Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

27 May 2012

Cuti sekolah .....

Cuti sekolah telah bermula .....
Amar dan Muazlah yg paling seronok!
(p.s. saya rasa cikgu2 pun sama juga ... hehe)
Saya? Seronok sebab dapat cuti jadi drebar 2 minggu ... yeay!!
Dan cuti sekolah juga maknanya,
- marathon kenduri
- 'full-time' chef, memenuhi pesanan anak2 yg sedang membesar
- makan angin luar daerah/negeri Kelate
Itu yg pasti dan sudah pun dirancang ke mana destinasi kali ini.
Pun begitu .... masa yg terluang perlu dimanafaatkan.
Inilah masanya nak 'family bonding' ...
Ayahnya awal2 dah rancang rupanya
Awal pagi Jumaat (sini dah mula cuti), operasi mesin rumput yd dah menutupi longkang keliling rumah ....
Ayahnya beli mesin rumput ... dia dan Anas gilir2 potong rumput.
Muaz dan Amar, sapu dan kumpul rumput2 yg dah dipotong.
Mama? Kontrak bekalan air dan makanan!
Sebab pertama kali buat sendiri + laman rumah sewa kami yg agak luas,
kesian tengok ... bila selesai, semua tersadai keletihan yg amat!
Ayahnya dan Anas cakap, rasa macam takder tangan dah. Kebas dan lenguh!
Amar, "Ayah! Susah kan kerja potong rumput!"

No comments: