Pages

Labels

Ceritalah (245) Me (144) diari ibu (137) kucing (69) Amar (62) Pesanan (62) Resipi (62) Rumah Biasa2 (36) Kebun Biasa2 (33) Yg Tersirat/Tersurat (30) cerita lama (21) Jalan-jalan (17) Jodoh (17) 3R (14) Lawak sikit (9) Puasa (8) PETUA (5) Rumah WM (5) Cucu (4) Lukislah anakku (4) Haji (3) Migraine and I (3) Kawan (2) ipoh (2) Nature (1)

24 April 2014

Banana and Papaya Bread ....

Old saying, 'Silence is golden' ... (p.s. excuse for one week hibernation  ... hihi). As golden as Mama's hefty 2.3 kg 1st harvest from the 5 papaya plants in our Kebun Biasa2 ??
Yeah! Can't really describe the proud-of-me and great feelings ... to taste your own home-grown fruits, finally. To top it up, we also have bananas in the house (from brother-in-law orchard).
So, we're sort of going 'bananas and paw paws' here for these past few days  ... (@___@)  .... haha!!
p.s. 'paw paw' is another name for papaya
Somehow, with current hot dry season  ... they became 'overipe' faster than you can consume ...
Waste not .... so the best option Mama can only think of to utilise them all ... is to bake them!!!
Hmmm! While wondering wether combining them both would be a good idea, for Mama had bake Banana bread many times before  ...
Sometimes combining banana with carrot, nuts, raisins and even dried fruits. So this is the first time Mama will be combining banana and papaya.
Thanks to 'Madam Google' .... found what Mama thinks a worth-try  recipe ... and am not dissapointed with the result either. A must-keep recipe for sure  ... tho' Mama did improvise a bit, where the brown-sugar is reduced from 1 cup to 3/4 cup (not a sweet-tooth here) and omit chopped papaya and  chopped macadamias (where to find here  ... huhu + no supply of other nuts in hand).
Do try this recipe from Australia, here.
Don't judge the taste by the look ya  ... 

16 April 2014

Bila marah .... buat yg bergelar isteri

Bila marah kat suami  ... (sedangkan lidah lagi tergigit kan!!!??)
.... walau marah yg amat sekalipun,
.... jgn pernah abaikan tugas seorang isteri.
.... kawal diri, tarik nafas, minum segelas air sejuk dari peti, ambil wudhu' atau basuh muka  ... whatever to difuse the inner flame,
.... ingat! berdosa tinggikan suara, marah2 balik, mengamuk, apatah lagi mengungkit ... 
.... uruskan keperluan dia seperti biasa,
..... gosoklah baju, seluar dia spt biasa.
(p.s. kalau nak marah sangat, gosok satu lemari takper  ... jgn dicorakkan baju2 tu dgn corak seterika udah!!)
.... sediakan makan minumnya, hidang seperti biasa,
(p.s. kalau dia tak minum, makan  ... kitakan ada, ngap ajelah ... susah apa ... hihi)
... salam dan cium tangannya sebelum dia melangkah pergi kerja
(ini kalau kelahi sebelah malamnya ... kalu dia jual mahal, tak mau hulur ... tarik tangan dia  ... ego lelaki, kita mengalah ajelah  ... dapat pahala apa!)
.... paling penting, minta maaf (ikhlas tau) sungguh2, hingga suami sebut dia maafkan kita, baru boleh tarik nafas lega!!
Bukan apa  ... 
Teringat Mama 2 peristiwa, dan nasihat dari 2 teman Mama nih!
Yg pertama, kelahi sakan dgn suami malamnya  ... merajuk2 sampai esoknya suami yg nak berpergian kerana kerja 'outsation' seminggu, teman Mama tak minta maaf, salam seperti biasa (walau dlm hati nak minta maaf, salam dan cium tangan suami ... kata dia). Hanya lirikan mata iringi suami yg melambai tangan sambil berlalu pergi.
Malam esoknya dapat berita, suami kemalangan, meninggal ditempat kejadian  ...
Sesalan sudah tidak berguna kan?!! Kalaulah masa boleh di undur ... 
Teman yg kedua, punya suami yg panas baran, suka kunjungi tempat hiburan sebelah malam, balik ... mabuk2. Silap haribulan, kena sepak terajang (tampar tak main dah!). Duit, minta dari bini lagi ada.
Pun, teman Mama ni tak pernah cuai sedia makan minum suami. Dihidang elok walau suami tak endah pun. Baju seluar, bergosok sokmo. Tanggungjawab dipastikan tip-top, hingga bila hakim tanya dimahkamah adakah teman Mama ini tidak melaksanakan tugasnya sebagai isteri? Suaminya terkedu, tak dapat jawab ... kerana sebenarnya tiada cacat cela isterinya. Dia sebenarnya yg tidak melaksanakan tugasnya sebagai seorang suami! Maka ... proses penceraian berpihak kepada isteri dan suami itu sebenarnya yg rugi!

Itulah  .... ingat, laksanakan tanggungjawab kita  ... tak kiralah sebagai apa  ... suami, isteri, anak, boss, kuli, cikgu, murid, pengasuh ... apa saja 'tittle'  ... walau marah bagaimanapun  ... 

p.s. Mama pun tak terkecuali. Tak rugi saling berpesan untuk kebaikan  ...  Syurga isteri pada suami (moga suami turut memahami hakikat ini dan bimbinglah dia sebaik2nya).

15 April 2014

Betik .... bulan ke 9

Alhamdulillah  .... dah nampak tanda2 betik dah mula masak  ...
Dah ada tanda2 kekuningannya  .... tapi tak boleh petik lagi  ...
Tak sabar nak lihat warna kuning tu lebih banyak dari hijaunya  ...
Tak sabar nak merasa betik pertama tanam sendiri di Rumah Biasa2 kami  ...
Pohon no 1 ... (^__^)
Tak sabar nak beri kepada jiran2 terdekat kami  .... yg dok "Oh! Ah! Wah! Menjadi2 betik demo ni ..." (^__^)
Tak silap Mama, mahal harga sekilo betik nih! Kalau tak silap antara RM2 - RM3 sekilo. Dah kalau yg besar gedebap macam betik ni, tak tau laa  .... sabar ye jiran2 Mama!!
Dan  ... Mak Mama dah 'booking' sepohon, dia punya semua  ... haha!
Ini pokok no 1. Yang no. 2 dan 3 (yg Mak punya), masih tiada lagi tanda2 kuning, masaknya  ... Tak lama lagi tu rasanya  ... nak2 dengan keadaan cuaca panas sekarang ni.

Pohon no 4 & 5  .... kurus dek kurang perhatian (-_-')
Dan .... jeng! jeng! jeng! ..... yg tak pernah di warwar kan dlm blog ni ialah kehadiran 2 lagi pohon betik tepi rumah kami.
Mama tak pernah ceita sebab pohon2 ni cam sakit dan terencat jer tumbesarnya (telahan Mama ... huhu). Adalah juga depa berbunga sama 2 - 3 kai sebelum ni, tp tak pernah lekat buahnya. Mama dok ingat betik jantan  ... biarkan tumbuh, berbunga ... boleh buat ulam, kerabu nanti, dan memang tak hiraukan lansung kat depa  .... cuma adalah sekali tu terlebih baja, Mama pun tuanglah sikit sorang  ... huhu. Tup! tup  .... depa berdua pun berbuah juga. Tapi buahnya cam terencat sikit (pokok dah sakit kot)  .... tapi buahnya lain! Memanjang ....
Mungkin bukan benih yg sama. Memang suspen la nih ... camne lah hasilnya buah2 dari pohon 4 & 5 bila masak. Kita tunggu dan lihat ... sabor ajelah Mama wei!!!
p.s. hari tu ada teman beri betik, kecik comel dan manis leting buahya.  Of coz Mama simpan biji2nya  ... nak tahu khasiat betik, klik sini ...
Tanam betik  ... dapat makan betik .... dapat banyak khasiat  .... dapat berbudi pada tanah  .... dapat sedekah .... dapat $$$ kalau jualnya  ... yg penting, suka hati tanaman menjadi!!!!

06 April 2014

Tribute to Malaysian B777 MH 370 aka 9M-MRO ...

When Mama read this special tribute to missing MH 370 ...
Malaysian Boeing 777 whose given name .... 9M-MRO
... shared by one of our family members on Mama's FB
Mama knows immediatelty I want to treasure this ...
All the beautiful and touching tributes and wishes,
Mama wants to share them ...
All the available pictures of this huge, proud and majestic .... 'where-are-you-now?' MH 370 @ 9M-MRO
... that had travelled the world
Wherever it is now ....
Whatever the ending ....
Oh Allah The Merciful  ...
Give us a closure, show us the whereabout of MH 370 @ 9M-MRO
... to ease the pain of those waiting for the news of their loved ones ... onboard MAS MH 370 ... Ameenn!!!

03 April 2014

Amar ... 1 Murid 1 Sukan

Seingat Mama, dalam ramai2 anak Mama (6 beradik tu), hanya Sibongsu ni yg aktif sikit bersukan dan berpesatuan masa zaman sekolah rendah! Aktif dalam 'koko' .... (Ayahnya ingat koko = coklat, masa mula2 dengar perkataan tu... hihi)

Masa darjah 3, masuk kelab badminton. Belilah reket baru  ... nak beri semangat kat dia. Manalah tahu 'gene' badminton nenek dia diwarisinya ... Pun, rasanya reket tu guna buat main depan rumah jer! Sebab: 'Asyik2 budak darjah 5 & 6 je dapat main. Buat letih jer Adik gi sekolah  ... Adik tengok, Adik lebih 'terrer' main dari diaorang!!'

Darjah 4, sekolah baru ... semangat baru. Tak dapat masuk kelab badminton sebab dah penuh! Masuk kelab bolasepak  ... suka dia sebab itu antara sukan kegemarannya. Pun, dari cerita dia dan Mama yg dok gi hantar dan ambik dia ke/dari sekolah  ... banyak dok tepi padang dari mainnya! Kes sama  ... budak2 senior dan BESAR!! monopolinya. Adalah satu masa sekolah buat pertandingan bola 7 sebelah antara kelas. Suka Amar sebab dia terpilih sama ... jadik 'striker' pulak tu. Dek ada 4 pemain penyerang, 2 main separuh masa pertama, dan dia kena main separuh masa kedua .... Masa Mama gi amik dia petang tu, muka masam mencuka ... tak berani nak tanya apa2, biar dia 'sejuk' dulu fikir Mama (dalam hati menelah pasukan dia kalah!!!) Dalam kereta diam seribu bahasa (tidak cam mulut murai cerita itu ini) ...
Sebab: 'Adik tak suka orang suka menipu! Janji tipu!!!'. Rupa2nya dia tak berpeluang pun main  ... huhu

Darjah 5: Amar masuk kelab memanah, kelab bola baling (sebab kelab bolasepak dan badminton dah cukup kuota, ... katanya!). Bila tanya mengapa sampai dua sukan ... patut satu jer!
Sebab: 'Memanah tu Sunnah Nabi saw katanya  ... bola baling tu yg 'official'nya'. Gitu pun boleh ke???!!

p.s. semalam gi sekolah, 'koko' bola baling katanya. Balik petang tu, terhenjut2  ... 'Kawan 'slide' masa rebut bola ... Adik jatuh berguling Ma! Sakit sini .. sini ... sini ... (sambil tunjuk tempat sakit)'. Faham cara Mama pandang dia ... *** Pandangan tajam yg maknanya ' ....apa pasal sakit tak sinonim dgn permainan bola baling nih!??'
Sebab: 'Hehe  .. hari ni takder bola baling. Ada bola jaring dan bolasepak jerrr ...'
Pagi tadi hampir2 tak mau gi sekolah, sakit kaki katanya  ... bila Mama 'warning' "tak de lagi 1 Murid 1 Sukan utk dia lepas ni  ..." Terus bersiap ke sekolah, sarapan pagi  ... takderlah terhenjut2 sangat cam masa baru2 bangun tidur pagi tadi  ... (-_-')