Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

13 July 2012

Kedatangan Bulan Jihad ...

Tatkala baru sahaja menang dalam suatu perang dgn kaum Jahiliah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Kita baru saja menyelesaikan jihad kecil, memasuki jihad yang besar, jihad itu ialah melawan nafsu kita sendiri"
Jihad Besar yang dimaksudkan Baginda s.a.w. ialah kedatangan bulan Ramadhan yg mulia.
Bulan yg sepatutnya melatih kita ...
~ mengalahkan hawa nafsu haiwani yg ada dlm diri, dan
~ meningkatkan mutu insan dgn lebih mendekatkan diri pada Allah s.n.w., serta
~ merapatkan hubungan/tanggungjawab sesama insan (sedekah, solat berjemaah, moreh, zakat fitrah ...) Itu antaranya ...
Bulan di mana ...
~ tertutupnya pintu-pintu Neraka
~ terbukalah pintu-pintu Syurga
~ terbelengulah kaki syaitan
Nah! Rebutlah peluang yg terbuka luas ini
(p.s. peringatan kesekian kali untuk diri sendiri ... huhu)
... pahala ganjaran yg berlipat ganda nilainya atas setiap amal ibadah ...
Peluang untuk jihad dgn diri sendiri ...
~ nak kurangkan layan citer Korea
~ nak kuruskan badan
~ nak diet sihat
~ nak berhenti merokok
~ nak kekal solat berjemaah 5 waktu
~ nak bangun 2/3 malam
~ nak khatam Qur'an
~ nak rebut malam Lailatul Qadar
dan bermacam-macam lagi NAK! Tepuk dada tanya selera ..
Marilah kita sama-sama sambut perintah berpuasa sebulan Ramadhan dariNYA dengan ...
"Sami'na waatha'na" (Kami dengar perintah itu dan kami jalankan)
Dengan seikhlas hati ... sepenuh jiwa raga ... penuh semangat membara
Berjihad melawan .., pelbagai dugaan yg mencabar keliling kita ... yg menggoda nafsu diri.
Agar puasa kita tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya ...
Semoga kita sama-sama berjaya ... kali ini... InsyaAllah. 


No comments: