Pagi 16 Okt 2011 dapat panggillan dari kakak ipar, abang ipar kemalangan semasa balik dari solat subuh. Pengsan, luka2 sedikit dan berada di wad Hospital TA. Petang tu, saya & suami terus ke hospital untuk ziarahi abang ipar. Kami tinggalkan Mak (ibu suami yg berusia 92 tahun), di bawah jagaan anak, Muaz (14 thn) dan Amar (8 tahun). Kami tak beritahu Mak abang ipar kemalangan (kerana dia kurang dengar & kalau cakap banyak2, takut dia silap dengar), dan tak mahu dia risau (abang ipar anak no.7 dia). Kami cuma beritahu nak ke hospital, ziarahi orang sakit!
Semasa di hospital, saya menerima SMS dari anak, Muaz:
Suami tanya siapa? Saya beritahu Muaz sms. Dia tanya kenapa? (Risau takut ada apa2 kat rumah berkait dgn mak). Saya cakap Muaz tanya dah pukul brape boleh buat air milo utk Mak? Kakak ipar terus puji Muaz. Rakan2 abang ipar yg ziarah pun turut puji ... Ye lah, budak lelaki 14 tahun buat air untuk nenek adalah sesuatu yg terpuji.
Kembang kempis lubang hidung saya & ayahnya. Maklumlah, orang puji anak kita. Dalam hati dah berkira2 nak beli sesuatu untuk mereka berdua, sebagai upah!!
Dalam perjalanan balik, semasa saya hendak buat panggilan kepada Muaz (beritahu kami otw balik), ada satu 'unread msg' dari Muaz.
Saya : ??? Apa kena mengena dgn ikan pulak!
Terus buat panggilan pd Muaz:
Terus buat panggilan pd Muaz:
~ "Muaz dah buat air Milo utk Mak?"
(Nota: Pukul 5.00 ptg adalah waktu minum petang Mak)
"??? Kena buat ko?"
"??? Kena buat ko?"
~ "Tadi yg Muaz sms tu?"
"Mama .. Muaz tanya pukul berapa beri makan pada Milo lah!!"
"Mama .. Muaz tanya pukul berapa beri makan pada Milo lah!!"
(Milo ~ nama kucing kami!!)
~ "Ye ker ... Ingat Muaz tanya nak buat air milo utk Mak pukul berapa?!"
(-_-')
(-_-')
"Hehe ... Mama silap baca kot. P.Cik L ok ke Mama?"
~ "Alhamdulillah P.Cik L dah sedar. Mama & Ayoh dah nak balik ni.."
Bila cek balik, mmg betul telahan Muaz ... silap mata/baca. 'Make' ingat 'Mak'. Inilah padahnya kalau;
~ tak pakai spek membaca.
~ namakan kucing dgn nama makanan (MILO!!).
Kan dah tersebar maklumat yg salah ~ konon anak begitu rajin buat air kpd nenek yg sudah tua ~ Mesti kakak ipar, abang ipar & mereka2 yg ziarah ketika itu memuji2 anak lelaki kami yg berusia 14 tahun yg pandai jaga nenek! Eee ... camna yer? Perlu ke tarik balik kenyataan tu? Malunye!! Ini adalah satu kes Mak yg perasan!!! huhu....
"Mama!! ... Adik pesan belilah gapo2! Muaz pon! .."
(~_~')
No comments:
Post a Comment