Pages

Labels

Ceritalah (238) Me (139) diari ibu (136) kucing (67) Amar (61) Pesanan (61) Resipi (61) Rumah Biasa2 (36) Kebun Biasa2 (31) Yg Tersirat/Tersurat (30) cerita lama (21) Jalan-jalan (17) Jodoh (17) 3R (14) Lawak sikit (9) Puasa (8) PETUA (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Cucu (3) Haji (3) Migraine and I (3) ipoh (2) Nature (1)

27 April 2011

23 JAMADILAWAL ....

Angoh,
Hari ini genap 2 tahun Angoh meninggalkan kami.
Mama masih sedih setiap kali ingatkan Angoh.
Ayoh lebih2 lagi hingga Mama khuatir
menyebut nama Angoh didepannya.
Pasti dia menangis ...
Maafkan Mama,
Maafkan kami,
kerana begitu sukar
melepaskan segala memori bersama Angoh.

Angoh,
Mama tahu,
"Segalanya berasal dari Allah dan akan kembali kepadaNya."
Mama juga tahu;
"Sesungguhnya segala sesuatu itu milik Allah yang dipinjamkan kepadamu. Kemudian diambilNya kembali darimu, kerana sesunggunya Dia lebih berhak atas pinjaman tersebut."
Tapi, Mama cuma insan biasa.
25 tahun bersama Angoh, singkatnya masa ...

Angoh,
Mama sentiasa doakan roh Angah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Mama sentiasa doakan agar Allah ampunkan segala dosa Angoh.
Mama sentiasa doakan agar roh Angoh tenang dan damai di sana.

Wan Mohd Munzir, kami merinduimu. Al - Fatihah.

25 April 2011

Kita macam orang nomad ....

Setiap kali ayah mereka mendapat surat arahan berpindah, maka mendunglah rumah kami berhari-hari. "Kita ni macam orang nomad!!" bebel anak-anak. Muka moyok dan masam mencuka menghiasi wajah anak-anak tersayang.


Sedih kerana ini bermakna berpisah dengan rakan-rakan sediaada. Tempat baru, bermakna kena mula semula rutin sekolah baru dan kawan-kawan baru lagi ...  Gurau senda, gelak ketawa dan bising perang mulut hilang entah ke mana ... masing-masing mogok cara mereka. Kami pun dah tak kisah sebab dah biasa. Setiap kali, begitulah ... (** Yang pasti, mereka kini mempunyai kawan dari kaum Cina & India semasa di Ipoh & Kepala Batas  ^_^ !! )

Biasanya saya akan menjawat jawatan `Logistik Officer' sekali lagi. Mengagihkan tugasan, memberi arahan dan memastikan semua perkara berkaitan dengan 'packing' barang-barang di dalam rumah beres sehari sebelum berpindah!! (Biasanya `last minute' pun dok `packing' lagi..) dan rumah yg ditinggalkan bersih!!. Pengalaman berpindah-randah telah menjadikan kami ala2 pakar dalam soal ini, bak kata orang;

"Alah bisa Tegal biasa" 

Dan masing2 telah tahu apa yg perlu di buat;


1.  Ayah &anak2 lelaki - Mencari kotak-kotak, beli marker pens, binding tapes, tali rafia.
2. Semua orang akan pilih barang2 yg tidak diperlukan utk `giveaway', jual atau buang.
3.  Masing-masing ambil kotak, penuhkan ikut jenis (pakaian, buku, mainan, dsbnya...) & tulis nama pemilik dan isi kandungan dgn jelas pada kotak-kotak tersebut. 
4. Mengemas brg2 dapur dan kaca bahagian Mama & K.Cik.
5. Mengemas kasut2, brg2 `hardwares' dan `dismantle' & ikat katil2 & rak2 (nuts & bolts, isi dlm plastik & ikat pd katil/rak @) bahagian Ayah & anak2 lelaki.

Satu peringatan paling penting:

Pada hari berpindah , pastikan masing-masing mempunyai beg utk keperluan selama lebih kurang 2 - 3 hari seperti pakaian, tuala, brg2 keperluan peribadi, pakaian solat & brg2 berharga/peribadi untuk kegunaan dirumah baru nanti. Letak di dlm kereta agar tidak dipunggah ke dalam lori & tak perlu mencari kotak (di antara kotak2 yg berselerakan) masa di rumah baru nanti.


Anak-anakku, sesungguhnya semua pengalaman ini;
~ adalah memori yg amat indah
~ telah mendewasakan kita 
~ menzahirkan silaturrahim
~ meluaskan pandangan kita
~ menjadikan kita lebih peka & wibawa
~ milik kita selamanya ....


 bukan lagi:  KATAK DI BAWAH TEMPURUNG !!!!



17 April 2011

JANGAN MEMBAZIR - Majalah Lama



Saya suka membaca! Hasilnya, majalah2 lama berlambak dalam setor. Hendak dibuang gitu aje, sayang pulak. Membazirkan?? Hendak dijual, nilainya tak seberapa kerana susah untuk dikitar semula (faktor kertas warna).

Cetusan idea dari `The Star'
Dilema saya terjawab melalui sebuah artikel dalam suratkhabar The Star. Terima kasih Teresa Wong, You Can Do It (Startwo, HOME :03/11/2008).

Artikel dia buat bakul kecil, tapi saya ni malas sikit. Jadi saya buat lapik pinggan/periuk dan bekas pensel aje ... dan saya beri pada kawan-kawan, sanak saudara. Sekurang-kurangnya saya tidak membazir dan dapat juga menyumbang kepada kempen `Kitar Semula'.  


"Kitar Semula" ini langkah kecil saya demi bumi tersayang yang tenat kerana pencemaran di mana-mana. Anda?


15 April 2011

Cerita Lucu 2

Tempat: Lembaga Tabung Haji (LUTH)


Senario #1


Seorang anak mengiringi ibunya yang sudah berusia untuk menyimpan duit. Ketika giliran ibu tua itu, si anak menghulurkan buku simpanan dan borang kepada petugas kaunter.
"Wah, banyak duit Makcik nak simpan ni!" usik petugas.  
"Haaa .. duit jual getah dan anakcucu beri " jawab si ibu sambil menghulurkan duit yang diikat kemas dalam saputangannya.
" Wah ... banyaknya kekabu dalam duit ni. Makcik simpan duit-duit ni dalam bantal ya?!! ".
" Aalohlaa .. pecah rahsia ambo!!"
Semua yang ada di situ ketawa  dan si anak cuma tersengih sambil geleng kepala.....

Senario # 2


Seorang anak mengiringi ibunya yang sudah berusia untuk mengeluarkan duit. Ketika giliran ibu tua itu, si anak menghulurkan buku simpanan dan borang kepada petugas kaunter.
"Wah, banyak duit Makcik nak ambik ni!" usik petugas.  
"Anak ni, nak pinjam duit!" jawab si ibu.
"Biasalah tu Makcik .." jawab petugas tanda faham.
"Kutu kalau tak gigit kepala tuan dia, nak gigit kepala siapa lagi ..!!" tambah si ibu selamba.
Si anak tersengih macam kerang busuk!!!!

07 April 2011

Me & my time ...

This morning, after the usual routine ..
You know: preparing breakfast, `bye-bye' hubby & kids', washing & hanging clothes, housecleaning ...
I'm free by 9.00 am .. then I'm bored!!
Facebook & blogs keep me occupied for a while ..
Then I sat infront the `idiot box' ..
Usually I'm entertained if there's worthwhile/good shows to watch, but
most of the time .. natha/eellek/meiyou/xdok !!!
Then it strikes me ..
What am I doing?? ... at my age
.. with my time???

Most of my friends who :-
a) are not working & most of their children are no longer at home .. are either busy;
    - doing businesses
    - going to Quranic/religious classes or teaching them
    - busy with their gardens/orchard
    - mollycuddle-ying their grandchildrens
    - learning new things: baking, quilting, painting
    - or simply go on endless vacations/sightseeing
b) are still working, most of them are;
    - holding top/important posts
    - experts at their own fields & in demand
    - very-very busy

... and me??
what else am I doing?
to fill my `abundant free time', apart from those above??
I am thinking ...
Thinking ... thinking what I should do
from today onwards ...
with my free time .......
(better write it down girl, remember ur short term memory!!)


" THE MOST SATISFYING WORK ... HELPING OTHERS

05 April 2011

JANGAN MEMBAZIR - Pisang Nangka

Minggu lepas emak saya beri sesikat pisang nangka. Dua hari lepas tu baru teringat, dan pisang pun dah teramat ranum masaknya. Tentulah tak sesuai untuk digoreng, disira maupun dibuat pengat. Nak buat jemput-jemput, pisang ni masam sedikit. Nak buang, sayang ...  rezeki tu!!
nampak cam sedap!!

Teringat pula resepi `Banana Bread' yang saya ambil dari internet minggu sudah. `Well ... I got nothing to lose anyway. So, might as well give it a try! (fikir saya dalam bahasa omputeh... hehe).


sukanya sebab suami `like'!!
Sungguh tak disangka, percubaan pertama kali ini menghasilkan `roti pisang' yang cantik dan enak!! ... dan yang penting, suami saya suka sangat dan bila dia komen, "Sedap! Beli kat mana?" Saya sengih sampai ke telinga, bangga sungguh!!



"Tak cuba tak tahu, sudah cuba ... lagi mahu!!!"