.... walau marah yg amat sekalipun,
.... jgn pernah abaikan tugas seorang isteri.
.... kawal diri, tarik nafas, minum segelas air sejuk dari peti, ambil wudhu' atau basuh muka ... whatever to difuse the inner flame,
.... ingat! berdosa tinggikan suara, marah2 balik, mengamuk, apatah lagi mengungkit ...
.... uruskan keperluan dia seperti biasa,
..... gosoklah baju, seluar dia spt biasa.
(p.s. kalau nak marah sangat, gosok satu lemari takper ... jgn dicorakkan baju2 tu dgn corak seterika udah!!)
.... sediakan makan minumnya, hidang seperti biasa,
(p.s. kalau dia tak minum, makan ... kitakan ada, ngap ajelah ... susah apa ... hihi)
... salam dan cium tangannya sebelum dia melangkah pergi kerja
(ini kalau kelahi sebelah malamnya ... kalu dia jual mahal, tak mau hulur ... tarik tangan dia ... ego lelaki, kita mengalah ajelah ... dapat pahala apa!)
.... paling penting, minta maaf (ikhlas tau) sungguh2, hingga suami sebut dia maafkan kita, baru boleh tarik nafas lega!!
Bukan apa ...
Teringat Mama 2 peristiwa, dan nasihat dari 2 teman Mama nih!
Yg pertama, kelahi sakan dgn suami malamnya ... merajuk2 sampai esoknya suami yg nak berpergian kerana kerja 'outsation' seminggu, teman Mama tak minta maaf, salam seperti biasa (walau dlm hati nak minta maaf, salam dan cium tangan suami ... kata dia). Hanya lirikan mata iringi suami yg melambai tangan sambil berlalu pergi.
Malam esoknya dapat berita, suami kemalangan, meninggal ditempat kejadian ...
Sesalan sudah tidak berguna kan?!! Kalaulah masa boleh di undur ...
Teman yg kedua, punya suami yg panas baran, suka kunjungi tempat hiburan sebelah malam, balik ... mabuk2. Silap haribulan, kena sepak terajang (tampar tak main dah!). Duit, minta dari bini lagi ada.
Pun, teman Mama ni tak pernah cuai sedia makan minum suami. Dihidang elok walau suami tak endah pun. Baju seluar, bergosok sokmo. Tanggungjawab dipastikan tip-top, hingga bila hakim tanya dimahkamah adakah teman Mama ini tidak melaksanakan tugasnya sebagai isteri? Suaminya terkedu, tak dapat jawab ... kerana sebenarnya tiada cacat cela isterinya. Dia sebenarnya yg tidak melaksanakan tugasnya sebagai seorang suami! Maka ... proses penceraian berpihak kepada isteri dan suami itu sebenarnya yg rugi!
Itulah .... ingat, laksanakan tanggungjawab kita ... tak kiralah sebagai apa ... suami, isteri, anak, boss, kuli, cikgu, murid, pengasuh ... apa saja 'tittle' ... walau marah bagaimanapun ...
p.s. Mama pun tak terkecuali. Tak rugi saling berpesan untuk kebaikan ... Syurga isteri pada suami (moga suami turut memahami hakikat ini dan bimbinglah dia sebaik2nya).
No comments:
Post a Comment