Pages

Labels

Ceritalah (238) Me (139) diari ibu (136) kucing (67) Amar (61) Pesanan (61) Resipi (61) Rumah Biasa2 (36) Kebun Biasa2 (31) Yg Tersirat/Tersurat (30) cerita lama (21) Jalan-jalan (17) Jodoh (17) 3R (14) Lawak sikit (9) Puasa (8) PETUA (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Cucu (3) Haji (3) Migraine and I (3) ipoh (2) Nature (1)

31 July 2012

Tahun ni semua kena pakai HIJAU ......

Orang lain rasanya dah lama bertema2 warna setiap kali raya ...
Kami? Tak pernah rasanya ... sebab Hubby anti sangat2 pakai baju warna serupa2 ...
Tak pernah dia nak 'comply', buat derkk je ... ikut suka dia nak pakai warna apa ...
Baik kenduri kendara keluarga ... apatah lagi raya!! Dia sorang 'odd-one-out'.
Tapi ... nampak gaya tahun ni lain cerita ...
Tahun ini our only doter arahkan (mentang2 dah kerja ...) semua kena HIJAU!!!
Sapalah yg mulakan tema warna ni .... rungut Hubby! Hehe ...
Tapikan bila fikir2, ada jua baiknya ... dapat 'identify' keluarga siapadia bila ramai2 berkumpul nanti
Ada keluarga merah, pink, biru, oren, purple, hijau, hitam pun ...
... jgn tak tahu, yg tempah sekodi kain, cam kumpulan boria pun ada ... haha
Hubby masih berat hati ... masih belum pun beli Baju Melayu Raya.
"Kalau Ayah tak beli, K.Cik boleh belikan ... kat Jln TAR tu macam2 ada ..."
"Takper lah. Ayah beli sendiri!"
"Warna hijau tau ..."
"Ye lah ... Ayah nak pilih sendiri hijau apa!"
"Nanti K.Cik kawin pun Ayah kena ikut juga tema warna tau ..."
"Hmmm ..."
Haha ... akhirnya mengalah jua Che Abang saya ...
Ikut ajelah Ayahnya ... gembirakanlah hati anak pompuan yg sorang tu.
"Sayang Ayah!!"

30 July 2012

Cubalah bersangka baik dulu ....

Cepatnya kita label orang macam2 ...
Lebih2 lagi kalau orang tu dahlah tiada rupa, hartanya tak seberapa, pangkat pun tiada ... not somebody special!
Kalu buat silap sikit ... sebesar kuman pun, siaplah dia. 7 keturunan maunya diungkit mereka ....
Kalau yg kaya berharta, berpangkat dan ada nama ... tiada cacatcelanya depa. 
Indah belaka dipandangan mata ... buat2 pekak dan buta pada kesilapan yg ada!!!
Hohoho ... Mama 'pissed-off' lagi pagi2 buta ni!!
Idoklah sangatnye, tapi nak 'share' satu cerita ...

Cerita mengenai Mek, seorang makcik (usia 70an) yg tinggal di negeri paling utara, Pantai Timur Semenanjung M'sia, dgn ibunya yg teramat tua dan uzur. Suatu hari, Peah, adik ipar Mek yg tinggal diselatan semenanjung beritahu nak datang ziarah mereka berdua. Peah ni bukanlah orang senang, seorang ibu tunggal, usia awal 60an. Hanya kalau ada kenduri kendara, sakit demam yg masuk hospital, atau  ... hari raya jer Peah dapat balik. Tu pun kena tumpang anak2 dia ... 
Mek, yg terkenal suka meraikan orang, pun kelamkabutlah (as usual) bersihkan rumah, sediakan juadah dan beritahu semua orang kampung Peah nak balik. 
Nak jadikan cerita, last minute, anak Peah aka driver, tak dapat cuti! Maka Peah pun tak dapatlah  balik ... Anak2 pula tak harap Peah naik bas sorang2 ... maklumlah jauh, dan Peah pun dah tua dan tak biasa balik sendirian sebelum ini. Menunggulah Mek macam tunggu buah tak jatuh!
Esok harinya, siapa2 yg datang ke rumah Mek, dgn harapan nak jumpa Peah, kenalah tadah telinga dengar leteran dan hamburan kemarahan Mek. Mek kata Peah suka mungkir janji, sampai hati biar dia dan mak ternanti2, bagaimana letihnya dia masak itu dan ini, rugi tak dapat berniaga kerana dok tunggu Peah sehari suntuk. Orang tengah marah ... habis diungkit sikap buruklaku dan cerita2 lama adik iparnya, Peah! 
Agaknya tak tahan dengan bebelan Mek, tiba2 anak sedaranya bersuara,
"Mek! Pinjam henpon jap ..."
"Nah. Sibuk budak ni ... ! Eh! Cer kamu tengok kredit aku tinggal berapa? Tak reti2 aku. Terima panggilan oklah."
"Mek! Tengok ni ... Banyaknya misscalls dan mesej masuk Mek tak buka ..."
 "Kan aku dah kata tak reti. Kamu tengoklah!"
"Mek, Mek ... ni ha 3 misscalls dari anak Peah. Mesej beritahu mereka tak dapat datang pun ada!"

Pengajaran yang sangat jelas:
Jgn lekas buruk sangka ... setiap yg berlaku, mesti ada sebabnya. Ingatlah ... kita pun bukan 'perfect' mana!



29 July 2012

Sabtu yg padat ...

Awal pagi
Kacau lempok durian ...
~ habis apa lagi yg dapat dibuat dgn durian selonggok didapur tu. Minggu sebelumnya dah buat tempoyak ... dapat sebalang besar. Kek durian, pengat durian ... dah buat! Beri jiran ... dah! Nak makan? Seulas dua lepas berbuka jer yg terdaya ...
Alhamdulillah pukul 9.00 pagi, dgn peluh membasahi diri (hihi ...), siap!!!
Pukul 10.30 pagi dah berlepas balik PP - ke kampung dan lihat Rumah Biasa2 kami.
Hari ni 'date' dgn tukang siling pulak ... ukur, pilih corak siling kapur yg berkenan dan anggaran kosnya.
~ tukang kata Insyaallah lepas raya boleh pasang. Aminn ...

Tengahari
Singgah rumah jiran lama, ambil tempahan Akok Kemboja.
~ Akok dia diperbuat dari tepung beras, sedap sangat. Khabarnya, ayahanda Sultan Kelantan sekarang salah seorang klien dia! Feveret keluarga Mama juga, esp my doter!
Dah lama tak jumpa (kerana kami yg sentiasa berpindah randah) maka seronoklah bercerita, bertanya dan 'up-dates' khabar berita. Siap dapat jemputan ke majlis pertunangan anak perempuan tunggalnya lepas raya ni nanti. Insyaallah Na.
Tak sedar dah pukul 2.30 petang.
Bergegas pulang ke rumah kedua2 Mak.
Disambut dgn cerita Mak suami luka kaki ... tertimpa gelas! Masa berbuka semalam.
K. Zah (kakak ipar yg jaga dia) hanya sedar bila Mak kata,
"Zah! Air kopi mu tumpah kat kaki Mok ni..."
... K.Zah yg mabuk darah, menjerit dan hampir pengsan ... darah Mak sangka air kopi!!!
Mujurlah jiran sebelah datang tolong cuci luka Mak ... Mak cakap tak terasa sakit sikit pun!
Mak oh Mak! Relax jer dia tunjuk bekas luka dikaki pada kami ...

Petang
3.30 petang, jumpa tukang rumah pula ... bayar upah.
Terus ke kedai pembekal, bayar bekalan2 (berkaitan pembinaan rumah) yg diambil sepanjang minggu sudah.
By then ... we (the golden pair) are feeling the heat of our today's marathon.
Sepanjang jalan ... kereta banyak pula. Ada dua tempat jem ... kemalangan jlnraya.
Sudahnya ... hampir 6.00 ptg baru sampai PM.
Hari ni ... beli jer lauk2 untuk berbuka.
Mama dah tak daya nak masaknya ... tu pun dapat sisa2 jualan sbb dah petang
Peniaga2 mula berjualan seawal pukul 3.00 ptg ... syukur dgn rezeki yg ada.
Kami akur ... ini antara tujuan puasa, bersyukur dgn apa yg ada ...
Merasai perit, lapar dahaga juga derita ... mereka2 yg tidak tidak senasib kita
Kita ... yg boleh beli dan makan apa2 ... setiap masa ikut selera!
MasyaAllah ...


27 July 2012

Pada suatu hari ...

Entah angin apa yg sampuk Mama awal pagi semalam ...
Mama tetiba 'overrajin' ... telah melakukan sesuatu yg tidak sepatutnya.
Pada usia begini ... of all days ... dibulan puasa pula!
Ya ... Mama telah membasuh kereta Mama.
Mama perasan Milo dan Kopi tengok dari jauh .... must be  wondering 'what's gotten into mama?'
Dan anak2 mereka ... seronok betul main/kacau Mama.
Mula2 'rendam' dulu kereta tu ... biar daki2  2 - 3 bulan tak pernah basuh senang nak sental.
Pastu dgn air sabun pencuci pinggan mangkuk sunlight, (^_^) Mama cuci cermin2 dulu ...
Bilas ... kalau biar kering, tompok2 daki lagi susah nak cuci.
(p.s. matahari dah mula memancar ...)
Then Mama basuh sebelah kanan kereta ... bilas.
Basuh sebelah kiri kereta pula ... bilas.
Next ... basuh bumbung kereta (yg ini Mama perlukan kerusi ... huhu). Bilas.
Akhir sekali ... the hardest part ... berus dan sental tayar dan mudguards.
Mama finished off dgn mengelap sisa2 air di seluruh kereta dengan kain cuci ...
(p.s. kalau tak lap, tompok2 air akan mengering dan tinggalkan kesan bulatan kecil2 gitu).
Haa ... itulah dia proses cuci kereta Mama.
You're still reading this? Hehe ... kumawuayo (thanks)
Sebenarnya nak cerita petang tu Mama 'aches all over' ... 
Apa lagi, siap kena marahlah (sayang ... hehe) dengan Ayahnya. Dia dah dok berkira2 nak hantar ke kedai basuh kereta petang ni!
"Ok aloh  ... bakpo dok royat (kenapa tak cakap) awal2" (~_~')
Mujurlah Ayahnya ada jemputan berbuka ... dan,
Amar dan Muaz pula nak berbuka dengan bihun sup dan jemput pisang jer ...
Serik!! Ni kes 'mind is willing but body is not!!'
Ku terima hakikat kini ... huhu

25 July 2012

Puasa ... hari ke 5

Sedar tak sedar dah masuk hari ke 5 puasa ...
Cepatnya masa berlalu ... dan bagaimanakah hari2 yg pergi itu?
Lebih baik dari Ramadhan yg lalu?
Gitulah Mama ... setiap Ramadhan, berkobar2 nak tingkatkan amal
Tapi ... 'easier said than done' ... huhu
Masih lemah ... walaupun syaitan telah dirantai dan dibelengu
Masih tewas ... pada nafsu yg angkuh itu!
Masih beranggapan Ramadhan masih panjang ...
Yakinnya Mama ...
Bila imbas kembali 4 hari yg berlalu tu ...
Berapa banyakkah usaha Mama untuk merebut ganjaran yg Allah snw janjikan pada umat Nabi Muhammad saw pada bulan yg mulia ini?
~ berapa ayat Al-Qur'an dah Mama baca, fahami dan amal?
~ solat yg wajib itu adakah dikerjakan awal waktunya?
~ tak mahukah Mama gandakan amalan2 sunat Mama sebanyak mungkin?
~ berapakali Mama memohon keampunannya terhadap dosa2 lalu?
~ mengalirkah airmata keinsafan dikala itu?
~ bersyukurkah Mama atas nikmat dan kurniaanNya?
~ bagaimanakah Mama zahirkan kecintaan Mama padaNya?
Ya Allah ... banyaknya soalan2 'heavyweight' yg tak daya Mama jawabnya.
Sunggoh! Tak dapat Mama menjawabnya ... ikhlas!
Astagfirullah ... Agtagfirullah ... Astagfirullah

Kematian:
Anak saudara suami yg berusia 58 tahun, menderita kanser hati selama 6 bulan meninggal hari Isnin lepas, hari ke 3 puasa. Saat menerima berita dari suami, Mama berharap agar keluarga dia tabah dan sabar dengan dugaan ini. 
Ianya suatu realiti yg amat pahit bila orang tersayang dipanggiNya kembali. Walaupun kita redha dengan ketentuanNya ... pun ia ibarat hati ini dihacurleburkan, disiat2 ... remuk dan lukanya amat dalam dan pedih sekali terasa ... untuk sembuh, memakan masa. Pun kerapkali luka tersebut berdarah kembali ... bila kita ingati. 
As Mama writes this, tears start flowing freely (again ... for the umpteenth times if I write and remember them). It brings back the sad memories of my dearest beloved father and second son demise in 2009 (3 months apart). Remembering them always hurts. Thus Mama knows very well, how hard and trying this period will be for the family he left behind. Al- Fatihah dan muga Allah tempatkan rohnya disisi mereka2 yg beriman dan beramal soleh. Aminn ...

Dan Mama akui Mama belum bersedia bertemuNya ... belum cukup rasanya amalan2 yg ada yg dapat jamin kehidupan abadi di sana. Ya ... takut kepada mati.
Moga Ramadhan yg masih bersisa ... akan lebih baik dari yg telah berlalu .... InsyaAllah!

Arnold H.Glasgow once said,

 Improvement begins with



22 July 2012

Hari 3 in 1 ...

Sabtu 22 Julai 2012 ... ianya hari 3-in-1 kami.
Yang pasti dalam agenda kami ...
~ ziarah kedua-dua Mak
~ tengok 'Rumah Biasa2' kami
~ berbuka puasa hari pertama dikampung ... semestinya!

Doter & sister posing ala artis korea ... haha
p.s. dinding rumah dlm proses plaster
Yg bukan dalam agenda ... oh! hari yg panas terik!!
Pun begitu, Mama gembira dan teruja dengan pertemuan yg tak disangka2;
~ jumpa guru yg mengajar Matematik Mama & Ayahnya masa Darjah 1 dulu
(p.s. teringat kena pulas perut sebab tak bawa buku kerja!! huhu ...)
~ jumpa Nab dan Nasir (geng haji 2004 kami)...
~ terjumpa  'oven' yg Mama idam2kan ... terus beli.
(Bab buat biskut raya tu ... lain cerita. No gerenti ... hehe !!)

Inilah menu berbuka kami ...



Mama masak siakap stim ... Mak masak kari ikan tenggiri!
Pastu tambah kerabu buah bacang, sambal belacan dan timun sbg ulamnya... 
Kueh Jala Mas, Nekbat, Onde-Onde, Tepung Pelita ... diaorang* yg beli
Air toksah cerita ... 4 jenis diaorang* sedia ... habis semua!!
Sudahnya maghrib ... mengah cam ular sawa!!
Oh ya ... ayam goreng Amar tak masuk dlm lensa ya ...
Awal2 diletak dlm pinggan dia ...sebab 2 ketul je ... special dia sorang yg punya!!
Haha ... cam Upin Ipin pula!

p.s. * diaorang refers to >> my doter and sister yg kerja kat KL ... balik for the sole purpose of breaking fast with mum's cooking and kueh2 (as u can see) kegemaran mereka!!

18 July 2012

Susahnya nak sabar ...

Pada suatu hari Isnin, kedua-dua anak Mama keluar pukul 5.00 petang.
Mula-mula Mama pergilah ambil Amar ... kelas Fardhu Ain
Kemudian ke sekolah Muaz ... kelas tambahan PMR
Mama biasanya tunggu Muaz di kawasan belakang masjid (sebab depan sekolah dia jem sangat)
Waktu Asar, maka kawasan parkir belakang masjid agak penuh dgn kereta jemaah
Biasanya Mama masuk ikut pintu A, dan keluar ikut pintu B.
Tapi hari tu ..  laluan ke pintu B telah dihalang oleh sebuah MPV mewah gitu ..
Sudah! Nak undur ... dah ada kereta belakang Mama.
Puas tunggu ... tak bergerak2 kereta di depan Mama walaupun jelas ada pemandunya.
"Kalau nak tunggu, janganlah sampai tutup laluan ... kan kat depan tu banyak lagi tempat kosong" ngomel Mama sendirian ...
Lalu beri isyarat 'sport light' ... tak bergerak
Beri lagi 'sport light' 2 - 3 kali, pun masih tak bergerak!
Kesabaran Mama mula menipis ... dah hampir2 nak 'expire' ...
Menyedarinya, Amar cepat-cepat cakap,
"Mama, jangan hon ... ni kan kawasan masjid!"
Lalu Mama pun turun dari kereta ... menuju ke arahnya ... pun masih tak faham2 jugak!
Mama ketuk cermin kereta ... dia pandang Mama cam Mama nak rompak dia!!
Dia pandang jer bila Mama buat aksi 'silent movie' suruh dia bergerak ke depan sikit ..
Masih duduk diam dalam keretanya.
Mama ketuk2 lagi ... dan ... dia pun turunkan cermin kereta.
"Sori ... boleh tolong gerak ke depan? Demo (Kelate bg 'awak') dah 'block' laluan lah."
Dia tak jawab apa2 ... buat muka 'dunno' ... angkat2 bahu dan kening jer..
"Demo sekat laluan nih ... tolong ke depan sikit kalau nak tunggu siapa2"
Tiba2 anak dia (adalah baya Amar) masuk dari pintu sebelahnya ... dari jamban agaknya (geram lah ni)
Terus dia berlalu ... tanpa kata apa2 ... tanpa sori ... tanpa rasa bersalah ... sambil senyum!!!
Masa tu >>> Huisshhh ... tak terkata apa2 ... geramnyer!! MasyaAllah ...
Tapi pelik juga ...
Biasanya Mama akan 'pissed-off' tahap giler ... betul!
Akan marah-marah dan tinggikan suara ...
Tapi hari tu ... elok je masa cakap kat dia. Boleh sabar pula ...
Apaka ini kerana Mama berpuasa hari tu?
Atau ingatan Amar tentang berada di kawasan masjid?
Atau kerana dah tua ... dah 'mellow'?
Mama tiada jawapannya ... tapi Mama syukur
Mama tidak memperbodohkan diri dengan tingkahlaku yg tak sepatutnya.
Alhamdulillah ...
(p.s. Mama doa moga sipemandu kereta berkenaan, wanita sebaya Mama ... berubah sikap, lebih peka pada orang lain ... disekeliling dia. Tidak pentingkan diri sendiri! Aminnn ...)

17 July 2012

Mama ... Bosan!

Kalau Amar bosan kerana tiada adik ... bosan jadi anak bongsu
Itu 'small matter' jer dik! Nanti besar, mesti Amar syukur jadi anak bongsu.
(p.s. sebab 'by then' semua abang2 dan kakak dah kerja ... hehe)
Ni nak ceritakan perihal BOSAN Mama pulak!!
Bukan bosan sebab ...
~ jadi anak sulung ... bukan!
~ sebab tak bekerja dah! dok terperap kat rumah ... bukan
~ sebab citer Korea yg Mama ikuti dah tamat sirinya ... juga bukan!
Tapi BOSAN sebab suruh Ayahnya minta dgn tuan rumah sewa kami ni,
... pasang paip asing untuk mesin basuh!
... bosan kalau dok guna paip bilik air tu ... susah bila ada yg nak gunanya,
~ paip2 yg berkaitan mesin basuh ... kena keluarkan!
~ kerja-kerja membasuh baju tergendala sebentar (kadang2 lama sbb lupa! huhu)
Ayahnya kata tak payah ler ...
~ sebab tak lama lagi nak pindah rumah sendiri
~ guna jer paip sinki dapur, nanti dia baiki kepala paip sinki tu
(sebab kepala paip disinki tak sesuai dengan paip mesin basuh)
Tunggulah Mama macam tunggu 'buah yg tak jatuh' ... dari hari ke hari.
Dah jadi berbulan pun!!! Hmmm ....
Lalu kesabaran Mama pun 'expire' dan Mama pun jadilah 'Mcgyver'
... Buat sendiri, biarlah cara 'manual' takper
... Asal tak perlu kacau bilik air lagi, senangkan kerja Mama
Lagipun bilik air tu guna air tangki ... kalau guna banyak2 alamatnya
... ada orang tak leh mandi!
Paip sinki dapur pula, guna air 'direct' ... boleh kalau nak basuh baju satu almari pun!
Banyak pula cerita ceriti makcik ni kali ni ... hehe ... maap ye!
Nah! Inilah dia hasil 'memomen & masterpiece' Mama ...

jangan ketawa laa ...



Amar - Bosan!

Amar:
"Mama, bosanlah jadi anak bongsu!"
"Ada abang dengan kakak jer. Semua sibuk! Adik nak main dengan siapa?"
"Kawan Adik sokmo cerita pasal adik-adik dia ..."
"Anak bongsu takder adik. Bosan lah ..."


Muaz:
"Kan Adik boleh main game, badminton, basikal, bola dengan Bebe?"
"Takder adik best per! Takderlah orang yg nak kacau dan usik barang2 Bebe!"


Amar:
"Oh! Jadi Bebe jeleslah sebab Adik lahir dan rampas tempat Bebe?"


Muaz:
"Dok pun! Dulu Anas pun bongsu ... 7 tahun. Pastu Bebe jadi bongsu ... 6 tahun.
Adik dah 9 tahun bongsu ... Semua dah rasa jadi bongsu. Adik yg lama sekali!"


Amar:
"Bebe suka ke ada adik?"


Muaz:
"Suka! Adik suka ke ada Bebe?"



Amar:
"Suka!"


KES SELESAI ... (^_^)


p.s. Hmmm ... bosan kerana dia tiada adik nak cerita bila kawan-kawan buka topik 'adik'.
Takperlah Amar ... ceritakan saja pada mereka pasal Milo, Kopi, Popo, Mr. dan Sri!!
Atau ceritakan saja BESTnya jadi bongsu ... boleh minta macam2 kat abang dan kakak ... Haha.




16 July 2012

Tekanan ...

'Rumah Biasa2' kami dah masuk fasa 'wiring & piping works' ...
Minggu pertama Julai ~ bincang 'layout plan' dengan kedua-dua tukang (yg berbeza)
Minggu kedua Julai ~ tukang-tukang dah mulakan kerja-kerja mereka
Dalam pelan nampak OK, tapi bila dilaksanakan barulah nampak realitinya
Lalu ... banyak juga 'perubahan dan tambahan' yg perlu dibuat
Betullah ... membina sendiri rumah ini bukan perkara mudah!
Lebih-lebih lagi bila progress dah melebihi 60%. Ia menjadi semakin remeh ...
Tekanan kini memikirkan ...
~ warna pilihan bagi luaran dan dalaman rumah
~ susun letak paip, sinki, suis, plug, lampu, kipas dll lagi
~ kuantiti, jenis, kualiti .... barangan/aksessori yg perlu dicari & beli
~ siling dan jendela/pintu rumah pun kena fikir juga yg bagaimana mahunya ...
Dan faktor yg paling kami fikirkan ialah $$$$ ...
Bagaimana nak optimunkan agar 'Alah membeli menang memakai'

"Ya Allah. Berilah kami ilham agar tidak keterlaluan
dalam menyiapkan rumah kami ini. Permudah dan lancarkanlah
segala urusan berkaitannya. Kami inginkan rumah kami ini menjadi
Rumahku Syurgaku ... diberkati Mu. Aminn ..."


Tinggal angan-angan ...


Setiap kali nak datang bulan Ramadhan ...
Setiap kali jugalah Mama berangan ...
Nak jadi usahawan ...
Nak buat biskut dan kek raya untuk jualan ...
... Biskut Semperit, Marmar Carrey, Tat Nenas, Cornflakes Madu ...
Patutnya dah dapat kumpul duit ... beribu
Barang kemas ... sampai siku
Boleh pakai henpon terbaru ... Galaxy III ... huhu
Pergi umrah ... bawa habis anak cucu
Tiap tahun, berderet ... orang2 nak buat tempahan biskut2 tu
TAPI ... Bak kata Mak Mama : 
"Angan-angan lekat celah perangan!"
Gitulah setiap kali berlalunya Ramadhan ...
Angan-angan yang tinggal kenangan ...
Orang lain buat duit beribu ...
Mama? Tahun ni kot! (tapi kenalah beli oven baru dulu ... huhu)

13 July 2012

Kedatangan Bulan Jihad ...

Tatkala baru sahaja menang dalam suatu perang dgn kaum Jahiliah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Kita baru saja menyelesaikan jihad kecil, memasuki jihad yang besar, jihad itu ialah melawan nafsu kita sendiri"
Jihad Besar yang dimaksudkan Baginda s.a.w. ialah kedatangan bulan Ramadhan yg mulia.
Bulan yg sepatutnya melatih kita ...
~ mengalahkan hawa nafsu haiwani yg ada dlm diri, dan
~ meningkatkan mutu insan dgn lebih mendekatkan diri pada Allah s.n.w., serta
~ merapatkan hubungan/tanggungjawab sesama insan (sedekah, solat berjemaah, moreh, zakat fitrah ...) Itu antaranya ...
Bulan di mana ...
~ tertutupnya pintu-pintu Neraka
~ terbukalah pintu-pintu Syurga
~ terbelengulah kaki syaitan
Nah! Rebutlah peluang yg terbuka luas ini
(p.s. peringatan kesekian kali untuk diri sendiri ... huhu)
... pahala ganjaran yg berlipat ganda nilainya atas setiap amal ibadah ...
Peluang untuk jihad dgn diri sendiri ...
~ nak kurangkan layan citer Korea
~ nak kuruskan badan
~ nak diet sihat
~ nak berhenti merokok
~ nak kekal solat berjemaah 5 waktu
~ nak bangun 2/3 malam
~ nak khatam Qur'an
~ nak rebut malam Lailatul Qadar
dan bermacam-macam lagi NAK! Tepuk dada tanya selera ..
Marilah kita sama-sama sambut perintah berpuasa sebulan Ramadhan dariNYA dengan ...
"Sami'na waatha'na" (Kami dengar perintah itu dan kami jalankan)
Dengan seikhlas hati ... sepenuh jiwa raga ... penuh semangat membara
Berjihad melawan .., pelbagai dugaan yg mencabar keliling kita ... yg menggoda nafsu diri.
Agar puasa kita tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya ...
Semoga kita sama-sama berjaya ... kali ini... InsyaAllah. 


12 July 2012

Silaturrahim ... ZSGG77 Kelantan

Putaran jam: Nik Rahimah, Zaiton Mokhtar, Faridah Muhd, Azizah Mat,
Zaiton Abdullah, saya, Rusmiha dan Norizam Mahmood

ZSGG77 (Zainab School Golden Girls 1977) berkumpul lagi. Inilah antara yg dapat hadirinya.
Kali ini bertempat di Restoran Wau, Kota Bharu ... meraikan rakan kami Zaiton Mokhtar.
Yg datang jauh dari Sg. Petani ... ia peluang yg tak dilepaskan.
Walaupun ramai lagi yg ingin hadiri, tapi ...
Masa dan keadaan tidak izinkan ... tak apalah, InsyaAllah dilainkali.
Dan seronoknya kami ...
~ bergelak ketawa ... mengenang kisah2 lama
~ bertanya khabar berita ... berkongsi suka duka
~ bertukar-tukar cerita ... kawan-kawan lain yg pernah bersua
~ merancang ... destinasi pertemuan selanjutnya
Biasalah ... dah lama tak bersua ... sesetenganhnya melebihi 20 tahun tak jumpa ...
Maka kejutan awal melihat perubahan fizikal dan 'tak cam dah siapa ye?'...
Terlerai sebaik menyebut nama... lalu terbayanglah wajah masa muda-muda ...
Berderailah ketawa ... sebaik diungkit kenangan cerita lama ...
Indahnya zaman remaja ... pun, kenakalan kami tidaklah memudaratkan siapa2 ... hehe
p.s. pastinya pengunjung2 lain pelik + jeles lihat kemesraan dan hepinya kami,
makcik2 dimata mereka ... yg marah pun ada kot sbb kami agak 'loud' juga.
Maaf ... suatu ketika nanti, anda semua pun akan laluinya juga ...

Oh ya ... ZSGG77 Kuala Lumpur akan berkumpul Sabtu ini ... 
Perjumpaan pra-Ramadhan. Ramai yg akan hadhirinya. 
Walaupun jarak memisahkan kita ... ketahuilah rakan-rakan semua
ZSGG77 sentiasa dihati. 'Enjoy yourself girls ...'
INSYAALLAH ... kita bertemu lagi.

11 July 2012

GOTCHA ....

AAHAA ...

OH PURRLEASEE ....

I LIKEE ....
p.s. Milo thinks Mama has become a frightening Mamarazzi ... "Guys! Be Xtra careful when she's around!"

10 July 2012

KRIM GAMAT ... berkesan untuk luka kucing


Inilah luka-luka di kaki kanan Milo pada 21.04.12 yg lalu.
Macam-macam ubat Mama guna ...
Yg doktor haiwan beri, yg beli kat farmasi, yg tradisional ...
Tapi ... tak berapa menjadi.
Dah namanya kucing jantan ... tak reti nak duduk diam-diam
Pastu punyalah penakut bila nak beri/sapu ubat!
Sihat sikit ... berjalan, ronda kawasan, panjat sana sini, kelahi lagi ...
Elok kering sikit ... dah luka semula.

Luka Milo ada 21.04.12
Pertengahan bulan Mei, kesian melihat luka Milo yg tak sembuh-sembuh
Adik Bongsu Mama bawa Krim Gamat yg dia beli diLangkawi ...
"Kita buat ujikaji ke atas Milo. Mana tahu serasi ..."
Dan Alhamdulillah ... selepas sapukannya hampir (uhuk .. uhuk) setiap hari,
beginilah luka Milo pada 06.07.12 lalu ...
Dah tinggal sebesar duit 10 sen! Dah kering.
(p.s. hari ni dah sebesar duit 5 sen ... syukur!)

Terkini ... 06.07.12
Sebab ia berkesan, benda elok Mama suka nak 'share'!
Inilah rupa Krim Gamat tu ...


Mengikut maklumat dibotol,
Harga : RM12.00 (SM), RM14.00 (S/S) 
Dikeluarkan oleh Warisan Salju Enterprise.
Diedarkan oleh NOOR MUHAMAD BIN AHMAD
Kg. Perana, Batu 7, Pulau Langkawi.

09 July 2012

WAFFLES ... jom buat

Inilah rupa 'Waffle Maker' yg Mama cerita semalam.
'Cute' sunggoh ... he he



Dan ... ini pulak rupa 'waffle' pertama Mama. Alhamdulillah!!
(nampak sedap kan ...)


Sebab resipi yg diuji menjadi ...
Dan dapat testimoni 'LIKE' dari Amar seperti ini ... ha ha


"Mama! Cam 'waffle' yg kita  selalu beli kat KB Mall lah ..."
Jadi bolehlah Mama kongsi resipinya.

WAFFLES 

Bahan-Bahannya:

2 biji telur - suhu bilik
2 cawan tepung gandum  } ayak
4 sudu teh baking powder } bersama
1 3/4 - 2 cawan susu cair/full krim/segar - suaikan 
1/2 cawan minyak jagung/masak
1 sudu makan gula
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen vanilla

1. Pukul telur hingga kembang.
2. Masukkan semua bahan2 lain (kecuali campuran gandum & baking powder). Pukul sebati.
3. Masukkan campuran gandum + baking powder. Kacau sebati dan biarkan sebentar.
4. Sapu 'waffle-maker' dgn mentega, tuang adunan secukupnya dan masak.
5. Angkat dan sapu sebelah dgn mentega, manakala sebelah lagi
... ikut suka ... jem, nutella, mentega kacang, madu ...
Sedap makan panas-panas!

NOTA:
~ Adunan ini boleh disimpan hingga 2 - 3 hari dalam peti sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara. Bila nak guna, keluarkan dan pukul sebentar sebelum masak seperti biasa.
~ Boleh juga simpan 'waffles' yg telah dimasak (sejukkan dahulu) ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti sejuk (bukan 'freezer'). Bila nak makan, panaskan kuali 'non-stick' (guna api paling kecil), sapukan mentega, letakkan 'waffles', tudung dan biarkan sebentar sebelum angkat. Kalau suka garing, panaskan lama sedikit!

SELAMAT BER'WAFFLES' ... (^_^)









08 July 2012

Lain dicari lain yg dapat ...

Kami hendak cari lampu untuk 'Rumah Biasa-Biasa' kami ...
Kedai yg disyorkan sedara ... tak pernah pergi ... berjam mencari.
Dah jumpa, "Sori ...barang tu tiada dikedai kami ini! Kena pergi kedai kami yg satu lagi ..."
Aduss ... Dah la kenyang makan 'langsat' dan 'jem' nak sampai sini, jalan jauh sbb susah parkir ...
Sebab semput tak habis lagi (hehe ...), minta izin tuan kedai rehat jap ... lepaskan penat lelah
(dah tua2 ginilah ...)
Mata perempuan ... tak sah kalau tak melilau 'survey' barangan yg ada (^_^)
Tup tup ... mata Mama tiba2 ter'lock' kat satu barang
... hati berbunga2 gembira ... akhirnya jumpa jua ...
Mata tauke kedai ... capat tangkap potensi $$$$
Cam tau-tau pulak ...
"Budak2 memang suka makan ni. Anak2 saya pun. Saya sudah angkat satu ... berbaloi beli maa"
Dalam hati, MESTI BELI!!!
"Saya kasi murah2. Kasi resipi lagi ... amacam?"
Pandang suami dgn wajah paling ayu (hak hak ... koya), pastu main angkat2 kening ...
"Berapa tauke? Kira cincai2 la ..."
YES! YES!
Akhirnya Mama dapat 'Waffle Maker' yg diidam sekian lama
(maaf kalau pembaca ingat benda ribuan ringgit ...)
Amar dan Muaz pasti gembira ...
Bulan puasa ni tambah satu lagi resipi bersahur mereka ... WAFFLES!!

p.s. Mama sebab teruja telah beri resipi penkek dan akok ada isteri tauke tu sebagai tanda terima kasih atas resipi 'waffle' darinya. Dia janji akan 'status update' bila jumpa 'cupcakes maker' ... Rupa2nya kami serupa, suka masak benda2 'simple & easy' ... Dah cuba nanti, Mama akan kongsi hasilnya. InsyaAllah!

Terima kasih Ayahnya kerana faham isi hati wanita.
Beli tanpa banyak bicara ...
Bukan untuk siapa,
Untuk gembirakan anak2 kita juga ...


05 July 2012

Of shortcuts and calculated risks ...

In life ... sometimes we need to take shortcuts
~ to ease out certain paths
~ to kill times
~ to escape someone/something
In taking it ... sometimes we;d bluntly do it
~ out of necessities
~ out of fun or being mischievious
~ out of desperation
And sometimes ... we'd stop and think before taking it/them
We'd try to take calculated risks ...
~ to minimize the impact
~ to be ready for the consequences
~ or just being cautious
Life is about making choices
~ good or bad
~ wrong or right
... just simply put it (... really it's much more complicated!)
As life goes on ... you learnt from your achievements and mistakes (hopefully ..)
And nearing the end of the path ... you pray that all is well and will ends well
... for you and everyone you touch along the way
... and leave behind only good memories!!
InsyaAllah ... Amiinn ...



Mama taking shortcut and calculated risk!
p.s. ... do not attempt this out of  fun OK!
also note: 'sediakan payung sebelum hujan' ... 


04 July 2012

Penkek segera ...

Pagi ni ... malas nak beli dan masak
Geledah peti sejuk ... jumpa 2 keping penkek senin lepas
(... Mama simpan bukan dalam freezer ya ...)
Mama sorang je nak makan ... oraitlah tu.
Panaskan kuali (non-stick), guna api paling kecil ... lenserkan mentega
Letak penkek dan tudung ... agak2 dah 'warm'
Angkat dan makan panas2 dgn madu ...
Urmmm! Sama je rasa, tiada bezanya ... 'soft and pluffy'
Cuma agak garing kat bawah (tapi sedap ...crunchy!)
Tiba2 Mama sengih sorang2 ... (dah memang dok sorang2 pun pagi2 ni ... huhu)
Mama dah dapat satu menu untuk bersahur ... bulan puasa ni.
Selain 'cornflakes', Amar mesti suka sahur dgn penkek ...
(p.s. dia tak suka sahur dgn nasi ... kecuali ada ayam goreng)
Jadi sapa2 yg rasa nak sahur dgn penkek nanti,
... buatnya 'in advance', sejukkan dulu sblm simpan dlm bekas kedap udara,
pastu simpanlah dlm peti sejuk (bhgn biasa) ... jadilah penkek segera!
Mama rasa tahan 2 - 3 hari kot! (kui ... kui...)
OK .. Mama perturunkan sekali lagi resipinya

 Penkek Malas Mama  
sbb malas nak timbang/sukat ... (^_^)

1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan susu cair/full cream/segar
1 biji telur 
1 sudu makan gula halus
1 sudu makan minyak jagung/masak
1/2 sudu kecil baking powder
(p.s. Mama guna cawan biasa jer ...)

1. Campur semua bahan kering dan gaul rata.
2. Bulatkan ditengah, masukkan telur dan susu. 
Kacau cepat2 biar sebati (jgn over kacau tau ..) 
3. Masukkan minyak dan kacau.
4. Biarkan adunan seketika (agak2 10 minit)
(p.s.s. kalau malas tunggu, terus masak pun xper ...)
5. Lenser kuali 'non-stick' dgn mentega/majerin
(guna api sederhana saja tau ...)
6. Tuang sesenduk adunan dan biarkan hingga timbul
lubang2 udara ..
7. Balikkan dan angkat bila masak (cam dah keperangan gitu)
... makanlah panas2 dgn madu, susu pekat ke, sos coklat ke, kuah kari ke ...
Ikut selera.


p.s. btw ... harap puasa ganti dah beres semua!

Nak jimat air ...


Tiru macam Anas ...
Basuh kete masa hujan ...

buang aje payung tu Anas ...

03 July 2012

Back to square one ...

Mother's joy with grown-up children are always short-lived.
Their presence are like a yo-yo ...
'Kejap ada kejap takder'
Yesterday morning Anas left for KL ... for his 1st job
Joining his elder brother and sister there ... with his motorbike ... alone!
Of course ... I was like 'semput' the whole time ...
Until I hear his voice, "Alhamdulillah Ma, arrived safe and sound!"
Pheww ... then I breathe easy and resume my normal mode!
Alhamdulillah.

So ... its back to square one for Mama
... chauffeur aka supir for Amar & Muaz
... back to shopping for groceries and wet items (ikan, ayam)
For most of the time he's home, Anas runs errands not only for me,
... but also for his Dad ~ his co-pilot, gardener, paper-boy, mechanic ...
Not to mention Euro 2012, F1 and Motor GP buddy!!!
We're missing him a lot already ...
Like ... we missed his elder brother and sister
... them all ... very very much!


Good Luck Anas on your 1st day of work ... TODAY.


p.s. Now we understand why Allah snw gaves us Muaz and  Amar ... much much  later. Thank You Allah.

02 July 2012

Dah beratap ...


Beginilah rupa rumah biasa-biasa kami bila Jun berakhir


Atap-atap sedang giat dipasang  ...


Apalah yg Amar fikirkan tu ...


p.s. minggu depan, insyaAllah kerja2 paip dan pendawaian akan bermula ...

"Ya Allah, permudahkanlah dan lancarkanlah segala urusan
berkaitan dengan pembinaan rumah bisa-biasa kami ini. Aminn ..."