Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

16 July 2012

Tekanan ...

'Rumah Biasa2' kami dah masuk fasa 'wiring & piping works' ...
Minggu pertama Julai ~ bincang 'layout plan' dengan kedua-dua tukang (yg berbeza)
Minggu kedua Julai ~ tukang-tukang dah mulakan kerja-kerja mereka
Dalam pelan nampak OK, tapi bila dilaksanakan barulah nampak realitinya
Lalu ... banyak juga 'perubahan dan tambahan' yg perlu dibuat
Betullah ... membina sendiri rumah ini bukan perkara mudah!
Lebih-lebih lagi bila progress dah melebihi 60%. Ia menjadi semakin remeh ...
Tekanan kini memikirkan ...
~ warna pilihan bagi luaran dan dalaman rumah
~ susun letak paip, sinki, suis, plug, lampu, kipas dll lagi
~ kuantiti, jenis, kualiti .... barangan/aksessori yg perlu dicari & beli
~ siling dan jendela/pintu rumah pun kena fikir juga yg bagaimana mahunya ...
Dan faktor yg paling kami fikirkan ialah $$$$ ...
Bagaimana nak optimunkan agar 'Alah membeli menang memakai'

"Ya Allah. Berilah kami ilham agar tidak keterlaluan
dalam menyiapkan rumah kami ini. Permudah dan lancarkanlah
segala urusan berkaitannya. Kami inginkan rumah kami ini menjadi
Rumahku Syurgaku ... diberkati Mu. Aminn ..."


No comments: