"Hmmm ... sampai pencenlah kerja buang sampah!!!"
Tiba2 terkeluar dari mulutnya,
"Masin mulut Angoh kan?"
Mata kami berdua mula berkaca2 .....
(Moga Allah ampunkan dosa2 Angoh dan tempatkan rohnya bersama mereka2 yg soleh. Aminn ...)
'Flashback':
Pada suatu malam, Angoh bertanya ayahnya, "Ayah kerja apa?"
Bila soalan begini datang dari murid tahun 2, kita akan usul, "Mengapa?"
"Cikgu suruh tanya."
"Ooo .. Ayoh kerja kat Alam Sekitar sebagai PPKAS."
"Susahnya nak sebut ... kerja apa Ayoh?!"
"Gini .. kerja Ayoh pastikan keadaan keliling kita bersih!"
"Oooo ... macam orang yg kutip sampah pagi2 tu!"
"Mmm ... lebihkurang macam tu lah. OK?"
"OK!!"
Seminggu kemudian Angoh pulang dari sekolah dgn gembira.
"Mama, tengok! Cikgu beri Angoh baju, seluar, kasut, beg & peralatan sekolah baru."
"Abe tak dapat pun!" rungut abangnya yg di tahun 3.
Terkejut saya. Bila ditanya mengapa Guru Kelas beri semua itu, dia tak tahu.
Musykil, saya bertanya dengan Guru Kelasnya keesokkan hari.
Gurunya memaklum Angoh layak dapat bantuan dari Yayasan.
Sebabnya???
Angoh beritahu gurunya, "Ayah kerja angkat sampah!" (-_-')
Sambil menahan malu, saya pun jelaskan keadaan sebenar pada Guru Kelasnya dan mahu pulangkan semula bantuan itu (khuatir murid yg sepatutnya menerima bantuan akan teraniaya), tetapi sambil ketawa gurunya menyuruh kami menerima sahaja kerana terdapat lebihan bantuan, dan sudah rezeki Angoh.
(Angoh ~ anak ke 2 kami, Wan Mohd Munzir. Meninggal dunia pada 18/05/2009 kerana sakit. 25 tahun bersamanya terasa sekejap nian, tapi kami redha ... kerana dia adalah milik Allah Yg Esa, amanah & pinjaman kepada kami semua. Moga rohnya tenang dan damai di sana. Sebagaimana dia telah membahagiakan kami terutama datuknya, yg telah pergi 2 bulan terdahulu darinya, begitulah harapan kami semua untuknya. Bahagia dunia dan akhirat. Amin .. Silalah sedekahkan Al-Fatihah buat mereka berdua. Terima kasih.)
2 comments:
Kita yg baca N3 ni pun turut berkaca di mata..Alfatihah buat 'Angoh'.
al fatihah buat angoh... ~
Post a Comment