Sebenarnya nak 'refesh' diri sendiri ... buka buku nota kelas Fardhu 'Ain/ceramah semasa Mama kerja dulu. Setiap kali hadiri kuliah2 yg dianjurkan pejabat, Mama pastikan ianya dicatatkan ... takut lupa! .Ini adalah antara ringkasan catatan nota ceramah mingguan oleh Ustaz Amri Mohd Shah (pada 23.09.95). Moga dapat dimanafaatkan bersama ...
1) Saling kasihi sesama Muslim kerana Allah s.n.w.
2) Menghubung silatrrahim antara saudara kerana Allah s.n.w.
3) Saling mensihati antara satu sama lain kerana Allah sn.w.
4) Berkorban untuk Allah s.n.w. (masa, harta, jiwa ...)
.... Islam tidak mungkin tertegak di atas muka bumi jika umat Islam tidak dapat amalkan 4 sifat di atas. Hanya melaluinya Islam dapat bangkit semula ke zaman kegemilangannya.
.... setiap Muslim ada tanggungjawab yg akan disoal oleh Allah s.n.w. mengenainya diakhirat nanti. Maka kita harus bersedia. Ingatlah 4 perkara yg ditanya sebaik jejak kaki di Padang Masyar:-
1) Umur kita - bagaimana umur dimanafaatkan
2) Muda kita - bagaiman waktu muda dimanafaatkan
3) Harta - dari mana dan ke mana ianya dimanafaatkan
4) Ilmu - usaha mencari, memahami, amal dan sebarkannya
Mama nak 'share' pesanan dari Tuan Haji Abdul Rahim bin Jaafar (Imam Masjid Besar Negeri Pahang ketika itu - 1995);
~ hendaklah kita berusaha menjadi Muslim yg SEBENAR dan bukannya Muslim yg DIWARSI. Caranya berhubung terus dgn Allah s.n.w. melalui ibadah2 khusus terutamanya SOLAT dan DOA ... kita hambaNya, jadilah hamba yg sebenar.
~ hendaklah kita ada matlamat (VISION) untuk hari depan dan akhirat. Bekalan masa muda untuk hari tua (yakni bekalan untuk dunia dan akhirat). Jadikan "ISLAM THE WAY OF LIFE".
p.s. vision Mama ... menyerah diri pada Allah s.n.w. tanpa paksaan ... sukarela, dan Mama cuba untuk tidak buat apa yg Mama tak suka orang lain buat pada diri Mama dan keluarga Mama!!
No comments:
Post a Comment