Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

14 September 2013

Bonda ... Mak Mertua

'Seorang ibu dapat menjaga 10 anak, 10 anak belum tentu dapat jaga seorang ibu  ...'
Ia ungkapan yg sering kita dengar  ... dan Insya Allah ianya tidak benar.
Senyuman manis Mak,
raya baru2 ni
Bila kakak ipar yg menjaga Mak jatuh sakit, dia telah dibawa pulang ke Kuantan oleh anaknya, Murni. Maka, suami dan abangnya yg menetap berdekatan Mak mengambilalih tugas menjaga Mak, secara bergilir. Bila sekali sekala perlu menjaga ibu mertua ... seperti sekarang ; ibu mertua yg sudah lanjut usianya ... yg berusia 94 tahun, sering lupa, kurang dengar dan sudah kurang sangat tenaga dan seleranya ... sudah kembali fitrahnya seperti kanak2 semula; maka Mama ingatkan diri ini bahawa  ...

1. Allah SNW sedang menghadiahkan peluang kepada Mama dan suami berbakti kepada ibunya ... ruginya kalau kami sia2kan peluang yg ada
2. Allah SNW ingin memberi bonus pahala menjaga ibu yg sudah tua ... ruginya jika kami tidak redha dan ikhlas berbakti padanya
3. Allah SNW sedang mengingatkan kami  ... suatu hari nanti, kamu juga akan tua begitu ... ruginya jika kami tidak sedar bahawa tua itu pasti
4. Allah SNW sedang menguji kami  ... apa yg kamu buat sekarang, tidak mustahil itulah yg bakal kamu juga terima, bila sampai waktunya  ... ruginya jika kami tidak sedar bahawa anak2 sedang perhatikan kami (Allah SNW lebihlah lagi)  ... kami sedar, kami tuai apa yg kami tanam!
5. Allah SNW sedang memberikan kami ladang ibadah, jalan memperoleh kemuliaan disisi NYA. DIA sedang membuka pintu2 rahmatNYA ... hanya dengan menjaga dan tidak mensia-siakan orang tuanya yg lanjut usia  ... peluang memperoleh keberkatan dlm hidup ... ruginya jika kami tidak mahu semua itu!

Lalu, tika diberi peluang begini  ... Mama sentiasa berdoa agar Allah SNW berikan kami kesihatan yg baik, serta mudahkan dan lancarkan urusan menjaga dan mengurus Mak. Pada semua yg begitu sabar dan redha menjaga ibu bapa yg sudah lanjut usia, tahniah! Anda sebenarnya seorang yg beruntung  ... manafaatkanlah seboleh mungkin peluang yg ada ... kerana sesungguhnya, Nabi Muhammad SAW berkata:

" Keredhaan Allah itu bergantung pada keredhaan kedua orang tua dan
kemurkaan Allah juga bergantung kepada kemurkaan kedua orang tua. "

p.s. Mama juga berdoa agar pahala Mama menjaga Mak mengalir juga kepada Mok dan arwah Abah  ... kerana mengasihi, mendidik dan membesarkan Mama. Amiinn  ...

No comments: