Kami turut teruja bila dapat tahu sanak saudara/rakan taulan
mendapat jemputan mengerjakan Haji musim ini ...
Moga mereka dapat haji yg mabrur!
Nak 'share' satu peristiwa berkaitan dgn haji:
Ketika musim haji, keadaan bersesak2 semasa balik dari Masjidil Haram seusai solat Isyak adalah lumrah biasa. Lautan manusia menuju ke arah destinasi masing2 ibarat 'ulat dalam tempayan budu' !! Tahap SABAR amat kritikal waktu ini. Bila tak SABAR dan tidak ada tolak ansur ... maka berlakulah pergaduhan! Ini yg saya & suami saksikan ... dua orang haji ( dari dua negara yg berlainan) mula2 bertekak lidah. Ibarat 'itik dengan ayam', masing2 tentu tidak dpt selesaikan perbalahan kerana mesej tak sampai. (Kami pun tak tahu sebab apa mereka bertekak kerana tak faham! yg kami tahu suasana makin panas & kritikal!!) Siapa2 yg cuba meleraikan mereka, sia2 ... Yg lucunya, bila sampai ke klimak pergaduhan, masing2 mencabut kopiah di atas kepala dahulu sebelum bertumbuk!!! Tergelak sakan saya & suami. Mujurlah datang 2 orang polis menyuraikan mereka.
Bila orang balik Haji,
Mereka akan bawa balik buahtangan, biasanya ... sejadah, tasbih atau kopiah .. atau ketayap .. atau kufi (dlm bahasa omputeh .. skull cap !!!)
Kalau pakainya dapat pahala sunat (bagi lelaki Islam).
Pakai songkok, topi, serban, hatta bandana sekalipun, tetap mendapat pahala sunat ...
Tapi ....
Tak dapat BONUS tambahan ... ia itu SUNNAH Rasulullah SAW!!!!
Nabi kita dan para sahabat RA memakai kopiah di bawah lilitan serban mereka.
Maka ... memakai kopiah adalah sunat & sunnah Rasulullah SAW.
Mudahkan nak dapat pahala sunat & ikut sunnah Nabi.
Orang pakai kopiah ini juga ada banyak sebabnya ...
~ paling 'top' ialah nak solat, pastu ziarah orang meninggal!
~ dapat pahala sunat & ikut sunnah
~ simbol kesalihan & ketaatan pada Allah SNW
~ tanda perubahan & taubat
~ lambang perwatakan, peribadi & ketenangan minda pemakai
~ nak jaga & lindung kepala ... (yg samaada memutih atau menipis .. he!he! jgn marah nanti cepat tua!!)
~ nak menunjuk dia alim, baik, warak!! (Naauzubillah ....)
1. Seorang ustaz cerita bagaimana dia didik dirinya dgn kopiah. Awalnya dia pakai kopiah sebab;
~ bila pakai kopiah, tentu malu kat kopiah yg ada atas kepala nak buat benda2/perangai yg tak sepatutnya
~ kalau pakai kopiah, dia akan takut dgn 'nanti apa orang akan kata'!
~ ustaz mestilah pakai kopiah
Alhamdulillah, sekarang dia pakai kopiah sebab;
~ nak pahala sunat & ikut sunnah
~ dah jadi tabiat, tak lengkap rasanya bila tak berkopiah!!!
(Tabiat yg baik takper kan Ustaz! Ustaz sekarang saya lihat pikul tanggungjawab yg amat besar. Saya doakan moga Ustaz sihat, murah rezeki, dilindungi Allah SNW & dipermudahkan segala urusan serta selamat dunia akhirat. Aminn!)
2. Ketika Amar masih kecil, pelat cakapnya hanya Muaz yang faham. Suatu hari, dia datang kepada kami,
"Nak biosh!!!"
"Adik nak apa?"
"Nak biosh!!"
"Apa???"
"Biosh! Nak bioshhh ..."
Kami garu kepala & tunjuk macam2 ... tapi satu pun bukan!
"Nak biosh! Nak biosh! ..." sambil menangis teresak2.
Tiba2 Muaz (masa tu umur 8 tahun, Amar pulak 2 tahun) datang & terus hulur benda yg Amar hendak.
Sambil kesat airmata, dia terus ke sejadah (yg Muaz baru guna utk solat) ... pakai 'biosh'nya
dan terus solat!
dan terus solat!
Rupa2nya 'biosh' tu 'kopiah' !! (^_^)
(budak2 lelaki suka meniru, org2 yg lebih dewasa dari mereka ~ ayah/abang/pakcik!! Cam idola mereka. Moga idola mereka adalah contoh2 terbaik buat mereka ... kerana mereka ibarat kain putih, yg akan menyerap apa jua warna yg dicalit padanya ... kita yg dewasalah yg akan mencorakkan mereka! Beringatlah)
No comments:
Post a Comment