Mak (ibu mertua) seorang yg cekal dan suka berdikari. Dari muda, setelah kematian suami pd usia Mak 40 tahun, Mak sorang diri cari rezeki utk besarkan dan sekolahkan 6 anak lelakinya. 2 anak pompuannya dah kawin (dulu 13 dah kawin) dan sorang, lelaki, meninggal masa kecik. Macam2 kerja Mak buat ... dari pagi hingga petang. Alhamdulillah ... semua anak2 Mak berjaya.
Kini Mak dah uzur sangat. Memang ketara ... sudah tidak dapat bezakan siang dan malam. Makannya halnya setelah ditanya ... itupun kadang2 dia cakap dah makan (walhal belum lg). Kadang2 kena pujuk, baru nak makan. Kadang2 kena gertak sikit (hehe ...), cakap Mail (abang ipar) marah kalau xmakan ... (abang ipar bukannya garang, tp setiap katanya, Mak memang akur ...). Suami, anak bongsu Mak ... bahagian memujuk!
Dan, sepadan dgn usianya 94 tahun, Mak dah tak mampu kawal buang air kecil/besarnya. Selepas beberapa kejadian 'accident' otw ke tandas bermula lepas raya lalu, kami pujuk Mak pakai lampin pakai buang. Mujur Mak setuju ... pun kadang2 'overflow' jgk. Kdg2 'tiris' otw ke tandas dek lampin tu dah penuh, longgar dan terlondeh, lalu tiris dan meleleh atas tikar, karpet, lantai sepanjang laluan Mak ke tandas (Mak akan ke tandas kalau dia rasa nak buang air ... kena assist sbb dia xpandai nak buka lampin pakai buang tu. Bila dia basuh sendiri, dilondehkan aje dan dituang air atasnya. Gitulah Mak ... masih cekal nak urus diri sendiri).
Memang, Mak sekarang macam anak2 kecil kembali ... tp yg lucunya, Mak cakap, "Hokaloh, bocor lagi ko? Mok ingat de (sempat)". Hihi ... Kesian pulak lepas tu tengok Mak lirih pandang Mama cuci lelehan air kencingnya itu lepas selesai uruskan dia. Macam dia nyesal ... Mama 'make-do-know' aje, buat cam takder apa2, small-matter ... buat muka hepi agar Mak tak terasa terbeban. Sambil cuci, borak2 (dgn volume kuat agar Mak dengar) dgn Mak ... p.s. kadang2 borak sorang2 sbb bila tengok, Mak dah happilly zzzzZZZZZ!!! Huhu ....
Nota: Cara bersihkan lelehan air kencing atas lantai mozek
1. Mama guna kitchen towel secukupnya dan spray air (yg buat gosok baju tu)
2. Tekap tuala kertas/kain atas air kencing hingga serap (utk hilangkan 'ain/najisnya)
3. Spray/curah air secukupnya. Dgn tuala kertas/kain lain, tekap atas air hingga serap.
4. Ulang proses 3 dua kali lagi. Setiap kali, dgn tuala kertas/kain bersih yg berlainan.
5. Biasanya Mama spray kali ke 4 dan lap kering2.
-- sblm mula, sediakan tong sampah/baldi berdekatan tempat kerja utk letak tuala kertas/kain yg tlh diguna.
Kalau karpet tu, lepas step 2, angkat karpet, letak besin bawahnya dan lalukan air atasnya 3 X, pastu lap/jemur. Kalau karpet kecik, boleh basuh, bilas dan jemur terus kat luar.
Itu yg Mama buat slps google dan tgk ceramah ustaz2 kat u-tube. Utk kesahihan.
Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
Ceritalah
(295)
Me
(192)
diari ibu
(165)
Amar
(77)
Pesanan
(74)
Resipi
(74)
kucing
(73)
Kebun Biasa2
(55)
Rumah Biasa2
(46)
Yg Tersirat/Tersurat
(38)
cerita lama
(21)
Jalan-jalan
(20)
Jodoh
(18)
Cucu
(15)
3R
(14)
Puasa
(11)
Hawa TDS
(10)
Lawak sikit
(9)
PETUA
(7)
Kawan
(6)
Musing
(6)
Raya
(5)
Rumah WM
(5)
Lukislah anakku
(4)
Nature
(4)
ipoh
(4)
Haji
(3)
Migraine and I
(3)
1 comment:
serupa kita nampaknya.Mujug mak makcik ok sikit bab pengurusan pelupusan iwknya..tapi kena jadi akauntan tak bertauliah dia pula..lucu pun ada bila receipt berapa kurun pun masih simpan.Entah apa la kerenah kita bila terlebih usia nanti.
Post a Comment