Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

27 February 2019

Me Time ...

Yesterday hubby got an appointment with his old buddies.
Rather than staying home alone, this time yours truly decided to tag along.
Asked hubby to drop Mama at AEON Mall in KB while he met his buddies.
Well ... SHOPPING was not in Mama's mind really. But 'Window Shopping' is my all time favourite!!
So decided that this time my 'Me Time' was strolling aimlessly cum window shopping cum brisk walking.
How fun can that be ....
Fun indeed coz I'm alone, I have all the time to myself, with no distractions whatsoever.
Conclusion??
Enjoyed my 'Me Time'
Managed to buy (hihi) some household and sewing items at DIY and DENSO stores.
Also some art and crafts items at PUSTAKA SRI DUNIA (KEL) shop.
And did a total of roughly 3,500 steps while 2 hours there. Not bad if not for the too many stopover. Haha ...

(p.s.  .... managed to forcefully steer away from one grand 'handbags' sales in the middle of the mall. Phewww!!)

20 February 2019

Lihatlah dua ekor ni ...

Ke mana tumpahnya kuah, kalau bukan ke nasi ...
Haaa ... Ini buktinya!! 

PYO  ... Si Emak

BAMBAM  ... Si Anak
Aktiviti selepas makan. Beginilah hari2 ...
Selagi tak beri makan, mengiau dan berbelit dikaki.
Kalau didapur, mau tersembam kuatnya 'tolakan' dan 'hadangan' Bambam pada setiap pergerakan Mama. 
Kalau dia dah gigit2 manja kaki atau betis tu  ... amaran tak boleh tunggu lagi dah. Lapar sangat la tu.
Walhal makan 'time' 4x sehari dah.
Pun tak termasuk waktu cebisan ikan, ayam mentah dihulur setiap kali Mama didapur selepas balik dari pasar.
(p.s. Mana tak hulur, dua2 ekor dok merenung Mama dgn pose dan muka ala 'Puss in the boot' tu. Haha ...)
Pun mereka dua ekor ini jugalah peneman dan penglipur lara Mama.
Dan cara mereka tunjukkan kasih mereka?


Sapa ada kucing tahulah .... hihi!! 



14 February 2019

Angan2 ...

Kalau omputeh dia kata 'Bucket List'...
Biasanya berkait perkara2 yg ingin dilakukan sebelum mati. Tapi tak semestinya  ... pencen ke, tua ke, sakit ke, tak perlu tunggu begitu.
Perlukah??
Mungkin perlu sekiranya ia;
- membahagiakan kita
- memberi motivasi dan halatuju
- untuk kenangan/memori
- memberi kepuasan
- menunaikan impian
- belajar/mencuba perkara baru
... Itu antaranya.
Lain padang, lain belakang. Lain orang, lain kemahuannya.
Buatlah ....
- selagi ia tak menyusahkan kita dan orang2 tersayang
- selagi sihat dan upaya
- wang ringgit tiada masaalahnya
- masa dan ruang membenarkanya
Mama pun ada juga senarai perkara2 yg ingin dibuat dan cuba. Tapi rasanya bukan 'Bucket List' tapi lebih kepada angan2 (p.s. safer that way ... hehe).
Nak tahu??
Tak payahlah ... nanti tak menjadi, malu satu dunia wooo!!
🤔🤔🤔
Pun tengah dok fikir2 nak buat
Sudut Herba di Kebun Biasa2 Mama.
Atau ... belajar menjahit (upah jahit baju mahal looo, pastu lambat siap pulak. Nak2 time raya. Belajar jahit jubah dan baju kurung cukup la kan!?)
Atau  ...
Opppss. Cukuplah 'teaser' yg dua tu ... Hihi.
Till next time ... Assalamualaikum 💌




10 February 2019

Cuti tapi tak cuti ...

Itulah Mama cuti seminggu Raya Cina baru2 ni.
Ingat nak pergi bercuti sebab anak menantu cucu tak balik  ...
Namun 1 - 6 Mac terisi dengan jemputan kenduri, aqiqah, tahlil, majlis baca Yassin sedara mara, jiran dan sahabat handai yg tak sanggup dihampakan.
Dalam masa yg sama, adik bongsu pulak dimasukkan ke wad selama 3 hari kerana masaalah jantung. Maka Mak tinggal diRumah Biasa2 kami ...
Mak perlu pengawasan penuh kerana sudah nyanyuk. Pun badan masih sihat  ... maka jika alpa, Mak akan 'pergi bersiar2' tak kira masa. Yg risau takut Mak tersesat ... maklum lah taman perumahan kami ni ada sembilan lorong utama yg mengelirukan bagi orang luar jika ingin ke sini  ... (pun kemudahan 'waze' dan aplikasi yg seumpama memudahkan segala). Tapi Mak mana tahu semua tu  ... pernah Mama alpa didapur, tengok Mak dah tiada di atas rumah dan sekitar rumah. Mujur suami yg baru balik dari solat zohor terserempak Mak mundar mandir sorang2 tengahari buta. Terus ajak balik. Mama dah panik dah!! Itulah.
Mak tak suka berlama2 dalam rumah. Lemas  ... 'boring'!. Suka duduk diluar, diberanda. Berangin katanya ... Itu yg kena 'keep an eye on her' sokmo. Buat kerja pun kejap2 jenguk tengok Mak ada tak diberanda.
Hari Ahad adik dibenarkan pulang, hari Isnin bapa saudara yg berusia 85 tahun pula dimasukkan ke hospital di Jertih kerana tak sedarkan diri tiba2 sehari sebelum raya cina. Mujur anak cucu balik bercuti belaka, dapatlah bergilir2 jaga Pak Do sementara 'warded'.
Dan pada hari Pak Do 'discharged' , dapat berita mak mertua sepupu (besan Pak Do) meninggal kerana sakit tua.
Jumaat dan Sabtu pula terisi dgn majlis jiran2 terdekat ...
Begitulah aktiviti cuti raya cina/sekolah seminggu kami. Ada saja agenda.
Hari ni dah balik kepada rutin biasa. Tapi entah mengapa terasa kosong, penat dan 'boring' jer ...
Terasa ingin rehat ke mana2.
Mungkinkah sebab tengok ramai kawan2 seusia pergi bercuti sini sana berdua!!
Jeles?? Tak lah ...
Cuma rasa ...
Kadang2 begitulah kita  ...
Baik luahkah dari dipendam ...
Get it out of your system ... least it rot and wears you out!!!
Don't worry  ... Mama ok jerr ☺️😉

p.s. 2x isi minyak kereta distesyen minyak Petronas dekat rumah kami, 2x dapat pak 'Coffee Break' ni .... Tempias musim cuti .... rezeki. Alhamdulillah 😁