Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

30 January 2012

Me & myself ...

Been wanting to do this & that ...
Been wanting to change this & that ...
Been wanting to get this & that ...
Been wanting  endless things & wants ... 

Pondering ... over choices. Always! 
Thats ME .. but then,
(with reference to the above)
It's also ME who always get in the way 1st & foremost!!
Me & my ... what if? how to? can I? should?
Hello ME ...
January 2012 is weaving its goodbye dear ...
And fabulous Feb. is eager to say hello ...  
Wake up ... wake up ... NOW!!!!
You're not getting any younger ... you know that!
Nor can anybody guarantee good health ... forever
If anything ... you should really must realized by now (stop making 'donno')
Time is GOLD 
(I know ... just like my age!)
Yup!! You guess right ... right on the spot: 
Only I aka ME @ yours truly ...
Who can choose or decide ...
To DO or NOT TO DO ...
Alas ... 
I am my greatest enemy!!!!

"Verily never will God change the condition of a people until they change it themselves." - Quran 13:11

"The man can have nothing but what he strives for." 
- Quran 53:39

29 January 2012

Rumah ... Perancangan Kami, KetentuanNYA

06 Rabiulawal 1433 Hijrah = 29 Januari 2012
Alhamdulillaahi Rabbil 'Aalamiin (Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Semesta Alam)
Hari yg mendebarkan ... tetapi juga mengembirakan.


Ini tanah kami. Dulu (awal 80an), masa abang ipar ajak 'share' beli tanah kat sini, kami tak mahu. Suami siap cakap 'tempat rimau main' ... punyalah 'isolated'nya kedudukan tanah2 ini pada masa itu. Sekarang ... tanah 'tempat rimau main' tu dan penuh dgn rumah2 yg besar & cantik! Tanah itulah juga yg kami beli (dr abang ipar) utk dirikan rumah kami!!! Harganya pun dah 10X ganda dari kalau beli dulu ... (~_~').

Dulu (awal 90an), ayah & ibu mertua tawarkan tanah dikampung. Supaya kami buat rumah dekat dgn mereka ... Anak sulung & bongsu, tentulah mak ayah sayang kan!! Hehe ... (p.s. 'of course' kena bayar, nanti apa pula kata adik beradik yg lain!!!). Kami tolak dgn lemah lembut. Bukan apa ... sebab dah banyak kes kami lihat (dari sedara2 & teman2 terdekat), "Jauh bau bunga, dekat bau tahi". Kami beringat. Kami tak mahu putus silaturrahim kerana masaalah2 remeh kemudian hari ... Lagipun tanah kami ni bukan lah jauh sangat dari mereka, dalam 10 km jer ... Mereka pun dah restuinya!!

Mesyuarat tapak pertama!
Tanah kami diratakan hari ini. Hari ini dalam sejarah bagi keluarga kami, rugi tak dapat lihatnya. Suami kerja, anak2 sekolah! Kami serah pada abang ipar untuk 'supervise'nya. Semalam dah buat solat hajat, khusus untuk ini. Moga niat kami ini diperkenankan Allah SNW. Moga Allah SNW permudahkan, lancarkan & berkati niat kami untuk bina rumah sendiri. Impian kami hanyalah jadikan 'Rumahku Syurgaku'. InsyaAllah ... Tolong doakan untuk kami juga ya. Terima kasih! 

"Ya Allah ... Engkau kurniakanlah kami dengan permulaan yg baik, serta pengakhiran yg baik juga. Amiin ..."

~ Saya harap dpt lakarkan proses & segala berkaitannya kelak sbg rekod, InsyaAllah.
~ Kami pilih bina sendiri, upah tukang rumah. Niat: jimat duit & belajar buat rumah ~ manalah tahu lepas pencen jadi pemaju perumahan pulak ... (p.s. angan2 'businesses' yg entah ke berapa, yg pertama sekali jadi tauke bawang kat pasar malam masa mula2 kawin dulu! Hahaha ...).

27 January 2012

Bila tua ...kita tuai apa yg kita tanam

Jumaat (kadang2 Sabtu) setiap minggu adalah hari untuk ziarahi kedua ibu kami di kampung.
Tahun 2012, ibu suami 93 tahun & ibu saya 71 tahun. Dua2 ayah dah tiada ... (moga Allah ampunkan segala dosa2 mereka & tempatkan roh mereka bersama2 orang yg soleh. Amienn ...).
Ia rutin wajib kami sejak pindah ke Kelantan.
Kadang2 Muaz & Amar protes juga ... ye lah budak2.
"Mama, Adik rasa nak rehat kat rumah aje .. (padahal nak main PS)"
"Mama, kita gi jalan2 la pulak minggu ni ... " Muaz kadang2 bersuara.
Tapi, mana mungkin kami sampai hati membiarkan kedua2 ibu kami ternanti2 kedatangan Jumaat.
Kalau lambat sampai pun mereka dah mula bertanya (tugas adik saya telefon tanya kenapa tak sampai2 lg), inikan pula kalau lansung tak balik.
Tahukah anda?
Saya dah suami sudah mula merasakan apa yg mereka rasa ...
Dikala usia semakin senja, anak2 dah dewasa & jauh dimata ...
Setiap kali cuti panjang (2 -3 hari panjang dah!) satu Malaysia ...
~ Rindunya & ternanti2 kepulangan anak2 semua ...

Lalu, apalah sangat pulang ke kampung setiap hujung minggu!! Yg pentingnya;
~ kami mahu bahagiakan mereka berdua (selagi mereka/kami masih ada),
~ kami sdg tunjukkan contoh melalui teladan (pd Muaz & Amar ... agar ketika kami tua & tidak berdaya kelak, mereka sentiasa ziarahi kami pula!)
~ kami sebagai talian hayat yg hubungkan mereka dgn abang2/kakak2/adik2 lain yg tinggal jauh,
~ kami masih lagi anak mereka (walau dah lepasi angka 50, walau cucu dah berderet sekalipun)
Itu antaranya ...

p.s. Jangan bila tua nanti dok tertanya2 kenapalah anak2 tak ingatkan kita. Raya pun tak balik2 juga ... (jem bukan alasannya)! Mungkin kita sedang tunjukkan contoh begitu kpd mereka ... pentingkan jln2, makan angin satu keluarga dari ziarahi ibu bapa yg sudah tua ... didesa yg tak seberapa!!!
Ingatlah, 2 perbuatan yg Allah balas tunai didunia lagi ialah ~ derhaka kepada ibu bapa & zina!

26 January 2012

Hikmat Luqman Al-Hakim ...

Pernahkah anda dengar cerita mengenai seorang tua, anaknya & seekor keldai?
Pergilah mereka ke pasar, dan sebaik sampai di sana;
~ beliau dikatakan tidak bertimbang rasa kerana biarkan anaknya berjalan sedangkan dia menaiki keldai.
~ lalu disuruh anaknya pula menaiki keldai itu & dia berjalan disisi. Anaknya pula dikatakan kurang ajar kerana membiarkan ayah yg sudah tua berjalan.
~ lalu keduanya menaiki keldai itu. Dituduh kejam pula kerana menyiksa binatang yg lemah!!
~ akhirnya mereka berdua turun & berjalan bersama. Lalu ada yg berkata, "Dua orang berjalan kaki padahal kenderaan ada, peliknya!"

Orang tua itu adalah Luqman Al-Hakim. 

Ekoran dari peristiwa itu, beliau telah menasihati anaknya tentang sikap manuasia;
"Sesungguhnya tidak akan terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka bagi mereka yg berakal, tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah sahaja. Barangsiapa yg mengenal kebenaran, itulah yg menjadi pertimbangannya dalam setiap sesuatu perkara."

Kemudian beliau telah berpesan kepada anaknya, katanya;
"Wahai anakku, carilah rezeki yg halal agar kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kpdnya 3 perkara, iaitu; tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu & diperdayai orang), dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya); dan lebih celaka lagi drpd 3 perkara itu ialah, orang2 yg suka merendah2kan & meringan2kannya."

Itu antaranya ....

25 January 2012

Wal Hasil Balik Asal ... hakikat!

Hari ini : Wal hasil balik asal
(p.s. bukan lagu Jamal Abdillah atau M.Yatim tu ... tp keadaan rumah saya lah. Hehe)
Sebab? Dah balik ber 4 semula setelah anak2 yg dah dewasa, pulang ke destinasi masing2 semalam!
Rindunya keriuhan suasana ... berkumpul, bergurau senda, jalan2, makan2 ramai2 ~ satu keluarga.
Ya ... itulah senario ulangtayang setiap ibu bapa yg anak2 dah besar/dewasa.
Hakikat yg harus diterima ... pusingan roda hidup manusia!!
(dulu ibu ayah kita, sekarang merasalah ... 'turn' kita)

7.30 pg - S1K1M ... (^_^)
Sarapan 1 Keluarga 1 Malaysia

24 January 2012

'Time' Orang Melayu ...

Tiket bas cetak ...
Waktu Bertolak: 5.30 petang

Bertolak dari rumah: 4.00 petang
Sampai bandar: 5.00 petang
Berada di stesyen bas: 5.15 petang
Bas sampai: 6.00 petang ...
Bas bertolak: 6.30 petang!!!

Ini bukan kali pertama ... 
(dah banyak kali dah! dah macam sinonim di M'sia)
Bukan perkhidmatan bas saja ... 
Perkara2 lain pun lebih kurang, 2 X 5 ...

Mengapa ye ... kita susah nak tepati masa??!!
Suka buat orang ternanti2kan kita?
Adakah kita seronok buat begitu?
Tak terfikirkah perasaan orang yg menunggu?
Bukankah janji mesti ditepati?
Kelak diakhirat dituntut nanti???

Saya tak suka 'time' orang Melayu ....  (>_<)

p.s. ekoran peristiwa bas lewat lg masa hantar anak menaiki bas ekpress balik ke K.T'ganu ptg td.

22 January 2012

Cerita Milo ... hairan bin ajaib!!

Anda nak dengar satu cerita pelik tak???


Begini ...
Minggu lepas, saya berjaya tangkap seekor burung.
Kopi asyik ekori saya lepas tu.
Saya tahu dia nak saya 'share' main dgn dia ...
'No way' ... tangkap la sendiri!!
Dengan bangganya saya tunjuk pada Mama ...
Saya ingat masa saya letak depan Mama burung yg masih bernyawa tu ...
(adalah cedera sikit2 ... biasalah tu kan!!)
Lepas tu Kopi cuba dekat (macam nak rampas burung tu)
Saya 'warning' lah dia ... halau dia jauh sikit!
Lepas tu burung tu hilang ...
Puas saya cari ...
Nak kata Kopi yg amik, mustahil sebab saya sentiasa 'keep an eye on her' ..
Nak kata burung tu terbang lepaskan diri? ...
Milo cuba 'solve' misteri burung yg hilang.
berpandukan bulu burung yg ada ...
'No way' ... tak lepas punya! Sebab dia cedera agak teruk & mesti saya (& Kopi juga) perasan!
Nak kata Mama! Hmmm ... tak masuk akal pulak!
Dan saya dapat 'trace' bau burung tu ... 'confirm' datang dari bilik Anas yg tertutup! (tadi saya rasa pintu bilik tu cam terbuka ...)
Saya pandang Mama & tanya dia ...
Tapi Mama buat 'donno' je ...
Pastu siap hidangkan seekor ikan bakar untuk saya (Kopi pun dapat juga)
Pelik pulak Mama hari tu .... apahal tiba2 'special treat'??
Lagipun masa tu baru pukul 11.00 pg, biasa 'lunch' pukul 1.00 tghari ...
Tak kisah lah, Mama dah hidang ... hantam sajalah.
Tapi .... tapi ....
Macamana burung tu boleh hilang dalam sekelip mata ye??!!
Misteri sungguh!!

21 January 2012

Oh! Jiran ...

Sebuah lori besar berhenti didepan pintu pagar rumah.
Sebentar kemudian kelihatan kelibat 2 orang lelaki mundar mandir.
Saya berdebar ... jam menunjukkan 5.00 pg.
Suami pula tiada & pintu pagar rumah luas ternganga ...
(suami 'standby' kat pejabat dia dari semalam kerana kes empangan pecah di Selatan Thai, & air Sg. Golok melimpahi tebing di Rantau Panjang; tak tahu pukul berapa balik)


Ingatan saya ter'flashback' kepada satu insiden seiras awal 80'an dulu
Sekitar KL, juga semasa cuti perayaan.
Sebuah lori berhenti didepan sebuah rumah. 
Kelihatan beberapa orang sedang memunggah barang2 dari rumah tersebut ke atas lori.
Sebaik cuti habis, tuan rumah balik & terkedu melihat rumahnya sekosong kosongnya ...
Kata2 jirannya buat dia lagi terkedu & sesal tak habis!
"Mereka beritahu saya awak kena pindah, jadi saya pun tolonglah sama angkut barang2 rumah awak ke atas lori tu ..." Aduss!!!


Balik kepada cerita saya ...
Saya terus telefon suami. Bergegas dia balik.
Rupa2nya jiran depan rumah bawa pulang barang2 dia dari rumah sewanya di Selangor.
Dia dapat rumah guru yg 'fully furnished' di sana!!
Nasib baik saya tak telefon Rakan Cop ...


(Moralnya: beritahu jiran terdekat jika mahu bercuti atau pulang bercuti .... PLEASE!!!)

19 January 2012

Thank You Allah ...

Happy Birthday my son,
Wan Mohd Anas
- with lots of love from Mama, Ayoh, Muaz & Amar.


"And if all the trees on earth were pens,
and the sea (were) ink,
with seven (more) seas yet added to it,
the words of God would not be exhausted:
for, verily, God is Almighty, Wise." 
- Quran 31:27


Morning has broken ...
Dawn blushed, her waking rays spreading magically


And the majestic sea, dancing & glittering with diamonds


While the vast hills, green with emeralds beauty
Serenity 


Justly, as at the end of each day
The proud dusk, faithfully spreads its dark coat ... ever so gently
The colors mix & melt ever so quickly


Ahh!! The dark silent night, finally. 
Rest my tired mind & body
For tomorrow is yet another day for thee ...
InsyaAllah!!

"Seek instead, by means of what God has granted thee,
[the good of] the life to come, without forgetting,
withal, thine own [rightful] share in this world;
and do good [unto others] as God has done good unto thee;
and seek not to spread corruption on earth;
for, verily, God does not love
the spreaders of corruptions!"
- Quran 28:77

17 January 2012

Bila Mama cuti kecemasan ...

Dua hari lepas, saya tiba2 pening ... pelik semacam
Semua benda dikeliling saya seperti sedang berpusing2 ... laju!!
Duduk cepat2 ... bila cuba baring, rasa 'pusing2' makin kuat ...
Panik? Saya? ... tentulah sbb ini kali pertama.
Mujurlah Amar tidak ke sekolah hari ini (kerana batuk2 & selsema ~ kebetulan?)
Alhamdulillah. Dialah yg ambilkan itu & ini, ikut suruhan saya. 
Maka, seharian saya tak boleh buat apa2. Solat pun sambil duduk je. 
Hari ni Mama cuti kecemasanan!!
~ Ambil Muaz dari sekolah! Suami uruskan
~ Makan tengahari, Muaz beli nasi goreng!!
~ Angkat kain,Muaz juga.
~ Makan malam. Suprise!!! Muaz masak !!!!!  >>> masak nasi & lauk sardin aje.
Hmm tak sangka, menjadi & sedap juga masakan anak remaja Mama ni ...
Muaz senyum lebar bila dipuji saya & Ayahnya ...
Amar pun tak mahu kalah. "Ayoh, mujur ada Adik masa Mama pening. Mama kan?" 
Panjangnya Amar doa lepas solat!
"Adik doa Mama cepat2 sihat!" 
(Mama tahu Adik & Muaz risau bila Mama tak sihat. Motivasi utk lebih jaga diri ini.)
(^_^) "Terima kasih Muaz. Terima kasih Amar."


p.s. Doa khusus saya buat anak2 setiap hari;
" Ya Allah jadikanlah anak2ku anak2 yg beriman & beramal soleh, jauhkanlah mereka dari perkara keji & mungkar, jadikanlah mereka anak2 yg mengembirakan hati kedua ibubapa, selamatkanlah mereka dunia & akhirat. Dan kembalikanlah mereka kepadaMu dalam beriman. Aminn ..." 

15 January 2012

Nanti Tak Sempat Kering!!

Sekarang masih musim hujan. Cuaca tidak menentu ~ sekejap panas sekejap hujan.
Ia memberi alasan kepada Muaz & Amar tidak mahu basuh kasut sekolah mereka: "Nanti tak sempat kering!"
Hehe ... mereka silap. 'Trick' itu sudah digunapakai abang2 mereka dulu.
"Sorry ye sayang! Sekarang dua2 pergi basuh kasut sekolah yg Mama dah rendam tu dan lepas tu buat begini ...

Cara keringkan kasut sekolah bila hujan

1. Basuh kasut sekolah seperti biasa
2. Lepas bilas, 'spin' dalam mesin basuh
3. Gumpal suratkhabar lama & masukkan ke dalam kasut
4. Keringkan di bawah kipas


5. Buang gumpalan kertas ~ selepas beberapa jam
(lembapan yg diserap kertas akan lambatkan proses kering)
6. Sambung proses 4 hingga kasut kering sepenuhnya

Nota: Proses 5, 3 & 4 harus diulang jika tidak ikuti proses 2.


p.s. antara kegunaan surat khabar lama!! Jemur belakang petisejuk pun berkesan jugak ... 

14 January 2012

Bila Ziarahi Orang Sakit ...

Beberapa hari ni saya & suami berulang-alik ke Wad ICU, Hospital Besar Kota Bharu.
Ziarahi anak saudara suami yg disahkan doktor kanser hati tahap 4.
Pembedahan kali pertama, doktor keluarkan serpihan2 hatinya yg telah hancur!
Pembedahan kali ke dua, untuk 'pack' balik hati yg tersisa.
Pembedahan ke 3, untuk pastikan hati yg di 'pack' berfungsi ...

Firman Allah SWT, yg bermaksud:
"Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab ...." (Az-Zumar:10)

Sunat Ziarahi Orang Sakit
Apabila mendapat khabar sanak saudara, rakan taulan atau jiran tetangga sakit, maka bersegeralah ziarahi mereka. Ziarahi orang sakit adalah sunat dan digalakkan oleh Islam.

Adab Mengunjungi Orang Sakit
Antara adab ketika ziarahi orang sakit;

1. Selalulah kunjunginya, sekali dalam 2 -3 hari, untuk gembirakan hatinya & mengurangi kesakitannya.
Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya seorang muslim apabila dia mengunjungi saudaranya, sentiasalah ia dalam khirfah syurga hingga dia pulang."
Sahabat bertanya: "Apakah dia khirfah syurga, ya Rasulullah?"
Baginda menjawab: "Memetiknya."
(HR Muslim dari Thawban)
2. Berdoa kepada si sakit ketika duduk disebelahnya. 
Rasulullah SAW bersabda: " Siapa yg mengunjungi orang sakit yg belum datang ajalnya,
maka hendaklah dia membaca doa ini sebanyak 7 kali;
 "(yg ertinya) Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, 
Tuhan Arasy yg agung, supaya menyembuhkan engkau."
 Maka Alllah akan menyembuhkannya dari penyakit tersebut."
(HR Abu Dawud dan Tirmizi dari Ibnu Abbas r.a.)

3. Hindarilah menakut-nakuti pesakit, jangan terlalu banyak bertanya kepadanya, dan jangan menyebut orang yg mati kerana mengalami penyakit seperti yg dialaminya.

4. Gembirakan hatinya & beri keyakinan diri kepadanya. Beritahunya betapa besarnya pahala yg diberi Allah kepadanya jika bersabar dengan salah satu ujian Allah ini.
Hadis dari Ummu Salamah r.a. katanya, Nabi SAW bersabda:
"Jika kamu menghadiri orang sakit atau jenazah, maka cakaplah yg baik,
kerana sesungguhnya malaikat meng-amin-kan apa yg kamu katakan."

5. Kekanglah mata dari memandang aurat pesakit atau perkara yg berkaitan dgn keperluan2nya atau ubat2 khususnya. Juga hindarilah dari duduk lama2 kerana akan menggangngu rehatnya, kecuali atas permintaannya.

6. Pesanlah kepada ahli keluarga pesakit & orang2 yg berkhidmat untuknya agar melayannya dgn baik & banyak bersabar terhadap perbuatan & kata2 yg keluar dari si sakit.

7. Mintalah didoakan oleh si sakit (yakni setelah mendoakannya terlebih dahulu), kerana orang sakit amat hampir kepada Allah SWT.
Hadis dari Umar bin Khattab r.a. katanya, Nabi SAW bersabda:
 "Apabila engkau mengunjungi orang sakit, maka mintalah agar dia mendoakan engkau,
kerana doanya seperti doa malaikat."

8. Jangan makan makanan yg dihadiahkan kepadanya atau makanan yg telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadah ziarah itu.

Ganjaran Amalkan Ziarah orang sakit/sesama Islam

Sabda Rasulullah SAW:
"Tidaklah dari seorang Muslim pun ketika menjenguk saudara Muslim lainnya dengan segera, kecuali berselawat kepadanya 30,000 malaikat hingga petang harinya. Jika dia menjenguk di petang hari, akan berselawat kepadanya 30,000 malaikat hingga pagi hari dan adalah baginya kebun disyurga."
(HR At-Tirmizi)

Ali r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak seorang pun yg menjenguk orang yg sedang sakit di pagi hari, kecuali keluar bersamanya 70,000 malaikat yg meminta keampunan baginya hingga petang harinya.
Barangsiapa yg menjenguknya di petang hari, akan bersamanya 70,000 malaikat yg meminta keampunan baginya hingga pagi harinya."
(Sahih Al-Jami')

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yg menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah Ta`ala, maka terdengarlah suara yg memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkahmu dan ambillah tempat tinggalmu di dalam syurga."
(HR At-Tirmizi)

MasyaAllah! Subhanallah! Allahhuakbar!

Rujukan:
Tips Cemerlang Utk Pesakit (Sheikh Badiuzzaman Said Nursi)
Sifat & Sikap Anak Yg Dicintai Allah (Abu Muhammad)

13 January 2012

Where's my coffee ...

Yup ... thats my KL residing sis favourite words!!
She's been to all corners of the globe (welll ...almost)
She'd resided in Germany. Visited Europe & Italy,
Been to Korea ... Japan ... (oh! how I envy) and latest, was in Melbourne ...
'Betul ka official duty?? 2 weeks?? Hmmm ...
Yesterday, received her call ... "I'm back! Where's my coffee??"
Opps ... Hehe ... "Lupa lagi, sorry!"
You see, I'm her official coffee supplier.
Waiting to be packed!!
The one made in our hometown ... Pasir Puteh!
Actually 'dah beli' but the procrastination bug bit me. Hehe ...
I'll send them all ~ the said coffee +  'Sambal ikan, bepang beras, & gambe ..' (the side orders)
True ... all these (just a few) are a must-have supply by true-blue Kelantanese!!
Friends, relatives who are going back to/coming from Kelantan, are sure to be laden with a list of things to bring ...
Don't dare to defy the 'pesanan' coz you'll also be doing the same thing (for a Kelantanese lah ...)
OK Sis, I'll sent them over by next week!!
Don't forget my Fridge Magnet ...  hehe
p.s. I bet next she'll be requesting, 'beras pulut hitam, beras nasi dagang, rempah kerutup, gulai darat, gelembong boyo, keropok .... next' 
Think I'll made Mok ask her to 'balik kampung' this "Chinese New Year' hols (Haha ... the power of Mok never fails). Then she can picks & hordes her car as she wishes ... yes!!
p.ss. you still owe me one drawing ok (my sis is Anum ~ an artist!)

12 January 2012

Ibuku ...

Perkara pertama yg terlintas diminda saya bila fikirkan Ibu ialah .. semangatnya.
Omputeh kata 'zest for life' ...
Seingat saya, dari kecil , Ibu sangat bersemangat bila buat sesuatu. Terutama yg melibatkan kanak2!!

Musim wau ... dialah yg bersemangat buat wau untuk kami (kami & anak2 jiran cuma perlu sediakan buluh & kertas wau ... benang & gam dia urus). Kami (ibu & budak2 + saya & adik2) akan tekun buat satu persatu wau hingga semua orang dapat!! Kami diberinya sepenuh kebebasan untuk buat sendiri corak & aksesori wau (rambu2, ekor, busur). Selepas tu ... ibu akan ikut kami sama2 ke padang sekolah main wau!!

Musim banjir ... ibulah orang pertama yg 'excited' bila banjir
Dialah yg beriya2 ajak ayah & kami, pergi ke tempat2 yg dinaiki air
'Main air bah' ... kegemaran orang Kelantan, tp ibu (orang Penang) 'lebih sudu drpd kuah'  ... hehe
Masa kami menetap di pekan P.Puteh, Kelantan, rumah kami tepi sebuah anak sungai.
Jadi, bila musim tengkujuh, anak sungai itu pasti melimpah dan rumah kami pasti dinaiki air.
Paling kurang pun, 2-3 anak tanggga akan tenggelam (pernah sekali sampai anak tangga akhir, hampir cecah lantai rumah). Dan, Ibu orang paling gembira !! (orang sekeliling dok risau takut kena pindah ...huhu)
Kami diberi sepenuh kebebasan main air bah!! Kawan2 akan datang ke rumah kami ... seronok betul!!
Kami main sampai gigil2 & kecut jari2 ... (^_^) 
Che Ani dgn pos ala heroin hindustan ..
(p.s. Ibu pun ikut juga ... konon2 nak 'supervise' kami. Tapi selalunya dia yg lebih. Siap keluar pelampung tayar lagi!! Haha ...) Kawan2 Ibu dah tahu perangai dia ... suka main air bah! 
Mandi pantai pun kesukaan dia juga. Sebulan, 2 - 3 kali kami ke Pantai Bisikan Bayu. Lepas mandi (pantai atau air bah), pasti ada makanan & milo o panas untuk kami. Itu yg menyebabkan Ibu jadi feberet kanak2 ... dia layan mereka mcm kawan2.
Kalau sebut Che Ani, semua orang/kanak2 kenal. Che Ani, orang Penang yg ada tahi lalat kat pipi tu!!

Ibu, pada pandangan saya ... seorang yg serba boleh.
Selalu ingin cuba sesuatu yg baru ... dia akan buat/usaha sungguh2, sampai boleh. Ibu juga peramah, mudah dapat kawan. 
Saya? Saya ikut Ayah ... pendiam, tak pandai nak 'gebang' (kata org Penang). 
Masih ingat ketika kecil ...Ibu belajar jahit. Selepas kes tempahan baju sekolah (dulu2 mana ada jual 'ready-made') kami 3 beradik tak sempat siap, kena pakai baju lama ... marah ibu bukan main!!
Selepas dari itu, setiap tahun Ibu jahit baju sekolah & baju raya kami. Baju kemeja kerja ayah pun Ibu jahit!!
Saya? Jahit kain sarong boleh la ...
Kalau Ibu jahit baju saya & adik, Anum, paling 'best' sebab macam2 fesyen terkini Ibu buat (Ibu siap beli majallah omputeh pasal fesyen baju terkini) ... ada 'bare-back', mini skirt, kain-sempit, seluar kembang, maxi, gaun, hot-pant, vest ... rasa2 Ibu tak pernah jahit baju kurung untuk kami (Makcik Gayah yg jahit!)

Hobi  Ibu tanam pokok. Pantang berjalan ke mana2, pasti dia akan bawa balik sepohon dua tanaman baru. Kadang2 kalau dia terpandang pokok2 yg dia berkenan, Ayah kena hentikan kereta & Ibu tanpa segan silu akan ambil aje pokok tu (kalau bukan kawasan orang) atau minta aja dari tuannya (walaupun tak kenal!!). Depan, belakang & keliling rumah, penuh dgn pokok2 ~ belimbing, kari, limau kasturi, dokong, rambutan, kelapa, mangga, manggis, jambu air, kedondong, salak pun ada ... itu antaranya. Oh ya! ... pokok bunga??  tok sah cakap la ... 
Saya? Pandan dlm pasu tu ... kuning semacam dah daunnya. Kesom ... nyawa2 ikan dah!! 
Tapi, serai, kunyit dan daun bawang ...OK tau!!

Ibu juga 'business woman'. Masa saya sekolah menengah dulu, saya selalu tolong Ibu buat biskut & kek. Musim raya paling sibuk ... sebab kat kampung masa tu, Ibu sorang saja yg pandai bab ini. Tempahan dari jiran & rakan2 sekolah ayah ... tak menang tangan!! Bila dapat tempahan kek, aisingnya saya yg buat ... bahagian dekorasi (ehem2). Dan bahagian menulis ucapan  (hepi besday ka, selamat pengantin baru ka, selamat bertunang ka ..) itu serah pada pakarnya ...Ayah saya!!! sebab tulisan dia cantik sangat. Ibu juga ambil tempahan gubahan hantaran. Seperti biasa, saya tolong bahagian hiasannya. Oh! Hampir lupa, tumpi kacang hijau Ibu juga 'famous', tempahan wajib dari kawan2 semasa saya menuntut di ITM Dungun.

Bab memasak ... semua orang akan kata, masakan Ibu yg terbaik!! Kan?!! Begitulah saya ...
Tapi, kepakaran Ibu yg paling menyerlah (sampai sekarang saya tak dapat2 nak buat sepertinya) ialah ... masak asam pedas, sup kaki lembu/tulang, kari ikan (mestilah orang Penang), sambal belacan dan cicah air asam  untuk ikan bakar. Semua orang puji ... kalau buat jamuan berbuka puasa kat surau, semua berebut2 nak masuk hidangan Che Ani (sungguh!!). Itu testimoninya ... tak caya, tanyalah orang kampung/rakan Ibu saya. Hehe ... promosi lebeh2 pulak. Resepi ibu? Main campak apa yg ada ... itu pemerhatian saya. Dalam tak cukup bahan pun, masakan yg dia sediakan lazat tak terkata. Itulah berkatnya air tangan ibu ... memasak sepenuh kasih & jiwa raga, demi suami, anak cucu. Suami pun ternanti2 masakannya setiap kali kami pulang ke kampung. Jeles saya!! Tapi itu hakikatnya ... huhu

Wah! Panjang lebar pulak bila cakap pasal Ibu ni ... banyak lagi nak cakap. Sambung lain kali aja. Mungkin histori sikit latar belakang dia masa kecil (sedih tau ...) dan cerita2 dia dgn cucu2nya. 
Moga hari ini lebih baik dari semalam ... InsyaAllah.

11 January 2012

Sedikit Ujian ... batuk 2

Alhamdulillah ... pagi ni batuk dah hampir tiada (kadang2 aje)
Tekak pun dah OK, tak perit & kering lagi ... kahak pula yg muncul!!
(agaknya kuman2 yg telah di KO kan oleh antibodi saya yg bergabung dgn ubat/usaha saya dikumpulkan & dikeluarkan melaluinya)
Bila 'flashback' balik ... saya yg memang 100% patut dipersalahkan.
Dah ada bunga2 batuk, tapi dekat sekilo rambutan saya makan,
pastu minum air bergas, berais lagi ... beli sate, kuahnya saya hirup macam tomyam!!
Keropok cicah sos, goreng pisang & penamatnya, teh tarik cicah dgn roti kering (yg saya buat tu) p.s. teh tarik 2 gelas you!!!
Padan muka saya ...
Semalam, saya cuba remedi2 yg saya kutip dari 'blogwalking' tu ...
Tapi bab kicap tu saya 'improvise ~ as usual'
Saya masak siakap kukus (+ bawang putih & jus limau nipis ~ banyak2 dan kurangkan garam)
Pastu saya cicah dgn kicap yg dicampur jus limau kasturi ...
2 pinggan nasi ... dlm batuk2. Hehe ...
Hari ni nak pantang lagi ... 'NO' yg berminyak & pedas untuk saya (lagi)
Hari ni cuba ikan bakar cicah kicap + jus limau nipis + bawang putih cicang (nak bakar dulu)!! Air ~ cukuplah air suam + madu!
Oh ya ...
Nak pesan kat kawan2, adik2 ... jangan sekali2 cari jalan mudah dlm merawat sakit
Yakni ... mencuba ubat2 yg diiklan dimerata2 tu ~ s/khabar, majallah, internet, pamplet2 dlm akhbar, org persaorangan
Badan kita ni Allah SNW dah cipta lengkap ... antibodi & sistemnya akan 'repair' sendiri bila ada gangguan
Gangguan biasa spt batuk, demam, selsema dll ... cuma perlu sedikit usaha dari kita
Untuk 'boost'kan 'power'nya semula ... makan ubat (yg di arah doktor) & pantang apa yg patut!!
Bila kita ganggunya dgn makanan2 segera & amalkan sistem pemakanan ~ 'ikut suka', serta rajin pula mencuba ubat2an yg kononnya mampu pulihkan hampir semua jenis penyakit (???!!!)
Yg tidak disokong dgn kajian2, (hanya testimoni pengguna2), jgn mudah terpengaruh ... hatta ubat tradisional pun (khasiat nya betul tp yg musykilnya dosej setiap campuran itu, siapa tentukannya?)
Itu yg buat sistem dalaman & imunisasi kita 'haywire' ... 'confuse', mana baik mana jahatnya??!!
Ingat, tindakbalas ubatan terhadap individu itu ~ 'varies' ... lain padang lain belalang?
Mungkin demam saya akan sembuh hanya dgn hanya mengambil 1 biji paracetamol
Tapi ... orang lain perlukan 2 biji. Itu antara contohnya.
Yg penting sederhana ... dalam semua tindakan/pemakanan kita.

p.s. saya ingatkan ini semua sebab seorang saudara saya memang amat suka mencuba ubat2an begini ... mudah percaya dgn promosi2/testimoni2 yg dipaparkan. Apa saja ubat yg orang rekomen untuk sakit gastriknya, usaha nak gemok sikitnya, batuk2 (akibat merokok sebenarnya) ... dia akan cuba!! Mungkin jangka pendek ianya amat berkesan, tetapi kesan jangkapanjang terhadap organ dalaman kita, dapatkah mereka beri jaminan?? Sekarang dia berada di ICU, Hospital KB. Maghrib sehari lepas, dia tiba2 batuk berdarah, banyak!! ... ujian2 yg dijalankan menunjukkan usus dia pecah, dan kini buah pinggangnya hampir lumpuh .. MasyaAllah. Pembedahan tidak boleh dilakukan kerana tekanan darah dia pula rendah. Saya doalan agar Allah permudahkan & lancarkan urusan penyembuhan pemulihan sakit yg dihadapinya, agar diringankan kesakitannya, agar dia cepat sembuh, moga dia tabah, ... begitu juga keluarganya. Aminnn ...

p.s.s. nak rekomen 2 buku untuk dibaca:
1. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah ~ Dr.Mohammad AliToha, PTS Millinea Sdn Bhd
2. Cara Makan Rasulullah (SAW) Makanan Sihat & Berkualiti ~ Prof. Dr. Abdul Basith Muhammad As-Sayyid, Al-Hidayah Publication

10 January 2012

Sedikit ujian ... batuk

Batuk ni bermula pagi Isnin, semalam. Mula2 ingat batuk biasa ... jadi buat tak kisah. Makan apa yg terasa nak makan i.e. tak pantang. Lepas sarapan, makan ubat batuk Huricks (yg masih tersisa) ... lega sikit. Tapi masih tak pantang makan. Jadi ... tghari hingga petang, batuk menjadi2. Kahak tak ada, cuma batuk2 yg berlarutan ... hingga pedih & perit kerongkong ni.
Tak tahan, petangnya ajak hubby pergi farmasi ... beli ubat batuk yg kuat sikit & gula2 berangin utuk legakan keperitan tekak ni. Malam tadi, masih batuk2 ... lalu Amar (lepas buat homeworks), tolong 'tumbuk'2 belakang ni (memang dia pandai bab ni) ... lega sebentar. Alhamdulillah, terima kasih Amar.
Pukul 10 mlm telan ubat yg dibeli tadi, tapi cuaca sejuk (sebab hujan) menyebabkan badan rasa semacam ... seram sejuk. Dah tgh malam, masih tak leh tidur2 lg sbb dok batuk2 .... Bangun, bakar tungku batu ... bertungku (sendiri) seluruh badan. Lega ... entah bila terlena ...
Pagi ni, masih batuk2, dan tekak rasa teramat kering & perit. Badan pun masih rasa tak sedap, cam nak demam .. Ya Allah, jauhkanlah!! Pagi2 'blogwalking', cari petua2 redakan batuk ... banyak!! Ini pilihan yg saya akan cuba;
a) 1 sudu besar madu + air limau nipis.
b) bakar 2 ulas bawang putih (cucuk kat garfu) dgn kulit2 hingga masak ... makan (buanglah kulit dulu, hehe)
c) minum air suam banyak2 ...
Oh ya. Teringat pula satu petua yg saya dapat dari seorang bibik Indon,  yg saya jumpa ketika berhenti solat di RR Bukit Semanggol, Perak (2010 ~ ketika itu Amar sedang batuk2). Dia beritahu, setiapkali anak2 kecil majikannya batuk2 dia akan berikan mereka minum ini & ianya berkesan;
~ 1 sudu besar kicap + perahan jus limau nipis!!!
Mungkin saya akan cuba juga ...
InsyaAllah ... batuk saya akan reda.

Setiap penyakit itu ada ubatnya. Maka kita perlulah terlebih dahulu berusaha cari penawarnya. Selepas itu berserahlah kepada NYA. Ini hanyalah sedikit ujian dari DIA ... berbanding nikmat2 kurniaannya.

09 January 2012

Amar ... Boleh ke?

Dilema:
Perlantikan Amar sebagai pustakawan sekolah bagi sesi 2012 telah meletakkan saya & ayahnya dalam dilema. Kami merasakan Amar terlalu muda untuk pegang sebarang jawatan disekolah. Walaupun hanya pengawas perpustakawan, bagi kami ianya tetap satu tanggungjawab!!
Bolehke Amar
~dipertanggungjawabkan,
~ pikul tanggungjawab
~ bertanggungjawab terhadap tanggungjawabnya??
Dia baru 9 tahun, anak bongsu yg amat manja ... dan selalu 'fail' dlm memahami arahan yg di beri ...
('Fail' dlm ertikata ... kerap salah tafsir sbb kurang fokus bila diberi arahan)
Bagaimanapun, semasa ambil buku teks & bayar yuran sekolah, ketika saya zahirkan kerisauan itu, ini jawapan yg saya terima ...
Guru Kelas 2012,
 "InsyaAllah Amar boleh. Saya dah kenal dia. Dia budak yg baik & ini peluang untuk dia belajar mengenai tanggungjawab & disiplin. Usah risau, Guru Perpustakaannya amat dedikasi & akan pastikan dia OK"
Guru Kelas 2011,
"Amar sudah bersedia, nampaknya mama dia yg belum bersedia menerima hakikat Amar boleh pikul tugas ini. Percayalah ... saya bekas gurunya. Saya yakin dia boleh!"

Amar - 2012, 
tamat minggu pertama:

Assalamualaikum .. Adik dah balik!!

Hari Selasa:
"Mama, penatlah jadi pengawas. Penat jaga kelas. Budak2 tak dengar kata"
"Aikk? Amarkan pustakawan! Ketua Kelas kan ada!?"
"Cikgu minta Adik tolong Ketua Kelas. Ketua Kelas suruh Adik jaga kelas"
"Habis, Ketua Kelas buat apa?"
"Dia tu kecik je. Dia suruh Adiklah ... lagipun Cikgu kata ikut apa yg Ketua Kelas suruh!"
(Hahaha!! Ketawa dlm hati je... lurusnya anak Mama ni.)

Hari Rabu:
"Mama, Adik dapat 50 sen hari ini."
"Mengapa?"
"Cikgu beri sebab Adik tolong dia bawa buku ke Bilik Guru"
'Penatlah naik turun tangga ..."

Hari Khamis:
"Mama, hari ni Adik tulis nama budak2 yg bising & suka berjalan"
"Cikgu suruh lagi ke?"
"Ha aa. Adik beri nama tu kat Cikgu"
"Ohh?!! Apa Cikgu buat dgn nama2 tu?"
"Cikgu marah lah kat mereka ..."
"Susahlah jadi pengawas ni ... kawan2 tak dengar kata!"

Penatnya .....
Amar Amar ..
Macamana nak beritahu dia telah buat kerja di luar bidang tugasnya.
Sebab baginya, dia hanya ikuti arahan Guru.
(p.s. Seronoklah Ketua Kelas & Penolongnya.)
Harapan Mama;
~  Amar tak salah guna kuasa
~ Budak2 lain tak marah padanya
~Banyakkan bersabar ye dik!!
(-_-')

(p.s. Hanya untuk beli 2 set pakaian seragam pengawas perpustakaan Amar, kami telah/terpaksa pergi ke beberapa lokasi kedai di P.Mas, K.Bharu, P.Puteh ~ beberapa kali. Pastu 'makan jem' setiap kali, banyak!! ... huhu)

08 January 2012

Eat, Play, Sleep ...

No ... you read it right ~ Eat, Play, Sleep
No no ... its not another sequel from the Elizabeth Gilbert 'Eat, Pray, Love' ~ hehe
Its my children ... their main activities during last school hols.
Rainy season kept them mostly indoor, thus .... Eat, Play, Sleep !!!
Pray of course, is not an option in this household ... its a MUST aka WAJIB!!!
Love ... its everywhere when all the kids were home.
I'm blessed!!
And ... food is a plenty!! Whenever one or two or all of them went out,
they'll be bringing back ~ FOODS ~ all types & a plenty too.
And BREAD being in the top list!!
There's sandwich bread, sweet buns, kaya buns, red-bean buns, 'roti bata' (their dad's fav), burger/hotdog buns ... whatever breads they fancy!!
Sometimes ... double of each because everybody buying without enquiring 'the homemaker' aka me, 1st!!
So ... uneaten breads, on rainy days ~ TST (tahu sama tahu)
I can't stand seeing those breads go stale, mouldy & finally being thrown out!
(think of those starving ... not enough food etc while we waste & waste ... MEMBAZIR!!)
So, I ...
cut  breads (that's nearing expiry dates) into smaller shapes, 
put them on big tray (laced with paper to absorb moisture faster),
let them dry in open space, naturally for 3 - 4 days (flipping over the following day, this to equally dry both sides)
On the 4th day, they should be dry enough ... 
toast them in the oven (like baking biscuits)
Turning over the other side, halfway thro (so that they brown evenly both sides)
Take out & cool completely on baking tray b4 storing!!
Walla ... homemade dry crispy bread **



Yummy good to dip into hot coffee or tea ~ on rainy days or early mornings.



WASTE NOT!!

(p.s. I got this from a bakery nearby, actually I asked her how. She told me, if we toast the breads in the oven immediately after cutting, without drying them outside 1st, they'll not be crispy but a bit chewy inside & not last long!!)

Another batch in drying prosess

07 January 2012

Kopi says...

Welcome 2012 ... from me,
a very content & happy lady tuxie,
posing on Muaz's lap,
Lovingly ...


What a blessing ... Alhamdulillah

Am thankful for being here,
With this wonderful family,
 Ample food, fresh air, 
And great compound to explore ....


Hmm ... is this edible?
May Allah bless them all,
with a great, happy & successful year ...
Ahhh ... Kopi never forgets, 
Big bro Milo, 
Great company, good sparring partner!!


Thanks Abg Milo!
Who doesn't mind at all
lending his big furry & comfy belly,
For my heavenly cozy snore ..!!


Sighh!!
What a hyper.

No ... I'm not jealous ok!!

06 January 2012

Rumahtangga ... Ladang pahala

Kejutan pertama seorang isteri ketika memulakan alam rumahtangga di rumah sendiri (sewa);
~ kain sarung, bulat di atas sejadah!!
~ tudung ubat gigi, tergolek dlm sink!! 
~ pintu almari, ternganga minta ditutup!!
~ tuala basah, tersangkut kat kerusi!!
Abang!!!!! (jerit manja tapi dlm hati dah jadi singa ... baru2 kawin kena kontrol ayu, sopan santun!! Bukankah itu yg memikat dia dulu??)
Tapi ... bila ianya berlarutan, tahap kesabaran pun menipis. Nak2 dah berbadan dua ... ada alasan untuk sabitkan kemarahan (hehe).
Beritahu sudah, kias sudah, bebel pun sudah ... bolehke isteri marahkan suami? Bukankah berdosa tinggikan suara pada suami?
Gitulah antara asam garam kehidupan awal berumahtangga.
Pertembungan dua insan yg berbeza didikan, suasana latarbelakang keluarga, serta kebiasaannya ... yg tiba2 bersatu, tinggal sebumbung!!
Biasanya isterilah yg banyak 'undang2nya' (hehe), ... pas tu memendam rasa pun kerana 'undang2'nya juga (huhu) ...
Tidak betah menerima hakikat diri sebenar pasangannya, banyaknya yg tidak disangka (masa bercinta mmg semua indah belaka), mcmlah dirinya sempurna!! (tetapi org lelaki jarang bersuara ... malas cari nahas percuma, haikkk!!)
Usahlah kita cuba/memaksa dia berubah ... buat U-turn tergesa2, bahaya!!
Biarlah jika dia bahagia gitu ... lepas laku, bebas di rumah sendiri
Inilah ladang pahala wanita yg bergelar isteri ... Maka,
~ Kutiplah pakaian/tuala bersepah ... sidailah. Pahala untuk kita!!
~ Tudunglah balik ubat gigi, agar tidak dimasuki semut/lipas. Pahala untuk kita!!
~ Tutuplah pintu almari (bukan susah pun, sambil lalu, kuis je dgn siku!). Pahala untuk kita!!
~ Kutip & susunlah suratkhabar/majallah yg bersepah dilantai. Pahala untuk kita!!
Banyaknya ... (memang banyak jika kita sabar, ikhlas & redha ...)
Jadi, bila ada anak2 nanti, kita sudah berpengalaman diduga.
Maka, didiklah anak2 untuk biasakan diri bersih, kemas, teratur & disiplin ...

"Nasihat yg diulang2 akan jadi amalan
Amalan yg diulang2 akan jd sikap
Sikap yg diulang2 akan jd tabiat
Tabiat yg diulang2 akan jd budaya"

Oh ya ... jangan pula lupa, bila suami dah pun mula ringan tangan, tiba2 ...
~ sidai tualanya diampaian
~ susun balik suratkhabar sesudah dibacanya
~ letak dlm sinki, pinggannya sesudah makan
Ucaplah Alhamdulillah & terima kasih padanya, pasti suami bangga dihargai ... berkobar2 nak tolong lg!
(Benda2 gini kecil buat kita, tapi besar untuk dia. Ini soal kemachoan, harga diri lelaki ~ org kita mmg di 'train' gitu, sejak dulu2). Hargailah dia setiap kali buat benda2 kecil (dimata kita) ini  (^_^)
(p.s. kalau kita perli, 'confirm' lepas ni dia tak tolong lagi ... ego lelaki!! Ingat tu.)

Sabda Rasulullah s.a.w. yg bermaksud;
"Allah tidak memandang dengan pandangan rahmat kepada seorang isteri yg tidak bersyukur kepada suaminya ketika dia tidak tahan hidup bersamanya." (HR Abdullah bin Amir)

p.s. Kalau saya rasa marah/kecewa yg amat pada suami, saya cepat2 ingatkan diri;
~ balasan azab Allah s.n.w. pada isteri yg derhaka
~ syurga di bawah tapak kaki suami
~ saya dulu banyak berdosa, rumahtangga adalah peluang saya, ladang pahala saya utk saya tuai sebanyak mungkin pahala, insyaAllah dpt kontra dosa2 lama!
Itu antaranya ...

p.s.2. Jika saya tersasul juga ... (Adik tak leh brek (brake), kata Amar), saya akan cepat2 minta maaf dari suami. Kita takkan tahu bila kita/dia akan dipanggil NYA. Saya tidak mahu jadi isteri derhaka ...

"Marah bermula drpd kejahilan, dan berakhir dgn penyesalan"
(Pemikir Greek ~ Phythagoras)

p.s.3. panjang pulak tazkirah jumaat kali ni ... maap ya!

05 January 2012

Bila Amar bertanya ...

Beberapa hari lepas;

"Mama dah solat?"
"Allah beri Mama cuti!"
"Ehhh .. sebab apa Allah beri Mama cuti solat?"
"Sebab Allah sayang Mama!"
"Adik tau ... sebab Allah kesian Mama kena buat macam2 kerja!"
(^_^')


Semalam;

"Ehhh! Mama cuti lagi ke? Lamanya ..."
"Macamana Mama boleh tahu Mama cuti solat?" 
"Errr ..."
"Adik! Allah beri Mama 'special', boleh tahu bila cuti solat" 
celah Muaz (t.kasih anak remaja Mama).
"Semua orang perempuan ke? Hari tu Adik tengok Ecu pun tak solat"
Angguk ... 
"Mengapa orang lelaki Allah tak beri cuti solat?"
"Allah tunjuk sayang pd orang lelaki macamana?"
(-_-')


p.s. Haishh ... budak2 sekarang  banyak benor bertanya soalan2 cepumas!! 
Mama kena buka buku balik, belajar lagi ... 
Amar mahu setiap soalannya ada jawapan ... yg kemas!! Huhu ...

04 January 2012

Tengkujuh ... yg aku tahu


Hujan yg turun ... mencurah2


Banjir pasti melanda ... di mana2


Hakisan juga ...


Dan ... yg 'best'nya
Gerai2 putu halba ... tumbuh melata2
(p.s. Tapi mengapa dimusim hujan cuma?)


Di lautan pula ... ombak bergelora


Kesian nelayan2 ... perahu2 tersadai menunggu laut reda


Ditepian ... Eh!
Budak2 ... Bahaya!!!



Adik2 ... tengok saja ya!?
Usah menambah statistik yg sedia ada ...
(p.s.s. bulan 2/3 pun masih bersisa arusnya ... awas!waspada)

03 January 2012

Jurang usia ...

Mesranya ... comelnya (ibu yg perasan) mereka ketika,
Muaz 7 tahun, Amar 1 tahun ..


Nakal betul budak berdua ni, 
Ketika Muaz 11 tahun, Amar 5 tahun ...


Inilah hobi dua beradik ni, buat muka lucu ...
Muaz yg sudah pun 14 tahun dan Amar 8 tahun ...


Tahun ini Muaz 15 tahun (sdg alami 'rapid growth'), 
Amar pula 9 tahun ... (Adik rasa mcm org besar!)
Terasa cepatnya masa berlalu ...
Jurang usia dua beradik 'buah dihujung julai' ini
Kian ketara ...
Namun, kemesraan (perbalahan) mereka berdua
masih sama ... 
Apakah ... bila Muaz 17 tahun
Dan Amar ... 11 tahun nanti
Akan terbina satu dinding antara mereka berdua?
Dinding jurang usia ??!!
Kerana, tanpa sedar ... jurang usia ketika itu akan amat kritikal
Mungkin makin merapatkan atau paling biasa, merenggangkan ...
Remaja belasan tahun tentunya tidak betah melayan budak2 belasan tahun!!
Amar pastinya tidak memahami, Muaz pun, tentang perubahan yg bakal mereka lalui ini ...
Mama pasti merindui gelak ketawa, usik mengusik, rajuk tangis, aduan rakyat .. kamu berdua!!
(-_-)

Wahhh!! ... jauhnya fikiran Mama melayang.
Lambat lagi tu Mama ... 
Biarlah kami gembira & nikmati saat2 yg 'enjoy' ini
Rasanya ..
sehingga waktu itu tiba, Mama doalah agar ikatan kasih sayang saudara ini bersimpul mati,
dan keakraban persefahaman yg sedang kami bina, 
kukuh & jitu
berupaya lepasi dinding jurang usia ... diwaktu itu.
Moga kami sentiasa rapat & akrab,
Sentiasa membahagiakan  Mama & Ayoh kelak !!! 
Aminnn ... InsyaAllah ...
(p.s. buat Mama & Ayoh pening & marah2 jg .. hehe)

Mama usah risau O.K.

01 January 2012

Sama saja ??!!

Pagi 2012 yg basah ... ekoran hujan yg tak henti2 dari semalam ...
Seperti pagi2 sebelumnya,  saya cuma fokus tugas pertama saya ... 
sediakan sarapan pagi!!!
Heran ?!!  Saya tidak rasa apa2 saat ...
2011 berlayar pergi dan 2012 berlabuh tepat jam 12 malam tadi!!
Mengapa saya ...
Tidak lagi ternanti2 >>> Tahun Baru ???!! 
Tidak lagi mereka2 ~~~ Azam2 tahun baru ???!!
Semuanya seperti tidak signifikan kini ...  
Tidak ada apa2 makna lagi ...
Ianya cuma angka2 (tahun2 yg datang & pergi) 
Dan rekaan semata2 (azam2 yg tinggal azam)
Adakah kerana ... 
saya sudah tua??!!