Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

23 May 2012

PETUA....

1) Setokin putih - sebelum basuh, basahkan dan gosok dgn sebuku sabun wangi sampai berbuih. Basahkan sedikit lagi dan biarkan semalaman (dlm baldilah .....). Esoknya basuh seperti biasa. Pasti lebih senang cucinya.
2) Susu pekat yg disimpan k e dalam petisejuk selepas buka bila nak guna .... tuankgkan sedikit air panas mendidih. Biarkan sebentar (2 -3 minit), InsyaAllah susu akan lebih senang mengalir keluar bila dituang.
3) Nak tahu jika telur masih elok dan boleh guna lg.? Masukkan telur berkenaan ke dalam semangkuk air. Jika telur tenggelam, insyaAllah ianya masih elok. Telur busuk akan terapung. Jika macam tenggelam sedikit, kurang segar lah tu ......
4) Jika telur retak rebusnya, masukkan sedikit garam/cuka. Ia akan halang putih telur dari mengalir keluar. Bila telur masak, cepat-cepatkan basuh dgn air sejuk. Kesan retak hilang dan keliling kuning telur tidak lebam. InsyaAllah.
5) Jika barangan kaca pecah, kutip serpihan kaca yg kasar, jika kering, sapu/vacuum (lebih baik). Jika basah, selepas kutip yg serpihan yg kasar, basahkan suratkhabar lama dan lalukan ke atas kawasan yg terlibat. Ulang beberapa kali hingga kita yakin tiada lagi serpihan halus/yg tak nampak. Bila kawasan tersebut kering, sapu/vacuum utk kepastian.

Itu antaranya .... petua dari Mama buat kali ini.
(p.s. N3 kali ni guna tab ... dah dekat sejam dok 'acu try' benda ni. Terkedek-kedek macam anak-anak Kopi yg sedang ghairah belajar lari dan bergusti. Mama rindu PC Mama .... huhu.)

No comments: