Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

25 April 2011

Kita macam orang nomad ....

Setiap kali ayah mereka mendapat surat arahan berpindah, maka mendunglah rumah kami berhari-hari. "Kita ni macam orang nomad!!" bebel anak-anak. Muka moyok dan masam mencuka menghiasi wajah anak-anak tersayang.


Sedih kerana ini bermakna berpisah dengan rakan-rakan sediaada. Tempat baru, bermakna kena mula semula rutin sekolah baru dan kawan-kawan baru lagi ...  Gurau senda, gelak ketawa dan bising perang mulut hilang entah ke mana ... masing-masing mogok cara mereka. Kami pun dah tak kisah sebab dah biasa. Setiap kali, begitulah ... (** Yang pasti, mereka kini mempunyai kawan dari kaum Cina & India semasa di Ipoh & Kepala Batas  ^_^ !! )

Biasanya saya akan menjawat jawatan `Logistik Officer' sekali lagi. Mengagihkan tugasan, memberi arahan dan memastikan semua perkara berkaitan dengan 'packing' barang-barang di dalam rumah beres sehari sebelum berpindah!! (Biasanya `last minute' pun dok `packing' lagi..) dan rumah yg ditinggalkan bersih!!. Pengalaman berpindah-randah telah menjadikan kami ala2 pakar dalam soal ini, bak kata orang;

"Alah bisa Tegal biasa" 

Dan masing2 telah tahu apa yg perlu di buat;


1.  Ayah &anak2 lelaki - Mencari kotak-kotak, beli marker pens, binding tapes, tali rafia.
2. Semua orang akan pilih barang2 yg tidak diperlukan utk `giveaway', jual atau buang.
3.  Masing-masing ambil kotak, penuhkan ikut jenis (pakaian, buku, mainan, dsbnya...) & tulis nama pemilik dan isi kandungan dgn jelas pada kotak-kotak tersebut. 
4. Mengemas brg2 dapur dan kaca bahagian Mama & K.Cik.
5. Mengemas kasut2, brg2 `hardwares' dan `dismantle' & ikat katil2 & rak2 (nuts & bolts, isi dlm plastik & ikat pd katil/rak @) bahagian Ayah & anak2 lelaki.

Satu peringatan paling penting:

Pada hari berpindah , pastikan masing-masing mempunyai beg utk keperluan selama lebih kurang 2 - 3 hari seperti pakaian, tuala, brg2 keperluan peribadi, pakaian solat & brg2 berharga/peribadi untuk kegunaan dirumah baru nanti. Letak di dlm kereta agar tidak dipunggah ke dalam lori & tak perlu mencari kotak (di antara kotak2 yg berselerakan) masa di rumah baru nanti.


Anak-anakku, sesungguhnya semua pengalaman ini;
~ adalah memori yg amat indah
~ telah mendewasakan kita 
~ menzahirkan silaturrahim
~ meluaskan pandangan kita
~ menjadikan kita lebih peka & wibawa
~ milik kita selamanya ....


 bukan lagi:  KATAK DI BAWAH TEMPURUNG !!!!



No comments: