Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

08 July 2012

Lain dicari lain yg dapat ...

Kami hendak cari lampu untuk 'Rumah Biasa-Biasa' kami ...
Kedai yg disyorkan sedara ... tak pernah pergi ... berjam mencari.
Dah jumpa, "Sori ...barang tu tiada dikedai kami ini! Kena pergi kedai kami yg satu lagi ..."
Aduss ... Dah la kenyang makan 'langsat' dan 'jem' nak sampai sini, jalan jauh sbb susah parkir ...
Sebab semput tak habis lagi (hehe ...), minta izin tuan kedai rehat jap ... lepaskan penat lelah
(dah tua2 ginilah ...)
Mata perempuan ... tak sah kalau tak melilau 'survey' barangan yg ada (^_^)
Tup tup ... mata Mama tiba2 ter'lock' kat satu barang
... hati berbunga2 gembira ... akhirnya jumpa jua ...
Mata tauke kedai ... capat tangkap potensi $$$$
Cam tau-tau pulak ...
"Budak2 memang suka makan ni. Anak2 saya pun. Saya sudah angkat satu ... berbaloi beli maa"
Dalam hati, MESTI BELI!!!
"Saya kasi murah2. Kasi resipi lagi ... amacam?"
Pandang suami dgn wajah paling ayu (hak hak ... koya), pastu main angkat2 kening ...
"Berapa tauke? Kira cincai2 la ..."
YES! YES!
Akhirnya Mama dapat 'Waffle Maker' yg diidam sekian lama
(maaf kalau pembaca ingat benda ribuan ringgit ...)
Amar dan Muaz pasti gembira ...
Bulan puasa ni tambah satu lagi resipi bersahur mereka ... WAFFLES!!

p.s. Mama sebab teruja telah beri resipi penkek dan akok ada isteri tauke tu sebagai tanda terima kasih atas resipi 'waffle' darinya. Dia janji akan 'status update' bila jumpa 'cupcakes maker' ... Rupa2nya kami serupa, suka masak benda2 'simple & easy' ... Dah cuba nanti, Mama akan kongsi hasilnya. InsyaAllah!

Terima kasih Ayahnya kerana faham isi hati wanita.
Beli tanpa banyak bicara ...
Bukan untuk siapa,
Untuk gembirakan anak2 kita juga ...


No comments: