Dah hampir 30 tahun saya dapat lesen kereta, dan selama memandu kereta, perkara2 berikutlah yang amat saya takuti (saya rasa ramai pemandu2 wanita lain pun macam saya jugak!);
~ kereta tiba2 mati
~ tayar pancit
~ terpaksa memandu sorang2, malam hari
~ tiba2 keluar lampu amaran (dgn macam2 simbol) kat 'dashboard' kereta
~ meter minyak hampiri 'E'
~ terlibat dalam kemalangan (minta2 di jauhkan)
~ diekori rapat2 oleh kenderaan2 berat spt lori/bas!
Pagi ini, perkara yg saya takuti terjadi. Kereta saya kena masuk woksyop lagi (bukan rosak tapi tampal atap kereta yg berkarat, hujan2 ni kalau bocor ... naiya!!) Lalu saya kena pakai kereta suami buat sementara waktu. Masa otw balik dari ambil kereta suami dipejabatnya, ketika berhenti di lampu isyarat , tiba2 kereta tu semput2. Kebetulan, saya yg depan sekali!.
Sebaik lampu merah bertukar hijau, masuk 'gear', tekan pedal minyak .... kereta batuk2 kronik & terus diam!!! Sudah!! Hari pulak hujan! Adoii ... saya dah PANIK + MALU (sebab saya terfikir mesti pemandu lain fikir "Oooo ... drebar pompuan!! Patut la ...). Dalam GELABAH, saya terus telepon suami. Kebetulan dia otw nak ke mesyuarat, lalu ikut jalan kereta saya sedang tersadai ... Sementara menunggu, kereta2 dibelakang (yg baru sampai & tak tahu keadaan kereta saya) mula hon2 bila lampu isyarat (entah keberapa kali) bertukar hijau ... Sebab hari hujan, saya hanya dapat hulurkan tangan melalui cermin, isyaratkan mereka jalan!! Bukan tiada pertolongan, ramai jugak yg bertanya khabar & menghulur bantuan, tapi saya menolak kerana suami akan sampai bila2 masa ...
"Penantian adalah satu penyeksaan" ... begitulah perasaan saya ketika itu. Bila menunggu memang akan terasa lama, tapi bila bersama sekejap rasa masa berlalu. Itulah lumrah hidup. Peristiwa enjin mati ni hanya berlaku dalam tempoh lebihkurang 10 minit sahaja, tapi saya rasa lama sangat2!! Tidak betah menunggu, saya ikhtiar buat kali terakhir untuk hidupkan enjin kereta (cubaan2 sebelum ini, menyaksikan kereta hanya batuk2 & diam semula). Dengan lafaz Basmallah, (dlm masa yg sama, saya pohon sungguh2 dalam hati agar Allah bantu saya), saya 'on' suis dan tekan pedal minyak. MasyaAllah ... tidak pernah bunyi deruan enjin begitu indah!! Lalu saya tekan pedal minyak kuat2, berkali2 (petua suami !), masukkan gear sebaik lampu bertukar hijau, tekan pedal minyak perlahan2 ... dan Alhamdulillah, kereta bergerak ke depan , 'slow & steady', tanpa masaalah. Lalu saya berhenti di tepi jalan, tunggu suami sampai.
Selepas itu, bila selamat sampai ke rumah (Alhamdulillah), saya terfikir ... kereta pun pandai merajuk ke??? (sebab suami ada cakap nak jual beberapa hari lalu....).
Kereta yg merajuk ... |
Cepatlah siap kereta biasa2ku!!.
1 comment:
nasib baik kereta tu tak hentak2 kaki...
Post a Comment