Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

27 March 2019

Alumni Semenza Grand Réunion 2019 ...

Still reeling from the wonderful and glamorous Alumni Semenza 2nd Grand Réunion last Saturday. Mama did hesitate about going ... feeling unsecure and 'rendah diri'. But hubby's encouragement and the thoughts of meeting former schoolmates and teachers again won over.
Mama will let the pictures do all the talking 😊😍



Meeting old friends from batch 1976, 1977 (Mama) and 1978 was surreal indeed. All the titles, pangkat, darjat were forgotten. We're transported back into those sweet 17 years. Admist speeches, performances from the 70's to the 20's, lucky draws and 5 course Chinese dinner ... nobody sat still. Moving and gathering from tables to tables, saying hellos, catching up latest news, the selfies, welfies, group photos ... occasional laughters and squeals from here and there. It was indeed a fantastic event cum gathering.
Our former teachers ... they're still the best and nicest teachers ever. Still the same after all these years. Thank you Pn. Siti Aishah, Pn. Tengku Azwan, Mrs. Chin, Cg Omar, Cg Mokhtar, Mr Gopal, Mr Wong, both Mr Teoh (Physic), Mr Teoh (Add Maths), Mr. Tan and Cg Wan Zakaria for coming over and gave us the chances to thanks you all again in person. Same goes to all our former beloved dedicated teachers. We became what we are today because of you.
Love it when one of the guest performer and also ex Zainabian, singer Nora (90's batch) lead the familiar and routine greetings that we wish our teachers at the end of every class. As we all stand up that nite,
"SELAMAT MALAM CIKGU!" and "TERIMA KASIH CIKGU!!" choruses unisonly permeated the big hall that houses around 100 teachers (former and present) and 900 plus alumnis from batch 1965 to 2018. Mama still getting goosebumps when recalling it. A successful and grand reunion indeed!!
That nite, Mama left the hall tho' reluctantly ... yet feeling elated, nostalgic, proud and glad.

p.s. Thank you dear hubby and Amar for being so supportive, understanding and being my chauffeur for that nite. Saranghea ... ❤️❤️❤️

Note:
Semenza stands for Sekolah Menengah Zainab. It is situated in Jln Telipot, Kota Bharu, Kelantan.
(During Mama's time, we're known as Zainabian).

History:
ZS, SMZ  ... was first established in 1937 as Govt. English Girls School for the Royals and high status family only. Later in 1953, the school was open to all as Zainab Girls School. Named Zainab Sec. School in 1958 and later Sek. Men. Zainab in 1968. Presently known as SMK Zainab 1.

18 March 2019

Ingatan ... Air tangan anak2

Itulah yg tinggal kini  ...
Ingatan manis ketika anak2 belasan tahun, masih sebumbung dengan kami.
Ingatan kepakaran memasak masing2  ... yg hingga kini tiada siapa2 dalam keluarga kami dapat tandingi.

Air tangan mereka!!
.
.
.
Tiada siapa dapat tandingi Maggi Kari Telur Hancur yg Abe (sulung Mama) buat. Mama, adik2nya dah cuba buat, tapi memang tak sama dan sesedap yg Abe masak. Hingga kini, kalau Abe balik, Mama pinta dia masak 'specialty' zaman remaja dia ni.
Tiada siapa yg dapat tandingi roti bakar disapu mentega dan tabur gula arwah Angah (Al Fatihah buat anakanda yg Mama rindu sokmo).
Hingga kini, jika Mama buatnya, pasti terbayang2 wajah bangga dan sengih sampai sepek mata Angah bila Mama atau Ayahnya pinta dia buatkannya untuk kami, bila dipuji sedap roti bakar ni.
Tiada siapa dapat tandingi nasi goreng ayam bersos tomato kicap Kcik. Licin kuali setiap kali Kcik masak nasi goreng 'dia'. Mama dah 'try' masak, tak pernah jadi. Dok perati masa dia masak, senang jer  ... namun 'fail' setiapkali. Itu 'verdict' dari adik beradik dia dan Ayahnya. Hihi ...
Tiada siapa dapat tandingi kek marble Anas, no. 4 kami. Mama yg beri resipi, tapi bila dia buat  ... 'moist', gebu amat, Dan 'crunchy' jer kerak tu. Padahal dia bukan pun ikut 'steps' yg diberi. Dia main campur dan gaul semua sekali. Hingga masa kolej pun kek dia femes sekali (siap bawa oven kecik lagi 😅).
Si no. 5, Mr. Cool Mama  ... 'garlic bread' dia, Mama bagi ⭐⭐⭐⭐⭐. Dia minta Mama ajarkan sebab dia suka makan dgn 'mushroom soup' (beli yg dlm tin/packet, senang jerr). Jika Muaz balik, merasalah makan 'garlic bread' cicah 'mushroom soup' tanpa perlu ke Pizza Hut ...
Si bongsu ... sehingga kini, nak masuk usia 16 tahun dah ... tak nampak apa yg diminati bab masak memasak ni. Yg boleh puji, biskut kraker hancur gaul susu pekat yg dia buat memang sedap dan lain dari yg abang2, kakak dia buat. Mr. Cool pun puji. Ok lah tu.
p.s. Mama dok ternanti2 'request' dari Amar suruh ajar masak apa2 yg dia suka dan nak buat sendiri. So far ... ellekk!!!

Itulah ... Walau ianya menu yg biasa2 saja, bagi Mama tiada tandinganya.  Tiap kali Mama masak/buat yg seumpamanya  ... pasti teringatkan air tangan mereka.
My kids are the best!!!. Guess that's what every other moms think of their children ... right?

Nota: Mama nukilkan nostalgia ini semua sementara ingatan Mama masih baik .....

12 March 2019

Belajar menjahit diusia tua ....

Ingat tak 14/2 lalu Mama ada menulis antara 'teaser Bucket list' Mama ialah belajar menjahit.
Minggu lepas, usai kelas Qur'an, kami dok la bercakap2 tentang mahalnya upah jahit baju sekarang. Dah la mahal, lambat siap dan kadang2 tidak memuaskan hati (antaranya singkat, zip sebelah lain, kain berkaki herot letaknya ...).
Tiba2 guru Qur'an kami menawarkan diri untuk mengajar kami bertiga  jahit baju kurung dan jubah. Dari 3 kelas seminggu, sehari dikhaskan untuk kelas jahitan.
Allahu  ... Pucuk dicita ulam mendatang. Kecik tapak tangan nyiru kami tadahkan.
Semalam  ... kelas pertama bermula. Seronok sungguh Mama. Hari pertama belajar ambil ukuran baju kurung. Kurung asli, modern dan kurung riau. Minggu depan belajar lukis pola/paten atas kertas. Lepas tu potong kain ikut pola sendiri. Akhir sekali jahitan dan kemasan. Tak sabar nak lihat hasil tangan sendiri.
Syukur yang amat Allah makbulkan impian melalui guru Qur'an kami yg serba boleh ni.

Kelas mengaji dan menjahit kami
terletak di atas wakaf terbuka. 

Punyalah teruja, lepas kelas terus ke kedai kain Zaleha (cawangan kedua). Beli 2 pasang. Satu untuk baju kurung, satu untuk jubah.
Percaya tak Mama hanya bayar RM20 untuk 2 pasang kain ni? Ya  ... hanya RM10 sepasang!! Rezeki kedai cawangan baru buat jualan buka kedai.
p.s. usia bukan penghalang untuk belajar, mencuba sesuatu yg baru.
Just do something to keep your brain functioning, to keep you happy, to make yourself useful  ...


09 March 2019

Bila tua, cepat rajuknya ...

Mudah benar terasa  ...
Terlalu sensitif  ...
Betul ka sinonim bila dah tua??
Cerita nya begini.
Semenjak episod Mama kena 'mild heart attack' dan Ayahnya pula dengan masalah prostat  ... kami cuba seboleh mungkin amal gaya hidup sihat.
Dan tugas Mama pastikan bekalan buah2an harian tidak putus ...
Suatu hari, usai kelas Al Qur'an, Mama singgah disebuah gerai buah2an.
Setelah beli nanas, ternampak limau madu  ... kesukaan Ayahnya.
Lalu Mama pun bertanyalah dengan anak muda yg menjaga gerai,
"Manis ka limau madu tu? Limau tempatan atau dari Siam*?"
*(oghe Kelate dah terbiasa sebut Siam utk Thailand)
Sambil pandang Mama, dengan suara agak tinggi dan serius dia kata,
"Beso make ko dok lima tu. Beso make ko dok!!?"
*(Biasa makan ke tak limau tu)
Terkejut dan terkedu Mama.
Terus tak jadi nak beli.
Terasa hati sangat dengan kekasaran bahasa dia.
Apa salahnya jawab apa yg ditanya. Tidak pun bagi rasa seulas dua sebagai promosi.
Mama terus kata, "Tak apa lah ...."
Cepat2 ambil bungkusan nanas yg dah dibeli dan keluar.
Ruginya dia. Gerai strategik doh tempatnya. Buah2an pun pelbagai jenis ada - tempatan, import, jeruk dan kering.
Yg kurang ... cara layan pembeli!!
Lepas hari tu, setiap kali lalu depan gerai tu, Mama akan ingat kembali peristiwa hari tu.
Serik!!
Geram!!
Ikut nafsu .... nak viral jerr.
Tapi hati kata ... biar lah.
Mungkin dia 'bad mood' hari tu. Husnuzon  ...
Makcik tua ini masih waras. Hihi ...

p.s. ... and don't think Mama will be frequenting his stall again in near future.

Nota untuk orang muda;
Ingat lah  ... jika umur panjang, kamu juga akan tua. Layanlah kami sebagaimana kamu mahu dilayan kelak nanti. Tidak pun, bayangkan ibu ayah kamu ditempat kami. Bagaimana kamu mahu mereka dilayan, begitulah kamu sepatutnya melayan ibu bapa orang lain juga.



01 March 2019

Perancangan DIA ...

Pagi Khamis ...
Ayahnya bertolak ke KL dgn penerbangan pagi.
Dalam masa yg sama juga, Amar sibongsu ... selepas majlis persaraan Guru Besar sekolah dia, terus ke Kem PRS hingga Sabtu.
Lalu  ... 
Mama sudah membayangkan tinggal bersendirian, setelah sekian lama semenjak Ayahnya pencen. 
Terasa tidak bersedia, 'really at this age'.
Dan membayangkan terpaksa membenarkan PYO dan BAMBAM bermalam didalam rumah menemani Mama buat pertama kali!!!

Allahu ...
Petang Rabu, doter WhatsApp 'otw', bertolak pulang dari Maran ke Rumah Biasa2. 
Maknanya doter, menantu dan cucu2 lah yg menemani Mama hari Khamis dan hari ni. 
(p. s. Menantu dapat cuti ... balik untuk sambut bonda dia yang pulang dari umrah hari ini. Malam ni mereka bermalam dirumah besan).
Tak apalah sebab petang ni, Jumaat, Ayahnya dah balik dari KL. 
Begitulah perancangan DIA.
Allah Yg Maha Pemurah. 

"Maka nikmat Tuhanmu yg manakah yg kamu dustakan?"
- (Surah ke 55 Ar-Rahman)