Pages

Labels

Ceritalah (241) Me (142) diari ibu (137) kucing (68) Amar (62) Resipi (62) Pesanan (61) Rumah Biasa2 (36) Kebun Biasa2 (31) Yg Tersirat/Tersurat (30) cerita lama (21) Jalan-jalan (17) Jodoh (17) 3R (14) Lawak sikit (9) Puasa (8) PETUA (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Cucu (3) Haji (3) Migraine and I (3) ipoh (2) Nature (1)

30 October 2011

Bila kereta merajuk ...

Dah hampir 30 tahun saya dapat lesen kereta, dan selama memandu kereta, perkara2 berikutlah yang amat saya takuti (saya rasa ramai pemandu2 wanita lain pun macam saya jugak!);
~ kereta tiba2 mati
~ tayar pancit
~ terpaksa memandu sorang2, malam hari
~ tiba2 keluar lampu amaran (dgn macam2 simbol) kat 'dashboard' kereta
~ meter minyak hampiri 'E'
~ terlibat dalam kemalangan (minta2 di jauhkan)
~ diekori rapat2 oleh kenderaan2 berat spt lori/bas!

Pagi ini, perkara yg saya takuti terjadi. Kereta saya kena masuk woksyop lagi (bukan rosak tapi tampal atap kereta yg berkarat, hujan2 ni kalau bocor ... naiya!!) Lalu saya kena pakai kereta suami buat sementara waktu. Masa otw balik dari ambil kereta suami dipejabatnya, ketika berhenti di lampu isyarat , tiba2 kereta tu semput2. Kebetulan, saya yg depan sekali!.
Sebaik lampu merah bertukar hijau, masuk 'gear', tekan pedal minyak .... kereta batuk2 kronik & terus diam!!! Sudah!! Hari pulak hujan! Adoii ... saya dah PANIK +  MALU (sebab saya terfikir mesti pemandu lain fikir "Oooo ... drebar pompuan!! Patut la ...). Dalam GELABAH, saya terus telepon suami. Kebetulan dia otw nak ke mesyuarat, lalu ikut jalan kereta saya sedang tersadai ... Sementara menunggu, kereta2 dibelakang (yg baru sampai & tak tahu keadaan kereta saya) mula hon2 bila lampu isyarat (entah keberapa kali) bertukar hijau ... Sebab hari hujan, saya hanya dapat hulurkan tangan melalui cermin, isyaratkan mereka jalan!! Bukan tiada pertolongan, ramai jugak yg bertanya khabar & menghulur bantuan, tapi saya menolak kerana suami akan sampai bila2 masa ...
"Penantian adalah satu penyeksaan" ... begitulah perasaan saya ketika itu. Bila menunggu memang akan terasa lama, tapi bila bersama sekejap rasa masa berlalu. Itulah lumrah hidup. Peristiwa enjin mati ni hanya berlaku dalam tempoh lebihkurang 10 minit sahaja, tapi saya rasa lama sangat2!! Tidak betah menunggu, saya ikhtiar buat kali terakhir untuk hidupkan enjin kereta (cubaan2 sebelum ini, menyaksikan kereta hanya batuk2 & diam semula). Dengan lafaz Basmallah, (dlm masa yg sama, saya pohon sungguh2 dalam hati agar Allah bantu saya), saya 'on' suis dan tekan pedal minyak. MasyaAllah ... tidak pernah bunyi deruan enjin begitu indah!! Lalu saya tekan pedal minyak kuat2, berkali2 (petua suami !), masukkan gear sebaik lampu bertukar hijau, tekan pedal minyak perlahan2 ... dan Alhamdulillah, kereta bergerak ke depan , 'slow & steady', tanpa masaalah. Lalu saya berhenti di tepi jalan, tunggu suami sampai.
Selepas itu, bila selamat sampai ke rumah (Alhamdulillah), saya terfikir ... kereta pun pandai merajuk ke??? (sebab suami ada cakap nak jual beberapa hari lalu....). 

Kereta yg merajuk ...
 Cepatlah siap kereta biasa2ku!!.

29 October 2011

Malam ini Malam Bola ...

Malam ini menyaksikan TV dimonopoli oleh suami, seawal jam 7.45 malam.
Bermula dengan Premier League, Man U vs Everton,
Berselang seli dgn Chelsea vs Arsenal ...
Di akhiri dgn Final Piala Malaysia ... Negeri Sembilan lawan Terengganu.
Air Milo panas yg dipesan tadi dah sejuk ... dan bakal dimasukkan tempat dingin beku (esok mesti laku ...)
Suami tak 'tension' malam ni sebab 2 pasukan pilihannya dah menang bergaya ...
Tinggal yg Piala Malaysia aje (saya rasa Terengganu akan jadi juara!)
Biasanya kalau suami tengok TV, akan berakhir dgn TV tengok dia ... (^_^), tapi malam ni tak pula.
Saya suka tengok bila gol ... tengok ulang tayang bagaimana gol tu masuk!!
Bukankah itu tujuan utama 22 orang pemain bola ini???
Memang terasa perbezaan bila tengok EPL dan kemudian tengok bolasepak tempatan ...
Dan yg paling ketara malam ini ialah .... padang bola Final Piala Malaysia!!!
Ehh ... Negeri Sembilan dah dahului Terengganu 2 -1.
Saya pilih Negeri Sembilan lah ... Hehehe!!!
Inilah yg dikatakan Bola Itu Bulat .....

27 October 2011

Dengki ...

Suami sering cakap dia dengki dengan saya.
Setiap kali dia cakap macam tu, biasanya saya akan ketawa (sebab saya rasa lucu sangat2).
Dia akan diam, dan saya akan biarkan dan ianya berlalu begitu sahaja.
Tapi semalam, sekali lagi dia cakap, " Saya dengki dengan awak! Kita tukar tempat nak??" (p.s. ringkasan percakapan sebenar sbb malu tua2 nak tayang bahasa manja saya & dia!! Uhuk...uhuk...)
Lalu saya berseloroh, "Seorang Jurutera Kanan & Ketua Jabatan dengki dengan isterinya yg tak bekerja???" Sepatutnya saya yang dengki. Lalu saya bayangkan padanya;
~ Diri saya dlm bilik berhawa dingin, kontraktor berderet nak jumpa, anak2 buah menanti arahan, CRV, Murano maupun Harrier yg boleh diguna bila2 masa, Iphone 4 atau Galaxy Tab dlm tas tangan (yg sekurang2nya LV), meeting sana sini ... (^_^).  Kalaulah betul2 boleh tukar tempat sekarang ....saya nak!! Ada kerja, ada $$$$ (hehe ... boleh beli macam2), ada pangkat, orang hormat (ye boss, baik boss, dah makan boss?) dan paling suka, ada ramai kawan, sembang & 'plan' macam2 (taklah boring sgt cam sekarang!! ...)
Dia senyum, saya lega (sebab masa dia kata tadi, wajah dia muram sangat) dan terus kata, "Tak menyesal ke mahu lepaskan semua itu dan jadi saya? Boring weh duduk rumah padi hingga petang!!" (konon2 nak berjenaka lagi, hiburkan suami & ceriakan suasana). Suami cakap, manusia tak akan pernah puas dgn apa yg dia ada & miliki. Dia & saya juga tak terkecuali. Dia beritahu dia dengki dengan saya kerana baginya, saya kurang berdosa!! Dia kata,
~ saya dapat buat pahala hanya dgn duduk rumah & layan suami, anak2, serta dapat buat kerja ikut suka.
~ saya tak perlu mengumpat & dengar org mengumpat, mengata.
~ saya tak perlu 'stress', marah2 & pening kepala dgn pelbagai kerenah manusia!
~ saya tak perlu tersepit antara mereka2 yg pentingkan nama, pangkat & harta dunia bila ingin tunaikan amanah dlm kerja.
Itu antara sebabnya. 

Rasulullah SAW pernah bersabda;

~ "Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat 5 waktu, berpuasa dibulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan taat kepada suaminya, maka akan dipersilakan ia masuk ke syurga dari pintu mana sahaja yg dia kehendaki."
(HR Ahmad dan Thabrani)

~ "Dunia adalah ladang akhirat"

25 October 2011

PILIHAN ...

Hidup ini sentiasa berdepan dengan pilihan. Pilihan nak pergi ke tidak, nak beli yg itu ke yg ini, dan macam2 lagi. Tapi, bila berdepan dengan pilihan yg melibatkan masa depan, kerjaya & keluarga ... Membuat pilihan menjadi begitu sukar & memeningkan. Mungkin juga menakutkan ... kerana takut tersalah pilih.
Tapi ... sekiranya kita sandarkan pertimbangan kita itu pada Allah. Memohon kepadaNya agar diberi ilham supaya dapat membuat pilihan yg paling baik, InsyaAllah ... apa jua pilihan yang dibuat nanti, buatlah dengan sepenuh keyakinan bahawa, "Inilah yg terbaik buat kita ... selepas segala pertimbangan ... selepas mengadu padaNYA".
Itulah yang saya lakukan setiapkali berdepan dgn masaalah membuat pilihan. Selepas itu, saya akan melangkah dengan penuh yakin dan apa jua yg berlaku selepas itu, adalah ketentuanNYA. Saya hanya perlu buat & usaha sebaik mungkin!!
Sepanjang 52 tahun kehidupan saya ini ... berikut adalah peristiwa2 yg saya anggap begitu signifikan dan kadangkala ada juga saya fikir, apakah jika saya ambil keputusan yg sebaliknya ... bagaimanakah hasilnya kini??? (MasyaAllah ... saya tahu "Berkalau2" itu tidak elok, tapi kadang2 fikir juga. Bukannya menyesal dgn pilihan yg dibuat cuma 'terfikir'! He he ..)

1) Tingkatan 6 atau ITM
~ saya pilih ITM kerana saya rasa Ting.6 Sains teramat susah, nak2 Add Maths (mmg KO) dan,
~ ramai kawan2 pilih ke U atau ITM

2) Sambung belajar atau Terus Kerja
~ saya tolak tawaran sambung Ijazah di ITM, Shah Alam kerana belum disahkan dalam jawatan (baru kerja). Kalau nak belajar lagi, maknanya kena berhenti kerja. Sayang $$$, lagipun saya dah niat nak balas jasa ibu bapa serta tolong adik2.

3) Tempahan bekalkan 200 bungkus nasi berlauk setiap pagi - Terima atau Tidak!
~ saya tolak kerana >> saya dah kerja, ada anak kecil & mengandung anak ke 2 (tgh mabuk2)
~ saya tiada peralatan utk menampung tempahan sebegitu banyak, setakat 20 bungkus bolehlah!
(p.s. maklumat disebarkan oleh kawan suami yg setiap pg order nasi berlauk dr saya. Mula2 saya bekalkan utk suami aje, dari sebungkus jd 3, esoknya 6 ... pastu naik 10 bungkus. Saya seronok .. tp bila kena bekal 200 bungkus??!! Hmm .. bila fikir balik, kalau saya terima tawaran tu, berhenti kerja & hanya buat nasi berlauk kat KL tu ... tentu dah kaya raya skrg. Uhuk ... Uhk ...)

4) Ke Pej. Hutan, JPJ atau Pej. Kewangan Negeri (semua di Kuantan)
~ inilah pilihan 3 jabatan yg ditawarkan kepada saya semasa saya minta tukar ke Pahang.
~ saya pilih  yg akhir (sebenarnya kawan2 pejabat lama yg pilih utk saya - dgn alasan pejabat inilah paling sesuai dgn prinsip & peribadi saya??!!). Pilihan yg tepat! Terimakasih kawan2 terutamanya En. Hamzah & En. Rosdi (di manakah mereka berdua skrg?? yg pastinya dah pencen ...).

5) Tunggu 40 atau Berhenti Kerja Sekarang
~ Suami ditukarkan ke Kelantan. Semakan senarai pertukaran bg jawatan saya ke Kelantan menunjukkan saya digiliran ke 16 .... saya andaikan pada no begini, saya kena tunggu sampai pencen baru boleh tukar!
~ jika saya pilih berhenti kerja pd usia 40 (i.e. opsyen pencen 40), saya perlu bertahan dgn 4 orang anak ( yg 1 & 2 dlm fasa meningkat remaja), bekerja & buat segala2nya sendiri bg tempoh 4 tahun lg ... satu situasi yg menyeramkan!
~ maka saya dgn nekadnya pilih berhenti kerja! (tanpa pencen stlh > 13 thn berkhidmat,  tanpa ada $$$ sendiri lagi ... dan paling seram, kemungkinan suami berubah hati ... huhu).

Mengimbau pilihan2 yg telah saya buat, saya pasrah dan puashati dengan pilihan saya itu. Yang paling berbaloi ialah pilihan yang akhir ... berhenti kerja demi keluarga. Melihat anak2 membesar di depan mata! Walaupun ada juga sedikit terkilan ~ bab sambung belajar ~ tapi saya redha. Saya yakin Allah kurniakan rezeki saya setakat Diploma sahaja, sebab sudah 3X saya usaha sambung belajar, iaitu:-
~ sebaik selepas Diploma, saya dpt tempat di Ohio University, USA. TOEFL dan lulus, saya duduki peperiksaan biasiswa, pun lulus. Tapi bukan rezeki saya, surat menyatakan saya dapat biasiwa itu lewat seminggu, tiada rayuan kerana tempat terhad! Berkecailah harapan saya, & hanya putih mata melihat rakan2 ke sana.
~ yg saya nyatakan di 2 di atas.
~ selepas disahkan dlm jawatan, saya memohon melanjutkan pelajaran ke UKM. Permohonan berjaya! Selepas itu, usaha urus dapatkan macam2 biasisiwa, ditolak. Usaha dapatkan macam2 pinjaman, juga ditolak. Bagaimana mungkin saya sambung belajar tanpa dana tambahan (utk yuran, buku2 & sara hidup - tambang etc) kerana saya kena cuti tanpa gaji,  suami pun lulusan Diploma juga (ketika itu), anak dah nak masuk 3 (sdg mengandung anak ke 3), adik2 masih belajar, dan duduk di KL. Saya tangguhkan kemasukan setahun, dgn harapan dapat usahakan biasiswa/pinjaman. Hinggalah tamat tempoh lanjutan, pun tiada berita baik, maka dengan berat hati saya lepaskan niat untuk belajar lagi!! Rezeki belajar saya hanyalah setakat ini. Saya sudah berusaha. Saya yakin DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik buat saya. Maka saya redha!!
(p.s. suami pulak sambung belajar, bila keluar tawaran pengajian luar kampus. Masa tu saya dah berhenti kerja. Suami pun hampir 'give-up' kerana beban kerja, $$$ dan faktor masa + umur. Alhamdulillah ... rezeki dia & kami, berjaya dapat genggam ijazah dan capai cita2nya utk jadi seorang Jurutera. Skrg tgh usaha jadi Jurutera Professional. )

Dan saya? Saya yakin dengan Sabda Rasulullah SAW, yang bermaksud;

"Wanita yang tinggal dirumah bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama-samaku didalam syurga"

Apa lagi yang saya inginkan? 
Inilah pilihan saya ... untuk menjadi hamba, isteri, anak dan ibu yang solehah. 
InsyaAllah!

22 October 2011

Wira Hijau & 20 sen ...


Saya perkenalkan Wira Hijau saya ...
Yg menjadi penghuni tetap beg tangan saya ... sejak setahun yg lalu.
Pada harga RM10.00 pada asalnya rasa mahal ... tetapi saya beli juga;
~ sbg kenangan lawatan kami sekeluarga ke Langkawi tahun 2010. 
~ berkenan saiznya yg kecil & 'cute',
~ warna hijaunya, warna kegemaran saya ...
~ dan paling utama, fungsinya!! Iaitu 'transform' dari ini ...



kepada ini ... 


Jadi ... saya tak perlu bayar 20 sen untuk beg plastik pada setiap hari Sabtu! 
Hari Sabtu ... Hari Tanpa Plastik (No Plastic Day).
Saya cuba sedaya upaya jayakan kempen ini.
Sebab itu saya pastikan Wira Hijau ini sentiasa dlm beg tgn saya!!

Saya percaya saya sdg bersama2 usaha selamatkan bumi kita!
Demi generasi  anak, cucu, cicit, keturunan kita jugakan?!
Dari mewarisi bumi yg mati dek pencemaran!!
20 sen yg amat kecil nilainya bagi mereka2 yg tak faham bahawa ...
satu beg plastik pada harga 20 sen ini ...  
TIDAK .... saya ulang TIDAK!!!
dapat diurai bumi (tak hancur) bagi tempoh 10, 20 maupun 100 tahun ...

Dan soalan saya:
(1)
Dapatkah 20 sen yg amat kecil nilainya sekarang ini ... 
Membeli kembali bumi yg hijau & tidak tercemar buat didiami anak cucu cicit keturunan kita kelak?
(2)
Dapatkah 20 sen ini nanti ...
Membayar dakwaan bumi ;dihari pembalasan kelak; kerana mencemarinya??

Saya yakin ... TIDAK!!!

21 October 2011

Dari kerana mata ...

Pagi 16 Okt 2011 dapat panggillan dari kakak ipar, abang ipar kemalangan semasa balik dari solat subuh. Pengsan, luka2 sedikit dan berada di wad Hospital TA. Petang tu, saya & suami terus ke hospital untuk ziarahi abang ipar. Kami tinggalkan Mak (ibu suami yg berusia 92 tahun), di bawah jagaan anak, Muaz (14 thn) dan Amar (8 tahun). Kami tak beritahu Mak abang ipar kemalangan (kerana dia kurang dengar & kalau cakap banyak2, takut dia silap dengar), dan tak mahu dia risau (abang ipar anak no.7 dia). Kami cuma beritahu nak ke hospital, ziarahi orang sakit!

Semasa di hospital, saya menerima SMS dari anak, Muaz:


Lalu saya balas balik;


Suami tanya siapa? Saya beritahu Muaz sms. Dia tanya kenapa? (Risau takut ada apa2 kat rumah berkait dgn mak). Saya cakap Muaz tanya dah pukul brape boleh buat air milo utk Mak? Kakak ipar terus puji Muaz. Rakan2 abang ipar yg ziarah pun turut puji ... Ye lah, budak lelaki 14 tahun buat air untuk nenek adalah sesuatu yg terpuji.
Kembang kempis lubang hidung saya & ayahnya. Maklumlah, orang puji anak kita. Dalam hati dah berkira2 nak beli sesuatu untuk mereka berdua, sebagai upah!!
Dalam perjalanan balik, semasa saya hendak buat panggilan kepada Muaz (beritahu kami otw balik), ada satu 'unread msg' dari Muaz. 


Saya : ??? Apa kena mengena dgn ikan pulak!

Terus buat panggilan pd Muaz:

~ "Muaz dah buat air Milo utk Mak?"
(Nota: Pukul 5.00 ptg adalah waktu minum petang Mak)
"??? Kena buat ko?"
~ "Tadi yg Muaz sms tu?"
"Mama .. Muaz tanya pukul berapa beri makan pada Milo lah!!"
(Milo ~ nama kucing kami!!)
~ "Ye ker ... Ingat Muaz tanya nak buat air milo utk Mak pukul berapa?!"
(-_-')
"Hehe ... Mama silap baca kot. P.Cik L ok ke Mama?"
~ "Alhamdulillah P.Cik L dah sedar. Mama & Ayoh dah nak balik ni.."

Bila cek balik, mmg betul telahan Muaz ... silap mata/baca. 'Make' ingat 'Mak'. Inilah padahnya kalau; 
~ tak pakai spek membaca.
~ namakan kucing dgn nama makanan (MILO!!).

Kan dah tersebar maklumat yg salah ~ konon anak begitu rajin buat air kpd nenek yg sudah tua ~  Mesti kakak ipar, abang ipar & mereka2 yg ziarah ketika itu memuji2 anak lelaki kami yg berusia 14 tahun yg pandai jaga nenek! Eee ... camna yer? Perlu ke tarik balik kenyataan tu? Malunye!! Ini adalah satu kes Mak yg perasan!!! huhu....

Dan ini adalah 'statement' wajib, turun-menurun anak2 (dari anak no.1 ~no.6) setiap kali saya & suami ke mana2 tanpa mereka!! Tak pernah 'miss' ...


"Mama!! ... Adik pesan belilah gapo2! Muaz pon! .."

(~_~')

19 October 2011

17 October 2011

Rasa Tua atau Rasa Muda???


Kami rasa muda, 
Ketika menetap di kejiranan/kawasan perumahan yg di diami oleh mereka2 yg dah berpencen
(Itulah kami semasa menetap di Ipoh ...)

Kami rasa tua, 
Ketika menetap dikejiranan/kawasan perumahan baru yg rata2 penghuninya pasangan2 muda, 
(Itulah semasa kami menetap di P.Pinang...)

Kami rasa muda, 
Dengan anak 1,2 & 3,
(Kerana rata2 pasangan ibu bapa rakan sekelas anak2 adalah warga tua ...)

Kami rasa tua, 
Dengan anak nombor 4, 5 & 6,
(Kerana rata2 ibu bapa rakan sekelas anak2 masih muda belia ...)

Tak tahu nak rasa muda ke rasa tua ...
Suatu hari, semasa mengambil anak bongsu (tahun 2) di sekolahnya,
Terdengar seorang kawannya berkata, 
(dengan kuatnya ... huhu!!)

"Amar ... Mudanya nenek awak!!"
??!! (~_~') 
(purple sekejap wajah saya ... hehe)

Ohh ...!!!!
Saya lebih rela jadi nenek yg muda, 
Dari jadi ibu yg tua!!
(^-^)

p.s. kalau jalan dengan anak sulung, ada orang ingat saya ni kakak dia .... hehe!!

13 October 2011

Tak nak buat lagi ...

Perasan tak bila anak2 lakukan kesalahan ...
Kita akan hukum mereka ...
Untuk megajar mereka tentang kesalahan mereka.
Selepas itu, kita akan tanya mereka ...
"Hah ... lepas ni nak buat lagi??" dgn suara keras & tegas!
Biasanya, jawapan yg anak2 beri (& kita pun memang harap begitulah ...)
"Maaf Ayoh, Mama ... lain kali tak buat lagi!!"
Yalah tu .. biasanya, mereka akan buat lagi .. dan lagi .. dan lagi!!
Dlm macam2 senario yg berlainan ...  kan?
(sampai besar pun ... hu hu)
Tetapi, dengan anak ke 5 kami mendapat kejutan!!
Suatu hari, dia melakukan kesilapan & seperti biasa, soalan wajib selepas didenda ...
"Lepas ni nak buat lagi??"
Dia diam sejenak, macam berfikir. Dia jawab dengan perlahan  ...

"Muaz tak tahu lepas ni buat lagi ke tidak ...!!!"


** Jawapan yg paling tepat & ikhlas sebenarnya. Betul ... kita akan janji tak buat lagi, janji datang awal, janji setia, dan janji macam2 lagi. Tapi hadapan kita, kita tidak tahu apa akan terjadi. Masa merubah segala. Kita hanya merancang & usaha sebaik mungkin ... tapi yang menentukannya ialah ALLAH SNW ...

** Muaz ... Cikgunya di tahun 4 pernah beritahu saya, dia seorang budak yang amat lurus & jujur. Kalau diberitahu begitu, begitulah dia akan buat. Pernah cikgu dia janji, "Siapa yang tidak buat bising dalam kelas, akhir bulan ni dapat KFC!" ... dan teka dia dapat ke tidak?? (tentulah dapat ... hehe!!)

11 October 2011

BILA HUJAN 2 ...


Menu minum petang saya hari ini,
Bila hujan ... (musim tengkujuh dah nak datang!!!)


Pisang rebus + kelapa gaul gula .... 
Special untuk Mak Mertua !!
p.s. Mak suka .... (^_^)


Pizza panas ... buat Muaz. 
"Yg Mama buat lagi best dari P...H ... tu!!" 
(Kembang hidung saya ... haha)

AMAR???

Hujan ka ... Ribut petir ka ...
Aiskrim coklat ... selagi ada!!


Yum! Yum! ...

10 October 2011

Ayah kerja apa?

Pagi ini, buat sekelian kali, semasa saya memasukkan bungkusan sampah ke dalam bonet kereta, suami berseloroh,
"Hmmm ... sampai pencenlah kerja buang sampah!!!"
Tiba2 terkeluar dari mulutnya,
"Masin mulut Angoh kan?"
Mata kami berdua mula berkaca2 .....
(Moga Allah ampunkan dosa2 Angoh dan tempatkan rohnya bersama mereka2 yg soleh. Aminn ...)

'Flashback':
Pada suatu malam, Angoh bertanya ayahnya, "Ayah kerja apa?"
Bila soalan begini datang dari murid tahun 2, kita akan usul, "Mengapa?"
"Cikgu suruh tanya."
"Ooo .. Ayoh kerja kat Alam Sekitar sebagai PPKAS."
"Susahnya nak sebut ... kerja apa Ayoh?!"
"Gini .. kerja Ayoh pastikan keadaan keliling kita bersih!"
"Oooo ... macam orang yg kutip sampah pagi2 tu!"
"Mmm ... lebihkurang macam tu lah. OK?"
"OK!!"
Seminggu kemudian Angoh pulang dari sekolah dgn gembira.
"Mama, tengok! Cikgu beri Angoh baju, seluar, kasut, beg & peralatan sekolah baru."
"Abe tak dapat pun!" rungut abangnya yg di tahun 3.
Terkejut saya. Bila ditanya mengapa Guru Kelas beri semua itu, dia tak tahu.
Musykil, saya bertanya dengan Guru Kelasnya keesokkan hari.
Gurunya memaklum Angoh layak dapat bantuan dari Yayasan.
Sebabnya???
Angoh beritahu gurunya, "Ayah kerja angkat sampah!"  (-_-')
Sambil menahan malu, saya pun jelaskan keadaan sebenar pada Guru Kelasnya dan mahu pulangkan semula bantuan itu (khuatir murid yg sepatutnya menerima bantuan akan teraniaya), tetapi sambil ketawa gurunya menyuruh kami menerima sahaja kerana terdapat lebihan bantuan, dan sudah rezeki Angoh.


(Angoh ~ anak ke 2 kami, Wan Mohd Munzir. Meninggal dunia pada 18/05/2009 kerana sakit. 25 tahun bersamanya terasa sekejap nian, tapi kami redha ... kerana dia adalah milik Allah Yg Esa, amanah & pinjaman kepada kami semua. Moga rohnya tenang dan damai di sana. Sebagaimana dia telah membahagiakan kami terutama datuknya, yg telah pergi 2 bulan terdahulu darinya, begitulah harapan kami semua untuknya. Bahagia dunia dan akhirat. Amin .. Silalah sedekahkan Al-Fatihah buat mereka berdua. Terima kasih.)

06 October 2011

Amar - Jangan beritahu

Amar ...ada saja kerenah yg mencuit hati
Terbaru, semasa saya pergi ambil dia dari sekolah (2 minggu lepas),
"Mama! Adik ada satu rahsia nak beritahu ..."
Saya angguk saja ... maklumlah sedang memandu!
"Adik kena bisik kat Mama, takut nanti ada orang dengar!"
Ha ha ha ... sambil ketawa, saya beritahu dia,
"Adik, dalam kereta ni ada Mama & Adik saja ... mana ada orang lain!"
Mesti baru belajar berbisik dgn kawan2 kat sekolah ni ...
"Ini rahsia Mama. Mesti cakap perlahan2... " 
Betul jugak ... baru macam rahsia!!
Sampai rumah, sebelum turun dari kereta, dia berbisik kat telinga saya,
"Mama! Minggu ni tak der kelas Fardhu Ain. Mama jgn beritahu Bebe & Ayoh ok!"
Siap canggkuk jari saya dgn dia lagi ... 
"Janji?" 
"Janji!" sambil dlm hati "Alahai Adik ... itu pun nak rahsia"
SAH ... benda baru belajar kat sekolah!!
~ Apa yg orang tak tahu adalah RAHSIA ~
Saya akur ... tak beritahu ayah & abangnya.
Tup Tup ... malam tu ayahnya beritahu saya,
"Amar beritahu satu rahsia ... dia pesan jangan beritahu siapa2!"
Bangga sungguh suami kerana Amar pilih dia untuk simpan rahsia.
Pagi esoknya, 
"Mama! Adik beritahu Muaz satu rahsia. Jgn beritahu Ayoh deh!!!"
Hmmmm ... (~_~')
Itulah rahsia Amar yg pertama ... 


Amar Amar ... (-_-')
Rahsia yg bukan rahsia lagi ... 
Banyak lagi Adik kena berguru ...

05 October 2011

Sejadah ... ceritaku

Aku telah lama bersama keluarga ini.
Semenjak bersama mereka ... 
Aku tidak pernah diabaikan, begitu juga sejadah2 lain,
(yg rata2 lebih mahal, bermutu & cantik dari aku).
Si Hijau Permata jadi milik anak ke 4.
Aku dengar mereka berdua dulu di Ipoh, kini Melaka pulak.
Si Puteh, tinggal bersama anak sulung mereka di KL.
Si Biru Manis, dgn puteri bermata bundar mereka di Trg.
Biru Macho ... Big Boss (Tuan) yg guna.
Coklat ... kegunaan tetamu yg berkunjung.
Hijau Tua ... penghuni tetap bilik anak ke 5, dan
Aku ... si Bongsu yg manja guna.
Mungkin agaknya saiz aku sesuai untuk dia.
Puan rumah ini juga sering gunakan aku.
Aku rasa dia masih terkenangkan adik aku, Merah Jambu.
(Moga2 nasib adikku itu sebaik aku juga)
Aku & adikku telah dibeli oleh pasangan suami isteri ini ...
Di kaki lima pada suatu musim haji 7 tahun yg lalu ...
Setiap kali ke Masjidil Haram ... kami akan dibawa sekali
Puan sangat sayangkan adikku ... 
Dia sering cakap pada Tuan, "Cantiknya warna sejadah N, tak puas memandangnya!!"
Agaknya, kerana Puan terlalu obses & sayang dgn adikku ...
Suatu malam, selesai tawaf .... Puan beritahu Tuan,
"Bang, sejadah kesayangan N dah hilang. Agaknya tercicir masa tawaf tadi. Puas N cari balik lepas tu ... tak jumpa. Sayangnya!!"
Memang Puan sangat kecewa ketika itu, tapi Tuan bijak memujuk Puan,
"N ... Abang rasa Allah SNW mahu N sedar tiada yg kekal melainkan Dia. Mungkin N terlalu sayang & leka dgn kecantikan sejadah tu, hingga lali & tidak kusyuk ketika solat. Dia hilangkan sejadah tu agar N tidak terus terleka dgn kecantikan yg hanya sementara. Agar N tidak tersasar dari tujuan asal kita ke sini. N faham kan?"
Puan cepat2 beristigfar dan terus solat taubat.
Selepas dari itu, Tuan telah beli sejadah baru (Si Hijau Tua dalam bilik anak ke 5), 
dan aku, Puan yg gunakan sepanjang mereka di sana ... 
Aku gembira bersama mereka & aku pasrah dgn nasibku
Aku hanya ingin berbakti kepada mereka selama mungkin ...
Syukran ...
 
 

04 October 2011

Kalau dah rezeki ...

Tahun ni durian rata2 tak menjadi ...
Mak mertua yg memang menantikan musim ini, kecewa sangat.
Tapi dah rezeki, pohon durian kesayangan Mak berbuah!!
Hanya sepohon itu aja ... walaupun tak selebat mana ... biarpun dah luar musim ... 
Mak yg dah berusia 92 tahun ... gembira & puashati sangat.
Dapatlah dia merasa makan durian dari pohonnya itu lagi tahun ini ...
Dan, kami pun tempias juga ... 
Jumaat lepas, petang masa nak balik ... pergi jengok.
Alhamdulillah ... rezeki!! 6 biji untuk kami.
Muaz cakap 'rugi' Amar tak suka durian!
Esoknya, Sabtu kami ke KB.
Tujuan ~ melawat Expo Pertanian.
Sebelum tu kami singgah makan tengahari dulu ...
Tiba2 hujan ... lebat!! Maka lawatan ke expo, BATAL!
Semasa menunggu hujan reda ... (di depan kedai buku),
Muaz minta dibelikan Quran dengan tajwid berwarna (dah lama dia hendak).
Rezeki Muaz, hasratnya ditunaikan + dapat kopiah putih mcm Ayoh lagi.
Amar pun dapat jugak. "Adik nak pakai gi surau dgn Ayoh deh!!"
Masa menuju ke kereta, Amar terjatuh (jalan licin + selipar dia dah 'botak')
Rezeki Amar dapat selipar baru ...
Dan Mama juga ... Alhamdulillah!! (^_^)

Ayoh cakap selipar Adik cam selipar orang tua ...!!

"Ya Allah ... syukur alhamdulillah di atas rezeki & nikmat yg telah Engkau berikan kepada kami."

03 October 2011

After more than 30 years ...


Rashidah , Muhaini (me) & Razimah 1st met as 
sweet, gawky, naive & skirt-wearing (ha ha) girls ...
We're sweet 17 then & were placed at the same hostel.
We were not close then, but an incident during the cross-country event 
during the orientation week changed it all.
I was cruising along well when halfway I saw ...
Rashidah helping a limping girl.
Razimah had accidently sprained her ankle ... 
I stopped to help (since I was once a Red Crescent member)
Tried to stop a passing vehicle for lift .. but no avail!
So .. the three of us walked together slowly,
Sure enough, we're the last to arrive ... & very very late too! 
One pissed-off senior called us "The Three Stooges" & no thanks to him
We became known & stuck by that name the whole semester .. huhu
But thanks to him too ... regardless of the unglamour nickname,
we became close & got ourselves quite a number of proposals & admirers!! 
So we're like from (>_<) to (^_^)  ... Ha ha ha !!!
p.s. cannot show picture 'masa muda' due to skirt-wearing & non-scarft wearing time!! Hehe

Anyway, thanks to Facebook,
We got to met again after more than 30 years ...
Yes ... we've aged & changed, physically ... 
But other than that, nothing else has change.
We enjoyed each other company very much and can't get enough of the 2 hours meeting
We 'flashbacks', a lot!, 'up-dated' our current status, 
and 'backtracks' our paths & trails after leaving college.
We found out many times our path did cross ... in K.Trg, KL, Kuantan, KB. 
Ahhh!! If only we had known & kept in touch!
But .. we promised to meet again.
We're thinking of inviting our other long-lost friends too ..
Our class of 1981 in Uitm, Dungun.
InsyaAllah ....
(girls & guys, if you're reading ... please suggest date, time, place & avenue!)


01 October 2011

Kopiah ...

Musim Haji telah bermula ...
Kami turut teruja bila dapat tahu sanak saudara/rakan taulan
mendapat jemputan mengerjakan Haji musim ini ...
Moga mereka dapat haji yg mabrur!
Nak 'share' satu peristiwa berkaitan dgn haji:
Ketika musim haji, keadaan bersesak2 semasa balik dari Masjidil Haram seusai solat Isyak adalah lumrah biasa. Lautan manusia menuju ke arah destinasi masing2 ibarat 'ulat dalam tempayan budu' !! Tahap SABAR amat kritikal waktu ini. Bila tak SABAR dan tidak ada tolak ansur ... maka berlakulah pergaduhan! Ini yg saya & suami saksikan ... dua orang haji ( dari dua negara yg berlainan) mula2 bertekak lidah. Ibarat 'itik dengan ayam', masing2 tentu tidak dpt selesaikan perbalahan kerana mesej tak sampai. (Kami pun tak tahu sebab apa mereka bertekak kerana tak faham! yg kami tahu suasana makin panas & kritikal!!) Siapa2 yg cuba meleraikan mereka, sia2 ... Yg lucunya, bila sampai ke klimak pergaduhan, masing2 mencabut kopiah di atas kepala dahulu sebelum bertumbuk!!! Tergelak sakan saya & suami. Mujurlah datang 2 orang polis menyuraikan mereka.

Bila orang balik Haji,
Mereka akan bawa balik buahtangan, biasanya ... sejadah, tasbih atau kopiah .. atau ketayap .. atau kufi (dlm bahasa omputeh .. skull cap !!!)
Kalau pakainya dapat pahala sunat (bagi lelaki Islam).
Pakai songkok, topi, serban, hatta bandana sekalipun, tetap mendapat pahala sunat ...
Tapi ....
Tak dapat BONUS tambahan ... ia itu SUNNAH Rasulullah SAW!!!!
Nabi kita dan para sahabat RA memakai kopiah di bawah lilitan serban mereka.
Maka ... memakai kopiah adalah sunat & sunnah Rasulullah SAW.
Mudahkan  nak dapat pahala sunat & ikut sunnah Nabi.

Orang pakai kopiah ini juga ada banyak sebabnya ...
~ paling 'top' ialah nak solat, pastu ziarah orang meninggal!
~ dapat pahala sunat & ikut sunnah
~ simbol kesalihan & ketaatan pada Allah SNW
~ tanda perubahan & taubat
~ lambang perwatakan, peribadi & ketenangan minda pemakai
~ nak jaga & lindung kepala ... (yg samaada memutih atau menipis .. he!he! jgn marah nanti cepat tua!!)
~ nak menunjuk dia alim, baik, warak!! (Naauzubillah ....)

OK lah ... 2 lg cerita pasal kopiah untuk halwa minda sblm 'sign off' utk hari ni. Selamat Berhujung Minggu!!

1. Seorang ustaz cerita bagaimana dia didik dirinya dgn kopiah. Awalnya dia pakai kopiah sebab;
~ bila pakai kopiah, tentu malu kat kopiah yg ada atas kepala nak buat benda2/perangai yg tak sepatutnya
~ kalau pakai kopiah, dia akan takut dgn 'nanti apa orang akan kata'!
~ ustaz mestilah pakai kopiah
Alhamdulillah, sekarang dia pakai kopiah sebab;
~ nak pahala sunat & ikut sunnah
~ dah jadi tabiat, tak lengkap rasanya bila tak berkopiah!!!
(Tabiat yg baik takper kan Ustaz! Ustaz sekarang saya lihat pikul tanggungjawab yg amat besar. Saya doakan moga Ustaz sihat, murah rezeki, dilindungi Allah SNW & dipermudahkan segala urusan serta selamat dunia akhirat. Aminn!)

2. Ketika Amar masih kecil, pelat cakapnya hanya Muaz yang faham. Suatu hari, dia datang kepada kami, 
"Nak biosh!!!"
"Adik nak apa?"
"Nak biosh!!"
"Apa???"
"Biosh! Nak bioshhh ..." 
Kami garu kepala & tunjuk macam2 ... tapi satu pun bukan!
"Nak biosh! Nak biosh! ..." sambil menangis teresak2.
Tiba2 Muaz (masa tu umur 8 tahun, Amar pulak 2 tahun) datang & terus hulur benda yg Amar hendak.
Sambil kesat airmata, dia terus ke sejadah (yg Muaz baru guna utk solat) ...  pakai 'biosh'nya
dan terus solat!
Rupa2nya 'biosh' tu 'kopiah' !! (^_^)

(budak2 lelaki suka meniru, org2 yg lebih dewasa dari mereka ~ ayah/abang/pakcik!! Cam idola mereka. Moga idola mereka adalah contoh2 terbaik buat mereka ... kerana mereka ibarat kain putih, yg akan menyerap apa jua warna yg dicalit padanya ... kita yg dewasalah yg akan mencorakkan mereka! Beringatlah)