagi.
Jiran2 sekitar merasa hasilnya  .... berulangkali.
Yang datang ke Rumah Biasa2, tak kira siapa  ... tempias sekali (kalau ada rezeki betik masak  ... pasti diberi)
Hari tu, kirim pada guru kelas Muaz sempena jamuan Hari Raya.
Gurunya sms, "Betik terbesar pernah saya lihat!" Haha  ....

Pokok2 cili yg ditanam  .... giat berbunga.
Ada yg dah keluar buahnya.
Ada warna jingga, hijau muda, hijau tua  ... bila masaknya.
Kepedasan juga berbeza. Tapi yg kecik sekali, yg bila masak ... merah saga warnanya,
Huhu  ... dialah juara, pedas betul bak pepatah lama,
"Kecik2 cili padi"  ... memang benar, tak bohongnya. (^__-)

3 jenis limau yang ditanam; kasturi, purut, nipis; ... dah lama.
Macam terbantut jer tumbesarnya  ...
Dok renek kat situlah mereka  ... tak besar2 walau dah dibaja!
Dimanalah silapnya?? Tanah, cuaca, tempat??? Sabar ajelah Mama.

Dan yang paling Mama teruja  ...
Pisang2 yang ditanam  ... subur semua.
Pisang rastali, emas, lemak manis, pisang abu ... itu antaranya.
Sepohon setiap satu   ... O.K.lah utk kali pertama.
Tengah dok cari anak pisang berangan dan pisang nangka  ...
Kata orang, anai2 lari kalau tanam pisang ... betul ke?
Tak kisah  .... janji berbuah elok belaka!

Yang lain2 tu  ... pokok2 herba keperluan harian biasa.
Pokok 'Ajaib' yg kawan beri pun  .... membesar dgn eloknya.
Pokok selasih dan sireh  ....'so-and-so'  bagi Mama.
Sepohon kelapa dah nampak rupa daunnya  ...
Yg dua lagi pun membesar elok  ... O.K. juga.
Hanya pokok besar2 cam rambutan, manggis, dokong, mangga  ...
Dan yg seumpama  ... tu aja yg masih tiada.
Memang nak tanam, tapi dok bertangguh sokmo.
Nak K.I.V. sampai bila ye?
Tak tanam sekarang, bilalah anak cucu nak merasa?
Keliling, laman rumah teduh, nyamannya  ....
Projek tertunda yg kena disegerakan nampak gayanya.
A.S.A.P. .... itu yg pastinya.

p.s. ML  ... mana lakaran lanskap laman @ kebunnya? Projek dah nak mula ni  ....

18 August 2014

Absence makes the heart grows fonder ....

Comes to think of it  .... Mama can vouch that its very true!!!
Long distance couple  ... especially old timers like Mama and hubby  .... missed each other more.
How could we not!! We've celebrated our 31st Anniversary early this year  ... and innocentlly (konon!  ... knowing well that a govt servant can be transferred anytime regardless of age, economy, position, demographic ... bla bla bla), looking foward to spending the rest of our life in our 'one-year-old-own-house-finally' contently.
Well! Thank you so much for the 'u-know-who-people-with-power', transferring my hubby far-far-away to Putrajaya, when there's post in neighbouring states that are nearer!!! Doesn't age, long-services, family matters???!!! (again we knowingly pretend they care  ... kena main golf baru masuk team kot!!!)
(p.s. the must-get-outta-chest intro  .... what a relief!)
After only just a week at new workplace, hubby came home for a nearly 10 days stays (works, 'kursus' and leave  .... add together), Yesterday, was like a cruel end to our family get together. By noon ... hubby draggingly travel back to P with his trusty 123 (with Mama praying for smooth and safe journey ... braething relief only after hubby called, he arrived safetly.Don't blame Mama for worrying coz the older you get, you tend to get sleepy the moment the hands touch the steering  ... haha.)
Looking back  ... its like a gift! A missing-you-gift. For both of us to be on our best behaviour (haha  ...), to each other. Trying no to nag, 'lidah tergigit' (marriage couple petty quarrels). We became almost more responsible, polite, caring, loving, patient  .... whatever .... trying our best to please each other.
Subconciously, Mama just want hubby to go back there with pleasant thoughts of his now limited time home. Hubby on the other hand, wants to see that everything safe and in order before he travels back there.
So  ... we really are giving our best  (unlike take-thing-for-granted before) ... for each other. Thats the only plus point of this long distance separation, of the time spend being away, that Mama can think of right now.
Alhamdulillah! Only He knows whats best for us  .... Masya Allah.
Hubby dear,
Thank you for trying to do everything during the short time home. Don't worry yourself too much. We will be fine here. Muaz and Amar are keeping me company  ... thats for sure. We will be alright  .... Insya Allah. Just concentrate on your works there. Our prayers for you, us ... day and night  ... until the next trip home. Which is another 4 more days?? Ya???!!!

p.s.s. N3 'jiwang' sekali sekala  ... (^___^')

13 August 2014

Ini penglipur lara Mama ....

Dah makin besar mereka  ... Mojo, Tam, Bambam, Teh dan Buu.
(p.s. ada yg dah tukar nama dari sebelumnya  ... dek Mama yg tua ni asyik keliru@lupa 'apa-ka-nama-mereka-aaa?'  ... huhu)

Dah makan nasi  .... dah pandai bersih diri ... comelnya, hihi!




DAN .... lasak yg amat!!!
Dah nasib kamu serai  .... jadi taman permainan mereka  ... huhu!!





12 August 2014

1 Syawal 1435H/ 2014 ... sejujurnya

Sejujurnya  ... nukilan di bawah adalah perasaan hati Mama,
Beberapa hari sebelum raya  .....
Mama niat nak 'publish'nya pada petang 29 Ramadhan lalu  ...
Itu perancangan Mama, tapi perancangan NYA, Allah Yang Esa,
Rupanya 1 Syawal yg duka buat kami juga  ....
Mama catakan di sini jika nak baca.
Pun .... Mama rasa perlu siarkannya.
Sebagai ingatan  ... dalam suka, gembira kita,
Juruskan sebentar ingatan kepada saudara2 seagama kita di sana.
Titipkan doa buat mereka  .... agar tabah, sabar, kuat, redha
Moga Allah beri kemenangan pada umat Islam akhirnya. Aminnn  ....


Ini nukilan tertunda dari Mama  ... 
Mama tidak teruja menantikan 1 Syawal tiba  ...
Bukan kerana baju raya sehelai cuma ...
Biskut kueh raya baru dan mungkin 2 jenis jer buatnya  ...
Menu dan bahannya utk pagi raya belum diputuskan lagi apa  ...
Rumah pun ala kadar operasi mengemasnya.
Sejujurnya .....
Bagaimana mungkin mahu gembira raikan 1 Syawal yg bakal tiba
Dengan pelbagai juadah, pakaian baru dan gelak ketawa
Rumah terbuka dgn juadah beranika
Bila hati asyik memikirkan, mendoakan .... hentikanlah derita
Rakyat Palestin yg disembelih rakus Israel laknatullah di sana,
Bila saudara seagama diRohingya, Somalia dan lainnya
.... menderita, tertindas dinegara mereka,
Disini pula ... betapa resah, perit,  pilunya keluarga penumpang/krew pesawat MH 370, MH 17 ... menunggu berita.
Pastinya raya kali ini pasti mengimbau segala nostalgia bersama  ...
Sungguh  ... hiba memikirkannya.
Sungguh  ... sejujurnya Mama tak teruja nak sambut raya.
Tahun ini  .... terlalu banyak berita duka dari gembira!!!!!

11 August 2014

Manja .... N3 entah apa apa.

Minggu ni Mama dalam mode  'I feel good  .... la la la' ......
Hehe! Sebab hubby berkursus diKB, Isnin - Khamis!
Alang2 dah balik, tambah cuti Jumaat sehari ... seminggu maknanya hubby ada bersama kami!
Seronok! Mama, anak2, hubby  ....
p.s. hanya sapa2 yg pernah terpaksa berpisah, 'weekend husband/wife', PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) saja tahu perasaan ini  ....
Hubby macam nak balas dendam @rindu @nak manja ... nak makan ini dan ini. Nasi berlauk, nasi dagang, nasi kerabu .... pulut inti!
Yang Mama pun  .... masak macam2, itu dan ini, kesian kat suami ....
Sup tulang, siakap kukus, ikan singgang, ulam dan budu  ... baru menu dua hari pertama balik ni.
Ye lah, kat sana, hari2 (pagi, ptg, malam) makan kat kedai. Pastu  ... pak aji, sah selori  tuangnya, kebersihan, tukang masak tu solat ke tidak, baca Basamllah masa nak masak ke  .... macam2 fikir. Tapi apa lah pilihan yg ada kan! Pilih gerai dan tawakkal  ajelah.
Muaz dan Amar manja2 dgn ajak Ayahnya bawa mereka ke kedai gunting rambut, kedai buku.
Dan yg paling mengada2 manja  ... Si 6126 Mama. Tiba2 buat hal  ...
Hubby pun bawanya jumpa doktor kereta  ... tup tup, kena masuk wad pula dia. Banyak, seriuslah tu penyakitnya  ....
Pun syukur. Pandai 6126 pilih waktu nak sakit  ... waktu Ayahnya ada. Agaknya marah kat Mama yg hanya reti pandu aja  .... kerah dia ke sini sana. Bab jaga, servis dia, tengok minyak hitam, brek, gear, power steering  ... bukan retinya. Setakat bubuh minyak, angin kereta  .... Muaz, Amar pun reti buatnya!
Petang karang hubby cakap siaplah, boleh gi ambik Si 6126. Huhu  .... Khabarnya ke empat2 absorber??!!  K.O., kena ganti.Brake pad  pun! Pastu tu doktor kereta ada tanya, Mama gi terjunkan  kete tu kat mana, sampai boleh patah besi tebal  antara dua tayar (entah apa nama hubby cakapnya), itu antarnya sakit Si 6126 Mama .... (-___-')
(dlm hati: berapalah gamaknya hubby kena bayar kos sakit 6126 nanti!!! Baik Mama buat kek buah dan puding karamel kegemaran hubby hari ni  ........)

06 August 2014

Angel Hair Spaghetti .... new kid in the block

Towards the end of Ramadhan, the two kids requested spaghetti for ifftar. Pheww!! After 26 days of tom yam, singgang ayam, bbq chicken, fried chicken, ayam masak merah, ayam kicap, ayam kunyit, ayam percik  .... yupp, they  (Muaz, Amar) are chicken lovers  .... 
Mama having had enough of cooking chicken ... (-__-'), welcome the change in menu with open arms!!!
Out Mama went shopping for spaghetti and its accomplice (hihi  ...). Instead of regular spaghetti, Mama opt for 'angel hair spaghetti' ... upon daughter's recommendation.
Alhamdulillah! A sold-out that day, and honestly, since that day ... regular spaghetti is a 'bye-bye' for good  ... unless of course angel hair spaghetti is out of stock at Mama's regular supermarket.
Really, its much lighter and has 'bihun-like' texture, except a little thicker. Tak muak kata oghe Kelate  ....
Mama's basic pasta sauce is here and this time Mama adds minced meat (Ramly's brand), the whole 2 piece of them, after the part tomato sauce began to bubble. Mama also adds a bottle of Adabi's 350 gm pasta sauce (any flavour) for additional ummphh! and let it simmers (medium flame) until the meat cooks before adding the rest. Add enough water if you wish .... Mama did, for we like our spaghetti with plenty of pasta sauce ... ala 'laksa' maa  ....
p.s. yesterday we had Angel Hair Spaghetti too  .... Mama mia!!

05 August 2014

Urus sendiri cukai jalan, insuran kereta .... huhu

Sebelum ini  ....
Bil elektrik, air, hp, broadband, Astro, cukai jalan, insuran, cukai pintu, cukai tanah, .... itu antaranya
... suami yg uruskan!!!
Mama cuma tahu  .... ingatkan suami bila kena bayar aja!
Hari ini, awal pagi  ... menyaksikan Mama di Pejabat Pos!
Huhu!! .... cukai jalan 6126 kaput (+__+) 7/8  ni!
Tup! Tup! Masaalah pulak! Geran dah penuh ruang nak cetaknya, tarikh insuran mati tak sama dengan tarikh cukai jalan mati pulak!!!
"Makcik kena pergi urus kat JPJ sendiri ni. Sebelum tu kena matikan insuran dan beli baru, biar sama tarikh dgn tarikh cukai jalan  ...."
Hokalohh! Melihatkan muka Mama yg blurr gamaknya masa tu, budak kaunter yg baik hati tu syorkan Mama pergi uruskan dgn agen insuran, siap bagi alamat lg.
(p.s. terima kasihla anak, tolong makcik yg baru nak belajar urus sendiri itu dan ini  .... huhu)
Jenuh jugakla ronda jalan cari tempat tu ...
Di sana, ditanya nak 1st party ke 3rd party (apa jadi dgn 2nd party??)
Blurr lagi  .... ikut ajalah yg lama. Senang kira  ...
"Kak! Keta akak keta lama, kalu 1st party, mahal rega insuran dari nilai keta!"
Pulak dah! Nak telepon suami, hp pulak habis bateri!!
Malas nak fikir. Hentam ajalah labu  ... 1st party, 1st party lah.
"Kak! Harga dah beza, sebab insuran baru naik! Kena kira semula ..."
Iye ke???
Pun malas nak fikir juga. Kira ajelah berapa Dik! Janji ok semua  .... itu keputusan Mama. Sedia duit ajalah!!
Itulah ceritanya  ... bagaimana Mama kena uruskan sendiri cukai jalan dan insuran kereta.
Baru tahu susah payah suami uruskan semua!! Sebelum ni tahu bebel aja ... semua beres belaka.
Terima kasih banyak la Hubby  ... atas semua perkara yg Mama take for granted before.
Mama! Ini baru kes pertama sejak Hubby kena pindah tempat kerja jauh di sana!! Waa!!! .... dah nak nangis rasa. (-___-,)

04 August 2014

29 Ramadhan .... kekal dlm memori selamanya

Hari buat ketupat  ... itulah yg dipanggil di sini bagi hari akhir puasa aka sehari sebelum raya. Ianya hari yg sibuk, terutamanya bagi kaum ibu. Nak sedia persiapan utk juadah pagi raya, juadah berbuka puasa special  sebab semua anak cucu jauh dan dekat berkumpul berbuka bersama, nak kemas rumah, laman  .... endless. Begitulah juga di Rumah Biasa2 ini  .... 
Tapi siapalah dapat menduga, bahawa Raya kali ini tidak seperti biasa  .... Jam 5.30 petang, sebaik Mama selesai tekan suis periuk nasi elektrik, Mama ke ruang tamu di mana suami dan anak-anak berkumpul, berceita itu dan ini, bila tiba2 suami dapat panggilan dari abangnya dikampung. KZ lelah dan akan bawanya ke hospital. Memandangkan jalan dah mula jem, suami menaiki motorsikal balik ke kampung. Rasanya  ... belum pun suami separuh perjalanan pulang (jarak dlm 10 km rumah kami - kg), dapat berita KZ sudah tiada!!! Kami semua macam tak percaya  ... kebingungan sekejap. Bila M, anak perempuan KZ sendiri call Mama, dlm tangisan maklumkan ibunya dah meninggal dunia dlm pangkuannya ... barulah sahih berita yg diterima. Innalillah hi wainna ilaihirojiunn  .....
Lalu bergegaslah kami semua pulang ke kampung. Nasi yg ditanak tak sempat masak  .... ayam, ikan yg dlm persiapan masak, disimpan semula  .... menu berbuka, beraya  .... sudah bukan keutamaannya. Juadah berbuka hari tu ... apa sahaja yg ada. Dah tak kisah itu semua  ....
Begitulah  ... janji Allah pasti. Siapalah dapat menduga waktu umat Islam bertakbir raya  ... kami dikampung menyeka air mata, bergilir membaca Yassin dan ayat2 suci Al - Qur'an .... melayan jiran tetangga, sanak saudara, jauh dan dekat yg tak henti dtg berziarahnya.
Sebaik selesai solat raya, jemaah bertandang ke rumah Mak. Bukan kerana kueh, biskut, juadah raya terhidang dimeja, bukan juga kerana mahu bermaaf-maafan, salam raya .... tapi besama2 solat jenazah KZ. Tak pernah selama usia Mama, menyambut Raya begini rupa  ... Jatuh juga air mata yg ingin disekat tatkala melihat Mak menitis air mata selepas cium jenazah anak perempuannya, tangisan hiba anak cucu saat jenazah dikapan,  diangkat untuk dibawa ke tempat persemadiannya. Ramai sungguh yg mengiringinya .... 
3 malam raya berikutnya diadakan majlis tahlil pula. Kami sepakat minta jiran sebelah rumah Mak, yg juga katerer, uruskan masakan utk majlis tahlil  ...
Begitulah aturan dari NYA. Pemergian KZ walaupun mengejutkan semua, ia juga mempertemukan kembali ramai sanak saudara yg sebelum ini jarang bertemu, terutama yg dah lanjut usia. Mereka gagahkan juga kudrat menziarahi jenazah KZ ... rata2 adalah teman, rakan karib KZ masa zaman kanak2, remaja, muda2 dulu.
Menyaksikan semua ini amat menginsafkan Mama  .... ajal maut bukan kita yg pilih, tentukannya. Rupanya KZ pada usia awal 70an, yg pulang semata2 untuk menjaga ibunya yg berusia 95 tahun, pergi terlebih dahulu dari Mak.
Al - Fatihah buat kakak ipar Mama, Wan Azizah binti Wan Nawang. Moga rohnya ditempatkan bersama-sama mereka yg soleh, diampunkan segala dosa-dosanya dan bersemadi dgn damai di sana. Amiinn ....