Pages

Labels

Ceritalah (250) Me (147) diari ibu (137) kucing (69) Resipi (64) Pesanan (63) Amar (62) Rumah Biasa2 (36) Kebun Biasa2 (34) Yg Tersirat/Tersurat (30) cerita lama (21) Jalan-jalan (17) Jodoh (17) 3R (14) Lawak sikit (9) Puasa (8) PETUA (5) Rumah WM (5) Cucu (4) Lukislah anakku (4) Haji (3) Migraine and I (3) Kawan (2) Nature (2) ipoh (2)

27 May 2012

Cuti sekolah .....

Cuti sekolah telah bermula .....
Amar dan Muazlah yg paling seronok!
(p.s. saya rasa cikgu2 pun sama juga ... hehe)
Saya? Seronok sebab dapat cuti jadi drebar 2 minggu ... yeay!!
Dan cuti sekolah juga maknanya,
- marathon kenduri
- 'full-time' chef, memenuhi pesanan anak2 yg sedang membesar
- makan angin luar daerah/negeri Kelate
Itu yg pasti dan sudah pun dirancang ke mana destinasi kali ini.
Pun begitu .... masa yg terluang perlu dimanafaatkan.
Inilah masanya nak 'family bonding' ...
Ayahnya awal2 dah rancang rupanya
Awal pagi Jumaat (sini dah mula cuti), operasi mesin rumput yd dah menutupi longkang keliling rumah ....
Ayahnya beli mesin rumput ... dia dan Anas gilir2 potong rumput.
Muaz dan Amar, sapu dan kumpul rumput2 yg dah dipotong.
Mama? Kontrak bekalan air dan makanan!
Sebab pertama kali buat sendiri + laman rumah sewa kami yg agak luas,
kesian tengok ... bila selesai, semua tersadai keletihan yg amat!
Ayahnya dan Anas cakap, rasa macam takder tangan dah. Kebas dan lenguh!
Amar, "Ayah! Susah kan kerja potong rumput!"

25 May 2012

Lawan toke.....

Geram sungguh Mama kat sipendatang asing ni ...
Masa dia datang ari tu, belakang dia luka teruk!
Sebab kesian, Mama rawat dan beri dia makan.
Sehinggalah lukanya sembuh dan badan yg kurus dah berisi semula.
Alih-alih semalam, dia kejar Milo keliling rumah!!!
Milo tak melawan sebab kaki dia tak berapa sihat.
Mama halang tapi sipendatang asing ni dah tak makan saman,
dah besar kepala, tak sedar diuntung .... asyik nak buli Milo.
Maafla .... Mama dah tiada pilihan.
Awak kena keluar dari hidup kami sebab tak reti nak berkompromi,
tak sedar diri hanya menumpang ihsan orang ... dah naik tocang.
Mama juga risaukan keselamatan anak2 Kopi ... yg makin lasak.
Yg dah Mama lepaskan kat luar rumah.
Adanya awak yg berlegar2 di luar, dah buatkan Kopi risau.
Takkan awak tak reti2 jgn dekati anak2nya melalui cakaran2 Kopi dimuka awak!
Memang sah awak dah nak lawan toke.
Cukuplah!!! Walaupun tak sampai hati, kami terpaksa ambil keputusan ini.
Sori kucing kuning yg garang dan tak sedar diri,
AWAK KENA PERGI DARI SINI ......

24 May 2012

Nak bermanja....

Ia satu keadaan biasa bila anak nak manja-manja dgn mak atau ayah.
Masa kita kecil dulu, kita suka mak peluk, cium, gurau, layan kerenah kita.
Bila kita dah rasa kita dah besar, kita malu kalau mak manjakan kita .....
(masa remaja lah tu ..... hehe)
Bila dewasa, jauh dari mak ayah, kita suka tiap kali balik kampong
Minta mak masak menu feberet kita, ajak ayah ke sawah/kebun
Bermanja jugaklah tu ....
Bila nak balik mak ayah usaha bekal macam2, padahal tempat kita duduk tu
.... macam-macam ada!
Yg best masa nak balik, dapat salam, peluk, cium mak dan ayah
(itu je peluangnya, masa lain M A L U .... )
Tapi kan, bukan kita jer yg nak manja2 dgn mak dan ayah.
Mereka pun gitu juga .... nak-nak bila umur semakin lanjut.
Anak-anak kenalah peka dan faham bila mereka
- kata/kias seronok kalau dapat .....
Haha .... dalam maknanya tu.
Silap haribulan kita tak faham (atau buat2 tak faham) ....kk
Kalau mereka diam, mcm tak nak bercakap/layan kita, atau mereka
cepat2 nak balik rumah mereka ... A W A S !!
Kalau mak ayah kecil hati ... berdosa tau!
Pandai2 lah pujuknya .... (boleh jg gunakan cucu .... hehe)
Semalam, Mak Mama datang rumah ... nak buka puasa kat sini.
Mak siap bawa 2 ekor ikan siakap!
Petang tu Mak berbuka penuh berselera ...
Mama dah faham, Mak nak makan Siakap Kukus yg Mama masak ari tu ....
(p.s. resipinya lain kali. Dah pinar mata Mama buat N3 guna tab ni ... huhu. Asyik 'gostan' jer sbb silap tekan!)

23 May 2012

PETUA....

1) Setokin putih - sebelum basuh, basahkan dan gosok dgn sebuku sabun wangi sampai berbuih. Basahkan sedikit lagi dan biarkan semalaman (dlm baldilah .....). Esoknya basuh seperti biasa. Pasti lebih senang cucinya.
2) Susu pekat yg disimpan k e dalam petisejuk selepas buka bila nak guna .... tuankgkan sedikit air panas mendidih. Biarkan sebentar (2 -3 minit), InsyaAllah susu akan lebih senang mengalir keluar bila dituang.
3) Nak tahu jika telur masih elok dan boleh guna lg.? Masukkan telur berkenaan ke dalam semangkuk air. Jika telur tenggelam, insyaAllah ianya masih elok. Telur busuk akan terapung. Jika macam tenggelam sedikit, kurang segar lah tu ......
4) Jika telur retak rebusnya, masukkan sedikit garam/cuka. Ia akan halang putih telur dari mengalir keluar. Bila telur masak, cepat-cepatkan basuh dgn air sejuk. Kesan retak hilang dan keliling kuning telur tidak lebam. InsyaAllah.
5) Jika barangan kaca pecah, kutip serpihan kaca yg kasar, jika kering, sapu/vacuum (lebih baik). Jika basah, selepas kutip yg serpihan yg kasar, basahkan suratkhabar lama dan lalukan ke atas kawasan yg terlibat. Ulang beberapa kali hingga kita yakin tiada lagi serpihan halus/yg tak nampak. Bila kawasan tersebut kering, sapu/vacuum utk kepastian.

Itu antaranya .... petua dari Mama buat kali ini.
(p.s. N3 kali ni guna tab ... dah dekat sejam dok 'acu try' benda ni. Terkedek-kedek macam anak-anak Kopi yg sedang ghairah belajar lari dan bergusti. Mama rindu PC Mama .... huhu.)

21 May 2012

Guru yg tidak bercakap ...

Bila ia datang tiba-tiba, tanpa sedikit pun amaran awal ...
Pada usia begini ... sungguh, ia amat menakutkan!
Bila Ayahnya tiba2 sakit Khamis lepas ...
Tak pernah sepanjang usia perkahwinan Mama, Ayahnya sakit begini,
Panik!! Takut!! Itulah kami hari itu ....
(+ doa yg tak putus2)

Benarlah ...
SAKIT adalah GURU YG TIDAK BERCAKAP ....
Tetapi ia sangat MENGAJAR  dan MENDIDIK!
Penyakit ... dari yg kecil apa lagi yg besar, adalah TAKDIR dari ALLAH S.N.W.
... bukan untuk menghina kita, tapi memberi ingat!
... sbg pembersih dosa2 kita (jika kita redha)
... bukti kasih sayang Allah pada hambanya
DIA sedang mendidik kita, memberi peluang, melalui ujian SAKIT, utk dapatkan sifat2 terpuji
... sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri hamba yg lemah, mendekatkan diri padaNYA, mengharap pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat yg sementara ...
Itu antaranya!
Sesuatu penyakit itu, ibarat sedang membisikkkan kepada kita;
... jasad kamu itu tidak kan bertahan lama. Ianya amat mudah menerima proses pemecahan, pembusukkan dan kehancuran. Sedarlah kelemahan kamu. Kembalilah kepada Allah yg mencipta dan memilikimu. Fahamilah tugas kamu. Pelajarilah tujuan kamu datang ke dunia ini ...

Imam Abu Abdullah r.a. mengatakan bahawa sabar menghadapi bala dan penyakit adalah termasuk di antara kunci syurga.


p.s. Hari ni Ayahnya ke GH jumpa doktor, 'medical check-up'. Belum tahu lagi keputusannya.
Moga Ayahnya, Mama dan anak-anak berjaya lepasi ujian SAKIT ini dengan cemerlang. InsyaAllah ....

19 May 2012

Ehem ... ehem ...

Akhirnya dapat 'log-in' ke blog Mama.
'Line 3G Broadband' kat sini memang 'bronar' (buat hal) 2 - 3 menjak ni ...
Rindu betul Mama kat blog Mama dan member2 bloggers yg lain.
Lama bebenar tak dapat ziarah mereka ... apa nak buat!
Pastu PC Mama yg baru berusia 3 tahun buat hal pula ...
Mujur anak Mama yg Politeknik tu balik ... tk Anas.

Oh ya ... masa hari guru lalu, Amar buatkan kad untuk gurunya.
Dan minta Mama buatkan kek untuk beri guru kesayangan dia.
Mama buatlah "Apam Polkadot" ... warna 'pink' gitu ..
Semalam Amar cakap,
"Mama, cikgu beritahu kueh yg adik beri tu dia tak sempat rasa!"
"Cikgu cakap, balik dari sekolah dia letak hadiah2 (termasuk yg Amar beri) atas meja,
pastu Cikgu tidur. Bangun tidur, Cikgu lihat semua kueh tu dah dimakan oleh anak Cikgu!
Kesian kat Cikgu sebab anak Cikgu kata dia makan habis sebab kueh tu sedap sangat."
Ehem ... ehem ... kembang lubang hidung Mama.
Ehem ... ehem ... apa motif Cikgu beritahu Amar tu .... (^_^)

15 May 2012

Orang yg berhak mendapat mahabbah Allah s.n.w.

Sebenarnya nak 'refesh' diri sendiri ... buka buku nota kelas Fardhu 'Ain/ceramah semasa Mama kerja dulu. Setiap kali hadiri kuliah2 yg dianjurkan pejabat, Mama pastikan ianya dicatatkan ... takut lupa! .Ini adalah antara ringkasan catatan nota ceramah mingguan oleh Ustaz Amri Mohd Shah (pada 23.09.95). Moga dapat dimanafaatkan bersama ...

Ciri -ciri orang yg berhak mendapat mahabbah (kasih sayang) Allah s.n.w. :-

1) Saling kasihi sesama Muslim kerana Allah s.n.w.
2) Menghubung silatrrahim antara saudara kerana Allah s.n.w.
3) Saling mensihati antara satu sama lain kerana Allah sn.w.
4) Berkorban untuk Allah s.n.w. (masa, harta, jiwa ...)

.... Islam tidak mungkin tertegak di atas muka bumi jika umat Islam tidak dapat amalkan 4 sifat di atas. Hanya melaluinya Islam dapat bangkit semula ke zaman kegemilangannya.

.... setiap Muslim ada tanggungjawab yg akan disoal oleh Allah s.n.w. mengenainya diakhirat nanti. Maka kita harus bersedia. Ingatlah 4 perkara yg ditanya sebaik jejak kaki di Padang Masyar:-

1) Umur kita - bagaimana umur dimanafaatkan
2) Muda kita - bagaiman waktu muda dimanafaatkan
3) Harta - dari mana dan ke mana ianya dimanafaatkan
4) Ilmu - usaha mencari, memahami, amal dan sebarkannya

Itu antaranya ... dan,

Mama nak 'share' pesanan dari Tuan Haji Abdul Rahim bin Jaafar (Imam Masjid Besar Negeri Pahang ketika itu - 1995);

~ hendaklah kita berusaha menjadi Muslim yg SEBENAR dan bukannya Muslim yg DIWARSI. Caranya berhubung terus dgn Allah s.n.w. melalui ibadah2 khusus terutamanya SOLAT dan DOA ... kita hambaNya, jadilah hamba yg sebenar.

~ hendaklah kita ada matlamat (VISION) untuk hari depan dan akhirat. Bekalan masa muda untuk hari tua (yakni bekalan untuk dunia dan akhirat). Jadikan "ISLAM THE WAY OF LIFE".

p.s. vision Mama ... menyerah diri pada Allah s.n.w. tanpa paksaan ... sukarela, dan Mama cuba untuk tidak buat apa yg Mama tak suka orang lain buat pada diri Mama dan keluarga Mama!!

13 May 2012

MOTHER's Day ...

Mama, Mok, Mum, Ummi, Amma, Ma ...
Whatever your children call you ..
Its the same ... its a loving name given to us,
MOTHERS!!
My eldest son used to say,
"Mama,! The day you gave birth to me, is the day you became a mother. That day is my Mama's MOTHER'S DAY ..."
How true ...
And afterwards, I became mother ... over and over again
To another 5 lovely childs ... Allah's precious gifts to me.
I'm blessed ... I'm happy ...
I'm a proud MOTHER to

... these 5 funny, loving and beautiful guys & doter
 And a mother who forever pines for her darling Angoh ...

Ya Allah, Kau bahagiakan dia di sana, ampunkan dosa2nya dan
tempatkan rohnya dikalangan orang2 yg beriman. Amiinnn ...

12 May 2012

Banana Bread lagi ...

Hari tu Janggeum
La ni Dongyi 
Master of Study baru je berlalu
Cinderella Man pulak ganti
Huhu ... Korean fever yg tak kebah-kebah!
Padah leka dan ralit nengoknya ...
Beginilah rupa Banana Bread Mama semalam ... (-_-')

kat luar je hitam ...  

Apapun ... janganlah kita hanya memandang rupanya
(nak kata apa lagi kan ... hehe)
Banana Bread ni sedap sebenarnya
Kalau nak tahu ... ini resipinya untuk dicuba

BANANA BREAD
(versi Mama)

Bahan-bahannya:

3/4 cawan minyak jagung
1 cawan gula kastor
2 biji telur
2 cawan tepung gandum *
1 sudu teh baking soda *
1/2 sudu teh garam halus * 
1/2 sudu teh serbuk kayu manis *
2 sudu teh susu debu *
(* Ayak bersama)
1 1/2 cawan pisang masak yg dilenyek
1/2 cawan campuran buah2an kering #
(# boleh ganti khurma cincang, karot parut, walnut dll - ikut suka)

Cara buatnya:

1. Pukul minyak dan gula hingga sebati.
2. Masukkan telur, kacau sebati.
3. Masukkan campuran tepung gandum berselang seli dengan pisang lenyek.
4. Gaulkan buah-buahan campuran.
5. Tuang ke dalam loyang 9 x 5 x 3 " (loaf pan). Bakar 55 - 65 minit, 160 oC.
6. Sejukkan 10 - 20 minit sebelum keluarkan dari loyang dan sejukkan atas redai kek.

SELAMAT MENCUBA



11 May 2012

Masa Lapang ...

Hari tu Mama geledah bilik stor ...
Mama jumpa hasil tangan masa lapang ... masa Mama muda2 dulu.
Ini antaranya hasil hobi 'cross-stich' Mama ...



Dan yg di bawah ni .. dah berzaman siap ( ikut turutan 1998, 2000, 1986 gitu)
Tak jadi-jadi nak bingkaikan ...
Nanti Mama nak 'frame' dan gantung kat rumah biasa2 kami ... InsyaAllah.




Di bawah ni pula ialah projek alas meja yg sedang dalam pembikinan Mama.
Tapikan ... mata dah tak seterang dulu lagi. Alahai ...
Kalau tak pakai 'spec baca' tu, tandanya sehari suntuklah dok 'aim' benang nak masukkan ke jarum. Belum lagi bab bilang lubang yg perlu dijahit ... asyik terbabas jer. Huhu ...
Dah tak sesuai lagi gamaknya hobi masa lapang begini diusia senja2 begini ...


Apapun ... dah mulakan, kena siapkan. Harap bolehlah Mama tayang raya nanti ... (^_^)


10 May 2012

SAYANG ANAK ....

Pernah lihat ibu kucing dera anak-anaknya?
Sepanjang hidup Mama, yg memang dari kecil hingga sekarang ...
Sentiasa saja ada kucing sebagai binatang belaan ....
TAK PERNAH!!
(tapi ada manusia yg diberi Allah SWT akal, dera anak!)
Kalau bapak kucing makan anak ... PERNAH!
(manusia pun ada tiru bapak kucing nii ...)
MasyaAllah ...  Naauzubillah ...

Kucing Mama, Kopi ... ibu muda yg Mama pernah dok cerita sebelum ni
Sayang sungguh pada anak-anaknya.
Sejak bersalin 25 April lalu, masuk hari ni, dah 4 kali pindahkan anak-anak dia
Dari bawah sinki dapur (tempat bersalin) yg agak terbuka ...
Ke tempat yg lebih rahsia, celah2 perkakas, periuk-belanga di bawah dapur pula.
Kemudian, ke sini ....
Haha ... tak sesuai lansung!

Lalu Mama pindahkan ke sini, agar lebih selesa nak menyusu anak.
olololo ... tomei nyer

Juga memudahkan kami anak-beranak lihat telatah anak-anak Kopi yg montel dan kiut-miut tu .. (^_^)
Seronok dan geram sungguh lihat mereka terkedek2 nak jalan!!
Tiba2, awal pagi tadi (selepas 10 hari dlm kotak ditempat terbuka),
Mereka pindah lagi!!
Rasanya Kopi dah mula gusarkan keselamatan anak-anaknya yg makin membesar,
~ yang makin pandai merayau2 keluar dari kotak tu,
~ dah tak larat nak ngutip mereka ...
~ dah rimas gelagat kami dok angkat, cium anak-anaknya ... hehe
Manalah disoroknya pula kali ni ...
Jap lagi Mama akan operasi cari rumah baru mereka!

p.s. Mama seronok lihat anak-anak kucing bergurau sesama mereka. Rasa tenang dan bahagia, senyum dan tertawa dek telatah-telatah comel mereka. Sunggoh!! Ianya satu terapi 'stress' yg amat berkesan .. itu antaranya.






08 May 2012

Kita serupa ...

Senario 1
Seorang ibu muda memeluk dan mengucup penuh sayang kedua-dua anak-anaknya yg masih kecil sambil diperhatikan suaminya. Kemudian, dia meraih lembut tangan suaminya, lalu mengucupnya. Mereka berkata-kata seketika. Matanya berkaca2 tapi digagahkan untuk tabah demi kedua putera dan puterinya. Agar mereka tidak sedih dgn perpisahan ini. Dari atas bas, ibu muda itu tersenyum dan matanya tidak lekang dari memandang suami dan anak-anaknya. Dia menghadiahkan 'flying kiss' bertalu-talu kepada mereka bertiga (yang tidak henti-henti melambai-lambai kepadanya) sebaik bas bergerak, berlalu pergi.

Senario 2
Seorang ibu tua, memeluk dan mencium anaknya penuh kasih selepas si anak menyalami dan mencium tanganya. Mereka berpelukan sambil si ibu tidak putus-putus menitip pesanan buat anak perempuannya itu. Sebelum menaiki bas, si anak mencium kedua-dua belah pipi tua ibunya. Ibu tua itu tidak berganjak dari tempatnya sehinggalah bas perlahan-lahan meninggalkan dia, sehingga lambaian anaknya hilang dari pandangannya.
Itulah pemandangan yang Mama lihat, semalam, diperhentian bas Pasir Mas ... 
Seorang ibu terpaksa meninggalkan suami dan anak-anak yg masih kecil lantaran tugas mendidik anak bangsa di ibukota.
Seorang ibu terpaksa merelakan satu-satunya anak perempuannya ke ibukota, bekerja.
Mama dapat rasakan betapa pedih dan pilunya getar perpisahan dijiwa ibu muda itu kerana ...
Mamalah ibu tua itu ...
Kita serupa ... 

07 May 2012

Rumah - Minggu pertama Mei

Sabtu ... rutin biasa kami, pulang ke PP
Yg wajib, ziarah kedua2 Mak. Yg wajib kedua, lihat progres Rumah Biasa2 kami.
Biasa kami ber 4, tapi kali ni ber 6.
Anak2 Mama yg bekerja diKL balik!
Jika sebelum ni mereka lihat progress rumah kami melalui blog Mama je.
Bila mereka lihat dgn mata kepala sendiri ...
Abe, yg sulung, terus klik klik ...

KCik, satu2nya doter Mama,
senyum meleret ... 


Tapi bagi adik2 mereka, Muaz dan Amar
Yang hampir setiap minggu lihatnya ...
Lagak kalahkah kontaktor ... haha
Muaz ...

Sibongsu ... Amar

Maaf!! Takder hadiah untuk teka apa yg sedang 'big boss' fikirkan ... hehe



Mama?!
Bahagia jadi tukang cerita .... (^_^)

04 May 2012

Apam Polkadot dan Donut Keledek ...

Apam Polkadot ... pernah jadi satu phenomena satu waktu dulu.
Mama pertama kali merasanya dirumah Cikgu Zan, hos mini 'reunion' kami ..
Geng satu hostel satu sekolah masa zaman sekolah menengah dulu ('75 -'77).
Memang kagum dgn kecomelan dan kemeriahan warnanya!
Lalu teruja sangat nak mencubanya ...
Bila dah dapat resipinya dari http://teratakdhia.blogspot.com/2010/11/apam-polkadot.html
Minggu lepas Mama pun mencubanya.
Menjadi ... tak sangka sungguh ... menjadi (seronok sunggoh!)
Hasil percubaan pertama 'Apam Polkadots' Mama ... lawa kan?! Hiks .. hiks ...

Geram nengoknya ... sayang nak makan!
Cam telur dinasour pun ada ... (^_^)
Mama suka 'blogwalking' ke blog2 masakan.
Masa lihat resipi Donut Keledek dalam http://secubitgaramnor67.com N3 29/4/12,
Mama terus teruja nak cubanya. Hari ni ...
Beli keledek kat pasaraya, ingatkan isi putih atau kuning, rupanya ....
Dah malas nak beli keledek lain, Mama 'carry-on' je dgn apa yg ada.
Jeng jeng jeng ... inilah rupa Donut Keledek Mama. 'Purple' gitu ... 

Donut Keledek Purple ... satu kelainan

Cam pelik pulak kan ...
Walaupun gebu, lembut dan sedap, tapi disebabkan warnanya yg 'purple' tu ...
2 - 3 kali tilik jugalah budak dua orang dan Ayahnya sebelum makan ... hehe
Mama rasa, kalau ubi keledek yg isi warna oren tu, mesti lawa kan ....
p.s. Seperti biasa Mama 'improvise' sikit dari resipi asal spt berikut ...

RESIPI DONUT KELEDEK

200 gm gandum (Mama guna 250 gm)
1 1/2 sudu teh yis segera
100 gm ubi keledek
50 gm gula halus
1 sudu besar susu pekat manis (Mama guna 1 sudu besar susu debu)
1 biji telur
1 1/2 sudu besar mentega (Mama guna majerin)
1/2 susu teh garam halus
60 ml air
+ Mama tambah 1/2 sudu teh 'bread-improver'

1. Kupas keledek, rebus hingga empuk, lenyek halus ketika panas. Sejukkan
2. Satukan gandum, gula halus dan yis. Gaul rata.
3. Masukkan ubi keledek lenyek serta baha2 lain kecuali air. Gaul rata.
4. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga doh lembut dan kenyal.
5. Rehatkan doh selama 45 minit atau naik 2X ganda (tutup dgn plastik).
6. Tumbuk, uli, canai, terap dan letak atas dulang (tabur gandum). Rehatkan lebihkurang 20 minit lagi.
7. Goreng 'deep-fry', api sederhana hingga kekuningan (dlm kes Mama ni, ke'dark purple'an .. huhu)
8. Angkat, toskan minyak dan tabur gula halus/coklat (ikut suka).

Amar ... keliru

Perbualan Mama dan Amar semasa ambil dia dari sekolah, semalam ... Khamis.
Pada hari perlantikan sebagai Pengawas Perpustakaan.  
"Mama! Adik ni hensem sangat ke?"
Terkejut Mama!! Tanpa sempat Mama jawab,
"Tapi, Adik rasa tak!"
Pulak dah! Juga Mama tak sempat nak jawab,
"Tapi mengapa 'girl' pengawas masa kat dewan tu asyik pandang Adik?"
Mama diamkan saja ... biar dia luahkan saja,
"Pastu dia senyum dan buat mata camni tau Mama ..." sambil demokan.
Of coz Mama tak pandang pun ... kan tengah memandu.
"Adik rasa malu sangat. Masa waktu rehat, dia datang duduk dekat Adik. Tanya nama Adik ..."
Hai budak2 perempuan zaman sekarang ... kecik2 dah pandai. Perigi cari timba pulak tu!!!
"Adik buat tak tahu jer. Adik ajak kawan2 Adik pergi tempat lain."
Bagus ... kata Mama dalam hati. 
"Adik ni hensem ke Mama sampai 'girl' tu suka kat Adik? 'Girl' tu darjah 5!"
"Agaknya dia nak buat adik angkat tu ... sebab Adik budak baik!" akhirnya Mama bersuara!!
"Tapi  Mama, 'girl' tu kan lawaa sangattt ...."
Opppss ... bahaya ni. Kecik2 dah pandai komen lawa!!
"Betul Mama, lawaaaa sangat. Masa nak balik tadi, dia 'bye-bye' kat Adik!! Tapi Adik rasa pelik! Mengapa dia suka kat Adik?"
Mama pun pelik ... dia darjah 5, Amar darjah 3! Keliru .....

Amar - hensem ke?


03 May 2012

Masih tanpa nama ...

nyenyak tidur di tempat baru ...

Gambar anak2 Kopi pada usia 8 hari (semalam) ... 
Asyik menyusu, tidur, menyusu, tidur!
Muaz & Amar (Mamanya sekali ... hehe) dah tak sabar nak main2 dgn diaorang.
Suatu hari tu (masa tu Mama dan Ayah kat KB), Muaz call,
"Mama!! Anak2 Kopi dah hilang. Puas cari tak jumpa!"
"Mana Kopi?"
"Ni ... ada dok tidur dekat Amar"
Sah! Kopi rasa keselamatan anak2nya terancam, lalu dipindahkan anak2nya ...
Mesti kes kami kerap sangat lawati anak2nya ... hehe
Tapi ... Mama orang lama, lebih dulu makan garam!
Tak sampai 5 minit, dah jumpa 'hideout' baru Kopi dan anak2nya ...
Maaf ye Kopi ... 
Oh ya ... masih belum bernama anak2 Kopi ni.
Banyak sangat pilihan ... tengoklah.
Tunggu mereka besar sikit lagi ... dah pandai main.
Nama mesti sesuai dgn karektor mereka nanti ...
=(^.^)= =(^.+)= =(^~^)= =(^o^)=

02 May 2012

Migraine and I ... Part 3

Migraines sometimes develop at the most inconvenient times .... thus making it quite a nuisance and dampens moods of family outings. People who suffers from migraines or having a partner with one can attest to this. Back then, when my kids are still young, I was often frustrated when this situation occured. But I always tries to look on the bright sides and console myself that there'll be another times. But it can be quite difficult explaining to two happy, excited & eager 'looking-forward' toddlers why ...
~ we cannot go tho' they're fully dressed and ready
~ why we have to turn around and head home tho we're already halfway to the said destination
~ why we have to cut-short our beautiful outing
It happened a lot of times, that situation! When I explained to my then 3 & 4 years old sons that their father 'sakit kepala', they asked him to take 'ubat' or me to go and buy 'ubat' for their dad. Yes, their disappointment showed but over times ... they get used to it and I became an expert at consoling them and find distractions for them. Alhamdulillah, they also learned to accept it, to play quietly and not to disturb when their father had migraine.
I also worried and thinking, "Will our children inherit their father's migraine?"
Well, studies showed that if one parents had migraine, there's a 40% chances that their children will. If both had them, then the chances are 75% of inheriting it. See http://www.migrainementors.com. And yes, my children have migraines (only when they're much older tho'). My two youngest child ( 15 and 9 years old) hopefully will not have them coz so far they're not showing any symptons related to it.
However, tho' people in the same family shares genes for migraines, they may not necessarily share the 'triggers' i.e. foods, events, intolerence of medicines, hormonal changes, extreme weather/surrounding that sparks migraine in individual. Whilst hubby cannot indulge in cheese and citrus fruits, my children are ok with them. So, I tell my children to keep a list of things that triggers their migraines and try to avoid them. The one common factor that they all share is ... empty stomach will triggers migraine!! Thus I always remind them to take something every 4 hours ~ crackers, banana, healthy snack, milk shake/milo, bun ... anything filling.
Remember, its always best to avoid what triggers migraines!!!
Worst-case scenario:
If A has migraine, then after prolong use of computer, with a bar of choc and a fuzzy drink in between, A was tired and famished. A decided to have a cup of coffee plus a double-cheese burger. I'm telling you, A is playing a Migraine-Roulette with 5 bullets instead of 1 ...

Oh my head ...
p.s. Mama thinks blogging and 'Angry Birds' are the culprits for Mama's headaches nowadays!! (>_<)