Pages

Labels

Ceritalah (250) Me (147) diari ibu (137) kucing (69) Resipi (64) Pesanan (63) Amar (62) Rumah Biasa2 (36) Kebun Biasa2 (34) Yg Tersirat/Tersurat (30) cerita lama (21) Jalan-jalan (17) Jodoh (17) 3R (14) Lawak sikit (9) Puasa (8) PETUA (5) Rumah WM (5) Cucu (4) Lukislah anakku (4) Haji (3) Migraine and I (3) Kawan (2) Nature (2) ipoh (2)

30 September 2013

Geram ...

Itulah  .... orang berkebun, kita pun nak berkebun
Tapi ... ilmu bertani ... nehe! ell'lek, mei you, nada, hampeh!!! zero ... huhu (semua bahasa kluar tu  .... marah nampak!)
Marah kat diri sendiri  .... hihi
Sawi dlm N3 Misi menyelamat lalu, ini je yg selamat!
Mana cukup nak buat mee kari!
Dek geram ... haaa! Ni dia semaian baru  ...
Dulu pun lebihkurang ni jgk semainya.
Tapi kali ni nak tanam dlm pasu ...
Lagipun cam nak masuk musim hujan dah ... boleh alih bila cuaca xmenentu ...
Learn from mistakes pun ya!

Pastu, adalah juga tanam ketumbar .... (fav Mama, suka bau dan rasanya). Haha! hihi! huhu!
Cenonet hidup sorang diri jer .. pastu kena share pulak dgn pokok 'ntah apa (nak buang sayang, ingat pokok tomato mulanya ... tp cam lain jer ... Mama nak biarkan dia tumbuh semahunya  ... kita tengok apa jenis dia ni ha .... )
Dek geram juga .... semalam Mama curah lebihan biji ketumbar yg dibeli dulu atas patch baja kompos yg Mama usaha 3 minggu sudah  .... apa nak jadi, jadi lah!!! Berpatah arang dah ni ...
Speaking of 'apa nak jadi' .... suprise! suprise!
Mama jumpa pokok kesom dan tomato tumbuh atas patch tu ... baru perasan. Mula2 ingat rumput rampai yg melata ... naklah buangnya sblm bermaharajalela.
Yup! Depa tumbuh sendiri  ...agaknya sisa2 sayuran dari dapur yg Mama campak dulu .... dia cambah sendiri dek kesuburan tanah kompos tu  .... Alhamdulillah!
Yg pasti ... Mama am keeping them! Hari2 intai tumbesar mereka ... teruja pulak!
p.s. kesom yg Mama tanam lama dah .... hmm! hidup segan mati xmau .... cer compare!

Maha Suci Allah  ....

27 September 2013

Hajat Mak tertunai sudah ... balik rumah sendiri

Hari ni genap seminggu Mak duduk rumah dia sendiri  ...
'Safe and sound' kata omputeh  ...  dgn kepulangan K.Zah aka KZ.
KZ merangkap misi Mak pun bukannya in good health, maklumlah dah 70+, campur lg kencing manis dan darah tinggi  ...
Tapi itulah  ... KZ insists dia nak jaga Mak selagi dia masih upaya.
Itulah ajalah bakti dia utk Mak  ... selagi dia atau Mak masih ada!
Mak ada 9 anak, 7 lelaki 2 pompuan. KZ no. 4. Kakak sulung dah meninggal  ...
Anak2 lelaki Mak yg masih ada (2 diKL 2 diPP, Kel) sepakat utk upah pembantu rumah uruskan Mak, kemas rumah dan masak lunch. Ringan beban KZ, bolehlah dia 100% tumpu kat Mak  ... sbb Mak kalau tak suap, sikit jer makannya  ... gitulah keadaan Mak sekarang.
Pagi tadi balik kg ... dgn hubby, abang ipar dan wifey dia ... urus terma kerja serta kadar upah dgn Y (jiran sekampung Mak). Alhamdulillah, Jumaat yg berkat  ... semua berjalan lancar dan semua orang berpuashati.
Mak? Mak tak kisah pun .... orang cakap dia senyum ... orang cakap A, dia jawab B ... itulah. Menurun benar kesihatan Mak lepas raya lalu  ..... cam pusingan U terus!
Mak dah tak kisah kenderaan yg lalu lalang ...
Ayam, lembu dok masuk dan berak merata kat laman dia (biasanya Mak cepat2 halau kalau ayam, lembu orang masuk laman dia  ...)
Berapa banyak pelanggan singgah beli keropok lekor Ecu  ...
Berapa bungkus keropok lagi yg berbaki  ...
TV apatah lagi ... siang malam pun Mak dah tak dapat beza!
Mak hanya baring kat kerusi feberet dia ... pejam mata ... sambil jari jemari tuanya membilang buah2 tasbih, kadang2 garu sana sini, raba kerusi ... apalah yg bermain difikiran Mak!??
Bila Mama ajak Mak dok rumah kami, Mak senyum ... geleng kepala ... "Sedak dok rumoh sediri" kata Mak sambil senyum berseri2.

Moga Allah SNW berkati kedua mereka ini, warga emas yg Rasulullah saw pernah bersabda, bahawa sesiapa yg usianya melewati 70 tahun , dia digelar 'Asirullah' (tawanan Allah) ... yg sentiasa dicintai seluruh penduduk langit (para Malaikat). MasyaAllah!!
Benarlah firman Allah SNW dlm Surah Yassin, ayat 68 yg bermaksud,
"Dan barang siapa yg Kami panjangkan umurnya, niscaya Kami kembalikan dia kepada kejadiannya (kembali menjadi lemah dan kurang akal). Maka apakah mereka tidak memikirkannya? "

25 September 2013

Tanyalah Ustazah ... setiap masa setiap ketika

Alhamdulillah dan Assalamualaikaum.
Cam tagline iklan pulak tajuk N3 Mama hari ni  ...  (^_^)
Apapun harap hari ni lebih baik dari semalam  ... ok!
Semasa mencari kepastian permasaalahan mencuci air kencing atas lantai mozek hari tu ... banyak site, blogs dan u-tube Mama lawati.
Sangkut lama jugaklah bila pi u-tube Ustaz Azhar  ... hihi
Pastu Mama stumble blog nih My Islam Media  ...
Wah! Cam jumpa lubuk ilmu (perasaan Mamalah)
Ye lah, kat situ dimuatkan video2 Islamik dari rangkaian2 TV Malaysia yg femes2
Apa lagi, Mama pun pilih Tanyalah Ustazah ... dan pilih episod yg Mama rasa nak dengar ...
Suka ... sebab banyak episod2 yg Mama miss boleh dengar semula
So ... sambil buat kerja, sambil dengar re-run Tanyalah Ustazah ... seronoknya
Nak dengar Prof Dr Muhaya  ... pilih je episod dia yg mana suka
Ustazah Norhafizah Musa? Suka re-run pasal Doa Malaikat!
Ustazah Asni? Ustazah Nik Salida? Ustazah Siti Nor Bahyah?
... dan ramai lg ustazah2 ... pilih aje.
Terima kasih pada yg empunya blog. Moga Allah SNW merahmati dan memberkati usaha anda ...
Jom kita Tanyalah Ustazah sambil urus rumahtangga (pd yg dok rumah cam Mama lah ...)
3-in-1 ... dengar, kerja + makan ... hihi!

p.s. bukan Tanyalah Ustazah aje yg ada, kalu tak tahu nak masak apa hari ni, cuba pilih 5 Rencah 5 Rasa, N3 blog MIM hari ni. Nak tengok Jejak Rasul pun boleh ... cam kempen nampak!! Hehe ... Kongsi ilmu yg bermanafaat takper kan!??

24 September 2013

PYO ... penat

Susah bebenor nak nyebut nama E-P-YO .... udahnya tinggal PYO aje.
Pun dia cam suka nama tu  ... sbb bila panggil PYO
... kalu sdg galak dan leka main, berhenti! angkat kepala cari sapa yg panggil dia
... kalu Mama kat dapur, bila panggil PYO, laju jer ... dia tahu ada habuannya
... balik dr sekolah, xnampak kelibat PYO, Amar pasti panggilnya. Dan PYO akan muncul ... dari bawah kerusi/bawah meja/belakang langsir/bawah katil mereka  ... terpisat2 ... sdg tidur agaknya
Dan PYO jugalah yg Mok dan Ecu cari  ... sebaik sampai rumah ni.
Namanya anak kucing  .... lepas makan, main jelah kerjanya
Berlari, berkejar, melompat, panjat sana sini. Dari ruang tamu, ke ruang makan, ke dapur, ke bilik .... surat khabar, tisu sekotak ... habis dikerjakannya
Mama gelak sorang lihat gelagat dia ... cam entertainment free pun ya ... hihi
PYO PYO ... udahnya ginilah dia, setelah habis kuasa kuda digunakannya ...   (^__^)



22 September 2013

Projek kain sarung ... Nostalgia Mokkedin

Hari ni siap projek suka2 Mama. Ia projek lebih kepada nostalgia ...
Nostalgia @ kenangan bersama nenek sebelah Abah ... Mokkedin!
Panggilan yg agak pelik buat seorang nenek kan?
Sebenarnya kami cucu2 yg dah besar (bersekolah rendah masa tu) sebut 'Mak Abg Din' ... tp yg kecik2 tu, bila acap kali sebut + pelat, jadilah Mokkedin  ...
Mama cucu sulung pompuan dan amat rapat dgn nenek. Kenangan2 ikuti, tolong mana yg boleh ... Mokkedin bila dia;
i. buat tikar mengkuang! Dari mengambil pokok mengkuang, merendamnya dlm kolam kecil belakang rumah nenek, menyiat, jemur, warna hinggalah mengayam
ii. buat atap nipah! Dari ambil batang bembam, batang buluh, nipah hinggalah mencucuk atap nipah
iii. buat tilam kekabu! Dari kutip, buang biji kekabu dan jahit sarung tilam dan akhirnya (ini biasanya bhgn wajib kami), masukkan kekabu ke dlm tilam
iv. jahit baju kurung kedah dan kain sarung,
amat berkesan dihati Mama. Terikat kemas dlm lipatan memori, setiap kenangan indah bersama Mokkedin.
Dan semua ini jugalah antara punca pendapatan nenek, selain berniaga kain, tembakau (yg datuk buat) dan beras (yg mereka usahakan). Datuk Mama , Chek  ... kerjakan sawah padi mereka dan bela kerbau! Bila Mokkedin keluar berniaga (biasanya seminggu) ke kawasan2 pendalaman  ... Chek akan jaga rumah, ayam itik, masak dan urus sendiri makan minum dan pakai dia. Memang kagum dgn cara mereka berdua  ... pun tetap mesra dan bahagia hingga akhir hayat. (Al-Fatihah buat Chek dan Mokkedin).
Bila ada orang kg yg minta nenek jahitkan kain sarung mereka, nenek akan gunting dlm sejengkal kain tersebut sbg upahan. Nenek akan kumpul guntingan2 tu dan lama2 dapatlah sehelai kain sarung (ala2 patchworks) utk nenek buat basahan. Itu Mama ingat sangat ... dan suka lihat kain sarung yg beranika warna yg nenek pakai. Bagi Mama ... cantik sangat! (Hubby cakap Mak pun pernah buat kain sarung cam gitu).
Itu yg Mama cuba 'recreate' kembali kenangan itu. Mama taklah
susunan perca2 kain sarong sblm jahit
amik potongan kain sarong sbg upah ... hihi ... tp setiap kali jahit sarong buat Mak, Mok dan Mama sendiri ... Mama buat seperti nenek pernah buat. Lama jugak nak kumpul potongan2kain sarong tu utk dpt sehelai kain sarong! Maklumlah, zaman sekarang hanya warga emas jer yg minat kain sarong nih! Yg muda lebih selesa berseluar di rumah!
Alhamdulillah! Hari ni selesailah projek nostalgia Mama tuh! Cantik kan?!!! (Hihi  ... sendiri perasan ...)
sisi depan dan belakang
projek kain sarong 'nostalgia Mokkedin'


20 September 2013

Bila Mak rindu ....

Mama tahu Mak (ibu mertua) merindui rumahnya  ...
Memang duduk rumah sendiri lebih selesa ...
Mesti Mak rindu kerusi tempat dia baring diruang tamu  ...
Kerusi diberanda ... tempat Mak berehat setiap pagi dan petang
Rumah Mak tepi jalan besar ... mesti Mak rindu lihat kenderaan lalu lalang  ... bila lori treler lalu  ... bergegar rumah, sound-effect tok sah kira, siang maupun malam
Mesti Mak rindu lihat aktiviti kedai keropok lekor Ecu ... lihat pelanggan dgn pelbagai jenama dan warna kereta, bas, lori pun berhenti juga  ... motorsikal pun ya
Mak rindu pokok rambutan, mangga dan dokong dia .. yg sedang galak berbuah, lebatnya ... Mak tanya hampir setiap hari, "Banyok ko buah?", "Tok gi amik ko?"
Mak rindu jiran2 yg sering datang bertandang ... tanya khabar dia, bawa kuih/lauk kegemaran dia ...
Lihat kambing, lembu, ayam ... bebas merata
Kat sini, rumah kami ... mana ada itu semua!
Senyap sunyi ... dah lah jauh dari jalanraya, jiran keliling semua berkerjaya ... ayam,itik lembu, kambing ... lagilah tak ada!
ASRO adalah  ... temani Mak sepanjang masa (kadang Mak tengok, tp banyaknya dia tengok Mak ... hihi)
Jadi bila Mok (mak Mama) datang ziarah ... sekali sekala,
Mak bisik kat Mok ...
"Nok kelik (balik) rumoh ambo ..." (-__-')

19 September 2013

Menjaga Mak ...

Mak (ibu mertua) seorang yg cekal dan suka berdikari. Dari muda, setelah kematian suami pd usia Mak 40 tahun, Mak sorang diri cari rezeki utk besarkan dan sekolahkan 6 anak lelakinya. 2 anak pompuannya dah kawin (dulu 13 dah kawin) dan sorang, lelaki, meninggal masa kecik. Macam2 kerja Mak buat  ... dari pagi hingga petang. Alhamdulillah ... semua anak2 Mak berjaya.
Kini Mak dah uzur sangat. Memang ketara  ... sudah tidak dapat bezakan siang dan malam. Makannya halnya setelah ditanya ... itupun kadang2 dia cakap dah makan (walhal belum lg). Kadang2 kena pujuk, baru nak makan. Kadang2 kena gertak sikit (hehe  ...), cakap Mail (abang ipar) marah kalau xmakan ... (abang ipar bukannya garang, tp setiap katanya, Mak memang akur  ...). Suami, anak bongsu Mak  ... bahagian memujuk!
Dan, sepadan dgn usianya 94 tahun, Mak dah tak mampu kawal buang air kecil/besarnya. Selepas beberapa kejadian 'accident' otw ke tandas bermula lepas raya lalu, kami pujuk Mak pakai lampin pakai buang. Mujur Mak setuju  ... pun kadang2 'overflow' jgk. Kdg2 'tiris' otw ke tandas dek lampin tu dah penuh, longgar dan terlondeh, lalu tiris dan meleleh atas tikar, karpet, lantai sepanjang laluan Mak ke tandas (Mak akan ke tandas kalau dia rasa nak buang air ...  kena assist sbb dia xpandai nak buka lampin pakai buang tu. Bila dia basuh sendiri, dilondehkan aje dan dituang air atasnya. Gitulah Mak ... masih cekal nak urus diri sendiri).
Memang, Mak sekarang macam anak2 kecil kembali ... tp yg lucunya, Mak cakap, "Hokaloh, bocor lagi ko? Mok ingat de (sempat)". Hihi ... Kesian pulak lepas tu tengok Mak lirih pandang Mama cuci lelehan air kencingnya itu lepas selesai uruskan dia. Macam dia nyesal ... Mama 'make-do-know' aje, buat cam takder apa2, small-matter ... buat muka hepi agar Mak tak terasa terbeban. Sambil cuci, borak2 (dgn volume kuat agar Mak dengar) dgn Mak ... p.s. kadang2 borak sorang2 sbb bila tengok, Mak dah happilly  zzzzZZZZZ!!! Huhu ....

Nota: Cara bersihkan lelehan air kencing atas lantai mozek

1. Mama guna kitchen towel secukupnya dan spray air (yg buat gosok baju tu)
2. Tekap tuala kertas/kain atas air kencing hingga serap (utk hilangkan 'ain/najisnya)
3. Spray/curah air secukupnya. Dgn tuala kertas/kain lain, tekap atas air hingga serap.
4. Ulang proses 3 dua kali lagi. Setiap kali, dgn tuala kertas/kain bersih yg berlainan.
5. Biasanya Mama spray kali ke 4 dan lap kering2.
-- sblm mula, sediakan tong sampah/baldi berdekatan tempat kerja utk letak tuala kertas/kain yg tlh diguna.
Kalau karpet tu, lepas  step 2, angkat karpet, letak besin bawahnya dan lalukan air atasnya 3 X, pastu lap/jemur. Kalau karpet kecik, boleh basuh, bilas dan jemur terus kat luar.
Itu yg Mama buat slps google dan tgk ceramah ustaz2 kat u-tube. Utk kesahihan.

18 September 2013

My Sira Pisang ... suka yg berkaramel


Kebun abang ipar bersebelahan rumah kami. Sebenarnya tanah tu tapak rumah utk anaknya  ... tp abang ipar ni jenis yg tak boleh duduk diam. Semenjak pencen, lagilah banyak aktiviti dia  ... termasuk berkebun. Rasanya tangan dia sejuk cam mak mertua juga  ... tanam apapun, semua menjadi. Jiran2 jauh dan dekat dah merasa pelbagai buah tangan dari kebun dia  ... jagung, bendi, kacang botor, cili padi, keladi, kacang panjang, kangkung, kesom ... dan  of coz kami sentiasa ada supply percuma sayuran2 nih ... boleh petik anytime, dah dapat 'green-light' ... hehe.
Nenas baru berputik, tapi pisang2 yg ditanam dah mula berbuah dan ada yg sudah boleh dituai. Hari tu dapat pisang kebatu (xtaulah orang negeri lain panggil apa  ...). Mama rebus buat sarapan pagi  ... Mak's favourite. Cicah dgn kelapa parut gaul sedikit garam dan gula ... woh! sodap sangat! Sedap juga digoreng. Dua hari lepas, dapat pisang nangka pula ...
Mama kalau pisang nangka, tak buat lain  ... sira atau pengat jer ... menyangkut sangat kata oghe Kelate!


Mama suka sira pisang yg tak berkuah sangat ... suka yg berkaramel dan sesikit hangus pisangnya. Caremalised kata omputeh. Pisang nangka yg masak sangat, xsesuai buat sira nih. Biasanya Mama rendam dulu pisang yg dah dikupas dan potong serong (ikut suka) dlm air kapur ... anggaran 1/2 jam. Tujuannya agar bila disira nanti tak lembik.
Pastu Mama letak gula secukupnya dlm periuk, letak sehelai dua daun pandan, dan 3-4 kuntum bunga cengkih. Baru susun pisang (bilas bersih2 agar xder sisa kapur, nanti pahit) atasnya. Tudung periuk dan masak di atas api sederhana hingga gula buih dan agak hangit (cam buat gula hangus). Masa ni, Mama tambah sedikit air panas agar ada kuah sikit (kalau nak kuah banyak, tambah banyak le ... tp pastikan berpadanan dgn gula tu ..). Mama tak kacau tp goyang2 jer periuk tu (hehe  ... ) agar mesra air yg dituang td dgn gula dan pisang. Biarkan ia mendidih sekejap, angkat!
Haa ... itulah sira pisang versi Mama. (^__^)


17 September 2013

Misi menyelamat ... sawi

Hari ni nak update perihal N3 Kebun Biasa2 Mama  lalu.
Baru Mama tahu bahawa berbudi pd tanah tak seindahdan sesenang yg disangka
Ingat tabur benih, semua ok ... tumbuh, membesar subur cam kat pasar tu ... huhu!
Dari anak sawi yg bercambah galak tu  ... hampir 80% daunnya kena makan entahla apa ... samaada siput ataupun ulat (itu suspek Mama).
Agaknya depa operasi 'attack' mlm, sbb siang hari tak nampak kelibat apa pun sekitarnya ...
Memang rasa agak frust juga  ...
Pun Mama tak putus asa  ... cabut mana yg masih berdaun dan tanamnya dlm pasu pula.
Awalnya nampak ok, tp satu pasu tu dah kene attack daunnya. Wah! Gigihnya depa cari makanan ya  ... pasu pun depa berjaya panjat ... huhu! (lagi)
Tdi dah alih pasu tu ke tempat lain pula ...
Manakala anak2 bendi ok jer ... membesar dgn baik!
Bila Mama maklum pada jiran sebelah rumah, Nor ... dia beritahu memang siput, ulat dan semut suka daun sawi dan cili ... kerana ianya lembut dan manis (binatang pun suka manis  ... hihi).
Bendi depa xminat sebab permukaan batang dan daun ada bulu2 halus  ... cara mereka lindungi diri. Subhanallah!
(p.s. jiran Mama tu cikgu  ... )
Itulah ... harap misi menyelamat sawi berjaya! InsyaAllah ...

15 September 2013

Ada rupa cikgu ka?

Semalam, masa g kedai ... berlaku lagi
Acap kali dah  ...
Dari dulu lagi  ...
Mereka2 yg 'address' Mama sebagai .. "Cikgu!"
Dipasar, kedai buku, klinik, pasaraya, bank, pemandu teksi/bas/beca  ... masa perjumpaan PIBG, sukan sekolah anak, masa amik bantuan awal persekolahan, kenduri, masa belibelah kat pasar ... even at IKEA!!!
Bila cakap Mama bukan cikgu! surirumah jer ... sepenuh masa
... ada xpercaya!
... ada cakap rupa dan gaya cam cikgu jer!
... yg cakap awak/demo/kakak/makcik ... sesuailah jd cikgu  ... banyak!!
Seronok juga ... hmm! Cikgu Mama  ... sedap bunyinya kan!?
Bila begini  ... memang rasa terkilan juga
Sebab arwah Abah ... cikgu
Arwah datuk (sebelah Mok) ... cikgu
Cita2 masa sekolah dulu  ... pun nak jadi CIKGU!
Habis ngapa x jadi cikgu?
Looking back  ... Mama yakin, sudah ketentuan NYA, Yg Maha Esa .. cikgu bukan 'career' tersurat Mama!
??? Seminggu selepas Mama daftar ke Uitm (dulu ITM), surat masuk maktab perguruan sampai  ... zaman dulu, Mok tunggu Abah balik (Abah mengajar kat Ulu Kelantan masa tu) ... baru Abah kirim surat maklumkannya. By that time, dah lepas tempohnya ... utk jawab terima!
??? Lepas dapat diploma, Mama apply utk study oversea. Dah dpt tempatnya (ingat lg .. Uni Iowa, USA), dah lulus TOEFL. Gi exam by MIM utk eligible 4 biasiswa ... pun dpt surat berjaya 1 minggu lewatnya. Xleh rayu sbb competition tinggi & limited place!
??? Then masa mula2 kerja dgn gomen,  Mama mohon lanjutkan pelajaran bawah Uitm Young Lecturer Scheme. Dapat! Tapi  ... baru kerja, xleh mohon cuti belajar ... kena berhenti kerja! Dek sayang sbb baru kerja, dan xmau susahkan Abah lagi ... Mama tolaknya dgn berat hati!
??? Bila dah 'comfirm' kerja, Mama pohon BBA kat UKM ... dapat! Kena cuti tanpa gaji! Anak dah 2, menyewa di Kg. Baru, hubby gaji diploma jer masa tu  .... masaalah $$$ pula. Turun naik tangga mohon biasiswa/pinjaman ... xdapat! Jadi ... byebye UKM!
Itulah  ... Mama dah usaha, sedaya upaya.
Kini pasrah ... gelaran CIKGU bukan milik Mama
... redha dgn rezeki dan ketentuan NYA.
Apapun, Mama gembira ... at least ramai dah yg kata Mama CIKGU, ada rupa CIKGU!
Pastu dapat ucapan ... Selamat Hari Guru Mama ... setiap hari guru, dari anak2 Mama!
Ahhh! Itu sudah memadai, sudah cukup membahagiakan buat Mama ... bila anak2 anggap Mama cikgu mereka ...
Alhamdulillah!

14 September 2013

Bonda ... Mak Mertua

'Seorang ibu dapat menjaga 10 anak, 10 anak belum tentu dapat jaga seorang ibu  ...'
Ia ungkapan yg sering kita dengar  ... dan Insya Allah ianya tidak benar.
Senyuman manis Mak,
raya baru2 ni
Bila kakak ipar yg menjaga Mak jatuh sakit, dia telah dibawa pulang ke Kuantan oleh anaknya, Murni. Maka, suami dan abangnya yg menetap berdekatan Mak mengambilalih tugas menjaga Mak, secara bergilir. Bila sekali sekala perlu menjaga ibu mertua ... seperti sekarang ; ibu mertua yg sudah lanjut usianya ... yg berusia 94 tahun, sering lupa, kurang dengar dan sudah kurang sangat tenaga dan seleranya ... sudah kembali fitrahnya seperti kanak2 semula; maka Mama ingatkan diri ini bahawa  ...

1. Allah SNW sedang menghadiahkan peluang kepada Mama dan suami berbakti kepada ibunya ... ruginya kalau kami sia2kan peluang yg ada
2. Allah SNW ingin memberi bonus pahala menjaga ibu yg sudah tua ... ruginya jika kami tidak redha dan ikhlas berbakti padanya
3. Allah SNW sedang mengingatkan kami  ... suatu hari nanti, kamu juga akan tua begitu ... ruginya jika kami tidak sedar bahawa tua itu pasti
4. Allah SNW sedang menguji kami  ... apa yg kamu buat sekarang, tidak mustahil itulah yg bakal kamu juga terima, bila sampai waktunya  ... ruginya jika kami tidak sedar bahawa anak2 sedang perhatikan kami (Allah SNW lebihlah lagi)  ... kami sedar, kami tuai apa yg kami tanam!
5. Allah SNW sedang memberikan kami ladang ibadah, jalan memperoleh kemuliaan disisi NYA. DIA sedang membuka pintu2 rahmatNYA ... hanya dengan menjaga dan tidak mensia-siakan orang tuanya yg lanjut usia  ... peluang memperoleh keberkatan dlm hidup ... ruginya jika kami tidak mahu semua itu!

Lalu, tika diberi peluang begini  ... Mama sentiasa berdoa agar Allah SNW berikan kami kesihatan yg baik, serta mudahkan dan lancarkan urusan menjaga dan mengurus Mak. Pada semua yg begitu sabar dan redha menjaga ibu bapa yg sudah lanjut usia, tahniah! Anda sebenarnya seorang yg beruntung  ... manafaatkanlah seboleh mungkin peluang yg ada ... kerana sesungguhnya, Nabi Muhammad SAW berkata:

" Keredhaan Allah itu bergantung pada keredhaan kedua orang tua dan
kemurkaan Allah juga bergantung kepada kemurkaan kedua orang tua. "

p.s. Mama juga berdoa agar pahala Mama menjaga Mak mengalir juga kepada Mok dan arwah Abah  ... kerana mengasihi, mendidik dan membesarkan Mama. Amiinn  ...

Finally ... pending no more


Take a look at these pics of E-P-YO  ....


If pictures spoke thousand words  ... then having this cute, adorable kitten around you  ... unspeakable!!
Early dawn, she wakes me up  ... sat quietly nearby while Mama solat
Then she demands her breakfast  ... won't stop meowing (cutely) until Mama fills her bowl
She keeps Mama company  ... when Mama busy with laundry and in the kitchen  ... exploring curiously here and there  ...
She makes Mama smiles and laughs with her endless energies  and cuteness ...
When Amar and Muaz go to school ... Mama lonely no more
So, its final  ... Mama 100% sure now  ...
Thank you Allah for this beautiful bundle of joy  ...
MasyaAllah, Subhanallah  ... no wonder our beloved prohet Muhammad s.a.w. loves  his cat  ... Mueeza
... sometimes Mama think E-P-YO understands when Mama 'talks' to her  ...

p.s. Amar is quite pissed-off when Mama refers to E-P-YO as Mama's  youngest baby (haha  ...) and when Mok and Ecu call and play with E-P-YO 1st when they drop by. Jeles ka?!! (^_^)
** Hihi! Having two loving babies vying for ur undivided attention is refreshing indeed  ... lovely!

11 September 2013

Bila anak balik ... Cinnamon Bread


Cinnamon Bread ... itulah yg akan diminta doter, setiap kali dia nak balik semula ke KL ... buat bekal dan boleh terus buat brekfast esok paginya ...
Ini bekal utk 2 jejaka Mama
- Mizi dan Anas
Dlm banyak2 resipi yg Mama dah cuba, resipi dari blog dZana paling berkenan. Bagi Mama, ia senang nak buatnya, dan hasilnya ... roti yg lembut dan gebu dan of coz ... sedap! Ayahnya suka yg ada campuran buah2an kering, tp anak2 suka yg plain  ... gula perang + cinnammon aje!
Diperturunkan resipinya yg dah x original dek kepandaian Mama (haha ...) mengolah ikut suka hati ni  ... maaflah kat tuan resipi asal ya  ...

CINNAMON BREAD/ROLLS

4 1/2 cwn tepung roti (Mama guna jenama Nona Top Flour)
75 gm mentega/majerin
2 biji telur
1/2 cwn gula kaster (Mama guna 70 gm)
1 cwn susu suam (Mama guna susu full cream)
2 1/2 sudu teh yis segera
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh bread improver/pelembut roti (Mama tambah)

Bahan2 tabur;
75 gm mentega - suhu bilik/dicairkan sedikit
1 cwn gula perang +  2 1/2 sudu teh serbuk cinnamon* (kayu manis)
p.s. * Mama guna 1 1/2 sudu teh aje (atas permintaan ramai  ... huhu)
1 cwn campuran buah2an kering

1. Mama ngelat sikit tang langkah pertama, sepatutnya campurkan yis kering ke dalam susu suam dan biarkan dlm 10 minit/berbuih. Mama campur je semua bahan dlm mangkuk dan terus proses  ... gaul rata guna 'hook' lebih kurang 10 minit.
2. Bentukkan doh bulat, dan rehatkan dlm mangkuk (tutup dgn plastik) +/- 45 - 60 minit atau naik 2X ganda.
3. Tumbuk, bahagi 2 adunan, canai bentuk empatsegi panjang tebal 1.5 cm, sapu mentega dan tabur bahan2 tabur. Gulung kemas2, kerat 1/2, lepas tu 1/2 lg hingga dapat potongan yg sama banyak.
4. Atur atas dulang (yg telah dilengser mentega), jarakkan sedikit utk ruang mengembang dan rehatkan 20 minit.
5. Bakar 180 C selama 15 - 20 minit.

Nota: Ini cinnamon bread yg famili Mama suka. Ada banyak cara n versi cinnamon bread/rolls ni  ... so, just google and pick ur fav. ... bak kata pepatah, 'tepuk dada tanya selera'  ... (^__^)

09 September 2013

Tempat di dalam syurga yg paling Allah SWT sukai ...

Terasa ralat jg bila tak update blog Mama ni  ...
Mama suka menulis (& membaca) . Semenjak mata dah mula kabur dan perlu cari spek baca kalu nak menulis dan membaca, menulis diari bukan lg satu keutamaan/kemestian  ...
Mujur ada blog ... dapatlah catit apa yg ingin dicurahkan. Lagipun, boleh guna 'font' yg sesuai dgn mata orang lama ni, hihi .... Mama 'like!'
Pun 2-3 hari ni masa agak suntuk  ... ada beberapa hal yg agak memakan masa yg ada. So, Mama just publish this 'draft' that has been lying idle in my list of posts.
Moga kita sama2 raih manafaatnya, Insya Allah.

Tajuk N3:

Satu Tempat di dalam Syurga yg Paling ALLAH SWT Sukai

.... dan siapakah pula penghuni2nya?

Dlm sebuah riwayat, dari Wahab bin Mambah r.a.:
"Berkata Musa a.s. kitika dia dipanggil Tuhan ke Gunung Thursina: "Hai Tuhan, manakah di antara tempat-tempat di dalam syurga yg paling Engkau sukai?"
Allah berfirma: "Hai Musa, Hazhiratul Qudsi."
Tanya Musa a.s.: " Hai Tuhan, siapakah yg tinggal di sana."
FirmanNya: "Orang-orang yg mengalami kemalangan (bencana, cobaan)."
"Hai Tuhan, sebutlah sifat-sifat mereka padaku," pinta Musa.
Allah SWT berfirman: "Hai Musa, mereka adalah orang-orang yg apabila mereka Aku beri nikmat maka mereka bersyukur dan apabila mereka ditimpa kemalangan, maka mereka mengatakan:
"Innalillahi wa inna ilaihi raaji'uun" ( Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali.) "
Mereka itulah orang-orang yg tinggal di Hazhiratul Qudsi."
(Demikian 'Ar Raudhah')

Rujukan: "Muhasabah Diri" - Abu Sufi, Jasmin Enterprise, 1994.


05 September 2013

Bonda ... Mok

Alhamdulillah Mama masih ada 2 bonda  ... ibu dan mak mertua.
Mereka berdua  ... ada ciri yg sama  .... hepi sokmo!
Agaknya itu antara rahsia sihat dan panjang umur.
Awet muda pun ya agaknya  ... yelah, bila hati x serabut, muka pun xberkedut  ...

Hari ni nak cerita pasal Mok, ibu Mama.
Semalam, bila Amar tanya umur Mok, Mok berteka teki.
Mok beritahu Amar,  Mok lahirkan Mama pada usia 19 tahun  ... sekarang Mama 50++ (eee! rahsia  ....). Campur kedua angka tu, dapatlah umur Mok!!!
Mok, Mama dan adik2 ~
kenangan masa kenduri doter Mama
"Wah! Umur Mok dah 70++ (xleh beritahu, pecah rahsia  ... haha)!"
Mok kuat lagi  ... baru semalam balik dari Kuantan  ... penuh sebonet kereta dgn durian, dokong, rambutan, manggis, mangga dan 2 balang besar tempoyak!! (dia kait sendiri  ...)
Gitulah Mok! Alasan tu  ... padahal rindu kat cucu2 setelah seminggu lebih berkampung dirumah Mok cuti raya lalu. Tau sangat ... hehe
Esok paginya Mok dah paksa Ecu mai rumah  ... lega dia bila Amar dah bersekolah semula setelah seminggu lebih demam panas, x ke sekolah!
Juga sbb nak amik keratan pokok bunga raya jiran sebelah ... Mok berkenan sebab xpernah jumpa yg jenis ini ... nak tanam kat rumah (ps. Mama awal2 dah minta izin jiran sebelah  ... walaupun pokok bunga raya tu luar pagar rumahnya).
Yg nak tergelaknya, Mok siap suruh Mama amik gambar bunga raya tu ... masuk fesbok! Itu arahannya. (Haha  ... sungguh Mama xsangka. Cayalah Mok!).

p.s. Mama belum upload kat fesbok lg  ... kat instagram dah, kat sini pun ya  ... kejap lagi fesbok pula. Xmau Mok marah kalu dia tahu blum kluar fesbok lg  ... dosa buat ibu terasa hati kan!!!

Nanti akan cerita pasal Mok yg sorang lg pula  ... mak mertua.

03 September 2013

Janji ditepati ... hihi

Wah! N3 cam wakil rakyat gayanya ... Kihkih!
Ekceli ... Dlm last N3 pd label Kebun Biasa2, Mama ada janji nak tanam sawi dan bendi ... Lepas bulan puasa. Well! Itulah ...
Bila janji, kena tepati ... Xmau munafik, walaupun pd diri sendiri. Lagipon dah canang seentero alam maya ... So, inilah dia ....
Putik sawi dan bendi Mama .... So far so good!
Menjadi semaian pertama kali Mama. Alhamdulillah!
Insya Allah, lebih kurang sebulan lg dapatlah menuai sawinya ...
Dan, sebulan selepas tu ... Bendi pula. Itu perkiraannya ...
Doakan Mama berjaya tuai hasilnya ya!
Mama jg ada tanam ubi keledek, 2 je ... Satu yg isi merah@purple, dan satu isi biasa tu, oren! Niatnya ... Utk pucuk ubi saja, buat ulaman. Ubi lefovers yg suami beli kat CHighlands ... Nampak cam ok je tumbesarnya.
keledek  ...
Dlm pada tu jg, Mama ada semai biji lada benggala merah dan kuning, juga yg suami beli kat CH. Tapi satu jer problemnya ...
Entah yg mana satu pokoknya, sebab Mama lupa nak tanda .... Rasanya bercampuraduk dgn biji cili biasa, cili padi ... Huhu!
Nampak gaya kenalah tunggu kluar buah cilinya  ... Baru tahu cili yg mana ... Kalau menjadinya (-__-')

Hehe! Cam menunjuk rajin berkebun kan?
Idoknyer  ... just sharing what Mama am doing, to fill my spare time. Dari biar banyak rumput lalang tumbuh, baik jg di tanam apa yg boleh makan  ... selain jimat sikit duit beli sayuran/ulaman, boleh jg kluar peluh ...
OK lah tu  ... lg pun masa tgh bina Rumah Biasa2 kami, Mama asyik duk imagine tanam itu dan ini ... dlm hati.
Kira menepati janji pd diri sendiri juga ni .... (^__^)

p.s. petrol, diesel dah naik 20 sen  ... xmustahil barangan lain pun naik juga. So, jom tanam sendiri utk jimat belanja ... mana yg terdaya.

02 September 2013

Still pending ... finding the right time


This is E-P-O (yepeeyo). Name given by Amar. He said it means 'pretty' in Korean! ??  ... he said! Hihi  ... Mama keeps hearing it as 'apo nyo?'  ... sorry Adik! (^___^)
Isn't she adorable? (or is it a he? .. whatever)
To date, Mama still undecided whether E-P-O will stay with us for good or not. But am finding playing with her ... at the end of each day ... therapeutic indeed. Mama feels so free and calm. A feeling of pure, unpretentious joy ... ahh!! Perasaan gembira yg murni ... cam gitulah. So ... at current time, her stay-with-us rating has risen to  ... say --> 65% ?!!
... Amar, Muaz and hubby? A resounding .. YES!

Btw  ... remember the bushy-tail-like-squirell cat that frequent Mama's kitchen for leftovers? Well! This is her, taken more than 2 weeks ago .... heavily pregnant.
Last Merdeka Day (31st August) morning, she came by while Mama was busy tending my Kebun Biasa2 ... her bottom half dirty, as if she sat in a mud. And! her belly .... flat! kempis dah!
She was meowing noisily  ... Mama quickly went inside to prepare food for the-must-be-famished-just-give-birth-mum. However, she was already gone the moment food was ready. Thinking she must had gone back to her owner's house (Mama's neighbour), to be with her babies there ... Mama just left the food outside and forgot about it.
Well  ... am Mama in for a suprise! Coz today Mama saw her going back towards the direction of our garden (sort of) shed after finishing her breakfast. Quietly and slowly, Mama followed her .... and true enough, she slid into the shed thro' a small gap underneath the shed's door. Yesss!!! Her babies must be inside  ....
Yup! Mama is excited and really can't wait to see how many of them  ... really curious ma! But not wanting to scare 1st time momma  .... Mama must wait. Be patient ... must wait for the right time. Since then, its our secret ok!!

(p.s. Mama is keeping the shed's key in secret hiding for time being  ... hehe. Shhhh!!!)