Lebih2 lagi kalau orang tu dahlah tiada rupa, hartanya tak seberapa, pangkat pun tiada ... not somebody special!
Kalu buat silap sikit ... sebesar kuman pun, siaplah dia. 7 keturunan maunya diungkit mereka ....
Kalau yg kaya berharta, berpangkat dan ada nama ... tiada cacatcelanya depa.
Indah belaka dipandangan mata ... buat2 pekak dan buta pada kesilapan yg ada!!!
Hohoho ... Mama 'pissed-off' lagi pagi2 buta ni!!
Idoklah sangatnye, tapi nak 'share' satu cerita ...
Cerita mengenai Mek, seorang makcik (usia 70an) yg tinggal di negeri paling utara, Pantai Timur Semenanjung M'sia, dgn ibunya yg teramat tua dan uzur. Suatu hari, Peah, adik ipar Mek yg tinggal diselatan semenanjung beritahu nak datang ziarah mereka berdua. Peah ni bukanlah orang senang, seorang ibu tunggal, usia awal 60an. Hanya kalau ada kenduri kendara, sakit demam yg masuk hospital, atau ... hari raya jer Peah dapat balik. Tu pun kena tumpang anak2 dia ...
Mek, yg terkenal suka meraikan orang, pun kelamkabutlah (as usual) bersihkan rumah, sediakan juadah dan beritahu semua orang kampung Peah nak balik.
Nak jadikan cerita, last minute, anak Peah aka driver, tak dapat cuti! Maka Peah pun tak dapatlah balik ... Anak2 pula tak harap Peah naik bas sorang2 ... maklumlah jauh, dan Peah pun dah tua dan tak biasa balik sendirian sebelum ini. Menunggulah Mek macam tunggu buah tak jatuh!
Esok harinya, siapa2 yg datang ke rumah Mek, dgn harapan nak jumpa Peah, kenalah tadah telinga dengar leteran dan hamburan kemarahan Mek. Mek kata Peah suka mungkir janji, sampai hati biar dia dan mak ternanti2, bagaimana letihnya dia masak itu dan ini, rugi tak dapat berniaga kerana dok tunggu Peah sehari suntuk. Orang tengah marah ... habis diungkit sikap buruklaku dan cerita2 lama adik iparnya, Peah!
Agaknya tak tahan dengan bebelan Mek, tiba2 anak sedaranya bersuara,
"Mek! Pinjam henpon jap ..."
"Nah. Sibuk budak ni ... ! Eh! Cer kamu tengok kredit aku tinggal berapa? Tak reti2 aku. Terima panggilan oklah."
"Mek! Tengok ni ... Banyaknya misscalls dan mesej masuk Mek tak buka ..."
"Kan aku dah kata tak reti. Kamu tengoklah!"
"Mek, Mek ... ni ha 3 misscalls dari anak Peah. Mesej beritahu mereka tak dapat datang pun ada!"
Pengajaran yang sangat jelas:
Jgn lekas buruk sangka ... setiap yg berlaku, mesti ada sebabnya. Ingatlah ... kita pun bukan 'perfect' mana!
No comments:
Post a Comment