Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

27 September 2013

Hajat Mak tertunai sudah ... balik rumah sendiri

Hari ni genap seminggu Mak duduk rumah dia sendiri  ...
'Safe and sound' kata omputeh  ...  dgn kepulangan K.Zah aka KZ.
KZ merangkap misi Mak pun bukannya in good health, maklumlah dah 70+, campur lg kencing manis dan darah tinggi  ...
Tapi itulah  ... KZ insists dia nak jaga Mak selagi dia masih upaya.
Itulah ajalah bakti dia utk Mak  ... selagi dia atau Mak masih ada!
Mak ada 9 anak, 7 lelaki 2 pompuan. KZ no. 4. Kakak sulung dah meninggal  ...
Anak2 lelaki Mak yg masih ada (2 diKL 2 diPP, Kel) sepakat utk upah pembantu rumah uruskan Mak, kemas rumah dan masak lunch. Ringan beban KZ, bolehlah dia 100% tumpu kat Mak  ... sbb Mak kalau tak suap, sikit jer makannya  ... gitulah keadaan Mak sekarang.
Pagi tadi balik kg ... dgn hubby, abang ipar dan wifey dia ... urus terma kerja serta kadar upah dgn Y (jiran sekampung Mak). Alhamdulillah, Jumaat yg berkat  ... semua berjalan lancar dan semua orang berpuashati.
Mak? Mak tak kisah pun .... orang cakap dia senyum ... orang cakap A, dia jawab B ... itulah. Menurun benar kesihatan Mak lepas raya lalu  ..... cam pusingan U terus!
Mak dah tak kisah kenderaan yg lalu lalang ...
Ayam, lembu dok masuk dan berak merata kat laman dia (biasanya Mak cepat2 halau kalau ayam, lembu orang masuk laman dia  ...)
Berapa banyak pelanggan singgah beli keropok lekor Ecu  ...
Berapa bungkus keropok lagi yg berbaki  ...
TV apatah lagi ... siang malam pun Mak dah tak dapat beza!
Mak hanya baring kat kerusi feberet dia ... pejam mata ... sambil jari jemari tuanya membilang buah2 tasbih, kadang2 garu sana sini, raba kerusi ... apalah yg bermain difikiran Mak!??
Bila Mama ajak Mak dok rumah kami, Mak senyum ... geleng kepala ... "Sedak dok rumoh sediri" kata Mak sambil senyum berseri2.

Moga Allah SNW berkati kedua mereka ini, warga emas yg Rasulullah saw pernah bersabda, bahawa sesiapa yg usianya melewati 70 tahun , dia digelar 'Asirullah' (tawanan Allah) ... yg sentiasa dicintai seluruh penduduk langit (para Malaikat). MasyaAllah!!
Benarlah firman Allah SNW dlm Surah Yassin, ayat 68 yg bermaksud,
"Dan barang siapa yg Kami panjangkan umurnya, niscaya Kami kembalikan dia kepada kejadiannya (kembali menjadi lemah dan kurang akal). Maka apakah mereka tidak memikirkannya? "

2 comments:

Al-Manar said...

This entry tells me and my other half who we are in reality - past seventy. But HE has given us enough strength to allow us to compensate for the time and opprtunity we wasted earlier.

Look after your mum with love and tenderness. This is what the two us appreciate in our autumn days, love and tenderness shown to us by our three children and ten grandchildren. Learn from your elders before you reach their age.

Salaam to you.

muhaini said...

Thank you for dropping by Pakcik. Loves reading your blog. Insya Allah will adhere to your advice and hope when our turns come, our children will do the same, like you and your mrs. Keep on writing ... Wassallam.