Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

29 July 2012

Sabtu yg padat ...

Awal pagi
Kacau lempok durian ...
~ habis apa lagi yg dapat dibuat dgn durian selonggok didapur tu. Minggu sebelumnya dah buat tempoyak ... dapat sebalang besar. Kek durian, pengat durian ... dah buat! Beri jiran ... dah! Nak makan? Seulas dua lepas berbuka jer yg terdaya ...
Alhamdulillah pukul 9.00 pagi, dgn peluh membasahi diri (hihi ...), siap!!!
Pukul 10.30 pagi dah berlepas balik PP - ke kampung dan lihat Rumah Biasa2 kami.
Hari ni 'date' dgn tukang siling pulak ... ukur, pilih corak siling kapur yg berkenan dan anggaran kosnya.
~ tukang kata Insyaallah lepas raya boleh pasang. Aminn ...

Tengahari
Singgah rumah jiran lama, ambil tempahan Akok Kemboja.
~ Akok dia diperbuat dari tepung beras, sedap sangat. Khabarnya, ayahanda Sultan Kelantan sekarang salah seorang klien dia! Feveret keluarga Mama juga, esp my doter!
Dah lama tak jumpa (kerana kami yg sentiasa berpindah randah) maka seronoklah bercerita, bertanya dan 'up-dates' khabar berita. Siap dapat jemputan ke majlis pertunangan anak perempuan tunggalnya lepas raya ni nanti. Insyaallah Na.
Tak sedar dah pukul 2.30 petang.
Bergegas pulang ke rumah kedua2 Mak.
Disambut dgn cerita Mak suami luka kaki ... tertimpa gelas! Masa berbuka semalam.
K. Zah (kakak ipar yg jaga dia) hanya sedar bila Mak kata,
"Zah! Air kopi mu tumpah kat kaki Mok ni..."
... K.Zah yg mabuk darah, menjerit dan hampir pengsan ... darah Mak sangka air kopi!!!
Mujurlah jiran sebelah datang tolong cuci luka Mak ... Mak cakap tak terasa sakit sikit pun!
Mak oh Mak! Relax jer dia tunjuk bekas luka dikaki pada kami ...

Petang
3.30 petang, jumpa tukang rumah pula ... bayar upah.
Terus ke kedai pembekal, bayar bekalan2 (berkaitan pembinaan rumah) yg diambil sepanjang minggu sudah.
By then ... we (the golden pair) are feeling the heat of our today's marathon.
Sepanjang jalan ... kereta banyak pula. Ada dua tempat jem ... kemalangan jlnraya.
Sudahnya ... hampir 6.00 ptg baru sampai PM.
Hari ni ... beli jer lauk2 untuk berbuka.
Mama dah tak daya nak masaknya ... tu pun dapat sisa2 jualan sbb dah petang
Peniaga2 mula berjualan seawal pukul 3.00 ptg ... syukur dgn rezeki yg ada.
Kami akur ... ini antara tujuan puasa, bersyukur dgn apa yg ada ...
Merasai perit, lapar dahaga juga derita ... mereka2 yg tidak tidak senasib kita
Kita ... yg boleh beli dan makan apa2 ... setiap masa ikut selera!
MasyaAllah ...


No comments: