Pages

Labels

Ceritalah (238) Me (139) diari ibu (136) kucing (67) Amar (61) Pesanan (61) Resipi (61) Rumah Biasa2 (36) Kebun Biasa2 (31) Yg Tersirat/Tersurat (30) cerita lama (21) Jalan-jalan (17) Jodoh (17) 3R (14) Lawak sikit (9) Puasa (8) PETUA (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Cucu (3) Haji (3) Migraine and I (3) ipoh (2) Nature (1)

30 September 2012

Bila dah 5 siri ...

Besday Ayahnya coming soon ... and smack on Muaz's first day PMR exam
Rasanya kalau ada celebration pun, kena tunda ... 
Lagipun peperiksaan akhir tahun pun area tu juga!
Ayahnya kan kisah pun (rasanya ... hehe)
Lagipun semenjak memasuki era 5 siri 2 tahun lepas, benda2 gini dan cam tak signifikan lagi.
Yang paling utama, masih sihat dan masih boleh ke sana sini ...
Masih boleh makan itu dan ini ... pun kena berhati2, huhu
Juga, Alhamdulillah sehingga kini, kami masih tiada tanda2 penyakit 3 serangkai
... darah tinggi, kencing manis dan jantung ...
Cuma ... uban makin galak menonjol diri,
Kakitangan dan badan ... agak stiff setiap kali bangun pagi
Tumit pun mula sakit2, kalau banyak berjalan
Lengoh lumpuh segala sendi kalau travelling, drive sendiri
Mama pulak, takleh berdiri kat dapur lama2 ... sakit pinggang dibuatnya
(p.s. bukan alasan malas masak ke?  kua kua) ... betul ni, dosa tipu kan Amar?
Makan nasi, kalau lauk ikan ... dah tak berapa nampak tulangnya
Dalam pinggan tu, semua nampak blurr!!! OH MY EYES ...
Dah sendiri merasa, baru teringat kat arwah ayah ... mesti dia pun gitu juga
Teraba2 makan nasi dengan lauk ikan, yg sepatutnya kami asingkan isi dan tulangnya
Maafkan anakmu Abah ... kami tak mengetahuinya.
(Moga rohnya ditempatkan bersama2 hambaMU yg soleh. Aamiinn ...)
Nampak gaya kena beli ikan besar2 ajelah lepas ini ... hehe
Nak makan ikan terubuk kena pakai spek baca ... kalu tidak, naiya!!
Itu antaranya ciri2 warga 5 Siri .... 
Ada banyak lagi  ... nanti Mama sambung lain kali. Dah lupa apa nak cerita .. huhu. Itu juga antara tanda2nya ... LUPA!!

26 September 2012

Rumah ... fasa mengecat

Dalam katalog cat, kombinasi warnanya sungguh sepadan  ...
Kami semua sepakat, itulah warnanya  ... memandangkan kebanyakkan rumah sekitar kami adalah warna kehijauan, keorennan, cream dan warna tanah.
Kami mahu lain sikit supaya senang kalau sesiapa nak datang ...
"Carilah rumah yg warna cam Bank Islam ? Huhu ..."
Sebenarnya, realiti warna yg dipilih dalam katalog yg nampak ok dimata,
beginilah bila siapnya ... ia tak sama, tapi ... oklah tu.
(p.s. dah ada kucing yg kenen nak adpot kami nampaknya ... hehe)


25 September 2012

Jodoh ... ketentuanNYA

Rasanya semua anak semasa kecil akan berkata begini, sebagaimana Amar semalam ...
"Mama! Bolehkah Adik tak nak kawin besar nanti? Adik nak jaga Mama dan Ayah!"
Hahaha  .... Mama gelak (dalam hati ajelah), tapi sambil senyum Mama beritahu Amar,
"Kawin tu sunnah Nabi SAW. Nanti boleh ramaikan umat Islam kat bumi ni ..."
Mama jelaskan lagi, sunnah tu ialah perbuatan Nabi Muhammad SAW yg dia suka umatnya, kitalah tu, ikut ...
"Habis siapa nak jaga Mama dan Ayah nanti? Masa tu Mama dan Ayah dah tua ..."
"Nanti semua gilir2lah jenguk Mama dan Ayah!" (kalau Mama dan Ayah masih panjang umur untuk lihat Amar kawin ... )
Begitulah ... insyaAllah anak2 Mama akan begitu.
3 perkara yg Allah SNW telah tetapkan sebelum kita lahir ke dunia:
... rezeki, kematian dan jodoh ...
Bagaimana rezeki, kematian dan jodoh itu berakhir ... kita boleh tentukannya.
Bukankah Allah SNW telah nyatakan bahawa usaha dulu, baru tawakkal.
Allah SNW tidak akan mengubah nasib seseorang itu, melainkan orang itu sendiri berikhtir ubahnya. Memang si A itu sudah jodoh kita, tapi kita boleh berdoa agar Allah SNW beri taufik dan hidayah kepadanya agar dia kelak mempunyai ciri2 pasangan yg kita mahu.
" Ya Allah, kau kuatkan hatiku ini di kala hatiku se akan2 memberontak untuk dikasihi olehnya. Kuatkan imanku sekuat-kuatnya agar dapat aku menjaga pandanganku drpd panahan syaitan durjana. Hadirkanlah seorang pasangan dalam hidupku seandainya telah tiba saatnya untuk daku mencintai sesiapa dalam hidupku. Maka Kau letakkanlah cintaku pada sesiapa yg mencintai Mu lebih drpd dia mencintaiku. Dan daku berjanji akan mencintai dia melebihi daku mencintai diriku sendiri kerana dia adalah amanah untukku.
Namun Ya Allah, seandainya telah tiba saat itu, Kau jagalah hubungan kami dengan sebaiknya agar tidak berlaku perselisihan faham yg membawa kepada pergaduhan besar. Setiap pernikahan tidak akan dapat lari drpd perselisihan faham, namun kau jagalah hati kami agar kami dapat menyelesaikannya dgn mudah mengikut cara yang disuruh oleh Mu dan oleh kekasih Mu, Muhammad SAW ...."
Doa kredit: Majallah MIDI Bil. 93 ms 100 - 101

Pun begitu, kita sendiri hendaklah terlebih dahulu berusaha untuk menjadi calon pilihan terbaik juga untuknya kelak. Dan tentunya nanti, pohon yg baik akan hasilkan buah2an yg baik juga. Yakinlah!!!

23 September 2012

Chi tak sunyi lagi...

Antara Popo, Mr dan Sri, Amar paling sayang Sri.
Paling kecik, paling manja, pantang pintu rumah terbuka ... dialah yg dulu terkam masuknya. Dan ... paling kuat makan. Yg pertama ngadap makanan ... dialah juga yg akhir sudah makan.  Setelah sakit sekian lama, dah nampak tanda2 badannya makin bulat dan montel ...
Dan kegemarannya tidur di bawah kereta juga menjadi sebab kematiannya pagi semalam.
Esok, sepatutnya genap 5 bulan usia Sri ... tapi sudah ketentuanNya
Sri hanya pinjaman kami sehingga pukul 10.30 pagi semalam ...
Saat Ayahnya undurkan kereta untuk ambik Muaz dari kelas tambahannya.
Bergetar suara hubby beritahu dia dah langgar Sri ... tak sengaja!
Mama of coz tak sanggup nak lihatnya ... suruh Ayahnya saja uruskan Sri.
Amar ... dia yg paling kecewa. Terus lari masuk ke dalam bilik setelah lihat Sri sudah tiada!!! Menangis teresak2 ... hinggakan Mama pun turut hiba.
"Adik sayang Sri!" ratapnya dalam esak tangis tatkala Mama pujuknya.
"Semua sayang Sri ... tapi Allah lagi sayang. Sri Allah bagi pinjam pada Adik saja ... dia Allah punya. Allah ambil baliklah hak Dia ..."
"Allah marah kat Adik ke?"
MasyaAllah ... ke situ pulak Amar fikirkannya.
"Adik! Setiap makhluk yg Allah cipta, telah Allah tulis bila lahirnya, camana rezekinya dan juga bila matinya. Semua itu tak boleh ubah. Semalam, tepat jam 10.30 adalah detik akhir hidup Sri .... Ayah hanyalah penyebabnya. Kalau bukan Ayah yg undur kereta, mungkin Mama ... semua itu kehendak Allah. Bukan sebab Allah benci, marah pada siapa2."
Sambil kesat airmata dan bersandar pada Mama, Amar cerita bagaimana Sri manja2 dengan dia masa Amar beri mereka makan pagi tadi. Mama kata mungkin itu tandanya Sri  nak beritahu dia sayang Adik. Dia terimakasih sebab Adik sayang dia, jaga dia, main dengan dia, dan tak pernah pukul dia .... Lalu terlerai lagi airmata Amar, terhenjut2 bahu menahan esak tangisnya. Kesian ... Amar baru faham erti kasih sayang sesama makhluk Allah. Dulu masa Nestum dan Horlick (adik beradik Milo, ayah Sri), dia tak sesedih ini.
"Mama rasa Sri gembira, sebab dapat jumpa abang dia Chi. Chi tak sunyi lagi ... pastu ada Nestum, Horlick, Vanilla ... dan Potam. Wah ... mesti seronok!"
Bulat mata Amar pandang Mama. Ada senyuman terukir dibibirnya ... lega!
"Adik harap Sri beritahu Allah kita sayang dia. Kita jaga dia baik2 kan Mama?"
InsyaAllah Dik ... InsyaAllah!!
p.s. pagi tadi sebelum ke sekolah, Ayahnya riuh beritahu Muaz dan Amar jaga kucing masa dia undur kereta. Fobia semalam agaknya ... huhu
Amar pula, doa Allah jaga Sri dan yg lain2 di sana. Minta arwah Angah dan Tok Wannya dapat jumpa mereka juga ... dan moga semua dapat jumpa disyurga nanti. (Aaminn ...)

19 September 2012

Maraton tarikh luput ... lagi!

Ini N3 minggu lepas. Tak publish sebab masaalah broadband  ... dahlah slowmo, sekejap ada, sekejap takder  .... cam iklan sekut tu. Tapi nak publish juga sebab mana tahu ada yg teruja tengok puding yg comel lote ni ... yg Mama gerenti sodappp!!!!
Layan je lahh ... (^_^)
Beginilah kalau asyik membeli, kurang memakannya ...
Roti, pisang  ... cepatlah nak expire
Cerita sama, cuma menu berbeza.
Pagi tadi dah siap bancuh adunan, nak buat jemput pisang
Untuk minuman petang ...
Puding roti, pun dah pun Mama siapkan
Cuba resipi dari blog Ita, yg bagi Mama artis masakan
Resipi dia semua mengujakan, sebab cara dia present dlm foto2 tu ...
So creative and artistic! Frankly. Tak caya visitlah blog dia di
Petang ni sebaik balik dari ambil Muaz, ingat nak gorenglah jemput pisang
... tup tup ... gas habis pulak. Hari hujan ... baru satni budak datang hantar gas yg Mama pesan. Alang2 dah start blogging, biarlah Mama sudahkan.
Kejap lagi boleh gorengkan dan terus masak ayam kicap yg Amar mintak!
Nak tunjuk Puding Roti yg dah siap ... amacam nampak sedap?
Memang sedap dan senang buatnya ... tapi jgn terkejut!
Dek kerana nak present foto puding biar nampak lawa ...
Foto seterusnya realiti yg jadi pada keseluruhan puding Mama ... huhu! Lunyai ...


Hari ini adalah milikku ...

Terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur. (Al-A'raf : 144)  
Menangisi semalam yg telah berlalu  ... memikirkan hari kelmarin yg bercelaru ...
Sememangnya menyesakkan dada, mengundang duka ...
Juga ... merenung dan mencatur hari esok yang belum tentu datang
Peningkan diri sendiri ... walhal ... hari ini masih panjang!
Ya Allah  ... berilah hambaMu ini kekuatan
Memusatkan seluruh perhatian dan kemahiran, untuk hari ini
Mempersembahkan kualiti kehidupan yg paling terbaik dan penuh kesyukuran
Supaya hambaMu ini tidak memikirkan ... dan masih tersepit antara dua kehidupan
... masa lalu dgn pelbagai kepayahan, kegundahan dan kesedihan
... masa depan yg penuh ketidakpastian dan seringkali merisaukan
Hari ini adalah milikku ... yg terbaik dari hari2 yg telah berlalu
Semalam yg pergi ... suka duka masa lalu
... ambillah iktibar darinya.
Esok yg kedatangannya masih belum pasti,
... usah terlalu yakin mencatur itu dan ini.
Hari ini ... yg sedang dilalui ...
Ucaplah kesyukuran masih bernafas lagi ...
Masih dapat bersama insan tersayang ...
Masih dapat menikmati rezeki pemberian Tuhan ...
Lihatlah sekelilingmu ... berhenti sejenak untuk berfikir
Bagaimana engkau mahu ... menghabiskan
Hari ini ... milikmu itu!

18 September 2012

Terlerai sudah ...

Syukur kepadaNya tatkala mendapat berita, dia sudah berpunya!
Walaupun tidak dapat hadir majlis perkahwinannya ... dek faktor masa dan jarak,
ucapan kesyukuran dan tahniah ... moga bahagia ke akhir hayat tanda redha.
Undangan ke majlis sambut menantu sebelah pasangannya, buatkan hati tak keruan ...
Perlukah hadirinya? Tabahkah hati menemuinya? Sedihkah melihat kini dia sudah ada penggantinya?  Resah hati ini memikirkannya ...
Akhirnya pasrah juga ... dua anak dan emak yg turut serta, digagahi jua untuk ke sana
Perjalanan dari Kg. WLC, merentasi P. Mas, Meranti, Kg. Bunohan utk ke Kg. Geting, Tumpat, mengundang pelbagai andaian ... membuat hati sungguh tak keruan.
Sambutan dan layanan mesra dari keluarga pengantin, meredakan debar dihati ..
Sebaik bersua dia disisi pasangannya ... airmata bercucuran turun tanpa diminta ...
Kami berpelukan, esak tangis ... tanpa mampu berkata2
Gembira bertemu semula, setelah sekian lama ...
Hiba mengenangkan arwah anak kedua pernah bertakhta dihatinya
Lega dan gembira kerana sudah ada pengganti ...
Sejenak, terdetik jua ... dia hampir menjadi menantu Mama ...
Jelas ketara kemesraan, keserasian dan kebahagiaan mereka berdua ...
Alhamdulillah ... Mama doakan jodoh mereka kekal ke akhir hayat
Alhamdulillah ... terlerai sudah kerisauan Mama


14 September 2012

MILO ... apa ni?

Semenjakduamenjak ni Mamamiow memang busy dgn satu benda ni ...
Benda tu cam buku je ... tapi bila dekat ca m tv xss pun juga ...
Buku tu hot item punya ... sebaik terletak, zuppp Papamiow guna ...
Papamiow letak, Muaz cepat2 amiknya ... Amar pun ralik juga bila dapat kat dia!
Hmmm ... apa ke bendanya, nak kena siasat dekat2 ni ....
OK ... sikit lagi, Mamamiow tengah kusyuk tu .... slowly, slowly ...
FLASHHH !!!??? MIOUWW ...

12 September 2012

Disebalik rupa yg cantik ...


p.s. sedang bersiaran dari bandar PM  ... testing broadband Mama. Hehe  ...








Slow mo week ...

It's been a frustrating week for me  ....
Tho' I'm in the mood to blog, this broadband of mine ... isn't
It is putting on it's snail shoes ... A G A I N !!! fot the umpteenth time.
I can only write but not load the many intresting pictures I had captured ...
to beautify and glorify this so-so blog of mine.
Been trying since yesterday and day b4 to load the pictures ...
Alas ... gerammmnya ....
So ... this is my melepas geram (venting my frustration) N3!!!
All that are now in the draft mode!
"Honey ... bila nak gi repair my PC?"
p.s. blogging via tab is also stressful for me yg buta teknologi terkini ni. Duhh!!

09 September 2012

Willam dan Kate, Makan Angin dan London Bridge ...

Minggu depan Prince Willam dan Kate akan datang ke Malaysia, a lovely couple ... dimata Mama.  William juga ingatkan Mama kepada ibunya, Diana.
Yang menawan dan Mama antara peminatnya yg turut tertawan dgn cerita hidupnya.
Well not all fairy tales end with ... "and they live happily ever after ..."
Sebab dalam mana2 perkahwinan, yg "after" itulah yg mencabar segalanya,
Kekuatan cinta, iman, kesabaran ... ianya tak semudahnya yg diinginkan.
It takes two to tango .... bertepuk dengan dua belah tangan, baru berbunyi ...
Ia juga menggamit nostalgia zaman kecik2 dulu ...
Bila ayah cakap nak pergi makan angin ... kami amat seronok sekali
Makan angin ke pantailah yg paling kami suka selepas ke Pulau Pinang ziarah keluarga sebelah Mak.
Makan angin juga bermakna kami akan nganga mulut seluas-luasnya setiap kali memulakan perjalanan dan 'makan angin" sepuas-puasnya .... sambil ketawa! (^_^)
Dan setiap kali melalui jambatan, kami akan menyanyi ..
London Bridge is falling down, falling down
London Bridge is falling down, my fair lady ...
Menyanyi sepenuh hati, penuh gembira ...
Mak dan Abah kadang2 join sama ... ia macam tradisi kami kecik2
Bila naik kereta ... tak pernah puas, hinggalah kami jejaki sekolah menengah
Dan seorang lepas seorang tinggal diasrama ... ia satu nostalgia.
Kama, Anum, Lin dan Munif ... ingatkah mereka itu semua?
Bila Mama ceritakan ini pada anak-anak masa mereka kecil,mereka cuba tirunya
Tapi tak lama ... dan lagu yg mereka nyanyi pun dah dialih bahasa ...
Jambatan telah roboh, telah roboh
Jambatan telah roboh ... habis cam mana?  (^_^')

06 September 2012

Rumah Biasa2 ... September

Dah masuk bulan ke lapan pembinaan Rumah Biasa2 kami.
Terasa ianya semakin rumit ... semakin memerlukan masa dan tenaga kami.
Fasa kemasan dalaman telah bermula ...kerja2 pemasangan siling hampir siap.
Tukang paip dan jubin kami mula beropersi ... pantas!
Dan kami yg amat2 naif dlm hal2 ini macam rusa masuk kampung ...
Belajar dari ABC, 123 ... memilih jubin2 yg sesuai serta perkakasan2nya.
Rupanya tidak sama jubin utk lantai dan dinding bilik air ... ada bezanya.
Begitu juga lantai dapur, dindingnya, kabinet dapur basah - atas, dalam dan luarnya.
Memang memeningkan kepala ... terutama bila berada dikedai jubin.
MasyaAllah ... banyaknya pilihan corak dan warna.
Rambang mata melihatnya ... mulalah pening nak pilihnya.
Semua berkenan ... dan mulalah nak lari dari apa yg telah dirancang.
Mujurlah Big Boss halang ... dan sound budget yg ada ... huhu
Jarak Rumah Biasa2 dan tempat kami diami sekarang juga memberi tekanan.
60 km pergi dan 60 km balik ... itulah jarak ulangalik yg memakan masa dan tenaga kami.
Memilih untuk membeli sendiri keperluan menyiapkan rumah kami jg sesekali terasa membebankan dan peningkan kepala kami.
Tapi Alah bisa tegal biasa ... melihat progres mutakhir rumah ini semalam ...
Hilang segala kepenatan, kesusahan dan apa saja yg memeningkan!
Berbaloi segala yg telah diusahakan ... syukur Alhamdulillah.


05 September 2012

Amar dan pusar dua ...

Amar baru tahu dia ada pusar dua dikepala.
Amar baru tahu Bebe (Muaz) satu jer pusar dikepala.
Amar juga baru tahu Abe dan arwah Angah juga ada 2 pusar dikepala.
Amar juga baru tahu, K. Cik dan Anas ada 1 pusar je macam Ayahnya dan Mama.
"Mama! Ustaz cakap orang ada pusar 2 kawin 2 ... betul ke?"
"Ustaz gurau jer tu ..." (-_-') ... huhu
p.s. cer tengok siapa2 yg ada isteri 2 tu, pusarnya berapa? hehe ...
Ada juga orang kata kalau pusar 2;
... degil, nakal dan lasak
... kalau bela ayam, kambing, lembu, menjadi
Entahlah, tiada lagi anak Mama yg kawin 2
Degil, nakal, lasak masa kecil ... memanglah. Namanya pun budak ..
Rasanya semua anak2 Mama mendengar kata ... hormat ibubapa dan orang tua
(hehe ... puji anak sendiri. Kan kata2 ibu itu doa!)
... pusar 1 ke, 2 ke, 3 ke ... didikan ibubapalah yg corakkannya.
Mungkin kalau kita percaya, taksub dgn sesuatu benda, ia kan jadi nyata.
Jadi ... perlu waspada apa yg kita dengar dan baca. Takut gelincir akidahnya ...
Jatuh syirik pula ... Naauzubillah!
Jom kita tengok pusar 2 Amar ... (^_^)


04 September 2012

Pengorbanan ...

Ini cerita benar:
Kisah ini berlaku sekitar awal tahun 80an.
Pengorbanan seorang ayag seorang diri membesarkan anak lelaki tunggalnya setelah kematian isteri. Dengan izin Allah dan penat jerih membuat pelbagai kerja kampung, anak yang ditatang bagai minyak yg penuh berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Bangga si ayah tidak terkira kerana menjadi buah mulut seluruh kampung dan sanak saudara kerana kejayaan anaknya itu.
Walaupun sunyi kerana anak jauh nun di sana, anak sering mengutus berita. Surat2, anak2 jiranlah yg tolong baca kerana si ayah tak pernah bersekolah, tak tahu membaca. Gembiralah si ayah mendengar pelbagai berita dan cerita dari anaknya. Gambar2 dikirim menzahirkan suasana ... terloponglah si ayah dan jiran tetangga melihat keindahan dan kemajuan negara omputih tu. Salju nan putih, dedaunan pelbagi warna di musim luruh, bunga2an yg pelik dan cantik, makanan yg tak pernah dilihat di sini dan warna kulit, rambut dan mata mereka pun pelik2!
Masa berlalu pantas, si anak mula jarang2 mengirim berita. Sibuk dengan belajar dan periksa ... si ayah memujuk dirinya. Jika pun ada berita, adalah kerana minta si ayah kirim duit kepadanya. Tahun akhir banyak belanja ... itu alasannya. Maka si ayah yg semakin tuan pun kirimlah semua simpanan untuk naik hajinya, tak mahu pengajian anak harapannya tergendala. Mahu penuhi pesan arwah isteri agar anak berjaya ke luar negara dan berjaya.
Tamat pengajian, si anak tak pulang2 ... mahu bekerja cari pengalaman di negara orang dulu. Nanti pulang nak kerja sendiri, ada syarikat sendiri. Si ayah senyum meleret ... beritahu semua orang anaknya kerja di negara omputih!
Suatu ketika, anak jiran sekampung datang bawa berita. Si anak dah kahwin dengan anak orang kaya. Ditunjukkan gambar dan cerita mengenainya yg tersiar dalam majallah semasa. Terkejutlah si ayah, pilu seketika ... kerana dia tidak diberitahu oleh anaknya berita gembira itu.
Setahun selepas itu, si ayah mendapat surat dari si anak minta datang segera ke Amerika. Urgent sangat bunyinya. Lalu si ayah jual semua lembu kerbau yg ada buat tambang dan urusan ke sana. Riuhlah sekampung, Poksu ke luar negara ... siap berkot dan seluar buat pertama kalinya.
Setahun berlalu, Poksu kembali jua. Tapi dia bukan Poksu yg dulu .... jauh ketara perubahannya. Semasa pulang dihantar orang, entah siapa, dengan kereta besar pula. Poksu masih ke sini sana, heret tali2 lembu kerbaunya (tali sahaja) sambil meracau2 nak jualnya, nak hantar duit kat anak, nak naik kapalterbang ke Amerika, nak jaga cucu ... begitulah setiap harinya. Orang kampung hanya geleng kepala, simpati dan kesian padanya. Anak kesayangannya tidak pernah pulang menjenguk dia ... jauh sekali bertanya berita.
Kawan2 sekampung yg bekerja di ibukota bercerita,si anak sudah jadi orang ternama, kaya dan amat berjaya. Bergelar Dato', isteri anak menteri rupanya. Kawan2 cuba hubungi, maklumkan perihal si bapa yg tiada siapa nak urusi ... susah sekali, perlu buat temujanji dan beri maklumat peribadi, itu pun belum tentu tarikhnya lagi!
Tinggallah Poksu, seorang diri ... mujurlah ada belas ehsan dari jiran2 yg prihatin dan simpati.
Inilah kisah si Tanggang Moden ... kisah benar diri kawan arwah ayah Mama. Si anak tak pernah balik ke kampungnya walaupun ketika dimaklumkan bahawa si ayahnya sakit tenat, nazak dan akhirnya meninggal dunia.
Mama cuma berharap agar si ayah sudah memaafkan segala kesilapan anaknya, supaya si anak sedar kesilapan terhadap ayahnya, sedar dia juga punyai cahayamata .... takutnya kalau pusingan roda nanti  seperti apa yg pernah dilakukannya. Naauzbillah ...

Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa ayah kami, damaikanlah rohnya di sana dan tempatkan mereka bersama-sama orang2 yg soleh. Amiinn ...

03 September 2012

Bila Amar bertanya ....

"Mama! Mengapa Allah buat budak darjah 2 sekolah Adik cacat?
Takleh jalan, kena guna kerusi roda ... ?"
Terkedu Mama, otak berfikir2 macamana nak jawabnya ...
Nak terangkan dan fahamkan anak berusia 9 tahun ni.
Mujurlah dah tiba waktu ke sekolah ...
"Adik! Cepatlah ... nanti Bebe lewat pula!"
Mama ada masa hingga pukul 5.00 petang ni utk sedia jawapannya.
Nak beritahu bagaimana ye???
Cikgu2 .... Ustazah2 ... tolonglah saya!!!!

02 September 2012

Sebab ...


Ramai kawan-kawan fb Mama dah sunyi sepi skrg ... 
Dulu seronoknya kami berhubungan melaluinya, saling tag foto2 utk tatapan
dan tentunya yg dinanti2kan komen feedbacks dari teman2 ...
Kini mereka sunyi sepi ... munculpun kerana foto mereka di tag oleh anak2 atau sedara.
Barulah tahu mereka ini masih sihat dan bernyawa .... (maaf kasar sikit bahasa).
Dulupun sesetengah mereka beritahu buka akaun fb sebab
.... nak keep-track aktiviti siber anak2 mereka aje.
Well ... nampaknya mungkin anak2 dan besar dan boleh dipercayai kini
Thus ... fb mereka juga hanya tinggal akaun yg tak berpenghuni.
Bersangka baiklah Muni (nama dgn friends aje ...)
Mereka berkerjaya ... kerja sendiri, tak macam awak
Dok rumah goyang kaki, nak duit minta aje dari hubby ... hehe
Bukan apa ni ... its just that I miss some of them
The frienship we used to share ... the huhahuha back then.
Well .... toksah dok kejar yg tak pasti
Kan ramai lagi kawan2 kat muka buku yg dok ada hari2
Anak2 suruh buka wassup twitter tak nak .... 
Tiada sebab lain ... henpon ditangan awak! Dial ajelah no mereka .... 

p.s. am pleased with me coz berjaya load gambar ni. Gubahan yg 3/4 siap ...

Rupa sireh hantaran yg Mama gubah utk
majlis pertunangan anak kawan.
Kalaulah senang dpt bunga hidup di sini ....



01 September 2012

Of Raya and Merdeka ...

Yesterday ... its Merdeka Day.
Yupps, our beloved country 55th year of independence.
Yours truly celebrated it with ex-schoolmates, Zainabians 1976 - 78 batch.
It's a 3-in-1 occasion. Reunion, Raya and Merdeka!
For some, its a 35 years-since-we-left-school ...
And with the diminishing memory power, only after much interogation are we able to recall the person we're seeing now.
p.s. some I never did ... huhu. Sorry girls!
We left with hope of meeting again ... on a much larger attendance.
Kenduri, open-house ... are largely to be blame. Hehe...
Today and most probably till the end of Syawal,
It'll be marathons of feasts ...
It's what we Malaysian are famous at ... MAKAN!!!
Well ... good morning all n good nite to me.
Hope my ex-neighbour, Na, will likes the 'sireh hantaran' that I made for her daughter's engagement ceremony today, after Dzuhur!
Yawnn .....